Saturday, April 21, 2012

Iktibar masa budak-budak

Pagi yang cerah di beberapa permukaan bumi. Begitu juga di sebuah menara rahsia berdekatan dengan bulan. Rita Repulsa memulakan harinya seperti biasa. Tujuan hidupnya hanya satu, menakhluki bumi. Dengan bersemangat, dia menyeru satu lagi raksasa pilihannya untuk menyerang bumi.

Pada masa yang sama di permukaan bumi.. Jason, Zack, Kimberly, Billy dan Trini menjalani hidup mereka seperti biasa. Pahlawan pilihan Zordon yang mempunyai rahsia masing-masing itu tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada mereka…

[Dipendekkan cerita dan plot]

Tuttut tuuru tuttut..

Kelima-lima pahlawan remaja dihubungi oleh Alpha dari bilik gerakan. Dilaporkan seorang seekor raksasa sedang mengamuk dan mengancam keselamatan orang awam. Dengan kuasa yang mereka miliki, semua ranger terbang ke tempat kejadian dan menghasilkan lima garisan berwarna-warni di udara.

[cerita dipendekkan lagi]

Para ranger berlawan dengan raksasa penjenayah
Para ranger mengalahkan semua raksasa penjenayah
Raksasa utusan menyerang
Para ranger bertukar menjadi Power Rangers
Power Rangers mengalahkan Raksasa
Raksasa bertukar menjadi Raksasa besar
Power Rangers menyeru Zords dan membentuk Megazord
Power Rangers menang.

Keadaan kembali tenang seperti sediakala. Sekali lagi Power Rangers menyelamatkan bumi seperti mingu-mingu lepas.

[sedutan minggu depan..]

Rita Repulsa sekali lagi menghantar raksasa menyerang bumi. Dengan tergesa-gesa.. tanpa perancangan.. tanpa Post-Moterm dari kegagalan lepas.

Faktor kejayaan Power Rangers kegagalan Penjahat Power Rangers bukan kerana mereka lemah tapi kerana mereka mengulagi aktiviti gagal mereka berulang kali. Power rangers win.

..

Monday, April 16, 2012

PTPTN

Monday, April 2, 2012

At-Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran : As-Saff


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
[As-Saff : 4]

Surah As-Saff merupakan surah Madaniyah dan mengandungi 14 ayat yang menyatakan perkara-perkara yang berhubung dengan syariat. Bermula dengan Tasbih memuji Allah SWT, amaran kepada menusia yang mengatakan perkara yang tidak dilakukan, sejarah Nabi Musa dan Isa sehinggalah kepada tawaran Allah yang dapat membebaskan manusia dari azab Neraka.

Dalam mengupas ayat ke-4 surah ini, Tuan Guru juga turut menerangkan tentang dalil kewajipan berada dalam jemaah, ciri-ciri jemaah Islamiyyah dan cara memilih jemaah yang sedia ada. Malah, Tuan Guru juga turut menerangkan peri pentingnya kerjasama di antara jemaah yang mempunyai matlamat akhir yang sama untuk memudahkan kemenangan Islam di muka bumi.

"Adalah tidak wajar bagi seseorang doktor, apabila dia melihat klinik sahabatnya kekurangan pakar, lalu dia menubuhkan klinik yang lain dengan harapan untuk melahirkan sebuah klinik yang sempurna. Dengan itu kliniknya pula menghadapi kekurangan pakar. Adalah baik baginya kalau dia menggabungkan dirinya dalam klinik yang sudah sedia ada. Kepakarannya dapat digabungkan dengan kepakaran sahabatnya yang berada di klinik itu."

Tajuk: At-Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah As-Saff
Tebal: 78 mukasurat
Penulis: Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang
Harga: RM10.00
Kedai: Gerai Konvo PMIUTM 2011
Penerbit: Jundi Resources
..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code