Saturday, August 31, 2013

Cerita di sekolah lama

Sumber: Puadede

Semasa aku tingkatan satu, sekolah aku masih di bangunan lama. Kata orang, dulu bangunan itu milik askar jepun.
Semasa aku tingkatan satu, kelas aku adalah surau yang dipecahkan kepada empat bahagian. Kelas kadua, ketiga, keempat dan kelima. Kelas pertama berada di bangunan khas sendiri berkongsi dengan klinik Matematik.
Peraturan sekolah pada masa itu, semua pelajar dilarang berada dalam kelas semasa waktu rehat. Kecuali kelas kami di surau. Masakan cikgu mahu larang kami berehat di dalam surau.

[Jeda]

Seperti hari-hari biasa, aku dan dua orang geng keras lepak dalam kelas/surau semasa waktu rehat.
“Kamu tidak rehat?” Ustazah menegur perlahan. Dia ustazah baru di sini. Mungkin guru praktikal. Aku pun tidak pasti.
…..
“Kenapa tidak makan?” Dia menyambung.
…..
“Pergi sekolah bawa duit belanja?” Dia masih cuba untuk masuk dalam perbualan kami.
“Bawa” Jawab Lan ringkas.
“Berapa?”
“Bapa bagi 50 ringgit setiap awal bulan”.
“Wah. Banyak tu. Tapi mesti awak pandai menyimpan kan.” Puji ustazah.
…..
“Awak?” Tiba-tiba ustazah berpaling ke arah aku.
“Erk!. 20 sen sehari.”
“Cukup?”
“Cukup kalau disimpan.”
“Bagus!” puji ustazah lagi.
…..
“Awak?” Ustazah kemudian mengarahkan perhatian kepada Muhammad Abdullah.
“Saya tidak bawa.”
“Ooo..” Reaksi yang tidak memerlukan penjelasan lanjut.

Ustazah itu kemudian memberikan kami beberapa butir nasihat. Khas untuk kami bertiga. Dengan harapan kami akan menjadi anak yang berguna pada masa itu dan masa hadapan.

Sebelum ustazah berlalu pergi, aku sempat bertanya maksud di sebalik nama beliau Fatahiyyah. Dia kata ‘Kejayaan’ dan mendoakan kejayaan aku kelak.

[Jeda]

Dua belas tahun berlalu, hari raya baru-baru ini aku sempat bertemu dengan kawan-kawan sekelas dan beraya bersama-sama.
Tiba-tiba Isma membuka serita semasa tingkatan satu. Dia sebagai pelajar di kelas pertama curi-curi makan di dalam kelas.

Bukan tidak mahu ke kantin. Tapi juadah yang dia makan adalah bekalan yang dibawa dari rumah. Pada masa itu, mana ada lagi orang yang membawa bekalan makanan ke sekolah.
Tapi, semasa dia sedang berselera makan, guru disiplin yang paling digeruni menghampiri beliau dari belakang dan Paaaapppp!!…
Sedas rotan melekat di belakang Isma. Isma kaget dan berpaling ke belakang.
“Makan dalam kelas!” Ustaz Amir selaku guru disiplin meninggikan suara.
Dengan perlahan dan mulut yang penuh dengan nasi, Isma menutup bekal makanan yang dibawanya dan menyimpannya semula di dalam beg sekolah.
Ustaz Amir terkedu. Dia telah merotan seorang pelajar yang sedang makan bekalan dari rumah.
Dia segera berlalu keluar kelas dan mundar mandir beberapa saat di beranda. Dengan dada berat, dia menahan sebak entah datang dari mana dan masuk semula ke dalam kelas.
Ustaz Amir memegang bahu Isma. Dengan mata berkaca-kaca, dia meminta maaf dan mengizinkan Isma sambung makan semula.
Menurut Isma, Ustaz Amir Mahmud menangis pada hari itu…

[jeda]

Al-Fatihah buat Ustaz Amir yang telah kembali ke rahmatullah pada Januari 2013. Semoga roh Ustaz ditempatkan bersama orang-orang soleh dan segala ilmu yang diajarkan kepada kami dikira sebagai pahala yang berterusan.

Nota:
Di mata aku semasa sekolah, Ustaz adalah calon guru disiplin yang terbaik. manakala Ustazah adalah calon guru kaunseling yang terbaik.
Tapi selepas berkawan dengan Ustaz Ustazah di IPT, rupanya dua-dua pun sama juga...
..

Tuesday, August 27, 2013

Burgermpak


Aloy Paradoks, Rayza Mukmin dan Bias. Mungkin mereka bertiga adalah kawan. Mungkin mereka bertiga adalah watak yang digambarkan dalam cerita-cerita dalam buku ini. Apa yang pasti, mereka bertiga merupakan penulis untuk sebuah buku yang aku pun tidak pasti apa kaitannya dengan burger.

Bagi orang yang cepat bosan, buku ini mengandungi cerita-cerita pendek dan anda tidak akan sempat bosan. Bagi yang mencari kegembiraan, buku ini adalah buku gembira. Penerbit yang cakap.

Buku ini aku baca setiap hari sementara menunggu nasi untuk makan malam masak. Kesannya, aku makan dengan gembira walaupun lauk yang aku masak tidak sedap” (lejen, bukan nama sebenar).


“Kita nak main kat mana ni?”
“Samba Sports Planet”
“dekat Petaling Jaya”
“Jangan pandang belakang”
“Ingat seram lah tu?”
“Kau pakai baju kerja je main bola?”
……
“Bodoh! Bogel dalam kereta!!!”
“Kan aku dah kata jangan pandang belakang!!!”


Tajuk: Burgermpak
Tebal: 128 mukasurat
Penulis: Aloy Paradoks, Rayza Mukmin & Bias
Harga: RM20.00
Kedai: Lorong Buku
Penerbit: Dubok Ceritera
...

Monday, August 26, 2013

Aqilah Farzanah


Kalau ada orang tanya, senyuman apa yang mampu menghilangkan resah, lelah dan duka?
Aku akan jawab senyuman dia.
Dengan wajah yang masih jernih dari sebarang dosa dan senyuman yang bukan pura-pura.

Aku bertemu dengannya lebih dua bulan lepas.
Walaupun pada mulanya dia malu-malu, tapi akhirnya dia membuat aku letih melayan kerenah manjanya.

Tapi pertemuan kami tidak lama.
Dia terpaksa balik ke negeri kelahirannya bersama keluarga.
Beberapa puluh minit sebelum perpisahan, di satu sudut lapangan terbang, ninja-ninja jahat sudah mula memotong bawang.
Jam yang dengki mula berputar laju sehingga saat perpisahan tiba.
Aku hulurkan tangan, dia sambut dan cium tangan dengan lembut.
Disusuli dengan senyuman paling lebar hingga menampakkan baris giginya.

Dia kemudian merangkul tengkuk aku. Aku terkejut.
Kemudian dia lepaskan semula dengan senyuman yang paling manis.
Aku membalas dengan senyum yang tawar. Ninja-ninja makin galak memotong bawang.

Dia kemudian memeluk lagi. Aku hanya sambut dengan senyuman.
Kemudian dia peluk lagi. Semakin erat. Aku tiada pilihan selain membalas pelukan itu dengan erat.
Bawang yang dipotong oleh ninja semakin terasa. Aku bertahan sebagai lelaki jantan.

Tiga das kucupan dihadiahkan untuk aku. Aku membalas dengan hanya satu das.
Kami berpegangan tangan sehingga dia masuk pintu pemeriksaan.
Aku dilarang masuk oleh pegawai keselamatan bertugas.
Bawang yang dipotong semakin banyak. Aku tahan. Aku kan lelaki.

Di bahagian imigresen, ramai orang berbaris untuk pemeriksaan kad pengenalan dan passport.
Dia sempat memandang aku. Aku melambai dengan senyuman dan bibir terketar-ketar.
Dia kemudian tersenyum lalu lari keluar menuju ke arah aku melalui pegawai keselamatan dan alat pengimbas logam.
Ramai orang kaget.

Tapi dia sempat ditahan di pintu masuk dan dihantar masuk semula.
Inilah masa ninja menggunakan jutsu hebat mereka.
Rasa bawang potong semakin mengada-ngada. Tapi aku masih mampu mengawalnya.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan berlalu pergi bersama yang lain.
Capai kunci kereta. Hidupkan enjin dan penyaman udara. Bergerak keluar dan bayar parking kereta.

Beberapa meter meninggalkan lapangan terbang, aku hidupkan radio.
Original Soundtrack Wonderpets berkumandang.
Aku tekan butang next. Kedengaran kumpulan Lefthanded menyampaikan lagu ‘Ku Di Halaman Rindu’.
Rupa-rupanya ada ninja mengikuti aku dalam kereta dan masih memotong bawang.
Aku menyanyi bersama dengan penuh perasaan dan air mata. Whoa!

Dua beradik.

Cucu pertama dalam keluarga. She's truly get all the attention.
...

Monday, August 19, 2013

Timbul Tenggelam


Setiap orang ada cerita mereka yang tersendiri. Cerita sedih, cerita ceria semuanya mempunyai nilai dan pengajaran jika diolah dengan teknik yang betul dan dibaca oleh orang yang betul.

Bertahun Tok Rimau tulis buku ni untuk bercerita tentang beliau sejak zaman dulu kala hingga sekarang. Cerita yang pendek-pendek dan terus ke titik (Direct to the point) menjadikan pembaca tidak sempat bosan sehingga samapi kepada cerita yang seterusnya.

Tapi aku agak rimas dengan tajuk buku ni 'Timbul Tenggelam'. Biasanya orang guna istilah 'Tenggelam Timbul'.

Contoh cerita yang buat aku ketawa sendirian dalam bas;

Biasanya jurujual alat pembelajaran Bahasa Inggeris akan tergagap bila aku mula bertutur orang putih. kalau aku masukkan slang American lagi mereka kaget.Kalau mood aku kejam, aku masukkan perkataan yang aku reka sendiri.

"Don't kiss and tell. Chronotov singular track to the very commanding rimausism?"
"Errrr..."

Lagi keji jika aku ada masa, aku baca sajak merapu Lewis Carroll:
'Twas brillig, and the slithy toves
Did gyre and gimble in the wabe;
All mimsy were the borogoves,
abd the mome raths outgrabe.

"Errrr... Saya jual 'ja bang. Maaf bang. Saya tidak guna benda ni."


Tajuk: Timbul Tenggelam
Tebal: 200 mukasurat
Penulis: Tok Rimau
Harga: RM30.00
Kedai: Gobok Buku
Penerbit: Sindiket Sol-Jah
...

Thursday, August 8, 2013

Lagenda Mat Kilang #Peristiwa hari raya

 Raya sebelumnya:
Aidilfitri 2011
Aidilfitri 2012


Pagi raya sudah kelam kabut. Satu lorong kampung sunyi, semua pergi ke masjid. Aku masih duduk atas motor menunggu adik bersiap. Jangan tanya kenapa dia lambat.

Sampai di masjid, tepat-tepat takbir berhenti untuk memberi laluan kepada pengumuman dan solat sunat Aidilfitri. Ini tandanya kami dapat tempat duduk di luar masjid. Mujur mak bagi sejadah tadi. Macam tahu-tahu pula kami akan lambat.

Usai solat sunat, upacara bersalaman, minta maaf dan sebak pun bermula. Kemudian sesi bergambar. Kemudian sepatutnya MAKAN dan BERZIARAH. Sepatutnya lah.

Pukul 10.30 pagi, aku pecut ke destinasi yang sepatutnya aku berada. Rumah (estate) berada 70 kilometer dari rumah (kampung). Takbir Raya Lagu Jepun mengiringi perjalanan supaya aku boleh bawa kereta lebih laju macam Initial-D.

Dengan perut lapar, aku masuk kilang. Biasanya ada makanan disediakan untuk yang bekerja. Biasanya lah. Tapi hari itu hampa. Pukul 3 petang aku keluar mengular mencari makanan.

Di rumah (Estate), aku jumpa sebungkus makanan yang sangat dirindui. Aku jauhkan diriku dengannya sepanjang ramadhan sebab percaya ia hanya memberi kekenyangan palsu.

Tiada pilihan lain, aku masak mi segera. Mamee mi goreng pedas. Campur ayam goreng, sedap jugak ni. Aku goreng ayam. Makan sambil layan kartun seronok juga ni. Aku cari dan buka satu episod kartun.

Tiba-tiba...

"Assalamualaikum!!" Aku kaget. Ramainya bagi salam!
"Setahun hanya sekali, kita merayakan hari yang mulia ini." Diorang menyanyi pulak dah!
"Assalamualaikum!!" Aku panik. Nak hidang apa?
"Selamat hari raya, kami ucapkan kepada semua." Biasanya budak-budak ni sayang duit raya lebih daripada kuih raya. Tapi aku sampul pun tidak ada. Apatah lagi isinya!

[Tamat]
  Raya pertama dihidangkan dengan sup gearbox. Eurodrive size R97 pecah, repair sampai malam.
...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code