Thursday, March 29, 2012

Lagenda Mat Kilang #Sila Jadi Jahat

[latar: UTM]

Saya menjadi pembantu Rasulullah saw. selama 10 tahun. Beliau sama sekali tidak pernah mencela dengan kata, ‘Ah,’ terhadap apa pun yang saya perbuat, beliau tidak pernah bertanya, ‘mengapa kau lakukan hal ini?’ Dan terhadap apa pun yang saya tinggalkan, beliau juga tidak pernah bertanya, ‘Mengapa tidak kau lakukan hal ini?’ Sungguh, Rasulullah saw. adalah manusia yang paling baik akhlaknya. Tidak pernah saya menyentuh kain katun, sutera, atau apapun yang melebihi lembutnya telapak tangan beliau. Tidak pernah pula saya mencium minyak misik atau wewangian apa pun yang lebih harum daripada aroma keringat Rasulullah saw.
~Riwayat Tirmidzi, Baghawi, Bukhari, dan Muslim~

Buku ditutup rapi lalu diletakkan di atas riba. Kelihatan beberapa orang mahasiswa sedang berkayak perlahan. Angin sejuk dan lembap menampar muka perlahan. Suasana hari itu terlalu nyaman untuk membaca buku. Rasanya menikmati pemandangan tasik petang itu lebih mengasyikkan.

Kata orang, tempat ini sangat sesuai untuk menghilangkan stress dan melupakan segala masalah yang dihadapi. Sebab itu aku suka datang ke sini setelah melalui hari-hari yang menguji hati. Kadang masalah hati, kadang sakit hati dengan sikap manusia dan kebodohan sistem si sini. Itu kata orang. Tapi sebenarnya aku datang ke sini untuk berfikir tentang masalah-masalah itu. Kan mahasiswa tidak boleh berhenti berfikir…

Biasanya apabila berhadapan dengan masalah sikap seseorang, kami diajar untuk berlemah lembut. Bila berselisih pendapat, kami diajar agar berlemah lembut. Bila jadi ketua, kami diajar agar berlemah lembut dan mendengar pendapat. Itu yang diajarkan kepada kami..

Masih berfikir panjang… Choki-choki di tangan setia menanti untuk dimakan.

“Cip, apa kau tenung tu? Dari tadi aku tengok kau pandang Air Compressor tu. Takut-takut nanti muka serius kau tu letupkan pula benda tu.”
“ha? Apa kau cakap? Aku ndak dengar”
“Adoi! Aku cakap, itu Damper untuk Hopper bos suruh siapkan dalam masa tiga hari. Kalau tidak siap kita terpaksa belanja McDonald untuk semua orang dalam Engineer Room.”
“Ha?” Dalam keadaan roh baru kembali ke sabah, aku masih bingung.
“Itu lah kau cip. Susah betul suruh orangmu. Kau bos bah di sini. Kalau kau suruh, diorang mesti ikut. Kalau diorang tidak ikut, kau berhak buang diorang ke department lain.” Salah seorang fitter aku menyampuk sambil menghabiskan saki baki rokoknya.
“Iya! Betul itu!. Aku tengok kau ni tidak pandai marah orang. Kalau engineer sebelum ni, mana ada orang berani lawan.” Semakin ramai orang menyampuk. Suasana dalam bengkel jadi meriah lalu mengimbau kembali kenangan mereka bersama engineer mereka yang tegas dahulu.
“Baiklaaahh!!!...” aku menjerit sederhana kuat sambil membuat gaya Son-Goku ingin bertukar menjadi Super Saiya. Semua mata memandang aku.
“Kau, kau, kau, kau, buat damper tu sampai siap. Kamu kan dengar cakap..” aku matikan ayat.

Aku bingkas bangun lalu mencapai Wakie Talkie, Topi dan paket Choki-choki yang masih berbaki tiga batang. Aku berjalan pantas keluar dari bengkel. Sekali lagi rancangan aku untuk marah dan menjerit tidak berjaya. Mungkin aku terkena jangkitan ‘senyum sokmo’ dari seseorang…

Kerana ingin menjadi engineer terbaik dalam sejarah kilang, aku telah mengorbankan sifat terpenting seorang engineer. Leadership! Tapi ia tidak akan lama kerana aku sedang belajar dan terus belajar. Oh karisma.. di manakah engkau…

[latar: Bukan UTM sebenarnya. Hahha!]
..

Monday, March 26, 2012

Tangki biru


Dulu..
Masa kami darjah enam, pukul lima subuh (di Sabah) kami sudah bangun. Berjalan kaki 500 meter ke perigi. Dalam gelap, kami berkongsi mandi dengan orang kampung.



Masa itu juga, kami berjalan 1.01 kilometer ke sekolah suka menconteng arang ke gambar muka seorang pakcik bersongkok yang ditampal di sepanjang jalan ke sekolah. Pakcik tu suruh undi. Tapi kami tak tahu macam mana mahu undi.

Kami terdengar perbualan orang kampung, calon itu berjanji akan membawa masuk bekalan air jika dia menang. Kami tumpang gembira walaupun kami tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan calon. Asalkan dapat mandi dan minum air paip, semua orang gembira.

Hari itu, semua orang dewasa keluar rumah. Ingin pergi mengundi kata mereka. Kami semua tidak boleh ikut. Apabila mereka pulang ke rumah, semuanya tersenyum gembira. Lori besar datang mengiringi mereka dengan membawa tangki besar berwarna biru untuk setiap rumah yang mengundi. Kami semua gembira. Maka bertambahlah tangki di rumah kami untuk menadah air hujan.



Jasa mereka terus dikenang. Kerana mereka memberi kami tangki yang boleh menadah air hujan.

Nota untuk pemimpinku:
1) Kami bukan tidak suka kepada bantuan. Cuma kami harapkan pemimpin yang mampu mentadbir negara sehingga rakyatnya tidak lagi memerlukan bantuan.
2) Zaman khalifah Umar, rakyat bingung mencari tempat membayar zakat. Zaman Khalifah Najibiyyah, dana Tabung Haji jadi isu.
3) Lebih banyak bantuan diumum.

Sunday, March 25, 2012

Lembaga Hikmat


Muhammad bin Kaab berkata, “Jika engkau hendak lepas kelak daripada azab Allah Taala, pandanglah kaum Muslimin yang lebih tua daripada engkau sebagai ayah, yang sama umur sebagai saudara, dan yang kecil sebagai anak. Hormatilah ayahmu, dan sayangilah saudaramu dan kasihi anak-anakmu.”

Daripada beberapa buah buku karangan Buya Hamka yang saya baca, salah satu keunikan cara penulisan beliau yang mampu mengikat pembaca untuk terus membaca adalah teknik penceritaan. Selain daripada penggunaan gaya bahasa yang menarik, beliau pandai menyelitkan contoh berupa cerita dan perumpamaan untuk memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan. Ia ada sedikit kesamaan dengan cara penulisan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni…

1) Buku Lembaga Hikmat merupakan himpunan cerita masa dahulu yang menjanjikan banyak hikmah didalamnya.
2) Hikmah daripada cerita dalam buku ini merangkumi banyak perkara termasuklah kekeluargaan, kepemimpinan dan dakwah.
3) Macam baca cerpen.

Tajuk: Lembaga Hikmat
Tebal: 102 mukasurat
Penulis: Prof. Dr. Hamka
Harga: RM12.00 – 10%
Kedai: Badan Cemerlang Sdn Bhd
Penerbit: Pustaka Dini
...

Thursday, March 22, 2012

Filem: In Time


Intro. Tidak tahu bila dan kenapa. Kerana mereka tidak ada masa untuk mengambil tahu mengenainya. Manusia pada masa tersebut dibina secara genetik untuk hidup hanya selama 25 tahun. Bermula umur mereka 24 tahun, jam jangka yang berada di lengan mereka akan berdetik menunjukkan satu tahun berbaki yang mereka ada.

Tapi. Masa yang mereka ada itu boleh dipindahkan sesama manusia. Ia malah menjadi matawang pada masa tersebut. Yang miskin bekerja keras untuk memastikan masanya tidak habis. Yang kaya akan hidup beratus tahun. Kapitalis seperti ini lebih rakus daripada kapitalis duit kertas yang tahu bahawa tidak ada manusia yang boleh hidup selama-lamanya.



Cerita ini bermula dengan seorang lelaki biasa yang tiba-tiba mendapat nyawa (wang) bernilai lebih seratus tahun dari seorang lelaki yang sudah bosan hidup dengan meninggalkan pesanan “don’t waste my time”.

1) Ini adalah filem yang hanya dibintangi oleh orang muda.
2) Orang kaya sangat takut untuk mati atas kesilapan diri sendiri memandangkan mereka mempunyai banyak umur.
3) Walaupun sekarang ada yang mempunyai ‘harta’ beratus tahun, namun dia tetap tidak tahu bila dia akan mati. Dan mati itu pasti.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.[3:185]


Secawan kopi berharga 4minit. Tambang bas berharga 2jam. Whoa!
..

Saturday, March 17, 2012

Diari Mat Despatch


Diari adalah sebuah buku yang digunakan oleh seseorang untuk merekodkan kejadian dan pengalaman seharian. Ini bermakna, diari adalah memori manusia yang berada dalam keadaan hardcopy dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

Diari Mat Despatch adalah sebuah diari yang ditulis oleh Idlan Rayyan bin Zahid Hamidi bertujuan untuk mengasah ilmu Bahasa Melayu Tinggi beliau sebelum menjalani ujian bertulis bagi merebut jawatan editor sambilan. Dalam masa beberapa hari yang dicatatkan, peristiwa yang dialami sangat mempengaruhi hati dan cara berfikir penulis terutama sekali berkaitan dengan pandangannya terhadap wanita.

“Hidup jangan dianggap satu perjuangan kerana perjuangan itu menuntut menang dan kalah. Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba. Sekiranya kita gagal dalam proses ini, setidak-tidaknya Tuhan sudah tahu niat kita dalam proses itu..”

“Hidup umpama jalan, ia bukan sesuatu yang dikejar tetapi hidup adalah sesuatu yang dilalui. Jadi tidak perlu terkejar-kejar kerana lambat ataupun cepat, pasti kita akan melalui juga jalan itu…”

Buku diari ini pun aku tidak pasti sama ada ia adalah diari sebenar Bahruddin Bekri sebelum beliau berjaya menjadi penulis yang berjaya ataupun sekadar jalan cerita beliau seperti novel-novel lain yang ditulis dalam bentuk diari.

Tajuk: Diari Mat Despatch
Tebal: 156 mukasurat
Penulis: Bahruddin Bekri
Harga: RM8.41
Kedai: PTS BookCafe
Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Saturday, March 3, 2012

Tak Payah Sombong Pun Tak Apa


Kebanyakan buku cerita seperti cerpen, novel dan bibliografi, kita biasa mendapati watak utama dalam cerita tersebut sebagai orang yang luar biasa. Beberapa orang rakan baik yang pintar dan akhirnya berjaya menyelamatkan dunia. Atau beberapa orang manusia yang mempunyai kuasa luar biasa yang juga akhirnya menyelamatkan dunia. Atau kisah jiwang yang menunjukkan watak yang seperti manusia biasa tapi sebenarnya dalam cerita tersebut watak utama lelaki adalah yang paling sesuai untuk watak utama perempuan. Titik.

Buku ini adalah himpunan 23 cerpen karangan Muhammad Teja. Siapa dia? Dia adalah manusia biasa seperti aku dan pembaca. Cerita dalam buku ini adalah cerita biasa yang kebanyakan manusia alami. Dan itu yang menjadikan buku ini seronok untuk dibaca. Kadang-kadang, aku terasa seperti pernah mengalami cerita yang diceritakan dalam buku ini.

“Kalian sudah melampau apabila tindakan kalian tidak menghadirkan diri semasa program umum yang diadakan kelab mahasiswa lain, tetapi memaksa pula mahasiswa lain datang ke program kalian. Kalian sudah melakukan kesilapan besar apabila menjatuhkan reputasi kelab ini di mata mahasiswa. Kalian tahukah, selama ini ramai mahasiswa terkeliru antara platform umum yang dipegang oleh puak kalian?...” [salah sebuah cerita dalam buku ini. Sebagai seorang mahasiswa atau bekas mahasiswa yang mengaku aktif, anda pasti terasa..]

Tak payah sombong pun tak apa merupakan salah sebuah cerita dalam buku ini. Awas! Buku ini adalah buku biasa yang menceritakan kejadian biasa.

Tajuk: Tak Payah Sombong pun tak Apa
Tebal: 153 mukasurat
Penulis: Muhammad Teja
Harga: RM19.00 – 10%
Kedai: Badan Cemerlang Angsana JB
Penerbit: Ameen Kreatif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code