Monday, March 29, 2010

Pesta Buku KL

Pada ahad lepas, aku sempat mengikut kawan untuk bermusafir seharian ke kuala lumpur untuk menghadiri pesta buku antarabangsa. satu perancangan ad hoc. tapi aku nekad untuk ikut! hahaha

kebanjiran manusia..nak jalan pun susah


macam mana nak lalu dan cari buku dalam keadaan begini?


suasana di gerai buku PTS

bersama Pn.Ainon, otai PTS. dalam keadaan demam pun beliau sanggup datang untuk memeriahkan pesta buku pada kali ini.




bahagian belakang kereta sarat dengan buku. terasa kenyang walaupun belum makan.

~semoga pesta buku ini dapat memupuk lagi semangat di kalangan masyarakat Malaysia untuk mencintakan ilmu. lain masa, buat lah lagi..~

Saturday, March 27, 2010

Speaker Corner 3

majlis dipengerusikan oleh Presiden Kelab Iqra' UTM saudara Ahmad bin Mustafa Din.


Majlis disambung dengan bacaan doa oleh mantan prosiden Kelab Iqra'.


Sedikit ucapan daripada Timbalan Presiden PMIUTM.





p/s: disebabkan salah satu pidato yang berkaitan dengan isu palestin terlalu panjang, ia tidak dapat di upload di sini...

Wednesday, March 24, 2010

Seminar Cendekia IIC - 3


Seminar Cendekia IIC (SCiiC) sekali lagi diadakan di dewan seminar KRP pada 21hb Mac 2010. tajuk yang dibincangkan amat menarik sebagai mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan masa depan dunia. SERANGAN PEMIKIRAN MASA KINI membincangkan tentang ghuzul fiqr yang sedang menyerang umat Islam di seluruh dunia.

Mengimbau kembali sorotan sejarah, kita dapat melihat pelbagai cubaan yang dilakukan oleh kaum KUFFAR untuk menjatuhkan Islam. Namun, agama Allah ini sentiasa mendapat pertolongan daripadaNya. Berbeza dengan kaum kafir yang berperang hanya untuk mendapat kemenangan dan kebanggaan, umat Islam turun ke medan JIHAD adalah untuk mendapatkan Syahid di jalan Allah. Kesabaran dan Keikhlasan mereka menjadi pemangkin kepada perjuangan generasi penerus kepada gerakan suci ini.

~semoga kita dapat menjadi salah seorang penyambung mata rantai perjuangan para Anbiya' di bumi ini~

P/P : SCiiC pada kali ini adalah yang terakhir untuk semester ini. SCiiC yang akan datang adalah pada semester hadapan. Semoga sahabat-sahabat dapat meng'istiqamah'kan diri untuk meramaikan majlis ilmu ini.

Friday, March 19, 2010

Speaker Corner 2



















Thursday, March 18, 2010

Orang Asli ke Putrajaya


sumber: http://www.malaysiakini.com/news/126787

>>Lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

>>Dalam perhimpunan ini, Orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang,antaranya berbunyi 'Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati', 'Jangan Hapuskan Akta Kami' dan 'Iktirafkan Wilayah Adat Kami'.

>>Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata: "Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan."

>>"Mereka juga datang untuk cuti sekolah hendak ambil gambar di Putrajaya sebab mereka cuma tengok Putrajaya dalam televisyen."

>>"Jika ada sesiapa kata kami mengabaikan atau menidakkan hak mereka, itu tidak benar kerana kita telah membelanjakan lebih daripada RM400 juta setahun untuk memastikan pendidikan dan prasarana mereka (terjamin)."

Apa kata aku?
1) Naj*s
2) Buduh

~ada soalan?~

Friday, March 12, 2010

Speaker Corner Oleh PMIUTM

Pada hari jumaat lepas, Speaker Corner telah dipanaskan oleh beberapa orang mahasiswa cakna isu semasa. Pada pukul dua petang selepas menunaikan solat jumaat, ramai mahasiswa hadir ke dataran agora untuk mendengar pidato.

Ia telah dimulakan oleh Presiden PMIUTM sendiri dan berhasrat untuk mengadakannya setiap minggu untuk menyampaikan isu-isu penting yang berlaku di negara kita.

pidato diteruskan oleh saudara Azami dari kolej sebelas yang membincangkan tentang isu kewangan Johor yang dikatakan hampir muflis.

pemidato seterusnya, saudari sabrina merupakan timbalan pengerusi lujnah Sukan dan Kebudayaan PMIUTM yang menjelaskan tentang isu keselamatan mahasiswi di UTM.

dan pemidato terakhir adalah wakil dari Majlis Perwakilan Mahasiswa, saudara Nur Azim Fahada yang menggulung tentang speaker corner itu sendiri.

diharapkan aktiviti ini akan diteruskan bagi melahirkan mahasiswa yang celik isu semasa dan tidak hanya berlegar di sekitar kelas, kafe dan katil sahaja.

~ada soalan?~

Ketika Cinta Berbuah Syurga


Bismillahirrahmanirrahim..
Salam

Sesungguhnya Allah menurunkan Al-Quran dengan aneka cerita yang baik tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadi iktibar dan pengajaran kepada sekalian manusia. Maka beruntunglah bagi sesiapa yang menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan seharian. Dengan diutusnya junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai menyempurna akhlak yang mulia juga menyajikan kita dengan banyak cerita pahit dan manis perjuangan. Tapi, bukan pahit manis itu yang menjadi persoalan tapi dimana kita mendapat pengalaman itu dan bagaimana kita menghadapinya itu yang lebih utama.

Sekali pandang, buku kecil berwarna merah jambu karangan penulis terkenal Indonesia Habiburrahman El Shirazi tidak jauh berbeza dengan novel cinta AAC dan KCB. Tapi, setelah membacanya ternyata buku kecil KCBS ini menyajikan kita dengan pelbagai aneka cerita berpengajaran yang dipetik daripada Hadis, kisah-kisah zaman sahabat, zaman tabi’in dn kisah tauladan dunia Islam. Jadi, menjadi satu kemestian kepada sesiapa sahaja yang hidup dalam arena dakwah pada masa kini untuk mendapatkan buku ini.

Ketika cinta berbuah syurga hanyalah salah satu tajuk yang terdapat dalam buku ini.

anakku, sudah sampai saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Teman baik yang membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh kau ajak bercinta untuk syurga.”

Said tersentak mendengar kata-kata ayahnya.

apa maksud ayah dengan teman yang boleh diajak bercinta untuk syurga?” tanyanya dengan nada ingin tahu.

“dia adalah teman sejati yang benar-benar mahu bersama denganmu bukan kerana darjatmu tetapi kerana kemurnian cinta itu sendiri, yang tercipta dari keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah. Dengan dasar itu, kau pun boleh mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kamu masuk syurga.”

~semoga segala cerita dalam buku ini dapat menjadi satu bentuk tauladan untuk diikuti dalam kehidupan seharian~

TAJUK: Ketika Cinta Berbuah Syurga
PENULIS: Habiburrahman El Shirazy
TEBAL: 149 mukasurat
HARGA: RM11.90
BELI: Kinokuniya KLCC

Monday, March 8, 2010

KCM'10>>Aku, PMI dan Cabutan bertuah

Poster KCM yang penuh ceria

Hari ahad lepas merupakan hari yang paling ceria dalam kehidupan mahasiswaku yang penuh dengan 'kerja rumah' projek dan lain-lain. Lujnah Sukn dan Kebudayaan PMIUTM telah mengmbil satu inisiatif untuk men'ceria'kan semua mahasiswa UTM terutamanya ahli PMI itu sendiri. Meninggalkan sebentar masalah peribadi, ramai mahasiswa turun padang untuk memeriahkan lagi karnival tersebut.

Penulis bersama palapes **maaf kalau susah nak cam penulis

Bertempat di padang utama KDSE, banyak aktiviti menarik dijalankan yang semestinya dapat menarik minat pelbagai jenis 'perangai' manusia untuk datang bersama. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

Macam senam aerobik

Proses pemanasan badan menjadi syarat sebelum memulakan aktiviti sukan bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

futsal

Futsal adalah antara aktivii yang paling menarik pada hari itu yang pempertandinggan pasukan-pasukan amatur seperti buah sarlok FC, ABC FC, KSPAN FC dan banyak lagi.

Sukaneka
Aktiviti sukaneka adalah aktiviti yang paling ceria pada hari tersebut sehinggakan penulis tidak sempat menagmbil gambar. acara terakhir yang dipertandingkan adalah acara tarik tali yang menyaksikan pesta 'KAKI KEJANG' besar-besaran telah berlaku.

malam penutup
malam penutup diadakan di KRP untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Persembahan nasyid


AKU, PMI DAN CABUTAN BERTUAH

entah kenapa, cabutan bertuah telah menjadi salah satu daya tarikan PMI dalam aktiviti-aktiviti besar mereka. mungkin ini adalah salah satu 'pancing' yang mereka gunakan untuk menarik lebih ramai ahli PMI datang ke program mereka atau untuk menghabiskan 'stok' hadiah yang berlambak. (betul kah?)

Gema Aidilfitri yang diadakan pada hari rya yang lepas. aku mendapat sebungkus makanan ringan untuk dihabiskan. Alhmdulillah.. murah rezeki...


Mesyuarat Agung Tahunan PMIUTM sekali lagi menyajikan satu hadiah cabutan bertuah untuk aku. gelas untuk minum.. Alhamdulillah.. ada lagi gelas ynag boleh diguna untuk menjamu tetamu yang datang ke bilik... itupun kalau stok Radix masih ada..

Karnival Ceria Mahasiswa, KCM'10 telah menyediakan sebuah jam loceng untuk pemenang cabutan bertuah separti aku. kenapa? mudah-mudahan lepas ni mudah lah untuk aku bangun subuh...

~semoga ukhuwah yang tertaut akan menjadi lebih erat lagi kerana ukhuwah itu perlu dibina dan dipupuk bukan hanya untuk ditanam..~

Friday, March 5, 2010

Bidayatul Hidayah

Permulaan jalan hidayah


Buku Bidayatul Hidayah karangan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali atau Imam Al-Ghazali ini merupakan sebuah kitab yang menceritakan tentang panduan amalan harian yang banyak menyentuh tentang adab. Ia telah diterjemahkan semula oleh Abu Ali Al-Banjari An Nadwi atau lebih dikenali sebagai Ahmad Fahmi Zamzam.

Di permulaan buku ini, penulis mengingatkan para pembaca tentang salah satu kaedah Islam iaitu:
“Apa yang tidak dapat dibuat semua, maka jangan ditinggalkan semua”

Oleh itu, segala panduan amalan harian dalam buku ini adalah salah satu cara untuk menigkatkan ketaqwaan kepada Allah. Maka sekiranya kita tidak mampu untuk mencapai peringkat ketaqwaan yang tertinggi, itu bukanlah perkara yang tercela. Sebaliknya yang menjadikan kita tercela adalah jika tidak melakukan usaha sedangkan kita masih mampu untuk melakukannya.

Hidayah adalah satu buah daripada ilmu dan hidayah itu terbahagi kepada permulaan (bidayah) dan kesudahan (nihayah). Oleh itu, bagi mencapai nihayatul hidayah, maka hendaklah kita menyelami zahir hidayah itu terlebih dahulu iaitu bidayatul hidayah.

Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama menceritakan tentang adab-adab melaksanakan ketaatan bermula dari bangun dari tidur sehinggalah kita tidur semula pada malam harinya. Ia juga menceritakan dari sekecil-kecil perkara seperti adab masuk tandas dan cara membuang air sehinggalah adab-adab dalam berpuasa dan sebagainya. Bab ini dapat dijadikan panduan untuk amalan seharian oleh sesiapa sahaja termasuklah orang yang bekerja, pencari ilmu dan semua peringkat umur. Maka, harapan penulis di hujung bab paling panjang ini adalah agar para pembaca dapat meneruskan pembacaan di dalam kitab besar beliau, Ihya ulumuddin kerana kitab ini tidak menceritakan berkaitan dengan bab-bab dalam melaksanakan ibadah haji dan zakat.

“bersabarlah engkau hari ini mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada besok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya adalah satu kepastian pula dan bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankan engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini. Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya tinggal sekali nafas sahaja lagi.”

Bahagian kedua buku ini pula menceritakan tentang cara-cara meniggalkan maksiat termasuklah maksiat zahir (anggota badan) dan maksiat batin (hati). Meninggalkan maksiat zahir adalah termasuk menjaga mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, dua tangan dan dua kaki. Fasal ini menunjukkan pembaca betapa banyaknya maksiat yang kita lakukan dalam kehidupan seharian tanpa disedari kerana ternyata syaitan telah Berjaya membuatkan kita melakukan maksiat yang telah diselaputi dengan keindahan sehingga kita menyangka bahawa apa yang kita lakukan itu adalah satu perbuatan yang baik. Manakala fasal kedua pula menceritakan tentang cara-cara meninggalkan sifat hasad, riak dan ujub. Sifat-sifat ini adalah sifat yang amat berbahaya sekali kerana ia adalah maksiat yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata sehingga dikhuatiri akan menjerumuskan diri kita ke arah mensyirikkan Allah SWT. Nauzubillah.

Manakala bahagian ketiga pula menceritakan tentang adab-adab pergaulan dan persahabatan dengan khaliq dan dengan makhluk. Adab dengan makhluk pula dibahagikan kepada adab dengan guru, murid, ibu bapa dan seluruh manusia. Kesemuanya dapat dikelaskan kepada tiga iaitu orang yang tak dikenali, orang yang dikenali (tetapi bukan sahabat) dan dengan sahabat. Dengan mempelajari adab-adab pergaulan ini, diharapkan agar kita dapat menjadi roll model kepada orang lain di samping menjalankan tanggungjawab sebagai seorang dai’e.


CARA MEMILIH SAHABAT
1) Orang yang berakal
Berkata Saidina Ali KWH:
“dan jangan engkau bersahabat dengan orang yang bodoh. Jauhi akan dia.
Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika ia bersahabat dengannnya.
Seseorang itu dinilai mengikut tingkatan sahabat yang ia berjalan dengannya.
Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya.
Maka begitulah halnya hati yang menyerupai hati yang lain.
Ia akan menunjukkan hubungan ketika adanya pertemuan (persahabatan).”

2) Orang yang baik akhlaknya
“saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian”
~Saidina Ali KWH~

3) Orang yang soleh
“Dan Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya Telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”
~Surah Al-Kahfi : 28~

4) Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
Maka suka sekedudukan dengan orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu kepada dunia. Dan sebaliknya suka sekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambah zuhudmu kepada dunia.

5) Orang yang benar
Jangan bersahabat dengan orang yang pendusta. Mungkin ia akan menipu engkau, kerana ia seperti fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jauh atau menjauhkan yang dekat.


Sebagai penutup, Rasulullah pernah bersabda:
“perumpamaan dua orang yang bersaudara itu ialah perumpamaan kedua belah tangan, di mana yang satu membasuh yang lain.”
-HR Abu Mansor Ad Dilami-


~semoga dengan sedikit panduan ini dapat memacu kita ke arah mendapatkan hidayah dari Allah SWT.~


TAJUK: Bidayatul Hidayah
PENULIS: Imam Al-Ghazali
PENTERJEMAH: Ahmad Fahmi Zamzam
TEBAL: 190 mukasurat
HARGA: RM10.00
BELI: Kakak Bagi..ngeh..ngeh..ngeh..

~Ada soalan?~

Wednesday, March 3, 2010

Konsert Amal Nazrey Johani di UTM

Salam.
Setelah lama tak buka blog, baru hari ini dapat 'keinginan' untuk update.
satu konsert amal telah diadakan di UTM bersama dengan Nazrey Johani, UNIC, Brotherz dan beberapa lagi artis nasyid tanah air. tujuan road tour ini dijalankan di seluruh Malaysia adalah untuk membina sebuah pusat tahfiz di Sabah. maklumat lanjut : http://nazreytahfizsyahadah.blogspot.com/

Usaha murni ini dilihat sebagai satu usaha besar dan memerlukan komitmen yang tinggi dari ramai orang terutama sekali Ustaz Nazrey sendiri. Didoakan semoga beliau dan semua pihak yang terlibat dalam projek mega ini terus istiqamah sampai bila-bila. RM15 juta bukanlah satu jumlah yang sedikit. Namun, susuk tubuh mantan ahli kumpulan nasyid Raihan inilah yang menjadikannya tidak mustahil untuk dicapai.


Penulis sempat bergambar bersama Ustaz Nazrey

di akhir konsert tersebut, Ustaz Nazrey sempat mendeklamasikan sebuah sajak yang menyentuh perasaan....

PERJUANGAN..
apalah ertinya perjuangan tanpa pengorbanan
apalah ertinya pengorbanan tanpa kesungguhan
apalah ertinya kesungguhan tanpa keikhlasan

Sibuk kita berbicara tentang perjuangan
namun nun jauh di sana masih sukar kita mencari para mujahid
yang arif erti sebenar perjuangan dan pengorbanan.

kenapa?
kerana jauhnya insan daripada rahmatnya
kerana jauhnya insan daripada pengampunannya
kerana jauhnya insan daripada keredhaannya
kerana jauhnya insan dalam mencari sinar kebahagiaan

*****
ps:sajak ini tidak habis ditulis...
jika anda nak mendapatkannya, sila datang ke konsert beliau yang seterusnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code