Sunday, June 27, 2010

TUHAN MANUSIA



Tuhan manusia. Buku kedua Faisal Tehrani yang aku baca dan yang kedua aku telah jatuh cinta. Bukan hanya kerana jalan cerita yang cukup menarik bahkan susunan ayat yang menarik memudahkan pembaca untuk menghayati jalan cerita seolah-olah tergambar dihadapan mata. Tapi itu bukan faktor utama kenapa ia merupakan salah satu buku yang mesti dimiliki oleh setiap muslim. Isu yang cukup besar telah dibincangkan dalam buku ini…


Andai kota itu peradaban, rumah mereka adalah budaya, dan menurut ibu mereka, tiang serinya adalah agama. Sejak abangnya murtad, Ali Taqi telah menjadi seorang remaja yang berada lebih hadapan daripada kawan-kawannya yang lain dari segi keintelektualan dan kematangan dalam rangka memahami kemurtadan abangnya yang menjadi mangsa pemikiran cara barat yang hodoh. Pluralism adalah salah satu serangan pemikiran yang melanda umat Islam pada masa kini yang sepatutnya menjadi salah satu tajuk prioriti dalam agenda dakwah dan saling memperingatkan antara satu sama lain.


Ilmu takkan diperolehi hanya dengan belajar kerana ilmu itu ialah sinar petunjuk, untuk mendapatkan ilmu haruslah terlebih dahulu memahami hakikat ubudiyyah. Seorang ayah yang sentiasa memastikan anaknya tidak kekeringan dari segi ilmu sangat menyayangi Ali Taqi. Kehilangan anak sulungnya telah digantikan dengan masuknya kawan karib Ali Taqi kedalam Islam.


Novel karangan Faisal ini merupakan satu jalan cerita yang agak pendek namun padat dengan maklumat yang tidak seharusnya diabaikan oleh para daie. Dengan teknik imbas kembali yang tersusun, penulis Berjaya menjadikan ia sebuah novel yang dapat membuka panorama pemikiran pembaca dalam mencari kebenaran antara hakikat ketuhanan yang sebenar dan kebatilan.


Catatan:
- Novel ini agak berat dengan fakta dan maklumat. Jadi, jangan hanya menganggap ini sebagai sebuah novel tapi sebagai bahan ilmiah
- Ada orang kata penulis buku ini adalah orang syiah. Aku kata, ini adalah buku islamik yang ditulis oleh orang Islam
- Saya agak kurang puas hati dengan penutup cerita novel ni..huhu.. 

Thursday, June 24, 2010

23 6 2010

Pencegah maksiat swasta ugut pasangan

ADUN Limbongan dakwa skuad terbabit rakam perbuatan sumbang, gertak mahu sebar gambar


ADUN Limbongan, Zainuddin Awang Hamat, berkata kumpulan pencegah maksiat itu bertindak merakamkan gambar pasangan bukan muhrim yang dikesan melakukan maksiat untuk disiarkan jika enggan mematuhi arahan tertentu yang dikeluarkan.


Catatan:
- Sila berhati-hati dengan mereka!. Caranya, jangan buat maksiat
- skuad amru tetap akan jalankan tugas mereka


Tarikh hapus UPSR, PMR tidak ditetap

Kementerian Pelajaran tunggu maklum balas pelbagai pihak


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan membabitkan kedua-dua peperiksaan itu.
“Kementerian tidak menetapkan sebarang tempoh sama ada sebulan atau dua bulan, tetapi yang pasti kita akan mengambil masa yang sesuai kerana tidak perlu kita bergopoh dalam soal sepenting peperiksaan. Jadi bila sudah berpuas hati kita akan beritahu keputusan.


“Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan,” katanya.

Catatan:
- apa yang tersirat, aku pun tak pasti
- yang penting, sekarang adalah masa untuk menunjukkan pendirian anda. Jangan tunggu pindaan dibuat baru nak bantah
- pendapat aku, TAK SETUJU



3 laman web tawar judi bola dikenal pasti

Bukit Aman bekerjasama dengan SKMM kesan dalang

Difahamkan, lebih daripada 10 rakyat tempatan yang bertindak sebagai bookie di negara ini giat mengesyorkan saluran pertaruhan haram itu menerusi ahli keluarga dan sahabat handai.


Sumber berkata, Bukit Aman sudah menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multime


INFO
Pertaruhan secara konvensional
• Pelanggan kedai kopi pesan minuman atau makanan seperti biasa daripada pelayan kedai terdiri daripada warga asing.
• Pelanggan berurusan dengan pelayan bagi mendapatkan kertas pertaruhan. Bagi yang pertama kali berkunjung, warga asing akan memainkan peranan berbisik mengenai tawaran ketika pesanan makanan dihantar.
• Wang kemenangan akan dibayar sebaik perlawanan selesai dengan tuntutan dibuat di kaunter.

Pertaruhan secara talian
• Pelanggan menelefon bookie bagi mendapatkan kata laluan untuk melayari laman web disediakan.
• Sebaik mendapat kata laluan, pelanggan melayari laman web dengan memasukkan kata kekunci diberikan bookie.
• Selepas mendapat kata laluan, pelanggan boleh melayari laman web dengan memilih pasukan mereka. Satu kata laluan hanya untuk satu pertaruhan.

Catatan:
- tahniah kepada pihak yang terbabit kerana bersungguh-sungguh membanteras judi haram
- aku masih meletak harapan bahawa kerajaan akan mengharamkan judi halal di Malaysia

Saturday, June 19, 2010

Khutbah Itu

Jumaat pada cuti kali ini bukan Jumaat yang biasa. Ia diisi dengan kerja-kerja praktikal demi memenuhi tuntutan akademik yang jauh sekali dari ilmu-ilmu teori yang dipelajari di alam kampus.Tiada masa untuk mandi dan melakukan ibadah sunat yang lain. Bahkan ada khalayak yang hairan dengan tubuh ini yang mengenakan baju T dan tidak memakai kain pelikat ke masjid. Mungkin ia sudah dilihat sebagai syarat sah bagi sesetengah masyarakat.



Perlahan-lahan dia mengambil air wudhuk sambil matanya liar melihat sekeliling masjid yang baru dikenalinya itu. Satu perbualan jelik yang mengganggu fikirannya tiba-tiba menerpa bilamana dua orang lelaki yang berborak di masjid menawarkan pertaruhan RM20 untuk perlawanan bola piala dunia yang bakal berlangsung pada malam hari yang penuh keberkatan ini. Dia hanya mampu mengetap bibir dan menggelengkan kepala.



Solat sunat ditunaikan ringkas kerana khatib sudah mula membacakan khutbah. Hatinya agak riang melihat ramai kanak-kanak yang datang ke masjid untuk mendapat tarbiyah demi menjadi pencinta masjid suatu hari nanti.



Belum habis khatib menyeru jemaah untuk bertaqwa kepada Sang Pencipta, matanya memandang sekeliling yang umpama satu pertandingan tidur duduk diadakan. Keadaan di bahagian belakang semakin bingit. Kanak-kanak kebanyakannnya semakin sibuk dengan dunia budak mereka. Ada yang berborak, bermain tepuk-tepuk tangan bahkan ada yang kehulu-kehilir.


Belum sempat fikiran kembali kepada khatib yang sedang menahan esak diatas mimbar, seorang lelaki dihadapannya memalingkan muka dan mengatakan bahawa kanak-kanak di belakang itu sangat bising. Satu perkara yang semua jemaah masjid maklum!. Astaghfirullah..dia hanya melemparkan senyuman sinis dan memalingkan muka kearah tingkap. Anak matanya mengerling kearah beranda rumah yang berdekatan dengan masjid. Beberapa orang perempuan yang selayaknya digelar anak dara kelihatan berehat disitu. Ada yang baring mengiring sambil menampakkan bentuk badannya, ada yang mencari kutu sesama mereka dan beberapa lagi kelibat yang tidak sepatutnya berada di tempat yang hampir dengan Rumah Allah itu.



“kini anak-anak lebih suka mencium tangan orang lain berbanding tangan ibu bapa mereka sendiri”. Telinganya tertangkap satu ayat yang begitu menyentap perasaannya sebagai seorang anak setelah dia cuba untuk menumpukan perhatian yang lebih kepada susuk tua yang sedang membaca KHUTBAH itu.



Bibirnya terketar-ketar tapi masih mampu untuk meneruskan KHUTBAHnya. Kesedihan jelas terpancar diwajahnya. Mungkin kerana isi khutbah yang membincangkan isu anak dan ibubapa barangkali dan mungkin juga kerana melihat gelagat lucu jemaah masjid yang datang seperti semata-mata untuk menunaikan satu rutin mingguan yang biasa.



Solat jumaat berjemaah dirasakan singkat. Mungkin kerana keadaan pembesar suara di situ tampaknya seperti kehabisan frekuensinya sendiri. Dalam hati nuraninya berbisik..”aku mesti buat sesuatu!..” dia mengangguk kepala…



Perjalanannya diteruskan sambil tersenyum.


~tinggal dua minggu lagi!~

Catatan:
- Dulu kalau bapak aku tau aku bising di masjid, alamatnya jadi kuda belang la belakang aku kena libas tali pinggang
- Ko bercakap masa khatib berkhutbah, ‘ia’ jadi sia-sia
- Ramai komplen speaker tak kuat
- Mana perginya anak muda? .

Monday, June 14, 2010

HANYA DI SINI part 6



Salam.
Ini adalah papan iklan BESSAR yang aku jumpa di jalan apas. Sapa-sapa rasa dia hensem atau cun tak payah la pedulik benda ni. Tarikh akhirnya sudah lama habis.



Nak kena ulas lagi? Rasanya tak perlu..satu benda aku tahu hasil dari pembacaan di majalah, ‘orang-orang’ macam ni akan menaikkan nafsu orang yang memandangnya. Pada zaman sekarang, ianya tidak mengenal usia. Tidak mustahil budak-budak kenal sex (maaf kerana terpaksa menaipnya disini) dulu daripada kenal rukun iman. Apabila itu semua berlaku, nafsu rakus mereka akan terus meningkat hingga mampu untuk mengawal pertimbangan waras mereka. Hanya apabila ‘sesuatu’ seperti zina telah berlaku, barulah mereka akan sedar dan menyesal!


Tidak dinafikan, orang-orang borneo memang bangsa yang comei-comei..Photobucket(statement dari orang lain). Buktinya, semasa aku tingkatan 4, ada seorang cikgu aku yang berasal dari semenanjung berkongsikan nasihat dari kawan-kawannya sebelum dia bertolak ke sini untuk mengajar. Mereka berpesan supaya berhati-hati semasa berada di sabah kerana bimbang jika dia akan ‘terkahwin’. Sambil tersengih, dia berkata, “takkanlah!”.. nota: sekarang beliau hidup bahagia bersama dengan isteri sabahannya dan beberapa orang anak yang comel!


Sesuatu yang amat mengejutkan aku semasa baru balik tanah asal aku ni untuk LI adalah kes anak luar nikah atau cerita lebih lembutnya adalah berkahwin semasa mengandung!. Mungkin ini bukan tempat yang sesuai untuk menceritakan semua tu..tapi, aku memang ada banyak cerita. Sapa nak, boleh email aku..wkwkwk..


Sebagai penutup, satu perkara yang perlu ditegaskan disini adalah, kecantikan paras rupa itu adalah sementara. Kecantikan budi pekerti? Itu pun sementara jugak! Kerana hanya Allah sahaja yang kekal..

Cadangan aku:


Catatan:
1) Satu yang sangat membanggakan, perkataan Tawau tertera di situ! Wkwkwk..
2) Aku tak tahu manhunk tu sayur apa

3) Ramai anak muda di sini yang cantik-cantik! (sebab manusia adalah makhluk yang terbaik). Tapi sikap dan perangai yang menjelikkan mereka

4) Kalau aku ikut pertandingan tu, aku tahu aku akan kalah..wkwkwk..


~ada soalan?
Im alway by your side!

Saturday, June 5, 2010

Industiral Training Phase 3: GPS Team in Semporna

Pada fasa ke 3 latihan industri, kami ditugaskan ke Semporna sabah
untuk mempelajari tentang cara-cara menggunakan alatan GPS bagi menentukan koordinat setiap meter air rumah, hydrant, swich valve, air valve dan sebagainya.

sepanjang tempoh itu, kami akan tinggal di rumah kongsi bersama dengan orang-orang yang sangat ceria.

Tapi akhirnya kami akan tinggal di tampat lain. Iaitu di sebuah rumah yang dihuni oleh peminat Arsenal!

masa yang berlalu tidak disiakan begitu sahaja. Sebaik sahaja waktu pejabat berlalu, kami terus menuju ke tempat yang dipercayai dihuni oleh seekor ikan todak yang besar.

Kami juga pergi ke

untuk membeli sesuatu yang bermakna

dan beberapa ekor Gamera sebagai buah tangan kepada yang tersayang apabila balik nanti.

Keesokan harinya selepas melakukan kerja di kawasan kampung, kami pergi ke

untuk melihat pemandangan yang indah dan menyiasat tempat yang paling chantek untuk bermandi manda.

Pada waktu malam, kami pergi ke

Untuk melihat pelabuhan baru ini yang bakal menjadi pelabuhan yang membawa orang ramai ke pulau-pulau berhampiran termasuk pulau sipadan

Pada awal pagi, kami pergi ke kedai yang menjual banyak barang mutiara dan Gamera untuk menyumpit dan

Mencari ikan sebesar kancil. (baca: kereta bukan binatang)

Masa paling bermakna ialah masa untuk bermandi manda (belajar berenang) dan merehatkan minda yang puas tidur.

Perjalanan pulang? Mungkin ini bukan tempatnya untuk menceritakan pengalaman buruk..wkwkwkwk…


catatan:
1) marilah bercuti di dalam negara
2) inilah lawatan sambil belajar
3) dll
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code