Tuesday, February 1, 2011

Ikan bale* fish!!

Ikan adalah makhluk Allah yang unik.
Boleh berenang ke depan sahaja.

Perhatian:
Entri ini agak lain dari yang biasa. Anda bebas untuk tidak membaca. haha

[perenggan baru]
Masa cuti hari tu, aku pergi ke rumah abang sulung aku di key ill.. dia bela ikan laga di rumah. Aku ikut dia gi office, dia bela ikan laga di office. Mungkin dia sukan ikan.





















{jeda}

Masa cuti hari tu, aku sempat pergi rumah sewa abang tidak sulung aku di key ill jugak. Aku Nampak akurium agak besar di rumah tu. Dia cakap, dia bela ikan laga. Mungkin dia juga suka ikan.


















{jeda}

Cuti semester baru-baru ni, aku balik Sabah. Raikan majlis perkahwinan abang sulung aku. Aku Nampak bekas sebesar baldi di dalam rumah. Dalam tu ada air, kulit tiram, batu, pasir, teratai. Dan beberapa ekor ikan laga. Hidup sama-sama dalam satu bekas. Adik bongsu aku punya. Mungkin dia juga suka ikan.















{jeda}

Baiklah. Ini part yang aku kurang senang nak cerita. Kami ada 5 orang adik beradik. Yang lelaki ada empat. Muka lain-lain. Perangai lain-lain. Hobi lain-lain. Tapi 3 orang suka bela ikan laga. Dan aku..





















Pelihara pokok. Sebab senang dijaga. Tak perlu makan. Hanya bagi air. Bila aku mula perasan sibuk, aku pun desain mekanisma untuk bagi pokok tu air secara berterusan. Jadi, kesimpulannya, aku x jaga apa-apa. Lagi satu, yang tanam pokok masa di universiti ni, kakak aku. Itu yang tak boleh blah.

{jeda}

Maka, aku pun buat keputusan untuk pelihara ikan. Mungkin ia lebih susah. Tapi berbekal hujah Rasul-rasul terdahulu dilatih menjadi pemimpin dengan berniaga dan mengembala, aku pun cuba..
















sekadar gambar hiasan**

[perenggan baru]

Maka, aku pun beli sepasang ikan laga. Satu akurium. Tapi pasangan ni gaduh. Aku jahit sapu tangan aku untuk buat divider. Tapi yang lecehnya, air akurium ni selalu berbuih***. Macam pengotor. Jadi, aku pun rajinkan diri tukar air. Lepas tu, yang jantan mati. Sebelum aku belajar tentang ikan laga dalam internet.
















Maka, tinggallah ikan laga ni sekor. Aku pun letak patung dinosaur untuk temankan dia.
















Patung ni boleh membesar dalam air. Gambar di atas menunjukkan ikan laga tu kembang bila melihat dinosaur yang kecil. Tapi bila dino dah besar, baru dia ajak berdamai.
















Pastu aku beli ikan Guppy untuk temankan ikan laga ni. Bangla jual ikan tu kata, tak apa kalu campur ini macam ikan. Pastu, ikan laga yang sekor ni pun mati.. cit!.
















Dan aku teruskan perjuangan dengan ikan guppy ni hingga beberapa minggu lepas, aku dapat sekor anak ikan yang baru. Ulang suara, seekor sahaja.
















Dan 2 hari lepas, sekor lagi ikan aku beranak. Kali ni ramai…meriah!
















Sekarang ni, aku tak pasti aku ada berapa ekor ikan..haha..
wlm

Tanaksada.

ini kawan aku.
Namanya Azizul julirin.
Bog dia Tanaksada.
Dia orang kundasang. BUKAN jepun.
Dia mau jadi tokei ikan.
Kami ada banyak “anak ikan”
Dia bukan orang Jepun.
Dia kawan aku.






Notakaki untuk orang yang tak tahu apa-apa:
* bale (huruf ‘e’ dibaca seperti perkataan karate) bermaksud ikan dalam bahasa bugis.
** itu bukan ikan yang aku bela sekarang.
*** ikan laga jantan hasilkan buih sebagai tanda ia sedia untuk mengawan.

Santuni semua jiwa walaupun hanya seekor anak ikan ~Azizul, 2007

Catatan:
1. Anak ikan aku sedang membesar.
2. Tokei ikan kata, tak perlu bagi makanan
3. Sapa ada cadangan atau pandangan atau soalan, boleh tanya d ruang komen
4. Terima kasih.

3 comments:

  1. salam ziarah..emm rasanya kamsar ni senior sy tyme sek. menengah..SMK Abaka kan? Azizul pun senior sy jgk..keciknya dunia ni kan..=)

    ReplyDelete
  2. Ko ni memang bodoh. Sorry to say. Langsung x tahu bela ikan. Mana boleh bela ikan laga sama2 dgn ikan lain? Dorang tu lone ranger. On top of that, campur betina dgn jantan lagi. Yg buih2 tu dia punya "sarang" so betina tu boleh bertelur. Bkn kotoran. Tengok, ni pun xtahu. Yang bangla tu pun lagi satu. Ikan guppy tu dia punya najis tu ada racun yg boleh bunuh ikan lain kalau xde filter. Ikan laga pun x suka ikan guppy sbb kaler ikan guppy tu sama dgn kaler dia & ikan laga suka jadi ikan tercantik dalam aquarium dia. Sbb tu la nama dia "ikan laga" - sbb dia suka berlaga dgn ikan jantan lain. Lain kali buat research dulu, lepastu baru bela binatang. Tolonglah. Please...

    ReplyDelete