Thursday, March 26, 2015

Projek Mengikat Suami


"Awak pasti ka ini rumahnya?" Datin Senah melangkah keluar dari kereta BMW M3 warna hitam pemberian suaminya, Dato' J.
"Confirm la datin! Dah banyak kali saya datang sini bawak kawan. Takkan la saya tidak kenal lagi jalan ke sini." Jawab Johan sambil terkocoh-kocoh cuba membuka pintu kereta di bahagian penumpang tapi Datin Senah terlebih dahulu keluar sendiri dari kereta.
"Dukun spesis apa yang tinggal di kawasan perumahan?" Datin Senah masih belum berpuas hati.
"Haish.. Datin ni.. Sekarang dah moden la. Dukun ni pun saya jumpa dalam YouTube. Saya nampak dia keluarkan jin dari badan sorang perempuan."
"Hmmm.. Yelah.. Ada la sikit ciri dukun tu.. Bukannya tidak ada langsung" kata Datin Senah sambil melihat alamat rumah taman tersebut pada cebisan kertas yang dari tadi dipegangnya.

No. 66 Lorong 6/A,
Taman Kejora, Jalan Mati,
91666 Tamau.

[Jeda]

"Eh, kan awak ni dukun yang hebat. Takkan la saya perlu cerita lagi masalah saya" Datin Senah cuba menguji kompetensi Ustaz Kamal yang berkopiah putih, berkain pelikat Cap Gajah Duduk dan berbaju melayu. Baru balik dari masjid katanya.
"Hmm... Awak.. Eh, Datin pernah jumpa doktor yang tidak tanya masalah pesakit dan terus tahu dia sakit apa?" Ustaz Kamal cuba berlapik bahasa walaupun masih terkejut kerana dipanggil dukun sebentar tadi.
Johan mengerling ke arah Datin Senah sambil mengerut kening perlahan sebagai isyarat menyuruh bosnya mengalah.
"Baiklah Tok. Sebenarnya saya datang ni nak mintak tolong tok untuk buatkan jampi pengikat untuk suami saya. Saya syak dia selingkuh la tok. Hampir setiap hari balik lewat malam. Ada mesyuarat katanya. Padahal bukannya saya tidak tahu.. Dia ada simpan perempuan lain. Huhu.." tiba-tiba Datin Senah menjadi emosional.
Keadaan menjadi sunyi seketika. Datin Senah dan Johan menunggu respon Dukun Ustaz Kamal. Manakala Ustaz kamal menjadi orang paling runsing di situ sejenak memikirkan dirinya yang disangka dukun malah diminta untuk membuat ubat pengikat kasih. Hatta dia sendiri pun kadang kala berhadapan dengan konflik keluarga dengan isteri. Tidak dinafikan itu adalah asam garam dalam kehidupan berkeluarga. Tapi dia yakin setiap masalah ada penyelesaiannya. Dan sekarang seorang isteri orang lain datang bertemu dengannya untuk meminta pertolongan.

"Ayang... Tolong ambilkan papa sebotol air mineral" Ustaz kamal tiba-tiba bersuara memanggil isterinya di dapur yang sedang membancuh air panas.
Johan sedaya upaya mengekalkan mimik muka yang cool walaupun dia tidak cool sama sekali selepas mendengar perkataan ayang dan papa dari mulut seorang Dukun yang kononnya lagenda.
Tidak lama kemudian, isteri Ustaz kamal keluar membawa sebotol besar air mineral, milo panas dan sepinggan biskut kering. Lalu duduk di sebelah suaminya rapat-rapat selepas menghidang makanan dan minumam kepada tetamu.
Ustaz kamal melempar segaris senyuman kepada isterinya sambil mengucapkan terima kasih. Lalu mencapai sebotol air mineral dan membuka penutupnya. Dengan serius, dia memandang botol air itu lalu membaca ayat suci Al-Quran dan beberapa doa dengan nada sedikit kuat untuk didengari oleh tetamunya.
"Hmm.. Baikkah. Datin ambil air ni." kata Ustaz Kamal sambil menolak botol air ke arah Datin Senah.
"Saya kena tuang air ni kat mana tok? Atau kena sapu muka suami saya masa dia tidur?." Datin Senah membetulkan tudung berjambulnya.
"Ehem.. Tidak. Awak kena bagi suami awak minum air ni... Campurkan sedikit ke dalam air minumannya setiap kali awak hidangkan air." Jawab ustaz kamal serius.
"Tapi yang hidang air biasanya orang gaji jerrr"
"Lepas ni, awak yang kena hidangkan air!" Jawab Ustaz Kamal serius.
Datin senah terkejut dengan perubahan sikap Dukun. "Itu saja?"
"Ada lagiiii.... Awak kena campurkan air ni dalam makanan yang suami awak makan"
"Tapi, orang gaji kami yang masak dan hidang makanan"
"Lepas ni, awak kena tolong orang gaji awak masak dan awak yang hidang makanan!"
Datin senah membetulkan duduknya yang semakin tidak selesa. Johan dari tadi terdiam.
"itu saja?"
"Ada lagiiii.... Awak kena campurkan air ni ke dalam air mandian suami awak"
"Haih.. Ini sudah lebih tok. Air sebotol ni mana cukup. Lagipun air mandian suami saya dalam tab mandi biasa campur lavendar accent. Dan orang gaji kami yang sediakan."
"Lepas ni awak yang kena sediakan semua tu. Accent lavendar tu letak la jugak. Dan air jampi ni boleh top up dengan air mineral biasa. Sebelum habis, awak top up la sampai penuh balik"
"Hmm.. Baiklah tok. Itu saja kan."
"Ada lagiii... Semasa awak buat semua ni, dia ada syarat pulak" Ustaz Kamal semakin bersemangat sambil menghayun-hayun biskut kering di tangannya semasa bercakap sebelum mencelupnya ke dalam milo.
"Apa syaratnya tu tok? Datin sanggup bayar berapa pun tok kalau berjaya" Johan tiba-tiba bersuara.
"Hmm.. Saya tak minta bayaran pun. It's FoC boh!. Tapi syaratnya memang ketat. Dengar baik-baik".

Datin Senah dan Johan memasang telinga dengan wajah serius.
"Semasa awak hidangkan air, makanan dan sediakan air mandian, awak kena berdandan dengan wajah dan pakaian yang paling cantik. Awak ada banyak duit kaaaaan. Dan kalau boleh suap, awak suapkan lah suami awak tu sambil membaca jampi ini"
"jampi?" Datin Senah menyampuk
"Ya.. Saya mahu awak hafal dan amalkan baca surah Al-Insyirah."
Ustaz Kamal mengakhiri petuanya lalu bersandar di sofa. Tugasnya sebagai dukun terjun sudah selesai.
Datin Senah dan Johan kemudian meminta diri Untuk pulang. Mereka dihantar ke muka pintu bersama doa kebahagiaan dari pasangan yang mengharapkan kebahagiaan kepada semua pasangan suami isteri di seluruh dunia. Whoa!
...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code