Thursday, May 31, 2012

Kawan atau Sahabat


Ada orang kata, sahabat adalah orang yang tidak marah jika kamu kenakannya.
Ada orang panggil mereka sebagai Kawan Baik ada yang panggil Member.

Yang penting, kamu gembira apabila bertemu dengan mereka dan rindu selepas berpisah dengan mereka.
Dan... aku rindu mereka... Tapi tidak mengapa sebab aku selalu bagitahu mereka "im always by your side!".

Mom always said, you are walking in the path of heaven. Friend is the one that always help you going through it. And comrade is the one that walk on that path with you!.
Oh ya... aku lupa letak Comrade dalam senarai di atas. Whoa!


Wednesday, May 30, 2012

Sebelas Patriot

 
Waktu demi waktu berlalu. Tertindas di bawah penjajahan, rakyat menemukan caranya sendiri bagi melawan. Para penyelam tradisional melawan dengan membocorkan kapal-kapal dagang Belanda yang mendekati perairan Belitong. Para pemburu melawan dengan meracuni perigi-perigi yang akan dilalui oleh tentera Belanda. Para imam menubuhkan pasukan rahsia di madrasah-madrasah. Para kuli lombong melawan dengan permainan BOLA SEPAK.

Membara dengan kisah silam bapanya, Ikal menanamkan tekad untuk menjadi pemain bola di peringkat nasional. Kalau dulu bapanya melawan penjajah Belanda dan membangkitkan semangat rakyat setempat untuk melawan Belanda melalui bola sepak, dia juga mahu mengharumkan nama negara di arena bola sepak.

Novel ringkas tulisan Andrea Hirata mengenai sebelas patriot yang berada di atas padang bola menggambarkan betapa watak utama cerita ini mencintai negaranya dan bola sepak. Oh ya.. ia juga menceritakan bagaimana cinta dua kali empat puluh lima minit ini tidak akan pernah mengecewakan..

~Jika ada hal lain yang sangat menakjubkan di dunia ini, Bola Sepak.

Patriot means a person who vigorously supports their country and is prepared to defend it. [Oxford Dict.]

Tajuk: Sebelas Patriot
Tebal: 71 mukasurat
Penulis: Andrea Hirata
Harga: RM10.00 – 15%
Kedai: PTS BookCafe
Penerbit: PTS Litera Utama
..

Tuesday, May 29, 2012

Lagenda Mat Kilang #Dress Code

Cikgu kata, zaman sekarang dress code sangat ditekankan oleh manusia yang berlagak sempurna. Ikut budaya barat bererti maju. Pakai baju kurung, pakai jubah, macam mana mahu buat kerja?. Itu kata orang timur yang berlagak barat.

[Jeda]

 Hari sabtu lepas-lepas, aku dan geng Maintenance dengan kolaborasi beberapa orang Electrical dan Utility pergi ke pusat Golf di Tawau. Bukan untuk main golf tapi untuk menumpang mandi manda di kolam renang mereka. Dan sudah semestinya kena bayar.

Seperti aktiviti yang lain, mesyuarat tidak dibuat. Hanya beberapa perbincangan ringkas untuk mengutip duit. Aku bersungguh-sungguh turut serta sebab aku anggap belajar berenang di air yang tenang adalah lebih mudah daripada di pantai yang berombak dan sungai yang mengalir deras.

 Tapi satu benda yang orang Maintenance lupa bagitahu aku adalah tempat itu mempunyai dress code iaitu tidak dibenarkan mandi dengan memakai baju atau singlet. Jem. Dalam keadaan basah kuyup sebab dihumban ke dalam kolam, aku ditegur terang-terangan oleh pengawal supaya buka baju. Jem jem. Aku duduk dalam keadaan jem tepi kolam hingga hampir kering.





[Jeda]

Dengan hati yang tidak puas, aku menghampiri pengawal yang memerhatikan kami dari jauh. Orang Islam.

“bang, boleh tanya sesuatu ka? Kenapa lelaki tidak boleh pakai baju di sini?” Anak muda itu kelihatan terkejut dengan sapaan dan soalan mudah itu.

“sebab… air kolam ni ada bahan kimia. Tidak bagus untuk badan kalau pakai baju.” Anak muda itu jawab ringkas.

“astaga! Kenapa perempuan tidak buka baju? Bahaya tu!” Anak muda itu tersengih. Mungkin dia sangka aku main-main.

Kemudian kami berborak perkara biasa yang aku selalu borakkan dengan orang yang baru aku kenali sehingga pukul enam. Anak muda itu kata, selepas pukul enam tiada orang jaga kolam ni. Kecuali pemilik tempat ini yang kadang-kadang datang buat pantauan. Dulu orang mandi bebas. Tahun lepas baru ada dress code. Tidak tahu kenapa. Mungkin tauke tempat ni mahukan kemajuan!. Mungkin laa… aku peduli apa. Yang penting masa untuk mandi sudah tiba… 
 “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka……[An-Nuur:30] “

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka……..[An-Nuur:31]

Monday, May 28, 2012

Kawan

Ramai kawan memang baik.
Lebih baik kalau kawan yang baik itu ramai.

Apa guna Facebook Friend beribu.
Kalau realitinya hidup sendiri.


Sunday, May 27, 2012

Selamat hari Ibu, Jadi, Guru, Jadi, Bapa, Jadi

Bulan April dan May adalah bulan yang paling banyak sambutan. Hari ibu. Hari lahir Ibu. Hari lahir aku. Hari Guru. Hari lahir abang aku. Jadi, semasa beli kek ni, aku mahu suruh penjual kek tu tulis semua ni atas kek tersebut. Tapi dia kata tukang tulis atas kek sudah pulang. Kalau boleh juga, kami mahu di tulis sekali hari bapa dan hari jadi bapa. sebab dua-dua pun dekat. Whoa!.
Coklat ni sedap. Terima kasih
Orang maintenance memang suka beli kek untuk orang hari jadi. Tapi aku memang tidak jangka mereka akan bawa ke bengkel pada awal pagi beberapa minit selepas aku habiskan nasi kuning aku.. Tapi kerja tetap jalan..

Aku ingat lagi post aku dulu, ada orang kata dia tidak sambut hari ibu sebab dia sayang ibu dia setiap hari. Well, cuba bayangkan kalau hari ibu ini adalah hari yang ibu anda tunggu-tunggu supaya anak-anaknya boleh balik ke rumah beramai-ramai dan menghabiskan masa bersama-sama. So, if you can only spend little time with them, you have no right to say so.

Lagi satu, aku suka raikan hari ibu dan bapa bersama-sama. maksudnya setahun ada dua kali hari ibubapa. whoa!. Because they rise me up together maa..

Saturday, May 26, 2012

Aku Terima Nikahnya


Erti hidup pada memberi. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan dan bukannya hak yang tidak berkesudahan.

Buku ini saya beli pada awal tahun 2010 semasa pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur. Sengaja disimpan untuk dibaca di sebuah tempat yang sukar mendapatkan buku.

Ustaz Hasrizal atau Abu Saif melalui laman web saifulislam.com dan ceramah-ceramah beliau adalah seorang pendakwah yang sangat popular di kalangan anak muda.

Buku ini memberi kesedaran tentang tanggungjawab dalam perkahwinan yang jauh lebih besar daripada menahan nafsu semata-mata.

Boleh menjadi rujukan untuk bakal suami, suami, anak dan bapa. Sesuai dibaca oleh bakal isteri, isteri, anak dan ibu.

Tajuk: Aku Terima Nikahnya
Tebal: 227 mukasurat
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Harga: RM20.90 – 15%
Kedai: Pesta Buku Antarabangsa, PWTC Kuala Lumpur
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
..

Friday, May 25, 2012

Kerana Cari Jodoh


Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

* Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

** Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

*** Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***

4 minit 10 saat 

Assalamu alaikum warahmatullah..
Assalamu alaikum warahmatullah..

Dengan pantas imam berpaling. Mukanya merah panas. Dia menarik nafas panjang..
“empat rakaat!”.
 Semua makmum saling berpandangan.

“sepanjang kita solat, ada benda ciptaan manusia yang tidak berhenti menyanyi”
Makmum tunduk. Kebanyakannya sudah faham apa yang berlaku.

“kalau tidak mahu silentkan, matikan! Takkan empat rakaat ni kita mahu fikir tentang masalah seorang anak muda yang malu dengan kawannya kerana tidak ada jodoh.”

“Al-Fatihah…”
Wirid dimulakan..

Sunday, May 20, 2012

Tudung

Pakai tudung tidak semestinya menutup aurat. Sebab ada rekaan tudung yang hanya membalut kepala.

Tutup aurat tidak semestinya memakai tudung. Sebab ada orang yang menjaga aurat dengan tidak keluar dari rumah dan tidak mengupload gambar bertudung di Facebook.

Orang kata, Wanita akan kelihatan lebih cantik jika bertudung. Betul atau tidak aku tidak tahu sebab beauty itself cannot be measure by using number. You know, i'm an engineer. i need number!.

Tapi yang pasti, wanita yang menutup aurat dengan kain batik lebih baik dari wanita yang pakai tudung tapi upload gambar dalam Facebook 45degree dari atas dengan mulut itik lalu buat caption "cute tak?"
whoa!

Ps: ada orang kata, meme ini tidak lucu. tapi aku malu mahu jawab, aku buat meme, bukan buat lawak.
..

Wednesday, May 16, 2012

Riak


Dulu.. aku suka ulang-ulang ayat
"Malamnya bagai rahib merintih sayu, siangnya bagaikan singa di rimba"

Aku ucapkan tahniah kepada hamba Allah yang mampu menjaga amalan baiknya.
tapi awas. Zaman Facebook ini telah manambah satu lagi rutin harian manusia iaitu "update status".

Hati manusia susah dibaca.
Hanya pemilik hati sahaja yang tahu isinya.
Ia tidak perlu untuk dikongsi semua.
Tapi jangan pula lupa
"Riak yang paling besar adalah meninggalkan suatu kebaikan kerana takut berasa riak".
wlm.
..

Tuesday, May 15, 2012

Ma Yan



Ma Yan adalah anak desa kelahiran Zhangjiashu. Sebuah wilayah yang dilanda kemarau dasyat di China. Rutin persekolahan beliau di Yuwang, 20 kilometer dari rumahnya sangat menguji ketabahan anak perempuan ini yang sangat mencintai ilmu.

Novel Ma Yan mengisahkan tentang kesungguhan seorang anak perempuan di China yang ingin terus bersekolah walaupun masyarakat pada masa tersebut berpendapat bahawa anak perempuan tidak memerlukan pelajaran berbanding anak lelaki. Tambahan lagi kondisi keluarga beliau yang sangat miskin.

Namun, berbekalkan sebuah buku catatan dan sebatang pen di dibeli dengan bersusah payah, ia kemudiannya berjaya membawa perubahan besar kepada desa tandus itu…

Tajuk: Ma Yan
Tebal: 181 mukasurat
Penulis: Sanie B. Kuncoro
Harga: RM18.00
Kedai: Quong Ming Tawau
Penerbit: PTS Litera Utama SDN BH
..

Sunday, May 13, 2012

BERSIH 3.0 - Pukul

Gua tidak pergi Bersih 3.0.
Gua nampak video Peserta perhimpunan pukul Polis.
Gua nampak video Polis pukul Peserta Perhimpunan.

Gua nampak analisis orang tentang Polis yang menyamar jadi Peserta Perhimpunan.
Gua tidak nampak analisis orang tentang Peserta Perhimpunan menyamar jadi Polis.

Dalam surat Khabar ada senarai nama Polis yang cedera termasuk yang tekanan darah tinggi.
Dalam Facebook ada nama Peserta Perhimpunan yang meninggal.
Gua tidak pergi Bersih 3.0 bukan sebab gua pengotor.

Thursday, May 10, 2012

BERSIH 3.0 - Jem

Klik imej untuk kepuasan berganda

KL memang selalu sibuk. bukan sebab aku orang KL. tapi sebab aku pernah datang KL dalam keadaan jalan Jem. Pemandu yang tertekan dengan keadaan tersebut akan mencari apa sahaja alasan untuk marah walau sekecil mana ia.

~Pendapat aku, orang yang patut dipertanggungjawabkan atas peristiwa bersih ini adalah Perdana Menteri sendiri kerana tidak berminat untuk mendengar, berbincang di meja bulat dan menjelaskan kepada rakyat satu-persatu sebab kenapa tuntutan BERSIH tidak boleh dilaksanakan. Cerita pasal keganasan? itu orang boleh nilai sendiri.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code