Saturday, February 20, 2010

Ayyuhal Walad

Wahai Anakku Yang Tercinta

Seorang anak murid kesayanngan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali yang dahagakan ilmu pengetahuan menulis sepucuk surat kepada gurunya untuk meminta nasihat khusus untuknya. Ayyuhal Walad karangan Al-Imam Al-Ghazali merupakan sepucuk surat balasan kepada surat anak murid kesayangannya tersebut.

Kesungguhan anak murid Imam Ghazali dapat dilihat apabila beliau memanfaatkan segala ruang yang ada untuk mendapatkan mutiara hikmah daripada seorang ulama’ tersohor pada masa tersebut.

Surat ini juga boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja pada masa sekarang kerana ianya merupakan himpunan nasihat seorang guru kepada muridnya dan umpama nasihat seorang ayah kepada anaknya sendiri.

Terdapat sebanyak 25 mutiara nasihat yang imam Ghazali sertakan dalam kitab ini yang sebenarnya dipetik daripada kitabnya sendiri Ihya Ulumuddin. Ia merangkumi banyak aspek termasuk berkaitan dengan ilmu, tasauf, tawakal, ikhlas dan sebagainya.

Sebagai seorang insan biasa, kita memerlukan banyak nasihat untuk memastikan hidup kita masih berputar di landasan yang betul. Buku ini amat berguna untuk menjadi teman kita dan dapat memberikan nasihat yang berguna setiap hari.

Semoga buku ini menjadi salah satu asbab untuk kita berubah kepada yang lebih baik..jadilah anak murid yang taat dan baik..

~semoga Allah memanjangkan umurmu dalam berbuat taat kepadaNya dan semoga Allah memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan para kekasihNya~

~ada soalan?~

Tajuk: Ayyuhal Walad (wahai anakku yang tercinta)
Karangan: Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Penterjemah: Abu Ali Al-Banjari An Nadwi
Terbitan: Khazanah Banjariah cetakan keempat, 2007
Harga: RM5.00
Mukasurat: 84

Wednesday, February 17, 2010

Islamic Borneo Jamboree, IBJ’10

12 Februari 2010

Kelas tamat pada pukul 1.20pm pada hari tersebut. Agak pelik kerana ramai penduduk UTM telah pulang bercuti awal di rumah masing-masing. Usai solat Jumaat, aku bergegas pulang mengemas pakaian untuk dibawa ke program MARSIS. Ketua unit modul, satu tugas berat untuk amilin sepertiku yang hanya biasa menjadi macai. Lebih 4 jam perjalanan ke Kuala Lumpur, kami meneruskan perjalanan ke tapak program Janda Baik Pahang. Turun dari kereta, hati menjadi senang melihat peserta yang lebih ramai daripada jangkaan walaupun terpaksa endure rasa loya akibat daripada jalan yang bengkang bengkok untuk menuju ke tapak program.


Semasa, aku sampai, modul LDK sedang berlangsung. Mereka agak mesra semasa menjalankan aktiviti tersebut walaupun ramai diantara mereka yang baru sahaja berkenalan. Bahkan, mereka juga berasal dari banyak tempat yang berlainan bermula dari Tawau hinggalah ke miri.


13 Februari 2010

Suhu di atas bukit amat sejuk terutama sekali pada waktu subuh. Namun, ia bukan penghalang untuk kami menjalankan aktiviti di awal pagi. Bermula dengan qiamullail pada pukul 5 pagi, semua peserta sudah bersiap untuk memulakan hari mereka. Aktiviti tarbiyah diteruskan dengan quranic tent dengan mentadarus Al-Quran mengikut khemah masing-masing. Senaman pagi juga dijalankan untuk memastikan semua peserta berada dalam keadaan segar sebelum memulakan hari tersebut.


Pagi yang ceria dihidangkan dengan satu pengisian yang sungguh menarik berkaitan dengan ‘muslim: proud to be’. Disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Sabah. Semua pesaerta tertarik dengan perkongsian tersebut yang tidak kering dari pengajaran-pengajaranya yang selalu masyarakat Borneo lalui.


Antara peserta yang tak kering gusi mendengar ceramah daripada ustaz. Cuma mereka menunjukkan muka tekun semasa penulis mengambil gambar mereka.


Untuk meregangkan semula otot-otot kepala, aktiviti diteruskan dengan LDK yang menarik. Ia dikendalikan oleh salah seorang ajk modul dari UTM, Saudari Asmah Andy. Para peserta diberikan tugasan untuk membincangkan punca masalah kristianisasi yang semakin meluas di Sabah dan Sarawak.


Selepas membentang, para peserta dikehendaki berdebat untuk mencari punca sebenar masalah tersebut. Saya dapat melihat banyak bakat yang dapat dicungkil daripada aktiviti ini. Mereka sebenarnya mampu untuk menyatakan pendapat masing-masing semasa aktiviti ini dijalankan.


Aktiviti diteruskan dengan ceramah yang bertajuk ‘what a wonderful faith’ yang disampaikan oleh pensyarah jemputan dari UTM city campus. Para peserta disajikan dengan banyak perkongsian berkaitan dengan aqidah dan perkara-perkara lain yang amat penting bagi seorang dai’e yang bakal bergerak di lapangan dakwah di Borneo.


Peserta dan AJK menyanyikan lagu tema program dengan penuh semangat di hadapan penceramah, ustaz Fathi.

Waktu petang pula diisi dengan riadah yang mewajibkan semua peserta berpeluh walaupun dalam suasana yang sejuk. Aktiviti diaturkan oleh AJK yang didatangkan dari kampus UTM Skudai.


Permainan yang menarik apabila para peserta terpaksa menghadapi satu peperangan yang hebat menggunakan belon air bagi merebut bendera pihak lawan.


Permainan juga semakin mencabar apabila semua peserta yang berperang dikehendaki untuk menutup mata mereka masing-masing. Inilah yang berlaku apabila kita ingin mencapai sesuatu matlamat tanpa melihat matlamat tersebut.


Bukan assabiyah, tapi kedua-dua pasukan menunjukkan semangat berpasukan masing-masing. ‘anak-anak kota’ melawan ‘anak-anak desa’. Itulah bendera yang mereka lukis sendiri dengan menggunakan alam semula jadi.


Pada malam tersebut, para peserta telah diberi kepercayaan untuk mengatur sendiri aktiviti menarik yang akan mereka lakukan pada keesokan harinya bersama dengan penduduk orang asli Batek, Janda Baik. Perbincangan sentiasa hangat dan penulis berasa teruja melihat mahasiswa borneo menunjukkan kesungguhan mereka dalam melakukan gerak kerja.


14 Februari 2010

Sejak awal pagi lagi, semua peserta dan AJK turun ke kampung orang asli untuk mengumpulkan kanak-kanak di kampung tersebut. Mereka adalah mad’u yang paling sesuai untuk aktiviti seperti ini.



Wajah-wajah ceria sepanjang aktiviti berlangsung. Umpama tiada benteng yang memisahkan mereka semua.


MARSIS bersama orang asli Batik. Semoga ukhuwah yang dibina tidak akan runtuh dan dakwah yang disampaikan tidak akan dilupakan.


Pada waktu petang, para peserta telah diberi satu lagi tugasan menarik untuk dilaksanakan. Mereka dikehendaki untuk menjayakan malam penutupan program pada malam tersebut. Berbekalkan ketekunan dan kesungguhan, mereka tidak membuang masa lantas melakukan sebaiknya bagi memastikan program Mega mereka pada malam tersebut berjalan lancar.


Pada masa yang sama, beberapa ajk termasuk ajk modul dan kreatif memulakan pengembaraan mereka untuk memantau kawasan yang akan dijadikan laluan dan tempat untuk mengadakan jungle tracking pada keesokan harinya. Perjalanan itu tidak dibazirkn begitu sahaja. Mandi sungai menjadi agenda kedua perjalanan tersebut…


Malam penutupan pun berlangsung. Ia dimulakan dengan ucapan penghulu untuk peserta dan diteruskan dengan ucapan pengarah program, presiden MARSIS dan dirasmikan oleh penasihat MARSIS sendiri Tuan HJ Sade. Banyak gimik dalam majlis tersebut termasuklah persembahan lakonan dan pentomen. Jika ada kelapangan, video akan dimuat naikkan.


15 Februari 2010

Awal pagi lagi, aktiviti paling mencabar bagi peserta pun berlangsung. Mereka terpaksa berdepan dengan lima cekpoint menarik untuk menghabiskan pengembaraan mereka.


Meredah sungai yang panjang antara cabaran utama peserta dalam aktiviti jungle trekking pada hari tersebut.


Salah satu kumpulan yang sedang menjalankan aktiviti di cekpoint muhasabah.


Slot resolusi terus dijalankan sebaik sahaja selesai mengemas barang dan melakukan proses pembersihan. Lambaian ukhuwah menjadi salah satu aktiviti yang paling mengharukan. Walaupun ukhuwah yang terbina hanya selama beberapa hari, namun ia seperti ingin berpisah dengan sahabat yang sangat akrab.


Sementara menunggu bas, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar bersama-sama.


Muslimat kilauan belati. Bakal meneraju perubahan di bumi Borneo.


Perjalanan pulang ke kampus Skudai agak meletihkan. Namun, ianya tidak seberapa jika dibandingkan dengan harga sebuah kenangan yang sangat manis dengan saudara seborneo…


Jika ada yang bertanya, kenapa gambar penulis sangat kurang? Jawapannya mudah, ‘aku senang menjadi jurukamera’

~semoga ukhuwah yang terpaut akan mentautkan hati kita kepada Islam~

Tuesday, February 9, 2010

Sandera Kebun Cinta



14 Februari memang sinonim dengan hari Valentine yang dikatakan sebagai hari meningkatkan cinta kasih kepada pasangan masing-masing. sehubungan dengan itu, JKM dan KTKS KTDI telah mengadakan satu ceramah berkaitan dengan hari 'pelik' ini bagi menyedarkan mahasiswa UTM tentang hakikat kasih sayang yang sebenar. Ia disampaikan oleh Ust. Mahyuddin Md Sarip dari Pusat Islam UTM.

Sedikit perkongsian daripada program tersebut, cinta boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

CINTA ALLAH
>>jika kita mencintai Allah, Allah akan menjaga cinta kita kepada manusia
>>Surah Taha mampu melembutkan hati orang marah dengan izin Allah
>>Jika kaum hawa marah, ianya tidak akan lebih dari 4 minit tapi membawa kemusnahan yang dasyat
>>jika kaum adam marah, ia tidak mengakibatkan kemusnahan yang dasyat tapi mengambil masa yang lama untuk sembuh


CINTA RASUL
"ya Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai kau seperti aku mencintai diri aku sendiri" kata Umar Al-Khattab kepada Rasulullah

kemudian Rasulullah menjawab, "kau silap wahai umar"

dan menyambung, "tidak beriman dikalangan kamu sehingga engkau menyayangi aku melebihi engkau menyayangi diri engaku sendiri, ibubapa, dan anak-anak"

SAYANG IBU BAPA
"seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, namun 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu"


SABDERA KEBUN CINTA
>>setelah kita menaburkan cinta kepada 3 pihak di atas, barulah kita boleh melabuhkan cinta kepada pasangan masing-masing DENGAN JALAN YANG HALAL.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
~Ar-Ruum: 21~

~semoga apa yang kita lakukan diterima oleh Allah~

Friday, February 5, 2010

AKU, BUKU DAN CINTA


AKU

Siapa aku?. Aku adalah seorang hamba Allah yang jahil. Dahagakan ilmu kurniaan Allah. ..
Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang.
~Ibn ‘Aqil~


BUKU

Buku adalah teman yang baik, khadam yang jujur, tidak kenal dosa dan tidak mempunyai cela. Apabila anda mendekat diri kepadanya, ia takkan pergi menjauh. Bila anda menjauhkan diri daripadanya, ia pun tidak akan melupakan anda. Bila anda akrab dengannya, ia takkan menjemukan. Bila anda meninggalkannya, ia takkan berbuat khianat. Bila anda mengajaknya berbicara, ia akan mendengarnya. Bila anda meminta kepadanya, ia akan member. Bila anda merasa berat, ia akan membuat anda merasa ringan. Bila anda memanggilnya, ia pasti akan datang. Dan bila anda meminta maaf kepadanya, ia akan maafkan.
~Dr.’Aidh~

CINTA

Sekalipun cinta telah kuhuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang. Sementara pena, begitu tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata pecah dapat mengungkapnya, begitu sampai kepada cinta. Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya. Bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur. Cinta sajalah yang menerangkan cinta dan bercinta.
~*ana~


Aku, buku, dan cinta menuliskan tentang percintaan makhluk bergelar manusia dengan ilmu kurniaan Allah. Sebuah buku yang padat dengan kata-kata mutiara pembangun jiwa untuk lebih bersemangat menuntut ilmu terutama sekali melali pembacaan.

Ia dimulakan dengan sebuah cerita sang pencinta ilmu, kenikmatan membaca dan menuntut ilmu, pembaca telah disuntik jiwanya untuk terus membaca dan membaca. Tidak sampai di situ sahaja, di pertengahan buku, penulis telah berkongsikan banyak cerita mengenai para pencinta ilmu dan kegigihan mereka.

Manakala di akhir buku pula, penulis telah membahaskan beberapa kitab yang terkenal termasuk kritikan membina terhadap kitab-kitab tersebut.

~diharapkan daripada buku ini kita dapat memetik sebanyak mungkin mutiara pembakar jiwa untuk terus mengharungi samudera keilmuan demi menuju ke destinasi mardatillah~

Hidup Indah Bersama Islam


Pusat Islam UTM, jumaat, 5 Februari 2010. Satu ceramah Islam bertajuk "hidup indah Bersama Islam" telah diadakan semalam oleh Kelab Iqra' UTM dengan kerjasama Fakulti Tamadun Islam. Ceramah selama hampir 2 jam itu telah disampaikan oleh seorang penceramah terkenal, Ustaz Zahazan Mohamed. Beliau merupakan seorang yang terlibat dalam bidang dakwah di akhbar, majalah, radio dan TV dalam dan luar negara sepaerti majalah solusi dan radio IKIM.fm.

bertemakan kesyumulan Islam, beliau telah berkongsikan banyak mutiara ilmu kepada ratusan hadirin yang datang. bermula dari kesyumulan Islam, beliau telah mengupas satu persatu kehebatan Islam dan penganutnya sama ada pada masa sekarang ataupun pada zaman Rasulullah SAW. antaranya ialah tentang kebijaksanaan Saidina Ali Karamallahu wajhah dalam menyelesaikan banyak masalah yang memerlukan pelbagai cabang ilmu pada zaman pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin.

Beliau juga turut menceritakan tentang keadilan saidina Abu Bakar As-siddiq yang sedia menerima pendapat sahabat lain dalam memutuskan sesuatu perkara. Saidina Umar Al-Khattab juga merupakan seorang khalifah yang zuhud sebelum dan selepas menjadi pemerintah terbesar negara Islam pada masa tersebut.

tidak ketinggalan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya yang taat kepada arahan dan perintah agama sehingga meng'iakan hadis Rasulullah
ketika menggali Parit Khandaq;

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

terdapat banyak perkara dan isu semasa yang disentuh oleh ustaz Zahazan dalam ceramah tersebut. penulis masih lagi belum mendapatkan rakaman suara ceramah tersebut. InsyaAllah akan diusahakan..

wallahu 'alam

Para hadirin mula membanjiri MSI sementara menuggu ketibaan Ustaz Zahazan.


Majlis dimulakan dan diakhiri dengan doa



~betapa indahnya hidup ini jika Islam dipegang dengan sebaiknya. alangkah ruginya orang yang memegang Islam dengan separuh-separuh. dan celakanya orang yang meninggalkan Islam dari cara hidupnya yang sentiasa memerlukan Rahmat dan Kasih sayang Allah.~


~ada soalan?~
Penulis:
Kamsar Bin Muhamad Bahron
3-SMM Kejuruteraan Mekanikal (Mekanikal)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Lagenda Pejuang Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code