Friday, April 30, 2010

HANYA DI SINI part 2

kreatif dan inovatif!

Semasa bersama NRW TEAM untuk memeriksa arah aliran air paip, aku jumpa benda nih di tempat berteduh. Bettul-bettul di hadapan pagar rumah orang..


maka aku pun terjumpa batu bersurat ni..
Kalau kamu mau datang sini, jangan ikut petunjuk melalui papan tanda dsb..haha..
Aku pun ndak pasti apa yang ditulis atas batu tu..

Catatan:
200 tahun akan datang, benda ni akan jadi batu bersurat dan memberi petunjuk tentang perangai masyarakat sekarang..haha

kredit kepada iwan! Nama anda masuk blog aku la..haha


Ini bukan rumah aku!

HANYA DI SINI (part 1)

please dont try this at home

tolong jangan cuba ini di rumah


Beberapa hari bersama NRW TEAM ke beberapa lokasi sekitar Tawau...
pada hari tersebut kami pergi ke sebuah kampung yang namanya dirahsiakan. Satu pemandangan yang agak menarik perhatian dan TERLALU LAWAK untuk aku terima…haha..


BIAR PUTUS CINTA JANGAN PUTUS ALKOHOL
ANGGUR TIMIS PILIHAN KAMI
BIAR MATI AKSIDEN JANGAN MATI EKSEN

Catatan:
Apa nak jadi dengan masyarakat? Kaki botol? Tangan, kapla,..suma jadi botol..
Mau dibilang ndak mampu beli pen. Tapiknya mampu pulak beli cat spray..
Mati aksiden aku tau. Tapi mati eksen aku ndak tau..haha..sapa bulih tulung?

Wednesday, April 28, 2010

Head Shoot!!

Sumber: http://best1of4.wordpress.com/2010/04/28/aminulrashid-ditembak-semasa-memandu/

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang…


Catatan:

>>budak 15 tahun ditembak!

>>kawan budak tu dibelasah

>>kalau polis kejar orang mmg mcm ni ka? abis la aku..

>>sapa ada helmet kalis peluru? nak beli 1..haha


Wednesday, April 21, 2010

Pulang

Keadaan masih lagi seperti dulu. Riuh rendah dengan manusia yang ramai. Dengan berbaju hitam, seluar slack hitam, kasut hitam dan sweater PMIUTM yang berwarna hitam, aku duduk sendiri di terminal 2 lapangan terbang Kota Kinabalu  .
Melihat keadaan sekeliling.. 
Manusia yang membuat hal mereka masing-masing. Semuanya tidak aku kenali. Sambil duduk di ruang menuggu yang membosankan, menanti kehadiran seorang sahabat lama dari UMS. Beliau sudah berjanji akan membawaku berjalan-jalan di sekitar KK pada masa ni. Bagasi yang banyak dan berat me’mustahil’kan untuk aku berjalan sendiri di sekitar Bandaraya KK untuk membunuh masa baki empat jam sebelum penerbangan seterusnya menuju ke Tawau bumi peladang.

Baru sahaja menghabislkan lebih 10 ringgit untuk makan tengah hari di KFC bagi mengalas perut yang pantang kosong. Kenapa KFC? Mudah..sebab restoran lain yang berada di sini semuanya tidak aku percayai keHALALannya. 10 ringgit? Ia dikira cukup murah berbanding dengan harga 11 ringgit sandwich dan air mineral yang dibeli semasa dalam penerbangan tadi. Hahah.. tak berani aku nak komplen tentang harga tu..takut-takut nanti dia suruh pulak aku keluar pesawat yang berada berpuluh ribu kaki di udara itu untuk cari kedai lain.

Setelah setahun baru aku berpeluang untuk pulang ke kampung halaman. Bagaimana agaknya keadaan di sana? Sepanjang tahun lalu, aku telah menerima banyak berita tentang kematian warga kampung dan ahli kelauarga yang cukup aku kenali. Tidak ketinggalan juga berita pernikahan beberapa kawan-kawan aku aku juga cukup kenali. Apa akan jadi dengan senario dan kehidupan di sana pada masa ini?. Hanya dengan malihatnya dengan mata sendiri sahaja dapat menjawabnya.

Kepulangan pada kali ini berbeza dengan sebelumnya. Bukan bercuti semata-mata tapi untuk memenuhi tuntutan akademik aku sebagai bakal jurutera. Untuk merasai sendiri pengalaman bekerja yang sebenar. Tapi itu tidak menjadi alasan untuk aku tidak membuat perancangan tentang ‘gerak kerja’ lain…agaknya lah

Tawau…im coming..ngeh ngeh ngeh..
Im always by your side…
~ada soalan?~

Catatan:
kali terakhir penulis balik kampung adalah pada jun 2009
penulis akan LI dengan syarikat yang tidak diketahui lagi lokasinya
penulis masih lagi mennunggu kehadiran sahabat yang katanya nak datang tu
penulis lambat solat zohor sebab mengikut waktu semenanjung..hahaha
penulis menaip di ruang menunggu adalah untuk ber trep*!!! Hahaha.

*poyo

Bila Tuhan Berbicara


Karya dalam bentuk pementasan drama karangan Faisal Tehrani “ketika Tuhan Berbicara” merupakan karya beliau yang pertama aku baca dan ia telah menarik minat aku untuk mengikuti karya-karya seterusnya. Sebuah ilham yang terbit pada masa rehat penulis diantara 2 karya besar beliau yang lain.

Cerita tentang tiga orang lelaki yang bertemu di sebuah bunker selepas lari dari bencana gempa bumi yang dasyat. Jalan cerita ini dibuat ala-ala cerita ashabul kahfi yang tertidur lama sebelum dibangunkan semula di satu zaman yang jauh berbeza dari zaman mereka sebelum ini.

Sahlan merupakan seorang lelaki yang mengalami masalah gender dan ingin menukar jantina. Dia sebagai seorang volkanologis telah lari dari tugasnya dan lari bersembunyi setelah mengetahui bahwa satu bencana yang dasyat akan berlaku. Razlan merupakan seorang doktor yang juga lari setelah membunuh isteri solehahnya yang cuba membawa dia kearah yang lebih baik. Manakala Mazlan pula merupakan seorang ekstrimis agama yang memperjuangkan Islam melalui pengeboman berani mati. Juga lari dari pihak berkuasa selepas berlaku satu gegaran yang kuat.

Mereka telah ditakdirkan Allah untuk bertemu di sebuah bunker dan telah tertidur sehingga satu zaman yang diperintah oleh paduka ratu. Keadaan pada masa tersebut sangat rumit kerana ia merupakan tinggalan daripada bencana letusan gunung berapi yang mana semua lelaki pada zaman tersebut mengidap satu penyakit kulit yang teruk.

Jalan cerita yang diselangi dengan beberapa sesi penerangan oleh pengarah tentang betapa pentingnya pementasan drama ini dijalankan beserta dengan unsur-unsur islamik. Medium dakwah pada masa kini sangat luas dan drama juga boleh dijadikan sebagai salah satu medium untuk menyampaikan mesej dakwah tersebut. Dengan membaca drama ini, banyak pengajaran yang dapat dipetik dan ia juga mampu mengikat pembaca untuk terus membaca sehingga kepada halaman yang terakhir.

~catatan:
>>sila jangan terkeliru dengan watak sahlan, mazlan dan razlan
>>terdapat beberapa unsur lawak diselitkan. Harap jangan hilang penghayatan dengan jalan cerita
>>latar masa cerita ini memang menarik
>>~ada soalan?

Thursday, April 8, 2010

Benarkah MPMUM Peneraju Perubahan?

BENARKAH MPMUM PENERAJU PERUBAHAN?

Sekali baca, tajuk buku ini seolah-olah ingin menceritakan tentang segala perubahan yang berlaku di kampus 'lama' Universiti Malaya. Namun, buku ini sebenarnya menceritakan tentang liku-liku yang dihadapi oleh satu gelombang 'oren' yang memperjuangkan Hak Mahasiswa terutamanya dari segi kebajikan setelah setahun memerintah di aras tertinggi kepimpinan mahasiswa di kampus tersebut.

Buku karangan Farid Jalpah ini sebenarnya sudah lama aku pegang, belek, dan usung ke mana-mana. Buku kecil yang isinya yang padat dengan fakta dan cerita tentang kehidupan kampus di UM cukup untuk aku (yang lambat membaca) mempunyai keinginan yang kuat untuk menghabiskan bacaan dalam tempoh waktu yang super sibuk ini. Dalam kekangan masa ini, suka kiranya aku untuk mengajak manusia yang bergelar MAHASISWA untuk membaca buku ini bagi mencari kebenaran yang selama ini merantai leher mahasiswa.

antara perkongsian menarik adalah:
1) Cara 'pihak itu' menekan mahasiswa adalah lebih kurang sama dengan UTM
2) YB Pro-M dianaktirikan. Logik tak exco yang jaga kolej tak dapat kolej? haha..
3) itu je yang aku ingat. Dah lama habis baca buku ni..baru sempat masuk blog..hoho

"Apa yang perlu kita berikan perhatian dalam alaf yang kian mencabar dan persaingan sengit ialah kita tidak boleh selesa dangan pencapaian silam tanpa berusaha. Pencapaian silam kadang-kadang boleh menjerumuskan kita dalam situasi leka dan seronok"
(NC UM ke-6)


We cannot be sure of having something to live for unless we are willing to die for it
~Che Guevera~


catatan:
Aku mahasiswa!!! cobala kalau berani!

GOOD LUCK 4 FINAL!
~bejuang sebagai engineer lebih 'best' daripada berjuang sebagai macai~
:::nota hati untuk diri...







Friday, April 2, 2010

Cerita Peperiksaan

Salam.
demam peperiksaan telah tiba. study week (baca: project week) hampir melabuhkan tirainya. apa persiapan kita?

SEBELUM PEPERIKSAAN

Doa senjata mukmin

ingat Allah hati tenang. yakinlah pertolongan Allah itu dekat

part 1

part 2..ingat lah mana yang lebih penting


BARU HABIS PEPERIKSAAN

bersedia awal. last minute tidak baik untuk kesihatan

buat perancangan. jangan sampai segalanya jadi sia-sia


SEMASA CUTI

jangan membosankan diri. banyak perkara berfaedah boleh dibuat

jangan sibukkan diri dengan perkara yang tidak penting


ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

KESIMPULAN



KAU BOLEH TU!

BOLEH BAH KALAU KAU!

semoga segala usaha kita direhai Allah.
semoga segala perancangan selari dengan perancangan Allah
semoga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat
semoga hidup penuh keberkatan.

kredit untuk galeri komik dakwah. kredit untuk mereka!
may Allah bless you all!. teruskan berdakwah untuk Islam dalam method yang menari!

Thursday, April 1, 2010

Jangan Putus Asa!!

salam..dalam suasana exam, aku tetap nak update jugak blog ni berdasarkan apa yang aku baru lalui..penting rasanya untuk berkongsi dengan orang lain..

selepas mesyuarat yang panjang, mental dan fizikal terasa amat letih. pukul 2am, dengan perut yang lapar, aku dan kawan-kawan mengabaikan mata yang mengantuk dan meng'awla'kan perut yang lapar...

di restoran makan, 2 keping roti canai menjadi pilihan perut dan nafsu makanku. sambil meratah makanan yang disediakan, tergerak hati untuk memilih siaran dalam televisyen yang disediakan. satu filem (yang dah nak habis) menjadi pilihan sebab:
1- seram; tentang makhluk yang dahagakan darah. banyak orang mati dalam filem ni
2- illuminati; ia mempunnyai beberapa ciri filem yang ditaja oleh illuminati.
3- setiap masa ada aksi seram, kesian, sedih dan sebagainya.


dipendekkan cerita...
>>mangsa terkurung agak lama dalam sebuah kedai, keadaan luar penuh dengan kabus dan banyak makhluk ganas tersebut bertebaran.
>>beberapa orang rasa tidak tahan dan memilih DIE ON TRYING TO SURVIVE IS BETTER THAN DIE HERE!!
>>Seramai 5 orang berjaya mendapatkan kereta dan beredar dari situ..
>>tapi, minyak kereta habis di pertengahan jalan...banyak kabus...makhluk pelik tu ada jugak yang saiz ultraman..
>>mereka tiada pilihan..terdesak..
>>watak utama membuat keputusan.. KILL THEMSELVES IS BETTER THAN BEING KILLED BY THAT BEAST!!
>>peluru ada 4, mereka ada 5 orang termasuk anak dia sendiri..
>>watak utama bunuh mereka berempat dan dia sanggup mati dalam keseksaan di tangan makhluk tersebut.
>>pom pom pom pom...4 orang mati. watak utama macam dah gila.
>>dia keluar kereta dan memaki hamun makhluk tersebut dan mencabar mereka supaya makan dia..
>>suddenly...


THE GROUND IS SHAKING...LOOKS LIKE MANY BEAST IS COMING TOWARDS HIM...THE AIR CLEARED FROM MIST...HE SAW MANY SOLDIER AND PEOPLE COME TO HELP THE OTHER...THEY ARE SAVED!!...THE SOLDIER HAVE BEATEN ALL THE CREATURE!!...

about the main character??
you can imagine what he felt..


hahaha....
lain kali, NEVER GIVE UP NEVER SURRENDER!!


maka, kami pun balik dalam keadaan tak tenang sebab kami mengharapkan filem ini akan memberikan HAPPY ENDING..haha..sebaliknya..

moral:
-jangan putus asa
-jgn bunuh diri
-bergantung kepada Allah

-JANGAN TENGOK MOVIE..

wassalam


iklan...
REA, YOU WILL CONQUER THE WORLD!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code