Monday, January 31, 2011

Dilarang Mati?

Gambar sekadar hiasan yang boleh diterima pakai..

Sebelum teruskan pembacaan, harapan saya adalah supaya para pembaca dapat membersihkan kepala masing-masing dari sebarang prasangka tidak baik. Contohnya,

“habislah budak ni kena AWKU..”
“peh!! Penulis nih nak mengampu kerajaan!” dan lain-lain..

Dan ditegaskan di sini bahawa ajal dan maut itu berada dalam kekuasaan Allah. Wlm..


Cerita 1:
Cerita tentang ADUN* bagan pinang, tentang ADUN Tenang yang berumur 59 tahun, tentang ADUN Merlimau yang berumur 54 tahun, tentang ADUN Batang Ai yang berumur 53 tahun, dan beberapa lagi ADUN yang tidak disenaraikan di sini.

Ramai pemimpin yang meninggal. Dengan perginya mereka, maka semboyan PRK** akan berbunyi. Pak Lah kata, PRK ni membazir duit negara masa Isteri Anuar letak jawatan dan beri laluan kepada suaminya untuk bertanding. Persoalannya, kenapa perkara ini berlaku?


Cerita 2:

“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau adalah seorang yang lemah sedangkan jawatan adalah satu amanah yang pada hari qiamat nanti merupakan satu kehinaan dan penyesalan. Kecuali bagi orang yang dapat melaksanakan tugasnya dengan benar dan menunaikan kewajipan dengan sebaik-baiknya.”
(HR Muslim)

Sebagai seorang yang perasan sentiasa bersangka baik, saya berpendapat menjadi pemimpin negara ini adalah satu tugas yang sangat berat!. Ia adalah amanah. Ia akan dituntut di akhirat nanti. Jadi, ADUN akan menjadi stress dan mudah diserang penyakit. Wlm..

{jeda}
Sekarang zaman moden. Sistem pemerintahan Negara kini berbeza. Kita ada ketua yang paling ketua. Pastu ada menteri-menteri, pastu ada menteri besar, pastu ada ADUN. Pastu ada organisasi sendiri. Su sulit, su politik, suk.

Di sekolah, ada pengetua, guru besar, cikgu kanan, cikgu hem, cikgu seni, cikgu sejarah, cikgu math, cikgu pjk, pembantu kerani, cleaner dll. Terlalu banyak ruang untuk seseorang itu dilantik menjadi ketua.
{jeda}


So?
Saya mencadangkan:
1. SPR buat pemeriksaan kesihatan untuk setiap calon. Mungkin sihat tubuh badan bukan syarat sah menjadi pemimpin. Tapi, calon yang mempunyai masalah kesihatan yang serius perlu dinilai semula.
2. Pengundi mesti undi calon yang tidak merokok. Sebab dia suka bakar duit. Dia tak sayang nyawa orang di sekitar dia. Dan dia tak tahu atau tak mahu tahu tentang halal dan haram dalam Islam.

Nota kaki untuk budak-budak:
* ADUN = Ahli dewan undangan negeri
** PRK = Pilihanraya kecil

mereka kata, kau kalah!. aku kata, yang benar sentiasa menang!! ~Kamsar, 31 Januari 2011, 4.10PM

Catatan:
1. Sepatutnya tajuk tu aku letak tanda seru. Tapi untuk mengelakkan sebarang salah faham, aku letak tanda soal.
2. Perut buncit banyak penyakit. Betul ka?
3. Tahniah kepada Tok Ai yang baru menang di Tenang. Semoga hidup anda Tenang.
4. Tahniah kepada Cikgu Mala [http://srikandipejuang.blogspot.com/] kerana Berjaya menggoncang Tenang bersama mesej Muslimat Perjuangan Islam.


Lampiran:





Ini Tok Ai.
Situasi ini ada masuk TV3.
Dia tabah meredah hujan untuk bersama rakyat.
Walaupun kasutnya tenggelam dalam air.
Walaupun badannya basah kena hujan.
Dia bagi sumbangan kepada rakyat setempat.
Pada hari itu
Ramai orang gembira.










Ini Cikgu Mala
Situasi ada masuk Facebook.
Suaminya tabah temankan dia redah hujan untuk bersama rakyat.
Dia redah air banjir paras paha jak.
Dia tidak mahu selak kain.

Tuesday, January 18, 2011

Aku masuk TV!!


salam 'alaik
Tun Dr Mahathir pernah berkata, dia nak pastikan setiap rumah di Malaysia ada televisyen sendiri. Nampak macam benda remeh, tapi ini kisah beberapa tahun lepas. Zaman hanya orang banyak duit lebih sahaja ada TV. sekarang, setinggan pun ada astro dan Avanza. woha!.


sekarang, ramai orang yang nak masuk TV. ramai orang nak jadi terkanal. ramai orang nak dikenali ramai (sama lah tu). dan aku dah masuk TV!!..hahaha


ni buktinya..



sumber di sini.. TV Pro-M

~doakan kemenangan untuk pihak yang benar..kamsar, 19 januari 2011, 3.27pm

Catatan:
1. setakat ni sokongan mahasiswa amat menggalakkan
2. kajian belum habis dianalisis
3. aku....hahaha

Sunday, January 16, 2011

Gerakan Freemasonry : musuh dalam menghancurkan Islam


Teori konspirasi merupakan satu teori yang banyak diperkatakan di seluruh dunia kini. Ada yang gemar membincangkan tentang kewujudan makhluk asing, UFO (unidentified flying object), pengembaraan di bulan, time travel dan sebagainya.

Freemasonry merupakan sebuah gerakan rahsia yang dipelopori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa. Mereka bergerak secara rahsia. Mempunyai organisasi dan perancanan yang rahsia. Dan mempunyai rahsia di dalam rahsia pada peringkat atas pertubuhan ini.

Ia dilihat sebagai sebuah gerakan yang amat behaya terutama sekali kepada umat Islam memandangkan gerakan mereka kini sudah tersebar ke seluruh dunia melalui medium yang tidak sedikit. Bermula daripada television, makanan sehinggalah pertubuhan Illuminati, segala peluang yang ada dan dimiliki digunakan dengan bijak semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

Seorang ahli Freemasonry berbangsa Arab berkata, “sesungguhnya semua agama itu adalah sama sahaja dan merupakan ajaran-ajaran moral yang ada kalanya bertentnagan dengan moralnya sendiri. Suatu kepercayaan kadang-kala dapat memecahbelahkan bangsa sendiri ataupun keluarga sendiri sehingga kesejahteraan hilang begitu sahaja. Maka menjadi kewajipan ke atas seseorang anggota freemasonry untuk berfikir tentang diri mereka dan membebaskan diri dari kekangan agama tersebut…

Buku ini mendedahkan serba sedikit berkaitan dengan gerakan ini dan apa yang biasa mereka lakukan pada masa kini. Tidak ketinggalan, buku ini juga menjelaskan tentang peranan Freemasonry dalam keruntuhan sistem Khilafah Islamiyyah.

Penutup
Oleh itu, setiap umat Islam mesti sedar tentang hakikat yang sedang kita hadapi sekarang berdasarkan kepada fakta-fakta yang dapat diberikan. Tidak dinafikan, terdapat umat Islam yang berpendirian bahawa teori ini adalah teori bodoh dan mereka menyeru umat Islam supaya menjalani hidup ini dengan memandang ke belakang dan ke bawah (sirah dan mati) supaya tidak leka dalam beribadat kepada Allah swt. Dan pendapat sebegini juga patut dihormati. Wlm

Kenapa saya perlu berehat sedangkan kejahatan di luar sana tidak pernah tidur?
~kamsar, 17 januari 2011, 12.45pm

Catatan:
1) Rupanya ramai juga Yahudi yang tidak suka dengan tanah ‘suci’ mereka
2) Mereka sudah tahu sumber kekuatan umat Islam
3) Buku ini tebal kerana helaiannya daripada kertas yang tebal.
4) Buku kempen kenali musuh-musuh Islam


Tajuk: Gerakan Freemasonry – musuh dalam menghancurkan Islam
Tebal: 213 mukasurat
Penulis: Hj. Nik Azran Muhamed & Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa
Harga: RM32.30
Kedai: Badan Cemerlang, Angsana Johor Bharu
Penerbit: Hijjaz Records Publishing

Wednesday, January 12, 2011

10 Juta Pulus


Zombie lembap terhegeh-hegeh yang menakutkan.
Puntianak kacak yang dapat memanjat pokok dengan pantas sambil membawa gadis cantik di belakangnya
Makhluk asing berkulit biru tinggi menggalah dan tidak cukup baju.
Semuanya tiada kena mengena dengan cerita ini.

Idriz cumalah seorang biasa yang mempunyai pekerjaan biasa dan tinggal di rumah biasa bersama sahabat baiknya Zohok.

Zohok adalah seorang penganggur biasa. Mangsa pembuangan pekerja daripada sebuah syarikat yang hampir muflis. Dia juga mempunyai minat yang biasa iaitu mengubahsuai robot pintar supaya lebih pintar.

Pangeran Vincent hanyalah seorang Pontianak biasa. Anak saudara Pangeran Drakula yang melarikan diri ke tanah melayu 200 tahun lalu kerana dianggap lemah. Suka minum jus tomato. Nama sebenarnya adalah Pangeran Rudolph Adolphus Stephanus Romanus Alexandra von Vincent. Tunang kepada Katerina Mendelzehoffendorf. Sorang keturunan pari-pari yang cantik.

Mereka hidup di satu zaman biasa tapi lebih maju daripada sekarang. Segala pengurusan Negara diatur dan dicatur oleh “Profesor”. Sebuah computer raksasa yang berada di bawah tanah.

Tapi hidup mereka menjadi kurang biasa selepas sorang penjenayah BESAR mencipta sebuah alat bernama “Isteri Profesor” untuk mengondam Profesor dan menyebabkan Idriz dan rakan-rakan terpaksa menyediakan wang sebanyak 10 juta pulus untuk menampung perbelanjaan peperangan!.

Ikuti pengembaraan mereka untuk mengumpul duit sebanyak 10 juta pulus. Yang pasti penuh dengan adegan “tak boleh blah” dan mencuit hati.

Kapitalis tamak yang pandai berlakon lebih susah dikalahkan daripada Dark Kamen Rider Kabuto pada tahap Hyper Clock Up!~
kamsar, 14 Disember 2010, 6.00pm, Ruang Tamu Rumah, Tawau

Catatan:
1. Ada banyak teori kejuruteraan dimasukkan dalam novel ni. Pasti best!
2. Segala teknologi canggih yang diceritakan dalam novel ini TIDAK MENGARUT sama sekali. Saya yakin satu hari nanti ia akan dapat dibangunkan termasuk cara mereka memesan makanan di kedai.
3. Jalan cerita yang mendebarkan
4. Saya nak cipta antigraviti.


Tajuk: 10 Juta Pulus
Tebal: 216 mukasurat
Penulis: Masdalifadzlie M Saaid
Harga: RM12.60
Kedai: BADAN Cemerlang Angsana
Penerbit: PTS Fortuna

Monday, January 10, 2011

Bohong di Dunia


Menepati janji adalah hal yang luar biasa, dan memungkiri janji adalah hal yang sudah lumrah, tidak perlu dipersoalkan lagi. Berjanji bermesyuarat pukul lapan, maka semua orang sudah menduga lebih dahulu bahawa mesyuarat itu akan dimulakan pukul sepuluh lebih kurang. Mana yang datang lebih dahulu menengok-nengok dari luar dan surut ke belakang melihat orang belum ada, padahal ‘orang’ yang ditunggu itu adalah diri sendiri. (Hamka)

Apa itu benar?
1. Yang bersesuaian dengan kejadian, walaupun berlawanan dengan kepercayaan dan keyakinan. (kata mereka , itulah yang tepat)
2. Yang bersesuaian dengan kejadian dan kepercayaan. (Ahjahizh)
3. Yang bersesuaian dengan kepercayaan sendiri, walaupun berlawanan dengan kejadian. (An-Nazzhaam)

Apa itu bohong?
1. Berlebih-lebihan memberitahu sesuatu.
2. Mencampuradukkan antara benar dengan bohong
3. Memotong-motong kebenaran
4. Menyatakan dengan mulut sesuatu yang berlawanan dengan yang terasa di hati
5. Memuji berlebih-lebihan kepada orang yang berpengaruh
6. Janji yang tidak dipenuhi
7. Dll

Perkataan bohong telah Berjaya menarik saya untuk membeli satu lagi karya Buya Hamka. Berbeza dengan sifat buruk yang lain, sekali seseorang itu berkata sesuatu yang dusta, maka dia akan dikira sebagai bohong. Bukan menghampiri bohong.

Sebagai seorang ‘orang’ yang sering berurusan dengan ‘orang’ lain, kita hampir tidak dapat lari dari kedustaan. Sama ada dari segi percakapan atau perbuatan. Jadi, apa tindakan anda jika berhadapan dengan situasi yang menuntut anda berbohong?. Sejauh mana kita tidak boleh berbohong?.

Penulis telah mengulas dengan baik berkaitan dengan istilah ini. Beliau turut membentangkan pendapat ilmuan Islam dan Barat dengan menambilkira konsep sebenar bohong dan perkara yang membolehkan berbohong.

Penutup:
Rasulullah tidak pernah berbohong.

Pembohong adalah penakut yang tidak mahu menghadapi kenyataan.
~kamsar, 10 Januari 2011, 11.12pm.

Catatan:
1. Rasulullah tidak pernah berbohong
2. Saya tidak suka orang yang lambat datang mesyuarat.
3. 1 + 1 = 2. Selain 2 adalah salah.
4. Semakin tinggi ilmu seseorang, semakin sukar untuk dia berbohong. Kerana dia semakin Nampak kebenaran.


Tajuk: Bohong di Dunia
Tebal: 108 mukasurat
Penulis: Prof. Dr. HAMKA
Harga: RM12.50 – 15%
Kedai: Fajar Ilmu Baru Ent., Jalan Masjid India
Penerbit: Pustaka Dini

Thursday, January 6, 2011

Dia, mimpi & titik titik titik

1999 Masihi

Seperti budak kampung yang lain, dia tiada benda yang boleh dibuat. Hanya televisyen yang menjadi teman pada waktu malam. Ulangkaji? Jauh sekali.

“Kotak berimej itu memaparkan iklan seorang kanak-kanak yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya iaitu membuat sebuah kapal terbang mainan yang dibantu oleh ayahnya sendiri.

Klik imej untuk kepuasan berganda

Sifat ‘aeronautik’nya semudah badan kapal terbang yang dibina Wright bersaudara. Dan kipas yang berada di hadapan kapal tersebut digerakkan oleh getah yang dipusingkan. Mereka sekeluarga tersenyum gembira.”

Tiba-tiba naluri fiziknya bergelora. “aku mahu buat kapal terbang!”.

Dia segera mencapai buku catatannya dan mula melakar sesuatu..

Dia sungguh yakin bahawa rekaannya bakal menjadi buah mulut budak-budak di lorong 3 kampungnya. Tapi dia juga sedar bahawa rekaan mudah ini juga adalah sesuatu yang sangat susah untuk di’prototype’kan. Belon boleh didapati dengan membeli sebungkus keropok 10sen yang tidak sedap tapi mempunyai belon. Bateri AA yang dia simpan hampir kehabisan tenaga. Dia juga harus mencari sebuah kipas untuk kapalnya. Dia juga memiliki sebuah ‘dash and kuro’ simpanannya. Segalanya hampir sempurna sehingga dia sedar bahawa gas hidrogen iaitu satu-satunya gas yang dia tahu boleh terbang amat sukar untuk didapatkan dan mudah terbakar. memasukkan gas hidrogen ke dalam sebuah belon adalah tidak mudah dan mungkin meletup dan terbakar.

Dia tersenyum dan berkata. “Nanti aku akan buat yang lebih hebat!”


626 Masihi

Peluh terus menitis. Tengkorokan terus bergerak sambil bibirnya berkumat-kamit berzikir. Tiada lagi air liur boleh ditelan. Tengah hari itu sangat panas untuk menggali parit yang besar. Tapi dia tidak merungut dan terus menggali berdekatan dengan seorang lelaki mulia yang mengikat perutnya beserta batu-batu kecil.

Tiba-tiba salah seorang sahabatnya datang mengadu kepada lelaki mulia itu. “ada sebiji batu besar yang menghalang penggalian”

Lelaki yang di sebelahnya tadi menghampiri batu tersebut dan meminta pemecah batu. Dia melihat lelaki tersebut dengan tekun. Kelihatan bibirnya membacakan sesuatu dan ‘pang!’. Batu itu retak selepas memancarkan api. ‘pang!’. Pukulan kedua juga beserta api dan memecahkan batu tersebut. Semua yang menyaksikan bertasbih.

Kemudian lelaki tersebut berkata “semasa api memercik pada batu tadi, aku telah melihat sesuatu”.

Dia semakin berminat dan mendekatkan dirinya.

Lelaki itu menyambung “semasa aku memukul batu tersebut, aku melihat Islam Berjaya menawan Rom di barat dan Parsi di timur!”.

Dia yang mendengar dengan jelas sabdaan tersebut tersenyum sinis sedikit. Bukan kerana tidak percaya. Tapi dia memikirkan tentang keadaannya dan para sahabatnya yang sedang menggali parit untuk menghalang serangan dari pelusuk tempat. Mereka hanya dapat bertahan. Mereka terpaksa menahan lapar dan dahaga. Hari itu sudah tiga hari mereka tidak makan. Dia risaukan isteri dan anaknya yang masih kecil. Adakah mereka akan selamat nanti?. Bilangan mereka sangat sedikit dibandingkan dengan tentera bersekutu kuffar yang beribu.

“AllahuAlbar!!”. Semua orang yang berada di situ sama-sama bertakbir

Dan dia tersentak dari lamunan. “jika yang berkata itu adalah beliau, maka batul lah”.

Dia tersenyum dan terus menggali..


2001 Masihi

Dia masih tidak berubah. Masih memuatkan jadualnya dengan menatap peti bervideo. Malam itu dia melihat satu rancangan orang putih. Macam Batman tapi bukan. Macam Spiderman tapi bukan. Heronya adalah orang kaya. heronya mempunyai seorang kawan yang bijak. Heronya cintakan keadilan dan kedamaian. Heronya suka keluar malam.

matanya boleh keluarkan laser

NIGHT MAN. Rancangan yang ditunggu-tunggu setiap minggu. Rancangan ini boleh dikira sebagai ‘low budget drama’ kerana kualiti yang ditunjukkan tidak seberapa. Tapi apa yang membuatkan budak tingkatan 1 ini terus melekat adalah tali pinggang yang dipakai oleh heronya. Bukan kerana matanya yang boleh mengeluarkan laser cahaya maut.

Melihat cara heronya bergaduh memang menyampah. Tapi dia ada tali pinggang istimewa. Dia boleh terbang sebab dia ada tali pinggang yang istimewa. Namanya “antigravity”.

Sekarang dia sudah berubah. Belon hidrogen adalah mainan budak-budak. Dia mahu mencipta sesuatu yang hebat!. Dia mencapai buku catatannya. Dia tahu antigravity dalam TV itu bohong. Tapi macam mana? Yang pak cik Newton bagitahu hanyalah gravity berkaitan dengan jisim jasad yang terlibat dan jarak antara keduanya.

“aku perlukan buku dan orang pandai!”. Dia tersenyum dan sudah tahu apa yang perlu dikatakannya apabila cikgu bertanya tentang cita-citanya.


1900-an masihi

Hari itu, dia sangat teruja. Dia dan kawan sekelas akan mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah tempat yang sangat disukainya..

“Alright students, this is the computer that we used now. It’s a bit smaller than before thanks to our technology today”. Dia tekun mendengar setiap penjelasan yang diberikan berkaitan dengan computer sebesar dewan kuliah itu.

Dengan bersemangat, dia berbisik kepada rakan sekelas di sebelahnya. “You know man, I’m pretty sure that one day this computer will be a lot smaller. As small as we can bring it anyway. Maybe it also can be brought by every house in our country. Or perhaps this computer will only need battery as its power supply”

Tiba-tiba rakannya ketewa berdekah-dekah dan meninggikan suara untuk mengambil perhatian semua orang. “Hey guys! This Mr. Gates said, every people can have their own computer in the future! And it will be smaller and powered by battery!”

Semua orang ketawa terbahak-bahak. Ada yang menganggapnya mengaa-ngada. Tapi dia terus tersenyum dan berbisik. “One day.. It will!”



2008 Masihi

Hari itu dia sudah bersedia. “My hope and aspiration”. Semester itu dia mengambil mata pelajaran bahasa inggeris untuk komunikasi. Silibus berkehendakkan semua pelajar melalui sekurang-kurangnya satu ‘impromptu speech’ dan satu ucapan biasa. Kali ini dia mesti melakukan yang terbaik. Ucapan spontan tempoh hari merupakan antara ucapan yang paling teruk dia pernah buat. Akibat ketiadaan idea, dia telah bercerita tentang kehidupan Naruto di dalam kelas.

“My hope and aspiration is I want to build an antigravity”. Dia tersenyum puas.

Berpuluh-puluh pasang mata tertumpu padanya. Ada yang seperti tidak percaya. Jika sebelum ini ada kawannya yang meletakkan menjadi kaya, menjadi pemain bola terkenal dan memiliki sebuah kereta sport sebagai harapan dan aspirasi mereka, tapi hari ini mereka telah mendengar sebuah harapan yang berada di luar tempurung kepala mereka.

Namun, ucapan Berjaya disampaikan dengan baik. Sebagai seorang pensyarah yang positif, beliau hanya memberikan komen yang baik kecuali berkaitan dengan sebutan. ‘Dia’ telah tersebut perkataan ‘rapist’ menjadi ‘rappers’. Itu sahaja.

“You all can laugh now and thank you so mush. Wallu’alam”. Dia berjalan perlahan menuju tempat duduknya dan tersenyum lega.


20 disember 2010, 2.48pm

Dia tersepit antara dua pertimbangan. Perlukah cerita biasa ini diberitahu. Atau dia takut akan digelar mat Jenin dan orang yang bermimpi di siang hari. Tapi dia tahu sedangkan Umar mengajak sahabatnya bermimpi. Dan dia juga tahu kadang kala mimpi perlu dikongsi. Mungkin di luar sana ada yang boleh membantu.

Butang ‘publish post’ diklik dan tiada jalan kembali…dia tersenyum puas.


~mimpilah sepuasnya kerana ia amat indah~ Kamsar, 2010

Catatan:
1. Buku catatan/Lakaran kapal terbang yang sebenar sudah hilang.
2. ketawalah sesuka hatimu..

Tuesday, January 4, 2011

Petua Penjimatan Petrol


Semalam harga minyak naik lagi. Dan saya yakin ia akan terus naik selagi golongan kapitalis tamak masih memegang sistem kawalan Negara. Salah satu kesan yang menarik dari kenaikan harga minyak ini adalah timbulnya pelbagai slogan dari kalangan orang yang tidak berpuas hati dan dari orang yang puas hati.

“minyak naik, kerajaan turun” VS “ubah gaya hidup”.

Sebagai rakyat yang bijak dan baik, kita tentunya mempunyai pandangan sendiri tentang perkara ini. Ada yang mengambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam untuk pergi kerja malah ada yang mengambil keputusan untuk menaiki basikal. Pelbagai idea timbul untuk mengelak daripada menggunakan kenderaan sendiri.

Ada orang kata, harga minyak naik tidak mengapa kerana gaji dia turut naik dan akan menunjukkan taraf hidup mereka akan meningkat. Tapi ada orang kata, bekerja mencari duit banyak-banyak supaya dia dapat pergi kerja dengan selesa adalah perkara bodoh!. Ada juga orang kata, Negara pengeluar minyak tidak sepatutnya mempunyai harga minyak yang sama dengan Negara pengguna minyak. Seperti harimau Malaya dan Garuda Indo.

Tapi hanya sedikit yang sedar bahawa mereka mampu mengurangkan penggunaan minyak petrol tanpa menjejaskan kehidupan seharian mereka. Mungkin kerana usaha ini tidak mampu menampakkan perubahan yang ketara. Tapi bagi seorang yang sensitif terhadap sebarang perubahan, tips-tips dalam buku ini cukup bermakna.

Buku petua penjimatan petrol disusun oleh seorang jurutera dan penganalisis automotif dan seorang wartawan motor. Kombinasi yang amat baik untuk menerbitkannya jika ilihat dari segi ilmu dan pengalaman.

Buku ini cukup menarik bagi saya kerana ia membincangkan petua penjimatan dari pelbagai aspek bermula dari spoiler, tayar, gear tinggi hinggalah mengisi minyak pada waktu pagi. Selain itu, mereka turut membincangkan tentang kereta hybrid yang kononnya mampu menjimatkan penggunaan minyak petrol. Hakikatnya, penggunaan kereta jenis ini tidak mampu memberi penjimatan tanpa teknik pemanduan yang betul.

Tahukah anda, had halaju kenderaan di jalan raya ditetapkan pada nilai tertentu dan jika anda mengikutinya anda tidak akan perlu untuk menekan brek apabila selekoh. Dan ia akan membantu dalam penjimatan petrol.

Ramai orang berjimat untuk menjaga ketebalan dompet mereka. Tapi mereka tidak perasan bahawa mereka juga sebenarnya sedang membantu alam..~kamsar, 5 januari 2011, 11.08am

Catatan:
1. Ramai orang pasang spoiler pada kereta dan mereka tidak tahu bahawa ia telah spoilkan kereta mereka
2. Mungkin satu hari nanti, stesen minyak adalah tempat yang paling mahal selepas hotel 5 bintang
3. Isi minyak kenderaan anda pada waktu pagi!
4. Cara penjimatan yang lebih baik adalah tidak menggunakannya sama sekali


Tajuk: Petua Penjimatan Petrol
Tebal: 198 mukasurat
Penulis: Faiz Al-Shahab & Shamsul Yunos
Harga: RM16.90
Kedai: Pustaka Seri Intan, Kota Bharu Kelantan
Penerbit: Inspirasi KarnaDya

Monday, January 3, 2011

Kisah-kisah hujung tahun

Hujung tahun lepas adalah hujung tahun yang membuat aku seorang yang perasan sibuk. Banyak perkara yang berlaku dan telah dilakukan. Banyak cerita yang ingin dikongsi. Dan cerita yang paling baik adalah melalui gambar.

“aku suka mengambil gambar. Tapi aku tiada kamera.”


Kisah 1+1
Mereka kata, orang Negeri 9 suka makanan pedas.
Saya kata, orang Sabah suka makan.
Ayah kata, makanan mereka sangat padas. Nasi goreng pun mereka campur dengan cili.
Saya kata, kita mesti makan sebab itu adalah majlis 1+1.
Hari itu aku membuat persiapan untuk peperiksaan.
Hari itu juga, abang sulung aku bersalaman dengan seorang pakcik.
Ramai orang panggil pakcik itu tok kadi.
Aku sedang menyiapkan salasilah keluarga. Dan nampaknya aku ada kakak baru.
Kami ucapkan selamat datang..
Laut Cina Selatan bukan alasan..


Sebelum balik sabah, Power Rangers dan keluarga sempat berjalan-jalan di peninsular Malaysia.
Selepas beberapa tahun, baru kami berpeluang untuk berkumpul.
Dan aku masih lagi yang paling tinggi.
Secara fizikalnya..


Mereka tak tahu bahawa dalam mata ayah ada cahaya.
Hari itu, dia adalah antara orang yang paling gembira.
Anak-anaknya semua sudah besar dewasa.
Secara fizikalnya..


Air adalah makhluk yang aku temui setiap hari.
Kadang-kadang, ia adalah makhluk yang membuat aku gementar dalam hati.
Mungkin kerana aku pernah aku pernah berdoa “Allah, mou sukoshi dake” tempoh hari.


Budak ini nakal.
Kadang menjadi pani.
Dia suka main. Dia aktif bermain. Walaupun dia kecil.
Budak ini nakal walaupun dia kecil.
Secara fizikalnya..


Walaupun laluannya kecil,
Berbatuan dan kaang-kadang perlu jatuh dari tempat yang tinggi.
Tapi ia tahu bahawa di depan sana
Ada lautan yang sangat luas.


Api itu sangat marak membakar
Kehadiran angin akan membuatkan ia lebih marak
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa
Angin langsung tidak terlibat dalam proses ini.
Mungkin dari sini orang akan belajar
Beza penyokong dengan pendokong.


Budak ini mengganggu aku menggambari pengantin.
Mata dia bersih dan bercahaya.
Semoga ia akan tetap bersih seiring dengan usianya.


Yang baju belang panggil yang baju kotak “adek!”
Yang baju kotak panggil yang baju belang “kawan!”
Mereka hanya memerlukan 30 minit untuk menjadi seakrab itu.
Walaupun mereka masih kecil.
Dan yang baju belang itu lebih rendah dari yang baju kotak.
Secara fizikalnya..


Hari itu kami perlu mengangkat 90 buah kerusi hitam dari MSI
Dan 100 buah kerusi merah dari HMB.
Budak-budak lebih berminat untuk membantu walaupun ia berat.
Mereka masih kecil
Secara fizikalnya.


Berat 2.3 kilo bukan faktor yang menjadikan dia sayu.
Hari itu hujan dan sejuk.
Dan saya tidak faham luahan rasa makhluk ini.
Kucing ini sangat ringan
Secara fizikalnya..


Mereka ada sehelai tudung usang dan topeng yang aku baru baiki.
Tapi ia sudah cukup untuk bermain dengan gembira.
Mereka suka dengan hero.
Budak itu ingin menjadi hero walaupun dia masih kecil
Secara fizikalnya..


Umurnya tidak cukup untuk bermain dengan pistol itu.
Tapi dia tetap berusaha.
Dan dia sedang belajar sesuatu.
Dia melihat buih itu membesar
Seperti dirinya
Secara fizikalnya..


Orang kata, jalan 1000 batu bermula dengan langkah pertama.
Saya kata, jalan ini sangat jauh dan kita mesti mulakannya.
Perjalananmu jauh.
Namun itulah yang dituntut olehmu
Demi mengejar sinar di hujung destinasi..
Dan jangan lupa jalan ini tidak selurus yang anda lihat


Mati itu pasti.
Tapi bila dan bagaimana tetap menjadi rahsia.
Sekerap mana kau beringat akan menunjukkan kebijaksaanmu.


Budak ini kuat.
Dia ingin menjadi kuat.
Sekuat tali itu. Buka sekuat Tarzan. Kerana Tarzan tidak tutup aurat!
Budak ini bijak dan berani. Walaupun dia masih kecil
Secara fizikalnya..


Ini rumah biasa.
Mula dibina sejak 1995 hingga kini
Didiami oleh orang biasa.
Sejak 1996 hingga kini
Tapi ia akan menjadi luar biasa.
Kerana pemiliknya akan menjadi lagenda..


Siapa seterusnya?
Itu rahsia Allah..

Bila berkata tentang keluarga, aku adalah orang yang beruntung.
~kamsar, 3 januari 2011, 6.35pm

Catatan:
1. Lupa letak gambar pengantin. Kalau nak, hubungi saya secara peribadi.
2. Saya suka ambil gambar
3. Entri ini ada pengaruh FT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code