Saturday, July 31, 2010

Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor : Sebuah Polemik Agama


Bismillahirrahmanirrahim..

Karangan Allahyarham Prof. Dr. Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Buya Hamka ini merupakan sebuah risalah kecil yang ditulis pada 3 Ogos 1958. Ia bertujuan untuk membuat satu teguran suci kepada mufti Johor pada masa itu, As-Sayyid Alwi bin Tahir Al-Haddad dalam memberi sedikit keterangan untuk menentang kaum muda. Pada mulanya, risalah ini tidak terdapat dalam mana-mana daftar buku karangan beliau. Namun, “the lost manuscript” ini nampaknya masih releven pada masa sekarang dan ianya terus dicetak untuk peringatan bersama.

Pada awal karangan beliau, beliau terlebih dahulu menegaskan bahawa tidak wujud perkataan kaum tua dan kaum muda di dalam Islam. Yang wujud adalah istilah umat islam yang beriktikad kepada aqidah ahli sunnah wal jamaah. Menurut beliau, berfikir adalah tanda hidup, berlain-lainan pendapat adalah alamat ada kemajuan pada diri kita masing-masing. Tuan membaca kitab dan kami pun membaca pula. Tetapi kita satu di bawah perlindungan kalimat lailahaillallah bersatu di bawah bendera Muhammad Rasulullah. Bersatu menghadap kiblat Kaabah Allah! Kita bersatu pada urat dan pada pohon. Adapun jika banyak cabang kayu adalah itu alamat suburnya.

Dalam seluruh karangan “the lost manuscript” ini, beliau begitu bijak membidas tuduhan yang dilemparkan dan menjawabnya dengan begitu halus sekali. Padat dengan info, beliau patut dijadikan contoh dalam berhujah. Tidak dengan menunjukkan perasaan dan memaki hamun, tapi beliau telah mengemukakan bukti, dalil dan idea yang hidup dan mudah difahami oleh orang biasa. Dan yang paling penting sekali, beliau cuba sedaya upaya untuk menjaga hati semua pihak dan memastikan segala tuduhan dapat dijawab dengan baik.

“sudah terbiasa di dalam hidup dan pergaulan hidup. Kadang-kadang fikiran bersamaan pada satu masalah dan kelak kemudian hari berselisih di dalam masalah yang lain dan kemudian bersamaan pula. Itulah alamat bahawa kita berfikir. Itulah sebabnya perselisihan demikian jangan dimasukkan ke dalam rongga hati dan jangan menjadikan dendam, kerana masih satu masalah pokok yang kita tidak pernah berselisih, iaitu bahawa kita adalah umat yang satu. Dan kita adalah hamba Allah yang dijadikan Tuhan bersama-sama dangan Jin buat beribadat kepada-Nya!”

Catatan:
1) Orang kata, buku ni diharamkan di Johor. Saya kata, saya beli di Tawau, saya orang Tawau, saya orang Islam dan berhak mengetahuinya
2) Kepandaian Buya Hamka dalam menjawab beberapa masalah, kadang-kadang lembut dan kadang-kadang cukup tegas dalam memberi hujah!
3) This lost manuscript is still available until now because we still can see this problem continued eventough there are no more kaum tua and kaum muda.
4) Selepas baca buku ini, anda akan menjadi semangat. (tak tahu kenapa). Jadi, sila jadikan semangat anda beserta dengan kefahaman.
5) Mungkin beberapa orang yang cakna dengan keadaan semasa melihat beberapa perkara dalam buku ini sama dengan apa yang dia hadapi sekarang..wallahu’alam

Tajuk: sebuah Polemik Agama: Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor
Tebal: 114 mukasurat
Penulis: Prof. Dr. Hamka
Harga: RM14.50
Kedai: FANIKA Tawau. (bukan Pani Kah!!)
Penerbit: Pustaka Dini

Sunday, July 25, 2010

Kasih Arjuna

salam.
diingatkan bahawa entri ini tidak bertujuan untuk mempromosikan filem lucah ini.
tiada gambar disediakan...
link asal: sini

ini adalah filem seram kata mereka...

“Sebagai pelakon baru, saya sekadar memenuhi arahan pengarah dan menuruti kehendak skrip. Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk beraksi panas sebagai tiket mendukung watak utama filem berkenaan. Namun, dalam sesebuah filem, faktor atau elemen seksualiti ada kalanya perlu sebagai pemangkin, begitu juga dengan Mantra. Yang penting, saya bukannya membintangi sebuah karya yang memberi fokus kepada elemen seks, sebaliknya filem bergenre seram.

catatan:
1) mantap sungguh pengarah tu. setiap arahan adalah mutlak dan wajib untuk setiap pelakon wala' dengan mereka. kalau tidak? padah akibatnya. agak2, diorang dah habis ka turuti Arahan Allah yang sepetutnya? gi lagi cari arahan yang lain.
2) saya setuju elemen seksualiti perlu untuk menjadi pemnagkin!. pemangkin untuk merosakkan minda dan jiwa masyarakat. agak2, untuk pasangan yang datang tgk cerita ni sebagai satu 'date', diorang akan kemana selepas tengok cerita ni?.

“Bagi saya, Mantra yang diselitkan dengan sedikit unsur seks, tidak adil rasanya diri saya dilabel cuba dieksploitasi. Sekalipun berkemban, babak berkenaan tidaklah keterlaluan. Namun, tentunya ia memberi pandangan tidak elok terutama kepada masyarakat desa. Apabila saya pulang ke kampung baru-baru ini, saya perlu memberi penjelasan supaya mereka tidak terus melabel diri saya yang bukan-bukan.

catatan:
1) berkemban tidak keterlaluan. kalau dia berkemban dalam bilik sorang2 xpala. kalau '1Malaysia' tengok macam mana?.
2) kalau nak jelaskan benda ni dengan penduduk kampung anda, maka saya cadangkan bagilah tazkirah di masjid kampung anda pada hari jumaat terakhir Ramadhan, selepas solat maghrib, di tempat imam solat. bagilah tajuk 'berkemban itu boleh asalkan tidak keterlaluan"..

“Bukalah minda, janganlah melihat Mantra daripada sudut negatif semata-mata apabila ia turut memaparkan sedikit adegan berahi, sebaliknya lebih menjurus kepada pendidikan dan pengajaran supaya kita tidak terjerumus mengamalkan ilmu hitam untuk mencapai sesuatu hasrat. Sewajarnya kita perlu mempercayai kebesaran Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya, sekali gus membelakangi kuasa jahat!,” katanya.

catatan:
1) saya nak tambah. MINTALAH AMPUN DARIPADA-NYA DAN BERTAUBATLAH

Thursday, July 22, 2010

Di bawah satu langit Ilahi

Di bawah satu langit Ilahi
Pada malam minggu, dalam pada laporan penuh latihan industri belum siap, letih kerana berjoging, dan pelbagai lagi keadaan dan perasaan yang tidak enak, aku kuatkan semangat untuk pergi ke sebuah KONSERT!

Siapa kata orang Islam tidak boleh pergi konsert? Sapa kata orang Islam tidak boleh berhibur?. Tapi pada malam itu, hiburan bukanlah agenda utama kedatangan. Tapi untuk mengingatkan diri yang leka bahawa terdapat air mata yang menanti pembelaan di sana.

Aqsa Syarif adalah antara penggerak kempen pada malam itu. Ribuan ringgit Berjaya dikutip khas untuk warga Palestina. Namun ianya bukan satu nilai yang mencukupi untuk menampung penderitaan khalayak sana. Tapi aku puas. Masih ada lagi warga yang prihatin dengan mereka.


Konsert dimulakan dengan persembahan oleh kumpulan SatNa dan saudara Amni Jagat. Anda patut tengok persembahan mereka yang bertenaga dan mengembalikan nostalgia lagu-lagu aku masa kecil dulu..huhu












Persembahan seterusnya disampaikan oleh Ustaz Nazrey termasuk dengan nyanyian comel anaknya sendiri. Beliau dapat menunjukkan bahawa setiap warga harus terlibat dalam perjuangan umat ini. Hatta kanak-kanak pun mampu untuk melakukan sesuatu!. Anda bagaimana?




Persembahan seterusnya adalah persembahan sajak oleh saudara Amni Jagat..
Derita di bawah langit hitam Palestin

Langit hitam datang liar mengaburi kian
Dan bintik hitam harum luruh penuh menyelaputi dada bumi
Datang keruh lintang angin Barat Palestina penuh khabar
Ah! Sebuah kemenangan

Diatas langit barat sana enam dekad tingginya
Datang sekumpulan keldai bangsat
yang berak diatas kepala puluhan ribu warga penindasan
Aku penat mendengar dengan telinga
Aku pernah melihat dengan mata
Dua ratus ribu orang ditahan
Disekat segala keperluan mereka
Dan mereka dikurung dibalik tulang besi

Aku ingin bertanya
Sengsara apa yang aku tanggung?
Aku bertanya Angkara apa yang menimpa sana?
Aku terus bertanya apa yang sebenarnya yang dikatakan itu telah kamu lalui?

Penjajahan demi penjajahan terus menerus berkuasa
Membunuh, menindas, bangga diri
Ya! Aku hari ini berdiri demi pembelaan

Titisan hujan yang hadir di halamanku ini
Adalah wakil air mata pengharapan pada kehilangan
Diktator adalah binatang yang menggunapakai kezaliman
Zionis adalah syaitan yang kencing di tembok kedamaian
Kapitalis adalah langit hitam yang meliputi sinar kehilangan

Matahari malap kekaburan
Siang mula dilihat seperti malam
Biarkan benih-benih damai tidak lagi berfungsi
Anak-anak kecil teriak kelaparan
Darah mereka mencecah merata bumi
Tanpa ayah, tanpa ibu dan tanpa pembelaan

Tempatan tangan-tangan mereka disatukan
Untuk bangkit menentang segala kepalsuan
Kesengsaraan menjadi racun peperangan
Kini, bumi palestina nafasnya nazak mencengkam warisan berdarah

Markaba, apache, dan ---- adalah senjata yang menjadi hakim menghukum

Terkangkang dari asas dendam penjajahan
Aku merenung kedalam air mata
Yang mengambil dari teriakan anak-anak penderitaan
…….cont

Satu sajak yang cukup kasar untuk binatang itu.. walaupun sajak ini tidak mampu untuk menyakiti mereka tapi ia mampu untuk menyuntik semangat kepada hadirin pada malam itu. Jika tidak pergi berjuang, menyumbang pun jadi lah.. teringat pula dengan Syiekh Ahmad Yasin yang pada suatu ketika dahulu seorang tua yang tidak mampu untuk berdiri. Tapi kata-katanya mampu untuk menggentarkan hati Yahudi Laknatullah dan membakar jiwa sanubari pemuda dan warga Palestin. Sehinggakan Yahudi itu terpaksa menghantar helikopter hebat yang lengkap dengan senjata misile yang canggih untuk membunuh beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat..

Ustaz Nazrey berpesan.. jika kalian tidak mampu untuk menyanyi seperti ini, kamu masih mampu untuk mengundang penyanyi seperti ini dan membuat program seperti ini. Jika kamu tidak mampu melakukannya, kamu masih mampu untuk MENYUMBANG!
Untuk menyumbang boleh buka laman web Aqsa Syarif atau blog rasmi Ustaz Nazrey. Dan ingatlah. Kita bukan dipersoalkan dengan setiap nyawa rakyat Palestin. Tapi kita akan dipersoalkan dengan setiap titis darah dan air mata mereka.

Catatan:
1) Tiket berharga RM5 untuk dewasa
2) Semasa sesi bergambar dengan Ustaz Nazrey, beliau berpeluh dengan banyak. Siapa kata kerja ni tidak memenatkan?
3) Aqsa Syarif ada menjual bermacam-macam produk untuk dijual. Dari buku hingga kurma
4) Bilakah lagi kita akan melihat konsert ‘baik’ ini dibuat secara besar-besaran menandingi konsert ‘jahat’ itu?

Bersama dengan ustaz Nazri

Bersama dengan Abg Amni Jagat

Monday, July 19, 2010

Dear Yayah




Salam. Sebelum teruskan membaca entri ini, saya harap anda yang sedang gelak tu sila berhenti sekarang..

Dear Yayah the comics terbitan PTS Sdn Bhd di bawah kategori Komik-M merupakan sebuah komik yang diadaptasi daripada novel kanak-kanak tulisan Kak Yayah. Ia mengisahkan tentang Jihan, seorang remaja berusia 13 tahun yang bakal memasuki sebuah sekolah berasrama penuh. Jalan cerita ini mengisahkan tentang beberapa pengalaman menarik Jihan sepanjang minggu orientasi.


Saya yakin dan percaya bahawa sesetengah pembaca akan terasa seperti kembali mengenang masa dahulu semasa membaca komik ini. Walau apa pun, saya sebagai mantan pelajar sekolah menengah yang tidak pernah tinggal di asrama begitu cemburu dengan mereka!.


Di awal usia begitu sudah diberi kepercayaan untuk mempelajari erti hidup berdikari. Kenapa saya baca komik ini?..
1) Saya nak tahu apa pengalaman pelajar asrama
2) Nak rehatkan minda dengan bacaan ringan
3) Novel ini agak lucu dan lukisannya agak kemas dan bersih
4) Baca komik ni hanaya mengambil masa beberapa minit


Catatan:
1) Saya cadangkan komik ini untuk mereka yang bakal masuk asrama
2) Komik-M ada pengajaran yang baik
3) Baca komik ini tidak akan memperbudakkan kita. Jangan risau
4) Fitrah manusia, tertarik dengan orang yang baik..

Tajuk: Dear Yayah The Comics
Tebal: 96 mukasurat
Penulis: Farihah Iskandar & Ard One
Harga: RM7.90
Kedai: Quong Ming Book Co Sdn Bhd, Tawau
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

‘Amal Jama’I (Pengertian & Tuntutannya)



Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka jangan kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjemaah dan mencampuri orang ramai seperti menghadiri masjid. (HR Ahmad bin Hanbal)

Dalam gerak kerja seharian, berseorangan adalah pilihan yang paling tidak tepat untuk dilakukan. Kerana serigala yang lapar akan membaham kambing yang bersendirian daripada kumpulannya. Amal Jamai’e adalah amalan yang sangat-sangat diperlukan dalam gerak kerja dakwah. Maka, risalah hasil tulisan Al-Fadhil Ustadh Yahya bin Hj. Othman ini diterbitkan untuk tatapan umum. Ia adalah hasil daripada pembentangan beberapa kertas kerja dalam program-program tarbiyah.

Muslim Haraki adalah seorang muslim yang telah menyertai harakah Islamiyyah. Mereka akan mengiklan secara terbuka bahawa perjuangan mereka adalah untuk membina masyarakat Islam, mendirikan Negara Islam, melaksanakan syariat Islam dan mengembalikan khilafah Islamiyyah di dunia seperti yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri. Jadi, muslim haraki sepatutnya menjalankan tugas dakwah mereka secara terbuka. Memberitahu setiap orang bahawa manusia perlu kembali kepada Sunnatullah dan ajaran Islam yang asli. Peranan dan tugas yang digalas amat besar dan berat. Dan kerjasama daripada sahabat-sahabat yang lain amat diperlukan umpama satu anggota tubuh yang sihat.

Budaya dakwah adalah nadi kepada sesuatu pertubuhan Islam. Dan dakwah itu adalah ILMU!. Oleh itu, setiap ahli mestilah menuntut ilmu dengan sebaik mungkin sesuai dengan kemampuan masing-masing. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Pendekatan dakwah adalah berbeza mengikut keadaan mad’u itu sendiri. Tanpa ilmu, seseorang itu tidak mungkin dapat melakukan gerak kerja ini dan kemungkinan untuk berputus asa adalah lebih tinggi. Pendekatan yang baik membantu kita untuk masuk terjun ke dalam masyarakat. Dan ketahuilah bahawa anggota harakah yang hakiki adalah anggota yang menyelesaikan masalah dan bukannya menimbulkan masalah!.

Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah SAW lalu dia bertanya: “orang yang berperang kerana mahukan ghanimah, orang yang berperang supaya disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?” sabda Rasulullah SAW: “sesiapa yang berperang supaya kalimah Allah (agama Islam) itu menjadi paling tinggi, maka dialah sahaja yang berperang pada jalan Allah”. (muttafaq ‘alaih)

Oleh kerana itu, kita telah bersetuju bahawa setiap umat Islam seharusnya melibatkan diri bersama dengan Persatuan Islam dan Dakwah adalah nadi kepada gerakan itu. Manakala ilmu pula adalah peluru kepada senjata yang ada. Dalam pada untuk mendapatkan ilmu, banyak program yang boleh dirangka untuk mempersiapkan setiap ahli dengan ilmu. Ta’lim bermaksud mengaji mempelajari memasukkan pengetahuan ke dalam otak fikiran kita. Manakala Tarbiyyah pula adalah mengubah segala sikap hati diri kita memancarkannya melalui penghayatan dengannya penuh kepuasan. Ta’lim itu ilmu. Tarbiyah itu amal. Qiyadah itu tanggungjawab. Mengapa harus berdiri memerhati dari jauh sedangkan kita mampu untuk menyertainya?..

Apakah bentuk Muslim yang diperlukan oleh masyarakat pada hari ini.
Dalam konteks Malaysia, berbilang bangsa dan agama tidak menjadi alasan untuk khalayak tidak hidup dalam keadaan harmoni. Ini adalah satu peluang yang baik kepada kita untuk menyampaikan dakwah dan mempersembahkan akhlak yang baik melalui dakwah bil-hal.

Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat daya hidupnya di tengah-tengah manusia – punya daya sensitiviti yang baik. (hadis)

Muslim ini akan menjadikan Rasulullah sebagai model yang terbaik. Dengan akhlak Al-Quran, mereka akan sentiasa bercakap benar kerana ia adalah kemuncak kemuliaan. Mereka juga tidak ada perasaan hasad dengki.

Awas kamu daripada hasad, sesungguhnya hasad memakan amalan kebaikan seperti api memakan kayu yang kering. (riwayat Abu Daud)

Mereka juga merupakan penasihat di dalam masyarakat. Agama itu dalah nasihat. Mereka akan sentiasa memberikan pandangan yang membina dan berfikiran positif dalam memberikan pandangan. Di samping itu, muslim haraki mestilah menunaikan janjinya kepada masyarakat termasuklah menghadiri mana-mana majlis yang menjemput mereka. Jika tidak, dikhuatiri mereka telah mempunyai salah satu daripada cirri-ciri orang munafik.

Terdapat lagi ciri-ciri yang sepatutnya terdapat dalam diri setiap muslim yang tidak dapat dituliskan di sini. Apa yang penting adalah semua akhlak yang baik boleh didapati dalam diri Rasulullah dan Baginda adalah qudwah hasanah yang relevan sampai bila-bila.

Catatan:
1) Setiap muslim perlu berakhlak mulia
2) Perlu menjalankan tugas dakwah
3) Perlu beramal dengan ilmu
4) Perlu menuntut ilmu
5) Perlu baca buku ini kerana ia sarat dengan nasihat kepada muslim.

Tajuk: Amal Jama’I (pengertian dan tuntutannya)
Tebal: 150 mukasurat
Penulis: Al-Fadhil Ustadh Yahya bin Hj. Othman
Harga: RM13
Kedai: Beli dengan kawan
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar

Wednesday, July 14, 2010

BUNGA KEBAHAGIAAN


Kebahagiaan. Satu kata yang mudah untuk diungkapkan dan digambarkan. Namun tidak semudah itu untuk dikecapi. Ramai mengakui rasa bahagia namun hampa. Menjadi salah satu fitrah manusia yang lemah merasa bahagia dengan kehadiran insan yang istimewa dalam kehidupan mereka.


Tidak menjadi kehairanan sekiranya ramai manusia tercari-cari pasangan semata-mata untuk membahagiakan diri sendiri. Namun yang menjadi persoalan adalah sama ada cara yang dilakukan adalah betul atau tidak. Semoga perhubungan yang dibina mendapat rahmat dan redha Allah SWT dan dijauhkan daripada maksiat yang tidak pernah lari daripada hasutan syaitan yang menipu.

Perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Segala perkara yang sebelumnya diharamkan akan menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan kerana Allah. Kekasih Halal adalah teman setia yang akan menemani pasangan mereka mengemudi bahtera kebahagiaan.


“lelaki soleh boleh didefinisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segi zahir dan batinnya,mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan daripada sumber yang haram. Dia juga sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang akan mendorongnya kearah maksiat dan menariknya ke jurang neraka yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah SWT dan RasulNya walau di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja.”

Memeteik ayat dari buku ini, menjadi seorang lelaki yang soleh bukan sesuatu perkara yang mudah melainkan perlunya mujahadah yang hebat dan peperangan dengan diri sendiri untuk memastikan nafsu jahat sentiasa ditundukkan dan dikawal. Zaman muda adalah zaman kegagahan dan “kepemudaan adalah satu kegilaan”. Oleh itu, mengharapkan pasangan yang baik sahaja adalah tidak mencukupi tetapi perlu untuk menjadi baik terlebih dahulu untuk memenuhi prasyarat “leaki baik untuk wanita baik!”.


Buku karangan TGNA dan Hasmariza Md Hashim ini merupakan satu catatan ringkas yang padat dengan nasihat untuk orang yang bakal berkahwin atau yang sudah berkahwin. Pada mulanya, saya tidak menyangka bahawa isi buku ini adalah berkaitan dengan rumah tangga dan terus membelinya. Setelah membacanya, timbul satu kesedaran dalam diri bahawa ilmu rumah tangga bukan hanya perlu dipelajari semasa hampir dengan masa perkahwinan tapi ia seharusnya dipelajari sejak dari awal lagi kerana sesuatu bidang ilmu itu tidak mungkin dapat dipelajari dalam masa yang singkat.


“biar kita tidak cantik dipandang penduduk bumi, tetapi biar nama kita menjadi perbualan penduduk langit”

Konklusinya, pelajari ilmu rumahtangga agar kita tetap bersedia menuju hari yang bahagia…


Catatan:
- Orang yang baca buku ini tidak semestinya akan berkahwin dalam masa terdekat.
- Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah majlis perkahwinan
- Sesuai dijadikan hadiah kepada suami atau kepada isteri
- Baca buku ini umpama menerima tips dan nasihat daripada seorang yang telah lama berkahwin bernama Nik Abdul Aziz.
- Anugerah sekebun bunga dari taman iman; inilah kebahagiaan sebenar

Tajuk: Bunga Kebahagiaan
Tebal: 191 mukasurat
Penulis: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat & Hasmariza Md Hashim
Harga: RM20
Kedai: Badan Cemerlang Sdn Bhd, Plaza Angsana JB
Penerbit: Anbakri Publika Sdn Bhd

Wednesday, July 7, 2010

Disebalik Latihan Industri

salam.
pengalaman 10 minggu ber'praktikal' ilmu yang dipelajari di kampus merupakan satu pengalaman yang berbagai rasa. kejap lawak . kejap jem. kejap boring. kejap sibuk. apapun, dalam entri kali ini, bukanlah ingin menceritakan tentang semua tu. kalau nak tahu jugak, boleh baca full report aku nanti yang aku langsung tak buat lagi ni.

kata orang, pengalaman mematangkan kita. dan aku dapat banyak pengalaman hidup sepanjang tempoh ini. pasal matang tu, aku tak pasti pulak. di sebalik tabir praktikal, banyak benda yang aku rasa baru!

JANGAN TAKUT KOTOR
Kalau tempat kerja tu kotor, redah jak lah. kalau lalang, masuk jak lah. kalau kau tak suka, hentam jak lah.

MAKAN MINUM CUKUP INSYAALLAH

Kalau ada tanah milik jabatan air, maksudnya ia waqaf. kalau waqaf, maksudnya buah kelapa dalam tuh boleh makan..kalau xda, gi beli sanggar di kampung Jawa. kalau jauh, gi makan nasik kuning di kampung Tanjung Batu. kalau malas, gi tapau nasik campur yang RM3 sepanjang masa di Bentol.

MAKAN RAMAI-RAMAI, BAYAR SORANG-SORNAG

sedap lah kalau macam nih terus..

TENGOK BANYAK BENDA BARU
ni kali pertama aku tekgok bab1 hutan secara live! besar woo..sila kelik gambar untuk kenikmatan berganda..

BERKENALAN DENGAN BANYAK BARANG BARU
orang kata, benda nih kalau yang kecik harga dia sekancil. yang dalam gambar nih adalah yang besar punya. harga aku tak pasti. yang pasti benda nih kena pijak jak letak bawah kaki dalam kereta..


dan mereka adalah antara Team yang ada semasa makan malam perpisahan..bah! bolehkah aku survive?

catatan:
1) cabaran yang banyak
2) kerja banyak
3) duit banyak
4) gelak banyak
5) tapi full report tak buat langsung lagik..wkwkw

Sunday, July 4, 2010

Allah, Mou Sukoshi Dake


Tiba-tiba masa seakan terhenti. Kaki terus menendang kebawah. Tangan terkapai-kapai mengharap perhatian. Perasaan sesal sedikit timbul bilamana nafas yang tertahan semakin mendesak untuk diberikan haknya. Rasa yakin untuk ditolong semakin tipis. Tapi, kalau aku mati sekarang, apa yang akan berlaku?. Bagaimana dengan tanggungjawab yang aku tinggalkan di bumi kampus? Bagaimana dengan keluarga yang belum merasa pemberianku? Bagaimana dengan sahabat-sahabat yang sentiasa menanti untuk aku hadir didepan mereka?.

Adakah aku dalam keadaan yang diredhai Allah pada ketika ini?. Berputus asa bermakna aku redha untuk meniggalkan semua. Terus berusaha bermakna aku bersedia untuk makan hati dan melalui hari-hari seterusnya seperti biasa.mungkin bukan..

Satu jasad sasa tibatiba mendakapku. Aku tahu siapa dia walaupun mata tertutup rapat. Alhamdulillah.. Allah hanya ingin mengujiku rupanaya. Bukan untuk mengakhiri ujianNya. Aku membalas dakapannya dan cuba untuk bertenang. Sesaat terasa, aku sudah sampai ke tebing. Ucapan terima kasih tidak terhenti aku ucapkan kepada dia dan Alhamdulillah kepadaNya.
Aku duduk kaku dan menggeletar di tebing sungai. Keseorangan. Ya Allah.. rupanya aku belum solat. Kerana leka dengan hiburan ini. Mungkin juga kerana aku terlalu lalai dan nakal untuk mencuba benda bahaya itu.

Air wudhuk segera diambil. Kiblat ditentukan dengan cahaya mentari. Solat ringkas tapi semacam lama ditunaikan dalam kebasahan dan menggigil. Mungkin orang yang lalu lalang melihatnya pelik. Kerana zaman ini Islam memang sudah dilihat dagang!..

Selepas sujud syukur, aku segera menuju ke sungai semula dengan membawa pelampung
Dan tersenyum…

BONUS:

Dua hari kemudian, semasa menjalankan tugas sebagai seorang mahasiswa praktikal, sebiji jasad tumpat seberat 50kg jatuh menimpa ibujari kaki.. mereka memanggilnya sebagai ‘penutup chamber’..

Catatan:
1) Sentiasa bersyukur
2) Mati boleh dimana-mana dan bila-bila masa
3) Allah, give me more time..

Keajaiban Solat Istikharah


Dalam kehidupan seharian seorang mukhallaf sebagai hamba Allah, kita tidak akan terlepas dari membuat keputusan sama ada keputusan besar ataupun yang remeh.


Kini, solat istikharah agak sinonim dengan solat yang dilakukan dalam menentukan jodoh masing-masing. Tapi, hakikatnya solat ini mempunyai peranan yang lebih penting dari itu. Sehinggakan Rasulullah sendiri apabila mengajarkan solat istikharah kepada para sahabat, baginda begitu bersemangat sekali keperti sedang mengajarkan surah kepada mereka.
Dari segi bahasa, istikharah adalah meminta kebaikan secara mutlak tanpa adanya batasan tertentu. Oleh itu, seseorang yang ingin solat istikharah, mestilah membersihkan hatinya daripada pilihan yang tidak baik dan mengharapkan agar segala pilihan yang ditunjukkan oleh Allah adalah pilihan yang membawa kepada kebaikan.


Antara lain, Rasulullah juga mengajarkan doa:
Wahai Allah, bila menurutMu urusan ini baik bagi diriku, agamaku, kehidupanku dan juga baik akibatnya, maka tetapkanlah hal itu untukku. Namun, jika menurutMu urusan ini buruk bagi diriku, agamaku, kehidupanku dan juga dan juga buruk akibatnya, maka jauhkanlah hal itu dariku.tetapkanlah selalu kebaikan untukku, biar apapun keadaannya, lalu jadikanlah aku redha kepadanya.
Ibnu Taimiyah pernah berkata: “tidak akan menyesal orang yang beristikharah kepada Allah yang maha Pencipta dan bermesyuarat dengan manusia, serta selalu menetapkan hati dalam setiap urusannya.

Catatan:
1) Buku ini membetulkan pandangan kita tentang solat Istikharah
2) Buku ini tidak tebal sangat
3) Setiap manusia tidak mampu untuk sentiasa membuat keputusan yang tepat.
4) Istikharahlah. Kamu tidak akan rugi.

Tajuk: Keajaiban Solat Istikharah
Tebal: 75 mukasurat
Penulis: Hj Abdul Rahman Bin Mohd. Adil
Harga: RM8
Kedai: Student Union Building UTM Skudai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code