Monday, February 28, 2011

Ukhuwah Itu Indah

Cerita:

Petang yang mendung, tergerak hati untuk tidur sahaja di bilik pada waktu itu. Apa tidaknya, badan yang tak seberapa ini sudah cukup letih untuk melakukan sebarang tugas lagi. Sakit kepala sudah tidak dihiraukan. Hari isnin biasanya menjadi hari untuk ramai orang berpuasa.
‘tapi, kalau aku balik, kompem tidur sampai maghrib ni’
‘Baik aku ambil peluang ni untuk potong rambut.’ bisik hati kecilku.
Tuut..tuut..dengan pantas aku mencapai telefon bimbit untuk membaca mesej yang diterima.
“salam.aku sakit kapla lah..tolong beli makanan bukak posa untuk aku..”
Aku segera menjawab. “aku nak g potong rambut. Takut tak sempat. Sori bos!”
“kalau macam tu, xpa lah. Aku mintak tolong naqib kita”


koma

Semasa di kedai gunting rambut, satu mesej aku terima daripada naqib aku..
“salam. Ada sahabat kita sakit kepala. Tolong belikan dia makanan boleh tak? Ana tak sempat lah..”
Aku tersenyum... “ok” jawabku ringkas.



Jeda

Mungkin ada yang tidak faham berkaitan dengan cerita ini. Jadi, anda boleh lah abaikannya..hoho.

Bercakap tentang ukhuwah, aku sudah banyak kali menerima soalan berkaitan dengannya, “mana ukhuwah enta?”. Apa itu ukhuwah?

Kakak aku pernah berkata, ukhuwah itu indah bila kita bertemu dan berpisah kerana Allah.
Kawan aku pernah berkata, ukhuwah itu terjalin apabila kita makan, tidur dan bermusafir bersama-sama
Senior aku pula bernah berkata, ukhuwah akan terbina secara automatik apabila kita diikat dengan satu kalimah suci lailahaillallah..
Tapi, yang pasti, mak pernah berkata, berkawanlah dengan sesiapa pun. Asalkan kau bahagia dan selamat bersamanya.




Berkata sahabat Nabi, sahabat yang baik bukanlah sahabat yang sentiasa membenarkan kata sahabatnya. Tapi mereka akan memastikan sahabatnya sentiasa berkata benar.

Jadi, apa itu ukhuwah?..anda boleh cari sendiri. Ia mempunyai tafsiran yang berbeza bagi setiap orang.

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar(mengutamakan saudaranya).
~ Hassan Al-Banna


Kapel islamik atau ukhuwah islamiyyah lelaki perempuan?

Jadi, kalau ukhuwah itu berdasarkan aqidah Islam, maknanya Ia juga berlandaskan ajaran Islam. Maksud saya, ajaran yang sebenar. Bukan yang mengaku Islam tapi anjur aktiviti maksiat. Bukan yang mengaku isteri yang soleh tapi merosakkan nama suami. Bukan yang mengaku pemimpin Negara Islam tapi ziarah kubur orang yang tidak diterima bumi. Bukan!

Jeda

Maka, walaupun ada orang yang mengaku dia kapel Islamik dengan seseorang. Dan menjaga ikhtilat gilavavi pun, hakikatnya ia tetap ada kecacatan. Naa..



Kesimpulan

Nampaknya dah terkeluar tajuk. Idea yang dah lama baru nak edit, beginilah jadinya. Ringkasnya, ukhuwah itu memang indah!. Tak percaya? Cubalah.. dan cerita ukhuwah saya sendiri bermula dari halaqah usrah. Dan saya berazam untuk membina sebanyak mungkin talian ini sebelum bergraduasi..

Untuk yang dah ‘terkapel’, suka saya quote pesanan ikon cinta UTM, Ustaz Ismail Mustari. Kerja saya bukan hanya menghalang orang bercinta buta sana sini dan bukan hanya mengahwinkan orang. Tapi saya sedia berbincang dan berjumpa dengan anda semua.. jadi, siapa yang terasa, jumpalah ustazzz…


Janganlah engkau membuktikan perSAHABATan itu dengan kata-kata, tapi buktikanlah perSAHABATan itu melalui kasih sayang yang benar-benar ikhlas kerana ALLAH
~Muhamad Izmar Hafizi bin Omar


Catatan:
1. Islam tidak pernah menyekat kemahuan manusia
2. Serius, ukhuwah itu memang indah. I mean, the true one
3. penulis bukanlah seorang penulis. Jadi, sebarang masalah harap maaf.


Lampiran:

Mantan Pengerusi Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) dan ikon Ukhuwah PMIUTM

Di bawah ni ada dua pasangan yang sedang berduaan…

Gambar ambil dari google.


Gambar dicari bermula di http://www.iskandarfateh.com/

Berdasarkan pandangan kasar daripada kedua-dua gambar, saya yakin pembaca dapat memberikan perbezaan yang paling besar di antara keduanya. (kalau tak tahu jugak, tanya di ruangan komen). Jadi, yang mana satukah anda?..haa… tepuk dahi tanya akal. wlm


Saturday, February 26, 2011

Tuesdays with Morrie

seorang lelaki tua, seorang pemuda dan sebuah pengajaran hebat tentang kehidupan

Buku ini adalah buku non-fiction. Sebuah cerita biasa. Mengenai seorang tua yang mengidap penyakit tidak berubat, Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS). Penyakit yang membunuh secara perlahan-lahan. Sistem saraf pesakit semakin lemah. Mula menyerang bahagian kaki dan naik ke atas. Sehinggalah ke bahagian paru-paru. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan akhirnya mati lemas..

Mitch bersama Morrie

Penulis, Mitch Albom adalah bekas pelajar Morrie semasa menuntut di Universiti Havard. Meraka amat rapat dan sering berjumpa pada hari selasa untuk berbincang tentang tesis mereka dan untuk bercerita tentang kehidupan.

16 tahun berlalu, Mitch semakin sibuk mengejar dunia dan berusaha untuk mencapai kesenangan dalam kerjaya. Dia langsung tidak pernah menghubungi professor kesayangannya sejak bergraduasi. Namun, takdir menemukan mereka semula beberapa minggu sebelum ajal Morrie.

Mereka berjanji akan berjumpa setiap hari selasa sementara menuggu kematian Morrie dan berusaha menyiapkan tesis terakhir mereka bersama. Tentang kehidupan.

buatlah kajian pada kematian saya yang perlahan dan kesabaran saya menghadapi kematian. Perhatikan perlakuan, sikap dan nilai-nilai positif saya sehingga saat saya mati. Ambillah iktibar daripadanya.
~Morrie Schwartz

Mereka telah bertemu sehingga selasa ke-empat belas bagi membincangkan beberapa masalah kehidupan termasuklah mengenai dunia, perasaan mengasihi diri sendiri, penyesalan, perkahwinan dan lain-lain.

Hubungan mereka semakin rapat sehinggalah selasa terakhir mereka bersama. Professor tua itu tidak pernah mengeluh dengan penderitaan yang dialaminya kerana dia tahu bahawa masih ada lagi orang di luar sana yang hidup jauh lebih susah dari dirinya..


Kesimpulan

Kuliah dan tesis terakhir ini memberikan impak yang sangat besar kepada ramai rakyat Amerika sama ada selepas menonton rancangan tentang beliau di televisyen ataupun selepas membaca tesis terakhir ini. Semoga ia dapat membantu kita mengenali erti hidup yang sebenar dan tentunya berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Mitch (yang hensem) semasa misi kebajikan di Haiti

bapaku ada di hati mereka dan kita,
Mendendangkan lagu bagi setiap helai daun baru dari setiap pohon,
Dan setiap anak kecil pasti,
Musim bunga akan menari,
Tatkala mendengar bapaku menyanyi..
~sajak oleh E.E Cummings, dibaca oleh anak Morrie semasa hari pengebumiannya.


Semua orang inginkan yang terbaik sebelum kematiannya. Dan kematian itu adalah rahsia Allah..
~kamsar, 26 februari 2011, 5.18pm

Catatan:
1. Baru nak cadangkan supaya buat filem. Rupanya ia sudah terbit pada 1999. Untuk menonton secara percuma, di sini
2. Dia Nampak tenang dan tidak takut menghadapi kematian. Tapi selepas kematian, Islam mengajarkan suatu yang lain dari kefahaman Profesor ini.
3. Terdapat beberapa perkara dalam perbincangan ini aku kurang setuju. Dan sudah tentu sebagai seorang Muslim
4. Aku harap mempunyai cikgu sebaik ini!
5. Pengidap penyakit ini akan merasai kematian secara perlahan-lahan..


Lampiran

“ baik, ceritanya mengenai satu ombak kecil yang tenggelam timbul di tengah-tengah lautan. Dengan seronoknya ia bersantai, sambil menikmati tiupan angin dan udara bersih – sehingga dia Nampak satu lagi ombak di hadapannya, menghempaskan dirinya di pantai.”

“Ya Tuhanku, ini sungguh dasyat. Apa yang akan terjadi kepada diriku nanti!.”

“Kemudian datang satu lagi ombak. Dia Nampak ombak yang pertama tadi kelihatan risau, lalu bertanya ‘kenapa kamu Nampak sedih?’”

“ombak pertama menjawab, ‘kamu tidak faham! Kita semua akan terhempas! Semua ombak seperti kita akan lenyap tanpa bekas! Tdakkah itu dasyat!’”

“ombak kedua menjawab, ‘Tidak, kamu tidak faham. Kamu bukan ombak, kamu adalah sebahagian daripada lautan.’”

Aku tersenyum. Morrie memejamkan matanya sekali lagi.

“sebahagian daripada lautan,” kata Morrie, “sebahagian daripada lautan.”. aku memerhatikan dia bernafas. Tarik dan hembus, tarik dan hembus.

Filem Tuesdays with Morrie

Tajuk: Tuesdays with Morrie – Selasa bersama Professor Morrie
Tebal: 201 mukasurat
Penulis: Mitch Albom
Harga: RM14.85
Kedai: Badan Cemerlang, Angsana JB
Penerbit: PTS Litera

Thursday, February 24, 2011

Kisah Budak Final Year: part 2

Pada suatu hari, seorang lelaki yang baru mendapat lesen motosikal menunggang sebuah superbike Honda (yang aku impikan dari dulu lagi). Dengan keadaan semasa, dia ‘hanya’ menunggang pada kelajuan lebih kurang 250 kilometer sejam. Macam mana kelajuan tu? Bayangkan, anda menaiki motosikal wave 125cc dan membawa top speed (125 kilometer sejam). Dan terdapat sebuah lagi motosikal memotong anda. Anda nampak macam dia 125 kmph sedangkan anda tidak bergerak. Tapi hakikatnnya anda sedang bergerak dengan kelajuan 125 kmph. Tak faham? Bayangkan anda perlu ke Kuala Lumpur dari Ayer Hitam dalam masa sejam. Ha.. maka pandulah dengan kelajuan itu (kalau meter kenderaan anda boleh cecah).


Cuba bayangkan kalau ia terlanggar sesuatu. Apa yang akan terjadi?. Pada kelajuan tersebut, sebuah kereta Volkswagen keluar dari sebuah simpang. Dan tindak balas manusia biasa [SEE-DECIDE-REACT] yang naik motosikal itu langsung tidak sempat untuk membolehkannya menekan brek. Maka perlanggaran berlaku pada kelajuan yang sama (250kmph).


Selepas insiden ini, polis menemui mayat 2 orang yang menaiki kereta tersebut bersama dengan penunggang dan motornya.

Ketiga-tiga orang yang terlibat terbunuh serta merta selepas kereta yang dinaiki terbalik dan mendarat sejauh 10 kaki dari tempat perlanggaran. (prinsip keabadian momentum).


Baiklah.. apa kaitan dengan aku yang tahun akhir ni?. Seperti yang aku ceritakan pada kisah yang lepas, kita mestilah memastikan bahawa PSM yang sedang disipkan ini berguna untuk masyarakat supaya ia dapat dibuat dengan hati yang gembira dan bersemangat.


Jadi, PSM aku adalah buat benda ni..

Video menunjukkan sebuah dinding nipis berbentuk segi empat yang dihentam dari atas. Tapi aku dah hide bahagian atas supaya kita boleh tengok deformation betul2.

Nampak macam ntah apa-apa. Tapi tahukah anda, benda ni banyak manfaatnya. Memang tidak dinafikan bilangan kemalangan jalan raya agak sukar dikurangkan kerana kebanyakan faktor kemalangan adalah dari sikap pemandu itu sendiri. Tapi sebagai jurutera, kami berusaha untuk mengurangkan kadar kematian daripada kemalangan tersebut. Haaa..


So?

Aku nak tanya, kalau nak pilih kereta antara yang body keras tak boleh kemek dengan body yang mudah kemek, yang mana satu anda pilih?. Kalau pilih yang keras ternyata anda tersilap. Jurutera sebenarnya dengan sengaja mereka kereta yang mudah kemek supaya orang didalamnya tidak mengalami impak yang serius semasa perlanggaran. (siapa ta’ faham, boleh tanya di ruangan komen)



Kesimpulan
Dengan kajian ini, kita boleh tentukan bentuk yang optimum dalam mereka bumper kereta. Supaya semakin banyak tenaga diserap semasa perlanggaran. Ada soalan?


Mati hanya sekali. Jadikan ia di jalan Allah. Bukan di jalan raya!. Kamsar, 24 februari 2011, 11.35pm

Catatan:
1. Kereta + motor di atas ditayangkan di muzium.
2. Aku tidak suka orang bawak motor laju-laju macam orang ta’ ada otak
3. Aku benci tengok 2 orang bawak 2 motor jalan beriringan halang orang nak potong, bawak 50kmph sambil berborak
4. Aku bersyukur hanya ada motor 100cc. Tapi aku tetap nak superbike!.
5. Aku sentiasa pakai topi keledar walaupun ke surau.
6. Aku ta’ suka orang pakai helmet untuk pak guard.
7. Doakan keselamatan PSM aku!


Lampiran
Pandangan sebelah lagi kereta tu..


Tuesday, February 22, 2011

Sekitar PRK UTM 2011

Salam..
Setiap universiti mempunyai beberapa program mega yang ‘wajib’ dijalankan setiap tahun. Dan program-program ini mendapat tempat di mata mahasiswa yang sedar dan tahu tentang kepentingan untuk terlibat didalamnya. Ia adalah Minggu Tranformasi Mahasiswa (MTM), Pesta Konvokesyen, dan Pilihanraya Kampus (PRK).

Sedikit mengenai PRK yang baru berlangsung baru-baru ini…


Kumpulan
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen berkumpulan masih dilarang. Pro-m dilarang berkonvoi beramai-ramai. Dilarang berkempen beramai-ramai. Bila perkara ini timbul? Selepas Pro-M ditubuhkan di UTM. Adapun sebelum ini, terdapat satu kumpulan yang dinamakan Aspirasi menjadi penggerak calon pilihan pengetua. Dan mereka bukan kumpulan. Saya ulang, mereka bukan kumpulan.

Kenapa mahasiswa perlu berkumpulan? Kerana mereka tidak akan mampu melakukannya sendirian sama ada dari segi kekuatan dan kewangan. Mudah.


Calon
Pro-Mahasiswa UTM telah menghantar seramai 33 calon termasuk 9 calon umum
Calon-calon kerusi umum

Calon-calon kerusi tidak umum. Haha.. Fakulti


Hari penamaan calon


Persiapan

Pro-M bersama mahasiswa PMH di Pesta Pongal


Salah seorang calon Pro-M (fakulti alam bina) membuat banner pilihanraya yang akhirnya dilarang penggunaannya. Sebab apa? Aku rasa sebab orang evo tidak ada banner. Jadi tidak adil.


Riadah Pro-M adalah bermain bola sepak melawan bermacam-macam pasukan di UTM. Banyak kali masuk surat khabar. Dan aku hanya mampu untuk beriadah membersihkan kawasan UTM tercinta.


Majlis pelancaran jentera

Majlis dibuat di perkarangan Masjid selepas solat jumaat. Ada ucapan, ada press conference dan yang paling hebat, ada cabaran kepada Evo untuk bertanding secara jantan selepas ada kes senior ugut junior.


Speaker corner

Digunakan sebaiknya untuk memperkenalkan calon


Kempen

Bahan-bahan kempen mesti cukup dan hebat.

Perang poster mesti terjadi walaupun ramai yang beranggapan pengundi kurang terkesan dengan poster yang banyak.


Salah satu strategi memasang poster..


Rapat umum diadakan setiap hari. Dan sempat menyanyikan lagu tema Pro-M Nasional di hadapan mahasiswa lain.


Berkempen dengan gelombang oren. Kami pakai banner, dilarang sebab langgar peraturan. Kami konvoi dilarang sebab bising dan mengganggu ketenteraman awam. Maka kami naik motor ramai-ramai tanpa membuat sebarang bunyi kecuali deruman enjin motor. Mereka senyap tiada hujah…


Pengumuman keputusan

Saya kurang ambil gambar di sini kerana saya ingin menikmati detik-detik sejarah ini.. dan doa wehdah bergema di seluruh dewan buat pertama kalinya..


Kesimpulan

Dan aku masih lagi orang biasa. Penggerak kebenaran. Walaupun dibenci oleh orang yang aku sanjung. Aku tetap mara. Kerana aku pemuda Tawau!

Kemenangan ini bukan untuk dirai. Tapi untuk dihadapi. ~kamsar, 23 februari 2011, 10.39am

Catatan:
1. Pro-M masih belum menang di sini walaupun gelombangnya sudah kuat di IPT lain. Mari muhasabah bersama. (boleh berikan di ruang komen)
2. Pro-M nak buat solat hajat di kolej. Pengetua larang. Dia kata kami ada niat lain. Hebat khasaf.
3. Buka facebook, admin Evo sentiasa mengemaskini status bahawa banyak poster mereka disabotaj dan mengatakan Pro-M menipu mahasiswa. Dalam masa yang sama, aktivis Pro-M sedang membaiki poster calon Pro-M yang dirosakkan.
4. Ada satu calon Pro-M meletakkan manifesto beliau khas untuk pengetua yang tidak baik. Dan beliau menang pilihanraya.
5. Ramai yang masih percaya bahawa mahasiswa memilih calon yang cantik-cantik dan jambu. Kalau begitu, gambar yang diambil semasa penamaan calon adalah sangat-sangat penting.


notakaki untuk budak sekolah
1) Pro-M = Pro-Mahasiswa. Facebook, Blog, TvProm, Pro-M Funny Profile
2) Evo = Evolusi Mahasiswa. Facebook

Lampiran
ni video salah seorang calon Pro-M menyampaikan pidato


ini video 'hampir' selepas pengumuman MPM

Sunday, February 13, 2011

Tangan-Tangan Suci



Title: Tangan-tangan suci
By: Amni Jagat

~you can read this while playing the video...

Satu ketika dulu
Bumi itu pernah dinaungi kesucian
Dataran keagungan cermat kesuburan
Sehingga dengan izin
Tergugurnya kalam Taurat Allah
Melabuhi hening malam di puncak pergunungan

Ya! Bumi itu juga
Yang menjadi petanda cinta luhur
Ibrahim terhadap Sarah isterinya
Ya! Bumi itulah juga
Yang menjadi saksi aan persemadian
Seorang tokoh keparat Firau
Ditimbusi lautan di dada sungainya

Kini,
Setelah beribu tahun sejarahnya,
Penaklukan demi penaklukan
Penipuan demi penipuan
Korupsi demi korupsi
Gagah bersabung memerintah
Sehingga alang hilang seluruh
Puncak kesucian yang termaktub dahulu

Ah! Sekai lagi kuku besi adalah pembunuh
Bumi agung para anbia
Terus dinoda dari pagi hingga ke petang
Dan dari senja hingga ke lewat malam
Memang laknat laku yang dibawa

Oh! Bumi suci yang kotor
Betapa saudaramu sebangsa dan seagama
Saudara sekiblat dan sehengus syahadah
Saudaramu berkalam Allah Yang Besar
Saudramu warisan dari kekasih Muhammad s.a.w

Mereka menangis
Mereka sengsara
Mereka tersiksa
Namun apa yang telah kau lakukan?
Ya! Pemerintahan kejam menghukum
Ya! Pemerintahan zalim
Menutup akan pintu sempadan negaramu
Ya! Pemerintahan hina
Membunuh saudara-saudara sendiri
Sememangnya mereka saudara-saudara mu harus dibela

Kezaliman, penindasan, korupsi, kronisme
Adalah punca semua ini berlaku
Tatkala pangkat dan mandat digedong
Maka,kebenaran terus lenyap di bumi ini

Berkat kesucian dari sejarah anbia
Berkat pimpinan terjunjung Baginda s.a.w
Tangan-tangan suci ditadahkan
Di dalam masjid qudus yang telah dijajah
Tangan-tangan itu menadah pengharapan
Tangan-tangan itu memohon belas perjuangan
Tangan-tangan itu meminta ihsan petunjuk
Dan janji Allah itu semmangnya
Benar, benar dan memang benar

Demikian pergolakan mula bermula
Doa yang dipanjatkan
Telah menjadi lautan hukuman pada kezaliman
Dain air mata yang dilinangkan
Menjadi dartan sebuah kebangkitan
Demi Kebenaran yang suci

Hari ini,
Bumi anbia Mesir mula menampung padah
Ya! Hari ini rakyat bangkit
Ya! Hari ini rakyat mula bangkit
Mereka keluar di jalanan
Mereka ingin membunuh kezaliman
Mereka keluar dan terus berarak
Memabawa obor membakar kepalsuan
Keadilan harus dimartabatkan
Kebenaran harus terus dijuangkan
Dan bumi Mesir sekali lagi
Akan menjadi nadi kebangkitan rakyat

Cahaya esok pagi pasti akan kembali
Masihkah kita harus diam dan membuta
Sedangkan Allah dan Rasul terus dipersenda
Tadahkan tangan-tangan suci kita
Tadahkan agar memohon kemenangan
Demi Islam agama suci kita

Apakah kita harus merasa selesa
Sedangkan Islam masih belum merdeka?
Yakinlah, bahawa esok pagi
Cahaya suci pasti akan kembali
Dan doa dari tangan-tangan suci
Pasti akan didengari Illahi


catatan:
1) sajak ini disampaikan di sudut pidato UTM
2) mari doakan mereka..

Lampiran

ini adalah batu yang digunakan oleh protestant sebagai senjata.

maka merek perlukan perlindungan terutama sekali untuk kepala
gambar ehsan: dailymail

Saturday, February 12, 2011

The Way to Win

“kalau kita berfikir menang, maka semua potensi akan kita undang, seluruh kekuatan akan kita galang, seluruh halang lintang akan kita terjang, dan kita menang.”

Be the winner forever..
Jangan … kembali pulang
Sebelum kita menang
Walau mayat terkapar di medan juang
Itulah para HERO berjuang
~Hamka

This Way..
Perjuangan itu….
Dirintis oleh orang-orang alim
Diperjuangkan oleh orang-orang ikhlas…
Dimenangkan oleh para pemberani…

Dengan menyebut nama Allah..
Yakinkan niatmu jangan pernah ragu..
Bulatkan tekadmu..
Menempuh nasibmu..
Kemanapun menuju..

Serahkanlah hidupmu dan matimu,
Serahkan pada Allah semata,
Serahkan duka gembiramu,
Agar damai senantiasa hatimu..
~Arifin Ilham & Yana Yulio

“barangkali kita tak bisa mengubah keadaan, tapi bukankah kita bisa mengubah sikap kita dalam menghadapinya? Kita tak bisa mengubah arah angin, tapi kita bisa mengubah arah sayap kita.”

Semua ni ditaip semula dari permulaan buku “the way to win” karangan penulis buku motivasi bestseller Indonesia, Solikhin Abu Izzuddin. Tidak termasuk yang panjang lebar. Semangat naik serta merta. Rasa ingin menghabiskan bacaan dan memacu momentum baru kearah kemenangan. Dan.. di mukasurat 10, barulah penulis letakkan daftar isi kandungan. Rupa-rupanya sesi motivasi bersama penulis belum lagi bermula. Semua yang dibaca tadi adalah pembakar semangat untuk terus membaca dan membaca. Kerana sesungguhnya hanya orang yang termotivasi sahaja yang sanggup untuk membaca buku motivasi!.

Buku ini adalah buku motivasi kesinambungan daripada buku bestseller Zero to Hero. kerana menurut penulis, kebanyakan orang yang mengikuti program motivasi hanya akan termotivasi dalam masa yang singkat sahaja jika tiada proses follow up. Maka, buku ini dihasilkan dengan semangat take action! Penulis yang berpegang kepada ‘jangan biarkan ada ruang kosong tanpa karya nyata’. ZERO POWER to be HERO WINNER.

Energy equation
E = mC^2
Siapa yang tidak kenal dengan persamaan ini. Persamaan yang telah menamatkan perang dunia kedua. Persamaan yang menjana tenaga menggantikan arang batu dan diesel. Dan juga persamaan yang telah membunuh ribuan jiwa.

But in order to walk through the journey, you have to bomb yourself, proactive to be successful.
E = Winning Energy
m = mass, time, potential that is constant and limited
C = How we used it!

Dari persamaan ini, kita dapat simpulkan bahawa setiap orang mempunyai kekuatan masing-masing dan jumlah potensi yang hampir sama. Tapi jumlah tenaga kemenangan yang dihasilkan adalah berbeza kerana cara menggunakan potensi masing-masinglah yang memainkan peranan penting dalam persamaan tersebut.

Kesimpulan
Semua orang ingin menang. Tapi tidak semua orang mampu menang. Kerana dibawah orang yang menang adalah orang yang kalah. Ada orang kata, menang kalah tidak penting. Yang penting adalah kesungguhan kita menuju kemenangan tersebut. Tapi, sedarkah anda bahawa membuat target seburuk “kalah tidak apa” telah menunjukkan ketidaksungguhan anda!.
Maka bersungguh-sungguhlah. Kerana melontar ke matahari akan jatuh ke bulan. Dan melontar ke bintang akan jatuh ke matahari. Fikirkan yang tertinggi dalam fikiranmu, dan engkau akan mencapai yang tertinggi dalam hidupmu. Bermimpilah setinggi awan. Walaupun perjuangan anda berada di bumi. Belajar dari semua sumber ilmu termasuk firman Allah dalam bentuk kanvas kehidupan kerana ia adalah khazanah lautan idea yang tak terokai..


Kalian ditolong oleh Allah kerana kemaksiatan musuh kalian dan ketaatan kalian kepada Allah. Jika sama kalian bermaksiat, maka sunnatullah akan terjadi, yang kuat akan mengalahkan yang lemah. Maka tingkatkanlah ketaatan kepada Allah.
~Umar Al-Khattab

~tugas kita adalah menyalakan lilin. Bukan memaki kegelapan!.~

Catatan:
1. ZERO to HERO + the way to WIN = ZERO POWER to be HERO WINNER.
2. Kreativiti adalah berfikir dengan cara yang berbeza. Inovasi adalah melakukan dengan cara yang berbeza.
3. Sekali lagi aku lambat membaca sebab buku ini berbahasa Indon.
4. Ayat POWER tak boleh blah. Isi pun boleh tahan.
5. Aku sedang termotivasi. Samapi bila? Tak tahu..

Tajuk: The way to win
Tebal: 308 mukasurat
Penulis: Solikhin Abu Izzuddin
Harga: RM29.80 – 15%
Kedai: Fajar Ilmu Baru, Jalan Masjid India
Penerbit: Pro-U Media

Wednesday, February 9, 2011

Stress ?

Salam alaik..
Anda stress?
Jika ya, tahniah diucapkan kerana anda masih lagi waras. Hanya orang gila yang tidak mengalami stress!. Sejak bergelumang di alam kampus, aku banyak berjumpa dengan orang yang mengaku stress. Ada yang tertekan kerana akademik yang susah, ada yang perasan sibuk dengan gerak kerja persatuan dan ada juga yang frust sebab aku tak layan surat cinta diorang…ok. Yang last tu sekadar hiasan.


Apa itu stress?
Kita telah bertemu perkataan ini sejak dari bangku sekolah lagi. Untuk mengenalinya dengan lebih rapat, kita perlu melihatnya dari pelbagai sudut. Setelah itu, barulah kita akan menemui cara untuk mengawalnya. Sebagai bakal jurutera, sudah semestinya aku akan melihatnya dari sudut yang paling sesuai untuk aku.Semasa di sekolah menengah, kita diajar tentang muqaddimah kepada pengajaran tentang hakikat stress iaitu pressure. Ataupun lebih dikenali sebagai tekanan (sebab zaman aku belum ada lagi PPSMI.)

Pressure, P = F/A

F = daya yang dikenakan.
A = luas kawasan yang dikenakan daya.


Tapi dalam persamaan ini, kita hanya diajar bahawa semakin besar daya, tekanan akan semakin besar. Semakin kecil kawasan, tekanan akan semakin besar. Contoh adalah tapak kasut dan mata pisau. Kita pun angguk..oooo…

Semakin kecil kawasan di mata pisau, semakin tajam pisau, semakin besar daya yang terhasil dan semakin kecil daya yang diperlkan untuk memotong.

Apabila kita naik one step further, kita akan diajar tentang hakikat stress yang sebenar. Masa tu lah pensyarah akan cakap, apa yang korang belajar masa sekolah menengah dulu tu, tipu sahaja.. disini, kita akan belajar bahawa daya yang dikenakan keatas satu jasad, ia akan diagihkan secara sekata dalam jasad tersebut. Akibatnya, semua elemen dalam jasad tersebut akan menerima tekanan atau daya yang sama.



Tapi dalam kursus kejuruteraan mekanikal, satu istilah penting telah diajarkan kepada kami yang mana ia akan membawa banyak perubahan kepada pemahaman terhadap stress ini. Ia dinamai sebagai “stress concentration”. Bahasa melayu aku tak pasti. Yang pasti bukan kepekatan stress. Haha..


Apabila suatu jasad mempunyai stress concentration, ia akan lebih mudah untuk fail (gagal) atau patah dan sebagainya. Kerana daya yang diberikan akan tertumpu pada kawasan tersebut. Hal ini amat berbahaya dan amat penting untuk dikaji bagi mengelakkan kegagalan dalam komponen tersebut.


Jadi, apa kaitan semua ni dengan stress yang kita alami?..ha..

Manusia mempunya stress concentration mereka sendiri. Iaitu otak. Kenapa otak? Sebab ia diguna untuk berfikir. Buktinya? Kalau orang buat silap, orang yang jem akan menjerit ‘ko tak ada otak ka ha??!’.


Alangkah hebatnya orang yang berotak besar..

Saya nak tanya kepada anda, apa beza anda dengan rakan sekelas dari segi akademik, bebanan tugasan dan projek, test dan sebagainya?. Ia sama bukan? Habis tu kenapa ada yang Berjaya dan ada yang gila di tengah jalan?. Apa beza anda dengan ahli persatuan lain yang anda ikuti dari segi bebanan tugas, gerak kerja, mesyuarat dan sebagainya? Sama bukan? Habis tu kenapa ada yang berkomitmen tinggi hingga menjadi pimpinan dan ada pula yang keluar/futur?.


Ini adalah kerana kemampuan diri setiap individu adalah berbeza sama sekali. Mungkin ‘tekanan luar’ yang diterima adalah sama. Tapi ‘stress concentration’ atau ‘kemampuan otak’ setiap orang adalah berbeza.

So what?
Jadi, setiap orang yang terlibat sama ada pimpinan, orang yang membahagikan bebanan tugas, pensyarah ataupun ketua kelas seharusnya mengenal potensi orang di sekeliling mereka. Dan yang paling penting sekali adalah mengenali potensi diri masing-masing. You know what your brain can do. So, why do you want to do something else?.

Kesimpulan
Saya ada rahsia.. biasanya kalau ada anggota badan yang mengalami stress yang terlalu tinggi, ia akan cramp. Kadang bergetar. Dan jika otak yang mengalami stress yang terlalu tinggi, ia akan effect banyak anggota badan terutama sekali kepala… (sapa nak tahu sangat, hubungi aku) macam mana nak terangkan pun aku tak tahu. Yang penting, senyum tak semestinya tidak tertekan.

~setiap manusia mempunyai kebolehan yang berbeza~ kamsar,30 oktober 2010, 2.20pm

Catatan:
1. Aku pernah stress
2. Kalau anda stress, anda tahu apa yang harus dibuat..(clue: wudhuk)
3. Stress andalah sesuatu yang tidak Nampak. Jadi, jangan berharap sangat orang lain memahami anda.
4. Kenali potensi anda dan orang di sekitar anda


Lampiran untuk orang yang stress..
selamat mencuba!



hohoho



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code