Friday, February 27, 2009

FOKUS PADA MATLAMAT




“battle of the bowl”..

Ayat ini memang tidak asing lagi bagi ahli-ahli IIC A.K.A Islamic intellectual club kolej Rahman Putra.

Pada 14hb februari 2008, tatkala para pengamal amalan “couple” merayakan hari mereka yang merosakkan itu, kami telah melakukan satu penjelajahan ke skudai parade (bukan jauh pun) untuk bermain bowling bersama-sama dengan peserta yang ingin menyertainya termasuklah beberapa orang cina dan pelajar antarabangsa.


Bunyi macam membuang masa kan…betul tak??

Memang tidak dinafikan aku sendiri pun rasa macam membuang masa pergi main bowling time-time macam ni. Itu sebelum p, tapi selepas program ni, aku rasa memang banyak input yang boleh aku dapat daripada program ni.





Awal pagi morning lagi, dah kena berkumpul untuk melakukan sedikit proses pendaftaran dan sesi ta’ruf.

Setelah beberapa minit perjalanan, kami pun dengan rasa gahnya masuk ke dalam tempat tersebut dan meluru ke tempat bermain bowling. Tapi, seketika kemudian langkahku terhenti dan aku berfikir. ‘ni kali pertama bah ni aku pigi sini…manalah bah aku tau di mana mau maen boling..awna..talengong..’



Gambar hiasan


Dipendekkan cerita, kami pun main lah setelah menjalani proses pendaftaran…

Peluang da’wah amat besar sebenarnya semasa program ini sebab ramai di kalangan peserta adalah daripada masyarakat cina!. Ini menunjukkan betapa Islam sudah mula diterima oleh segenap lapisan masyarakat..


“wei Kamsar! Kau baling, jangan cover hensem!”

“baling kuat lagi la wei!”

“kuat sikit!”

“aim tengah-tengah!”

“kau kan kidal! Start lah balingan kau dari kiri”

Ini adalah antara kata2 semangat @ nasihat yang sering aku dengar semasa ingin melakukan balingan emas aku…bukan apa lah kan..tapi memang pulak aku nda pandai kasi kenak. Mau buat macam mana lagi memang masuk parit terus. Tapi sebagai seorang mahasiswa yang professional dan rasional, aku cuba untuk menjadikan semua itu positif dan ”think out of skudai parade”..apa yang aku dapat adalah:


Baling kuat-kuat

Apabila kita ingin melakukan sesuatu terutama sekali benda baik dan membantu dalam perjuangan islam, kita hendaklah melakukannya dengan sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh!. Dalam perjuangan, tidak ada kata letih sebelum rebah. Jadi, biarlah ‘lunyai’ baru rehat!. Akibatnya, jari aku!!! Sakit wei..dah lah bola berrat macam bola bowling.


Aim tengah-tengah.

Target kita mestilah tepat dan betul untuk mencapai matlamat. Itulah sebabnya VMO menjadi satu perkara wajib ada bagi sesebuah persatuan atau organisasi. Jika sesuatu persatuan itu tiada VMO, akibatnya memang sangat teruk. Sebab aku dah rasa!.. jadi, pastikan kita dapat menjawab apabila seseorang bertanya kepada kita berkaitan dengan matlamat. Seperti dalam permainan ini, kita mempunyai 2 peluang untuk untuk menjatuhkan 10 pin. Jadi, Allah telah memberikan kita beberapa peluang untuk mencapai sesuatu matlamat dan terpulang kepada kita samada ingin memanfaatkan peluang tersebut atau sebaliknya asalkan kita tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan seperti membaling bola melebihi garisan.-baik kau pi tending jak pin tuh!


Start dari kiri jika kidal

Anjal adalah salah satu ciri Islam yang patut kita syukuri. Dalam melakukan gerak kerja, kita tidak akan ‘fix’ dengan satu cara sahaja..bergantung dengan potensi diri masing-masing, kita sebenarnya mempunyai banyak cara dalam bergerak kerja. Ia adalah bergantung dengan kita untuk memikirkan cara yang sesuai dan manepati SIRIM. Oleh itu, kita kenalah mengenal potensi diri kita sendiri kerana tidak semua orang mempunyai balingan yang lurus dan ada lah juga beberapa orang yang mempunyai balingan yang tidak lurus seperti aku!!. Haha..

Sebenarnya ada banyak lagi input berguna yang kami dapat dalam program ini dan ia tidak akan dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi dengan keyboard..-mentang-mentang lah aku lambat menaip..eg: ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.


Kami tidak berhenti di situ sahaja … selepas tidak puas bermain bowling, kami melakukan satu lagi modul untuk palestin iaitu bertebaran di muka bumi Allah untuk mencari mad’u dan menerangkan tentang barangan boikot beserta barang alternative…walaupun mendapat halangan daripada pak guard dan pakcik pengurusan.

Tapi ia takkan dapat melemahkan semangat kami unruk menyampaikan mesej penting ini kepada masyarakat sekeliling…


Sekadar perkongsian daripada seorang yang nda pandai main bowling.



apabila kita sudah cukup bersedia, kita akan mampu untuk mengangkat bola bowling yang berat ini tanpa menyentuhnya macam yang aku buat ni ah!! (^_^)

Thursday, February 26, 2009

MAHAR


SALAM MAHASISWA KEPADA SEMUA PEMBACA TERUTAMA SEKALI KEPADA MAHASISWA2 UTM SKUDAI!!!

KEMPEN MAHASISWA SEDAR A.K.A MAHAR MERUPAKAN SATU KEMPEN ANJURAN MPP UTM YANG MANA INSYAALLAH AKAN MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK BERDA'WAH TERUTAMA SEKALI BAGI MEREKA YANG SEDANG MENGALAMI PENYAKIT KRONIK 'IN LOVE'

BANYAK AKTIVITI YANG BAKAL MENYUSUL NANTI...
SEMALAM ADALAH MAJLIS PELANCARAN MAHAR KAT MSI. TAPI, APA YANG MENYEDIHKAN ADALAH HADIRIN PADA MAJLIS TERSEBUT ADALAH TERDIRI DARIPADA MAHASISWA YANG MEMANG SUDAH SEDAR. JADI, BAGAIMANA KITA AKAN MENYAMPAIKAN MESEJ INI KEPADA MAD'U YANG SEBENAR??
TUNGGU..

HAHA...-KE ARAH MENYEDARKAN MAHASISWA YANG TAK SEDAR-SEDAR LAGI-

untuk maklumat lanjut,bolehlah bukak blog yang tertera dalam poster di atas...

Monday, February 16, 2009

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

Salam.
Michael Heart bukanlah seorang pemuda islam yang mengerti tentang
kewajipan kita sebagai umat Islam berjuang menentang zionis yahudi dan
mempertahankan kesucian kiblat pertama umat Islam...

namun...
Apa yang dia buat telah menjadikan segelintir umat manusia sedar
tentang kezaliman yang berlaku sekarang. Ini menunjukkan seorang
penyanyi rock(batu) sekalipun boleh melakukan sesuatu untuk saudara
kita di Palestin!!

jadi APA PERANAN KITA??
membakar semangat dengan teriakan TAKBIR!!.. namun tiada apa yang
dilakukan
berdoa untuk KEHANCURAN YAHUDI!!.. namun tiada usaha kearahnya
menceritakan tentang KEKEJIAN YAHUDI!! namun diri sendiri seperti
sy****n

ayuh sekalian manusia!!!
mainkan peranan kita...
cadangan?? kamu lebih tahu apa yang kamu boleh buat.
jangan sampai para mujahid Palestin memfailkan saman terhadap kita di
akhirat kelak kerana kita sengaja menjadi si buta dan si tuli dalam isu
ini..




(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009
A blinding flash of white
light Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover Not
knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remain
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down In the night,
without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down In the night,
without a fight
You can burn up our mosques andour homes and our schools
But our spirit will never die We will not go down
In Gaza tonight


Monday, February 2, 2009

TAUTAN HATI DI GUNUNG LEDANG


Sabtu, 24 januari 2009- Gunung Ledang. seramai 10 orang jejaka tampan dilaporkan berkeliaran di sekitar kaki Gunung Ledang... sumber melaporkan mereka dipercayai ingin mencari kelapangan minda mereka dan juga ingin merapatkan ukhuwwah antara mereka.


Punya la skema kau ni...
sewaktu baru sampai, perut kami punya la lapar..tapi, takpa sebab itu adalah salah satu
daripada medan tarbiyyah yang kami nak cari..jadi, ndakda la datang jauh2 untuk berseronok jak kan. Nampaknya kelaparan itu telah menjadi alat uji kepada kami kerana kami hanya membawa bahan mentah ke tapak program. jadi, apa lagi, malam tu semua bekerjasama satau amal jamai'e untuk mem 'BBQ'kan makanan mentah kami. syukurlah ada gak sahabat yang mengingatkan kami tentang penderitaan rakyat Palestin sekarang.


Selepas mengalas perut, (sebenarnya mencekik) . kami pun pergilah bermandi manda pada malam tu jugak sebab kehilangan sabar. Air dia...perkhhh..punya la sejjuuk. Tapi itu tidak akan dapat melemahkan semangat kami untuk mencapai objektif kami yang bukan pertama.



Mandi, mandi gak..kewajipan tidak akan dilupakan sebab kami berkawan sesama hamba Allah yang sangat suka untuk mengingatkan satu sama lain...solat jamak qasar semestinya menjadi pilihan sang musafir muslim dalam menghargai tanda betapa sayangnya Allah kepada hambanya... kami telah mengambil sedikit waktu untuk menjalankan temujanji kami dengan sang pencipta-Al-Khalik Allah SWT.

Ia diikuti dengan satu tazkirah berantai di mana setiap orang akan memberikan tazkirah selama dua minit secara bergilir-gilir. ini juga merupakan satu lagi proses pentarbiahan kepada kami apabila terpaksa menyampaikan tazkirah tanpa merujuk sebarang buku pada masa tersebut. ini menyedarkan kami betapa pentingnya proses penghadaman bahan bacaan yang kami telaah sebelum ini.



Keesokan harinya merupakan waktu yang ditunggu-tunggu kerana kami akan mendaki sedikit lagi bahagian gunung tersebut untuk mencari pot mandi yang lebih strategik dan 'meletop'. satu kawasan yang sangat indah Allah telah ciptakan untuk makhluknya yang tahu erti syukur... tempat yang sangat indah sesuai untuk menghilangkan keletihan perjalanan kami...



Oleh kerana kami bertolak awal, hanya kami yang berada di tempat tersebut pada masa itu.. mandi memang sepuas-puasnya cuma nda pakai sabun jak la...



kami bertolak pulang ke utm selepas bersiap untuk meneruskan perjuangan kani di bumi UTM.... sesungguhnya segala saat-saat manis yang kita lalui tidak akan aku lupakan wahai sahabatku...






-ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah SWT-

thelegend88.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code