Sunday, May 27, 2012

Selamat hari Ibu, Jadi, Guru, Jadi, Bapa, Jadi

Bulan April dan May adalah bulan yang paling banyak sambutan. Hari ibu. Hari lahir Ibu. Hari lahir aku. Hari Guru. Hari lahir abang aku. Jadi, semasa beli kek ni, aku mahu suruh penjual kek tu tulis semua ni atas kek tersebut. Tapi dia kata tukang tulis atas kek sudah pulang. Kalau boleh juga, kami mahu di tulis sekali hari bapa dan hari jadi bapa. sebab dua-dua pun dekat. Whoa!.
Coklat ni sedap. Terima kasih
Orang maintenance memang suka beli kek untuk orang hari jadi. Tapi aku memang tidak jangka mereka akan bawa ke bengkel pada awal pagi beberapa minit selepas aku habiskan nasi kuning aku.. Tapi kerja tetap jalan..

Aku ingat lagi post aku dulu, ada orang kata dia tidak sambut hari ibu sebab dia sayang ibu dia setiap hari. Well, cuba bayangkan kalau hari ibu ini adalah hari yang ibu anda tunggu-tunggu supaya anak-anaknya boleh balik ke rumah beramai-ramai dan menghabiskan masa bersama-sama. So, if you can only spend little time with them, you have no right to say so.

Lagi satu, aku suka raikan hari ibu dan bapa bersama-sama. maksudnya setahun ada dua kali hari ibubapa. whoa!. Because they rise me up together maa..

No comments:

Post a Comment