
Salam...
selamat menempuh ujian akhir (final exam) bagi mahasiswa mahasiswi di ipt masing-masing.
jawab soalan baik-baik.
rajin-rajin belajar.
jangan menyesal di kemudian hari.

GEMA AIDILFITRI
Program sambutan hari raya aidilfitri anjuran Persatuan Mahasiswa Islam UTM
Berbeza dengan sambutan hari raya yang lain, saya cukup berbangga dan rasa bertuah kerana Allah telah mentakdirkan saya terlibat dengan gerak kerja PMIUTM selama saya berada di menara gading ini. Jika jamuan lain kurang menitikberatkan berkaitan dengan percampuran antara lelaki dan perempuan, PMI sekali lagi membuktikan bahawa kita boleh menjalankan program yang teratur dan memisahkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan sehingga program tamat.
Point besar yang saya ingin kongsikan di sini adalah ucapan motivasi. Ya! Jamuan raya yang banyak dan mengenyangkan sepanjang bulan ini menjadikan program PMI ini sangat unik. Penasihat baru PMI Ust.Ismail Musytari sempat menyampaikan amanat dan motivasi kepada semua hadirin sebelum merasmikan majlis pada malam tersebut. Antara mutiara hebat yang sempat saya kutip dalam majlis tersebut adalah:
1. Tulis amalan dalam diari – sebagai penggerak persatuan Islam di UTM, semua ahli seharusnya menulis apa sahaja amalan-amalan sunat yang dia ingin lakukan di dalam diari. Ini akan membuat kita melakukannya secara terancang dan bukannya kebetulan.
2. Dapatkan keberkatan masa – adalah amat sukar untuk mentafsirkan keberkatan masa tetapi kita harus mencari keberkatan tersebut sebagai seorang mahasiswa.
3. Sebagai pejuang islam, banyakkan solat hajat, doa, dll
4. Sebelum belajar, ambil air wudhuk dan berdoa
Sebagai kesimpulannya, “Bicara ini adalah bicara tinggi, tapi kearah itulah kita memahami”…..
Satu lagi perkara penting pada malam tersebut, saya dapat hadiah cabutan bertuah!
Alhamdulillah..
Menyambut Aidilfitri Menurut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW
Islam telah mensyariatkan dua hari raya kepada umatnya untuk mereka berhibur dan bergembira serta merasai nikmat kemeriahan perayaan. Dua hari raya yang dimaksudkan ialah apa yang disebut sebagai Aidilfitri (hari raya puasa) dan Aidil Adha (hari raya haji).
Pensyariatan kedua-duanya adalah berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a., bahawa dia berkata (yang bermaksud):
“Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, sedangkan penduduk Madinah memiliki dua hari raya yang mereka bermain-main pada hari tersebut di masa Jahiliyyah. Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Aku tiba di tengah-tengah kalian sementara kalian mempunyai dua hari raya yang kalian bermain-main pada hari itu di masa Jahiliyyah. Sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari raya yang lebih baik iaitu hari raya korban (hari raya haji) dan hari raya fitrah.’” (Hadis riwayat al-Nasaaei dalam Sunan al-Nasaaei, kitab al-Sholah, hadis no. 959)
Berikut dikemukakan pedoman meraikan Aidilfitri menurut petunjuk al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
1. Bertakbir
Disunnahkan bertakbir bermula ketika muncul anak bulan Syawal sehingga imam memulakan solat hari raya, sama ada di rumah, di masjid mahupun dalam perjalanan menuju ke masjid.
Firman ALLAH SWT :
وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya:
“Dan untuk cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan agar kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA. Mudah-mudahan kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah ayat 185)
Ibn Abu Syaibah meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa al-Zuhri berkata:
“Orang ramai bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah masing-masing sehingga sampai di tempat solat. Mereka meneruskan takbir sehingga imam sampai. Apabila imam tiba, mereka diam dan apabila imam mengangkat takbiratulihram mereka pun mengangkatnya.” (Rujuk Irwa al-Ghalil, jil. 2, ms. 121)
Antara lafaz takbir yang diriwayatkan:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaha illallah, wallahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahil hamd
Maksudnya:
ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, tiada TUHAN yang berhak disembah selain ALLAH, ALLAH Maha Besar, dan segala puji hanya bagi ALLAH.
2. Mandi Sebelum Keluar Menunaikan Solat
Imam al-Nawawi menyatakan dalam al-Majmu’, para ulama telah bersepakat bahawa mandi untuk menunaikan solat hari raya adalah sunat. Ini kerana, ia boleh disamakan dengan mandi sunat pada hari Jumaat dan pada hari lain di mana umat Islam berhimpun.
3. Berhias Sempena Hari Raya
Disunatkan menghiasi diri dengan memakai pakaian yang indah pada hari raya. Diriwayatkan bahawa Jabir RA berkata:
كَانَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُبَّـةَ يَلْبِسُهَا لِلْعَيْدَيْنِ وَيَوْمَ الْجُمُعَةِ
Maksudnya:
“Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang dipakai khusus untuk kedua-dua hari raya dan hari Jumaat.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah, no. 1765)
4. Makan Dahulu Sebelum Menunaikan Solat
Sebelum menunaikan solat Aidilfitri adalah merupakan sunnah makan beberapa biji tamar atau makanan lain. Anas bin Malik RA berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيـْهِ وَسَـلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَـرَاتٍ ... وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya:
“Rasulullah SAW tidak keluar pada hari raya Aidilfitri sehingga baginda makan beberapa biji tamar…dan baginda makan dalam jumlah yang ganjil.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no 953)
5. Berjalan Menuju Ke Tempat Solat
Diriwayatkan bahawa Ali bin Abi Thalib RA berkata:
مِنَ السُّـنَّةِ أَنْ تَخْرُجَ إِلَى الْعِيْدِ مَاشِيًا وَأَنْ تَأْكُلَ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ
Maksudnya:
“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, no. 487)
Disunatkan juga menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat. Jabir bin Abdullah RA berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيـْهِ وَسَـلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيْقِ
Maksudnya:
“Nabi SAW melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab al-‘Iedaini, hadis no. 986)
6. Mengucapkan Ucapan Selamat
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan di dalam kitab beliau Fath al-Bari bahawa Jabir bin Nufair RA berkata: “Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu pada hari raya sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain:
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
(Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalanmu).”
7. Menunaikan Solat Hari Raya Di Masjid Atau Di Tanah Lapang
Hukum menunaikan solat hari raya ialah sunnah muakkadah (sunat yang sangat dituntut. Antara dalilnya, bahawa Ummu ‘Athiyah RA berkata:
“Kami telah diperintahkan (oleh Nabi SAW) untuk keluar (solat hari raya). Lalu kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, anak dara dan gadis pingitan untuk keluar. Ibn ‘Aun berkata: Atau anak dara pingitan. Jadi, wanita-wanita yang sedang haid juga diperintahkan (oleh Nabi SAW) agar menyaksikan perhimpunan kaum muslimin dan menjauhi tempat solat (duduk di luar tempat solat).” (Hadis riwayat al-Bukhari, hadis no 981)
Apabila seseorang tidak sempat menunaikan solat hari raya bersama jemaah muslimin, dia hendaklah melakukan solat dua rakaat secara sendiri. ‘Ato’ RA berkata:
إِذَا فَاتَهُ الْعِيْدُ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya:
“Jika seseorang tidak sempat (mendapat rakaat bersama imam) ketika solat hari raya, dia hendaklah mengerjakan solat dua rakaat (bersendirian) .” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-‘Iedaini.
8. Bersederhana Dalam Merayakan Aidilfitri
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya ALLAH tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raaf : 31)
Bersederhana dalam meraikan Aidilfitri merupakan suatu yang wajib dan dilarang berlebih-lebihan dalam segala urusan makan minum, berhias, menikmati bahan-bahan hiburan serta bergaul antara lelaki dan perempuan.
Semoga dengan mengikuti panduan al-Quran dan al-Sunnah dalam menyambut Aidilfitri ini, kita bukan sahaja memperolehi kegembiraan di dunia bahkan kegembiraan yang hakiki apabila bertemu ALLAH di akhirat kelak. AMIN.
Disusun oleh:
Abu Raihanah Al Atsary

Aku orang biasa.
Buat benda biasa.
Blog aku biasa-biasa.
Aku suka menulis tentang benda biasa.
Tapi aku akan jadi Lagenda!.
bah bah bah
Pra-Sekolah - Tiada
Sekolah Rendah Kebangsaan
Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen
Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal
Universiti - Kejuruteraan Mekanikal
KILANG - Maintenance
TIDAK BOLEH :
-BERKATA KESAT
-MEMUJI
-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA
-MENGIKLAN
MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH