Thursday, July 4, 2013

Nota Mat Kilang #Apa itu Dandang

Dandang adalah;
Kebuk tertutup
Panaskan air
Menghasilkan Stim
Tekanan melebihi atmosfera

Di Sabah, barang dapur ini bernama Dandangan. Perkataan yang terbit dari kata dasar Dandang.

Dandangan

Hari berganti hari. Zaman berubah. keperluan terhadap Stim bertambah dari segi kegunaan dan kuantiti...

Bahan bakar dibakar, udara panas dialirkan ke arah paip yang mengandungi air (yang kemudian akan menjadi stim).
Untuk menjimatkan bahan bakar, efficiency mesti ditingkatkan. Kadar pemindahan haba dari udara panas ke dalam paip yang berisi air mesti ditingkatkan. maka, jumlah permukaan yang dipanaskan mesti ditambah. Ia dipanggil 'heating Surface'. Paip yang membawa air dialirkan ke dalam paip yang lebih kecil dipanggil tiub.

Economizer Header and it's Tubes

Salah satu kegunaan stim adalah untuk menggerakkan Turbin yang kemudian akan menjana tenaga elektrik. Tapi dengan satu syarat, stim yang dibekalkan mesti stim kering/dry steam untuk menjaga 'kesihatan' bilah turbin dan untuk mendapatkan tenaga yang optimum. Stim kering biasanya dihasilkan dengan menukarkan stim tepu/sturated steam kepada superheated steam (aku pun tidak pasti nama bukan PPSMI).

Superheater Tube

Secara ringkasnya, bahan bakar/fuel akan dibakar di dalam kebuk pembakaran/furnace, haba panas dari pembakaran tersebut akan disedut dengan menggunakan kipas/Induce Draft Fan dan akan melalui tiub-tiub termasuk Super heater. Udara yang akhirnya kurang panas (sebenarnya masih panas) akhirnya dilepaskan ke udara melalui cerobong/chimney.

Ia tidak berakhir di situ. Satu lagi cara penjimatan ditemui apabila tenaga haba yang terdapat pada udara kurang panas yang ingin dibebaskan ke udara sebenarnya masih boleh diambil dan boleh digunakan untuk pra-pemanasan/pre-heat air yang bakal dipanaskan menjadi stim. Ia dipanggil Economizer. Desain yang lebih kurang sama dengan Superheater untuk mengoptimumkan pemindahan haba.


Akhirnya, sebuah dandang boleh mencapai saiz sebesear ini malah ada yang lebih besar. Gambar di atas menunjukkan sebuah dandang berkapasiti 80 tan stim sejam pada tekanan lebih kurang 52 bar. Lengkap dengan tiga tingkat Superheater, satu tingkat Evaporator (peringkat sebelum masuk Superheater), Enam tingkat Economizer.

Bahan Bakar terdiri daripada Tandan kelapa sawit yang kosong dan sudah dikisar, Tempurung buah kelapa sawit dan sabut buah kelapa sawit. Kalau bukan dibakar di dalam dandang, agaknya ke mana sisa bahan buangan ini perlu dibawa?
.

Tuesday, July 2, 2013

Lagenda mat Kilang #Cari Orang


Suasana dalam bengkel masih sama seperti dua tahun lepas aku jadi pekerja baru. Thumb Print orang lama sangat berdisiplin. Biasanya paling lambat mereka masuk kerja adalah 10 minit sebelum waktu kerja.
Masuk bengkel dengan riak wajah masing-masing bergantung kepada mood. Kemudian simpan bekal makanan di loker masing-masing. Capai dua bungkus 3in1. Campak satu 3in1 di atas meja untuk sesiapa sahaja yang mahu. Capai cawan, basuh dan bancuh air. Duduk atas kerusi depan meja panjang di tengah-tengah bengkel.
Satu persatu orang maintenance masuk dan beberapa orang dari department lain yang suka datang meneduh kasih. Ceh!.

Aku bancuh perlahan teh-o suam dalam cawan kecil. Tiba-tiba aku terpikat dengan minuman mudah ini sejak sakit gigi tempoh hari.
Plastik yang membungkus karipap inti mihun dibuka, aku ambil satu, selebihnya ditolak ke tengah meja sebagai pelawaan.
“kuih jeeeewwww???” Seseorang bersuara dengan perli rutin.
“aku malas makan kenyang kalau sarapan.”
“malas makan kaaa…”
“Kahwin lah kau cip. Nanti ada juga orang sediakan bekal.” Pemerli 2 memotong perlian pemerli 1.
“CIS!! Mi lagi? Ubi sudah habis ka di Sabah ni?.”

 [Jeda]

Kata orang, antara kayu ukur keberkesanan preventive maintenance di kilang adalah masa rehat pekerjanya. Preventive maintenance baik, breakdown kurang, kerja kurang, pekerja rilek.
Petang berlalu perlahan.
Tiada notification dihantar bermakna tiada tugas dan meja panjang di tengah bengkel menjadi tempat berbual, bersyarah, bercerita dan tempat minum 3in1.
“baju baru company sudah sampai. Nanti kamu semua pergi ambil di pejabat. Dua helai satu orang”
“kriik kriik kriik” tajuk perbualan aku kurang mendapat sambutan.
“Tambah dua helai baju ni, akhirnya aku ada enam baju kerja. Boleh la aku cuci baju seminggu sekali” aku tambah.
“kriik kriik kriik” tajuk perbualan aku masih kurang mendapat sambutan.
“Dulu empat helai baju…” aku cuba tambah lagi
“Ini bukan masalah bilangan baju atau mesin basuh. Kau perlukan mesin basuh fully automatic nih” Sambutan yang aku paling tidak harapkan menerjah.
“Erk!”
“Cepat-cepat lah kau..”

 [Jeda]

Balik kerja, penat. Rebah depan komputer hingga waktu maghrib. Ada orang bagi salam dan terus masuk rumah. Dia hulur pendrive. Minta movie katanya. Dengan mata kuyu masih berbaju kerja aku bangun hidupkan komputer.
Suasana sunyi.
“Isk. Katil ada. Kusyen ada. Tidur atas lantai?”
Diam.
“kalau ada orang lain dalam rumah ni, kau tak jadi macam ni”
Diam.
“cepat-cepat lah kau!”
Diam. Rasanya diam lebih baik apabila kita yakin akan kalah walau bagi apa hujah sekalipun.

[jeda]

 Hari itu balik awal. Bukan balik awal sebenarnya Cuma balik tidak terlalu lambat. Nanti reput penyapu di rumah kalau aku tak guna.
Dengan lincah lantai disapu diiringi lagu serdadu oleh Iwan Fals.
“Hoi!! Kawen lah kau cepat!.” Orang yang sama lalu depan rumah naik EX5.
Lagu beralih ke pesawat tempurku juga oleh Iwan Fals.

[Jeda]

Hari sabtu setengah hari. Balik rumah matikan enjin motosikal, hidupkan enjin kereta. Sumbat barang dalam beg, tunggu enjin panas.
“mana?”
“Tawau”
“Sendiri?”
“iya lah bah”
“hahaha.. tu lah. Siapa suruh…”

Satu lagi minggu berlalu. Waktu muhasabah paling baik adalah semasa dalam perjalanan ke rumah ibu. 70 kilometer pandu perlahan sebab banyak lori. Maaf kawan-kawan. Islam menghadkan kahwin empat sahaja. Lagipun mana lah aku nak cari chef, tauke dobi, manager, cleaner, driver dan lain-lain.

Kenderaan berbumbung merangkak perlahan membuntuti trailer FFB dan dibuntuti lori angkat EFB. Lagu Manusia setengah Dewa menemani lamunan.
.

Tuesday, June 25, 2013

Meng-Ikan


Semasa mereka ajak aku ikut, aku sempat bertanya dua soalan. Di bagang nanti, ada life jacket ka? mereka dengan yakin menjawab "ada" sebab benda tu compulsory kalau nak buat lesen. Dan aku tanya tentang cuaca, mereka jawab semenjak dua menjak ni, hujan kurang turun. Dan pada hari itu, pengembaraan kami bermula dengan air hujan mencurah-curah ke dalam perahu.



Para nelayan bertolak bermakna bermulalah kerja aku untuk meminjam joran kalau ada yang bawa lebih. Joran memang takkan lebih. Tangsi dan mata kail pun jadi lah.



Sepatutnya gambar ini ada pelangi. Tapi kamera aku tinggalkan di rumah sebab takut kena hujan.



Modus operandi Bagang, malam yang gelap mereka terangi dengan spot light yang dinyalakan dari kuasa generator. Lampu yang terang akan menarik perhatian ikan untuk berkumpul di bawah Bagang dan pada masa yang sama, jaring sudah diturunkan ke dalam air. Kemudian, satu persatu lampu akan dimatikan sebelum jaring di angkat dan nelayan akan melihat rezeki mereka pada malam tersebut.



Awal pagi adalah waktu untuk mengelaskan hasil tangkapan. Hari itu, mereka dapat tiga bakul udang, satu bakul sotong dan berbakul-bakul ikan pelbagai jenis dan saiz. Bulan gelap kata mereka. Nota: Bakul itu besar!



Antara sotong yang mendapat perhatian.



Balik rumah, bukan waktu untuk qada tidur. Bersihkan hasil tangkapan, sumbat dalam peti sejuk, buka google, cari resepi masakan sotong, berlatih hingga jadi sedap. Ini yang aku lemah kalau benda meletup masa di gorang nih.



Ini ikan Terbang. Ya! ia boleh terbang. Ko pernah tengok cerita Life of Pi? kan ikan terbang tuh!



Gambar sebelah kiri diambil pada 8 Februari 2012 manakala gambar sebelah kanan diambil pada 15 Jun 2013. Setahun berlalu, sepertinya gambar aku distorted secara melintang. Bilang orang, makin leper. Haha

Nota: 1) Bagang. Sila baca betul-betul... B-A-G-A-N-G. Ba-Gang!!
.

Thursday, March 21, 2013

Politik dan Agama Mengikut Perspektif Islam


Semasa zaman kebangkitan atau renaissance berlaku pertembungan sengit di antara istana dan gereja di satu pihak dan di antara ahli sains dengan paderi. Untuk berhadapan dengan masalah ini, ahli politik moden telah memperkenalkan fahaman sekularisme yang memisahkan urusan dunia daripada agama, khususnya dalam bidang politik. Ia berlaku di Eropah semasa mereka ingin keluar daripada zaman gelap yang menyelubungi mereka.

Beberapa tahun berlalu, kerajaan Khilafah Islamiyyah telah jatuh dan Negara-negara Islam telah dijajah oleh orang barat untuk kepentingan politik, kekayaan dan keagamaan. Namun ia tidak bertahan lama apabila mereka terpaksa melepaskan tanah jajahan di bawah mereka. Lord Cromore yang pernah menjadi Gabenor British di Mesir dan Sudan menegaskan betapa penjajah barat perlu melahirkan pemimpin di kalangan anak negeri umat Islam untuk meneruskan agenda Barat dan menghalang kemunculan semula Negara Islam apabila mereka berundur kelak.

Selepas kemerdekaan terancang ini berlaku beberapa dekad dan tersebarnya fahaman sekularisme, timbul sikap negatif masyarakat terhadap politik yang melihatnya sebagai kotor dan jijik termasuklah politik Islam. Supaya umat Islam berpeluk tubuh menerima siapa sahaja yang memerintah asalkan bebas beribadat dan beradat. Ia menyebabkan Islam yang mulia tidak memerintah tapi diperintah.

Bahagian seterusnya dalam buku ini membezakan fahaman Islam dan fahaman Sekularisme…

“Sentiasa ada di kalangan umatku kumpulan yang bangkit menunaikan perintah Allah, tidak boleh memudaratkan mereka oleh orang yang mengecewakan mereka atau menyalahi mereka sehingga tibanya keputusan Allah, mereka terus tidak berganjak dalam keadaan itu.” 

Tajuk: Politik dan Agama Mengikut Perspektif Islam
Tebal: 53 mukasurat
Penulis: TG Hj. Abdul Hadi Awang
Harga: RM5.00 SAHAJA
Kedai: Pejabat PAS Kawasan Tawau (Abang Dai)
Penerbit: Jundi Resources
Entri Lain: At-Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran : As-Saff
...

Thursday, March 14, 2013

Skuad Halimunan


Cerita dimulakan dengan beberapa siri serangan oleh orang yang didakwa oleh saksi sebagai halimunan. Beberapa orang terbunuh, seorang wanita hamil diculik. Kenapa? Itulah misterinya…

Manusia halimunan adalah beberapa orang terpilih yang dihasilkan secara genetik, dibesarkan malah dilatih dari kecil. Mereka memiliki beberapa ciri yang membolehkan manusia sekeliling tidak tahu tentang kehadiran mereka malah khayal tanpa mereka sedari.

“Kita antara hidup dan mati. Bagi aku, sama ada kita menang peperangan ini, ataupun kita mati sahaja. Tidak ada istilah menyerah dan menghabisi masa tua dengan label bekas anggota pemisah. Aku hanya mahu menang ataupun mati sebagai anggota pemisah. –Lahaji, Ketua Pengganas Gerakan Pemisah Borneo.

Iklan: marilah sama-sama kita doakan perwira kita yang berada di medan juang supaya kembali dengan kejayaan.

Tajuk: Skuad Halimunan
Tebal: 317 mukasurat
Penulis: Bahruddin Bekri
Harga: RM16.00 – 35%
Kedai: PWTC: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Penerbit: PTS Pop
Entri Lain: Dunia Ini Sederhana Kecil, Diari Mat Despatch, Di Mana Terangnya Bulan
...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code