Friday, December 23, 2011

Negaraku [CERAPAN{1}]

Gambar yang langsung tidak ada kaitan dengan Cerapan

“Pemimpin Negara yang baik adalah yang mula-mula sekali menderita jika rakyatnya susah. Dan jika rakyatnya menikmati kesenangan, dialah yang terakhir sekali menikmatinya”.
Lelaki berjanggut dan berjubah putih itu mematikan butir bicara sambil menyarung kembali pedangnya yang berada di leher seorang Pemimpin Negara.

Dengan terketar-ketar, pemimpin itu bertanya “siapa kau? Kau pengganas dari kumpulan mana? Aku sanggup bayar kau berapa sahaja asalkan kau tidak ganggu aku lagi. kalau kau mahu kapal selam atau jet pejuang negara aku, aku sanggup berikan.”

Lelaki berjanggut dan berjubah putih itu tersengih dan membalas “Aku Faruq. Aku tidak perlukan semua itu kerana Allah bersama dengan golongan yang benar.”

“Mustahil! Zaman sekarang duit dan kuasa adalah segala-galanya. Kalau tidak, masakan negara-negara asia timur dibantai oleh polis dunia!”

“Kau silap wahai pemimpin buta! Satu hari nanti kau akan lihat betapa pertolongan Allah itu melebihi kuasa kuffar” lelaki berjanggut dan berjubah itu berjalan meninggalkan Pemimpin Negara yang dalam kebingungan.

“hei! Tunggu! Tungguuuu..”

Pemimpin Negara membuka mata. Titik peluh sejuk memenuhi dahi. Suhu dalam bilik itu agak sejuk ditiup penghawa dingin. Jam dinding ukiran kayu jati menunjukkan tepat pukul 2 subuh. Isterinya yang tadi nyenyak tidur bingkas bangun meladeni suaminya dan mengesat peluh di dahi. Sungguh dia isteri yang sangat sayangkan suami.

“mimpi yang sama lagi ke bang?”
Pemimpin Negara itu tidak menjawab. Dia meneguk air kosong yang disediakan di tepi katil.
“tak apa lah bang.. abang sambung tidur la. Esok kan ada sidang parlimen. Mah pun ada perjumpaan dengan isteri-isteri menteri esok.”

*****

Pemimpin Negara menggigil dalam tidurnya. Kepalanya diletakkan di atas lantai mosaic. Lengannya diapit oleh kedua kakinya. Kerana tidak tahan dengan kesejukan, dia membuka mata perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di atas lantai sebuah bangunan yang banyak buku.

Dia bingkas bangun dan berlari ke luar bangunan tersebut. Di hadapan bangunan itu terpacak tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera Malaysia, bendera Negeri Perak dan satu lagi bendera yang tidak dikenalinya. Dalam lelah, dia membaca tanda ‘Bangunan Suluh Budiman’ di hadapan bangunan tersebut. Dia semakin bingung..

Tidak jauh dari tempat Pemimpin Negara berdiri, dia melihat ramai orang sedang berkumpul. Dalam ratusan pemuda yang pada hemat Pemimpin Negara adalah mahasiswa, mereka membawa pelbagai sepanduk dan papan tanda. Antara slogan yang diucapkan adalah seperti ‘Terima Kasih Pak Jib’, ‘Pemimpin berwibawa, wawasan tercapai hari ini’, dan banyak lagi slogan seolah-olah sedang meraikan pemimpin hebat bernama Najib yang berjaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju pada hari tersebut.

“2020? Najib? Eh, itu kan.. tapi kenapa..?.”

Belum sempat Pemimpin Negara mendekati kumpulan manusia tersebut, tiba-tiba sebuah kereta putih yang mempunyai logo Proton meluncur laju di hadapannya. Hampir-hampir saja dia dilanggar kerana kereta tersebut tidak mengeluarkan bunyi enjin yang kuat. Melalui perbualan beberapa orang di situ, dia mendapat tahu bahawa itu adalah model terbaru kereta Proton berkuasa elektrik. Dihasilkan sepenuhnya oleh anak Malaysia.

Dari kereta putih itu, turun sepasang suami isteri yang diiringi dengan sorakan semua mahasiswa yang hadir. Keduanya mengenakan pakaian serba hijau dengan corak bunga raya. Baju melayu lelaki yang turun dari kereta itu dipadankan dengan songkok hitam dan sampin. Manakala isterinya mengenakan tudung jenis labuh berwarna hitam sebagai pelengkap untuk menutup aurat.

Dada Pemimpin Negara berdebar. Apakah betul apa yang dilihatnya? Adakah ini pelanduk dua serupa? Seorang lelaki yang segak menjemput pasangan suami isteri itu dan Pemimpin Negara sangat mengenali susuk tubuh itu. Itulah mahasiswa yang paling dibencinya pada masa ini. Masakan mahasiswa itu berani menurunkan benderanya di PWTC pada perhimpunan agung baru-baru ini. Melalui pengumuman si pengacara majlis, dia mendapati bahawa pemuda itu merupakan menteri pendidikan.

Pemimpin negara cuba mampir dengan kelompok manusia itu. Tapi kakinya terasa berat. Pendangannya kabur. Pemimpin Negara menggila. Dia menjerit sekuat hati. Tapi tiada siapa yang mempedulikannya. Dia memaksa kudratnya untuk berjalan ke arah kelompok manusia itu. Hingga di satu tempat, dia berhenti mengumpul nafas. Dalam cungap matanya berpinar dan dunia menjadi kelam..

*****

“Tidak salah sama sekali untuk kita mencari harta kekayaan serta pangkat dan darjat. Tetapi ia tidak boleh dilakukan kerana mengikut sifat tamak haloba dalam diri, sehingga tidak mahu memberi peluang kepada orang lain melebihi mereka. Apabila sifat tamak menguasai diri, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak diri yang tidak pernah habis”{2}
Pemimpin Negara membuka mata perlahan-lahan. Dunia masih kelihatan kabur apabila dia sedar dan dia sedang duduk di atas kerusi plastik bersama dengan ratusan pemuda yang sedang asyik mendengar. Mahasiswa barangkali..

“Pak cik, nak air mineral atau gula-gula?” seorang pemuda berkopiah putih berbaju kemeja merun menyapanya. Di dada sebelah kiri baju pemuda itu tertulis PMIUTM. Dia sangat kenal dengan singkatan itu. Persatuan yang dikira sebagai agen pembuka mata kepada semua mahasiswa yang Pemimpin Negara cuba butakan dengan hedonisme. Lidahnya kelu tidak mampu berkata apa-apa.

“Saya AJK makanan untuk program motivasi anak muda ini. insyaAllah air ini akan membantu pak cik hilangkan kantuk.” Kata pemuda berkopiah putih itu sambil tersenyum dan meletakkan sebotol air mineral di telapak tangan Pemimpin Negara.

“Para pemuda dan pemudi sekalian, jika kita menoleh lapan tahun ke belakang, kita dapat lihat bagaimana dua entiti besar politik tanah air telah bersatu dan menjadi sebuah pakatan yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat di bawah slogan negara berkebajikan.” Panel forum yang kelihatan sangat tua itu berhenti seketika untuk meneguk air. Dia membetulkan serban putihnya lalu menyambung.

“Saya sudah tua. Selaku penasihat sebuah parti Islam, saya menyeru kepada Ar-Rijal semua untuk menimba sebanyak mungkin juntaian hikmah di ladang ilmu ini. Sesungguhnya pemuda hari ini adalah pemimpin hari esok. Sekarang, sahabat baik saya Pak Jib sedang mengadakan lawatan di IPT seluruh Perak walaupun beliau sangat sibuk dengan kerenah pertukaran status negara maju. Kerana kami sedar betapa besarnya peranan anak muda hari ini dalam membangunkan negara kelak.”

Suasana menjadi sangat sunyi apabila penceramah berhenti bercakap untuk mengumpul nafas. Semua hadirin tekun mendengar. Kebanyakannya sedang mencatat.

“Kita semua mesti ingat bahawa arah tujuan kita tidak boleh berubah. Kesediaan Perdana Menteri kita untuk menerima sistem pemerintahan Islam adalah faktor utama kepada penyatuan ini…”

Pemimpin Negara semakin bingung. Dia juga sangat kenal dengan susuk tubuh yang berada di atas pentas itu. Jubah putih, serban putih tidak pernah berubah walaupun wajahnya kelihatan lebih tua dari biasa. Kepalanya terasa sangat berat. Perasaan bercampur baur antara sedih, terkejut, marah, bingung dan takut. Air mineral di tangannya sudah habis diminum. Serasa Pemimpin Negara ingin menjerit sekuat hati. Tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya..

“Tidaaakk!!..”

Pemimpin Negara membuka mata. Titik peluh sejuk memenuhi dahi. Suhu dalam bilik itu masih sejuk ditiup penghawa dingin. Jam dinding ukiran kayu jati menunjukkan tepat pukul 5 subuh. Isterinya yang tadi nyenyak tidur bingkas bangun meladeni suaminya dan mengesat peluh di dahi. Sungguh dia isteri yang sangat sayangkan suami.

“mimpi yang sama lagi ke bang?”
Pemimpin Negara tertunduk. Dia meneguk air kosong yang disediakan di tepi katil.
“Tak! Yang ini lain..”

Dia mencapai gagang telefon dan menekan punat satu.

“Ya tuan.. ada apa yang boleh saya bantu?” pembantunya menjawab dengan pantas.
“Err.. awal pagi esok saya nak jumpa imam Masjid Putra untuk berbincang sesuatu. Awak tolong aturkan itu dan juga buat persiapan untuk saya ke sana sekarang.” Arahan jelas diberikan.

“Abang nak ke Putrajaya? Sekarang? Nak buat apa?.” Mak Mah mengesat matanya yang masih belum terbuka sepenuhnya.

“Nak solat Subuh!.”

Mak Mah turun dari katil. Ingatannya kembali kepada peristiwa istimewa yang dialaminya semasa menunaikan haji bersama suami baru-baru ini. Entah kenapa pada masa itu hatinya tergerak untuk membeli sehelai telekung biasa berwarna putih dengan harga hanya sepuluh dirham. Telekung itu masih tersimpan rapi di almari pakaiannya. Adakah ini masanya?..

“Abang! Tunggu.. Mah nak ikut..!”

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” [16:90]


{1} CERAPAN = Cerpen Agak Panjang
{2} Tundukkan hati, ms 75

Saturday, December 17, 2011

Budak Surau


Ustaz kata, ‘Kita jangan biarkan diri sendiri sahaja menjadi baik. Orang yang baik, perlu mengajak orang lain turut sama menjadi baik.

Budak surau biasanya dikaitkan dengan orang yang selalu solat berjemaah si surau. Sering terlibat dengan aktiviti-aktiviti surau dan sebagainya. Istilah ini banyak digunakan dalam novel ini yang menunjukkan kesungguhan Aiman, seorang anak yatim yang mewarisi surau ayahnya - untuk menarik kawan-kawannya bersembahyang bersama-sama di suraunya.

Bagaimana Aiman mengajak kawan-kawannya untuk datang ke surau? Apakah strategi yang dilaksanakan oleh Aiman? Dan bagaimanakan Budak Surau ini mampu menjadi Ustaz Budak?*. Nikmati buku ini beserta dengan tisu…

Novel ini merupakan karya kedua Hafizul Hilmi selepas Si Blogger Kampung. Perasaan semasa membaca buku karangan sahabat sendiri sangat berlainan berbanding karangan orang lain walaupun jalan cerita novel ini tidak berkaitan dengan kami. Whoa!

* Ustaz Budak adalah gelaran yang diberikan oleh seorang ustaz yang berasal dari Kelantan yang terkenal dengan ceramah beliau pada usia muda. Malah beliau mendapat pendidikan pondok sejak dari kecil. (Kalau salah tolong betulkan).

Tajuk: Budak Surau
Tebal: 221 Mukasurat
Penulis: Hafizul Hilmi
Harga: RM14.50
Kedai: Hafizul Hilmi
Penerbit: PTS Professional

Friday, December 9, 2011

Lagenda Mat KIlang #Rokok

Awas! jangan tiru aksi ini tanpa pengawasan orang dewasa.

Suasana dalam kilang pada hari ini agak tenang. Lebih tenang dari biasa. Tiada bunyi turbine dan generator. Tiada bunyi pembakaran. Tiada bunyi kipas boiler, tiada bunyi motor pam. Hanya bunyi kipas besi dalam bengkel sahaja yang memenuhi ruang dan sesekali bunyi orang menghirup air panas 3 in 1. Memang menjadi jadual, kilang kami akan berhenti dari beroperasi pada setiap awal bulan untuk menjalani penyelenggaraan bulanan terutama sekali pada bahagian boiler.

Foreman meraba kocek bajunya lalu mengeluarkan mancis dan sebungkus rokok dan menyalakan sebatang. Aku hanya perhatikan perbuatannya sambil mendengar dengan tekun dia bercerita tentang pengalamannya sebagai seorang welder. Sesekali aku gerakkan badanku sedikit ke kiri dan kanan untuk mengelak asap rokoknya daripada terkena baju aku. Sememangnya aku lebih senang dengan baju berbau sludge daripada bau rokok.


“nah cip.. Preminum!” pelawa foreman sambil menghulurkan bungkusan rokok premiumnya.

“uishh..hahaha..macam kau tidak tahu pulak. Kalau kau bagi aku choki-choki, baru aku akan ambil” aku menolak dengan gurauan. Sungguh orang bengkel semuanya suka bergurau dan suka membahankan orang lain.

“aduuuh cip.. choli-choki apa barang. Ni ha! Dalam bengkel ni cip sendiri saja yang tidak hisap ni barang oo..” balas Foreman sambil menghentak perlahan bungkusan rokoknya. Marcus, Fitter kumpulan X yang biasanya paling bising dalam bengkel hanya memandang rokok pelawaan itu dengan penuh selera. Mungkin dia lupa lagi membeli rokok pagi tadi.

“aku bukan apa.. aku memang tidak tahan dengan asap dan habuk. Sedangkan masuk furnace pun aku mesti pakai google dan dusk mask. Inikan lagi asap rokok. Kalau kamu ni, lain cerita la. Peparu kamu kan dibuat dari stainless steel 321. Ni ha.. dia ada tulis di kotak ni, rokok mengandungi 12mg tar untuk satu kotak.” Aku memberi penjelasan dengan penuh semangat.

Semua mata memandang. Khali seketika. Kipas besi meniup deras membawa asap rokok ke sudut lain bengkel dan menghilang.

“kalau kamu hisap satu kotak sehari, maknanya kamu akan masukkan tar ke dalam peparu kamu sebanyak 144 miligram sehari. 4.32 gram sebulan. 51.84 gram setahun. Katakan kamu hisap rokok sampai tua atau selama 40 tahun, kamu akan simpan tar dalam peparu kamu sebanyak 2.0736 kilogram TAR!” aku matikan ayat sambil menghirup air 3 in 1 yang sudah suam.


“waaa… mantap kau cip! Aku setuju itu! Baik cip jangan hisap la..” Marcus yang sejak dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara sambil tangannya dengan perlahan mencapai bungkusan rokok di hadapan aku. Foreman menjeling. Dia menyeringai menampakkan giginya yang hampir tersusun rapi.

“amboi!” foreman menyergah.

“alaa.. ini barang free ma.. you kasi sama dia, dia tidak mahu maa.. jadi saya ambil la.. nanti ada pulak orang yang kecil hati.” Marcus menjawab selamba dengan mengajuk cara pertuturan Manager Kilang.

Kemudian dia menyambung, “kau jangan risau la.. dulu engineer kita di sini Mr. Tan dengan Mr. Gan pun macam ni. Paling semangat membangkitkan kesedaran tentang bahaya rokok. Tapi akhirnya diorang pun merokok. Rokok yang mahal lagi!” Marcus menghela nafas puas. Puas dengan apa yang baru dikatakan dan puas dengan apa yang baru dinyalakan.

Aku tidak tahu mahu kata apa lagi. pengaruh rokok sangat kuat di sini. Tapi ada satu hujah yang paling kuat belum aku keluarkan. Merokok itu HARAM. Pegangan ini yang membezakan aku dengan jurutera sebelum ini. Tapi setakat ni, ia belum sesuai lagi untuk dihujahkan kepada mereka. Mungkin satu hari nanti…

“Agak-agak, kalau kita semua merokok dalam furnace atau superheater, bos boleh nampak ka asap rokok kita melalui chimney?” Marcus masih tidak mahu berhenti bercakap.

Semua orang memandangnya. Sakit otak berfikir dan serentak menjerit, “GILA!”

Thursday, December 1, 2011

Jangan Mengelat!


Integriti adalah keutuhan, jujur, amanah dan semua nilai-nilai murni dalam diri. ~buku
Integrity is the quality of having strong moral principles. ~kamus

Buku “Jangan Mengelat!” merupakan buku terbitan semula kartun-kartun “Hello Boss” yang pernah diterbitkan oleh akhbar Utusan Melayu. Ia adalah hasil usaha Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi mengetengahkan isu integriti di kalangan rakyat Malaysia.

Dalam dunia kerjaya, integriti adalah satu peringkat moral yang agak sukar dicapai melainkan wujudnya suasana kerja yang baik dan peribadi individu itu sendiri yang faham tentang moral dan yang lebih penting faham tentang hukum Agama.

Semoga buku ini mampu memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang sedang bekerja supaya menjadi pekerja yang berintegriti. Dan, buku ini bagi saya bukanlah buku yang terlalu mengampu pemerintah (walaupun ada sedikit). Jadi, ia sesuai untuk menjadi bahan bacaan semua orang yang inginkan contoh.

Catatan:
~jika aku ditanya tentang apa itu integriti, aku akan mengalami sedikit kesukaran untuk menjawab. Aku harap kau.. ya.. kau faham apa itu integriti. Muaaahahahaha..
~di tempat aku kerja, perbuatan pekerja yang tidak buat kerja atau lepak-lepak tanpa buat kerja, atau jalan-jalan tanpa buat kerja, atau pergi ke suatu tempat tanpa buat kerja atau yang seumpama dengannya dipanggil “MENGULAR”. Aku tidak pasti sama ada ia sama dengan “MENGELAT”.
~aku harap pemimpin kerajaan pun akan baca kritikan buat mereka ini.

Tajuk: Jangan Mengelat!. Integriti dalam Jenaka
Tebal: 145 mukasurat
Penyelenggara: Zubayry Abady Sofian
Harga: RM13.00
Kedai: BADAN Cemerlang Angsana JB
Penerbit: Tintarona Publications Sdn Bhd

Tuesday, November 29, 2011

Advencer si Peniup Ney


40 remaja berwajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju negeri jauh membawa salam kesejahteraan.

Novel FT dari Kumpulan Utusan 2004 menceritakan pengembaraan seorang ‘Imam Muda’ bersama 40 Jin menyampaikan dakwah Islam di alam jin yang penduduknya sudah melupakan ajaran Islam.

Destinasi mereka yang pertama ialah negeri Fantasia yang mana remajanya demamkan hiburan dan muzik sahaja. Perlembagaan negeri tersebut adalah Hedonisme. Untuk memudahkan pembacaan, bolehlah digambarkan negeri itu sebagai ‘Akademi Fantasial’. Aktiviti mega mereka adalah konsert pasti heboh yang diadakan setiap minggu untuk mencari idola. Keputusan ditetapkan melalui undian dan dipengaruhi oleh komen juri.

Bagaimana Sulaiman dan 40 jin yang lain berdepan dengan mad’u mereka, anda boleh ikuti dalam novel ala ‘panduan dakwah’ ini.

Tajuk: Advencer si Peniup Ney
Tebal: 243 mukasurat
Penulis: Faisal Tehrani
Harga: RM19.00 – 10%
Kedai: BADAN Cemerlang Angsana JB
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Friday, November 25, 2011

Lagenda Mat Kilang #Kenduri

Awas! Ini bukan Masked Rider Faiz!

Salah seorang Fitter Maintenance mempelawa kami ke rumahnya sejauh 30 kilometer dari kilang. Majlis perkahwinan abang dan adik katanya. Mengikut kebiasaan, bas sekolah untuk anak-anak kilang akan digunakan untuk menghantar pekerja ke majlis seperti itu.

Bas dijanjikan bergerak pada pukul 7 malam. Aku bersiap lebih awal dari itu walaupun tempat berkumpul hanya di hadapan rumah aku. Kalau dulu masa sekolah menengah, aku akan memakai seluar slack, baju T dan berselipar untuk ke majlis seperti ini. Masa di kampus, aku biasanya memakai pakaian yang aku biasa pakai ke kelas. Seluar slack hitam, baju T berkolar dan selipar Croc tiruan. Jadi pada kali ini aku sarungkan seluar slack hitam aku seperti biasa, aku pilih baju kelab kerohanian masa di kampus dulu sebab aku rasa warna hijau pucuk pisang sesuai pada waktu malam dan aku pakai selipar Croc tiruan aku sebab itu sahaja selipar yang aku ada selain selipar tandas.

Aku keluar rumah dengan senyum lebar. Minyak atar ‘sultan Brunei’ satu-satunya kelainan kali ini. Tiba-tiba seorang operator Cutter Machine menyapa dari jauh
“Cip! Dek ko lao ka?”*
“Eh, pigi** bah!” jawabku ringkas.

Aku berjalan menuju kawan-kawan maintenance yang lain dengan senyum lebar.
“Cip, ndak pigi kenduri ka?” sorang operator Press Machine menyapa.
“pigi!” jawabku ringkas.

Dengan senyum tawar, aku duduk bersama bujang-bujang dan yang macam bujang sambil menunggu bas untuk bertolak. Aku tengok sekeliling sambil mengetap bibir. Ada fitter memakai baju NIKE original dan berseluar Jeans bersama tali pinggang berkepala Levi’s Berukuran 2 kali 4 inci sambil menggendong anaknya. Ada orang Electrical yang memakai baju putih Levi’s dan berjaket kulit. Nampak dari tepi wajahnya serupa dengan Rain Ninja Assassin. Dan mereka semua memakai kasut!.

Soalan sama ditanyakan kepada aku setiap kali ada orang yang baru datang. Untuk yang entah ke berapa kali, satu lagi soalan daripada orang Utility sama ada aku pergi ke kenduri atau tidak, aku bingkas bangun. Semua mata memandang. Aku garu kepala yang tidak gatal sambil berkata
“aku pergi bersiap dulu. Tunggu arrrr…”

Aku pun berjalan tunduk 20meter balik ke rumah untuk ganti pakaian yang lebih KEPEMUDAAN sambil dihujani soalan
“aik? Tidak pergi ka cip?”

Glosari
*kau tidak pergi ka?
**Pergi

Saturday, November 19, 2011

Jundullah – Jihad fi Sabilillah


Buku ini merupakan jilid keempat/terakhir untuk siri buku asal JUNDULLAH karangan Syiekh Sa’id Hawwa.

Buku ini membincangkan marhalah jihad dengan lisan, jihad dengan pendidikan, jihad tangan dan diri serta jihad politik.

"Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya." ~Al-Maidah: 54

Nota:
Kalau dilihat pada tarikh entri ini dan dibandingkan entri buku terakhir yang aku baca sebelum buku ini, anda akan dapat membayangkan betapa lamanya untuk aku habiskan buku ni. MUNGKIN zaman bekerja adalah zaman kemalasan.. siapa tahu..


Tajuk: Jundullah: Jihad fi Sabilillah
Tebal: 152 mukasurat
Penulis: Sa’id Hawwa
Harga: -
Kedai: Aku ambil buku orang
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar

Saturday, November 12, 2011

Ustaz Itu..

Ramai pelajar akan gembira bila mendapat markah ujian 80% dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Sebab dia telah mendapat gred ‘A’ sama seperti targetnya untuk PMR nanti. Tapi ada orang kata, macam mana dia mahu sempurnakan agamanya kalau markah ujian Pendidikan Islam pun tidak boleh sempurna?

Masa tingkatan tiga dulu, Ustaz agak kurang bagi penerangan tentang subjeknya dalam kelas. Kami hanya disuruh membuat nota dari buku teks yang penuh dengan tulisan jawi dan menjawab sebanyak mungkin soalan dari pelbagai sumber. Selepas ujian pertengahan, ustaz akan jemput kami datang ke rumahnya bermalam satu malam. Katanya perlukan bantuan kami untuk buat sesuatu. Dan di situlah aku dan kawan sekelas solat berjemaah dalam rumah ustaz. Aktiviti waktu malam? Kami tolong ustaz semak jawapan ujian pelajar untuk subjek Pendidikan Islam. Tidak kurang dari 20 kertas jawapan yang disemak setiap orang. Walaupun ia soalan yang sama, kami tidak pernah bosan dan sentiasa ketawa dengan jawapan pelajar yang bermacam-macam. Kesannya? Ada yang sedih bila dapat markah 98% dalam ujian.

Sungguh. Perginya hamba Allah hanya berbekal amal kebaikan, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh. Ustaz aku pergi dengan tenang di Hospital. Salah seorang bekas pelajar beliau yang bekerja di hospital berada di sana. Khabar sedih itu diperpanjangkan kepada anak murid juruteranya dan yang bakal doktor serta yang lain-lain. Semuanya mendoakan arwah..

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Wednesday, November 2, 2011

Lagenda Mat Kilang #5 - GAJI

GAJI.
Ia adalah perkataan yang menggantikan “biasiswa” setelah beralih ke alam kerjaya.
Ini adalah masa untuk mengatur belanja sendiri. Bila gaji lambat masuk, semua orang kilang akan bising. Mereka kata mereka sudah kering dan perlukan wang dengan segera.

Bagi yang layak mendapat Overtime, mereka akan bekerja lebih masa. Katanya untuk mendapat pendapatan lebih. Bagi Eksekutif, mereka selalu merungut kerana tidak layak mendapat Overtime walaupun selalu pulang lewat.

Ada juga pekerja yang ponteng. Mungkin ada sebab mereka sendiri. Yang pasti mereka akan berusaha untuk gantikannya pada hari lain ataupun menggunakan cara yang paling mudah iaitu dengan mendapatkan MC.

Dan tidak ada seorang pun yang pernah mendakwa perbuatan-perbuatan itu semua adalah perbuatan yang rakus mahupun gila harta. Sebab…

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” Al-Imran: 14

Alangkah indahnya jika mereka (termasuk AKU) serakus ini dalam mendirikan ibadah Solat. Hati meronta bila tidak dapat mendirikan Solat sebaik sahaja masuk waktunya. Jiwa kacau bila hanya mampu menunaikan solat “basic” sahaja tanpa “Overtime”. Dan merasa terhina bila tertinggal satu waktu daripada yang diwajibkan…

“Blink!”
Paparan pada mesin ATM menunjukkan empat angka dan dua tempat perpuluhan.
“Yaaahuuuu!!. Gaji sudah masooookk!!” jerit hati pemudaku sambil jari telunjuk menekan butang ‘teruskan’ pada skrin…

Sunday, October 23, 2011

Dont Worry, Im an Engineer

Pictures below is some of interesting illustration to describe ENGINEERING.
Enjoy it, and i'll make sure to update this blog next time.










Source: Facebook "Dont Worry, im an Engineer"

Saturday, October 8, 2011

Lagenda Mat Kilang #4 - Yang tidak boleh


"aku tengok jumaat lepas dia datang sembahyang solat jumaat di masjid. Padahal dia pakai anting-anting sebelah telinga. Boleh ka begitu wahai Imam Muda Maintenance?"

"Ah? aku? kawu tanya aku?" otak aku sakit bila diganggu masa sedang menganalisis nombor yang banyak dalam komputer.

"habis tu? kawu mau aku tanya orang yang ndak sembahyang di depanmu tu?" jawabnya ringkas sambil memuncungkan bibir ke arah teman serumahnya.

"alaaa... yang tidak boleh adalah tidak sembahyang" jawabku ringkas sambil menekan-nekan butang kalkulator.

"isk.. kau nih. Jawapan pelik-pelik.."

aku hanya mampu tersengih sambil menyambung kerja. Buat apa aku bercakap tentang orang yang tidak ada di sini sedangkan orang yang memerlukan jawapan berada di hadapan...whoa!

Monday, October 3, 2011

Terima kasih rakyat Malaysia!


Pendahuluan

Assalamualaikum.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya aku dapat menulis blog dan kau dapat baca blog. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW. Kepada Sahabat-sahabat baginda, Tabiin, tabi’ Tabiin dan seterusnya kepada semua umat Islam yang masih terus istiqamah dalam menegakkan Kalimah Islam sebagai kalimah yang paling agung di muka bumi dan kalimah syaitan sebagai kalimah yang paling hina sekali.

Ada soalan?

[jarak]

Don’t bite the hand that feed you..
Ingatlah jasa orang kepadamu dan lupakanlah jasamu kepada orang lain..

Aku pejam mata, terkenang waktu hari pertama aku bersekolah. Ibu yang menghantarku ke sana dan setia mengintai aku melalui tingkap. Semasa aku gagal UPSR, ibu dan bapa langsung tidak memarahi aku kerana mereka mendengar cerita orang bahawa aku budak bijak dan mereka terus percaya.

Aku menghela nafas, terkenang tahun 2001 semasa aku tingkatan 1. Dengan baju baru, seluar hijau baru, aku merangkak mengelilingi tiang kelas beberapa pusingan kerana tidak hafal sifir walaupun keputusan matematik aku paling Top dalam kelas. Whoa!

Aku tersenyum langsung teringat semasa aku disuruh mengangkat sumpah di tengah-tengah bangunan sekolah, dihadapan mata beratus-ratus orang bahawa aku akan belajar bersungguh-sungguh kerana gagal dalam ujian subjek Kimia.

[jarak]

Sekarang aku memiliki sehelai ijazah. Belajar empat tahun dengan tajaan Kerajaan. Terima Kasih RAKYAT MALAYSIA!! Kerana membayar cukai…

Nota:
1) Ada pemimpin kata, kalau hudud dilaksanakan, tangan rakyat malaysia akan dipotong
2) Ada perempuan kata, kalau hudud dilaksanakan, hukuman zina dan rogol tidak akan mengadili mereka.
3) Ada blogger kata, pemimpin tu adalah pencuri duit rakyat dan perempuan tu…

Saturday, September 17, 2011

Sikap ops sikap


 “Pihak kami sudah mencuba semua cara untuk mengurangkan masalah ini. Namun bilangannya tetap meningkat”. Kata Ketua polis negara sebagai menutup perbentangan beliau.

“ kami bukan apa. Cuma saya sudah letih menjawab pertanyaan rakyat mengenai masalah ini. Kenapa jumlah kemalangan jalan raya masih tinggi di musim perayaan ini? Adakah kadar saman terlalu rendah?” satu persoalan yang bernas dilontarkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

Mesyuarat hari itu agak tegang. Orang-orang buncit, orang-orang kurus, orang-orang islam, orang-orang bukan Islam, eksekutif, pegawai, pengarah, wartawan, menteri, timbalan menteri, office boy dan pengampu semuanya lapar. Penghujung Ramadhan menjadikan mereka sibuk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan nanti.

Ketua polis negara mengerutkan kening. Menteri Jabatan Kerja Raya mengangkat kening ke arah Ketua Polis Trafik Negara. Ketua Polis Trafik Negara memandang bengis timbalannya mengharapkan respon.

“err.. berdasarkan statistik yang disediakan, kami mendapati bahawa masalah ini bukan berasal dari kadar saman yang rendah. Ia sebenarnya adalah kerana sikap pemandu itu sendiri yang hanya ingin cepat sampai ke destinasi”. Timbalan ketua Polis Trafik Negara menjawab pantas. Menteri penerangan masuk campur secara tiba-tiba sambil mengusap-usap dagunya yang tidak berjanggut. “saya sangat setuju dengan pendapat tuan. Bagi saya, rakyat Malaysia yang satu masa dulu dikenal sebagai rakyat yang bersopan santun sepatutnya sentiasa diingatkan tentang perkara ini”.

[jeda]

Mesyuarat mengenai cara-cara untuk mengubah sikap rakyat Malaysia berlangsung sehingga Maghrib dan mereka pun makan percuma beramai-ramai. Ada yang buka puasa, ada yang makan malam..

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya sangat berpuas hati dengan hasil mesyuarat tadi. Baginya kempen keselamatan jalan raya memang patut diperhebat dalam media massa. Statistik kemalangan jalan raya perlu ditunjukkan kepada rakyat Malaysia supaya semuanya takut untuk memandu laju. Dan kadar saman mesti diketatkan supaya rakyat malaysia sentiasa mematuhi peraturan jalan raya apabila terdapat polis trafik.

Beliau kemudiannya bergegas menuju ke limusinnya yang setia menanti bersama pemandu. Beliau perlu menghadirkan diri ke sebuah daerah kecil untuk merasmikan sekolah luar bandar di situ pada keesokan harinya. Sebuah limusin hitam berkuasa tinggi meluncur hanya 140 kilometer sejam di atas jalan raya.

Beberapa motosikal dan kereta peronda setia mengiringi beliau untuk memastikan pemandu kereta murah memberi laluan selayaknya. Jalan raya yang kelmarin rosak sedikit sudah diturap sepenuhnya sepanjang perjalanan. Lampu jalan menuju ke destinasi dipasang indah sejak semalam. Hatinya berkata, “Negaraku sudah maju…”

[jeda]

Di bahu jalan, seorang penunggang motosikal hitam berkuasa 100cc menggeleng kepala. Beberapa ‘orang’ Ultraman berbincang tentang cara-cara untuk membunuh Shocker, musuh ketat Masked Rider. Walaupun hebat dari segi saiz, tapi Ultraman tetap bukan ahlinya!.

** terkenang zaman aku muda-muda dulu. Semasa separuh daripada hariku adalah mesyuarat. Masalah sikap dan Masalah teknikal adalah bahan perbincangan yang wajib dielakkan. Aku pun tidak tahu kenapa..

Saturday, September 3, 2011

Lagenda Mat Kilang #3 – Dendang perantau

CADANGAN MUZIK IRINGAN: Dendang perantau nyanyian Sudirman..

Allahuakbar Allahuakbar…
Takbir raya bergema lagi tahun ini. Aku masih berpeluang untuk bertakbir memuji pencipta hari dan pencipta kebahagiaan. Sejak lima tahun lepas, aku hanya berpeluang beraya dengan kawan-kawan sepengajian dalam keadaan yang sebak. Dendang perantau menjadi alunan sebagai simbol untuk golongan yang sedang jauh seperti kami.

Tapi tahun ini adalah tahun pertama aku beraya sebagai seorang yang bekerjaya. Bekerja di tempat yang lebih dekat dengan keluarga. Kami bertakbir bersama. Memasak bersama. Membeli-belah bersama dan akhirnya solat sunat Aidilfitri bersama. Semuanya sama seperti zaman aku masih kanak-kanak dulu. Setiap pagi raya yang kami lalui mesti dalam keadaan yang sibuk tapi gembira.

Sampai sahaja di rumah, kami mengambil peluang untuk bersalaman dan meminta maaf sesama ahli keluarga. Sekali lagi, kami semua berada dalam suasana yang sangat gembira.

Tiba-tiba suasana menjadi gelap. Semua lampu padam serta-merta. Kipas yang berputar ligat berhenti. Alat elektrik yang diguna untuk memasak juadah hari raya tidak dapat berfungsi. Bekalan elektrik terputus. Ia bukan hanya berlaku di rumah kami tapi ia berlaku di seluruh kampung. Mungkin juga di seluruh daerah kami. Suasana menjadi kelam kabut. Keadaan manusia zaman sekarang yang sangat bergantung kepada bekalan elektrik menjadikan mereka manja. Tiada kerja yang dapat disiapkan untuk menyambut hari raya. Dari peti sejuk yang menempatkan minuman hidangan para tetamu sehingga lampu lip-lap yang menghiasi rumah, semuanya tidak berguna.

Dalam suasana yang kelam-kabut itu, sekepul asap tebal berbau wangi muncul dengan tiba-tiba di dalam rumah. Sebuah entiti yang besar berwarna biru dan berbentuk seperti manusia muncul sambil ketawa terbahak-bahak…

“muaaahahahaha… sekarang seluruh daerah kamu tiada bekalan elektrik walau sekilowatt pun.” Semua orang tergamam.
“keadaan ini akan berterusan sampai bila-bila sehingga dia sanggup berkorban demi kamu semua”. Kata mahkluk itu sambil menuding jari ke arah aku.
Aku tersentak. Apa semua ni? Kenapa aku?
“sekiranya dia sanggup berkorban untuk tidak beraya di sini, nescaya bekalan elektrik akan dikembalikan semula dan semua orang akan menyambut hari raya seperti biasa termasuklah orang dalam rumah ini. Kecuali dia!!”.

Aku terkedu. Ibu mengusap air mata yang mengalir. Ayah hanya terdiam menahan kata. Adakah ini tahun keenam aku tidak dapat beraya di sini?.

“bagaimana? Setuju?”. Desak makhluk itu tanpa memberi aku lebih masa untuk berfikir.
“baiklah. Errr.. Aku sanggup!. Asalkan semua orang bahagia. Tapi, aku mesti pergi mana?”. Jawabku terketar-ketar.

Tiba-tiba, makhluk biru itu ketawa terbahak-bahak sekali lagi dan bertukar menjadi kepulan asap dan menghilang. Lampu menyala kembali dan kipas kembali berpusing. Bekalan elektrik sudah kembali dan semua orang bertakbir gembira.

Aku membuka mata luas-luas melihat kipas yang berpusing sangat laju. Selepas menggeliat beberapa saat, aku bingkas bangun dan bersiap untuk pergi.

“We are working in power plant, not like the other mill or factory. WE ARE SERVING PEOPLE. People will live happily as long as you do your job here”. Kata-kata perangsang bos aku menjadi pendorong untuk aku dan comrade terus berada di sini.

Kalau lah aku faham bahasa bising turbine dan generator ni, nescaya kami akan bertakbir bersama…

Tuesday, August 23, 2011

Lagenda Mat Kilang #2. Cara baik menjadi kaya


Hari ini aku masih berpuasa. Cuba untuk mencipta rekod puasa penuh dengan sahur penuh. Aku berpuasa diantara pekerja-pekerja yang hanya berpuasa pada 1 Ramadhan. Mereka sering menjadikan tidak bangun sahur dan terlupa niat sebagai alasan besar mereka di samping kerja yang berat memerlukan tenaga yang banyak. Tapi ada juga pekerja yang hanya duduk dalam bilik berhawa dingin memerhatikan data dalam komputer yang tidak puasa. Yang ini aku beri panggilan manja sebagai bangang.

Semasa sedang menyusun fail-fail yang bertimbun, aku tertumpu kepada sebuah pelan yang sangat menarik. Salah satu sebab kenapa bos besar aku begitu kaya tanpa perlu mengampu pemimpin negara.

Kilang 1; Palm Oil Mill
Suatu ketika dahulu, seorang tauke cina yang belum terkenal membina sebuah kilang memproses kelapa sawit dengan menerima buah sawit dari ladangnya yang kecil dan membeli sawit dari ladang persendirian yang berhampiran.

Seperti kilang normal yang lain, inputnya adalah buah sawit yang sudah matang, stim dan elektrik untuk proses. Manakala output pula adalah minyak sawit dan tandan sawit yang kosong. Tandan ini kemudiannya akan dibuang.


Kilang 2; Energy Plant

Menyedari jumlah pembuangan yang banyak ini, beliau akhirnya membina sebuah ‘energy plant’ di sebelah kilang tersebut. Ia menerima tandan kelapa sawit yang kosong, memprosesnya dan dijadikan bahan bakar-bio untuk menjana elektrik yang sangat banyak.

Energy plant menerima bekalan tandan kosong dari Palm Oil Mill. Palm Oil Mill menerima bekalan stim dan elektrik dari Energy Plant. Dan output untuk energy plant adalah asap pembakaran yang sudah dirawat, elektrik yang cukup untuk menerangi kawasan berhampiran dan sejumlah abu/debu/ash.


Kilang 3; kilang kimia
Sejumlah abu pembakaran yang dihasilkan tidak dapat dibuang begitu sahaja oleh orang yang melihat rezeki dari segenap tempat. Sebuah kilang kimia didirikan berhampiran dengan Palm Oil Mill dan Energy Plant. Ia menerima debu dari Energy Palm dan dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan baja. Manakala lebihan tandan sawit yang kosong daripada Palm Oil Mill dan air perahan tandan kosong (sludge) dari Power Plant diproses untuk menghasilkan bio-gas.

Input kilang ini adalah debu, tandan kosong, air perahan yang kotor, elektrik dan stim yang diambil dari kilang sebelah manakala output adalah baja dan bio-gas.


Kilang 4; kilang kertas
Ia tidak berhenti di situ. Tandan kosong masih banyak yang lebih. Maka, sebuah kilang kertas berdiri di antara kilang-kilang lain. Ia menerima tandan kosong dari Palm Oil Mill dan elektrik serta stim dari Energy plant. Maka mereka mampu menghasilkan kertas dari tandan sawit dan sumber alam lain.

Tiada pembaziran yang berlaku. Kalau satu hari nanti mereka mampu memproses gas yang dibebaskan di udara menjadi duit, nescaya mereka akan lakukannya. Apa yang pasti, ia tidak akan berhenti di sini…


“eh, u buat apa?”
Aku tersentak. Tergamam. Bos kecil sudah mari..
“itu shaft untuk shredder tandan arr… apa masalah?”
“ooo.. itu bos. Dia patah bos. Biasa la kan. Barang fatigue. Sudah sampai jam masih belum tukar. My team is still working on it boss.” Jawabku pantas.
“ooo.. patah ya.. apa pasal patah? What is the usage of maintenance engineer kalau itu barang masih patah?”
“err.. saya pergi siasat bos. I know it does not suppose to break this fast boss.” Aku kalah hujah dan terpaksa gunakan ayat yang pekerja lama ajarkan aku untuk lepaskan diri dan beredar dari situ.

Bos kecil ini sangat hebat. Pengalamannya yang banyak sebagai jurutera menjadikan dia kebal dari ditipu oleh pekerjanya. Dalam garangnya, aku dapat merasakan harapannya untuk aku belajar sebanyak mungkin di universiti praktikal ini.

Kalau jurutera seperti dia boleh jadi manager, aku tentu…

“cip! Kontraktor yang bikin feed water pump sudah sampai.”
“Ok. Nanti aku gi sana”

Cit. potong stim betul lah. Rupa-rupanya aku banyak kerja di sini. Tapi bermimpi pun tidak salah. Selagi aku masih mampu untuk terus berjalan dan menggapainya.

“cip!. Laju weih!”
“iya bah!.”

Thursday, August 18, 2011

Sapu Malaysia

Buku ‘Sapu Malaysia’ adalah komik sinis yang memuatkan isu semasa (2010) yang berlaku di Malaysia.

Ia sangat sesuai untuk menjadi tatapan rakyat Malaysia yang terlalu malas untuk membaca isu semasa dan menilai siapa pembohong dan siapa sarang tebuan pemakan harta rakyat Sapu Malaysia.

Tajuk: Sapu Malaysia
Tebal: 45 mukasurat
Penulis: Faisal Mustaffa
Harga: RM13.00
Kedai: Pesta Buku Antarabangsa KL’2011
Penerbit: Orange Dove Sdn Bhd

Sunday, August 14, 2011

Lagenda Mat Kilang #1

pakai topi! kepala mahu pakai lama.

Dia menarik nafas dalam. Sedalam isipadu peparunya yang tinggal sedikit. Kemudian menghembus perlahan di hidung kecilnya. Asap putih memenuhi ruang rehat pekerja di dalam bengkel.

“Gila mahal rokok ni. Macam dia mahu naik haji cepat” Foreman memecah kebingitan suara turbin berkuasa 14Mwatt.

Pagi itu agak sejuk berbanding pagi-pagi lain. Mungkin kerana hujan lebat yang tumpah di kawasan kilang itu semalam.

“hahaha.. dia tu memang begitu. Ada ka patut semalam aku pergi beli kredit di kedainya dan terus bayar, pagi tadi dia tagih lagi dengan bini aku. Mana boleh” tambah salah seorang welder sambil tangannya perlahan-lahan mencapai kotak rokok Premium di hadapan foreman.

“aik? Kau pun sama macam aku?” Sampuk salah seorang perintis.
“sama apa? Kredit?”
“bukan la. Tuuu.. yang kau hisap tu ha. Aku ingat aku sorang ja yang bangun lewat pagi tadi”

[jeda]

Semua yang ada di situ ketawa galak sambil bertukar-tukar cerita tentang isteri masing-masing yang berusaha untuk memastikan mereka bersahur.

Aku bingkas bangun sambil mencapai topi kaledar putih dan berjalan longlai meninggalkan bengkel.
“cip! Mahu pergi mana?”
“Round!” jawabku ringkas sambil menyambung dalam hati,
“sebelum aku pun terjebak makan megi di pagi Ramadhan.”

Thursday, August 11, 2011

Menyangkal Kiamat 2012

“…sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Al-Araf : 187

Kiamat akan berlaku pada tahun 2012? Persoalah ini menjadi sangat panas berikutan terbitnya filem ‘2012’ yang mengaitkan kalendar kaum Maya yang dikatakan meramal kiamat akan berkalu pada masa tersebut.

Sebagai umat Islam, kita wajib percaya bahawa kiamat pasti akan berlaku, tapi masanya tidak diketahui melainkan Allah sahaja.

Buku kecil ini mengupas mengenai hari kiamat menurut ajaran Islam, kaitan tanda-tanda kiamat dengan fenomena alam kini malah membuktikan bahawa Kaum Maya sendiri menolak dakwaan kiamat berlaku pada penghujung kalendar mereka.

Setiap makhluk mempunyai umur

Tajuk: Menyangkal Kiamat 2012
Tebal: 139 mukasurat
Penulis: Muhammad Nizam Abd Razak
Harga: RM13.00
Kedai: Gerai PMI pesta Konvo UTM
Penerbit: Kharisma Network Sdn Bhd

Wednesday, August 10, 2011

Tentang Puasa

Ini peluang anda untuk menjadi orang yang aku kurang benci.

Sesungguhnya aku sedang berpuasa.. baca sampai habis atau baca ending sahaja.

Paling TERbaru. Seorang doktor pakar dari German, Dr. Don Bounetzki telah berjaya membentangkan hasil kajian beliau tentang puasa yang diamalkan oleh orang Islam dihadapan para pensyarah dari beberapa universiti terkenal. Walaupun pada mulanya beliau mendapat kritikan daripada ahli akademik sedunia, tapi hasil kajian ini mampu membuatkan mereka terkesima.

Puasa dan diet
Dalam krisis yang dihadapi oleh dunia barat dalam pada populasi penduduk mereka yang mengalami obesiti semakin bertambah, kajian tentang diet seimbang, kawalan makanan dan produk pelangsingan badan semakin mengambil tempat. Namun masih tidak ada solusi yang konkrit yang mampu menjamin seseorang yang mengamalkannya akan memiliki BMI yang sihat.

Dalam kajian Dr. Don, beliau mampu membuktikan cara kawalan makanan (diet) yang paling baik untuk menurunkan berat badan adalah dengan berpuasa seperti ajaran Islam. Adapun ramai orang yang berdiet, mereka menahan diri daripada makan makanan berkolestrol, berlemak dan sebagainya sepanjang masa, ia akan menjejaskan kesihatan mereka kerana kekurangan zat yang sepatutnya mereka dapatkan secara berkala…

Sahur
Dalam kajian ini juga, Dr. Don berjaya membuktikan bahawa waktu ‘menghampiri subuh’ atau sahur adalah waktu biasa untuk dinding perut manusia merembeskan asid untuk mencerna makanan. Ini ditunjukkan oleh perasaan lapar yang dialami oleh seseorang yang berjaga pada waktu tersebut. Ini membuktikan bahawa sahur adalah masa yang terbaik untuk makan kerana makanan tersebut akan terus dicerna di dalam perut. Ia selaras dengan saranan Rasulullah untuk melewatkan sahur…

Berbuka
Dr. Don berjaya membuktikan hikmah berbuka puasa pada waktu Maghrib. Bermula dari waktu Subuh sehingga Maghrib, waktu untuk tidak makan dan minum adalah lebih kurang 12 jam. Bergantung kepada kedudukan mereka di muka bumi. Tapi kenapa 12 jam? Ini adalah kerana 12 jam merupakan waktu dinding perut berada dalam keadaan yang bersih. Sisa makanan lama yang melekat pada dinding perut sudah tertanggal dalam tempoh berpuasa 12 jam tadi. Sekiranya seseorang itu meneruskan puasa/diet-nya melebihi had masa yang ditetapkan, asid dalam perut yang terus menerus dirembeskan akan menghakis dinding perut dan melukakannya. Mereka kemudian berkemungkinan besar akan mengidapi gastrik atau kanser perut. Ia selari dengan saranan Rasulullah untuk mengawalkan berpuka puasa…

Makanan manis
Dr. Don seterusnya menunjukkan bahawa memakan makanan manis terutama sekali kurma semasa berbuka adalah pilihan yang paling tepat. Ini kerana makanan manis tersebut mengandungi gula atau glukosa. Ia adalah salah satu sumber makanan yang paling cepat membebaskan tenaga kepada badan. Berbanding dengan sumber makanan lain, ia memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar membekalkan tenaga kepada tubuh manusia.

Sebulan
Kenapa berpuasa sebulan? Dalam seminar tersebut, Dr. Don telah membuat satu jenaka bahawa orang yang berpuasa pada pertama kali akan membebaskan kentut dan membuang najis yang lebih busuk dari biasa. Ianya adalah benar dan ia dijelaskan dengan sisa toksik dan sisa makanan yang terlalu lama berada di dalam badan manusia akhirnya keluar akibat daripada ketiadaan makanan lain di dalam badan tersebut semasa puasa (pembersihan dinding perut). Bau ini akhirnya akan beransur-ansur kurang dan orang yang berpuasa akan merasai kesegaran yang luar biasa pada hujung bulan dan pada hari raya kelak.

Lain-lain
Selain daripada yang di atas, masih terdapat banyak bukti-bukti yang ditunjukkan oleh Dr. Don tapi tidak dapat dilampirkan di sini. Semoga Dr. Don Bounetzki diberikan hidayah oleh Allah…

[jeda]

Jika anda ditanya oleh seseorang, kenapa anda berpuasa? Adakah anda akan gunakan hujah di atas?

Atau anda akan jawab

Aku berpuasa kerana Allah mewajibkannya kepada setiap umat Islam untuk menuju ketaqwaan.

~Bulan ini adalah bulan RAMADHAN bukan bulan PUASA.

Catatan:
1. Aku harap orang seperti Dr. Don benar-benar wujud. Bukan untuk menggalakkan umat islam berpuasa atas dasar kesihatan semata-mata. Tapi untuk membuktikan kepada dunia tentang kesyumulan Islam dan kebenaran yang dibawanya.
2. Sihat kerana berpuasa adalah bonus. Siapa yang tidak suka bonus adalah GILA. (mood sudah bekerja)

Tuesday, July 19, 2011

Sarjana Muda - Iwan Fals




Berjalan seorang pria muda
Dengan jaket lusuh dipundaknya
Di sela bibir tampak mengering
Terselip s'batang rumput liar

Jelas menatap awan berarak
Wajah murung s'makin terlihat
Dengan langkah gontai tak terarah
Keringat bercampur debu jalanan

Engkau sarjana muda
Resah mencari kerja
Mengandalkan ijasahmu
Empat tahun lamanya
Bergelut dengan buku
'Tuk jaminan masa depan
Langkah kakimu terhenti
Di depan halaman sebuah jawaban

Termenung lesu engkau melangkah
Dari pintu kantor yang di harapkan
Tergiang kata tiada lowongan
Untuk kerja yang di dambakan

Tak peduli berusaha lagi
Namun kata sama yang kau dapatkan
Jelas menatap awan berarak
Wajah murung s'makin terlihat

Engkau sarjana muda
Resah mencari kerja
Tak berguna ijasahmu
Empat tahun lamanya
Bergelut dengan buku

Sia-sia semuanya
Setengah putus asa dia berucap
"maaf ibu..."

catatan:
1 - untuk kawan-kawanku yang ijazah.

Sunday, July 17, 2011

Sepahit Jadam


Sehingga aku habis meneliti isi buku ni, aku masih belum tahu apa benda JADAM tu. Tapi aku rasa ia adalah makanan yang pahit. (kalau salah sila betulkan). Amaran untuk ahli UMNO totok yang menghidap penyakit ‘tidak boleh marah’ seperti hipertensi dan sakit jantung, anda dilarang keras membaca buku ini tanpa merujuk terlebih dahulu kepada doktor yang berkaitan.

Buku ini adalah sebuah blook yang diambl dari blog peribadi Ustaz Nik Mohamad Abduh atau anak tok guru atau TK Pemuda. Jadi, apa-apa yang tertulis dalam buku ini adalah pendapat peribadi beliau sendiri. Ia amat menarik memandangkan beliau membincangkan banyak perkara yang terjadi di dalam dan luar negara.

Ini sekalius membuktikan bahawa orang poltik seperti beliau tidak hanya memikirkan tentang pilihanraya, poster, video dan artikel seperti yang dilakukan oleh ahli politik lain. Kenapa? Sebab beliau adalah ahli jemaah Islam PAS. Titik.

~Berkata benar walaupun pahit.
Kamsar, 2 Julai 2011, 1.22pm

Catatan:
1. Artikelnya yang pedas sangat pedas. Whoa!
2. Aku baru tahu beliau ada blog. Bhee..
3. Blog beliau lebih baru dari blog aku tapi beliau punya lebih terkenal. Wakakaka..

Tajuk: Sepahit Jadam
Tebal: 266 mukasurat
Penulis: Nik Mohamad Abduh Nik Aziz Nik Mat
Harga: RM18.00
Kedai: Beli dari kawan
Penerbit: Jundi Resources
.

Tuesday, July 12, 2011

Al-kisah untuk para pemBERSIH

[Cerita 1]

Maka tersebutlah kisah apabila seorang pemimpin empayar besar bernama Umar ingin berkhutbah kepada para pengikutnya seraya berkata
“wahai sahabat-sahabatku, dengarkanlah apa yang ingin aku sampaikan..”

Tiba-tiba seorang lelaki biasa bangkit dan menyahut dengan tegas
“sesungguhnya aku tidak akan mendengar apa yang ingin engkau cakapkan bila mana engkau memakai dua lapis jubah sedangkan ada diantara rakyatmu yang kekurangan pakaian!” kata lelaki tersebut sambil menuding jarinya ke arah hujung jubah Umar yang kelihatan seperti dua lapis pakaian. Ternyata kain di dalam lebih panjang daripada jubah luarnya.

Sambil tersenyum Umar menjawab
“baru-baru ini, aku mendapat pemberian jubah dari seorang sahabat. Tapi ternyata jubah itu agak pendek berbanding badanku. Maka aku pun menjahit sedikit kain pada hujung jubah ini untuk menjadikannya lebih panjang”

Semua yang hadir berpuas hati dengan jawapan itu dan kagum dengan keberanian sahabat mereka yang berani menegur si Farouk itu.


[Cerita 2]

Dilaporkan dari sebuah IPT tempatan, satu isu yang agak memalukan timbul di salah sebuah kolej mahasiswa di sana. Terdapat pihak yang menghantar surat secara rahsia kepada Naib Canselor universiti berkenaan dan menceritakan masalah yang dihadapi oleh ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa yang didakwa menjadi tertekan dengan kerja yang banyak dan mengakibatkan akademik mereka terganggu.

Tindakan susulan telah diambil dan satu mesyuarat tergempar diadakan..

“pertama sekali, saya nak tahu lah siapa yang hantar surat ni. Sila mengaku” kata pengetua dengan lembut
“kami Cuma nak tolong bincang sama-sama. Jadi, siapa ada maklumat tentang perkara ni tolong lah bagitahu kami siapa yang hantar surat ni” tambah salah seorang felo.

Tiba-tiba salah seorang ahli jawatankuasa bangkit memecah ketegangan
“err..pada pendapat saya, err.. apa kata kalau kita bincang kenapa benda ni berlaku. Err… kita boleh bincang macam mana nak atasi masalah ni supaya ahli jawatankuasa tidak tertekan lagi seperti yang digembar-gemburkan dalam surat tersebut”

Suasana senyap seketika… sebelum disambung oleh pengetua
“baiklah..siapa yang HANTARR??”


Nota untuk bukan rakyat Malaysia
Perhinpunan BERSIH atau lebih dikenali sebagai demonstrasi haram jadah jalanan BERSIH adalah satu perhimpunan yang dirancang untuk mengemukakan beberapa tuntutan bagi memastikan pilihanraya berjalan dengan bersih. Kebanyakannya adalah melibatkan suruhanjaya pilihanraya, SPR dan bukannya kerajaan. Ulang suara, bukan kerajaan.

Menyusahkan!
Perkataan ini adalah yang paling banyak digunakan oleh media nasional untuk menggambarkan peristiwa kuning ini. Di tempat kedua adalah “ada agenda politik”. Dan aku pun setuju dangan kenyataan bahawa perhimpunan begini adalah menyusahkan. Tapi…

Antara terkandas di jalan raya dalam kereta selama 4 jam (amat menyusahkan) atau membuat perjalanan jauh dengan duit sendiri selepas membeli baju berkualiti rendah yang mahal dan diharamkan oleh Negara, disembur gas pemedih mata, disiram air minyak angin cap kapak dan ditahan beberapa hari di PULAPOL sambil makan nasi minyak, mana yang lebih menyusahkan.

Dan percaya atau tidak, golongan yang disebutkan selepas perkataan ‘atau’ di atas tetap ingin menyusahkan diri mereka walaupun digelar pengkhianat bangsa.

Penganjur kapir pembela orang murtad
Aku tak ingat nama india penganjur ni. Tapi dia kata, dialah penganjurnya. Tapi kenapa ramai orang melayu orang Islam yang sokong programnya?.

Jawapan mereka mudah. Aku datang bukan sebab perempuan India tu lah. Kalau dia tak datang pun aku tetap akan datang. Faham? Dalam tuntutan tu pun, bukan ada permintaan untuk naikkan gaji minimum untuk peguam macam dia. (ok yang ni aku tambah)

Buat apa bersihkan benda yang sudah bersih?
Aku tertarik dengan jawapan TV3 untuk keseluruhan tuntutan BERSIH. Dia kata, kalau pilihanraya tidak bersih, macam mana PAS boleh kuasai Kelantan sekian lama dan macam mana pembangkan boleh menawan beberapa negeri pada pilihanraya yang lepas? Betoi dok?.

Dan adapun yang terlibat dengan pilihanraya sama ada yang memperjuangkan Islam atau Melayu atau Keadilan itu manusia seluruhnya. Maka tidak ada seorang pun di antara mereka yang menjadi ahli sihir ataupun ahli keramat. Semuanya mempunyai kelemahan masing-masing.

Jadi? Dalam keadaan pilihanraya sekarang ni pun mereka masih tidak mampu untuk menghasilkan ‘virtual voter’ yang mencukupi untuk mengalahkan lawan mereka. Sebab itulah pilihanraya BERSIH adalah satu mimpi ngeri buat mereka… aku ada bukti? Tak ada! Whoa.. tapi blog ni menarik untuk menyakitkan otak para penipu.. [melayu menyumpah]


KUNING
Ada juga orang yang lebih berminat untuk berbincang tentang hukum orang Islam memakai pakaian yang berwarna kuning dan menyerupai orang kapir. Aku bukan ahli hadis dan hanya tunggu ulasan ustaz (harap-harap ada). Kesahihan hadis pun aku tidak pasti. Jadi aku tidak boleh rawikan di sini. Whoa!. Kalau haram, ia akan jadi ‘turning point’ untuk sultan-sultan kita..

Penutup
Jadi apa kaitan dengan cerita di atas? Ok, I’ll just make it simple. Cerita 1 menunjukkan Umar yang banyak putuskan kepala orang bersabar melayan kerenah rakyatnya. Isu Nampak macam remeh tapi dia berusaha untuk jelaskan keadaan sebenar. Cerita 2, aku malas ulas panjang, tapi orang yang pentingkan kewangian namanya lebih berminat dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin. Ini bukan pemimpin..ini…ini…ungghhhh..ini pengampu!

~saya tidak boleh didakwa menjatuhkan kerajaan jika saya menolong PAS dalam pilihanraya kerana pada masa tersebut/selepas parlimen dibubarkan Malaysia don’t have its government nor its traitor (pembangkang dalam BI aku sudah lupa).
~Cikgu X, 2011

Catatan:
1. cerita 1 adalah cerita benar. Tapi guna ayat aku sendiri
2. cerita 2 adalah rekaan walaupun nanti ada yang mendakwa dia macam pernah alami.
3. aku nak tambah cerita tentang unta yang memberontak kerana dizalimi oleh tuannya. Tapi aku tak ingat cerita sebenar sama ada zaman Rasulullah atau Umar. Buku aku dalam kotak dan ada yang belum sampai.
4. ini adalah pendapat peribadi.
5. Aku harap pengundian pertama dalam hidup aku nanti dipenuhi dengan keADILan.

Lampiran

ini tuntutan yang ngeri dan mustahil dibincangkan.

Tuesday, July 5, 2011

Saasatul Ibaad


Islam konseptual terdapat dalam Al-Quran, kitab, sunnah… ceramah di masjid, kolum mufti di akhbar, tetapi Islam aktual adalah praktikalnya. Islam konseptual dengan itu boleh membenci kezaliman kerana ia ada dalam teks suci tetapi tetap didokong kerana tiada praktisnya. Islam aktual, dan pendokongnyalah yang benar-benar memikul tanggungjawab Islam dan mereka sepanjang zaman mencipta sejarah.

Saasatul Ibaad atau pelaku politik merupakan satu lagi novel karangan Faisal Tehrani yang berkaitan dengan sejarah. Ini bermakna, suatu kajian yang mendalam tentang sejarah (Johor) telah dibuat untuk menghasilkan novel ini.

Ia menggunakan gaya bahasa sedikit klasik untuk menggambarkan zaman pemerintahan Sultan Mahmud. (tapi jangan rsau sebab glosari disediakan secara percuma di belakang buku).

Seperti dalam filem 2 warna “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang”, sejarah pemberontakan rakyat di Tanah Melayu telah berlaku pada masa tersebut dan ia secara langsung menolak pendewaan kedaulatan raja. Tapi, ada sedikit bahagian penting sejarah ini yang masih disembunyikan daripada dipelajari…

Ikuti perjalanan sejarah kerajaan Sultan Johor yang diselangi dengan bait-bait nasihat mengenai kepemimpinan yang ditulis untuk Sultan Abdul Jalil. Satu pengakhiran cerita yang sangat tidak disangka!..

Setiap kamu adalah gembala..
Kamsar, 30 Jun 2011, 9.51am

Catatan
1. Ending yang tdak disangka!
2. Tertarik dengan kepintaran pembesar Johor bermain siasah memperbodohkan musuh.

Tajuk: Saasatul Ibaad
Tebal: 266 mukasurat
Penulis: Faisal Tehrani
Harga: RM20.00
Kedai: PWTC: Pesta buku antarabangsa KL
Penerbit: Abeerdeen Books World
.

Sunday, June 26, 2011

Tiga Kali Seminggu

“Ustaz, haramkah kalau saya memeluk-meluk bantal dan mengandaikan ia suami saya?”
Ustaz Agil semacam gamam sekejap. Serasa dada berdebur akan pecah. Belum pernah dia ditimpa soalan fiqah seperti ini.

Serius. Itu pandangan awal saya semasa membaca 15 cerita dalam buku ini. FT semacam ingin menulis sebuah buku yang mencurahkan idea beliau mengenai bab-bab semasa yang berlaku di dalam dan luar negara termasuklah bab pentadbiran dan perjuangan hari ini.

Ditulis dalam bentuk cerita, 15 buah cerpen (panjang) dibina dalam bentuk naratif dan dialog yang pasti mencabar minda pembaca.

“termasuklah globalisasi seperti Fitna ini. Lihat sahaja karyawan di Negaraku Malaysia, tiada seorang pun berasa terpanggil untuk menjawab Fitna. Mereka mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab. Masih merakam haru-biru mat rempit dan bohsia, selain menayang cinta murahan.” ~Antiplot

Beberapa buah cerita yang dimuatkan dalam buku ini merupakan satu teguran terus kepada pihak yang berkaitan termasuklah penerbit flem, pelaku politik, pendakwah dan sebagainya.

“aku mengambil keputusan meminjamnya. Aku ke kaunter pinjaman tetapi amat mendukacitakan, aku tidak dibenarkan meminjam kerana buku-buku pinjamanku sebelum ini telah melebihi had. Aku tidak mahu menghamun pekerja di kaunter pinjaman itu kerana dia tidak bersalah. Dia tidak menggubal undang-undang bodoh ini. ……………… kubatalkan hasrat itu, dengan azam untuk menambah ilmu, aku selamba mengoyakkan beberapa halaman penting yang diperlukan daripada buku-buku rujukan tersebut.”

“aku tidak mengharap untuk menerbitkan buku. Tapi aku perlukan kestiqamahan untuk menulis”
Kamsar, 26 Jun 2011, 8.03pm

Catatan:
1. Cerita ini serius
2. Banyak yang menyentuh realiti dan menjauhi cerita yang terlalu ideal.
3. Penulis memang seperti menulis buku falsafah. Cumanya dia buat dalam bentuk cerita seperti karya-karya sebelumnya.
4. Dia memang serius
5. Tidak semua pendapat dalam buku ini perlu dterima. Tapi amat menarik untuk dibincangkan bersama.

Tajuk: Tiga Kali Seminggu
Tebal: 198 mukasurat
Penulis: Dr. Faisal Tehrani
Harga: RM15.00
Kedai: PWTC: Pesta buku antarabangsa KL
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
.

Wednesday, June 22, 2011

Kembara Anak Muda 7: LAMPIRAN

Kembara Anak Muda 6: Lawatan terakhir
Kembara Anak Muda 5: Sebiru Warna laut atau Sebiru warna langit?
Kembara Anak Muda 4: Pondok + Rumput + Pantai = kehabisan tenaga
Kembara Anak Muda 3: Kaki gunung di bawah bayu
Kembara Anak Muda 2: KRIS + Kota Belud

Kembara Anak Muda 1: Semporna + Kunak + Tawau

awas! terlalu banyak gambar!
Makanan

Pulut; mula-mula, aku kami ingat benda ni adalah nasi lemak. Tapi dengan saiz yang terlalu kecil dan diletakkan bersama dengan kuih, rasa ingin tahu kami membuak-buak. Aku cuba buka sebungkus untuk tahu isi kandungannya. Rupa-rupanya ia adalah pulut dan kuah yang merah menyala itu mempunyai rasa yang manis. Aku pun habiskan dua. Tanpa disedari..
RM0.80/sebungkus

Nasi Goreng Lalap; seingat aku, nama ni sama dengan nasi yang ada di Tawau. Tapi kandungannya adalah sama.

Sotong Goreng; saja nak tunjuk walaupun ada di mana-mana

Nasi Chap Choi; nasi putih + sayur ada cendawan dll. Aku tak ingat.
RM5.00

Nasi Goreng Kerabu Ayam; seperti dalam gambar. Yang penting, setiap makanan yang dipesan di sini akan disertakan dengan sup walaupun tidak diminta. (kecuali roti canai la)
RM4.90

Jemput-jemput; itu nama di Tawau. Kalau di Kota Belud, namanya lain. Aku tak ingat.

Roti Canai Planta; yang berbeza, roti ini siap dipotong dan pelayan akan tanya kuah pilihan hati. Salah satu pilihan adalah susu!.

Teh Tarik; sejak boikot barang boikot, aku selalu pesan The Tarik kalau makan. Yang berbeza di sini, buih the ini sangat banyak. Masih belum tahu ramuannnya.

Panorama


Nabalu. Matahari baru nak naik. Gambar ni nampak teruk sebab tak tahu macam mana mau adjust cahaya tu.

Nabalu. Destinasi kami masih jauh.

Sabah Tea.

Sabah Tea

Kundasang

Kundasang

Tip of Borneo

Tip of Borneo

Tip of Borneo


Tumbuhan

Bunga tidak tahu nama. Jumpa di Kundasang War Memorial

Sama seperti di atas.

Bunga kertas. (bougainvillea kalau tak silap). Jumpa di rumah sahabat di Kota Belud. Di rumah aku pun banyak. haha

Jumpa dalam akurium di Muzium UMS

Sama seperti di atas. Satu masa nanti, anda akan jumpa benda macam ni di akurium ikan guppy aku.

Bunga tak tahu nama. Jumpa di kampung GONG

Bunga Raya warna putih. Sapa kata aku tak sayang negara aku?

Bunga Raya pink?

Bunga raya merah atau merun?

Bunga raya putih + merah sikit

Penutup

1. Kenangan ini tidak akan dilupa
2. Keranamu siri 2 bakal menyusul!
3. Dalam pengembaraan ni, memory card kamera yang besar lebih penting daripada duit untuk membeli belah. Ini bukan KL!
4. Aku mahu balik UTM! Huaaaa..

Kita tidak akan pernah terpisah selagi kita berjalan di landasan yang sama. That’s what a comrade is. I’m always by your side!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code