Saturday, April 30, 2011

Certot: misteri bola ping pong

gambar Google
Awas: sebelum bermula, aku nak bagitau cerita ni bukan rekaan aku. Kakak aku yang cerita. Mana dia dengar? Aku pun tak tahu. Selamat membaca dan pastikan anda tidak keseorangan di tempat yang gelap. Yang lemah semangat, jangan baca!


[mula]

Dipendekkan cerita (nama pun certot), ada seorang lelaki bernama Roi yang sudah kematian isteri. Dia mempunyai anak lelaki, Boi yang berumur 12 tahun. Demi memenuhi janji kepada isterinya sebelum sebelum isterinya meninggal, dia berazam untuk menjaga anak tunggalnya sehingga Berjaya. Semasa Boi hendak mengambil UPSR, Roi berjanji kepada Boi untuk memenuhi satu permintaannya jika dia Berjaya mendapat 5A. apabila keputusan UPSR diumumkan, Boi Berjaya mendapat 5A dan bersedia membuat satu permintaan kepada Roi.

“ayah, Boi nak dua biji bola ping pong”
“eh, ingatkan Boi akan minta PS3. Tapi tak apalah. Nanti ayah belikan”

[jeda]

Tiga tahun kemudian, Boi bakal menduduki PMR dan Roi pun membuat janji yang sama. Apabila Boi Berjaya mendapat 8A, dia pun meminta 2 biji lagi bola ping pong. Dan seperti biasa juga, Roi memenuhinnya dalam kehairanan. Keadaan yang sama berlaku untuk SPM dan STPM. Dan kini Boi sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPT tempatan bersama 8 biji bola ping pongnya.

Sebelum ujian akhir semester satu di universiti bermula, Roi masih memberikan janji kepada Boi dan akhirnya Boi Berjaya mendapat 4.00 pada semester tersebut. Apabila ditanya mengenai permintaannya, Boi tetap meminta dua biji bola ping pong. Namun, dengan kehairanan Roi menghadiahkan anaknya seperti yang diminta beserta dengan sebuah kereta Chevrolet Corvette.

Dipendekkan cerita lagi, Boi yang membawa kereta barunya telah terlibat dalam kemalangan. Semasa sedang nazak di hospital, ayahnya cuba mendapatkan kepastian tentang sebab anaknya sering meminta dua biji bola ping pong. Dan si anak menjawab…

“ayah, sebenarnya….uhuk uhuk… Boi memintak dua biji bola ping pong..uhuk uhuk..adalah kerana..uhuk..uhuk…

Tuuuuuuuuuuuttttttt…. Boi menghembuskan nafasnya yang terakhir. Nadinya telah tiada..

Tamat.


Catatan:
1. Masa kakak aku cerita macam ni, jiwa aku kacau beberapa hari. Aku nak tahu jugak kenapa dia mintak bola tuh!!!
2. Siapa yang rasa ni cerita dia, sila maklumkan segera.
3. Sebagai orang sains, naluri ingin tahu adalah sangat tinggi.

Friday, April 29, 2011

Si Blogger Kampung


Saya berblog semasa berada di tahun dua UTM hingga sekarang. Kalau dulu ia hanya sekadar ruang untuk berkongsi pengalaman, luahan perasaan dan menyampaikan isu, sekarang saya melihat blog ini sebagai satu medium yang lebih banyak kegunaannya. Maka saya menjadikannya juga sebagai medium untuk menyatakan pandangan berkaitan apa yang berlaku di Malaysia dan luar Negara. Malah blog ini menjadi medan dakwah umum secara tidak langsung sama ada sesama blogger atau pengunjung biasa.

Cuma satu perkara yang saya lambat tahu adalah blog juga sebenarnya boleh membuat duit!. Untuk meletakkan iklan seperti Nuffnang dan sebagainya, tentu ia hanya berkesan kepada blog yang terkenal sahaja. Tapi ada satu lagi cara bagaimana blog ini boleh menjadi medium untuk membantu kewangan seseorang terutama sekali untuk mereka yang ada produk untuk dijualkan.

Buku Si Blogger Kampung karangan bersama Zamri Mohamad dan Hafizul Hilmi (kawan aku! Wakakaka) berkongsikan bagaimana sebuah kampung yang mandom akibat kegiatan ekonomi yang bersifat ‘kampungan’ bertukar menjadi sebuah pusat perniagaan dan pelancongan yang pesat di Melaka gara-gara seorang budak Bandar yang memperkenalkan ‘Blog’ kepada sepasang kembar kampung yang hidup susah.

Saya tertarik dengan jalan cerita novel ini kerana ia mengandungi ilmu perniagaan dan jalan penceritaannya hampir sama dengan kampung tempat tinggal saya (kecuali pantai sebab kampung saya tiada pantai).

~Saidina Uthman mampu menjadi orang kaya Madinah dengan hanya bermula dengan seekor kambing dan seutas tali di tangan.
Kamsar, 30 April 2011, 10.24am

Catatan:
1. Serius. Latar kampung tu hampir sama dengan kampung aku
2. Idea dalam novel ini boleh pakai.
3. Aku seorang pem’blog’ dan orang kampung
4. Novel ni aku beli dengan diskaun penulis

Tajuk: Si Blogger Kampung
Tebal: 198 mukasurat
Penulis: Zamri Mohamad dan Hafizul Hilmi
Harga: RM14.00 – 35%
Kedai: PWTC: Pesta buku antarabangsa KL
Penerbit: PTS Professional

Koleksi ucapan Final exam


mata pedang ka, mata pen ka, semua tajam. cuma keyboard ja belum ada mata.

Pendahuluan

kenapa lambat ucapkan selamat berujian?
sebab aku baru nak mula ujian!


Ini ujian terakhir aku di UTM. jadi, aku nak kenang balik ucapan ujian aku sepanjang berada di UTM.
seperti semester 4, semester 5, semester 6, dan semester 7.
jadi, boleh tengok di link yang disediakan..

Isi 1



Seorang ilmuan itu akan terus menjadi ilmuan selama mana dia terus belajar. sekiranya dia berkata aku sudah pandai, maka dia telah menjadi bodoh dengan sendirinya. ~Luqman Al-Hakim.

masa aku tingkatan 5, ada orang bagi aku hadiah penanda buku yang cantik (tapi terlalu besar untuk menjadi penanda buku). jadi aku tampal penanda buku tu di dinding. salah satu daripadanya tertulis ayat ni. aku pegang, simpan, baca dan tampal hingga aku masuk matrikulasi dan UTM. Dan.. wallpaper di atas ada tulis 4.00. Woha!



Isi 2


Masuk tahun 3 di UTM, hati semakin gundah. pelajaran semakin berat (bukan susah). tapi belajar last minute tetap menjadi pilihan. sebab apa? sebab cara ini berkesan!. apabila stress, kami pun ambil gambar yang bukan-bukan seperti di atas bergilir-gilir seperti di atas..



Penutup


Gambar ni aku ambil semasa mesyuarat. Musim Exam pun ada mesyuarat. mantap tak?. cuma gambar tangan tu, aku ambil dari Google. gambar keychain tu, aku beli masa aku ikut Kursus Amal Islami anjuran PERRPIS




“Dialah yang telah menciptakan mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Al-Mulk 67 : 2)


~impikan yang tertinggi dan engkau akan mendapat yang tertinggi.

catatan:
1. selamat menjawab.
2. selamat bergraduasi
3. selama sejahtera (haha..ada ka?)
4. semoga paling selamat.
5. ada soalan?


Lampiran

Belajar mesti SMART. bukan HARD semata-mata. kita mesti ada strategi!



dalam belajar, tidak semua akan berjaya pada percubaan yang pertama. jadi, jangan malu untuk jatuh. tapi malulah untuk tidak bangun setelah jatuh.



Bantu rakan anda yang memerlukan. Ilmu yang Allah berikan bukan hak kita sendirian. ia perlu disampaikan. tapi jangan sampai menyusahkan diri dan orang lain.



Berhenti adalah 'taboo' dalam belajar. walau apa rintangan yang datang, teruskan perjuangan!



jangan malu betanya. kerana kita bukan orang paling bangang. (selagi kita terus belajar).



saling membantu dalam kebaikan.



semoga berjaya..
tepuk dahi tanya akal!

~ada soalan? ..

Thursday, April 28, 2011

Certot: Cantik!

gambar tida' berkaitan dengan entri

Maka tersebutlah kisah sa-orang laki-laki yang sangat menjaga amalnya. Tidak dimakannya sesuatu itu melainkan jelas nyata kehalalannya. Dan tidak dipakai sasuatu itu melainkan jelas jualah pula sumbernya.

Beliau seorang yang sangat mencintai ilmu. Tegar menegakkan kebenaran dalam lapangan ilmu. Sangat mengharapkan ilmu yang bermanfaat dan berkat. Memegang nasihat Malik kepada Syafie, "Ilmu itu cahaya. dan cahaya Allah tidak akan masuk ke dalam hati orang yang melakukan maksiat". Akhlaknya sentiasa dijaga. dijaga lidahnya dan telinganya dan matanya dan hatinya daripada bahaya zina yang merosakkan.

Di zaman serba fitnah ini, pemuda ini tetap menjaga mata dan hatinya dari melihat aurat wanita yang tidak halal baginya. Namun di suatu hari, semasa baru pulang dari surau bagi memenuhi haknya, matanya terpandang suatu susuk tubuh yang amat indah. penutup kepalanya dilabuhkan hingga melebihi bawah dadanya seperti perintah dalam An-Nur. pakaiannya gelap tidak menarik perhatian. Matanya yang cerah dan bercahaya ditundukkan ke tanah. Jalannya lembut selembut akhlaknya.

Hati sang pemuda terpana. Dia mengelamun seketika.
semoga amalnya tidak rosak hanya kerana sa-orang wanita. seraya berdoa.
"Ya Allah peliharakanlah wanita itu daripada mata lelaki termasuk mataku sendiri.". woha!

catatan:
1. petang ni sudah petang. aku lapar tapi belum boleh makan. aku letih tapi sudah asar.
2. Jumpa di tasik ilmu*

*tasik ilmu adalah nama lain tasik utama UTM

Wednesday, April 27, 2011

Gus Dur Menjawab Kegelisahan Rakyat


Apakah sebenarnya konsep Islam terhadap Negara? Sampai seberapa jauh konsep ini dirasakan kalangan pemikir Islam sendiri? Apakah konsikuensi dari konsep ini bila memang ada?

Gus Dur menjawab, “tidak ada. Penulis beranggapan, Islam sebagai jalan hidup (syari’ah) tidak memiliki konsep yang jelas tentang Negara. Mengapa penulis beranggapan demikian? Karena sepanjang hidupnya, penulis telah mencari dengan sia-sia makhluk yang dinamakan Negara Islam. Sampai hari ini pun belum ditemukan”.


2000

Semasa aku baru habis UPSR, aku dan keluarga pergi ke Indonesia. Lebih tepat, ke Sulawesi selatan. Masa itu adalah zaman pemerintahan Gus Dur*. Cerita pertama yang aku dengar tentang orang bertaraf perdana menteri ini adalah semasa rakyat membuat demonstrasi meminta dia berundur. Tapi dia kata, “kok bisa disuruh saya berundur. Maju aja mau dipimpin”. Dan banyak lagi cerita negatif lain dari rakyat yang aku dengar.

[jeda]

Buku ini adalah himpunan dari 24 artikel beliau tentang isu-isu yang berlaku yang berkaitan dengan Agama dan kekuasaan, kepemimpinan, moral dan spiritual serta demi palestina. Tajuk yang amat penting untuk rakyat amati tentang holistic view seorang presiden yang tentunya rakyat kebanyakan tidak Nampak. Beliau bercerita tentang betapa corrupnya Negara itu.


*Gus adalah panggilan untuk anak kiyai di ponpes. Dur adalah nama dari Abdurrahman


~pemimpin yang melakukan kesalahan kecil lebih teruk dihina daripada rakyat yang melakukan kesalahan besar.
Kamsar, 28 April 2011, 12.48pm

Catatan:
1. Bahasa buku ini sangat susah difahami. Aku tak faham pun. Cuma tahu isu yang dibawakan sahaja.
2. Buku ini sangat sesuai untuk yang ingin mengetahui cara pemikiran Gus Dur. Tapi mesti faham bahasa Indonesia.
3. Aku tak Nampak apa pegangan Gus Dur dalam suatu isu dengan hanya membaca buku ini sekali.


Lampiran


Ini buku jawapan najib. Harganya 20 ringgit. Tapi saiznya Cuma macam buku Chika Sidinaali. Aku tak dapat bayangkan siapa yang sanggup beli buku ni.

Tapi kalau ada orang nak bagi percuma, aku harap sangat aku akan dapat walaupun isu yang disentuh dalam buku ini tidak terlalu penting untuk beliau jawab.

Tajuk: Gus Dur: Menjawab Kegelisahan Rakyat
Tebal: 167 mukasurat
Penghantar: Jakob Oetama
Harga: RM27.80 – 15%
Kedai: Fajar Ilmu Baru Ent. Jalan Masjid India, KL
Penerbit: Buku Kompas, Jakarta

Kek oh KEK: versi 26 April

Awas!! ini bukan kek hari jadi!

10 Ramadhan 1409

Petang itu mereka sekeluarga baru menyempurnakan puasa kesembilan mereka. Juadah berbuka yang biasa. Sesuai dengan keadaan mereka di kuarters itu.

Usai solat maghrib secara berjemaah, mereka bersiap untuk pergi ke masjid untuk solat Isyak dan Terawih bersama-sama. Tentunya dengan berjalan kaki. Masjid hanya dalam 100 meter dari rumah. Tapi jarak itu agak jauh untuk si ibu yang sedang sarat mengandung.

Tiba-tiba sang ibu mengerang kesakitan. Mengadu kepada si suami bahawa masanya hampir tiba. Si suami dengan tenang memimpin ibu dan menyediakan tempat berperang yang selesa. Anak-anak yang masih kecil diperintahkan untuk meminta pertolongan.

[jeda]

Tepat pukul 8.15 malam, 10 Ramadhan 1409, bertempat di Kampung Jembatan Putih, seorang lagi umat Muhammad lahir ke dunia. Dia lahir dalam keadaan biasa. Seperti anak-anak lain juga. Telinganya diazankan. Disuapi dengan kurma dan telur kuning. Dididik dengan ilmu dan agama. Dipukul dengan rotan dan nasihat. Siapa tahu bahawa anak biasa ini akan menjadi lagenda…

[titik]

Kek hari jadi pertama aku (kalau tak silap)

Masa aku tingkatan 1, guru kelas tanya setiap seorang tarikh lahir masing-masing untuk mengemaskini data pelajar.
Sampai giliran aku, aku jawab teragak-agak “18 Oktober 1988!”.
Cikgu aku terkejut. “kenapa palek lain di sini?”
“kalau ndak silap lah cikgu. Kalau silap, nanti balik rumah saya cek balik”.
Satu kelas ketawakan aku. Sebab tak ingat tarikh lahir sendiri.
Rupanya itu tarikh surat lahir aku dikeluarkan.

[jeda]

Kenapa aku tak ingat tarikh lahir?. Sebab aku tak raikan tarikh lahir. Kenapa aku tak raikan tarikh lahir?. Sebab aku tak nampak significant raikan tarikh lahir. Kenapa aku tak Nampak significantnya?. Sebab aku tak tahu lah pulak (pada ketika itu) kalau ko lahir pada tarikh yang sama dengan hari ini, ko mesti raikan!. Titik.

Ada apa dengan 26 haribulan April 1988?. Aku tak Nampak apa-apa pun. Kenapa perlu raikan kan an an an.. tapi ada sesuatu yang aku tahu.. ajal semakin mendekat walaupun aku juga tidak tahu sedekat mana ia berada…hua..

Kek yang aku dapat free. Orang bagi. Dia kata untuk hari jadi. Jadi aku jadikan ia sebagai kek hari jadi untuk tahun ini. (lilin tidak disediakan)

~benda yang paling dekat adalah ajal. Yang paling jauh adalah masa yang sudah berlalu (tak ingat imam mana)
Kamsar, 27 April 2011, 9.55pm

Catatan:
1. Aku dapat 107+6 wish hari jadi di facebook (sepanjang yang aku dapat kira). Semua orang menoakan kebaikan dari panjang umur berkat, banyak harta hinggalah keluarga. Jadi, sapa yang aku tak komen/doakan semula, sila gtau..
2. Aku dapat …. (malas nak kira) wish melalui sms. Sapa yang aku tak reply, sila gtau segera.
3. Umur aku tidak semakin panjang dan tidak semakin pendek. Masa terus berjalan. Jadi maknanya ajal semakin dekat. Ada bantahan?
4. ada jugak orang yang sangat rindu dengan hari jadinya. sebab tu aku selalu wish hari jadi orang.(kadang-kadang. haha)

Monday, April 25, 2011

Chika Sidinaali: Nyaman si Puding Roti


Dia mahu terbang:


Dia pandang ke langit biru. Mendongak hingga hampir patah leher. Terlihat burung terbang dengan sayap terdakap di badan.
Dia melihat diri. Mengangkat ketiak untuk kali ke sembilan hari ini. Berharap tumbuhnya sayap bagai dijahit dengan jarum sebesar setengah kelingking.
Tiada sayap. Cuma bulu ketiak yang tidak pernah dirapi. Dia tidak boleh terbang.
Dia orang.
Bukan burung.


Buku ini kecil. Sekecil buku penerangan 1 Malaysia yang diberikan oleh wanita UMNO kepada mahasiswa UTM dalam satu program. Buku ini nipis. Hingga aku mampu menghabiskannya dalam sekejap masa. Buku pertama aku habiskan selepas pesta buku yang lepas. Sebab ia buku yang kecil dan nipis.


Aku panggil buku ini buku pelik. Sebab aku tidak tahu maksud tajuk buku ini. Aku boleh membayangkan setiap penceritaan dalam buku ini walaupun tidak masuk akal. Adakah ia untuk mengasah imaginasi atau cerita kontot yang sinis belaka?. Aku tidak tahu. Sebab aku tidak kenal siapa penulisnya.


Memori

Di bawah pohon ini kita melalui zaman kecil kita. Dengan berlari, kita menelusuri memori indah berwarna-warni. Penuh pelangi dan harapan yang tinggi. Dari kain selimut, kita bina atap rumah. Bersuluh lampu picit, kita makan baki cekedis itu bersama-sama. Sampai besoknya peluh kita boleh berbau seperti cekedis.
Sama-sama melihat lapangnya tanah yang kelihatan semakin mengecil. Pohon yang kelihatan semakin merenek dan rumah yang kelihatan semakin rendah hingga kita sudah mampu mencuit bingkai pintu dangan hanya sekali lompat.
Rupanya kita yang sudah semakin besar.
Perlahan-lahan meninggalkan zaman kecil kita bersama perca-perca daun di bawah pohon.

~kadang-kadang, ada satu saat kehidupan yang tidak boleh digambarkan dengan hanya kata-kata
Kamsar, 26 April 2011, 12.13pm

Tajuk: Chika Sidinaali: Nyaman si Puding Roti
Tebal: 85 mukasurat
Penulis: Sang Freud Press
Harga: RM15.00
Kedai: PWTC: Pesta buku antarabangsa KL
Penerbit: Sang Freud Press, KL

Certot: Terima kasih pakcik tabligh!


"ada soalan?". soalan 'ada soalan' terakhir sebelum menutup halaqah usrah untuk hari itu.
wajah bersih adik-adik usrah Borneo ditatap satu persatu.
"ahh..ndakda lah tu. kamu semua kan power. mesti paham kan".

sebelum gua tutup majlis, tiba-tiba datang pulak seorang pakcik tabligh ke dalam majlis kami. dia hanya perlukan 30saat untuk menguasai majlis dan memberikan peringatan.

"kita hidup di dunia ni kan.. sementara je kan.. betul tak?"
"betuuul!"
"kita hidup ni kan, kematian boleh datang bila-bila masa je. betul tak?"
"betuul!"
"so, kita semua memang tak tahu kan macam mana kita mati kan, dan di mana kita mati kan, bahkan kita tidak akan tahu bila kita akan mati kan. betul tak?"
"betuul!"

bla..bla..bla..

majlis tu dah memang jadi dia punya. hinggalah dia menyentuh satu tajuk yang sangat menarik.

"kita dalam beramal nih, sealalu fikir yang sudah-susah. kalau tidak cukup masa kan, sibuk nak buat assemen lah kan, nak test lagi kan, sampai kita tidak membaca Quran, tidak solat sunat kan. sebab nak jimat masa. daaannn... kta juga akan semakin meninggalkan ZIKIR kepada Allah Subhana wata'ala. kan. zikit tuan-tuan, tidak perlu mengambil masa kan. sambil jalan boleh zikir kan. sambil naik motor boleh zikir kan. tapi kita tidak nampak amalan yang 'nampak kecil' sebegitu. kan.. padahal mengingat Allah Subhana wata'ala amat besar disisiNya. kan"

bla..bla..bla..

akhirnya dia berhenti dan minta diri lepas bertukar nombor telefon.

"errr...itu dia tadi penutup dan ringkasan yang cukup menarik untuk usrah kita sepanjang semester nih. kita tangguh majlis dengan Al-Fatihah. eh, tasbih kafarah dan surah wal Asr. eh, Al-Asr."

ada soalan?

gua pun balik bilik dengan bibir senyum yang berkumat-kamit. Istiqamah sampai bila? entah! tapi yang pasti pakcik tu ada saham.

Saturday, April 23, 2011

Kembara buku: PBAKL’11

Kemanisan musafir bermula dari enjin kereta dihidupkan.

Gambar ehsan (tiada di google).

Modus operandi untuk Pesta Buku Antarabngsa Kuala Lumpur (PBAKL’11) kali ini lebih sistematik tapi mengambil masa lebih lama berbanding dengan pesta buku tahun lepas.

Jumaat petang bertolak. Bermalam di rumah sahabat. Pagi esok tunggu sekuriti PWTC buka pintu. Kaut buku sebanyaknya. Bertolak pulang. Tapi..

Adapun kami tergolong dari kalangan orang luar yang kurang tidak mahir tentang simpang siur jalan raya kota raya KL.

9 pagi bertolak mencari bangunan UMNO. (sebab pesta buku di situ)

Kami jumpa dua batang rebung buluh gergasi.


Tapi kami tidak jumpa bangunan yang sangat tinggi dan besar yang ada tulisan UMNO di puncaknya.

Pukul 11.30am baru jumpa bangunan ni..

Dengan bantuan |Google Map| barulah hijab yang menghalang penglihatan terbuka..

Pergi gerai KarangKraf. Cari buku tapi yang banyak Cuma novel, majalah dan orang yang ingin mengambil gambar Tun Mahathir.

Suasana yang sempat aku ambil gambar. Suasana lain, aku sibuk jaga lengan dari disentuh. Bah bah bah

Majlis pelancaran buku baru Ustaz Pahrol, Beduk Diketuk. Seperti biasa, pengacara mengajukan beberapa soalan tentang Ustaz dan majalah solusi, orang yang Berjaya jawab dengan tepat akan dapat buku percuma, tandatangan ustaz, dan bergambar bersama ustaz. Aku tidak dapat. Titik

Masjid UPM. Tempat solat. Sangat luas. Tapi UTM tetap lebih hebat. Woha!

~Kalau ingin bercerita tentang pengalaman musafir, akan lebih banyak cerita tentang perjalanan bikan destinasi.
Kamsar, 24 April 2011, 1.58pm

Catatan:
1. Sempat bertemu penulis buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh, Kougar, Orang Macam Kita, Nota Hati Untuk lelaki, Novel Sultan Muhammad Al-Fateh dan Si Blogger Kampung (woha!)
2. Tidak sempat bertemu dengan Faisal Tehrani, Puan Ainon dan nama yang tidak disebutkan diatas.
3. Kebanyakan buku berasal dari gerai PTS. Dan dapat diskaun penulis 35%.
4. Seperti biasa, program ini terlalu sesak dengan orang. Jangan lupa pakai baju lengan panjang atau jaket.
5. aku update entri ni dengan komputer Perpustakaan UTM. jadi, keyboard pelik, menaip macam ***, tak boleh edit gambar, slow macam ***.
6. Ada soalan?

Tuesday, April 19, 2011

Rage Guy: Simple thing make a huge popularity

AWAS!! ENTRI INI BANYAK GAMBAR DAN masih berbahasa melayu

Pendahuluan

Apa perasaan anda bila melihat gambar ni..

Atau


Nampak macam kartun yang paling huduh pernah aku jumpa. Yang ni lagu huduh.



So?

Sekali lagi aku ulang, aku suka tangok gambar. Bukak internet, tengok gambar. Tapi sejak kebelakangan ni, aku tengok semakin banyak lawak yang guna kartun di atas tu.

Seperti ini..

Ini..

Dan ini..


Apa yang menariknya, kartun ini amat menarik!. Aku cuba siasat apa nama kartun ni..dan baru aku tahu orang panggil dia sebagai ‘Rage Guy’. Sebab apa? Sebab asalnya diorang lukis kartun ni untuk menggambarkan perasaan “serious disappointment, exasperation or displeasure in reacting to a given situation” (aku tak pandai translate dalam bahasa melayu).


Apa yang berlaku?

Figure 1: Google search untuk Rage Guy mengikut tarikh.

Figure 1 menunjukkan jumlah carian untuk kata kunci ‘rage guy’ menggunakan Google search. Bermula tahun 2010 hingga sekarang, kartun ni semakin terkenal dan gambar rage guy ada di mana-mana!.


Penutup

Kartun ni bebas digunakan oleh sesiapa sahaja untuk menyampaikan idea mereka. Malah ada template disediakan untuk mereka yang ingin membuat kartun rage guy sendiri.. seperti di bawah



~kadang kala gagasan besar datang dari satu idea yang kecil
Kamsar, 19 April 2011, 4.59pm


Catatan:
1. Memandangkan kartun ni bebas digunakan oleh siapa sahaja, banyak jugak lah perkataan kurang sesuai yang digunakan. Mungkin ia biasa di tempat diorang. Ntah. Aku ndak pernah pegi sana..
2. Kartun ni mampu buat aku gelak berbunyi hahahahaha…
3. Nak buat tazkirah pun boleh guna kartun ni. Ada idea?


Lampiran


gambar-gambar lain untuk rage guy



benda yang aku selalu kena dan selalu kenakan orang


rubik cube!

haha..koyak jugak!. saki ati weii


skill Jeki can


sumpah facebook

kah kah kah

klik imej menggunakan skroll untuk kenikmatan berganda

mari bersangka baik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code