Sunday, July 21, 2013

Cara Pengiraan Puasa


Maher Zain kata, kalau kita mampu menahan diri dari melakukan perbuatan halal kerana Allah insyaAllah kita akan mampu menahan diri dari melakukan perbuatan haram. Juga kerana Allah.

Puasa di bulan Ramadhan tidak lama. Hanya sebulan dari 12 bulan dalam setahun. Kadang 29 hari, kadang 30 hari. lain orang, lain cara mengiranya.

Pengiraan 1:
1 Ramadhan hingga 14 Ramadhan dikira sebgai hari pertama hingga hari keempat belas.
15 Ramadhan hingga 19 Ramadhan dikira sebagai hari pertama qunut hingga hari kelima qunut.
20 Ramadhan hingga hari terakhir Ramadhan biasanya orang akan kira COUNTDOWN!.


Apapun, semoga kita tidak lupa..

“Awal bulan Ramadan adalah rahmah, pertengahannya maghfirah, dan akhirnya ‘itqun minan nar (pembebasan dari neraka).” (HR Abu Hurairah).
...

Saturday, July 20, 2013

Lagenda Mat Kilang #Mak Haji


“So?”
“Hah?”
“Bila aku boleh rasa cintamu?”
“Hah? Kenapa?”
“Bukan apa.. Mak haji aku suruh aku cari orang yang macam kau.”

*****

“Peh! Lepas tu apa jadi?” Semua orang teruja.
“Tak ada apa. Aku bayar 30 sen, aku blah dari kedai fotostat tu.” Di mengakhiri ceritanya dengan kening terangkat. Tiada rokok, tiada 3in1.

*****

“Cip, nanti petang aku keluar sekejap arr.. kejap jak pastu aku masuk balik.”
“Kenapa Di?”
“Aku mahu bukak puasa dengan bini.”
“Haaaa… untung laa…”
“Tu lah kau cip. Mak haji..”
“Ooooppp… Stop… stop…”

...

Thursday, July 11, 2013

Sesak

Kereta murah, kereta sport, kereta kebal, basikal.
Semua bergerak sama perlahan.
Petang biasa mereka pulang dari kerja.
Petang puasa mereka pulang dari kerja dan bazar.

Aku sedang puasa.
Aku perlu berbuka di rumah dengan keluarga.
Kereta di lorong kecemasan memaki kereta yang tidak bagi signal.
Semua minta difahami.

Semua memandu macam hantu.
Mengharap belas semua pemandu.
Bagi aku laluan sebab aku sedang puasa.

Radio sudah berbisik 'Yusuf Taiyob'.
Kejap lagi iklan tepung cap rama-rama.
Bila masuk doa puasa.
Tunggulah datang huru-hara.
Di atas jalan raya.
Whoa!

*Sudah taip panjang, internet hilang entah ke mana, tulisan turut hilang, kemalasan datang.
...

Wednesday, July 10, 2013

Aku Rindu 90's


Sesiapa yang lahir pada penghujung tahun 80-an atau awal 90-an mesti mengaku 90-an adalah zaman kanak-kanak yang paling cemerlang dari segi jumlah cerita. Walaupun manusia dari zaman lain akan menafikannya namun pendirian ini tidak akan berubah.

90-an adalah zaman kanak-kanak bermain dengan tanah, selut, padang, sungai, keringat dan badan calar. Permainan digital masih lagi petak-petak. Dari susun bata hingga lumba kereta, semua berpetak. Anak orang kaya yang mampu beli barang mahal pun setakat main Super Mario badan kotak-kotak.

Buku ini mengimbau kembali kenangan penulis tantang zaman kanak-kanaknya pada tahun 90-an dan awal 2000 sama ada yang betul atau yang digaul. Apa yang pasti, keseronokan zaman ini sama sahaja dengan kampung di tampat aku membesar, Sabah.

Amaran keras: aku baca buku ini dalam bas, penumpang lain yang sibuk dengan telefon pintar masing-masing pandang aku semacam sebab ketawa sorang-sorang. cemburu lah tu!.

"Ketika evolusi permainan konsol, ada satu konsol yang dinamakan Digivise. Konsol ini wajib dipunyai oleh setiap orang, kalau tak ada, dia busuk! konsol ini saiznya kecil, sebesar tapak tangan. Permainannya pula simple, seperti membela seekor haiwan peliharaan. Bezanya haiwan peliharaan perlu diberi makanan dan dijaga dengan betul, tetapi haiwan ini berbentuk digital, dengan kata lain, tidak nyata.Orang mula hidup dengan dunia khayalan, salah satu sebabnya manusia sentiasa rasa bersendirian. kalau tak, masakan Facebook, Twitter, Myspace untung berjuta-juta."

Tajuk: Aku Rindu 90's
Tebal: 136 mukasurat
Penulis: Wan Shafiq
Harga: RM20.00
Kedai: Kinokuniya KLCC
Penerbit: Lejen Press

...

Tuesday, July 9, 2013

Geraham ketiga


‘Saya bagi encik MC empat hari termasuk ahad. Kemungkinan bahagian tu akan bengkak dalam tiga hari tapi jangan risau sebab kami akan bagi ubat untuk bengkak tersebut. Jangan merokok, jangan makan makanan keras, jangan makan makanan panas. Ada soalan?”

‘bwah bwi, uwah wi wawih wi wauweh wawah wa?’

‘Ya. Semua ubat ni ambil di farmasi. Jangan hairan kalau ada ubat yang perlu makan 16 biji sekaligus. Itu memang diskripsi yang sebenar. Ada apa-apa lagi?’

[Jeda]

‘Ala.. sikit ja pun. Kalau semua gigi taka da pun tiada masalah.” Lidah mula membuat provokasi.

‘Betul. Sepanjang pengalaman aku, semua aku sudah lalui. Makan nasi kosong, spageti kosong, makanan basi, makanan paling pedas, tak makan. Paling teruk aku sakit pun gara-gara makan terlalu banyak.” Perut mendabik.

‘Wawi, bwah wah bwah wahahwi wan!.’ Gigi geraham ketiga sebelah kiri cuba membela. Mana mungkin dia biarkan kaumnya diperlekehkan sebegitu.

Allah tidak ciptakan sesuatu itu sia-sia. Nasihat geraham ketiga sebelah kanan masih segar di ingatannya. Geraham ketiga sebelah kanan sudah sakit sejak enam tahun lalu dan penyakitnya menyerang semakin kerap sejak kebelakangan ini sebelum dia dibunuh dan dibuang daerah oleh dua orang berpakaian hijau, bertopeng dan bergogel.

‘Kau diam! Puihh. Aku memang gembira si tak guna tu mati. Puih. Asalkan bulan puasa aku mahu nikmati nasi ayam kukus bazar Ramadhan, dia buat hal. Asalkan hari raya aku mahu cekik buras dan ayam masak merah, dia buat hal. Puih!’ Tekak tidak mahu ketinggalan walaupun dia sibuk mengatur peredaran enzim amilase pada masa tersebut.

‘kah kah kah.. gaduh macam budak-budak! Buang masa ja kamu layan tulang tak guna tu. Lagipun nanti sekor-sekor akan gugur jugak.’ Rektum menyambung lena. Rasanya dia yang paling kurang buat kerja di tempat itu.

[Jeda]

Makan semangkuk sup cendawan segera. Masin. Muak. Tidak kenyang.
Masak satu periuk bubur nasi. Tiada rasa. Campur sup ayam. Hambar.
Susu segar campur yogurt campur tiga keping biskut oat crunch. Muak. Loya.
Minum air banyak-banyak. Kenyang sementara. Kembung.

[jeda]

Hari itu hari pertama bekerja selepas menerima rawatan. Tiada tenaga. Tekak tidak seindah dulu lagi. Semua yang ditelan terasa kelat. Lidah tertipu. Perut berkeroncong dipenuhi air dan angin. Dan Rektum tidak pernah berehat. Dia tahu walaupun otak memaklumkan hanya angin yang menumpang lalu, tapi sebenarnya ia lebih dari itu.

Tiga kali… unuk sesi pagi sahaja…

Di satu sudut lain, Geraham duduk termenung dan memanfaatkan waktu rehat yang diberi. Dia tahu hidup mesti diteruskan walaupun usaha dan nilainya diperlekeh. Dia kan kuat. Kalau tidak masakan Nabi pernah bersabda,

"Kamu mestilah berpegang dengan sunnah (Islam) sehingga sekalipun sampai ke akhir zaman wujud dua golongan penyeru. Ada penyeru berada di pintu neraka dan satu golongan lagi pendakwah dijalan kebaikan".
"Tanya sahabat, bila berlaku demikian, apa yang kami mesti buat? Sabda Baginda : Kamu mestilah berjalan dalam jamaah. Kalau tidak ada jamaah kamu gigit sunnahku ini dengan geraham sampai kamu mati."


..
 Selamat berpuasa. Semoga puasa kali ini lebih penuh dari puasa sebelumnya.
..

Monday, July 8, 2013

Nasionalisme, Islamisme dan Marxisme


Ideologi: Fahaman yang dicipta untuk mengatasi kelemahan sistem yang sedia ada.

Nasionalisme:
*Sejenis ideologi
*Pertahankan kedaulatan negara
*Konsep identiti bersama / budaya

Marxisme:
*AKA Ideologi Komunisme
*Penentangan terhadap Kapitalisme

Islamisme:
*Gerakan kebangkitan Islam pada abad moden.

Semasa memperjuangkan kemerdekaan, Suekarno melihat perpecahan adalah salah antara penghalang utama menuju kemerdekaan Indonesia. Semakin ramai rakyat yang sedar tentang pejuangan kemerdekaan, semakin banyak pula fahaman yang menjurus ke arah matlamat tersebut. Masalahnya, perbezaan fahaman dan ideologi membawa kepada perpecahan pejuang kemerdekaan yang pada hakikatnya mempunyai matlamat yang satu.

Menyedari hakikat ini, Suekarno menulis sebuah catatan yang mengajak ahli gerakan ini untuk bersatu menentang musuh yang sama. Beliau mencurahkan idea dan harapan ke dalam catatan ini yang kemudiannya dicetak dan disebarkan dalam banyak bentuk media massa untuk membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya musuh mereka.

Catatan itu akhirnya diulang cetak dan disimpan menjadi manuskrip berguna hingga ke hari ini.

*Buku ini aku jumpa di sebuah kedai buku 'wajib kunjungi' di hadapan Masjid India. Sambil-sambil menunggu Mak, Ayah, Nenek, Kakak ipar dan nenek lagi seorang membeli belah, kedai buku ini mampu jadi penghibur.
*Gaya bahasa yang memeningkan, tapi aku rasa isinya sangat penting. Walaupun aku tidak terlalu faham apa yang penulis mahu sampaikan, nanti aku baca lah balik...

"Dan djikalaoe kita semoea insjaf, bahwa kekoeatan hidup itu letaknja tidak dalam menerima, tetapi dalam memberi; djikalaoe kita semua insjaf, bahkan dalam pertjerai-beraian itu letaknya benih berbudakan kita..." ~Ir. Soekarno
Erti hidup pada memberi..

Tajuk: Nasionalisme, Islamisme dan Marxisme
Tebal: 100 mukasurat
Penulis: Ir. Soekarno
Harga: RM15.80
Kedai: Fajar Ilmu Baru KL
Penerbit: Kreasi Wacana
...

Sunday, July 7, 2013

Terusir


"Sungguh sahabatku... barang sesuatu apabila berada dalam tangan, kecacatannyalah yang nampak, setelah dia lepas dari tangan, barulah ingat akan baiknya..."

Seperti cerita biasa novel dan filem Melayu, Seorang isteri yang baik dihalau dari rumah lantaran fitnah. Seorang isteri yang tidak lagi diterima oleh suami kerana dalamnya paku kebencian yang ditanam oleh ahli keluarganya sendiri hanya kerana cemburu. Plot yang berkembang laju, pengakhiran yang menyentuh hati.

Tapi apa yang membezakan novel karangan Buya Hamka ini dengan novel biasa adalah jalan ceritanya yang panjang mampu dipadatkan dalam sebuah buku yang sangat nipis bagi kategori novel. Bukan itu sahaja, beliau turut memuatkan nasihat yang berguna kepada pembaca di dalam novel ini. Jadi, nevol 122 muka surat ini sebenarnya mengandungi sebuah jalan cerita yang sarat dengan pengajaran dan juga nasihat seorang penulis kepada pembaca.

Gaya penulisan novel ini lebih kepada sang penulis bercerita kepada pembaca malah turut diselitkan perasaan penulis ketika ingin menggambarkan suatu kejadian yang sangat penulis runsingkan. Jadi, pada pendapat saya, menceritakan situasi tersebut di dalam novel ini pun penulis sudah risau, agaknya melakonkannya di layar perak bukanlah idea yang bernas. Pada pendapat saya lah...


Tajuk: Terusir
Tebal: 112 mukasurat
Penulis: Prof. Dr. Hamka
Harga: RM12.50 – 10%
Kedai: Badan Cemerlang, Angsana Johor
Penerbit: Pustaka Dini
Entri Lain: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijc, Teguran Suci & Jujur Terhadap mufti Johor, Lembaga Budi, Bohong di Dunia, Lembaga Hikmat.
...

Friday, July 5, 2013

Kisah 1+1 (Ketiga)

Aku hanya ada dua abang. Yang pertama Kahwin dengan Kak Long orang Negeri Sembilan. Yang kedua ni Kahwin dengan Kak Ngah orang Perak. Titik.

Majlis akad nikah berlangsung ceria. Tok Kadi bacakan Khutbah, Wali jadi jurunikah.

Bukan rukun tapi sudah menjadi upacara biasa selepas Solat Sunat Nikah.

Yang ini buat apa?

The awkward moment when averyone is taking your picture and you have no idea what to do.

Sebab aku lebih suka ambil gambar candid.

Dia ni raja. Sebab tu dipayungkan.

Aku kagum dengan kesungguhan orang yang ukir buah ni. Mahu makan pun ragu.

Rombongan pengantin lelaki. Yang Sabah ada, yang Semenanjung ada, yang Sabah tapi tinggal di Semenanjung pun ada.

Tiga Pasang. Pengantin baru dan pengantin paling baru. Whoa!

Ustaz kata, pelamin bukan untuk bersanding. Ia adalah kerusi khas yang dihias istimewa untuk bagi pengantin/menantu duduk selepas upacara nikah. Takkanlah nak bagi kerusi plastik untuk raja duduk.

Nothing to say. It's just beautiful.

Awek cute ni kalau nampak kamera memang automatk akan giyomi. Harap-harap besar nanti dia pandai mengira dan tidak tersalah ajar.

Acara potong kek dan buka hadiah.

Bersiar-siar di Taman Lavender. Tapi sayang ia bukan untuk dijual.

Awas! ikan-ikan ini makan duit.

When this little cute girl start to pose, everybody just step back and watch with a smile.

Like this..

Like This..

Like this..

Like this..

And like this..

Bergambar beramai-ramai dengan seekor kucing besar dan berlatar belakangkan purple Lavender, it's just very nice!

Latar belakng bunga, latar depan pagar.

Sebukit teh. Sebagai penghargaan, aku bancuh satu uncang teh yang dibeli di sini dengan dua gelas atau dengan satu botol air. Sedap.

Covering someone me.

Berjalan-jalan di KL bersama sahabat lama sebelum bertolak balik ke Borneo.

Melihat air pancur berirama. I mean, taking a picture in front of that water fountain.

Bertemu mata dengan sahabat lama juga sebelum bertolak balik ke Borneo.

Tiga orang di belakang tu adik-beradik. Mereka kuat bermain, kuat bergaduh, kuat bekerja dan kuar berguaru. Aku mahu simpan gambar ini sehingga mereka besar menjadi anak yang baik.

Tengah hari. Sehari sebelum majlis.

Risiko mengadakan majlis di Dewan serbaguna kampung, Mesti ada gambar berukuran A4 tergantung.

Sekali lagi empat pasang. Pengantim baru, pengantin paling baru dan pengantin belum.

Lari sekejap ke Pangkalan/Prikanan/Pusat Penternakan Tiram Kampung Sungai Imam. Photoshoot kata orang.

Sebenarnya itu isteri dia. Biarlah dia nak ambil gambar pun.

Apabila disuruh posing.

Semua lelaki di atas adalah teman bermain semasa kecil.

No caption needed.

No caption needed.

No caption needed.

Aktiviti wajib selepas aktiviti besar. Biasanya perut teruji di sini dari segi kepasiti dan ketahanan.

"Aku suka ambil gambar. Dan aku ada kamera. Tapi aku masih amatur."
..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code