Friday, May 30, 2014

Orang Baru


Satu lagi shift bertukar. Pagi dengan cuaca yang baik. Matahari segar suam-suam kuku jari kaki memancar tanah yang basah disiram hujan semalam.

Hari yang baik ini juga menjemput kehadiran tiga pekerja baru dalam kilang. Ketiga-tiganya menjadi apprentice yang diletakkan di bawah fitter terpilih. Itu adalah lumrah kerja di sini. Kau foreman di mana pun, kalau masuk sini akan jadi apprentice terlebih dahulu.

Dan hari bertuah itu turut diraikan oleh mesin-mesin dalam kilang dengan menjaga akhlak masing-masing. Tidak ada kerosakan. No breakdown kata golongan enjinair. Maka berbahagialah kaum maintenance dengan hal masing-masing. Dengan rokok masing-masing. Dengan gadget masing-masing. Dan ada juga dengan kekasih jauh masing-masing.

Adapun salah seorang fitter lama di dalam bengkel ingin memecahkan kejanggalan orang baru yang dari tadi berdiam diri sahaja. Lalu dia bersuara dengan persoalan.
“Semboi, sebelum ni kau kerja apa?” Katanya dengan pandangan mata random ke arah ketiga-tiga orang baru itu.
“Aku kerja biasa jak cip. Barusan datang pi sini ni cip. Dulu di kampong jak.” Salah satu orang baru sudah bersuara.
“Kau?” Soalan diteruskan.
“Aku.. err.. aku nda pernah lagi kerja. Lepas SPM aku di rumah jak cip.”
“Aiya! Suri rumah paleknya.” Perli satu suara entah dari siapa.

[Awkward silence]

“Kau?” Soalan diteruskan lagi.
“Saya dulu kerja Petronas jak cip.” Orang baru yang terakhir menjawab malu-malu.

Bengkel menjadi sunyi tiba-tiba. Semua mata tertumpu ke arah orang baru. Petronas adalah perkataan keramat bagi mereka. Lan belah tengah dulu kerja operator jaga conveyor saja di sini. Sekarang dia sedang berbahagia dengan kereta besarnya selepas kerja Petronas. Akak chemist dulu sempat jadi lejen di kalangan auditor sebelum pindah kerja ke sana. Enjinair? Mana ada yang tidak pohon kerja di sana. Kerja dalam bilik order barang, pastikan kerja yang dibuat oleh orang lain siap, cukup bulan terima gaji letup-letup.

Orang baru terakhir telan liur. Takut-takut dia tersalah cakap hingga semua orang pandang slack dengan dia.
“Feh! herja Fetronas va ni.” Kata pomen tepuk meja dengan rokok terhuyung hayang di hujung bibir.
“Petronas mana kau kerja?.” Technician menunjukkan minat.
“Semporna.” Dia jawab ringkas. Technician termangu. Berfikir dalam-dalam mencari Petronas Semporna.
“Kenapa berhenti! Haih!.” Seorang apprentice melahirkan kekesalan.
“Sebab..” Orang baru bersuara malu-malu.
“Huuu.. kalau aku la, sampai pencen aku kerja sana.” Seorang pekerja dari department lain bersuara selepas mem-pause-kan permainan telefonnya.
“Sebab saya malas bah cip!.” Orang baru menghabiskan ayat.
“Uina! Barehat kawu! Berusan aku jumpa orang berenti Petronas masuk kerja kilang woo.” Sampuk orang department lain yang datang mengular di bengkel. Suasana bengkel semakin riuh.
“Saya malas bah cip kerja-kerja sibuk ni. Lebih-lebih lagi kalau banyak kereta. Peh! Penat woo isi minyak.” Orang baru menjawab dengan satu nafas.

Pomen pandang fitter. Fitter pandang orang baru pertama dan kedua. Technician dari tadi lagi terkekeh kekeh menahan tawa. Matanya berair. Apprentice yang rambut pacak pandang apprentice lama yang lain dengan dahi berkerut.

Di luar bengkel, sekumpulan kucing yang sedang memakan sisa bekal sarapan orang kilang terkejut dengan hilai tawa manusia. Ada yang tercarut. Ada yang tersembur 3in1. Ada yang tersedak asap rokok.

Kerja Petronas memang lejen!.
Sungguh, cerita ini akan diturunkan kepada generasi akan datang untuk menjadi point besar dan pengajaran.

Subhanallah.. indahnya cuaca hari ini..
...

Wednesday, May 28, 2014

Tuhan


Dari novel prequel-nya Murtad, Adam dan akhil kembali ke negeri asal mereka di utara tanah air selepas merebaknya wabak zombi di bandaraya. (Haa?!)

Tidak lama kemudian, salah seorang athies melayu yang mereka telah bunuh, Johari datang ke rumah mereka mambawa kurier.

Dalam keadaan dunia yang menghampiri kemusnahan, Johari yang telah ditembak oleh pembunuh orang murtad telah diselamatkan seseorang bersama Sarah.

Ratusan tahun berlalu, Johari tersedar di sebuah planet yang jauh dari bumi di kalangan ribuan manusia yang seiras dengannya. Sebuah dunia rekaan manusia. Yang semakin jauh dari Tuhan dan ada yang ingin menjadi Tuhan. Johari, dia masih perlukan Tuhan!.

Jerkah Johari di pusara ibu dan ayahnya masih lagi segar melintasi fikirannya. Pak Lebai memaut tangannya tatkala dia cuba menggali kembali tanah yang dikambus lelaki berseluar senteng. Bergelut Johari menghambur maki ke Imam. Ke jiran di sisi dan juga rakan yang tidak tahu betapa pertinya dia rasakan pada ketika itu. Johari mencabar Tuhannya. Kekalkan dia hidup biar seratus tahun kalau benar Tuhan itu ada. Kalau benar Tuhan itu wujud bagi menunjukkan kekuasaan-Nya.

Tajuk: Tuhan
Tebal: 299 mukasurat
Penulis: Hasrul Rizwan
Harga: RM18.90 – 20.6%
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: FIXI
Buku Lain: Murtad
...

Wednesday, May 21, 2014

Lokan


Kebahagiaan. Apabila kamu keluar dari dunia sempitmu. Yang kotor. Yang berbau. Menuju satu titik indah di muka bumi yang diciptakan untukmu jua. Memandang jauh ke langit. Menghirup udara segar dari dedaun hijau. Lalu memuja Tuhan yang menciptakannya dan kamu.


Air terjun untuk orang kecil filem Epic.


Alhamdulillah.. Rezeki pak cik turun ke dalam air tadi. Namanya Lokan. Boleh dimakan tapi tidak sesedap Tiram. kata Abam Wikipedia.
...

Wednesday, May 14, 2014

Jusoh Turbo


Jusoh Turbo. Siapa tidak kenal dia. Dulu dia la cempien. Setakat Sungai Kolek, dia lejen. Tidak ramai yang berani lawan lumba, selekoh, tarik handbrake, drop dear dengan turbonya.

Tapi kini dia terbaring di atas katil. Ditemani Yana Samsudin yang setia menanti.

Ini adalah buku comel Tauke Lejenpress. Baca di petang hujung minggu, hanya beberapa kali golek sudah habis baca. Tapi rasa kelajuan itu tetap ada. Vrooooomm Pecis! Vrooooomm Pecis!..

“Engko kena make sure kereta turbo tu siap repair petang ni. Dah masuk 2 hari mak tak meniaga ni Jalil. Kalo masuk 3 hari macam ni, memang esok engko makan selipar la gamaknya..” Leter Mak Jah sambil memperbetulkan silanya.

Tajuk: Jusoh Turbo
Tebal: 86 mukasurat (Apa kes buku tak letak muka surat? Letih aku kira)
Penulis: Aisa Linglung
Harga: RM10.90 – 20.6%
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: Lejen Press
Buku Lain: Sengih Kerang, Dabel Date, Ketakutan
...

Wednesday, May 7, 2014

Surut


Naik ia dengan kehadiran bulan
Surut ia silih berganti
Hati kalau bertuhan
Iman di dada naik sengoti


Beberapa tahun lalu sebelum PRU-13, banyak pokok dan batu besar di sekitar Tawau dilukis dengan logo 1Malaysia.
Naa.. Di sinilah pusatnya. Dikepalai oleh siapa aku tidak tahu. Tapi kalau tengok papan tanda di sini, ada tulis nama Tuan Sabturani @ om.


Pernah sekali datang memancing. Hujan lebat tiada amaran. Basah lencun tubuh badan. Ikan tiada walau seekor.


Seperti tertera, harap maklum. Whoa!


Jika berat sangat membawa balik sampah, buang saja ke laut.
Sarcasm at it's finest.
Hinggakan ada yang betul-betul buat.
Well, it's alright.
Sebab sarcasm memang untuk orang bodo.


Kata orang, perahu diikat supaya tidak hanyut.
Kuda ditambat supaya tidak lari.
Kemudian mereka berpesan supaya menambat ilmu.
Dengan pen.
Dan buku.


Solat itu tiang agama.
Apa pernah kamu lihat rumah tiada tiangnya?
Bahkan kuburan juga bertiang.






...

Friday, May 2, 2014

Masa Depan Masa Kita!


Masa depan yang penulis tekankan di sini adalah masa hadapan negara beberapa tahun mendatang terutama sekali wawasan 2020 dan hampir dua dekad dari sekarang, 2030.

Masa kita. Kita dalam tajuk buku ini merujuk kepada masyarakat yang diwakili oleh saudari penulis sendiri iaitu rakyat Lembah Pantai, Golongan wanita dan semestinya golongan yang bakal mewarisi negara ini pada masa hadapan, Golongan Pemuda.

Buku ini adalah kompilasi artikel Saudari Nurul Izzah dalam Sinar Harian. Jadi, tajuk dan isi artikel beliau adalah berdasarkan kepada isu semasa dan yang penting sarat dengan data dan maklumat terkini yang menjadikan artikel beliau ‘berisi’.

Namun ada juga beberapa perenggan yang mengupas suatu isu tanpa memberikan sumber rujukan dan penulis mungkin beranggapan bahawa semua pembaca sudah maklum mengenai isu tersebut. Harus diingat, yang membaca artikel/buku beliau bukan hanya golongan penyokong sahaja. Mungkin Dato’ PM pun membacanya.. siapa tahu?

Golongan 20% terkaya di Malaysia memiliki 50% pendapatan dan nilai ekonomi yang dijana, sedangkan golongan 40% termiskin yang amjoriti masih Melayu pula hanya berkongsi 14% daripada kek ekonomi di negara ini
~Ini fakta yang sangat menakutkan saya. Tapi tidak tahu dari mana sumbernya. Ahhai..

Tajuk: Masa Depan Masa Kita!
Tebal: 186 mukasurat
Penulis: Nurul Izzah Anwar
Harga: RM15.90
Kedai: Popular. Centre Point, Kota Kinabalu
Penerbit: KarangKraf
...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code