Sejam selepas tiba di Kota Kinabalu, kami bergerak ke Kota belud untuk menyertai Kem Remaja Islam (KRIS) di sana sebagai fasi tambahan dan penceramah.
Adik Usrah aku di UTM menjadi fasi dan meminta aku menggambari ahli kumpulannya.
Aku kagum dengan kesungguhan AJK yang ingin berubah dan merubah.
Aku segan dengan kesungguhan peserta yang ingin belajar dan berubah.
Tanah besar semenanjung bertemu dengan borneo di sebuah sekolah di Kota Belud.
Dari kiri depan: Rumput kering yang baru dipotong
Laporan versi skema
Kem Remaja Islam, KRIS menggariskan lima tajuk penting untuk diketengahkan dalam program. Aqidah; tajuk yang wajib difahami oleh semua muslim. Pegangan utuh ini yang akan membezakan diantara Muslim dan bukan Muslim. Ibadah; selepas menjadi muslim yang benar, konsep ibadah yang difahami akan membezakan antara Muslim by name dan Practiced Muslim. Antara muslim by change dan muslim by choice. Akhlak; setelah menjadi muslim yang mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup, akhlak Islamiyyah diterapkan dalam diri mereka untuk memastikan mereka mampu menjadi contoh kepada muslim yang lain dan bahan dakwah kepada semuanya. Sirah; menjadi muslim berbakti bermakna bakal menempuh pelbagai ujian termasuk yang senang, susah dan memeningkan kepala. Sirah Nabawiyyah akan menjadi tempat rujukan mereka. Ukhuwah; hidup tidak mungkin dapat dijalankan secara berseorangan. Yang bersendirian lebih mudah dibaham walaupun dia memiliki kesemua elemen di atas.
Lampiran
Salah satu LDK yang aku terlibat adalah LDK tentang Ibadah. Peserta sangat responsif dan bertanya banyak soalan. Antaranya adalah;
1- Puasa
“tahun lepas, saya puasa 5 hari jak masa bulan ramadhan. Sebab saya susah betul bagun untuk bersahur.”
“apa kaitannya tu?”
“Kalau mama saya kasi bangun, saya tidak boleh bangun tuh. Bila pagi baru saya terkejut. Ya ampun! Kenapa tidak kasi bangun saya!. Jadi saya pun tidak puasa”
“aik? Napa ndak puasa? Puasa jak lah”
“eh, boleh ka puasa kalau begitu bang?”
“erk!! Kah kah kah kah kah kah kah….”
2- Solat
“abang cakap tadik, solat sunat kita ni akan back-up solat wajib kita”
“yap!”
“tapi kalau kita solat wajib ndak khusyuk, pastu solat sunat pun ndak khusyuk. Macam mana la kunun?”
Aku kongsikan perbincangan di atas bukan untuk mintak jawapan. Tapi aku nak kongsikan tahap pemikiran dan kefahaman agama remaja di sini (bukan semua). Apa pun, aku sangat suka di sini sebab semua pani- pani belaka!. bah bah bah
0 Perbincangan:
Post a Comment