Awas! Entri ini mengandungi banyak gambar. Dan yang paling menjengkelkan, gambar aku paling banyak!. Bhaaahahahhaha..
Kembara anak muda atau KERANAMU’11 adalah program batch PMI UTM (ini pendapat aku lepas tengok pesertanya) yang baru grad.
Hari pertama program, hanya empat orang sahabat datang ke Sabah. Bersama dengan seorang saudagar emas, kami menuju ke Semporna. Sebuah pantai peranginan bernama Tampi-Tampi (atau dikenali sebagai pantai Aspalela) menjadi mangsa kegilaan swimmer dan photographer.
Pemandangan yang indah di Semporna memang boleh digambarkan dengan ayat yang hebat. Tapi di sini aku hanya letakkan ayat terakhir di setiap penerangan..
“aku dah malas nak cerita. Baik ko pegi sendiri!. Rugiii oooo tak pegi!”
Empat sekawan ni bermalam di Kampung Sungai Imam. Sebuah kampung pertanian dan nelayan. Pada sebelah pagi, kami pergi ke lapangan terbang Tawau untuk menjemput sahabat lain.
Kampung aku mempunyai cerita yang menarik untuk dikaji. Cerita tentang seorang imam, sungai dan epal…
Pada sebelah malam, kami menaiki bas ke Kota Kinabalu selama lebih kurang 10 jam… dan solat subuh di atas bas. Whoa!
Laporan versi skema
Tawau: Mendapat jolokan ‘Bumi Peladang’ kerana penuh dengan kawasan ladang terutama sekali ladang kelapa sawit. Antara tempat unik yang berada di Tawau adalah Pasar gantung; sebuah pasar yang sarat dengan barang jualan tergantung yang terdiri daripada pakaian dan cenderahati, Pasar tanjung; biasa dipanggil pasar besar dan pasar baru. Tempat membeli buah-buahan, sayur, barang makanan kering dan sebagainya, Taman Bukit Tawau; salah satu daripada sumbar air paip Tawau. Ada air terjun. Ada air tidak terjun. Semua ada air untuk mandi manda. Yang penting bayar sebelum masuk. Bukit Gemok; bukit yang tinggi dan indah di Tawau. Sesuai untuk aktiviti lasak memanjat bukit.
Semporna: Daerah yang sangat terkenal dengan hidangan makanan laut yang segar dan murah. Terdapat banyak pantai yang indah dan beberapa pulau yang pasti menggamit perasaan. Whoa!. Barangan cenderahati seperti mutiara juga sangat mudah didapati di sini.
0 Perbincangan:
Post a Comment