Thursday, March 26, 2015

Projek Mengikat Suami


"Awak pasti ka ini rumahnya?" Datin Senah melangkah keluar dari kereta BMW M3 warna hitam pemberian suaminya, Dato' J.
"Confirm la datin! Dah banyak kali saya datang sini bawak kawan. Takkan la saya tidak kenal lagi jalan ke sini." Jawab Johan sambil terkocoh-kocoh cuba membuka pintu kereta di bahagian penumpang tapi Datin Senah terlebih dahulu keluar sendiri dari kereta.
"Dukun spesis apa yang tinggal di kawasan perumahan?" Datin Senah masih belum berpuas hati.
"Haish.. Datin ni.. Sekarang dah moden la. Dukun ni pun saya jumpa dalam YouTube. Saya nampak dia keluarkan jin dari badan sorang perempuan."
"Hmmm.. Yelah.. Ada la sikit ciri dukun tu.. Bukannya tidak ada langsung" kata Datin Senah sambil melihat alamat rumah taman tersebut pada cebisan kertas yang dari tadi dipegangnya.

No. 66 Lorong 6/A,
Taman Kejora, Jalan Mati,
91666 Tamau.

[Jeda]

"Eh, kan awak ni dukun yang hebat. Takkan la saya perlu cerita lagi masalah saya" Datin Senah cuba menguji kompetensi Ustaz Kamal yang berkopiah putih, berkain pelikat Cap Gajah Duduk dan berbaju melayu. Baru balik dari masjid katanya.
"Hmm... Awak.. Eh, Datin pernah jumpa doktor yang tidak tanya masalah pesakit dan terus tahu dia sakit apa?" Ustaz Kamal cuba berlapik bahasa walaupun masih terkejut kerana dipanggil dukun sebentar tadi.
Johan mengerling ke arah Datin Senah sambil mengerut kening perlahan sebagai isyarat menyuruh bosnya mengalah.
"Baiklah Tok. Sebenarnya saya datang ni nak mintak tolong tok untuk buatkan jampi pengikat untuk suami saya. Saya syak dia selingkuh la tok. Hampir setiap hari balik lewat malam. Ada mesyuarat katanya. Padahal bukannya saya tidak tahu.. Dia ada simpan perempuan lain. Huhu.." tiba-tiba Datin Senah menjadi emosional.
Keadaan menjadi sunyi seketika. Datin Senah dan Johan menunggu respon Dukun Ustaz Kamal. Manakala Ustaz kamal menjadi orang paling runsing di situ sejenak memikirkan dirinya yang disangka dukun malah diminta untuk membuat ubat pengikat kasih. Hatta dia sendiri pun kadang kala berhadapan dengan konflik keluarga dengan isteri. Tidak dinafikan itu adalah asam garam dalam kehidupan berkeluarga. Tapi dia yakin setiap masalah ada penyelesaiannya. Dan sekarang seorang isteri orang lain datang bertemu dengannya untuk meminta pertolongan.

"Ayang... Tolong ambilkan papa sebotol air mineral" Ustaz kamal tiba-tiba bersuara memanggil isterinya di dapur yang sedang membancuh air panas.
Johan sedaya upaya mengekalkan mimik muka yang cool walaupun dia tidak cool sama sekali selepas mendengar perkataan ayang dan papa dari mulut seorang Dukun yang kononnya lagenda.
Tidak lama kemudian, isteri Ustaz kamal keluar membawa sebotol besar air mineral, milo panas dan sepinggan biskut kering. Lalu duduk di sebelah suaminya rapat-rapat selepas menghidang makanan dan minumam kepada tetamu.
Ustaz kamal melempar segaris senyuman kepada isterinya sambil mengucapkan terima kasih. Lalu mencapai sebotol air mineral dan membuka penutupnya. Dengan serius, dia memandang botol air itu lalu membaca ayat suci Al-Quran dan beberapa doa dengan nada sedikit kuat untuk didengari oleh tetamunya.
"Hmm.. Baikkah. Datin ambil air ni." kata Ustaz Kamal sambil menolak botol air ke arah Datin Senah.
"Saya kena tuang air ni kat mana tok? Atau kena sapu muka suami saya masa dia tidur?." Datin Senah membetulkan tudung berjambulnya.
"Ehem.. Tidak. Awak kena bagi suami awak minum air ni... Campurkan sedikit ke dalam air minumannya setiap kali awak hidangkan air." Jawab ustaz kamal serius.
"Tapi yang hidang air biasanya orang gaji jerrr"
"Lepas ni, awak yang kena hidangkan air!" Jawab Ustaz Kamal serius.
Datin senah terkejut dengan perubahan sikap Dukun. "Itu saja?"
"Ada lagiiii.... Awak kena campurkan air ni dalam makanan yang suami awak makan"
"Tapi, orang gaji kami yang masak dan hidang makanan"
"Lepas ni, awak kena tolong orang gaji awak masak dan awak yang hidang makanan!"
Datin senah membetulkan duduknya yang semakin tidak selesa. Johan dari tadi terdiam.
"itu saja?"
"Ada lagiiii.... Awak kena campurkan air ni ke dalam air mandian suami awak"
"Haih.. Ini sudah lebih tok. Air sebotol ni mana cukup. Lagipun air mandian suami saya dalam tab mandi biasa campur lavendar accent. Dan orang gaji kami yang sediakan."
"Lepas ni awak yang kena sediakan semua tu. Accent lavendar tu letak la jugak. Dan air jampi ni boleh top up dengan air mineral biasa. Sebelum habis, awak top up la sampai penuh balik"
"Hmm.. Baiklah tok. Itu saja kan."
"Ada lagiii... Semasa awak buat semua ni, dia ada syarat pulak" Ustaz Kamal semakin bersemangat sambil menghayun-hayun biskut kering di tangannya semasa bercakap sebelum mencelupnya ke dalam milo.
"Apa syaratnya tu tok? Datin sanggup bayar berapa pun tok kalau berjaya" Johan tiba-tiba bersuara.
"Hmm.. Saya tak minta bayaran pun. It's FoC boh!. Tapi syaratnya memang ketat. Dengar baik-baik".

Datin Senah dan Johan memasang telinga dengan wajah serius.
"Semasa awak hidangkan air, makanan dan sediakan air mandian, awak kena berdandan dengan wajah dan pakaian yang paling cantik. Awak ada banyak duit kaaaaan. Dan kalau boleh suap, awak suapkan lah suami awak tu sambil membaca jampi ini"
"jampi?" Datin Senah menyampuk
"Ya.. Saya mahu awak hafal dan amalkan baca surah Al-Insyirah."
Ustaz Kamal mengakhiri petuanya lalu bersandar di sofa. Tugasnya sebagai dukun terjun sudah selesai.
Datin Senah dan Johan kemudian meminta diri Untuk pulang. Mereka dihantar ke muka pintu bersama doa kebahagiaan dari pasangan yang mengharapkan kebahagiaan kepada semua pasangan suami isteri di seluruh dunia. Whoa!
...

Wednesday, February 18, 2015

Brader Mellow Godforsaken Land dan Cerita-cerita Mat Kilang


Kitaran hidup seharian mat-mat kilang hampir sama sahaja tidak kira dia kerja di kilang besar atau kilang kecil. Sama ada yang berchimney satu atau lebih dari itu.

Sering kali terduduk penat selepas berhadapan dengan situasi luar jangka. Sering membandingkan kadar gaji dengan kilang lain. Mengutuk bos. Dan bercerita tentang rakan sekerja yang pelbagai ragam.

Buku ini ditulis oleh salah seorang daripada beribu mat kilang di Malaysia. Bezanya dia ini adalah seorang yang suka membaca buku berat dan berani menulis. Menulis tentang apa sahaja yang dia pelajari dari guru kehidupan dan dirasakan perlu untuk dikongsi dengan orang lain. Jadi, selamat membaca!

*Antara perkara menarik yang orang non-mat kilang boleh perhatikan (kalau berpeluang) adalah semasa kilang menghadapi masalah besar. Anda akan nampak satu situasi seperti dalam perang. Semua orang akan sibuk dan bergerak dengan pantas termasuk yang sedang mamai dan berperut besar.

[Sedutan buku]
Setiap kali loji membuat hal, antara perkataan yang biasa diucapkan adalah:
Jurutera pakar DRI ‘India mari’: “Sh*t!! Sh*t! Sh*t! Fu*k! Okay, okay nevermind. Leave it as it is. I’ll go for food.
Aku, “What the F?!! Holy mother of God we’re all gonna dieee! Argh! I’m too likeable to die, argh!!
Brader Senior Engineer dari Pantai Timur, “Menatang bodo ni!”
Pakar Furnace teknologi midrex dari venezuela, “Kammu Chantik. Akku chinta paddamu. My malay correct?”

Tajuk: Brader Mellow Godforsaken Land dan Cerita-cerita Mat Kilang
Tebal: 96 mukasurat
Penulis: Stam Mustapha
Harga: RM15.00
Kedai: Lorongbuku.com
Penerbit: Studio Anai-anai
...

Tuesday, December 16, 2014

Cuti. Sunat. Kamera.


Tidak lama dahulu, aku rasa aku adalah seorang yang suka menulis. Suka bekerja penat lelah dan berpeluh. Kata orang, kepemudaan membuatkan seseorang bahagia dengan jerih payahnya usaha. Walau apa pun hasilnya. Itu dulu lah..

Sekarang aku terjun ke dalam bidang yang dijodohkan kepada aku. Kerja kilang yawww! dengan bidang tugas yang mencabar sifat ingin tahu, ingin belajar, ingin mencuba dan segala macam perasaan hingga aku menumpukan perhatian yang penuh kepadanya.

Tapi penghujung tahun ketiga aku bekerja di tempat yang sama dengan tugas dan jawatan yang sama tapi rakan sekerja yang silih berganti kahkahkah, buat pertama kalinya superior, boss dan kerani "memaksa" aku bercuti untuk menghabiskan cuti tahunan yang tidak terusik kecuali sakit terlantar di rumah. And then i wonder,

What i have done this whole three years? If i'm about to write a story about my experiences in this three years, i'm afraid nothing much happened.

Jadi, apa kata kalau aku keluar dari tempat ni, bungkus baju banyak-banyak, angkat kamera and find out something to do! Whoa..

Ambil gambar orang kahwin, aktiviti yang sangat awkward. Tapi mana-mana guru yang mengajar ambil gambar meletakkan praktis sebagai syarat utama pembelajaran. Kemudian baru lah dia suruh aku beli Flashlight sendiri. haha..

Program Khatan Rakyat Kalabakan. Ini gambar mangsa potong dimandikan beramai-ramai. Tolong jangan tanya kenapa mereka perlu dimandikan. Anggap sahajalah ia sebagai satu simbolik. Kegembiraan sebelum errrr... ermmm... errrr...

Pakaian seragam untuk semua peserta.

Turut menyibuk di salah satu misi dakwah dan perubatan anjuran bersama Muslim Care. Juga menyibuk semasa program khatan.

"I wonder when the time comes God ask me how i used up my time in life, what will be my answer?"
....

Wednesday, December 10, 2014

La Adri


Bercakap tentang ilmu, ia adalah suatu cabang yang sangat luas. Seluas alam yang terbentang yang terbina dari satu jasad hingga terbina cakerawala yang bila mana orang berilmu mengkaji tentangnya terasa diri ini terlalu kecil untuk mengaku PANDAI.

Malah LA ADRI itu sendiri adalah salah satu dari bahagian ilmu. AKU TIDAK TAHU.

Buku ini adalah kompilasi tulisan Saudara Zahiruddin Zabidi. Seorang pemuda yang bercita-cita menjadi seorang pemikir. Whoa!

Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, sunah yang berdiri tegak dan LA ADRI (aku tidak tahu)”. Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bi Umar, Hadis Marfu’.

Tajuk: La Adri
Tebal: 122 mukasurat
Penulis: Zahiruddin Zabidi
Harga: RM17.00 – 4%
Kedai: Lorongbuku.com
Penerbit: DuBook Press
...

Wednesday, November 19, 2014

Jatuh bebas


Sekejap aku pandang jam. Sekejap aku klik next semasa Mike Shinoda menjerit-jerit di corong speaker utnuk mencari lagu Iwan Fals. Sekejap aku refresh desktop. Beberapa meter di hadapan aku dan dipisahkan oleh dua dinding, steam turbine tidak beroperasi seperti biasa. Bosan tapi banyak kerja. Boss suruh hantar laporan shutdown tahunan yang setebal thesis secepat mungkin. Dan pada masa yang sama dia asyik tanya bila mahu ambil cuti tahunan yang berlonggok. Puii.

Tiba-tiba brader technician yang dari tadi duduk di belakang aku tertawa kecil ketika aku sampai kepada laporan meng-konkrit lantai untuk Klinker Bin. Serentak ingatan kami mengimbau kejadian ngeri tempoh hari.

Hari sudah gelap. Aku dan brader technician berdiri dalam keadaan bingung di conveyor yang membawa bahan bakar ke dalam boiler. Ada masalah rantai kata mandore. Sepana hidup yang lebih panjang dan berat dari lengan aku diletak tepi. Ini lah masalahnya kalau orang yang sepatutnya bagi arahan cuba-cuba buat kerja sendiri. Tiba-tiba kaki aku tersadung scrapper bar yang berat lebih kurang lima kilo lalu ia jatuh menjunam ke bawah. Kami terlopong beberapa saat. Scrapper bar menjunam beberapa saat. Tinggi kot!.

Bamm!! Scrapper bar jatuh menegak menghempas lantai konkrit yang baru siap diratakan. Kemudian beberapa orang kontraktor mendongak ke atas sambil menggeleng kepala.

“Seram gilak owh time jatuh tu. Aku berhenti bernafas woo.” Brader technician cuba mengenang kisah lama.
“Kalau kena kepala…” Aku menambah suspen.
“Yang buat takut tu, dia jatuh menjunam bah. Bukan berpusing!.” Cerita kami semakin suspen.
“Aku tanya kau.” Aku tiba-tiba menjadi serius.
Brader technician hanya menunggu soalan keluar dari mulut aku yang biasanya soalan yang menarik.

“Kalau lah… kalau hujung scrapper bar yang mencecah lantai tu tajam dan sangat bahaya. Macam mana kau mahu buat supaya dia berpusing dan pastikan hujung yang satu lagi mencecah lantai apabila jatuh? Mana lah tahu kan kalau hujung yang satu lagi tu kalau kena kepala orang, dia nda mati.”

“kita pasang pom-pom atau bulu ayam atau tali dengan banyak yang macam orang pasang di flying feather.” Brader technician menjawab dengan pantas seperti biasa.
“Hmmm… ada kemungkinan ia tidak berkesan.” Kata aku sambil mengurut dagu.

“Begini…” Kata aku tanpa memberi dia peluang kedua untuk menjawab. “Sebenarnya ada banyak pilihan tapi aku lebih suka dua pilihan ni.” Sambung aku lagi. Brader technician mendengar dengan tekun. “Sama ada kau sapu hujung yang satu lagi tu dengan kaya atau dengan peanut butter! Kah kah kah.”

“Puii! Itu apa itu?!! Kah kah kah.” Kami ketawa berdekah dekah.
Kemudian brader technician memberi jawapan kedua tanpa diminta. “Baik kita ikat belakang kucing di situ! Kah kah kah.”

Tawa kami berlarutan beberapa saat.
Haaa… agak lama juga aku tidak merasa keterujaan begini semasa bekerja. Mungkin kerana terlalu lama berada di tempat yang sama. Apa pun, hari ini aku mendapat perbincangan yang lebih tinggi nilai ilmiahnya dari hari-hari biasa. Orang lain kalau dengar perbualan kami belum tentu dia boleh faham dan ketawa sama-sama.

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code