Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Worst Day?


13 Ramadhan, Malaysia

Sebagai seorang pekerja kilang, Ali perlukan banyak tenaga untuk terus ceria dan bersemangat melakukan tugas harian. Sahur adalah wajib bagi Ali kerana dari situlah dia akan menyimpan tenaga secukupnya untuk kegunaan siang hari.

Alarm jam loceng ditala pada angka tiga. Suis alarm diperiksa tiga kali sebelum tidur bagi memastikan ia berada pada mode ON. Alarm untuk not-so-smart phone, Nokia X2 ditetapkan juga pada pukul tiga subuh. Manakala alarm smart phone ditetapkan pada pukul tiga, tiga lima minit, tiga sepuluh minit dan tiga tiga puluh minit. Just in case.

Dan ditakdirkan hari itu Ali terjaga semasa azan subuh. Deng!

Ali memegang perutnya yang agak kosong. Makanan yang dijamah semasa berbuka semalam tidak cukup untuknya meninggalkan sahur. Harinya dimulakan dengan minda yang kusut. Pagi itu juga, salah satu belt conveyor di kilangnya meragam. Rubber lining pada head drum telah terkoyak dan perlu diganti dengan drum baru. Perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah, berat drum yang seperti satu guni beras, ketinggian tempat kerja yang hanya dapat dicapai dengan kudrat manusia dan suasana yang panas, berhabuk dan kering.

Waktu petang, Ali terlantar keletihan. Dia nekad untuk terus berpuasa. Tapi hatinya menjerit lagu Simple Plan, HOW COULD THIS HAPPEN TO ME?. Dia merasakan inilah hari yang paling teruk dalam hidupnya. Kenapa dia diuji dengan ujian yang seberat ini?.

-end.


13 Ramadhan, beberapa ratus kilometer dari Malaysia

Laungan azan sayup kedengaran. Dia masih terpacak di atas timbunan batu dari runtuhan rumahnya. Niat puasa sudah dibaca walaupun dia tidak sempat menjamah apapun. Bukan kerana tidak ada kurma pemberian jirannya semalam. Tapi kerana dia sibuk mencari mayat keluarganya yang tertimbus dalam runtuhan.

Dia memandang langit yang cerah. Bulan purnama bersinar sangat terang pada subuh itu. Lalu dia berkata dalam hati..

Di bumi yang dijanjikan aku berdiri
Menggenggam agama sekuat hati
Jika ditakdirkan aku mati
Biarlah sebagai wira sejati

Dia menyeka air mata yang mengalir sambil memujuk hatinya yang pilu. Apabila tiba gilirannya kelak, pasti senyuman akan terpahat di bibir. Kerana itu adalah hari yang paling bahagia!.

-end


Saturday, January 18, 2014

Seikat

Duit syiling terbakar yang saya cuba selamatkan.

Malam Hujung minggu yang sunyi di sebuah perumahan estet. Orang muda bermain futsal dengan penuh semangat. Ada match minggu depan katanya dengan budak estet sebelah. Kokokan ayam sudah lama hilang diganti dengan gonggongan anjing tidak bertuan.

Abang Roy foreman baru pulang dari kerja sambil disapa oleh seorang fitternya yang baru masuk shift malam. Din Dimas dari tadi bertenggek di depan pintu berbual dengan kekasih hatinya melalui telefon.

Abang Jack sibuk membuat burger cheese special untuk aku sambil mengambil order orang lain dan sesekali disapa oleh orang kilang yang lalu lalang.
“Bege cis special siap!”
“Berapa?”
“Tiga ikat setengah”
“Nah. Tengkiu!”

Kemay tiba-tiba menyapa dari belakang apabila melihat aku. Beliau adalah bekas pekerja kilang di sini dahulu sebelum berpindah ke syarikat yang lebih menguntungkannya.
“Peh.. Persona!” Puji aku kepada kereta baru yang dipandunya sambil mengangkat-angkat kening.
“Aaa.. biasa jak ni. Kereta hutang.”
“Berapa pendahuluan?” Aku mengajukan soalan standard untuk memulakan perbualan tentang kereta baru.
“Sendah sejja bah. Dalam 5K”
“Lima ribu ikat? Biar betul kau. Kau tidak takut dirompak kambing?” kali ini aku betul-betul mengangkat kening.
“Aku pun risau jugak tapi setakat ni ok lah.” Jawabnya ringkas dengan menggunakan ayat perbualan yang agak susah untuk disambung.

*sunyi*

“So kereta kau ni, bila mahu pasang turbo? Bilang enjinair.. apa barang pakai proton standard!” Kemay cuba untuk memecahkan kejanggalan.
“Ooooii.. agak-agak la. Setakat gaji beberapa ikat ada hati mahu pasang turbo. Benih duit yang aku pinjam dari bank hari tu pun belum selesai lagi. Hahahaha”

Selepas mengucapkan selamat tinggal, kemay menuju ke rumah om mark untuk bertanya khabar. Aku bergegas pulang ke rumah untuk menikmati makan malam bujang sambil melayan internet. Setengah ikat kangkung baki dari membeli burger tadi digenggam kemas. Bembaziran tidak patut berlaku walaupun semalam ketua Negara baru mengumumkan nilai kangkung sudah susut beberapa sen. Rakyat bersyukur.
...

Sunday, July 22, 2012

Things just getting serious here

Tommy. Flute. Megazord.

 Rambut Kuning. Mata ungu. Menjerit lebih kuat

  
Twin GN Driver. Trans am.

 Cakhra berganda. Hilang Kawalan. Kyuubi

Perhimpunan beberapa makhluk berlainan warna kulit dan kostum.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Dari kecil hingga sekarang, TV adalah rakan berbual yang banyak menghabiskan masa aku dan rakyat jelata yang lain. Daripada masa tersebut, ada beberapa saat yang menunjukkan waktu itu adalah waktu untuk serius. Tidak ada masa untuk main-main. Lawan tetap lawan! kita lawan habis-habisan!. Sekali lawan tetap bertahan! biar kalah, kalah berjuang!.

~ada yang sudah sibuk mengatur baju raya
~ada yang sibuk buat kuih raya
~yang tidak habis baca Quran, perlu buat keputusan samada teruskan bacaan atau ulang semula
~yang tidur mati, cari jam loceng baru
~yang budak-budak mula berlatih.
Sebab puasa bukan benda main-main...
..

Saturday, September 17, 2011

Sikap ops sikap


 “Pihak kami sudah mencuba semua cara untuk mengurangkan masalah ini. Namun bilangannya tetap meningkat”. Kata Ketua polis negara sebagai menutup perbentangan beliau.

“ kami bukan apa. Cuma saya sudah letih menjawab pertanyaan rakyat mengenai masalah ini. Kenapa jumlah kemalangan jalan raya masih tinggi di musim perayaan ini? Adakah kadar saman terlalu rendah?” satu persoalan yang bernas dilontarkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

Mesyuarat hari itu agak tegang. Orang-orang buncit, orang-orang kurus, orang-orang islam, orang-orang bukan Islam, eksekutif, pegawai, pengarah, wartawan, menteri, timbalan menteri, office boy dan pengampu semuanya lapar. Penghujung Ramadhan menjadikan mereka sibuk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan nanti.

Ketua polis negara mengerutkan kening. Menteri Jabatan Kerja Raya mengangkat kening ke arah Ketua Polis Trafik Negara. Ketua Polis Trafik Negara memandang bengis timbalannya mengharapkan respon.

“err.. berdasarkan statistik yang disediakan, kami mendapati bahawa masalah ini bukan berasal dari kadar saman yang rendah. Ia sebenarnya adalah kerana sikap pemandu itu sendiri yang hanya ingin cepat sampai ke destinasi”. Timbalan ketua Polis Trafik Negara menjawab pantas. Menteri penerangan masuk campur secara tiba-tiba sambil mengusap-usap dagunya yang tidak berjanggut. “saya sangat setuju dengan pendapat tuan. Bagi saya, rakyat Malaysia yang satu masa dulu dikenal sebagai rakyat yang bersopan santun sepatutnya sentiasa diingatkan tentang perkara ini”.

[jeda]

Mesyuarat mengenai cara-cara untuk mengubah sikap rakyat Malaysia berlangsung sehingga Maghrib dan mereka pun makan percuma beramai-ramai. Ada yang buka puasa, ada yang makan malam..

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya sangat berpuas hati dengan hasil mesyuarat tadi. Baginya kempen keselamatan jalan raya memang patut diperhebat dalam media massa. Statistik kemalangan jalan raya perlu ditunjukkan kepada rakyat Malaysia supaya semuanya takut untuk memandu laju. Dan kadar saman mesti diketatkan supaya rakyat malaysia sentiasa mematuhi peraturan jalan raya apabila terdapat polis trafik.

Beliau kemudiannya bergegas menuju ke limusinnya yang setia menanti bersama pemandu. Beliau perlu menghadirkan diri ke sebuah daerah kecil untuk merasmikan sekolah luar bandar di situ pada keesokan harinya. Sebuah limusin hitam berkuasa tinggi meluncur hanya 140 kilometer sejam di atas jalan raya.

Beberapa motosikal dan kereta peronda setia mengiringi beliau untuk memastikan pemandu kereta murah memberi laluan selayaknya. Jalan raya yang kelmarin rosak sedikit sudah diturap sepenuhnya sepanjang perjalanan. Lampu jalan menuju ke destinasi dipasang indah sejak semalam. Hatinya berkata, “Negaraku sudah maju…”

[jeda]

Di bahu jalan, seorang penunggang motosikal hitam berkuasa 100cc menggeleng kepala. Beberapa ‘orang’ Ultraman berbincang tentang cara-cara untuk membunuh Shocker, musuh ketat Masked Rider. Walaupun hebat dari segi saiz, tapi Ultraman tetap bukan ahlinya!.

** terkenang zaman aku muda-muda dulu. Semasa separuh daripada hariku adalah mesyuarat. Masalah sikap dan Masalah teknikal adalah bahan perbincangan yang wajib dielakkan. Aku pun tidak tahu kenapa..

Tuesday, July 12, 2011

Al-kisah untuk para pemBERSIH

[Cerita 1]

Maka tersebutlah kisah apabila seorang pemimpin empayar besar bernama Umar ingin berkhutbah kepada para pengikutnya seraya berkata
“wahai sahabat-sahabatku, dengarkanlah apa yang ingin aku sampaikan..”

Tiba-tiba seorang lelaki biasa bangkit dan menyahut dengan tegas
“sesungguhnya aku tidak akan mendengar apa yang ingin engkau cakapkan bila mana engkau memakai dua lapis jubah sedangkan ada diantara rakyatmu yang kekurangan pakaian!” kata lelaki tersebut sambil menuding jarinya ke arah hujung jubah Umar yang kelihatan seperti dua lapis pakaian. Ternyata kain di dalam lebih panjang daripada jubah luarnya.

Sambil tersenyum Umar menjawab
“baru-baru ini, aku mendapat pemberian jubah dari seorang sahabat. Tapi ternyata jubah itu agak pendek berbanding badanku. Maka aku pun menjahit sedikit kain pada hujung jubah ini untuk menjadikannya lebih panjang”

Semua yang hadir berpuas hati dengan jawapan itu dan kagum dengan keberanian sahabat mereka yang berani menegur si Farouk itu.


[Cerita 2]

Dilaporkan dari sebuah IPT tempatan, satu isu yang agak memalukan timbul di salah sebuah kolej mahasiswa di sana. Terdapat pihak yang menghantar surat secara rahsia kepada Naib Canselor universiti berkenaan dan menceritakan masalah yang dihadapi oleh ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa yang didakwa menjadi tertekan dengan kerja yang banyak dan mengakibatkan akademik mereka terganggu.

Tindakan susulan telah diambil dan satu mesyuarat tergempar diadakan..

“pertama sekali, saya nak tahu lah siapa yang hantar surat ni. Sila mengaku” kata pengetua dengan lembut
“kami Cuma nak tolong bincang sama-sama. Jadi, siapa ada maklumat tentang perkara ni tolong lah bagitahu kami siapa yang hantar surat ni” tambah salah seorang felo.

Tiba-tiba salah seorang ahli jawatankuasa bangkit memecah ketegangan
“err..pada pendapat saya, err.. apa kata kalau kita bincang kenapa benda ni berlaku. Err… kita boleh bincang macam mana nak atasi masalah ni supaya ahli jawatankuasa tidak tertekan lagi seperti yang digembar-gemburkan dalam surat tersebut”

Suasana senyap seketika… sebelum disambung oleh pengetua
“baiklah..siapa yang HANTARR??”


Nota untuk bukan rakyat Malaysia
Perhinpunan BERSIH atau lebih dikenali sebagai demonstrasi haram jadah jalanan BERSIH adalah satu perhimpunan yang dirancang untuk mengemukakan beberapa tuntutan bagi memastikan pilihanraya berjalan dengan bersih. Kebanyakannya adalah melibatkan suruhanjaya pilihanraya, SPR dan bukannya kerajaan. Ulang suara, bukan kerajaan.

Menyusahkan!
Perkataan ini adalah yang paling banyak digunakan oleh media nasional untuk menggambarkan peristiwa kuning ini. Di tempat kedua adalah “ada agenda politik”. Dan aku pun setuju dangan kenyataan bahawa perhimpunan begini adalah menyusahkan. Tapi…

Antara terkandas di jalan raya dalam kereta selama 4 jam (amat menyusahkan) atau membuat perjalanan jauh dengan duit sendiri selepas membeli baju berkualiti rendah yang mahal dan diharamkan oleh Negara, disembur gas pemedih mata, disiram air minyak angin cap kapak dan ditahan beberapa hari di PULAPOL sambil makan nasi minyak, mana yang lebih menyusahkan.

Dan percaya atau tidak, golongan yang disebutkan selepas perkataan ‘atau’ di atas tetap ingin menyusahkan diri mereka walaupun digelar pengkhianat bangsa.

Penganjur kapir pembela orang murtad
Aku tak ingat nama india penganjur ni. Tapi dia kata, dialah penganjurnya. Tapi kenapa ramai orang melayu orang Islam yang sokong programnya?.

Jawapan mereka mudah. Aku datang bukan sebab perempuan India tu lah. Kalau dia tak datang pun aku tetap akan datang. Faham? Dalam tuntutan tu pun, bukan ada permintaan untuk naikkan gaji minimum untuk peguam macam dia. (ok yang ni aku tambah)

Buat apa bersihkan benda yang sudah bersih?
Aku tertarik dengan jawapan TV3 untuk keseluruhan tuntutan BERSIH. Dia kata, kalau pilihanraya tidak bersih, macam mana PAS boleh kuasai Kelantan sekian lama dan macam mana pembangkan boleh menawan beberapa negeri pada pilihanraya yang lepas? Betoi dok?.

Dan adapun yang terlibat dengan pilihanraya sama ada yang memperjuangkan Islam atau Melayu atau Keadilan itu manusia seluruhnya. Maka tidak ada seorang pun di antara mereka yang menjadi ahli sihir ataupun ahli keramat. Semuanya mempunyai kelemahan masing-masing.

Jadi? Dalam keadaan pilihanraya sekarang ni pun mereka masih tidak mampu untuk menghasilkan ‘virtual voter’ yang mencukupi untuk mengalahkan lawan mereka. Sebab itulah pilihanraya BERSIH adalah satu mimpi ngeri buat mereka… aku ada bukti? Tak ada! Whoa.. tapi blog ni menarik untuk menyakitkan otak para penipu.. [melayu menyumpah]


KUNING
Ada juga orang yang lebih berminat untuk berbincang tentang hukum orang Islam memakai pakaian yang berwarna kuning dan menyerupai orang kapir. Aku bukan ahli hadis dan hanya tunggu ulasan ustaz (harap-harap ada). Kesahihan hadis pun aku tidak pasti. Jadi aku tidak boleh rawikan di sini. Whoa!. Kalau haram, ia akan jadi ‘turning point’ untuk sultan-sultan kita..

Penutup
Jadi apa kaitan dengan cerita di atas? Ok, I’ll just make it simple. Cerita 1 menunjukkan Umar yang banyak putuskan kepala orang bersabar melayan kerenah rakyatnya. Isu Nampak macam remeh tapi dia berusaha untuk jelaskan keadaan sebenar. Cerita 2, aku malas ulas panjang, tapi orang yang pentingkan kewangian namanya lebih berminat dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin. Ini bukan pemimpin..ini…ini…ungghhhh..ini pengampu!

~saya tidak boleh didakwa menjatuhkan kerajaan jika saya menolong PAS dalam pilihanraya kerana pada masa tersebut/selepas parlimen dibubarkan Malaysia don’t have its government nor its traitor (pembangkang dalam BI aku sudah lupa).
~Cikgu X, 2011

Catatan:
1. cerita 1 adalah cerita benar. Tapi guna ayat aku sendiri
2. cerita 2 adalah rekaan walaupun nanti ada yang mendakwa dia macam pernah alami.
3. aku nak tambah cerita tentang unta yang memberontak kerana dizalimi oleh tuannya. Tapi aku tak ingat cerita sebenar sama ada zaman Rasulullah atau Umar. Buku aku dalam kotak dan ada yang belum sampai.
4. ini adalah pendapat peribadi.
5. Aku harap pengundian pertama dalam hidup aku nanti dipenuhi dengan keADILan.

Lampiran

ini tuntutan yang ngeri dan mustahil dibincangkan.

Thursday, May 5, 2011

Ringkasan peristiwa 2011



klik imej untuk kepuasan berganda (tapi x tau macam mana nak upload besar2)

Terjumpa gambar ni dalam internet. Sangat menarik!

Januari
14 – Revolusi Tunisia
24 – serangan pengganas di lapangan terbang Moscow. 36 mati

Februari
Beribu-ribu mati dalam revolusi melawan Gaddafi
11 – Hosni Mubarak digulingkan
22 – gempa bumi di Christchurch. 75 mati

Mac
Revolusi lawan Gaddafi masih berlangsung
11 – gempa bumi di jepun + Tsunami. Lebih 18,000 mati
Loji nuklear Fukushima terbakar. Kedua terburuk dalam sejarah nuklear
18 – protes di Bahrain, Arab Saudi
Protes di Yaman. Presiden tak nak turun
25 – campurtangan tentera dalam perarakan di Syria

April
7 – tembakan di Brazil. 12 budak-budak mati
29 – Prince William kawen dengan Kate Middelton
30 – tentera udara NATO serang Libya

Mei
1 – berita kematian Osama bin Laden tersebar.


Ada banyak lagi peristiwa. Tapi aku tak tahu. Tak faham berita dalam bahasa Inggeris dan aku kurang cakna. Ini untuk tahun 2011.

Eh, ni baru bulan MEI lah!!. Apa akan jadi kalau tunggu sampai hujung tahun?
Nanda koreee…!

Ini international. Kalau di MALAYSIA?
Ni yang aku ingat dalam kepala
- Kes liwat Anwar diteruskan
- Muncul video seks Anwar dengan pelacur cina
- Anwar menafikan diri sebagai pelaku zina
- Datuk T muncul sebagai pembekal video seks
- Pilihanraya negeri Sarawak
- Bulletin utama bekalkan laman web yang upload video penuh seks. Cari jangan tak cari..
- Eskay bersumpah laknat dalam masjid tentang video seks
- Demonstrasi sana-sini
- Harga minyak naik semalam
- Isu air UUM


Ini Nasional. Kalau dalam UTM?
- Pesta konvo
- Karnival kuda (tak ingat nama)
- Pilihanraya kampus
- Ceramah-ceramah di MSI banyak
- Isu bukit yang menyerupai bonggol
- Isu taik burung di kafe
- Isu seluar terkoyak kena kerusi yang tajam
- Isu makanan mahal
- Isu band masuk UTM
- Isu pelajar antarabangsa bawak kereta macam pelesit
- Perkhidmatan hantar barang dan motor berdiskaun untuk orang semenanjung



Ini UTM. Kalau aku?
- Sambung buat PSM
- Tolong kawan pindah kolej lepas dibuang oleh pengetua
- Ulangkaji
- Meeting
- VIVA
- Final exam
- Movie
- FACEBOOK


Awas: ini baru 4 bulan!.


~Orang berguna, kehadirannya dirai. Kehilangannya dirasakan.
Kamsar, 6 Mei 2011, 12.37pm

Catatan:
1. Banyak-banyak isu ni, apa peranan aku? Tepuk dahi tanya akal
2. Banyak isu ni, apa aku buat? (macam soalan sama)
3. Adakah aku ni orang berguna? Whoa!. Soalan pedassss…
4. Sem depan aku akan berada di SABAH!

Tuesday, April 19, 2011

Rage Guy: Simple thing make a huge popularity

AWAS!! ENTRI INI BANYAK GAMBAR DAN masih berbahasa melayu

Pendahuluan

Apa perasaan anda bila melihat gambar ni..

Atau


Nampak macam kartun yang paling huduh pernah aku jumpa. Yang ni lagu huduh.



So?

Sekali lagi aku ulang, aku suka tangok gambar. Bukak internet, tengok gambar. Tapi sejak kebelakangan ni, aku tengok semakin banyak lawak yang guna kartun di atas tu.

Seperti ini..

Ini..

Dan ini..


Apa yang menariknya, kartun ini amat menarik!. Aku cuba siasat apa nama kartun ni..dan baru aku tahu orang panggil dia sebagai ‘Rage Guy’. Sebab apa? Sebab asalnya diorang lukis kartun ni untuk menggambarkan perasaan “serious disappointment, exasperation or displeasure in reacting to a given situation” (aku tak pandai translate dalam bahasa melayu).


Apa yang berlaku?

Figure 1: Google search untuk Rage Guy mengikut tarikh.

Figure 1 menunjukkan jumlah carian untuk kata kunci ‘rage guy’ menggunakan Google search. Bermula tahun 2010 hingga sekarang, kartun ni semakin terkenal dan gambar rage guy ada di mana-mana!.


Penutup

Kartun ni bebas digunakan oleh sesiapa sahaja untuk menyampaikan idea mereka. Malah ada template disediakan untuk mereka yang ingin membuat kartun rage guy sendiri.. seperti di bawah



~kadang kala gagasan besar datang dari satu idea yang kecil
Kamsar, 19 April 2011, 4.59pm


Catatan:
1. Memandangkan kartun ni bebas digunakan oleh siapa sahaja, banyak jugak lah perkataan kurang sesuai yang digunakan. Mungkin ia biasa di tempat diorang. Ntah. Aku ndak pernah pegi sana..
2. Kartun ni mampu buat aku gelak berbunyi hahahahaha…
3. Nak buat tazkirah pun boleh guna kartun ni. Ada idea?


Lampiran


gambar-gambar lain untuk rage guy



benda yang aku selalu kena dan selalu kenakan orang


rubik cube!

haha..koyak jugak!. saki ati weii


skill Jeki can


sumpah facebook

kah kah kah

klik imej menggunakan skroll untuk kenikmatan berganda

mari bersangka baik

Friday, March 4, 2011

Kerana sebuah kereta sorong tepi jalan, regim-regim Arab runtuh


“Saya pergi kerja dulu. InsyaAllah petang nanti saya balik bersama rezeki hari ni.”

Senyuman pahit dilemparkan sebelum Azizi berlalu pergi. Itulah rutin harian graduan sains komputer itu. Kalau di Negara lain graduan seperti dia akan bekerja di pejabat. Berhadapan dengan komputer dan memperolehi pendapatan yang agak lumayan untuk menanggung keluarganya yang miskin.

Masalah ekonomi di negaranya menyebabkan 1/3 graduan atau 14% rakyat menganggur. Bukannya negera ni tiada sumber perniagaan. Bukan kerana Negara ini tiada harta. Tapi ini adalah kerana orang yang korup telah diangkat menjadi pemimpin.

Sampai sahaja di Bandar Sidi Bouzid, Azizi pun membuka kedai ‘haram’nya di tepi jalan. Graduan komputer itu berniaga menjual buah dan sayur. Dia cukup berhati-hati semasa berniaga. Kemiskinannya membuatkan dia tidak mampu untuk membuat permit perniagaan. Dia tidak mampu membayar kepada si Ben Ali yang perlukan wang itu.

Harta rampasan dari rakyat Tunisia yang bernilai GBP 3.5 billion yang dilonggokkan di Perancis masih tidak cukup. Ben Ali perlu naikkan lagi cukai. Dia perlu dapatkan sebanyak mungkin harta. Khas untuk cintanya Leila. Imelda Marcos Negara arab itu mempunyai hobi yang sangat unik. Dia suka membeli belah terutamanya di Dubai. Negara kemewahan.


“Awak berniaga buah ni ada permit?”
“Astaghfirullah.. sejak bila pula ada penguasa tempatan di sini?” bisik hati Azizi yang terkejut.
“err..maaf encik. Saya belum ada permit lagi. Tolong benarkan saya berniaga dahulu sebelum saya mampu membuat permit” rayu Azizi.
“Arrhh.. awak berniaga tanpa permit!. Kedai awak mesti disita!”
“tolonglah encik. Kalau saya tidak boleh berniaga, macam mana saya nak menyara keluarga saya yang susah? Macam mana saya boleh mampu untuk membuat permit?”

Rayuan Azizi langsung tidak diendahkan oleh penguasa yang terpaksa mengikut arahan pihak atasan untuk kemandirian diri sendiri.

Azizi masih tidak berputus asa. Dia terus merayu dan cuba menyelamatkan kereta sorong buruknya dari disita. Dan orang ramai yang lalu lalang hanya mampu melihat dengan pandangan sayu apabila lelaki miskin itu dikasari tanpa belas kasihan.

“Musafirlah (pergilah) wahai ibuku. Maafkan aku. Tidak ada gunanya. Semuanya hilang di jalan apa yang kumiliki. Maafkan aku wahai ibu, jika aku tidak menuruti katamu. Makilah zaman. Jangan maki aku. Pergi tidak kembali lagi…”
~status facebook Azizi yang terakhir


17 disember 2010. Siapa sangka tarikh itu bakal menjadi permulaan untuk terciptanya sejarah. Sejarah yang cukup besar bagi Negara-negara Islam. Setelah rayuan dan laporan Azizi tidak diendahkan, dia telah membuat satu keputusan yang tidak pernah terlintas di fikiran pemerintah-pemerintah regim. Usai solat jumaat, Azizi menuju ke sebuah bangunan kerajaan yang terletak di kota indah itu. Sebuah kota yang berbukit dan elok di tepi laut Mediterranean. Dan Azizi pun membakar dirinya di hadapan bangunan kerajaan sebagai tanda protes.

Rakyat marhaen terpana seketika. Azizi menderita melecur di hospital sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4 januari 2011. Rakyat mula sedar. Pemimpin mereka pernah menerbangkan YOGURT dari St Tropez dengan menggunakan pesawat peribadi untuk sebuah parti. The Mafia itu telah mengharamkan Parti Islam. Memakai hijab juga ‘haram’ di Negara mereka.


Seorang rakyat yang tidak tahan dengan pemerintahan kuku besi. Menemui jalan buntu. Akhrnya semua rakyat sedar bahawa mereka mengalami situasi yang sama. Rakyat Tunisia bangkit dengan kemarahan.

Apabila Ben Ali mula merasa terancam, dia pun melarikan diri ke Perancis untuk bersama dengan anak-anaknya di sebuah hotel di Disneyland. Dengan kos menetap GBP 300 sehari. Tapi, kapal terbangnya dilarang mendarat di sana atas arahan pemimpin Kafir anti Islam, Presiden Sarkozy. Akibatnya, Ali dan konconya terpaksa berambus ke Jeddah, Arab Saudi kerana sahabatnya masih setia bersamanya.


Bermula dari sini, teori domino pun berlaku. Mimpi ngeri musuh Islam bermula. Revolusi ini berjangkit ke Negara kuku besi yang lain. Dan kemungkinan besar akan berlaku Islamifikasi seperti yang berlaku di Revolusi Iran 1979.

Bermula di Tunisia - Zine El Abidine Ben Ali,
Api revolusi terus merebak di Negara-negara arab kuku besi yang lain..
~Mesir - Muhammad Hosni Sayyid Mubarak


~Libya – Colonel Muammar Muhammad al-Gaddafi

~Yaman

~Bahrain
~Yordania

Banyak pemimpin jatuh kerana kepimpinan yang kejam dan mempunyai isteri yang suka membazir.
~kamsar, 4 mac 2011, 4.39pm

Catatan:
1. Aku ada kenal sorang lagi pemimpin yang ada isteri yang best.
2. Dengan duit, Leila Ben Ali pun boleh jadi cantik.
3. Doakan kejayaan Ikhwanul Muslimin di Mesir
4. Doakan Azizi. Semoga rohnya dicucuri rahmat kerana memulakan satu pembaikan.
5. Sila baca semula status facebook terakhir Azizi. Sedih tuh!
6. Kerana sebuah kereta sorong tepi jalan, regim-regim Arab runtuh
7. Kebangkitan Islam semakin terasa. tapi masih ada lagi pemimpin negara yang melawat kubur Mustafa Kemal Terkutuk.
8. Masih ada lagi artikel surat khabar negara yang memuji Mustafa Kemal Terkutuk!. bengong!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code