semalam ramai yang raikan hari ibu. mereka menunjukkan rasa kasih mereka di Facebook, Blog dan sebagainya. dan semestinya mereka sudah melakukannya terus kepada ibu masing-masing.
kenapa aku buat hari ni? 1) sebab aku tak mahu raikan pada hari ahad kedua Mei. (kesahihan belum diketahui) 2) supaya hari ni aku sorang yang buat. maka, ramai yang akan bukak blog aku ni. whoa! 3) baru dapat panggilan dari 'orang rumah' bagitahu mereka makan-makan di rumah tanpa aku sempena hari ibu.
tapi satu perkara yang aku tak faham adalah kenapa tarikh hari ibu dan hari bapa berbeza? sedangkan mereka menjaga anak-anak (aku) bersama-sama. mereka raikan hari jadi anak-anak (aku) bersama-sama. tapi hari meraikan mereka berbeza beberapa bulan. maka aku pun letak wallpaper laptop aku (gambar di atas) yang ada gambar mereka berdua. kerana mereka tidak dapat dipisahkan. whoa!.
aku lawat blog-blog dan status facebook kawan-kawan (yang mahu ucap hari ibu) semuanya sedih. sedih sebab berjauhan. sedih mengingati pengorbanan mereka. mengenang dosa-dosa mereka. aku pun sedih baca. tapi aku juga setuju dengan saudara Lutfi tentang sambutan hari ibu yang happening. kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak gembirakan ibu dan gelak ketawa dengan dia?. mari layan video Lutfi nih
ada yang kata, setiap hari adalah hari ibu. buat apa nak raikan?. ada jugak yang kata, "selamat hari ibu kepada semua bu orang lain. hari lain, hari ibu aku". whoa!. ada jugak yang kata, hari ibu ni adalah perayaan Kristian tapi yang ni aku belum tengok kesahihan lagi. masih menyiasat. Bagi aku, marikan hari ibu bukan bermakna kita raikan mereka satu hari setahun. tapi adalah untuk mencari satu hari yang istimewa untuk mereka. siapa tahu kalau-kalau ibu menantikan hari ini tiba dan anak-anaknya pula kata tak mahu raikan sebab dia sayang setiap hari (tapi call tanya khabar 3 minggu 2 kali). Hari jadi sudah. tambah lagi hari ibu. kalau boleh aku nak perkenalkan sebannyak mungkin hari untuk ibu. hari isteri sedunia. hari perempuan yang sudah ada anak 5 keatas sedunia. hari ibu yang ada anak engineer sedunia. barulah meriah. tidak dinafikan mereka yang tidak mahu meraikan hari ibu sebab mengaku dia sayang ibu setiap hari itu alasan yang betul. tapi, adakah anda membuat sesuatu yang istimewa tanpa tarikh yang tetap? seperti beli kek, makan di pizza hut dan sebagainya. wlm.
lagi satu, kadang-kadang aku terjumpa ada orang yang mahu belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi orang yang berjaya dan akhirnya dapat membalas jasa orang tua..tapi, anda takkan mampu melakukannya. baahahahaha seperti di sini bukan di sini
akhir sekali, kalau nak menangis terkenangkan ibu di rumah, jom layan video di facebook ni.. [klik di sini bukan di sini]
~Bagus-bagus ko nak (Rahmah Daud) kamsar, 9 Mei 2011
catatan: 1. Selamat hari ibu 2. mari ceriakan mereka 3. ini adalah pendapat peribadi sahaja.
0 Perbincangan:
Post a Comment