Kali pertama aku beli buku adalah masa semester pendek. UTM kosong dari pelajar. Kami baru tahun satu. Tiada kerja sekolah. Tiada projek. Cuma ada makmal setiap hari. Masa tu Pjo (bukan nama sebenar) dan Pali (pun bukan nama sebenar) ajak aku pergi BADAN.
Badan Cemerlang (kalau kamu perasan, banyak buku yang aku baca dibeli di kedai ni) menyediakan 10% diskaun untuk buku bacaan. Dengan syarat ada kad keahlian. RM5/setahun. Buku pertama aku beli adalah “Formula solat sempurna”.
Dipendekkan cerita. Sekarang tahun 4. Hujung bulan ni mau balik rumah. Bukan di taman Universiti. Tapi di Sabah. Pening kepala fikirkan buku. Tak mau bagi orang. Tak mau jual. Mau bawak balek jugak!.
Dah siap kemas. Tinggal cari tokei yang mau tolong gua hantar barang-barang ni.
Mau yang paling selamat
Paling cepat
Paling murah.
Haha..aku pengguna. Aku ada hak memilih. Whoa!
Buku itu bukan ilmu. Tapi ia adalah medium untuk menyimpan ilmu. Just like your head!
~Kamsar, 4 Mei 2011, 2.46PM
Catatan:
1. Siapa tahu cara mau hantar barang ni, tolong ajar aku
2. Aku mau hantar balik si Jalak jugak. Macam mana?
3. MPM dengan kerjasama Pos Malaysia ada sediakan kemudahan hantar barang khas untuk mahasiswa UTM. Tawaran yang sangat hebat. Tapi dalam poster tu, diorang lupa letak ayat: “awas: non-peninsularian jangan baca!!”
11 Perbincangan:
1. "Pos Laut", terdapat di Pos Malaysia. Ada lagi satu, Pos Udara "Air Mail", ni mungkin mahal sikit. "Sea Mail" (entah betulkah isitilah ni) atau Pos Laut biasa sampai dalam sebulan. Murah dari kos Pos Biasa.
(ni berdasarkan pengalaman aku, masa hantar buku sekarung dari Kelantan ke Tawau)
2. Wonder...
Blog Pijo : notakaki
Blog Pali : notahati
kenapa ko dak tukar jadi "notalagenda"
HA tiga kali. jak.
se-hati-se-nota ~
sekian.
bah. bagi ana je lah.
1. tak pening
2. pahala berganda
3. jimat duit
sekian.
Kamsar dah lali dengan 3 benda tu. hehehe..
Khairun:
1) sudah ku cek di kaunter pos. laut ngan udara beza 50sen jak. tapi kutetap memilih laut. sekarang pikir masa elah motor.
2) pali dah tukar url. 3 url dalam masa seminggu. haha..aku ndak guna nota sebab blog nih bukan nota. whoa!.
Khairin:
1) oran gpinjam buku tapi x nampak tanda2 dia nak pulangkan. sangat pening.
2) bagi orang, dapat pahala sedekah buku. simpan, bukak mini library, bagi orang pinjam gilir-gilir..ndak tau la. whoa!
3) sekilo RM1.50. sebijik buku berapa berat. ha 3kali ja.
notakaki11:
tau x macam mana nak jadi tokei buku online? aku nak jual buku. haha
Upload jak dalam FB. Pastu tag orang yang ada ramai geng yang minat buku.
uih..bukan aku tanya strategi pemasaran. aku nak tau mcm mana nak start.
Ooh, nak mula senang je.
1, 2, 3..mula!
haha..aku sangka kira sampai 2 jak.
patutla akak gatal tangan, rupanya ade org nak bgi akak buku..kan?
hu. leh guna post malaysia.
akak dulu guna courier service yg terus hantar depan umah, tp akak semenanjung.
cuba kira, berapa total buku dan berapa nilaian mereka semua.
yang akk dulu, 25kg untuk satu kotak, 25kg = rm 24. tp lepas tu ade diskaun la.. buku akak dulu 4 kotak tv 36 inch. sebenarnya terlebih berat, satu kotak dah jd 30 kg-35kg,tp tokey buat tutup mata.
keh keh keh..trima kasih bagi info.
semoga betul2 dapat buku free..
Post a Comment