Tuesday, August 31, 2010

Terima kasih!!

Hari ni 31 ogos 2010. Aku bangun pagi buat macam biasa. Sahur macam biasa. Cuba study tapi tak boleh macam biasa. Meeting macam biasa. Tilawah macam biasa. Tapi hari ni sepatutnya hari yang luar biasa!. Apa yang aku kena buat untuk meluarbiasakan hari ni?


Takkan nak buat macam biasa hari ni? Nanti apa pulak kata pejuang kemerdekaan kalau aku tak raikan hari ni?. Hmm.. aku bukak blog macam biasa, kebanyakan blog yang updated bincang pasal kemerdekaan. Ada yang mengucapkan terima kasih kepada semua pejuang. Dengan darah serta peluh mereka, kita dapat mengecap nikmat kesenangan pada hari ini. Yang islamik sikit, ada yang menyeru pembaca untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan nikmat-Nya, kita dapat hidup pada hari ini. Ada jugak yang macam biasa mempertikaikan tentang kemerdekaan kita pada hari ini. Kerana kita masih dijajah dari sudut pemikiran kata mereka. Apa guna merdeka tanah kalau budaya barat kita jadikan kiblat?! Kata mereka. Ada yang kata kemerdekaan ini sia-sia kerana kes buang bayi macam dah jadi kes buang kucing sahaja. Dalam tong sampah pun ada sekarang nih (kira tak buang merata-rata lagi la..).


Terjumpa persoalan di satu blog ni, kalau satu hari nanti, kereta kau kena curi.. kau pun tak puas hati. Cuba cari dan dapatkan semula. Selepas 10 tahun, pencuri tu guna kereta kau, dia tak pernah basuh, tak pernah servis, tak pernah tukar minyak hitam, dan sebagainya seperti biasa orang lakukan. Satu hari, dia pulangkan kerata kau. Itupun sebab dia dah terkantoi dan kau merayu dengan dia untuk pulangkan. Jadi, kau pun dapat kereta kau dengan gembira!.. jadi, patutkah kau gembira?. Aku tak tahu.


Semalam aku pergi ke masjid UTM untuk tengok forum palestin dan kemerdekaan. Ahli panel memang tip top. Pengerusi Aqsa Syariff sorang, penasihat konsultan sorang, pensyarah UTM sorang. Suma bercakap letup-letup. Yang penting, aku dapat banyak mesej malam tu. Tentang Palestin, makna kemerdekaan, isu semasa umat Islam, sejarah dan sebagainya. Yang paling penting, forum tu habis pukul 11.58pm. tak sempat nak pergi mana-mana. Danga Bay lagi lah jauh. Balai cerapan UTM pun tak sempat pegi untuk tengok bunga api. Jadi, patutkah aku gembira? Untuk kes ni, patut sebab Allah telah pelihara hamba-Nya yang datang forum semalam daripada perkara-perkara yang biasa masyarakat sekarang buat untuk menyambut hari kemerdekaan kononnya.


gambar yang aku ambil di skrin. gambar yang bukan di skrin tak jelas

Aku pun macam biasa, balik bilik cuba study macam biasa dan tidak dapat study macam biasa. Maaf sebab terlalu panjang membebel. Aku tau kau nak gi jalan-jalan jap lagi. Jangan risau lah.. kelab malam tutup lambat hari ni.. kim salam ngan awek atau pakwe ya!. Gtau dia, suh hati-hati dengan nafsu binatang ternak.


Malam yang bercahaya itu berlalu dengan penuh makna. Mercun dijadikan symbol indahnya erti merdeka. Anak muda jatuh cinta sesama. Mereka berjalan berdua. Duduk berdua. Dalam gelap gelita. Nak sambut merdeka kata mereka. Tempat suci indah telah di dinodai mereka. Sebagai bukti tanda cinta. Mungkin setahun selepas sambutan merdeka. Si perempuan akan kembali lagi bersama ‘sesuatu’ dengannya. Tempat indah itu akan menyaksikan tangisan budak yang tidak berdosa. Apabila manusia sudah lupa asal usul mereka.

hanya gambar ni yang aku sanggup upload. kredit to my sis. picture: 2 pupu aku, lukuk!
Catatan:
1. Ingat masa dulu edar risalah di Danga Bay waktu tengah malam.
2. Ingat masa dulu aku pun pegi raikan malam tu di Sabah
3. Ingat masa dulu kudengar banyak kes anak luar nikah di tempat aku sendiri
4. Ingat masa dulu betapa jijiknya dilihat orang yang tidak bermoral.
5. Kulihat sekarang orang malu tak ada ‘pasangan’
6. Kulihat sekarang banyak peluang melihat perempuan ‘telanjang’. Adakah ustaz masih nak guna modal pandangan pertama adalah rezeki?
7. PLEASE STOP SEXUAL HARASSMENT TO MEN!!. MY EYES CANT TAKE ANYMORE.

Saturday, August 28, 2010

Menara


Sejauh mana suatu jarak itu akan dipanggil jauh?
Setinggi mana suatu menara itu akan dipanggil tinggi?

Ianya pasti bergantung kepada siapa orang yang ingin memanjatnya. Apa yang pasti, keterburuan adalah suatu yang tidak perlu dalam memanjat menara masing-masing. Kerana sepanjang perjalanan menuju puncak itu terdapat banyak persinggahan atau tempat berehat dan pendakian itu bukan suatu yang mudah.

Novel MENARA karya Isa Kamari ini tidak dinafikan sebagai sebuah novel yang paling susah untuk saya fahami sejak bergelumang dengan buku. Tafsiran menara itu sendiri berbeza-beza mengikut corak pemikiran pembaca.

Dari satu sudut, menara dalam novel ini boleh diertikan sebagai sebuah menara yang menjadi mercu tanda Negara ‘singa duyung’ yang direka oleh seorang anak kampung yang sedang menuju kemuncak kerjayanya. Manakala di sudut lain pula, ia juga boleh dilihat sebagai satu perjalanan hidup yang pastinya memerlukan teman. Jalan yang meletihkan tapi mempunyai matlamat yang jelas iaitu untuk menuju ke puncak.

Menurut penulis, menara menceritakan hari-hari terakhir seorang arkitek yang mengalami keasingan dalam hidupnya. Dia seakan-akan mengalami semacam psikosis atau iagauan semasa mendaki menara ciptaannya. Penyusunan bab dalam novel ini begitu menarik kerana penulis telah meletakkan ingatan (imbas kembali) dan jalan utama cerita (semasa mendaki) secara berselang-seli. Ini membenarkan pembaca dapat mengenali watak utama dalam novel ini sedikit demi sedikit.

Terdapat banyak perbincangan yang ada di dalam novel ini. Ia pastinya menyentap pemikiran pembaca dan mentafsirnya mengikut persepsi masing-masing. Apa yang pasti, pembaca dengan mudah dapat menggambarkan jalan cerita dan seolah-olah dapat melihatnya di depan mata.

“kegilaan ibarat berada dalam igauan panjang, di mana kau cuba menjerit meminta pertolongan tetapi tiada suara yang keluar daripada kerongkongmu. Jika kau Berjaya menjerit, tiada sesiapa yang mahu mendengar ataupun mengertinya pula. Kau tidak akan terjaga daripada igauan itu melainkan ada orang yang mahu mendengar dan mengejutkanmu. Bagi orang demikian, masyarakatlah yang dipandangnya tidak waras. Masyarakatlah yang tidak mengerti”

Catatan:
1. Novel ni memang susah nak faham
2. Untuk menyampaikan sesuatu, penulis selalu menggunakan ayat yang bertapis bagi menjernihkan lagi maksud yang ingin disampaikan mengikut tahap pemikiran pembaca.
3. Kadang-kadang ada perasaan seram yang menyusup dalam jiwa semasa membacanya.
4. Saya sangat kasihan dengan watak dalam novel ini..mungkin dia adalah pembaca sendiri..


Tajuk: Menara
Tebal: 194 mukasurat
Penulis: Isa Kamari
Harga: RM 18.50
Kedai: Quong Ming SDN. BHD Tawau
Penerbit: PTS Litera Utama SDN. BHD

Aku Belum Bersedia..


Salam..

Makluman kepada sahabat-sahabat yang selalu menggunakan ayat seperti tajuk di atas, entri ini berkaitan dengan benda lain..Cuma nak pinjam ayat sahaja.

Sejak memasuki zon perdana untuk umat Islam, banyak perubahan yang dapat aku lihat berlaku disekitar duniaku UTM. Adakah kerana mereka berpuasa atau kerana berkatnya Ramadhan yang menjadikan mereka begitu, hanya Allah yang maha Mengetahui akan hamba-hambaNya.

Kenapa aku berpuasa?

Bayangkan, kalau datang kepada kamu seseorang dan tanya soalan, kenapa ko puasa?. Apa ayat yang akan keluar dari mulut anda?

Contoh 1:
Memang lah kena puasa bro..agak-agak jugak la kalau tak puasa. Tak ke nanti ko kena tangkap. Lagipun, bagi aku lah kan, sapa yang tak puasa ni, memang sah orang lemah dan orang lembik!. Penyakit gastric? Hoho..Itu penyakit orang manja bro..kihkihkih

Contoh 2:
Eh, awak orang Islam. Takkan awak tak tahu.. perut kita ni, mempunyai satu medium yang akan merembeskan asid hidroklirik. Asid ni, berfungsi untuk menghancurkan makanan yang berada dalam perut kita. Ha.. sebab tu umat Islam digalakkan bersahur. Sebab pada waktu itu, asid tadi dijadualkan untuk dirembes dengan banyak. Selepas 2 jam waktu makan, semua makanan tadi habis diproses di perut dan dihantar ke usus kecil. Baki 12 jam kita berpuasa lagi adalah waktu dimana perut kita akan kosong. Apabila asid hidroklorik tadi dirembes lagi, ia sebenarnya membersihkan dinding perut kita dari sisa-sisa makanan. Allah memerintahkan kita berbuka pada waktu maghrib kan..an..an..an.. sebabnya adalah itu dalah waktu di mana perut kita bersih dari sisa makanan. Kalau kita tidak makan pada waktu tersebut, asid tadi akan menghakis perut dan jika kita makan lebih awal, perut kita tidak berapa nak bersih. Subhanallah.. itulah ciptaan Allah..wah!!

Contoh 3:
Ntah. Perintah Allah kan. Ada dalam Quran lau tak silap.

Contoh 4:
La..sebab perut kita ni perlu direhatkan. Sedangkan robot perlukan rehat. Apatah lagi perut kita yang tak seberapa ni. Dalam setahun, mestilah ada waktu untuk rehat bah!.

Contoh 5:
Ko tu budak biasiswa JPA! Mana ko paham perasaan aku nih. Kurang-kurang, kalau aku puasa, bajet boleh lah kurang sikit.

Contoh 6:
Ko tak tahu ker? Ustaz tu cakap, ada kajian yang dibuat oleh Schilvengrez dari Negara ntah apa da.. kalau puasa cara Islam ni, kesihatan kita boleh bertambah dan umur pun boleh panjang tau.

p/s: suma jawapan mantap-mantap. Tapi ia semua menggambarkan niat masing-masing. Kan.. an.. an..

Tak payah nak cerita panjang..


“barangsiapa yang berpuasa dan puasanya tidak membawanya menuju ketaqwaan kepada Allah, makan puasanya bermasalah..”[Ismail Musytari, 2010]


Hikmah puasa

Banyak hikmah kita boleh Nampak hasil dari bulan tarbiyah ini. Terutama sekali di sekitar UTM.
1. Orang ramai semakin galak membaca Al-Quran
2. Orang ramai berlumba-lumba bersedekah
Gambar adalah hidangan berbuka puasa yang disediakan di Masjid Sultan Ismail.

3. Orang semakin ramai datang ke Masjid
Gambar menunjukkan orang ramai yang datang berbuka puasa di MSI sebelum solat Maghrib. Gambar tengah solat tidak dapat diambil kerana penulis sedang solat.

4. Orang ramai semakin sensitif dengan perkara sekeliling
Gambar menunjukkan sudut pidato yang dibuat selepas solat jumaat yang menyentuh tentang isu Palestin.

5. Semakin banyak program Islamik diadakan seperti forum, ceramah dan lain-lain
6. Dan lain-lain.

Jadi apa aku nak sampaikan nih? Ntah la.. yang penting ada lah tu mesej yang sampai kan. JOM PUASA PENUH!. Bagi yang mampu…

Gambar menunjukkan Ramadhan sudah sampai separuh!

Catatan:
1. Puasalah. Kamu tidak akan rugi
2. Betulkan niat puasa.

3. Manfaatkan bulan perdana ini.

Tuesday, August 24, 2010

2 hari lagi!

Apa yang dua hari lagi? 2 hari lagi adalah 17 Ramadhan.

Cuba bayangkan..
Pada suatu hari, anda bangun seawal 5 pagi (untuk orang semenanjung) untuk bersahur. Anda sedar tentang kepentingan bersahur dan anda sebagai seorang pelajar dan dai’e sepenuh masa sudah tentunya tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini.

Walaupun sikit, asalkan berkat. Sedikit roti dicubit dan dikunyah sambil menunggu air dalam cerek pemanas mendidih. Makan sambil tutup mata tentunya bukan sesuatu yang anda inginkan. Makumlah semalam anda terperangkap dengan mesyuarat Ihya’ Ramadhan kolej anda sehingga lewat tengah malam.

Tiba-tiba, Booommm!!!!... anda tersentak. AllahuAkbar!! Apalah budak-budak UTM ni. Dah masuk U pun masih main mercun lagi. Dah la pagi-pagi buta. Agak-agak lah bah jugak.

*****

Usai bersahur, perut pun kenyang, hati senang, wajah riang, jam loceng ditatap beberapa saat.. hmmm.. 20 minit lagi masuk subuh.. boleh lagi tidur satu round nih.. hihihi..bisik hati kecil.. tapi, anda sebagai seorang mahasiswa yang sihat memilih untuk melawan rasa malas dan segera mengambil air wudhuk untuk bertajjud..

usolli..
belum sempat anda mengangkat takbir solat, tiba-tiba satu pengumuman kecemasan diumumkan dan meminta semua mahasiswa berkumpul di dewan sebaguna dengan segera. Tanpa membang masa anda bergegas ke dewan sambil dipenuhi tanda tanya tentang apa yang berlaku.

*****

Pengetua kolej mara kehadapan..
"Assalamualaikum. Dengan masa yang terbatas ini, saya akan jelaskan perkara ini dengan ringkas. Harap semua ambil perhatian. Keadaan Negara kita sekarang telah berlaku huru-hara. Amerika dan Israel telah mengisytiharkan perang ke atas Negara kita dan akan menyerang pada hari 17 Ramadhan. Berdasarkan laporan yang diterima, Singapura turut bersekongkol menyerang kita."

"Semua parti politik termasuk sudah bergabung dan fokus untuk mempertahankan tanah air kita. Kini tiada lagi masalah antara jemaah di Negara kita. Tiada lagi masalah parti politik di Negara kita. Tiada lagi masalah perkauman di Negara kita. Semuanya sudah bergabung untuk menentang Yahudi Laknatullah."

"Saya sebagai wakil kolej ini diarahkan untuk menagmbil sebanyak mungkin nama mahasiswa yang bersedia untuk turut serta dalam perjuangan ini. Secara terus terang, berdasarkan kepada teknologi yang kita ada, tiada jaminan untuk pulang hidup-hidup. Yang pasti, jika anda mati, anda akan mati dalam keadaan tidak menyerah kalah kepada musuh."

"Jadi, siapa yang bersedia, boleh mara kehadapan sekarang juga."

Anda buntu. Anda keliru. Perkara yang tidak terfikir oleh akal seorang mahasiswa yang inginkan keputusan peperiksaan yang baik dan sekadar menjadi pimpinan kepada sebuah kelab kecil yang islamik. Banyak cerita tentang pengorbanan aku dapat dalam usrah dan program. Tapi aku tidak pernah bertanya tentang situasi ini. Apa yang perlu aku lakukan?

Tahukah anda?
Berapakah berat M16 beserta dengan peluru?
Berapakah jarak paling jauh anda boleh lari?
Pada waktu tengah hari, adakah anda bersemangat untuk berpuasa?
Berapakah berat beg anda yang sarat dengan buku?

Nanti..anda akan menggalas bag pack, menjinjing M16 dan berlari kearah musuh pada waktu tengah hari 17 Ramadhan. Para sahabat Berjaya pada zaman mereka kerana apa?. Adakah anda akan Berjaya? Kenapa?.

Pemandangan di atas balai cerapan UTM..14 Ramadhan semasa berjogging..

Untuk menjawab, cubalah lakukan beberapa perkara yang meletihkan dan tengok sejauh mana anda mampu bertahan..

Catatan:
1. Sekadar pembuka minda pada hari yang orang sibuk berbicara tentang hari raya
2. Adakah anda kuat?
3. Apa yang anda tahu tentang tarbiyyah jasadiyyah?
4. adakah anda sudah bersedia?
5. salah satu latihan, bertakbir kuat-kuat jika ada perkumpulan untuk mengutuk serangan terhadap Palestin..hihi..

Friday, August 20, 2010

Mencipta Kecemerlangan Diri


“hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka UTM berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendak-Nya”

“Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia”


Buku mencipta kecemerlangan diri karangan Professor Dr. Mohd Tajudin Haji Ninggal merupakan sebuah karya yang ditujukan khas untuk mahasiswa baru UTM 2010/2011 bersempena dengan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) baru-baru ini. Falsafah UTM jelas menunjukkan bahawa kecemerlangan merupakan satu elemen yang sangat penting untuk memastikan UTM mencapai visi menjadi pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia.

‘Nasihat’ murni TNC ini menunjukkan betapa beliau mengingini mahasiswa agar menjadikan UTM sebagai lapangan menuju ke arah kecemerlangan terutama sekali dari segi sahsiah dan keintelektualan. Bab Menuntut Ilmu dalam buku ini diletakkan pada bahagian akhir sekali sebelum penutup yang mana menunjukkan perlunya seseorang itu melakukan transformasi dalaman terlebih dahulu sebelum menuju ke peringkat yang wajib setiap mahasiswa lakukan iaitu menuntut ilmu dan mencapai kejayaan.

Senario masa kini merekodkan betapa perlunya pencapaian kemajuan teknologi maklumat, sosial, budaya, rohani dan intelek secara bersepadu dalam rangka menuju transformasi mahasiswa. Lantaran itu, perlunya universiti memainkan peranan untuk menyediakan sumber manusia yang kompetan dan berpengetahuan tinggi. Tapi itu bukannya syarat utama kecemerlangan melainkan ianya datang dari dalam diri individu itu sendiri.

“dasar pembangunan mahasiswa UTM adalah satu usaha bersepadu dan konsisten ke arah pembentukan mahasiswa berkualiti dan berwawasan berasaskan kepada keseimbangan dan keharmonian dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah ke arah melahirkan graduan holistik yang boleh menyumbang ke arah kemajuan dan kelestarian masyarakat tempatan dan antarabangsa”

MENUNTUT ILMU
1. Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim (Riwayat Ibn Majah)
2. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (A-Alaq,96: 1-5)
3. Pihak Universiti membangunkan UTM Reading station (UTMRS) untuk menyemarakkan dan menggalakkan budaya membaca
4. UTMRS mempunyai 6 objektif pembangunan
5. Terdapat 24 UTMRS di UTM Skudai dan 5 UTMRS di UTMKL.
6. “dan katakanlah: Ya Allah tambahkanlah ilmuku” (Taha: 114)

Catatan:
1. Buku ini lebih banyak menyentuh tentang agenda pembangunan mahasiswa
2. Buku ini untuk MENCIPTA kecemerlangan diri. Bukan MEMBINA kecemerlangan diri
3. Ramai ‘murid’ yang tidak berminat untuk cemerlang membuang buku ini merata-rata semasa ia diberikan secara percuma. Thanks to them, I got one!.
4. Kalau buku ni gunakan tulisan yang lebih kecil, kurangkan gambar dan gunakan ruang mukasurat sebaiknya, ia akan menjadi lebih nipis.
5. Editor buku ini, En. Zubil Bahak adalah pensyarah saya. Fluid mechanics.

Tajuk: Mencipta Kecemerlangan Diri
Tebal: 80 mukasurat
Penulis: Profesor Dr. Mohd Tajudin Haji Ninggal
Harga: FREE
Kedai: UTM
Penerbit: Penerbit UTM Press

Wednesday, August 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalam..

Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca budiman. Maaf zahir batin atas segala keterlanjuran kata dan kepedasan bicara yang kadang-kadang mengguris hati. Semoga raya tahun ini lebih meriah daripada raya-raya sebelumnya..raya kat mana tahun ni? Wkwkwk!!!!

Study Case

Tujuh Ramadhan…
Baru habis servis motor. Tukar minyak hitam 4T yang 14 ringgit. Tukar bateri yang rosak dengan harga tipu. Isi minyak petronas pam kuning 5 ringgit. Pam tayar belakang 250kilopascal. Nak tukar sprocket kasi besar sikit untuk naikkan pick up motor aku memandangkan waqi’ jalan UTM ni yang tak kasi peluang kita bawak motor lebih 60 kilometer sejam. Duit tak cukup.
Prengg..prenggg..(bukan bunyi enjin. Tapi bunyi brek!). Lepas kena tipu harga bateri tadi, aku lupa la pulak nak suh dia blow brek nih.. rugi 2 kali dah.

Next destination..Giant powermarket. Pintu ajaib terbuka sebaik sahaja aku berdiri di hadapan pintu. Aku meluru kearah surau sambil menjeling jam tangan. 1.32PM. bagus!! Sempat jugak aku berjemaah di surau giant ni..ngee..


Di surau… erk? Suma orang dah solat ka? Atau aku sorang jak yang wajib solat hari ni?..

“seelamat hari raya
Maaf zahir batin kita sesame
Seeelamat hari raya
Bermaafan sesame kita
Ampun maaf kita dipinta..”

Wow! Supermarket yang mendePANI masa! aPANI? Apani? aPANI??!!! Aku telah merentas masa ka? Agak-agak lah wahai ‘pasaraya gergasi’.


“duhai ayah bonda
Ampunkan ananda
Tak dapat beraya bersama
Rindu pertemuan
Dengan air mata..bla..bla…”
Erk? Ko perli aku ka? Mentang-mentang ini tahun kelima aku..


Pernyataan Masalah
1) Hari raya diraikan terlalu awal oleh ‘dia’

2) Kedatangan Ramadhan seolah-olah tidak dipandang oleh khalayak

Punca
1) Giant: kami selalu pasang lagu orang kapir. Tapi Ramadhan ni kena hormat la..pasang lagu raya sebab tak da ragu Ramadhan..ngee..suma ni salah artis
2) Artis: erk?! Kami nyanyi je apa yang orang suka dengar. Takkan nak nyanyi lagu Ramadhan kot. Masa ni kan kitorang sibuk nak gi umrah. Budak budak nasyid mana?
3) Nasyid: wallu’alam. Tapi kami ada lagu. Percaya lah
4) Aku: nasyid dah kata wallau’alam. Kira setel lah ya



RAMADHAN BULAN RAHMAT
1) Aku ada nampak perbualan di facebook, orang bukan Islam (mungkin la..nama dia pun pelik) tu kata, ramadhan ni bulan penyeksaan sebab tak bagi orang makan.
2) Aku dengar di radio perbualan orang Islam, berapa banyak baju diorang tempah untuk raya ni. Balik mana raya ni. Berapa jenis kuih raya ni. Raya ni, buat kuih ka, beli ja?. Bla..bla..bla.

3) Aku nampak di mana-mana ‘status’ orang yang rajin berpuasa: “6 down. 24 to go”
4) Budak-budak mula bermain mercun
5) Aku semakin perasan sibuk dengan banyak benda. Perasan jak la.



catatan.
1) Puasa itu WAJIB. Jangan tanya wajib yang macam mana. Ia WAJIB
2) Puasa ke arah pembinaan taqwa
3) Ada hadis sebut tentang pakai baju yang paling baru yang kita ada untuk raikan hari raya. Tapi tiada yang wajibkan umat Islam menyusahkan diri unutk mendapatkan baju baru.
4) Ramadhan adalah waktu perdana untuk Umat Islam kerana banyak tawaran telah Allah berikan dalam bulan yang penuh keberkatan ini (Zaini,2010).

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA DENGAN SELURUH JIWA RAGA MENGHARAPKAN SELURUH PEMBACA MENGGUNAKAN SELURUH WAKTU PERDANA INI UNTUK MENIGKATKAN SELURUH KETAQWAAN KEPADA ALLAH.
~MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, August 12, 2010

Trust!

Assalam..

Pagi tadi, aku bangun seperti biasa lalu membasuh muka dan sedikit hemat diri. Kemudian, baru aku sedar bahawa hari nak hujan. Tapi aku dah ter’segar’kan diri..maka tidur semula adalah mustahil!

Aku menghampiri ‘awek pertama’ aku dan memasukkan kata laluan untuk cuba menyiapkan kerja sekolah yang kononnya banyak. Terlintas di fikiran untuk membancuh air cokelat susu yang baru aku beli semalam. Aku menuju ke sinki blok untuk membasuh bekas yang bakal menjadi seal kepada tin susu itu nanti.

“jemput makan dek!” satu suara menyapa cergas
“erk!!.. iyek macik.. tekejut saya” balasku sambil mengurut-urut dada
“besok puasa sudah kan..” mak cik cleaner memulakan kata sambil tertawa kecil
“iyek” tak tahu nak kata apa”
“nanti besok ndak makan sudah kalau kerja. Gaji pun belum lagi tauke (baca: pejabat KRP) bagi. Mau pake untuk beli makanan. Tapi ndak pa, macik masih boleh lagi sebab macik ada suami yang baik. Baru jak macik kawin dengan orang sini. Dia pake IC biru. Saya bilang, kalau kau mau saya, kau mesti masuk muslimin dulu…pastu, kami pigi indon sama-sama tiga bulan untuk kawin..bla..bla..”

“ooo..” tak tahu nak kata apa
“suamiku yang dulu lain. Aku penat-penat kerja lapan tahun di arab Saudi cari duit. Tapi senang-senang jak dia kasik habis belanjakan 180 juta rupiah. Tapi suamiku yang sekarang baik.. aku ada 14 anak tu..dua ada di Jakarta sekolah. Satu yang gadis tu, SMA sekarang. Satu lagi belajar jadi cekgu.. ada jugak yang kerja di Taiwan..tiga orang kawin di sana..kaya sudah..bla..bla..”

“hmm” tak tahu nak kata apa
“aku ada ruma di sini. Tiga bilik aku kasi sewa dengan orang. Dua aku pake sendiri. Satu pake untuk tarok barang, satu lagi pake untuk tidur. Boleh jugak aku dapat duit bulan-bulan. Ada jugak kawanku yang dengki bilang aku senang sudah sebab kahwin dengan orang kaya..”

“ooo..” tak tahu nak kata apa”
“dulu masa aku cerai dengan laki aku yang dulu, aku berdoa ya Allah, janganlah kau temukan lagi aku dengan orang bangsa aku..susah aku dikerjakan. Biarlah aku kawin dengan orang putih asalkan dia jujur ya Allah..sambil aku hantak-hantak tumit aku di tanah. Sekarang macik kawin suda dengan orang cina. Dia bawa aku jalan-jalan di kota..di singapur pun pernah jugak masa cuti ni..kalau aku bawa dia pigi sawah, dia takut mau turun sebab ada ular bilangnya..haha” sambung mak cik tu sambil mengawal suara terketar-ketarnya.

“mm..” tak tahu nak kata apa
Bla..bla..bla..

Bekas yang aku baru basuh sudah kering di tangan aku. Muka sudah berkerut. Kaki aku yang kononnya berstamina tinggi mula lenguh. Dengan kata-kata yang tidak putus, aku tak tahu macam mana nak berhenti. Adakah aku perlu hentikan rancangan bancuh air dan beli kuih di meranti?.

Akhirnya aku terlepas (tak nak bagitahu macam mana). Aku termenung sejenak. Kenapa dia bagitahu aku? Adakah kerana dia terlalu gembira kerana memiliki suami yang begitu baik dan romantik?. OMG! Aku cemburu.. kerja macam tu pun boleh bahagia..
Tapi, kenapa?..

Trust!! That is the key to survive in your first job as an engineer. How to know that your workmate trust you?..they will tell you everything including their personal matter such as about their family. Then, that time, they are trusting you!..

Ha..tak sia-sia aku pergi ke degree++ minggu lepas. Nampak dah!.

Kepercayaan adalah ubat. Dan juga sengat. Kadang boleh jadi sumber kekuatan. Tapi boleh jadi sumpahan. Taburkan kepercayaan kepada mereka yang boleh dipercayai. Mereka juga boleh mengkhianati. Bagaimana ingin dipercayai jika diri tidak mempercaya?. Seperti tukang basuh tandas sangat percaya kepada budak biasa sepertiku. Kerana aku mahasiswa?. Atau kerana aku senyum kepadanya setiap hari?. Aku bergerak kerja dangan penuh kepercayaan bersama semua sahabat. Adakah mereka begitu juga?. Menjadi pemimpin bererti bersedia. Sedia untuk menangis dan sedia untuk bersusah. Hanya pahit yang dirasa kerana manisnya nun di syurga sana. Adakah mereka tahu tentang itu?. Tantunya mereka lebih arif. Tapi adakah mereka juga menangis seperti itu?. Wallahu a’lam!.

Yang pasti, percaya adalah kuncinya! Kenapa? Kerana anda tidak akan menumpang kenderaan mereka tanpa kepercayaan anda bersama mereka. Itu sahaja?. Ya dan tidak.
Kenapa tidak yakin walhal apa yang dilakukan adalah perkara yang dicintai Allah. ~saifulIslam
Aku lantas menyambar kunci motosikal dan topi kaledar sambil tersenyum..

Catatan:
1) Sebarang kesukaran untuk memahami teks, boleh lah tanya dengan segera.
2) Ini perbualan antara orang jawa Indonesia dan orang bugis Sulawesi. Tiada masalah komunikasi!
3) Anda patut dengar sendiri cerita dia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code