Wednesday, May 26, 2010

Kasih Ibu: Sebuah Cerita

Kasih ibu kasih sejati..
Kasih ibu membawa ke syurga..
pernahkah kita bertanya..

apakah yang telah kita lakukan untuk ibu?
apakah yang telah kita doakan untuk dia?
apakah yang telah kita berikan kepadanya?

satu kisah benar yang benar-benar menggugah jiwa seorang anak yang masih belum mampu memberikan apa-apa untuk sebatang tubuh bernama ibu..
satu kisah tentang kasih ibu yang telah menggegarkan dunia selepas berlakunya satu malapetaka di tanah besar..

semoga kita mendapat ibrah daripada cerita agung ini..
YOU MUST REMEMBER THAT YOUR MOTHER WILL ALWAYS LOVE YOU!!





sila klik pada imej untuk besarkan..
~ada soalan?~

catatan:
1) i love you mom!
2) i will always love you mom!

Tuesday, May 25, 2010

HANYA DI SINI part 5


Terjumpa di sebuah kampung..
Aku..no komen..


BONUS
ps:ini hanyalah sekadar jenaka yang aku temui di internet..susunan ayat dia amat menarik..kihkihkih...


untuk memanjangkan lagi post ni, aku nak kongsi satu cerita...

alkisah, pada satu hari, PBB bercadang ingin mengadakan acara sukan tahunan yang mewakili negara-negara yang mereka kuasai..

dipendekkan cerita, 3 negara berjaya ke peringkat akhir dengan jumlah mata yang sama..iaitu: Amareka, jepun dan negara X..

acara terakhir ini adalah yang paling susah. setiap negara dikehendaki menghantar pasukan polis mereka yang terbaik untuk bertanding!. peraturannya mudah..
1) dalam sebuah hutan yang dipanggil hutan simpan ramipasu ramipasu, mereka dikehendaki menangkap seekor arnab dengan hidup-hidup dan dipersembahkan kepada wakil PBB yang hadir..
2) pasukan yang dapat membawanya akan menang..
3) sebenarnya, dalam hutan tu, xda seekor arnab pun!..

AMAREKA:
paskan ini terdiri daripada agen-agen khas yang diambil dari beberapa unit penting negara tersebut termasuklah agen CSI, X-Files, FBI, MIB dan sebagainya..
berbekalkan peralatan canggih yang mereka ada, mereka terus mencari selama seminggu! GPS, GIS, satelit pengintip, X-men, pelakon Lost.. semua memainkan peranan namun hampa...


JEPUN:
negara yang terkenal dengan teknologi ini sungguh bersemangat berjuang demi nama baik negara mereka..kamen rider Kabuto sebagai ketua kumpulan berganding bahu dengan semua gransazer, ultraman, pokemon dan sebagainya bertungkus lumus selama sebulan di dalam hutan tersebut..namun, hasilnya juga hampa..


Dan...
NEGARA X:
pasukan polis negara ini yang terdiri dari 3 orang polis sahaja yang hampir bersara..ketua polis, sorang prebet dan sorang SB masuk ke dalam hutan pada waktu pagi...
apabila semua krew yang membawa mereka ingin pulang ke tempat masing-masing, tiba-tiba, pasukan ini terus keluar dari hutan dengan membawa seekor tapir berwarna hitan!
semua hadiri kehairanan..mereka menamatkan pemburuan kurang dari 2 jam!
setelah satu perbincangan diadakan, pasukan polis negara X diisytiharkan sebagai pemenang!..


dipendekkan cerita, setelah ramai rakyat dari negara lain melakukan demonstrasi besar-besaran membantah kemenangan yang berbau penipuan itu, negara X mengambil langkah berani untuk mengadakan sidang media untuk membuktikan kebenaran mereka..

pada hari sidang media...
tapir hitam yang ditangkap pada tempoh hari naik ke pentas dan mengambil mikrofon..sambil mengangkat tangan, dia bersumpah.."dengan ini, saya bersumpah bahawa saya adalah seekor arnab yang comel dan berwarna putih..."


~the end!~
kalau x best, sila abaikan cerita ini..hahahahaa...

catatan:
1) jadilah orang yang jujur! supaya generasi akan datang tidak terlalu penipu!
2) jangan suka sangat bersumpah walau kamu di pihak yang benar
3) TAHNIAH KEPADA NEGARA X!

~ada soalan?~

Sunday, May 23, 2010

Gotong Royong Sekampung

Salam..
Pada Hari ahad yang lepas, Kampung Sungai Imam sekali lagi mengadakan gotong royong secara besar-besaran dengan bantuan pihak Bomba Tawau. seawal pukul 8.30 pagi, ramai penduduk kampung yang berbekalkan parang dan mesin memotong rumput telah berkumpul di Masjid Kampung.. gotong royong ini berakhir lebih kurang sejam kemudian selepas para penduduk kampung yang hadir menjamu selera dengan juadah yang disediakan. sekian!


kaum muda berteduh melihat kaum veteren bergaduh dengan semak

kaum veteren menurunkan ilmu kepada kaum muda

lagi..berteduh

kerjasama..bomba dan penduduk kampung


modul: tolak pokok sampai tumbang!

menjamu selera

MAKLUMAT TAMBAHAN:
23mei>>gotong royong bersama pasukan bomba (8.30am)
>>mesyuarat bersama ketua polis tawau dan pasukan rela (2pm)

26mei>>kempen bumi hijau jabatan pertanian: pengagihan 4 jenis benih sayuran, beg plastik dan baja kepada penduduk kampung secara percuma

27mei>>klinik bergerak ke Sungai Imam dan pemeriksaan kesihatan secara percuma

30mei>>gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan di kampung..


~ada soalan?~

catatan:
1) program dijadual bermula 8.30am. kami sampai 8.38am..diorang dah duduk lepak sebab kerja dah setel!

Sunday, May 16, 2010

Hari Guru : Cerita seorang pelajar biasa

Salam..
Bagaimana aku telah menjadi aku yang sekarang?. Satu persoalan yang masih belum terjawab. Perjalanan yang telah ditempuh bukannya pendek. Peluh dan air mata setia menemani tatkala tawa ria berlalu pergi..
Bermula dengan seorang budak kampungan yang baru berpindah rumah ke Kampung Sungai Imam, aku bersekolah di situ..



SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI IMAM TAWAU

Cikgu Irwan Sani
Cikgu ni ajar aku subjek sains masa kau darjah 6. Dia tahu aku memang minat sains. Lebih-lebih lagi computer..(masa tu aku belum pernah sentuh lagi)..masa dekat dengan UPSR, dia bagi pengharapan supaya aku dapat A untuk Sains. Dia bagi pinjam buku rujukan sains yang dia guna untuk mengajar lepas dia dapat tahu aku tak ada sumber rujukan lain untuk UPSR. Akibatnya, aku dapat A! haha..makaseh cikgu! Masa aku dah masuk UTM, adik aku kata cikgu Irwan ni masih lagi ingat aku dan jadikan aku contoh kepada murid-murid dia termasuk adik aku sendiri..huhuhu..sekarang dia dah pindah tanpa aku sempat lawat dia kat sekolah..


Cikgu Razak
Cikgu ni ajar aku subjek Bahasa Melayu kertas 2 (Karangan) masa aku darjah 6. Nak dijadikan cerita, hari tu aku tulis karangan dia dengan pensel HB. Cara dia mengajar, dia akan panggil murid dia sorang-sorang ke depan untuk semak karangan dan terus tegur yang salah masa tu jugak. Masa giliran aku, dia jem! “tulisan kau ni sudah lah jelek, kau tulis lagi pakai pensel ndak terang. Mana boleh cikgu baca”.. “mana pensel yang kau guna tulis ni? Aku pun tunjuk kat dia pensel HB aku yang sepanjang ibu jari..haha..rasanya masa tu dua-dua hujung dia pun ada mata. Dengan pantas dia terus ambil pensel 2B warna merah yang belum diraut dalam beg dia dan bagi kat aku..huhu..makasih cikgu! Aku akan terus menulis sampai bila-bila dalam jalan dakwah ni supaya cikgu boleh dapat saham..


Sir Riduan
Cikgu ni ajar aku Bahasa Inggeris. Cerita tentang dia? Aku selalu kena kutuk oleh dia sebab tulisan aku paling buruk pernah dia jumpa.haha..hinggakan dia kata aku nanti tak boleh jadi jurutera,arkitek atau kontraktor. Sebab apa? Sebab kalau aku buat jamban nanti akan jadi jamban senget..haha..dia siap lukis lagi jamban tu (sampai aku dipanggil jamban senget)..disebabkan kecintaan aku terhadap sains sangat tinggi, aku nak buktikan yang dia salah..akibatnya, aku gagal Bahasa Inggeris masa UPSR..haha..tak apa. Yang penting nanti aku akan jadi jurutera yang terbaik..chee…


Ustaz Anuar Bin Kadir
Ustaz ni ajar aku pendidikan Islam masa darjah 6. Sangat rajin. Dengan motor sebagai kuda ulang alik dia dari rumah (masa tu keadaan jalan raya..fuh! malas aku nak cerita) ke sekolah(pada waktu pagi) dan masjid (petang untuk ajar KAFA).. tak pernah aku tengok dia marah. Kalau dia ajar dalam kelas, kami semua gelak jak sepanjang masa..haha. yang aku ingat, kat motor dia ada lambang PAS. Lagi satu, dia pernah tunjuk gambar dia dengan sorang lelaki tua berseban kat rumah dia. “sapa ni ustaz?” “ha..ni lah tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat”..aku pun diam..ntah sapa la orang tu..bangga giler dia dengan gambar tu. Lepas habis UPSR, dia buat keputusan untuk pindah sekolah di tempat asal dia, Kelantan. Majlis perpisahan masa tu aku rasa yang paling sebak di dunia.huhu..ingat aku nak cari dia nanti di Kelantan..kalau boleh la..harapan dia? “nanti apabila ulama’ memerintah nanti, ustaz akan pastikan subjek Pendidikan Islam menjadi salah satu subjek wajib lulus dalam UPSR!”..masa tu aku merungut..haha..



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABAKA TAWAU

Cikgu Khamsah
Ajar aku Matematik Tambahan tingkatan 4 kejap jak sebelum dia pindah. Apa dia kata? “setiap kamu ni mesti dimalukan sekurang-kurangnya sekali sehari supaya kamu akan bermuhasabah selalu”. Aku macam setuju dengan dia tapi masih belum faham sepenuhnya maksud tersirat ayat tu. Haha..cikgu yang bertudung labuh tak ajar pendidikan Islam. Memang jarang dijumpa..dia lah yang suruh kami baca selawat “tak ingat nama selawat tu tapi aku masih hafal” sebelum mula kelas..


Cikgu Azrinah Japar
Ajar aku kimia untuk tingkatan 4 dan 5. Pernah dia buat ujian, ramai gagal termasuk aku. Apa dia buat, kami bergilir-gilir lari ke tengah bangunan sekolah yang lapang dan menjerit “saya berjanji tidak akan gagal lagi dalam ujian dan belajar bersungguh-sungguh”..lebih kurang la..malu seh!..tapi rasanya, semua pelajar yang tengok masa tu mengaminkan doa kami.akibatnya, aku dapat A dalam SPM..haha.


Cikgu Affendi
Ajar aku fizik tingkatan 4 dan 5. Apa yang best, dia lihat aku sebagai seorang ahli fizik yang berpotensi. Haha..sebab tu aku semangat belajar subjek macam ni. Maka aku pun jadi satu-satunya pelajar yang dapat A dalam SPM..


Cikgu Andi Norasyikin Yakin
Ajar aku Biologi. Subjek yang tak ada ruang untuknya dalam kepala otak aku. Tapi aku tidak pernah bosan..tak tahu kenapa. Yang aku ingat, sebelum SPM dia sempat pesan untuk cari MARSIS apabila melangkah ke alam kampus nanti..masa tu aku pun tak tahu apa benda la MARSIS tu.. tapi sekarang, aku adalah seseorang dalam MARSIS..terima kasih cikgu!


Cikgu Muhamad Bahron Dan Cikgu Rahmah Daud
Haha..ajar aku subjek erti hidup!..
“budak-budak ni mesti dikasik rasa susah baru diorang mahu berusaha untuk tidak susah nanti” – semasa aku menolong bapak aku kerja dalam waktu SPM. Kalau hari tu tak ada paper, aku akan kerja dengan dia..haha. bila aku belajar? Dalam kelas lah!

“aku ndak akan pukul dorang kecuali dengan dua hal..hal sekolah dengan mengaji Quran” – patutlah aku jarang dipukul..tapi kalau kami buat hal di sekolah, alamatnya jadi macam anak kucing lah..kena black belt..ps: Quran yang aku guna untuk belajar masa kecil ada kesan dua titis darah..sebab apa? Haha..ada lah

“ko makkabbuak ko makanjak e, angka to majak na macciok. Ko makkabbuak ko majak e, dek gaga makanjakna macciok” – kalau kau buat benda baik, pasti akan ada keburukan mengikutinya. Kalau kau buat kejahatan, pati tiada kebaikan mengikutinya..”kalau tanam padi, pasti lalang akan tumbuhbersama. Tapi kalau tanam lalang, tidak mungkin padi akan tumbuh bersama”

Ini hanyalah secebis kenangan seorang budak biasa dalam menempuh hidup di alam madrasah. Ada ramai lagi bintang-bintang gemerlap yang tidak tercerita dalam entri ni. Namun cerita itu akan tetap tersimpan dalam memori seorang pelajar biasa ini…

~ada soalan?~

MENDASYATKAN PERIBADI BIASA MENJADI LUAR BIASA

Saturday, May 15, 2010

HANYA DI SINI part 4



AWAS!!! ANDA SEDANG DIPERHATI..
Salah satu iklan yang menarik perhatian aku (masyarakat sekeliling aku tak pasti). Terletak di tepi jalan apas jugak. Usaha murni Majlis Perbandaran Tawau ini dilihat sebagai satu usaha kearah menjadikan Tawau Bumi Peladang ini sebagai sebuah daerah yang besih dari kutu-kutu sampah.

Laporan terus boleh dilakukan kepada MPT yang membawa denda sehingga RM5000 atau kompoun sehingga RM100!

Saya amat positif kepada kempen ini kerana saya mengharapkan daerah yang saya diami akan menjadi sebuah kawasan yang bebas dari sampah dan bebas dari momokan ramai pihak yang mengatakan Tawau sebagai salah sebuah kawasan yang paling kotor di Sabah.

BONUS

Gambar diambil dari sebuah masjid. Tabung ini khas untuk membayar pengutip sampah. Ahli qariah masjid akan membayar RM5 ke dalam tabung ini.kalau tak silap la…


CATATAN:
1- Sejauh mana masyarakat alert dengan benda ni? Aku rasa belum lagi.
2- Sejauh mana kempen ini dikuatkuasakan? Aku tak tahu
3- Adakah tawau semakin bersih? Aku rasa semakin kurang kotor. Mungkin sebab aku dah tak jalan kaki lagi (melihat keadaan sekeliling)..sejak ada kenderaan sendiri.
4- Aku? Saya seorang pembersih! Cheee…

~ada soalan?

Thursday, May 13, 2010

Bola, Tikam Dan Boikot?

Salam..
Setelah lama kita cuba boikot barangan Yahudi Laknatullah yang....(semua dah tahu rasanya)..
sekarang saya nak tambah lagi beberapa produk yang banyak di negara 1 Malaysia..(lihat gambar di atas)..

ADA APA DENGAN MEREKA?
1) Dia adalah syarikat tunggal yang dapat lesen 'penghalalan' judi untuk piala dunia bola sepak 2010!
wah! mantap seh!..jadi, aku bagi cadangan untuk tambah lagi produk boikot yang ada dalam list kamu sekarang.boleh?
Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
kenapa kamu tak tahu? sebab akhbar yang 'lain' penakut untuk siarkan benda ni maaa...
asumber: http://www.malaysiakini.com/news/131567


SIAPA YANG BAGI?
1) ha! ni lah part yang paling best!
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein (baca:orang Islam),
Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa. Awang Adek juga dilaporkan berkata, dengan pengawalan kerajaan aktiviti pertaruhan dapat dilakukan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini. sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Juditetapharamwalaupunberlesen/Article/


NI LAGI SORANG..
1) Menteri sukan pulak..
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata
“Saya serah kepada Kementerian Kewangan, ini bukan aspek sukan tetapi pengawalan kegiatan perjudian yang semua tahu kegiatan perjudian adalah sekitar perlawanan bola sepak dan sukan lain,” sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SyorlesenpertaruhanPialaDuniadibantah/Article/

catatan:
1) tahniah kepada berjaya kerana telah berjaya! wkwkwk..
2) patutnya masuk buletin utama la..ucap tahniah sekali..
3) kerajaan tak kuar lesen, judi tetap jalan..dia dah kemukakan bukti yang dia tak mampu buat kerja! wkwkwkw..
4) dia nak guna duit judi untuk bangunkan industri sukan?..patut la sukan kita tak naik2..wkwkwk..atau mungkin dia nak guna hasil tu untuk gaji org islam yang kerja untuk sukan tuh? wkwkwk..makan jangan tak makan..
5) ini bukan sukan tapi aspek kawalan judi?..wkwkwkwk..aku ingatkan ini ASPEK HUKUM HARAM YANG ALLAH DAH TETAPKAN..xpa..jom main tunjuk2..

~aku tetap sokong pasukan Malaysia..hahaha..patutlah aku x pandai main bola..~

~ada soalan?~

Wednesday, May 5, 2010

MISI 8A!



Sejak dari kecil lagi, kita selalu mendengar dan diajar agar menjauhkan diri dari perkara yang tidak berfaedah seperti membaca komik jika ingin ‘Berjaya’. Kini komik bukan lagi musuh besar dalam pelajaran. Syarat utama; ia mestilah bermanfaat. PTS mengambil inisiatif untuk menjadikan komik yang sememangnya diminati ramai sebagai medium untuk menyampaikan peringatan terutama kepada yang liat untuk membaca buku.


Karangan dua beradik yang cemerlang dari Johor ini menceritakan tentang seorang pelajar tingkatan 3 yang mengalami masalah pelajaran (ala-ala nobita). Dia hanya cuba belajar apabila semua barangannya seperti permainan video, ipod dan lain-lain telah dirampas oleh ibunya dan berjanji akan mengembalikannya jika beliau mendapat peningkatan dalam pelajaran.
Hidup dan kehidupannya berubah setelah dia bertemu dengan seorang pelajar pintar dari tingkatan yang sama…



Buku ini sepatutnya berda di tangan setiap pelajar yang inginkan momentum tambahan dalam menempuh hidup sebagai seorang yang inginkan kejayaan. Ia memuatkan lukisan yang berkualiti, memiliki unsur-unsur jenaka ala-ala komik jepun dan mempunyai beberapa babak yang menyentuh perasaan..



Penulis/Pelukis: Afiq, Nazry
Harga: RM 6.90 / RM 7.90
ISBN-13: 978-967-5564-23-9
Tarikh Terbit: 20 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 112
Kategori: Komik
Terbitan: PTS Millenia SDN BHD
Beli: Pesta Buku Antarabangsa KL

Monday, May 3, 2010

HANYA DI SINI part 3




Poster eh, papan iklan BESAR ni berada di jalan Apas Tawau. Dalam perjalanan untuk ke tempat LI..
Ia cukup besar untuk dilihat, diperhatikan dan ‘diikuti’..
Mula-mula, aku pun tak pasti sama ada dia nak kempen SOKONGLAH CHELSEA atupun kempen MINUMLAH AIR KENCHING SETAN!..haha.. sapa tak tau Chelsea tu apa, aku gtau, ia adalah salah satu pasukan bola sepak yang ramai peminat termasuklah rakyat 1 Malaysia . Sapa tak tau apa itu kenching setan, aku tabek ‘damper’ ngan dia..punya baik kau ni! itu pun kau ndak tauk ka? Haha..


Aku pun dapatkan maklumat dari sorang sahabat (bukan nama sebenar).. dia kata, “dulu papan iklan ni bukan macam begini nih.. dulu dia letak gambar air najis tu dituang dalam gelas besar. Sejuk! Berkeringat-keringat gelas tu.. kalau bulan puasa lagi..nah! berliur bah orang. haha.. lepas papan tanda tu dibaling dengan cat, baru dia tukar macam ni.. baru lah kau..”


Catatan:
>sah! Ini iklan arak!
>apa akta di Malaysia tentang iklan arak?
>sapa letak ni aku tak tau lagi nak kata apa..
>aku tengok semakin ramai umat Isalam di sini berani teguk benda nih
>persoalan timbul..kenapa? kalau minum benda ni diorang boleh, tapi kalau pegang ANJING atau BAB 1 doorang terasa geli? mana satu haram? haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code