Gambar tiada kaitan.
Sepuluh Zulhijjah. Hari meraikan pengorbanan. Maka ramailah umat Islam yang berkemampuan dan berkeyakinan dengan janji Allah menunaikan ibadah korban.
Masa itu, matahari belum begitu terik memancar semasa kerbau ditumbangkan diiringi gema takbir dalam hati dan bunyi snap gambar dalam telefon. Dalam pada menunggu sang lembu menghembuskan nafas terakhir, beberapa orang senior sudah siap meraba hulu parang dan pisau yang tersisip rapi di pinggang. Apabila tiba masanya, mereka terus menjalankan kerja menyiat kulit lembu dengan skill masing-masing.
Yang aku tidak senang hati adalah junior hanya bekerja sebagai tukang pegang dan tukang angkat sahaja sementara senior menjalankan kerja macam doktor bedah dengan machonya.
Semasa salah seorang senior berusaha untuk memisahkan rusuk lembu dari vertebra, keadaan agak sunyi dan aku rasa perlu untuk memecahkan awkward moment tersebut.
Aku kata, “Waaa.. banyaknya tulang rusuk kiri!”
“Krik krik krik.”
Aku pandang bapak, dia pandang balik sambil minum air sirap.
Aku pandang senior, dia masih tekun memotong tanpa mengelap peluh.
Aku pandang sekeliling, “krik krik krik”
Ah… rindunya kawan-kawan lama yang memahami butir bicara walau sedalam mana isi tersirat atau sebesar mana sarkastik ayat aku.
0 Perbincangan:
Post a Comment