Tuesday, November 26, 2013

Gentar


Pagi yang dingin ditemani sisa hujan semalam.
Aku mulakan hari dengan aktiviti yang sihat dengan azam yang juga sihat.
Tapi tidak semalam. Nasi Kalasan Abang Jo buatan orang Jawa di Highway Tawau sangat menggoda sambalnya.

Sesi pagi orang kilang dimulakan dengan kantin, bekalan dari rumah atau Nasi Kuning tapau dari perumahan.
Dan aku pula berjalan sendirian ke klinik beberapa ratus langkah dari kilang.
Bersembang beberapa isu dengan perut yang merajuk diseksa.

***

Tombol pintu klinik dipulas, terkunci.
Pintu klinik diketuk, tidak berjawab.
Dalam keadaan rimas, seekor anjing pandang aku dengan pandangan garang.
Aku pandang balik dengan pandangan geram.
Anjing itu berdiri tegak sambil pandang aku dengan pandangan yang lebih garang.
Anjing-anjing lain turut berdiri sambil pandang aku dengan ekor tegak. Aaahhh.. sudah!.

***

Dalam keadaan aku yang tidak seratus peratus, kamu cari pasal pulak.
Beberapa minit aku berlalu, enam hingga tujuh ekor anjing kelilingi aku.
Nasib aku ingat pesanan guru silat kedua aku, bila berdepan dengan banyak musuh, pastikan kamu berdiri si belakang dinding supaya kamu hanya perlu fokus dengan musuh di hadapan dan tiada serangan hendap dari belakang.
Anjing menyalak kuat. Aku menyergah.
Anjing cuba gigit, aku elak.
Aku cuba tendang dengan Boot berat jenama Safety Jogger, anjing elak.
Lari dari medan perang bukan pilihan.

***

Tiba-tiba seorang kakak lelaki gempal bercelak dan rambut belah tepi dan berjuntai ke hadapan macam orang k-pop keluar dari pejabat tempat anjing tadi lepak.
Dengan satu arahan, semua anjing itu terdiam dan balik ke tempat asal.
“Kawu punya anjing?”. Aku tanya dengan nafas semput.
“Anjing ni memang macam ni kalau dengan orang yang dia ndak kenal”. Dia jawab selamba sambil menarik hujung baju ketatnya.
“Addai! Yang kawu ndak perkenalkan anjing-anjingmu ni dengan semua orang kilang kenapa?”. Aku susun ayat dalam hati.
Belum sempat aku luahkan isi hati kepada kakak brader tu, dia terus masuk semula ke dalam pejabat.

***

Aku kemudian kembali bertentang mata dengan anjing tadi selama beberapa saat sebelum kembali bergelut di medan perang beberapa minit lagi sehingga aku terpaksa berundur ke dalam pejabat lain dengan bantuan seorang makcik cleaner.

Selepas hampir setengah jam membatu dalam pejabat, berulah ada kerani yang tergerak hatinya untuk memaklumkan aku bahawa Medical Assistant berada dalam klinik sejak dari awal pagi dan sedang bersarapan sambil mengunci pintu klinik.

Aku meraba-raba perut yang sedang kecut. Eh, sudah sembuh!
Kemudian dengan tenaga yang berbaki, aku mangangkat tangan kanan tinggi-tinggi.
Beberapa saat kemudian, aku melompat kearah semua orang di dalam pejabat tersebut sambil menjerit
OODAMA RASEN SHURIKEENNNN!!!!...
-Tidak bersambung-
...

Tuesday, November 19, 2013

Ketakutan


Semasa aku berjalan-jalan sendirian di kota raya Kuala Lumpur, hanya KLCC yang aku kenal. Dalam bangunan KLCC, aku hanya kenal kedai buku yang namanya macam nama Jepun. Dalam kegembiraan bertemu buku yang tiada dijual di Sabah, aku mengambil satu persatu buku tanpa berfikir panjang.

Tapi tidakanku terhenti di hadapan sebuah buku yang kononnya seram. Sebetulnya, aku tidak suka menonton filem seram dan baca cerita seram. Cukuplah dengan pengalaman berhadapan dengan ....

Entah kenapa hati aku tergerak untuk membeli buku ini dan aku bawa pulang ke Sabah setelah kecewa tidak mampu membeli buku kejuruteraan yang berharga ratusan ringgit.

[tempo]

Balik dari kerja, selepas solat Isyak, selepas makan malam, aku baca buku ini sambil menunggu tukang basuh baju selesai dengan tugasnya. Dua tajuk pertama aku selesai baca. Kemudian aku termenung pendek. Aku bingkas bangun lalu menuju ke arah tukang basuh baju untuk menyidai pakaian di dalam bilik pengeringan.

Aku masuk bilik pengeringan, aku jeling belakang pintu. Kosong. Aku masuk bilik tidur untuk mengambil penyidai baju, aku jeling bawah katil. Kosong. Aku intai belakang almari pakaian. Kosong. Aku geledah almari. Penuh baju. Aku ambil penyidai dan sambung kerja. Katak belakang rumah berbunyi, aku intai ke luar jendela. Gelap.

Aku pasang lagu dari komputer kemudian sambung ke cerita yang ketiga.
Tiba-tiba, soundtrack Shingeki no Kyojin mengambil giliran dalam playlist. Dalam kekalutan, aku hanya mengambil masa dua saat untuk bangun dari tempat membaca ke komputer dan tukar lagu ke Happy Birthday to you you

Semasa aku menyambung pengembaraan ke cerita yang keempat, kerusi di meja computer mula bergerak sendiri. Anak patung Teddy bear hadiah sempena konvo seolah-olah sedang ketawa jahat memandang aku. Bunyi bearing kipas yang haus menyerupai perempuan gila yang mengilai. Sekali sekala aku rasa kerusi tempat aku berbaring sedang terapung.

Pintu diketuk kuat. Ya Allah.. dugaan apa pula ini?. Dengan keberanian yang sedikit, aku membuka pintu. Technician aku berdiri di hadapan pintu minta dijemput masuk. Malam itu kami bersembang tentang banyak perkara dari preventive maintenance hingga meme-meme yang tengah up sekarang.

Cerita seterusnya aku habiskan pada waktu siang. Malam-malam baik layan Facebook.

Tajuk: Ketakutan
Tebal: 177 mukasurat
Penulis: Aisa Linglung dan lain-lain. (ada 15 kesemuanya)
Harga: RM20.00
Kedai: Kinokuniya KLCC
Penerbit: Lejen Press
...

Saturday, November 2, 2013

Kacau


Kerja masih banyak. Dari awal pagi lagi gua masuk kilang terus pergi ke press station untuk periksa berapa press machine yang beroperasi. Bahan bakar untuk boiler semakin kurang. Gua mesti pastikan mesin-mesin mudah patah riuk ini beroperasi dengan kuantiti yang cukup. Gua tengok hanya satu yang beroperasi dengan baik. Yang lain, ada yang gearbox pecah, ada yang tapak patah tiga, ada yang support housing patah macam biskut dan ada yang terbahagi dua. Cis! Kerja berat.

Belum sempat gua berkira-kira tenaga kerja yang ada, gua dapat maklumat belting untuk conveyor yang menghantar salah satu jenis bahan bakar ke boiler telah putus. Cis! Kerja penting dan berat.

.....

Gua tidak kira! Hari ini gua mesti jogging jugak. Apa mahu jadi, jadi lah. Kerja penting sudah siap. Kerja berat masih dalam proses. Gua capai topi keselamatan, buku nota, pen dan kunci. Gua sudah lambat untuk pergi jogging ini hari. Maghrib pun masuk awal sejak kebelakangan ni. Belum jam enam petang sudah masuk waktu Maghrib. Belum jam tujuh malam sudah masuk waktu Isyak. Awal!

Gua bersiap tidak lama. Pergi jogging dengan pergi dating tidak sama. Gua sarung kasut besar yang gua curi dari rumah mak. Dah lama gua tengok kasut tu tidak ada yang mahu pakai. Pakai kasut percuma dan tahan lasak barulah ada keyakinan diri berjogging dalam block kelapa sawit yang jalannya dihiasi dengan batu-batu sungai sebesar penumbuk dan ada yang mencapai sebesar bola keranjang.

Peluh sudah mula membasahi badan. Keadaan cuaca pada waktu itu sangat sejuk. Seperti hujan tapi tidak hujan. Gua berpeluh dengan banyak tapi tidak terlalu letih. Hutan kelapa sawit ketika itu sangat sunyi. Tidak ada bunyi katak, ular atau cengkerik. Gua mula seram. Sudah lari jauh dalam block baru perasan waktu Maghrib sudah mampir. Ruang langit kawasan kilang semakin suram.

.....

Gua berlari laju balik ke rumah. Tercungap. Apa barang jogging waktu macam ni. Solat Maghrib berjemaah di awal waktu kan lebih baik. Lepas tu boleh kemaskini blog gua.

.....

Gua hidupkan komputer. Cucuk broadband dan connect. Gua buka Mozilla dan terus ke blogger. Gua mahu update blog gua dan cerita tentang peristiwa yang gua alami di dalam hutan kelapa sawit sebentar tadi. Benda yang gua tidak akan lupa sampai bila-bila. Apa yang gua nampak sangat jelas dan menjadi memori paling ngeri untuk gua. Habis adrenalin gua gunakan tadi untuk selamatkan diri.

Tadi, semasa gua sedang berjogging, gua terdengawc53t5y7j8678 67 89i9pop;9] ;-;p[-p[-0-p[0’][i0p-ipp;;l;lui]o,u8;,.]u8mu8]y yo8mn],o]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]],……………. -p[0’][i0p-ipp;;l;lui]o,u8;,.]u8mu8]y yo8mn],o]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]],manusia..puih! ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code