Saturday, April 21, 2012

Iktibar masa budak-budak

Pagi yang cerah di beberapa permukaan bumi. Begitu juga di sebuah menara rahsia berdekatan dengan bulan. Rita Repulsa memulakan harinya seperti biasa. Tujuan hidupnya hanya satu, menakhluki bumi. Dengan bersemangat, dia menyeru satu lagi raksasa pilihannya untuk menyerang bumi.

Pada masa yang sama di permukaan bumi.. Jason, Zack, Kimberly, Billy dan Trini menjalani hidup mereka seperti biasa. Pahlawan pilihan Zordon yang mempunyai rahsia masing-masing itu tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada mereka…

[Dipendekkan cerita dan plot]

Tuttut tuuru tuttut..

Kelima-lima pahlawan remaja dihubungi oleh Alpha dari bilik gerakan. Dilaporkan seorang seekor raksasa sedang mengamuk dan mengancam keselamatan orang awam. Dengan kuasa yang mereka miliki, semua ranger terbang ke tempat kejadian dan menghasilkan lima garisan berwarna-warni di udara.

[cerita dipendekkan lagi]

Para ranger berlawan dengan raksasa penjenayah
Para ranger mengalahkan semua raksasa penjenayah
Raksasa utusan menyerang
Para ranger bertukar menjadi Power Rangers
Power Rangers mengalahkan Raksasa
Raksasa bertukar menjadi Raksasa besar
Power Rangers menyeru Zords dan membentuk Megazord
Power Rangers menang.

Keadaan kembali tenang seperti sediakala. Sekali lagi Power Rangers menyelamatkan bumi seperti mingu-mingu lepas.

[sedutan minggu depan..]

Rita Repulsa sekali lagi menghantar raksasa menyerang bumi. Dengan tergesa-gesa.. tanpa perancangan.. tanpa Post-Moterm dari kegagalan lepas.

Faktor kejayaan Power Rangers kegagalan Penjahat Power Rangers bukan kerana mereka lemah tapi kerana mereka mengulagi aktiviti gagal mereka berulang kali. Power rangers win.

..

No comments:

Post a Comment