Sunday, February 12, 2012

Lagenda mat Kilang #Survive

Api terhasil daripada udara yang panas. jadi, sumber haba itu bukan api. tapi bahan bakar yang sedang terbakat. woha!

Pesanan penaja:
1) Cerita dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Hanya latar masa dan tempat yang benar.
2) Kepada Mat Kilang yang merasa dia adalah watak dalam cerita ini, itu bukanlah kamu.
3) Kepada Mat Kilang, sila utamakan isi cerita ini. Kalau baca, jangan ketawa terlalu kuat.


“you know, our performance was reviewed from the total load we produce from this power plan. Tapi, kamu suka betul biarkan ouput load kita rendah. Nanti dapat bonus sikit, mula lah semua sibuk cari saya. Our KPI also is based on this output.”

Suasana dalam bilik mesyuarat sunyi. Menunggu butir bicara Manager kilang yang seterusnya. Buat masa ini, belum ada lagi yang berani bersuara. Manager agak garang pagi ini. Lebih seram dari hari biasa.

“One more thing, cleanliness!”. Manager berhenti bercakap. Dia menyeluruhi wajah setiap seorang yang berada di dalam bilik itu.
“how come oo.. scrap metal terhambur sana sini. Spider web ada di sana-sini. Fiber tidak di sapu. Kenapa tidak ada yang bersihkan?”.

Aku mengetap bibir. Process Engineer tunduk sambil menulis sesuatu di buku catatan. Fuel Technician masih dengan laptopnya. Semua diam.

“OK. I don’t want to discuss this thing too long. Sebelum hujung bulan ni saya mahu senarai nama PIC yang bertanggungjawab menjaga setiap mesin di sini. Kalau nanti ada masalah, saya akan cari orang tu dengan ketua seksyen dia sekali.” Manager memberikan arahan ringkas lalu menutup perbincangan sehala itu.

“Round table. Electrical, any issue?”. Agenda terakhir mesyuarat. Matanya tajam memandang Electrical Engineer. Dalam suasana yang kelihatan seperti banyak masalah ini, ungkapan ‘tidak ada masalah’ adalah ayat mencari masalah buat masa ini. Semua orang sibuk mencari masalah untuk dibentangkan sebelum Manager sendiri yang menemui masalah tersebut.

“Err.. boss, the panel room in Press Station, Sludge selalu termasuk situ. Takut nanti panel rosak.” Jawab Electrical Engineer.
“What do you plan to do?”
“I want to put roofing over there.”
“Okay. Go on with that. No problem”. Giliran Electrical berakhir.

“Process?”
“Err.. boss, kelmarin, ada lori yang bawa EFB terlanggar kita punya tiang height limit. Terbaring sudah” Jawab Process Engineer.
“What do you plan to do?”
“I have to built it again la. Takut nanti ada lagi lori gila datang langgar”
“Okay. Go on with that. No Problem”. Giliran Process berakhir.

“Water treatment?”
“Boss, itu HDPE pipe yang transfer Ro Water dari tangki tu kan, kami mahu buat T-Joint”. Jawab Chemist
“What do you plan to do?”
“Kami perlu pasang Angle Bar dulu sebagai support boss. Lepas tu baru buat”
“Okay. Go on with that. No Problem”. Giliran Water Treatment berakhir.

“Maintenance?”
“well, just some normal issue. Plus some Conveyor Sprocket needs to change already”. Jawab aku
“So?”
“Sudah hantar pergi larik. Next Shutdown, kita akan tukar”
“Other?”
“Itu Extraction Steam yang sudah melalui Sludge Pit tu kan, saya mahu ubah supaya tidak ada stim keluar dan reputkan barang-barang di sana”
“Okay lah. Go on”.

[Jeda]

“Kau dengar juga tadi kan. Aku plan mahu buat roofing di panel room tu. Bila kau free? Aku mahu tunjukkan macam mana kamu buat bumbung tu nanti” aku disapa

“ok. Nanti. Sekarang tidak boleh” aku jawab.

“Eh, bila baru kamu boleh siapkan Support HDPE pipe tu? Mahu siap cepat tu”. Aku disapa
“ok. Nanti. Sekarang tidak boleh” aku jawab.

“Itu height limit tu, mahu siap sebelum lusa arr.. nanti ada pelawat datang” aku disapa
“ok. Nanti. Sekarang tidak boleh” aku jawab.

[Jeda]

“cip! Hujan!” aku disapa lagi. kali ini oleh Fitter.
“Okkay!!. Kemas barang!. Jangan buat kerja ni. Nanti kamu terkaran oleh welding Set ni”.
Aku berikan arahan terakhir. Aku mahu pulang. Hari itu hujan turun perlahan tapi sangat lama. Aku mahu pulang dan tidur. Melupakan kerja yang tidak pernah habis. Dan mengabaikan ragam manusia yang bermacam-macam. Semoga aku pergi kerja esok hari dengan semangat baru dan senyuman yang boleh bertahan sepanjang hari. Hidup ini bukan mudah. Sebab itu kita perlukan peraturan dan ketua.

*Maintenance adalah harapan. Whoa!

Lagenda Mat Kilang #Aku & BOLA


Merujuk gambar di atas, kelihatan satu entiti yang yang sangat pelik dan rasanya agak mustahil untuk berada di dalam rumah aku. Bagi yang kenal kepada pejoging ini, pasti mereka akan kata piala plastik bergambar bola itu adalah hasil Photoshop. Whoa!.


Bagaimana ia bermula…
Sejarah aku bersama bola sepak bermula semasa aku darjah 6. Waktu itu adalah waktu Pendidikan Jasmani dan seperti biasa semua pelajar akan memakai pakaian sukan dan berada di padang sekolah. Tapi hari itu cikgu PJ kami tidak dapat datang dan beliau diganti oleh cikgu Sains kami iaitu cikgu Erwan (Nama Sebenar).

Untuk memudahkan urusan, CIkgu Erwan hanya datang bersama dua biji bola. Bola tampar untuk pelajar perempuan dan bola sepak untuk pelajar lelaki. Sebagai pelajar yang boleh perasan sopan dan tidak suka berebut, aku menjadi sangat pasif di dalam padang. Cikgu suruh aku menjadi Defend di sayap kiri, aku pun berada tercengang di sebelah kiri padang.

Hanya selepas beberapa minit perlawanan dimulakan, kumpulan aku kalah satu jaringan. Cikgu membuat keputusan menyuruh kumpulan yang kalah untuk membuka baju bagi memudahkannya membezakan kedua-dua pasukan. Akibatnya, aku menjadi bertambah pasif dan sering menarik seluar yang terlondeh supaya sentiasa berada di atas pusat dan aku menutup badan dengan tapak tangan. Kenapa? Sebab di padang sebelah pelajar perempuan sedang asyik bermain bola tampar. Titik.

Aku mula berazam untuk membenci bola sepak apabila aku berpeluang mendapat bola (sebab bola itu bergolek ke arah aku). Semasa salah seorang kawan aku datang merampas bola tersebut, aku cuba untuk menggelecek. Akibatnya kawan aku tadi terjatuh entah kenapa. Aku tiba-tiba berhenti, meminta maaf dan cuba menolong kawan aku bangkit. Rasanya apa yang aku buat itu tidak salah. Tapi kenapa cikgu marah aku?.

Bagaimana ia berterusan…
Keadaan ini berterusan. Semasa sekolah menengah, aku adalah AJK untuk menyediakan air minuman apabila kelas aku menghantar pasukan bola sepak di peringkat sekolah. Dan ia juga berterusan hingga ke menara gading…

Bagaimana sekarang…
Sekarang aku sudah bekerja sebagai Mat Kilang. Kilang ini menyediakan sebuah rumah untuk aku tinggal. Ironinya, rumah ini hanya beberapa langkah dari gelanggang futsal di sini. Selepas satu anjuran, penganjur lain akan membuka anjuran lain. Gelanggang futsal ini adalah satu-satunya tempat untuk mat-mat kilang bersukan. Aktiviti pada waktu malam adalah menonton perlawanan futsal. Itupun jika tidak bermain futsal.

Aku pun tidak ketinggalan untuk menonton atas alasan ingin merapatkan hubungan dengan penduduk setempat dan untuk mengisi malam-malamku dengan perkara selain membaca dan menonton movie.

So?
Jadi, piala di atas adalah hadiah tempat ke-tiga pertandingan Futsal yang dimenangi oleh pasukan yang menggunakan nama aku untuk mencukupkan ruangan pemain menjadi tujuh orang.

Catatan:
1) Tidak biasanya aku menulis tentang diri aku dalam blog ini jika ia tidak ada pengajaran.
2) Jika ingin membenci sesuatu perkara yang tidak jelas buruknya, maka bersederhanalah.
3) Rasanya aku makin kurang benci dengan bola. Tapi aku masih takut dengan bola.
4) Mungkin satu hari nanti, kamu (orang-orang yang kenal aku dan sedang baca entri ini) akan melihat aku bermain bola dengan gembiranya walaupun melawan budak-budak.
5) Sudah lama aku tidak dapat piala. Tidak pernah aku dapat piala kerana bola!.
6) Sedang terpengaruh dengan buku ‘Diari Mat Kilang’ karya Bahruddin Bekri yang mempraktikkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi, BMT. Mana tahu satu hari nanti nanti Diari Mat Kilang aku yang lebih kepada praktikal ilmu kejuruteraan akan diterbitkan. Whoa!

Thursday, February 9, 2012

Diari Mat Kilang


“Aku ialah mat kilang. Aku punya impian sebanyak kepulan-kepulan awan di langit biru. Aku mahu terbang ke awan itu dan mencapai impian ke luar negara. Bukan melancong atau menghantar sebarang bungkusan tetapi menuntut ilmu. Rambo sepertiku ini juga punya impian setinggi itu!. Kata orang, Gantunglah impianmu setinggi langit.”

Wan Mohd Mushris bin Wan Embong atau Rambo adalah seorang Mat Kilang yang bekerja sebagai juruteknik. Buku log dijadikan diari untuknya mencatat peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Aku tidak pasti sama ada ini adalah sebuah diari sebenar yang diterbitkan oleh PTS ataupun ia sekadar hasil karangan seorang penulis buku. Tapi yang pasti ia adalah luahan hati seorang lelaki yang bujang dan sudah bekerja.

Rupa-rupanya hidup ini semakin lama semakin sukar..

Tajuk: Diari Mat Kilang
Tebal: 160 mukasurat
Penulis: Ahmad Fairuz Daud
Harga: RM8.90
Kedai: Badan Cemerlang Angsana JB
Penerbit: PTS One
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code