Monday, January 18, 2010

Forum Isu-Isu Islam Mutakhir


lebih kurang seribu orang membanjiri perkarangan solat Masjid Sultan Ismail bagi mendapatkan penjelasan tentang isu penggunaan Kalimah Allah



Pusat Islam UTM, Pada 17 haribulan 2010, Pusat Islam UTM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UTM telah mengadakan satu forum Isu-isu Islam mutakhir bagi menjelaskan satu isu besar yang sedang berlaku di dalam negara kita iaitu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.


majlis dimulakan dengan ucapan Presiden PMIUTM


Dengan dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Islam UTM, Dr Hj Azhar Bin Muhammad, Mereka membawakan tiga figure besar yang pakar dalam bidang mereka masing-masing iaitu:

1) Tuan Hj Azmi Shah Bin Suratman, Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM. Beliau merupakan seorang pensyarah yang pakar dalam bidang perbandingan agama di UTM.

2) Tuan Hj Kassim Tukiman, Pensyarah Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang sejarah.

3) Tuan IqbalBin Salam, Peguan Dan Pengamal Undang-undang. BEliau merupakan antara orang yang terlibat dengan kes penggunaan kalimah Allah ini.


Program yang dihadiri lebih kurang 1000 orang mahasiswa dan staf ini menunjukkan umat Islam sekarang masih peka dengan isu-isu yang menyentuh berkaitan dengan ISlam itu sendiri. Antara dapatan yang dapat digarap daripada program ini ialah:

1) Banyak reaksi rakyat Malaysia terhadap isu ini. Tapi, kita mestilah faham fakta sebenar dan tahu apa pendirian kita

2) Dalam isu ini, bukan boleh atau tak boleh yang menjadi persoalan. tapi, wajar atau tak wajar yang menjadi persoalan.

3) Sekiranya perkataan Allah digunakan oleh agama lain, dikhuatiri akan timbul isu pluralisme

4) Kita tidak wajar membiarkan kalimah ini digunakan oleh mereka kerana tasawur dan pendefinisian kita tidak sama dengan mereka

ini adalah antara point besar yang dapat dikongsikan kepada semua. terdapat lagi beberapa isi penting yang dapat dibincangkan secara perbincangan lisan. dengan ini, diharapkan agar semua pembaca tidak tidur dalam isu yang melibatka isu agama Islam.

p/s: teringat pesanan Ust. Ismail Musytari dalam kuliah maghribnya yang menegur segelintir umat Islam yang jahil terhadap agama tapi berlebih-lebihan dalam mengupas isu penting dan sensitif terutama sekali berkaitan dengan agama Islam itu sendiri.

p/s: perbincangan ilmiah seperti ini sepatutnya diadakan lebih awal lagi bagi mengelakkan salah faham.

Surah Al-Kafirun



Surah Al-Ikhlas


Surah Al-Baqarah : 120

Thursday, January 14, 2010

JOM TAMBAH ILMU!!



kalau nak datang, datang je. insyaAllah full manfaat!

Wednesday, January 6, 2010

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK


Pergii!!! negeri kami beradat!!


HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Ia lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Bermula dengan satu karya kecil yang dimuatkan dalam sebuah majalah, cerita percintaan sejati anak muda ini akhirnya dibukukan dalam sebuah novel 'tenggelamnya kapal van der wijck'.
selama sepuluh tahun, novel ini mendapat tentangan dari banyak pihak terutama sekali daripada golongan ulama', akhirnya isu ini menjadi senyap dan jualan novel ini diteruskan lagi dengan beberapa terbitan.

saya pernah melihat ayah saya membaca buku ni dengan penuh perasaan. x pernah fikir nak baca sebab masalah kefahaman dari segi bahasa dan tulisan.

ni boleh terima lagi


antara terbitan yang ada untuk novel lagenda ini


Zainuddin, watak utama dalam novel ini merupakan seorang anak yang terbuang kerana mempunyai masalah dari segi identiti bangsa beliau sendiri. ayahnya seorang minangkabau yang berasal dari Padang yang mengamalkan adat bangsa seseorang ditentukan berdasarkan kepada bangsa ibu mereka. manakala ibu beliau merupakan bangsa yang mengamalkan budaya mengambil bangsa ayah sebagai bangsa anak mereka. oleh itu, kemanapun beliau pergi, dia akan sentiasa dilihat sebagai seorang yang asing.

zainuddin yang terbuang telah melalui berbagai duri dan ranjau dalam percintaan sebelum mencapai kejayaan dalam bidang penulisan. jalan cerita amat menyayat hati kerana memperlihatkan ketabahan seorang insan bernama Zainuddin.

~semoga novel ini dapat menjadikan kita seorang yang ikhlas dalam semua perkara~

Monday, January 4, 2010

Seminar Cendekia IIC (SCiiC)

Assalamualaikum...

Pada hari ahad yang lepas, IIC sekali lagi menganjurkan satu program tarbiyah khas untuk ahli IIC dan istimewa untuk warga kolej yang lain..

satu perkongsian ilmu yang amat menarik oleh Ustaz Wan Hassan B Wan Embong, pensyarah Fakulti Tamadun Islam. tajuk yang dibincangkan adalah Rahsia 2 Kalimah Syahadah.

Bermula seawal 8 pagi, para peserta telah disajikan dengan rahsia yang berada disebalik kalimah suci ini. perkataan Ilah telah dibincangkan dengan masak sekali demi untuk memastikan para peserta faham dan masak dengan konsep-konsep tersebut.

Ustaz Wan menyampaikan pengisian dengan penuh bersemangat


Akhi Uwais menjai pengarah program dan mempengerusikan majlis



khusyuk, beberapa peserta program yang khusyuk mendengar kuliah




semoga kita dapat mengutip butir-butir hikmah daripada program yang menarik ini..

jangan lupa SCiiC akan datang!!

Penulis:
Kamsar Bin Muhamad Bahron
3-SMM Kejuruteraan Mekanikal (Mekanikal)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Lagenda Pejuang Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code