Thursday, March 21, 2013

Politik dan Agama Mengikut Perspektif Islam


Semasa zaman kebangkitan atau renaissance berlaku pertembungan sengit di antara istana dan gereja di satu pihak dan di antara ahli sains dengan paderi. Untuk berhadapan dengan masalah ini, ahli politik moden telah memperkenalkan fahaman sekularisme yang memisahkan urusan dunia daripada agama, khususnya dalam bidang politik. Ia berlaku di Eropah semasa mereka ingin keluar daripada zaman gelap yang menyelubungi mereka.

Beberapa tahun berlalu, kerajaan Khilafah Islamiyyah telah jatuh dan Negara-negara Islam telah dijajah oleh orang barat untuk kepentingan politik, kekayaan dan keagamaan. Namun ia tidak bertahan lama apabila mereka terpaksa melepaskan tanah jajahan di bawah mereka. Lord Cromore yang pernah menjadi Gabenor British di Mesir dan Sudan menegaskan betapa penjajah barat perlu melahirkan pemimpin di kalangan anak negeri umat Islam untuk meneruskan agenda Barat dan menghalang kemunculan semula Negara Islam apabila mereka berundur kelak.

Selepas kemerdekaan terancang ini berlaku beberapa dekad dan tersebarnya fahaman sekularisme, timbul sikap negatif masyarakat terhadap politik yang melihatnya sebagai kotor dan jijik termasuklah politik Islam. Supaya umat Islam berpeluk tubuh menerima siapa sahaja yang memerintah asalkan bebas beribadat dan beradat. Ia menyebabkan Islam yang mulia tidak memerintah tapi diperintah.

Bahagian seterusnya dalam buku ini membezakan fahaman Islam dan fahaman Sekularisme…

“Sentiasa ada di kalangan umatku kumpulan yang bangkit menunaikan perintah Allah, tidak boleh memudaratkan mereka oleh orang yang mengecewakan mereka atau menyalahi mereka sehingga tibanya keputusan Allah, mereka terus tidak berganjak dalam keadaan itu.” 

Tajuk: Politik dan Agama Mengikut Perspektif Islam
Tebal: 53 mukasurat
Penulis: TG Hj. Abdul Hadi Awang
Harga: RM5.00 SAHAJA
Kedai: Pejabat PAS Kawasan Tawau (Abang Dai)
Penerbit: Jundi Resources
Entri Lain: At-Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran : As-Saff
...

Thursday, March 14, 2013

Skuad Halimunan


Cerita dimulakan dengan beberapa siri serangan oleh orang yang didakwa oleh saksi sebagai halimunan. Beberapa orang terbunuh, seorang wanita hamil diculik. Kenapa? Itulah misterinya…

Manusia halimunan adalah beberapa orang terpilih yang dihasilkan secara genetik, dibesarkan malah dilatih dari kecil. Mereka memiliki beberapa ciri yang membolehkan manusia sekeliling tidak tahu tentang kehadiran mereka malah khayal tanpa mereka sedari.

“Kita antara hidup dan mati. Bagi aku, sama ada kita menang peperangan ini, ataupun kita mati sahaja. Tidak ada istilah menyerah dan menghabisi masa tua dengan label bekas anggota pemisah. Aku hanya mahu menang ataupun mati sebagai anggota pemisah. –Lahaji, Ketua Pengganas Gerakan Pemisah Borneo.

Iklan: marilah sama-sama kita doakan perwira kita yang berada di medan juang supaya kembali dengan kejayaan.

Tajuk: Skuad Halimunan
Tebal: 317 mukasurat
Penulis: Bahruddin Bekri
Harga: RM16.00 – 35%
Kedai: PWTC: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Penerbit: PTS Pop
Entri Lain: Dunia Ini Sederhana Kecil, Diari Mat Despatch, Di Mana Terangnya Bulan
...

Monday, March 11, 2013

Di Mana Terangnya Bulan


“Dunia ini seperi laut. Engkau boleh tenggelam, engkau boleh timbul. Tetapi engkau tak boleh selama-lamanya timbul, dan engkau tak boleh selama-lamanya tenggelam. Jadi engkau harus tahu berenang ke daratan.” Pesan Selamat, bekas ketua gangster kepada Kamarul.

Kamarul. Seorang lelaki Melayu semenanjung melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Tinggi, KMT Sarawak. Berbekalkan air jampi pemberian ibu, sedikit wang saku dan beg besar, dia memulakan hidup barunya di rantauan bersama beberapa orang pelik dalam suasana yang pelik.

Satu demi satu benda pelik yang terpaksa Kamarul tempuhi dan tidak dapat dielakkan. Apa yang pasti, pengajaran yang diperolehi daripada perjalanan ini mampu mendewasakan diri Kamarul dan Kawan-kawan barunya. Dan yang utama Berjaya mencari di mana terangnya bulan.

 ~Aku tertanya-tanya bagaimana agaknya suasana kolej yang menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua manusia yang berada di kolej tersebut untuk menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Tajuk: Di Mana Terangnya Bulan
Tebal: 339 mukasurat
Penulis: Bahruddin Bekri
 Harga: RM17.50 – 35%
Kedai: PWTC: Pesta Buku Antarabangsa KL 2011
Penerbit: PTS Litera
Entri Lain: Dunia Ini Sederhana Kecil, Diari Mat Despatch
..

Monday, March 4, 2013

Ciri pemimpin yang aku tidak suka

Al-kisah perkara ini sudah dibincangkan beberapa tahun lalu apabila aku melihat beberapa orang pemimpin negara yang sepatutnya bijak (tidak semestinya sekolah jauh-jauh) memberikan pandangan yang menyakitkan otak rakyatnya yang berfikir.

Sedutan: Al-Kisah untuk para pembersih.

Beberapa tahun berlalu..

Ratusan warga asing menceroboh Sabah melalui Lahad Datu.
"Keadaan terkawal"
"Jangan percaya khabar angin dan jangan sebarkan berita palsu"

Dua anggota keselamatan terkorban di Lahad Datu
"Keadaan terkawal"
"Jangan percaya khabar angin dan jangan sebarkan berita palsu"
"Takziah kepada kelarga mangsa"

Enam anggota keselamatan terkorban di Semporna
"Keadaan terkawal"
"Jangan percaya khabar angin dan jangan sebarkan berita palsu"
"Takziah kepada keluarga mangsa"
"Perlu siasat Anwar Ibrahim kerana disahkan terlibat dengan insiden ini. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan"

"Siasat Anwar Ibrahim. Suruhanjaya Diraja. Terlibat dengan insiden"

"Anwar Ibrahim perlu disiasat"

"Anwar Ibrahim"


Untuk para pejuang, teruskan berjuang untuk negara. Doa kami bersamamu...
..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code