Thursday, September 30, 2010

Ikan Fugu, Lukisan & Jimson


Kini maktab tempat Chen Chung belajar sunyi sepi. Semua pelajar kembali ke rumah masing-masing untuk cuti semester yang panjang. Tapi jenayah tidak akan pernah bercuti. Satu pembunuhan telah berlaku di Hutan Lipur Sungai Congkak. Seorang lelaki warga Iran telah mati dibunuh. Dalam keadaan maklumat yang terbatas, Isamu, Chen Chung, Ruzbihan dan Faruq berganding bahu menggunakan IQ dan deria keenam mereka untuk mencari pembunuh yang tidak disangka-sangka.

Mihrimah Maryam telah menerima tugas berat selepas menunaikan umrah bersama keluarga apabila 6 lukisan terkenal dunia telah dicuri di dewan pameran dubai. Maryam bersama dengan beberapa pelajar maktab indigo lain yang diambil dari cawangan yang berlainan berganding kepakaran menyelesaikan misteri tersebut dalam keadaan masa yang terbatas.

Manakala di tempat lain pula, Zaitun telah menjadi suspek utama dalam satu kes pembunuhan yang berlaku di sebelah rumah beliau. Saksikan bagaimana beliau akhirnya membantu menyelesaikan satu kes pembunuhan yang pelik dan seterusnya mennyelesaikan masalah penderaan seorang warga emas hartawan.

Di hujung cerita semasa semester baru bermula, mereka dikejutkan dengan kehadiran sepasang kembar pelajar baru bernama Hasan dan Husin. Setiausaha agung OIC dan Prof Recep Gul telah diculik. Penculik tersebut mengkehendaki keenam-enam pelajar detektif indigo untuk menjadi tebusan…

Catatan:
1. Sekali lagi banyak maklumat
2. Cara kematian dan pembunuh memang tidak disangka-sangka
3. Mereka semakin terkenal!

“seorang penakut + seorang penakut = dua orang BERANI!”
~Kamsar, 29 September 2010, 2.40am~

Tajuk: Ikan Fugu, Lukisan & Jimson
Tebal: 267 mukasurat
Penulis: Faisal Tehrani
Harga: RM16.00
Kedai: Kinokuniya KLCC
Penerbit: Utusan Publication & Distributors SDN BHD

Friday, September 24, 2010

Detektif Indigo


Sifat manusia boleh dikaitkan dengan medan elektromagnet tertentu. Ada orang kata aura, ada yang kata cakhra. Manusia juga ada warna mereka sendiri. Warna indigo adalah warna yang istimewa. Mereka sering dikaitkan dengan manusia yang memiliki sixth sense. IQ mereka juga lebih tinggi daripada 120. Atas kesedaran beberapa orang Islam termasuk pengerusi OIC sendiri, maktab Indigo telah ditubuhkan untuk melatih remaja indigo menggunakan bakat masing-masing untuk kepentingan Islam.

Chen chung adalah seorang anak nelayan cina muslim. Telah menghafal Al-Quran sejak kecil tanpa bimbingan orang lain. Minat membaca buku kimia semasa kanak-kanak. Mempunyai kuasa telepati. Dan banyak lagi perkara yang beliau lalui sehingga bakat indigo beliau dikesani dan dimasukkan ke Maktab Indigo. Berkaitan dengan IQ, beliau memiliki IQ yang terlalu tinggi berbanding dengan remaja indigo yang lain. (terlalu bahaya untuk saya bagitahu di sini).

Maktab Indigo ini mempunyai silibus yang menarik bila mana ia memberi peluang kepada semua pelajar mengambil bidang yang mereka minati. Untuk Chen Chung dan 5 lagi kawan beliau, mereka berada di dalam kursus penyiasatan dan perisikan. Faruq Sahrandi si ‘tahukah anda’, Mihrimah Maryam si pakar forensik, Ruzbihan Fansuri si bersin, Rabiah Zaitun si ahli kimia dan Isamu Nakamura si pakar estomologi adalah rakan sekelas Chen yang sentiasa berganding bahu untuk menyeesaikan kes-kes rumit yang mereka hadapi berdasarkan kepada kebolehan masing-masing.

Bagaimana mereka bertemu?
Faruq yang pada ketika itu berusia sebelas tahun telah menemani ayahnya untuk mendengar syarahan akademik tentang masalah umat Islam di Universiti New Delhi dengan selambanya telah mencabar syarahan Dr Recep Gul yang merupakan antara pengasas Maktab Indigo. Mihrimah yang sejak kecilnya mempunyai perangai yang agak pelik telah diberikan satu ujian oleh Profesor Ahmad Pedro dengan memberikannya alatan melukis dan membiarkannya melukis dengan bebas. Hasilnya, beliau telah melukis satu lukisan yang mirip dengan “saskia Flora” hasil seni agung oleh Rembrandt yang tidak pernah dilihatnya.

Saksikan juga bagaimana detektif muda ini menjalankan penyiasatan yang rumit untuk menyelamatkan cikgu mereka yang ditangkap atas tuduhan menjadi dalang kes pengeboman sebuah kedai. Dan sudah tentu kebahayaan akan sentiasa menanti..

Catatan:
1. Novel yang penuh dengan fakta
2. Lepas baca, anda akan berangan nak jadi genius
3. Mereka pun manusia biasa dan sentiasa memohon bantuan Allah
4. Chen punya IQ yang memang luar biasa!
5. Sejak kecil, mereka sering berbual menggunakan telepati sebelum bertemu di sekolah lagi

“tiada istilah pandai atau bodoh. Yang ada hanyalah rajin dan malas!”
~Kamsar, 24th September 2010, 2.55am~

Tajuk: Detektif Indigo
Tebal: 186 mukasurat
Penulis: Faisal Tehrani
Harga: RM14.40
Kedai: Badan Cemerlang Sdn Bhd, Angsana JB
Penerbit: Utusan Publication & Distributors SDN BHD

Monday, September 20, 2010

Karipap-karipap cinta



Irama tandus di padang pasir
Unta gersang di kaktus air
Tersepit antara pilihan yang rumit
Bilakah untaku datang
Kaktusmu bukan sekadar cinta
Pengorbanan ijab kabulmu
Kuseparuhkan
Maaf jika ku tak serupa
Cinta hatimu mungkin kujaja
……………………**

Pemain cakera padat kereta kancil milik Rambai tersangkut lagi. Suara Russa, penyanyi lagu Khutbah-khutbah cinta tersekat-sekat. Lagu yang menjadi siulan anak muda masa kini dan sedang merajai carta keren kangen! Yang disiarkan oleh radio Terbakar.fm, stesen radio berapi Malaysia. (nota: stesen radio tersebut benar-benar kena dengan namanya selepas terbakar sebanyak dua kali)

Petikan di atas adalah sedikit gambaran mengenai novel ini. Benda pertama yang ingin saya sampaikan, penulis novel ini bijak menggunakan ayat dan perkataan yang standard. Tidak terlalu berat untuk pembaca dan mudah difahami.

Jalan cerita agak mudah tetapi perangai watak utama dalam cerita ini yang memberatkan cerita (kesian dengan dia..). novel ini juga dibuat ala-ala novel “Ayat-ayat cinta” karangan Habiburrahman bilamana watak wanita adalah bekas pelajar Universiti Al-Azhar.

“Syafizanurrazi, lelaki sekitar usia 30-an yang berasal dari alor setar kedah itu merupakan novelis kesayangan LSP. Ini kerana semua novel-novel beliau mendapat sambutan yang cukup hangat. Novel pertama beliau, syawarma-syawarma cinta dilabelkan sebagai ‘ground breaking novel’ oleh pengkritik asia tenggara. Novel keduanya, nazzarah-nazzarah cinta pula diulang cetak sebanyak enam belas kali. Beliau terus menguasai carta kedai buku dengan novel-novel seperti kittun-kittun cinta, karawek-karawek cinta, dan yang terbaru toyyiba-toyyiba cinta.”

Terdapat banyak bahagian yang sangat mencuit hati bagi yang tahu bagaimana untuk mencerna komedi ini yang kadang-kadang dilabelkan ‘merapu’ bagi sesetengah orang. Penulis juga dapat menarik pembaca dengan menggunakan istilah-istilah yang terkenal pada masa sekaran seperti YM, facebook, dan sebagainya. Dan tak lupa, hero cerita ini bekerja di syarikat yang membuat majalah seram (hantu). Jadi, dia sentiasa perlukan pelakon yang penuding jari ke suatu tempat seperti pokok dan rumah usang untuk dimuatkan dalam majalah dan dibawahnya akan tertulis “di sinilah lembaga itu kelihatan”. Haha..macam biasa baca pulak!.

Catatan:
1. Novel ini bakal difilemkan
2. Saya baca semalaman. Tak nak berhenti.
3. Gambaran karipap dalam cerita ni memang sangat sedap!
4. Hanya kerana kalut dan risau, hero hadapi banyak masalah dan besar-besar.

“cinta itu perlu dibina bukan dicari” ~kamsar, 21st September 2010, 2.33am~

**ini adalah gubahan lirik lagu Rossa, Ayat-ayat cinta kalau tak silap

Saturday, September 18, 2010

1511H [KOMBAT]


“anak muda, sekacau mana sekalipun, akan kembali kepada fitrah. Dalam diri enta ada seberkas cahaya, bersinar terang-benderang, tetapi tertutup oleh tirai nafsu dan lalai.” Tuan guru melekapkan telapak tangan pada dada.

Kini Muhammad Ameen yang berasal dari Kelantan adalah salah seorang ahli futuwwah selepas berbaiah dihadapan gurunya. dia tidak tahu bahaya dia bakal berhadapan dengan satu dugaan yang besar dan seluruh dunia memerlukannya!.

60. Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).

Novel ini mengisahkan latar masa yang berlaku pada tahun 1511H atau 2087 Masihi. Berbekalkan ayat 60 surah Al-Anfal, Hajjah Nusaybah seorang hartawan Islam mengambil masa berpuluh tahun untuk menyiapkan kelengkapan perang yang canggih secara rahsia. Semuanya melibatkan pemuda dan pemudi termasuk cucu-cucu dia sendiri. Masanya hampir tiba apabila Amerika pimpinan seorang Yahudi gila berlagak seperti Abrahah dan ingin menghancurkan Kaabah dan Makam Rasulullah. Komander yang terakhir telah dikesan. Beliau bernama Muhammad Ameen yang berada di Nusantara berumur 19 tahun dan akan masuk 20. Hafal Al-Quran dan mengagumi syair-syair Hamzah Fansuri. Beliau terpilih dalam pada remaja melayu pada masa itu kebanyakannya sudah tidak mengenali Rasulullah.

Novel hebat ini bakal menjadikan anda menangis. Ia menyaksikan bagaimana Allah membantu untuk melindungi jasad Rasulullah apabila ingin dibom oleh tentera Amerika sebagai tanda perang sudah bermula. Ia juga menyaksiakan bagaimana tentera pemuda Islam beserta cyborg dan sarcos dengan dibantu oleh Allah mempertahankan Mekah dan Madinah daripada dicerobohi oleh tentera kafir.

Ia tidak berakhir di situ sahaja. Tentera pemuda Islam itu malah melakukan serangan balas dan cuba menawan Washington DC dan New York. Berbekalkan dengan Mikraj, sebuah pesawat yang boleh terbang laju dan bertukar menjadi kenderaan tempur di darat, mereka tidak pernak serik dan berhenti. Di antara senjata rahsia mereka yang paling hebat adalah Ababil yang dikawal sepenuhnya oleh komander Muhammad Ameen.

Penyair sufi pernah berkata, “tutup bibirmu, matamu, telingamu; tertawakanlah aku, jika tak Nampak olehmu rahsia kebenaran.”

Baca buku ini dan saksikan bagaimana tentera pemuda yang tinggi keyakinannya kepada Allah menawan Wasington sebelum menukarkan rumah putih menjadi Masjid Putih.

Catatan:
1. Antara senjata yang digunakan; bio-bots (lipas dan belalang yang membawa beg berteknologi), cyborg, cipher, sarcos, ababil, mikraj, hydrogen sianida, mikrob pemakan logam, laser.
2. Anda akan menangis..
3. Mereka adalah remaja beretika
4. Latar cerita mudah dibayangkan. Macam tengok movie
5. Komander Muhammad Ameen adalah orang melayu

“aku tidak akan berhenti untuk bermimpi dan bekerja. Mereka tidak pernah redha dengan Islam. Mengapa aku harus berehenti?”
~kamsar, 18th September 2010, 11.23am~

Tajuk: 1511H [KOMBAT]
Tebal: 412 mukasurat
Penulis: Faisal Tehrani
Harga: RM24.00
Kedai: MPH Bookstores SDN BHD Jusco Taman Universiti
Penerbit: Utusan Publication & Distributors SDN BHD

Friday, September 17, 2010

Aidilfitri anak perantau

Aidilfitri tahun ini sekali lagi berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya. Satu lagi matlamat aku tercapai. Iaitu pergi ke kampung orang. Aku nak sangat tengok keadaan kampung di semenanjung ni.


Pagi raya berlalu seperti biasa. Semua orang bangun dan bersiap untuk pergi ke masjid dan solat sunat aidilfitri. Tapi di sini, bekalan air telah terputus beberapa hari sebelum raya sehingga sekarang. Datang lambat juga menjadi masalah besar apabila kami tidak mendapat ruang untuk solat. Ramai orang yang tertekan tidak dapat melaksanakan ibadah sunat itu dan aku berharap agar perasaan yang sama akan timbul apabila ibadah wajib tidak dapat dilaksanakan. Jelas?.




Solat jumaat, khutbah pada hari itu adalah “muhabasah ramadhan”. Ya ini bukan typing error. Tapi khatib yang tersalah baca setelah berkali-kali mencuba untuk membacanya. Kenapalah agaknya anak muda tidak deberi peluang?

Keistimewaan solat jumaat di sini adalah apabila terdapat ahli jemaah masjid yang baru sampai, dia akan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan semua orang di sepanjang perjalanan beliau untuk duduk. Wah! Ini akan memastikan mereka-mereka yang tertidur akan bangun semula. Tapi aku turut menyaksikan 2 orang dewasa yang duduk 1 saf di hadapan aku berbual-bual semasa khutbah. Adakah ini biasa?. Adakah kerana mereka bukan melayu?


Malam raya, duduk dalam rumah. Baca buku. Dan sesekali menonton television. Bagi yang melanggan astro, kemungkinan besar mereka tidak akan mendengar takbir hari raya di TV. Inilah masanya untuk astro mengaut keuntungan dengan menayangkan cerita hantu dan apa-apa yang bagi mereka lucu (lawak bodo) asalkan berkaitan dengan hari raya. Adakah ini caranya untuk mereka menunjukkan bahawa syaitan sudah dilepaskan?


Persembahan nyanyian juga tidak ketinggalan. Selepas persembahan Rock oleh kumpulan MUH, tiba-tiba muncul di atas pentas beberapa orang lelaki dan perempuan yang siap menutup aurat. Berkopiah. Bersongkok. Bertudung. Berteleku di atas sejadah. Mengalunkan sajak keinsafan sambil mata basah berkaca. Adakah ini caranya? Mudah-mudahan Allah membantu kita untuk ikhlas.




di sinilah aku membeli beberapa buah buku untuk dibaca semasa cuti. Yang aku tahu, cuti yang bakal aku tempuhi bukan cuti biasa dan bukannya pendek. Antara buku yang menjadi mangsa adalah ikan fugu, lukisan dan jimson karya Faisal Tehrani, karipap-karipap cinta karya Nazri M Annuar dan buku best seller the tipping piont.




Antara benda menarik yang aku jumpa:


Tak tahu nak kata apa..










Ni buku kecil yang aku jumpa semasa beraya di rumah orang
















Apa aktiviti orang yang beraya di bandar?



satu tampat yang bernama i-city. Sebuah tempat yang penuh dengan cahaya. Aku pun tak pasti berapa watt yang ia gunakan untuk nyalakan semua lampu semalaman. Tapi tempat itu memang indah. Dan sila jangan datang pada waktu siang..








Klik pada imej untuk saiz yang lebih memuaskan hati.

Catatan:
1. Ia tak sehebat beraya di rumah sendiri
2. Perasaan sebak tidak diceritakan di sini
3. Ini adalah raya yang terakhir di perantauan. insyaAllah..
4. Tidur cukup banyak!
5. Bila nak puasa 6?


hukuman orang yang tak puasa!


“sebaik-baik tempat beraya adalah di rumah. Maafkanlah kesalahan sesiapa sahaja sebelum dia meminta maaf kepadamu. insyaAllah kamu tidak akan rugi”
~kamsar, 17th september 2010, 4.31am~

Isabella

Sebuah novel pembantangan perbandingan antara Islam dan Kristian

Novel ini merupakan satu pembentangan sebuah cerita indah seorang gadis bernama Isabella. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering mendengar cerita benar mengenai beberapa orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menerima hidayah-Nya. Yang menarik perhatian adalah kebanyakan mereka adalah golongan yang sangat tidak menyenangi Islam. Di antaranya bekas paderi besar dan pelajar yang belajar khusus mengenai agama Kristian itu sendiri.

Kembalinya mereka kepada agama fitrah ini bukanlah hanya kerana kajian terhadap agama Islam itu semata-mata tetapi ia juga adalah kerana mereka telah membuat beberapa kajian yang mendalam dan menemui beberapa kesilapan dalam agama Kristian itu sendiri. Yang lebih menarik, kebanyakan hujah yang mereka lontarkan adalah berdasarkan kepada kandungan kitab Bible itu sendiri.

Tidak kurang juga, novel ini mengisahkan tentang Isabella yang merupakan anak seorang ketua paderi yang sangat taat beragama. Tapi ia tidak menghalang beliau untuk mencari kebenaran yang berada dihadapan beliau selepas menyaksikan beberapa acara perdebatan yang dijalankan antara Islam dan Kristian. Akhirnya, beliau telah memilih Islam sebagai satu-satunya keyakinan yang menenangkan jiwanya. Selanjutnya beliau telah memperuntukkan hidup dan matinya untuk Islam.

Selepas peristiwa pengIslaman beliau diketahui, banyak dugaan terpaksa dilalui termasuklah berdepan dengan seksaan secara mental dan fizikal, ancaman bunuh dan berdepan dengan kerenah para rahib dan paderi yang terlalu banyak mempercayai perkara-perkara ghaib yang dibuat-buat. Namun, itu bukanlah suatu yang akan menghalang Isabella menyampaikan kebenaran.

“aku kini telah membebaskan diriku daripada semua fikiran yang bukan-bukan. Allah telah menganugerahkan kepadaku nikmat Islam dan Dia juga akan membimbing aku menjalani hari depanku serta tidak akan mensia-siakan niat yang baik. Aku menemui ketenangan yang luar biasa daripada ayat Al-Quran yang mengatakan ‘Barangsiapa yang takut akan Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keselamatan dan akan memberikan kepadanya rezeki dari tempat yang sama sekali tidak disangka-sangkanya’”.

Isabella terus hidup sehingga mencapai usia lapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam keadaan yang tenang dan damai. Diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol.

Keistimewaan novel ini, ia turut memuatkan banyak dialog perdebatan perbandingan agama yang menyentuh dari masalah kepercayaan, ketuhanan Jesus, hukum hakam dan sebagainya. Namun, kisah mengenai tatacara kehidupan Isabella sendiri selepas terselamat dari ancaman besar sangat kurang diceritakan. Walau apapun, perjalanan hidup wanita istimewa ini seharusnya diambil sebagai penyuntik semangat kepada para muslimat khususnya dan umat Islam umumnya yang berada di luar sana.

Catatan:
1. Dialog perdebatan diceritakan dengan terperinci
2. Isabella seorang gadis yang cantik
3. Naskhah ini menjadi bestseller di Indonesia
4. Benar kadang-kadang orang yang mendapat hidayah akan menjadi lebih baik daripada orang yang telah lama Muslim

“wajah lembut itu tidak akan menjadi penghalang untuk ‘mereka’ bersikap lemah. Sesungguhnya ketegasan tidak akan mengurangkan keayuan seorang muslimat sedikitpun”
~Kamsar, 17th September 2010, 3:05am~

Tajuk: Isabella
Tebal: 336 mukasurat
Penulis: Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Harga: RM22.00
Kedai: MPH Bookstores SDN BHD Jusco Taman Universiti
Penerbit: Kharisma Network SDN BHD

Monday, September 6, 2010

Tazkirah Pak Arab di Petang Hari



Hari ni adalah hari yang menjadikan aku orang paling malas di dunia. Tiada benda yang boleh aku buat selain tunggu masa untuk balik ‘bandar’ beraya. Hujan turun agak lebat. Tengah tengok ong bak 3 (xda pilihan). Suasana sunyi sepi. Azan asar berkumandang..


Baik aku solat sini jak. Hujan bah ni. Uzur syari’e.. kihkihkih..
Akhirnya aku dah sampai surau. Tapi aku datang lambat dan berlambat-lambatan…
Kulihat hanya seorang pak arab sedang baca quran. Aku tahu dia. Selalu jadi imam di sini. Dia punya azan pun aku kenal.

“Assalamualaikum..have you perform solah?”
“Wlm..no. im waiting. And I still waiting. Two is not enough (klau x silap dengar lah)”
Usai solat sunat, 2 lagi pak arab datang. Yes!! Jom solat. Haha.. jerit hati kecilku..

*****

Aku terus menuju ke tepi surau dan mengambil senaskhah Al-Quran. Dan baca… x boleh baca banyak2 nih. Kalau khatam, apa aku nak baca esok?. Bisik hati nakalku. Aku lantas berjalan ingin pulang dan sambung tengok cerita.


“Assalamualaikum brother..”
“Wlm.. aku berpaling dan senyum.”
“I heard you recite the Quran on surah Mutahffifin”
“Yeees… aku tersenyum dalam cuak. Apa pulak aku salah baca ni??”
“Do you understand what its mean?”
“Noo.. aku tersenyum dalam malu. Aku bukannya ada basic arab pun.”
“Do you mind if I explain it to you?”
“Sure! Sambil menuju ke arah pak arab tu.”

Dia pun explain dengan bahasa inggeris yang tersekat-sekat tapi aku faham.

“this muthaffifin people, is the one who are really bad. Bla bla bla.. If I want to buy 2kg of meat, I like it to be complete 2kg. You know?. But if I am the one who sell it, I like to make it less. Maybe 1.9kg.. You know?”

Ooooo(4 harokat)… its cheating right?
Yes! Cheating.

*****

“You don’t go back home?”
“Erk? insyaAllah I will go to KL tomorrow with my brothers.”
“Owh..i see.. So, you are from sarawak?”
“Eh, im from sabah. (jangan tanya macam mana dia tahu)”
“What about your parents? Is they still good?”
“Owh.. They stay with my little brother and my sister. They are still healthy.”
“It’s good to work in KL. But if you can, try to stay close to them.”
“Yes. insyaAllah when I graduated, I will work over there..”
“Its good!. When you want to work, YOU MUST FIND a PLACE THAT IS GOOD FOR YOUR CONDITION AND RELIGION. AND ALSO TO YOUR FATHER AND MOTHER.”

Pastu kami pun sembang pasal ibubapa. Bagaimana perasaan mereka berlainan dengan apa yang kita rasa. Perasaan yang hanya kita akan rasa apabila kita mempunyai anak. Yang penting, you must be good to them!. Tentang dalil, tak yah cerita lah. Macam air jak keluar dari mulut dia..hehe..



“Thanks very much! I really need that reminder!. Assalamualaikum..”

Aku pun berlalu keluar dari surau. Balik bilik nak sambung tengok cerita.

Mak, pak, I wont let you down!..
aku berlalu sambil tersenyum..

catatan:
1. Kena cari tempat yang baik untuk keadaan diri sendiri. It’s your future!. So you must decide it!
2. Kena cari tempat yang baik untuk agama. Yang aku faham ada dua jenis..
a. Baik untuk aku jaga agama aku sendiri. Tidak mudah berubah menjadi binatang ternak di tempat tersebut.
b. Baik untuk Islam itu sendiri. Tempat yang aku boleh bergerak kerja dan berkomitmen untukNya.
3. Kena cari tempat yang dekat dengan ibubapa. Bila lagi diorang nak rasa kasih sayang kita kan..an..an..an..
4. Yang penting..baca Quran selalu!

“The place that you can return to is the one where people always think of you”

Friday, September 3, 2010

Problem dan Solusi Kaderisasi


Seperti dalam entri-entri sebelum ini, saya ada membincangkan tentang betapa pentingnya seseorang Muslim itu terlibat dengan gerak kerja dakwah. Betapa perlunya mereka memastikan kemandirian organisasi yang mereka ikuti. Dalam pada mencapai tujuan-tujuan tersebut, pengkaderan adalah salah satu elemen terpenting dalam organisasi. Memang benar jika ada pihak mengatakan bahawa kualiti lebih penting daripada kuantiti. Tapi jika kita meneropong dari satu sudut yang lain, quantity is actually did important. Adakah kita yakin untuk mengatakan bahawa 1 orang berkualiti lebih kuat daripada 20 orang tidak berkualiti? Tidak semestinya. Buku ini menerapkan bahawa quality and quantity is actually 2 different things and have their own importance. So, why not we try our best to get them both?!.

Usrah adalah istilah yang digunakan bagi sekelompok manusia yang mengadakan satu hubungan ukhuwah atas dasar aqidah yang sama. Untuk buku ini, istilah halaqah digunakan instead of halaqah usrah that has been used here. Ia adalah satu forum yang sangat efektif dalam proses kaderisasi dan tarbiyah. Di dalamnya terdapat perbincangan ilmu. Pencetus untuk mencari lebih banyak ilmu.

Buku ini disusun seringkas mungkin oleh penulis dengan menyenaraikan semua perkara yang ingin dibincangkan dalam bentuk nombor tanpa menghuraikannya dengan panjang lebar. Untuk setiap masalah, penulis menyediakan identifikasi umum problem(general identification of problem), indikasi dan gejala (indication and symptoms), latar belakang atau faktor penyebab (background or factor) dan solusi (solution).

“jadilah orang yang berpengetahuan sebelum kalian menjadi pemimpin” ~Umar Al-Khattab

Dalam apa-apa buku yang menyentuh tentang adab berorganisasi atau yang sama jenis dengannya, topik kepemimpinan sering disentuh kerana nadi kepada persatuan tersebut adalah para pemimpin itu sendiri. Lemahnya pemimpin dalam merespon isu, lemahnya mereka dalam mengoptimumkan penggunaan tenaga ahli, malah lemah dalam tarbiyah fardiyah itu sendiri dilihat sebagai salah satu kecacatan yang ada dalam organisasi itu. Buku ini bagaimanapun menyentuh secara keseluruhan masalah sama ada di peringkat qiyadah ataupun jundiyah.

Secara minimumnya, setiap ahli dalam suatu organisasi Islam akan memiliki 2 karakter berbeza termasuk karakter semasa berada di rumah dan semasa bergerak kerja. Perkara ini juga turut menyumbang kepada beberapa permasalahan yang berat kerana ia akan melibatkan fokus dan komitmen ahli itu sendiri. Sikap saling tolong-menolong dan husnuzon antara satu sama lain amat penting untuk mengatasi masalah ini. Setiap anggota perlu bijak membahagikan masa mereka secara optimum supaya tidak akan ada masa yang terbazir dan salah satu penyelesaian yang paling baik adalah mencari calon keluarga yang sefikrah dengan anda.

Setiap kamu adalah pemimpin. Dan yang paling kecil adalah memimpin diri sendiri. Namun, apa yang kita lihat pada hari ini, kebanyakan organisasi akan berlumba-lumba dalam mengejar bilangan ahli yang ramai. Justeru, kita gagal mencetak para pemimpin dari kalangan kader itu sendiri. Buku ini turut membincangkan perihal organisasi yang kurang Berjaya mengkaderkan ahli yang berjiwa pemimpin. Namun, jiwa-jiwa ini turut mempunyai potensi untuk dinaikkan setelah diasah dengan bijak oleh pimpinan yang ada sekarang.


LEMAHNYA TRADISI MEMBACA

Rendahnya tahap kepedulian ahli. Itulah salah satu masalah yang menghalang organisasi daripada terus berkembang. Tidak ada ghairah dan minat untuk membaca di kalangan ikhwah, juga adanya rasa sulit dan berat meneruskan bacaan suatu tema tertentu.

Manurut mereka, membaca buku adalah kurang penting berbanding dengan menyibukkan diri untuk beribadah kepada Allah dan berjuang menentang musuh-musuh Islam.

Dari buku ini, terdapat 9 solusi yang digariskan dengan harapan dapat menjadi panduan kearah menyelesaikan masalah ini.

1. Mendorong anak gemar membaca sejak dini
2. Banyak menciptakan iklim yang ilmiah
3. Menciptakan iklim yang memungkinkannya berdiskusi dan bertukar fikiran untuk menjadi pendorong di saat merasa lemah dalam wawasan keilmuan
4. Mengatur waktu dengan baik
5. Bervariasi dalam membaca buku
6. Perlu diselenggarakan penyuluhan akan pentingnya membaca
7. Mengawali untuk membaca buku yang mudah difahami
8. Lebih baik membaca sedikit tetapi terus-menerus dibandingkan membaca banyak tetapi hanya sekali waktu
9. Upayakan untuk menuliskan inti sari yang dibaca, sebab hal itu berpengaruh positif pada dorongan gemar membaca dan bersabar untuknya.


Catatan:
1. Nombor 9 aku buat dalam blog ni.
2. Isi dalam buku ini hanyalah sekadar cetusan minda. Bukan template untuk menyelesaikan masalah.
3. Orang aktif berorganisasi akan suka buku ini
4. Seperti biasa, bahasa Indonesia..sakit dalam pemahaman
5. Walaupun tajuk dia tentang kaderisasi, tapi ia tidak membincangkan skop pengkaderan semata-mata.

“Problem will always be there no matter what you do. But, the real problem is you do nothing to deal with that problem!”
~Kamsar, 4th September 2010, 5:12am~


Tajuk: Problem & solusi kaderisasi
Tebal: 200 mukasurat
Penulis: Abdul Hamid Al-Bilali
Harga: Tidak pasti
Kedai: Dewan Sultan Iskandar semasa konsert amal Nazrey
Penerbit: Dar Ad-Da’wah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code