Tuesday, September 22, 2009

CATATAN AIDILFITRI

IJAB..
itulah yang mengisi otak pemikiranku pada 2 hari akhir ramadhan ni.
bukan ijab qabul. tapi ijtima' aidilfitri borneo anjuran MARSIS training and services khas buat mahasiswa borneo yang tidak berpeluang untuk balik beraya di rumah masing-masing.

bas KL yang dijadualkan sampai pada pukul 6 petang telah memaksaku berlari ke kaunter bas kerana aku telah bermain dengan masa sebelumnya. Namun, kelewatanku bukanlah lewat sebenarnya (faham ka?) mereka telah membuatku menunggu lama (hingga tertidur) di kaunter tiket akibat daripada bas yang datang lambat.Hmm..Malaysiaku.

HARI TERAKHIR RAMADHAN

hari ini berlalu dengan dunia..
haha..perkara biasa bagi manusia masa kini. 10 akhir ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk merebut tawaran emas iaitu pembebasan dari api neraka telah dikesampingkan dan digantikan tawaran setahun sekali para peniaga kapitalis. inilah peluang untuk mendapat banyak diskaun hebat hari raya. hari ini kami gunakan untuk membeli barang bagi persiapan untuk IJAB pada esok harinya. Letiihh....





selepas berbuka dengan 2 botol yakult(bukan promote), kami sempat berjalan2 di sekitar KL termasuklah bertakbir sebentar di masjid negara.








tapi tanggungjawab sendiri tidak akan dilupakan. potong daging hanya mengambil masa yang singkat jika dilakukan bersama-sama. tapi, hakikatnya 'banyak bos dari kuli'. apa boleh buat..







1 SYAWAL


hari dimulakan dengan solat sunat Aidiladha di masjid wilayah.walaupun datang agak lewat namun sempat jugak solat berjemaah tanpa masbuk.kalau masbuk, tak tau la macam mana..


wajah keriangan di hari kemenangan ini hanya dapat ditunjukkan dengan gambar. namun, dalam benak setiap peserta IJAB terlindung kesayuan yang amat mendalam. ya. berjauhan dari keluarga tercinta pada hari mulia merupakan salah satu dugaan berat bagi setiap perantau. tapi, apa yang nak dirisaukan? kami kan KELUARGA!.



sebelah malam kami gunakan untuk beraya di rumah sahabat2 yang tinggal di sekitar tempat kejadian. nama tempat tidak dapat dispesifikkan kerana penulis tidak tahu menahu tentang tempat tu.gambar: beraya di rumah Iskandar


2 SYAWAL


sambutan raya kami tidak serupa dengan yang lain. jika mereka semua sibuk balik kampung, kami pula sibuk balik 'bandar'.memang tidak ada kerja beraya di bandar.




3 SYAWAL


seperti hari-hari sebelumnya, tiada apa yang boleh dibuat selain berjalan-jalan di sekitar pusat Malaysia. Sate Kajang. nama yang cukup menarik minat untuk mencuba. berbekalkan perut yang kosong, kami mengembara malam untuk mencuba sate yang terkenal di kawasan tersebut. hati kami bersyukur kerana Allah masih memberi kami kesempatan menikmati tarbiah foodiah pada hari tersebut.


4 SYAWAL


tak lengkap rasanya pengembaraan raya sekiranya tidak melawat ke tempat-tempat menarik. sebelum bertolak pulang ke kampus, kami sempat melawat beberapa tempat menarik (kebanyakannya tutup) di sekitar shah alam dan KL.






secara jujurnya, semua tempat yang kami lawati tidaklah begitu mengujakan. namun, ukhuwah yang membawa kami ke sana menjadikan jalan-jalan makan angin kami ini suatu pengalaman dan memori indah yang tidak dapat dilupakan.




tahniah diucapkan kepada MARSIS TRAINING AND SERVICES kerana berjaya menjayakan program seumpama ini untuk kami-kami yang tidak dapat pulang beraya di kawasan masing-masing..

~ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah~

~semoga kita dapat menghayati makna sebenar kembali kepada fitrah di hari raya. tarbiah ramadhan tidak akan dilupakan. kami akan terus berlatih untuk menambar Ramadhan yang akan datang. Ya Allah. panjangkanlah umurku sehingga aku dapat bertemu lagi ramadhan yang akan datang~

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH

Menyambut Aidilfitri Menurut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

Islam telah mensyariatkan dua hari raya kepada umatnya untuk mereka berhibur dan bergembira serta merasai nikmat kemeriahan perayaan. Dua hari raya yang dimaksudkan ialah apa yang disebut sebagai Aidilfitri (hari raya puasa) dan Aidil Adha (hari raya haji).

Pensyariatan kedua-duanya adalah berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a., bahawa dia berkata (yang bermaksud):

“Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, sedangkan penduduk Madinah memiliki dua hari raya yang mereka bermain-main pada hari tersebut di masa Jahiliyyah. Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Aku tiba di tengah-tengah kalian sementara kalian mempunyai dua hari raya yang kalian bermain-main pada hari itu di masa Jahiliyyah. Sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari raya yang lebih baik iaitu hari raya korban (hari raya haji) dan hari raya fitrah.’” (Hadis riwayat al-Nasaaei dalam Sunan al-Nasaaei, kitab al-Sholah, hadis no. 959)

Berikut dikemukakan pedoman meraikan Aidilfitri menurut petunjuk al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

1. Bertakbir

Disunnahkan bertakbir bermula ketika muncul anak bulan Syawal sehingga imam memulakan solat hari raya, sama ada di rumah, di masjid mahupun dalam perjalanan menuju ke masjid.

Firman ALLAH SWT :

وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya:

“Dan untuk cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan agar kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA. Mudah-mudahan kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah ayat 185)

Ibn Abu Syaibah meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa al-Zuhri berkata:

“Orang ramai bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah masing-masing sehingga sampai di tempat solat. Mereka meneruskan takbir sehingga imam sampai. Apabila imam tiba, mereka diam dan apabila imam mengangkat takbiratulihram mereka pun mengangkatnya.” (Rujuk Irwa al-Ghalil, jil. 2, ms. 121)

Antara lafaz takbir yang diriwayatkan:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaha illallah, wallahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahil hamd

Maksudnya:

ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, tiada TUHAN yang berhak disembah selain ALLAH, ALLAH Maha Besar, dan segala puji hanya bagi ALLAH.

2. Mandi Sebelum Keluar Menunaikan Solat

Imam al-Nawawi menyatakan dalam al-Majmu’, para ulama telah bersepakat bahawa mandi untuk menunaikan solat hari raya adalah sunat. Ini kerana, ia boleh disamakan dengan mandi sunat pada hari Jumaat dan pada hari lain di mana umat Islam berhimpun.

3. Berhias Sempena Hari Raya

Disunatkan menghiasi diri dengan memakai pakaian yang indah pada hari raya. Diriwayatkan bahawa Jabir RA berkata:

كَانَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُبَّـةَ يَلْبِسُهَا لِلْعَيْدَيْنِ وَيَوْمَ الْجُمُعَةِ

Maksudnya:

“Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang dipakai khusus untuk kedua-dua hari raya dan hari Jumaat.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah, no. 1765)

4. Makan Dahulu Sebelum Menunaikan Solat

Sebelum menunaikan solat Aidilfitri adalah merupakan sunnah makan beberapa biji tamar atau makanan lain. Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيـْهِ وَسَـلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَـرَاتٍ ... وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Maksudnya:

“Rasulullah SAW tidak keluar pada hari raya Aidilfitri sehingga baginda makan beberapa biji tamar…dan baginda makan dalam jumlah yang ganjil.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no 953)

5. Berjalan Menuju Ke Tempat Solat

Diriwayatkan bahawa Ali bin Abi Thalib RA berkata:

مِنَ السُّـنَّةِ أَنْ تَخْرُجَ إِلَى الْعِيْدِ مَاشِيًا وَأَنْ تَأْكُلَ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ

Maksudnya:

“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, no. 487)

Disunatkan juga menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat. Jabir bin Abdullah RA berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيـْهِ وَسَـلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيْقِ

Maksudnya:

“Nabi SAW melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab al-‘Iedaini, hadis no. 986)

6. Mengucapkan Ucapan Selamat

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan di dalam kitab beliau Fath al-Bari bahawa Jabir bin Nufair RA berkata: “Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu pada hari raya sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain:

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

(Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalanmu).”

7. Menunaikan Solat Hari Raya Di Masjid Atau Di Tanah Lapang

Hukum menunaikan solat hari raya ialah sunnah muakkadah (sunat yang sangat dituntut. Antara dalilnya, bahawa Ummu ‘Athiyah RA berkata:

“Kami telah diperintahkan (oleh Nabi SAW) untuk keluar (solat hari raya). Lalu kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, anak dara dan gadis pingitan untuk keluar. Ibn ‘Aun berkata: Atau anak dara pingitan. Jadi, wanita-wanita yang sedang haid juga diperintahkan (oleh Nabi SAW) agar menyaksikan perhimpunan kaum muslimin dan menjauhi tempat solat (duduk di luar tempat solat).” (Hadis riwayat al-Bukhari, hadis no 981)

Apabila seseorang tidak sempat menunaikan solat hari raya bersama jemaah muslimin, dia hendaklah melakukan solat dua rakaat secara sendiri. ‘Ato’ RA berkata:

إِذَا فَاتَهُ الْعِيْدُ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya:

“Jika seseorang tidak sempat (mendapat rakaat bersama imam) ketika solat hari raya, dia hendaklah mengerjakan solat dua rakaat (bersendirian) .” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-‘Iedaini.

8. Bersederhana Dalam Merayakan Aidilfitri

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya ALLAH tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raaf : 31)

Bersederhana dalam meraikan Aidilfitri merupakan suatu yang wajib dan dilarang berlebih-lebihan dalam segala urusan makan minum, berhias, menikmati bahan-bahan hiburan serta bergaul antara lelaki dan perempuan.

Semoga dengan mengikuti panduan al-Quran dan al-Sunnah dalam menyambut Aidilfitri ini, kita bukan sahaja memperolehi kegembiraan di dunia bahkan kegembiraan yang hakiki apabila bertemu ALLAH di akhirat kelak. AMIN.

Disusun oleh:

Abu Raihanah Al Atsary


~SEMOGA AIDILFITRI TAHUN INI MEMBERI SERIBU DUA
PERUBAHAN BAIK DALAM DIRI~

Thursday, September 10, 2009

DISKUSI KHAS PPSMI

"IMPLIKASI PEMANSUHAN PPSMI TERHADAP P&P DI IPTA"
Anjuran: Fakulti Pendidikan UTM

pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris atau lebih dikenali sebagai PPSMI dilihat sebagai salah satu usaha murni 'kerajaan' untuk memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam bahasa antarabangsa ini dan seterusnya dapat memacu rakyat yang akan datang ke arah pengantarabangsaan.

harap maaf: menulis tidak dapat mencari logo sebenar di internet. ni jak yang ada

1) MENCEMERLANGKAN YANG PANDAI, MENJAHANAMKAN YANG 'KURANG PANDAI'
Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh PEMBINA, antara kesan sampingan pelaksanaan PPSMI ini kepada pelajar-pelajar sekolah adalah 'gap' keputusan peperiksaan yang semakin besar dan parah diantara sekolah bandar dan luar bandar. pelajar bandar yang kebanyakannya sudah mahir berbahasa inggeris dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang mendadak ini. walau bagaimanapun, ia adalah satu mimpi ngeri bagi pelajar-pelajar luar bandar yang 'kurang' fasih berbahasa inggeris. Menurutnya lagi, keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar MRSM juga didapati menurun dan setaraf dengan sekolah-sekolah biasa yang lain.


2) MEMUSNAHKAN BM, BI, DAN SAINS
kelas sains: "pour the water into the balang, and then stir pelan2 to make sure the bahan chemical did not tumpah".
adakah ini yang kita harapkan di sekolah?. dengan harapan supaya kita dapat meningkatkan kefasihan dalam bahasa asing ini, secara tidak langsung kita telah menjahanamkan 3 perkara penting di sekolah.
-BM-bahasa rojak adalah kulat yang sangat jelik bagi bahasa ibunda kita.
-BI-apa erti kita belajar bahasa inggeris sejak dari tadika lagi?
-SAINS-ini adalah subjek kefahaman. untuk mempelajarinya, kita memerlukan bahasa yang paling mudah!. jika kita gunakan bahasa yang kurang difahami, apa erti belajar sains?


DISKUSI 1 - PRO & KON PEMANSUHAN PPSMI
1) kerugian berganda. sebanyak 75% pelajar yang berprestasi sederhana dan rendah menjadi semakin teruk dan hanya 25% pelajar adalah sebaliknya.
2) PPSMI telah membunuh minat pelajar terhadap sains dan matematik
3) dilema antara mendaulatkan bahasa melayu dan mengantarabangsa orang melayu.
4) terdapat 2 aliran dalam satu bumbung. pelajar sains menggunakan bahasa inggeris dan pelajar sastera menggunakan bahasa melayu. jadi, pelaksanaan program ini adalah tidak sekata kepada semua pelajar.
5) berdasarkan kajian di FKM, sebanyak 10% mahasiswa "drop" subjek selepas pelaksanaan PPSMI
6) pensyarah UTM mengambil masa selama 20 tahun untuk membina perbendaharaan kata kejuruteraan dalam bahasa melayu. ini membuktikan BM juga merupakan satu bahasa ilmu yang mampu menjelaskan perkara-perkara sains.
7) sebelum PPSMI, pelajar tetap boleh cemerlang di luar negara
8) dalam sains, penguasaan ilmu adalah yang utama. jadi, mengapa kita harus mengorbankan penguasaan ilmu untuk belajar BI?
9) jika kita ingin maju dengan BI, bagaimana dengan Jepun yang boleh maju dengan bahasa mereka sendiri?. Korea telah meninggalkan kita di belakang sedangkan mereka menjunjung bahasa mereka sendiri
10) sebah negara yang BERMARUAH akan menggunakan bahasa sendiri
11) tidak dinafikan, BI perlu dikuasai tapi jati diri negara sendiri perlu dipertahankan kerana warna bumi ini adalah BM!
12) BM bukan bahasa bangsa tetapi bahasa negara. mempertahankan bahasa bukan mempertahankan bangsa
13) penggunaan BI menyebabkan timbul simptom malu bertanya di kalangan mahasiswa


cadangan:
1) mencadangkan agar menggunakan dwibahasa sejak dari sekolah rendah lagi
2) melaksanakan program untuk subjek yang tidak kritikal seperti pendidikan seni
3) penggunaan BI 100% di IPTA bagi subjek sains
4) pelajar antarabangsa perlu belajar BM



DISKUSI 2 - ARAH TUJU P&P DI UTM
1) BM digunakan sepenuhnya dalam p&p sejak 1983-2003
2) mahasiswa perlu boleh berkomunikasi di luar negara
3) UTM menuju pengantarabangsaan
4) daripada 600 graduan FKM, hanya 3 sahaja graduan melayu (*tolong sahkan)
5) BM terbukti berjaya mengajar ilmu sains dan teknologi
6) belajar BI dari sekolah rendah, kenapa masih tidak dapat kuasai BI?
7) kurikulum di sekolah tidak sesuai untuk membantu pelajar menguasai BI
8) kita akan ketinggalan jika hanya menggunakan BM sahaja.
9) takut melayu akan menjadi satu bangsa yang keliru jati diri


cadangan:
1) penggunaan dwibahasa di UTM
2) nisbah penggunaan bahasa-40:60 = BI:BM (megikut subjek)
3) 2 seksyen untuk setiap subjek. BM dan BI. mahasiswa diberi peluang untuk memilih seksyen yang mereka inginkan


KESIMPULAN
1) graduan UTM diharap dapat menguasai BM, BI, sains dan teknologi
2) bahasa tidak menjadi penentu dalam penguasaan ilmu
3) BM didaulatkan tetapi BI mesti dikuasai oleh mahasiswa
*harap maaf kerana dekan fp yang sepatutnya menggulung diskusi telah 'menghilangkan diri'. menurut pengerusi majlis, perbincangan ini akan diletakkan dalam akademik net. aku pun tak tahu di mana.


untuk diskusi, ini sahaja yang penulis dapat kongsikan dek kerana kekangan masa dan penglibatan yang tidak penuh dalam diskusi tersebut (mengantuk). untuk rakaman, anda boleh download di ruangan "download of the day" kemudian.

~bahasa itu jambatan ilmu. kerana itulah ilmuan islam zaman silam adalah seorang ahli bahasa pada masa yang sama~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code