Monday, December 30, 2013

Yakjuj Sebuah Antologi


“Ini kali pertama aku berdua-dua dengan seseorang yang aku tidak kenali dalam jarak yang begitu dekat. Mata dia pandang mata aku. Seperti sedang menunggu. Aku juga sedang menunggu. Menunggu keadaan menjadi lebih baik, supaya kami tidak perlu bunuh diri.”

Ini buku orang dewasa. Hujung minggu mental aku terganggu membaca cerpen-cerpen dalam buku antologi ini. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat melupakan sebentar masalah hidup rakyat yang sepatutnya sedang menikmati janji-janji manis yang ditabur sebelum pemilu lepas.

Tajuk: Yakjuj Sebuah Antologi
Tebal: 122 mukasurat
Penyunting: Aloy Paradoks
Buku Lain: Burgermpak
Harga: RM18.90
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: Selut Press
...

Saturday, December 28, 2013

Kitab Rogayah Masin


Alif Firdaus dan Resmanshah, dua penulis berbakat tanah air tiba-tiba menjadi gila. Pak Leman seorang pendekar silat dan pembantunya Saiful yang mempunyai kekuatan dan kepantasan luar biasa akhirnya berjaya menemui Riezman, penulis terpilih Kitab Rogayah.

Adryan, kenalan lama Sulaiman cuba merampas kitab Rogayah. Singa Merah, makhluk yang bencikan buku dan penulis buku cuba mendapatkan kitab Rogayah untuk kuasa. Peperangan tiga penjuru.

Apabila orang Tawau menulis buku, inilah jadinya. Dia sendiri jadi watak penting dalam novelnya sendiri. Ada awek cun. Ada awek bertudung. Ada orang biasa yang sebenarnya luar biasa. Ada amazing race. Ada star trek. Macam-macam ada. Gergasi bapok pun ada. Dan novel ini turut menjawab misteri Hang Tuah yang tidak diketahui riwayat akhir hidupnya dan tidak ditemui di mana kuburannya.

Tunggu sehingga industri filem Negara kita mampu membuat CGI yang mantap, aku harap novel ini dapat difilemkan dan menjadi filem action comedy yang paling epic.

Tajuk: Kitab Rogayah Masin
Tebal: 256 mukasurat
Penulis: Resmanshah
Harga: RM18.90
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: Resmanc Studio
...

Tuesday, November 26, 2013

Gentar


Pagi yang dingin ditemani sisa hujan semalam.
Aku mulakan hari dengan aktiviti yang sihat dengan azam yang juga sihat.
Tapi tidak semalam. Nasi Kalasan Abang Jo buatan orang Jawa di Highway Tawau sangat menggoda sambalnya.

Sesi pagi orang kilang dimulakan dengan kantin, bekalan dari rumah atau Nasi Kuning tapau dari perumahan.
Dan aku pula berjalan sendirian ke klinik beberapa ratus langkah dari kilang.
Bersembang beberapa isu dengan perut yang merajuk diseksa.

***

Tombol pintu klinik dipulas, terkunci.
Pintu klinik diketuk, tidak berjawab.
Dalam keadaan rimas, seekor anjing pandang aku dengan pandangan garang.
Aku pandang balik dengan pandangan geram.
Anjing itu berdiri tegak sambil pandang aku dengan pandangan yang lebih garang.
Anjing-anjing lain turut berdiri sambil pandang aku dengan ekor tegak. Aaahhh.. sudah!.

***

Dalam keadaan aku yang tidak seratus peratus, kamu cari pasal pulak.
Beberapa minit aku berlalu, enam hingga tujuh ekor anjing kelilingi aku.
Nasib aku ingat pesanan guru silat kedua aku, bila berdepan dengan banyak musuh, pastikan kamu berdiri si belakang dinding supaya kamu hanya perlu fokus dengan musuh di hadapan dan tiada serangan hendap dari belakang.
Anjing menyalak kuat. Aku menyergah.
Anjing cuba gigit, aku elak.
Aku cuba tendang dengan Boot berat jenama Safety Jogger, anjing elak.
Lari dari medan perang bukan pilihan.

***

Tiba-tiba seorang kakak lelaki gempal bercelak dan rambut belah tepi dan berjuntai ke hadapan macam orang k-pop keluar dari pejabat tempat anjing tadi lepak.
Dengan satu arahan, semua anjing itu terdiam dan balik ke tempat asal.
“Kawu punya anjing?”. Aku tanya dengan nafas semput.
“Anjing ni memang macam ni kalau dengan orang yang dia ndak kenal”. Dia jawab selamba sambil menarik hujung baju ketatnya.
“Addai! Yang kawu ndak perkenalkan anjing-anjingmu ni dengan semua orang kilang kenapa?”. Aku susun ayat dalam hati.
Belum sempat aku luahkan isi hati kepada kakak brader tu, dia terus masuk semula ke dalam pejabat.

***

Aku kemudian kembali bertentang mata dengan anjing tadi selama beberapa saat sebelum kembali bergelut di medan perang beberapa minit lagi sehingga aku terpaksa berundur ke dalam pejabat lain dengan bantuan seorang makcik cleaner.

Selepas hampir setengah jam membatu dalam pejabat, berulah ada kerani yang tergerak hatinya untuk memaklumkan aku bahawa Medical Assistant berada dalam klinik sejak dari awal pagi dan sedang bersarapan sambil mengunci pintu klinik.

Aku meraba-raba perut yang sedang kecut. Eh, sudah sembuh!
Kemudian dengan tenaga yang berbaki, aku mangangkat tangan kanan tinggi-tinggi.
Beberapa saat kemudian, aku melompat kearah semua orang di dalam pejabat tersebut sambil menjerit
OODAMA RASEN SHURIKEENNNN!!!!...
-Tidak bersambung-
...

Tuesday, November 19, 2013

Ketakutan


Semasa aku berjalan-jalan sendirian di kota raya Kuala Lumpur, hanya KLCC yang aku kenal. Dalam bangunan KLCC, aku hanya kenal kedai buku yang namanya macam nama Jepun. Dalam kegembiraan bertemu buku yang tiada dijual di Sabah, aku mengambil satu persatu buku tanpa berfikir panjang.

Tapi tidakanku terhenti di hadapan sebuah buku yang kononnya seram. Sebetulnya, aku tidak suka menonton filem seram dan baca cerita seram. Cukuplah dengan pengalaman berhadapan dengan ....

Entah kenapa hati aku tergerak untuk membeli buku ini dan aku bawa pulang ke Sabah setelah kecewa tidak mampu membeli buku kejuruteraan yang berharga ratusan ringgit.

[tempo]

Balik dari kerja, selepas solat Isyak, selepas makan malam, aku baca buku ini sambil menunggu tukang basuh baju selesai dengan tugasnya. Dua tajuk pertama aku selesai baca. Kemudian aku termenung pendek. Aku bingkas bangun lalu menuju ke arah tukang basuh baju untuk menyidai pakaian di dalam bilik pengeringan.

Aku masuk bilik pengeringan, aku jeling belakang pintu. Kosong. Aku masuk bilik tidur untuk mengambil penyidai baju, aku jeling bawah katil. Kosong. Aku intai belakang almari pakaian. Kosong. Aku geledah almari. Penuh baju. Aku ambil penyidai dan sambung kerja. Katak belakang rumah berbunyi, aku intai ke luar jendela. Gelap.

Aku pasang lagu dari komputer kemudian sambung ke cerita yang ketiga.
Tiba-tiba, soundtrack Shingeki no Kyojin mengambil giliran dalam playlist. Dalam kekalutan, aku hanya mengambil masa dua saat untuk bangun dari tempat membaca ke komputer dan tukar lagu ke Happy Birthday to you you

Semasa aku menyambung pengembaraan ke cerita yang keempat, kerusi di meja computer mula bergerak sendiri. Anak patung Teddy bear hadiah sempena konvo seolah-olah sedang ketawa jahat memandang aku. Bunyi bearing kipas yang haus menyerupai perempuan gila yang mengilai. Sekali sekala aku rasa kerusi tempat aku berbaring sedang terapung.

Pintu diketuk kuat. Ya Allah.. dugaan apa pula ini?. Dengan keberanian yang sedikit, aku membuka pintu. Technician aku berdiri di hadapan pintu minta dijemput masuk. Malam itu kami bersembang tentang banyak perkara dari preventive maintenance hingga meme-meme yang tengah up sekarang.

Cerita seterusnya aku habiskan pada waktu siang. Malam-malam baik layan Facebook.

Tajuk: Ketakutan
Tebal: 177 mukasurat
Penulis: Aisa Linglung dan lain-lain. (ada 15 kesemuanya)
Harga: RM20.00
Kedai: Kinokuniya KLCC
Penerbit: Lejen Press
...

Saturday, November 2, 2013

Kacau


Kerja masih banyak. Dari awal pagi lagi gua masuk kilang terus pergi ke press station untuk periksa berapa press machine yang beroperasi. Bahan bakar untuk boiler semakin kurang. Gua mesti pastikan mesin-mesin mudah patah riuk ini beroperasi dengan kuantiti yang cukup. Gua tengok hanya satu yang beroperasi dengan baik. Yang lain, ada yang gearbox pecah, ada yang tapak patah tiga, ada yang support housing patah macam biskut dan ada yang terbahagi dua. Cis! Kerja berat.

Belum sempat gua berkira-kira tenaga kerja yang ada, gua dapat maklumat belting untuk conveyor yang menghantar salah satu jenis bahan bakar ke boiler telah putus. Cis! Kerja penting dan berat.

.....

Gua tidak kira! Hari ini gua mesti jogging jugak. Apa mahu jadi, jadi lah. Kerja penting sudah siap. Kerja berat masih dalam proses. Gua capai topi keselamatan, buku nota, pen dan kunci. Gua sudah lambat untuk pergi jogging ini hari. Maghrib pun masuk awal sejak kebelakangan ni. Belum jam enam petang sudah masuk waktu Maghrib. Belum jam tujuh malam sudah masuk waktu Isyak. Awal!

Gua bersiap tidak lama. Pergi jogging dengan pergi dating tidak sama. Gua sarung kasut besar yang gua curi dari rumah mak. Dah lama gua tengok kasut tu tidak ada yang mahu pakai. Pakai kasut percuma dan tahan lasak barulah ada keyakinan diri berjogging dalam block kelapa sawit yang jalannya dihiasi dengan batu-batu sungai sebesar penumbuk dan ada yang mencapai sebesar bola keranjang.

Peluh sudah mula membasahi badan. Keadaan cuaca pada waktu itu sangat sejuk. Seperti hujan tapi tidak hujan. Gua berpeluh dengan banyak tapi tidak terlalu letih. Hutan kelapa sawit ketika itu sangat sunyi. Tidak ada bunyi katak, ular atau cengkerik. Gua mula seram. Sudah lari jauh dalam block baru perasan waktu Maghrib sudah mampir. Ruang langit kawasan kilang semakin suram.

.....

Gua berlari laju balik ke rumah. Tercungap. Apa barang jogging waktu macam ni. Solat Maghrib berjemaah di awal waktu kan lebih baik. Lepas tu boleh kemaskini blog gua.

.....

Gua hidupkan komputer. Cucuk broadband dan connect. Gua buka Mozilla dan terus ke blogger. Gua mahu update blog gua dan cerita tentang peristiwa yang gua alami di dalam hutan kelapa sawit sebentar tadi. Benda yang gua tidak akan lupa sampai bila-bila. Apa yang gua nampak sangat jelas dan menjadi memori paling ngeri untuk gua. Habis adrenalin gua gunakan tadi untuk selamatkan diri.

Tadi, semasa gua sedang berjogging, gua terdengawc53t5y7j8678 67 89i9pop;9] ;-;p[-p[-0-p[0’][i0p-ipp;;l;lui]o,u8;,.]u8mu8]y yo8mn],o]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]],……………. -p[0’][i0p-ipp;;l;lui]o,u8;,.]u8mu8]y yo8mn],o]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]],manusia..puih! ...

Wednesday, October 30, 2013

Rokok nan Sebatang


Romi sudah bosan dengan hidupnya yang hanya berlingkar di sekitar tempat kerja, rumah sewa, kedai mamak dan kadang-kadang Tujuh Sebelas apabila kehabisan rokok.

Wan seorang lelaki misteri dengan kereta Volvo 1968 yang tidak pernah kehabisan duit bersungguh-sungguh mengajak Romi keluar dari kepompong hidupnya dan mengembara ke seluruh semenanjung dengan misi mencari makanan terenak di Malaysia.

Rudi seorang remaja Punk yang sudah bosan hidup di kampung bersama ibu bapanya kemudian turut serta bersama mereka.

Pakcik Azmi seorang guru sekolah pondok kemudian turut menumpang bersama untuk balik ke rumahnya.

Seorang gadis naïf bernama Bunga Ramona yang mengembara dari Ipoh ke Singapura untuk bertemu kekasih sibernya kemudian menjadi ahli pengembaraan mereka.

Kata penulis, novel ini tentang persahabatan, friendzone, percanggahan liberal-konservatif, anak muda dan bukti empirical banyak lagi makanan yang lebih sedap di Malaysia dari sekadar mamak dan tomyam sahaja.

Tapi bagi aku, penulis terlupa atau buat-buat lupa bercakap tentang pengkhianatan. Novel ini jelas mengajar pembaca tentang pengkhianatan dan membuat pembaca merasainya sendiri. Rasa macam aku mahu tumbuk muka si Nami kalau aku jumpa dia. Macam tu lah aku rasa semasa membaca mukasurat-mukasurat terakhir novel ini.

Spoiler alert. Sesiapa yang memiliki buku ini dan satu lagi buku best seller penulis iaitu ‘Awek Chuck Taylor’, aku nasihatkan untuk baca buku ‘Awek Chuck Taylor’ terlebih dahulu. Sebab buku ‘Rokok nan Sebatang’ ini mengandungi terlalu banyak spoiler ‘Awek Chuck Taylor’ didalamnya. Aku pun belum baca lagi ‘Awek Chuck Taylor’ dan aku tidak akan baca. Sebab sudah tahu jalan ceritanya.

Bahasa kesat. Bahasa yang digunakan dalam dialog novel ini agak kesat untuk dibaca oleh budak sekolah dan manusia berjiwa suci. Ceh. Tapi bagi aku, dari penggunaan bahasa itulah aku boleh Nampak bagaimana perkembangan hubungan sahabat-sahabat ini. Bermula dengan ‘saya awak’ di awal cerita, kemudian ‘aku kau’, kemudian ‘lu gua’ sehinggalah ‘woi haram jadah!’. Bermula dengan kejut bangun pagi dengan pujuk rayu, kemudian makian sehinggalah penggunaan kaki. Ini yang dilihat sebagai penigkatan tahap bromance khas untuk lelaki.

“Ya, inilah temple orang zaman sekarang. Pada zaman dahulu, bangunan terbesar ialah rumah ibadat. Di situlah tiap-tiap hujung minggu, warga berkumpul dan beribadat. Selepas menyembah Tuhan, mereka makan bersama-sama. Pada zaman sekarang, mereka bekerja lima hari seminggu, macam kau, mungkin enam, mungkin takde cuti yang tetap, atau mungkin tidak ada cuti langsung, tapi selepas itu, bila mereka ada waktu terluang, daripada hasil mereka bangun pagi, dan menghadap fail dan pelanggan, kilang dan bank, pejabat dan kedai, mereka dapat duit, mereka lakukan ritual-ritual penyembahan – beli dan bekerja. Beli dan bekerja.”
Aku baca sampai sini, aku rasa macam mahu berhenti kerja. Cara dan niat aku kerja kilang sekarang tidak sama dengan sebelum ini.

“Dude, friends don’t ask apologies lah weh. We just, do it. Kau tau tak? Poyo minta maaf ni sebenarnya. Dengan awek lu boleh la. Ni member. True friends will forgive his friends even without apology. True friends never judge. And true friends, will never regret for doing anything together among his friends. Keep this in your head, bro.”

Tajuk: Rokok nan Sebatang
Tebal: 280 mukasurat
Penulis: Nami Cob Nobbler
Harga: RM19.90
Kedai: LejenPress.com
Penerbit: Lejen Press
...

Tuesday, October 29, 2013

Bagaimana berhadapan dengan soalan

Mamat (bukan nama sebenar) bersiap-siap di dalam biliknya sejak sejam yang lalu. Dia ada temuduga yang sangat penting hari ini. Kerja kerajaan sebagai pegawai pentadbiran. Kemeja biru muda berkain licin disarungkan di tubuh dan dipadankan dengan tali leher warna biru tua. Seluar slack sudah siap diseterika semalam. Bucu bukan main tajam. Kasut kulit crocodile berkilat disarungkan ke kaki yang sudah dibungkus dengan stoking Pierre Cardin.

Hoi Mat! Ko mau pi mana? Bukan main hensemboi lagi?!” Pak Hasim menyapa keras.
Mamat hanya tersengih sambil menggosok-gosok bawah hidung dengan jari telunjuk.
Nak jumpa awek lettew!” Mak Mah menyambung.
Mamat hanya diam sambil melemparkan senyuman paling manis kepada jiran-jirannya sebelum menghidupkan enjin motosikal.

***

Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah atau Hamka pernah berkata dalam bukunya yang bertajuk ‘bohong di dunia’, salah satu dari bohong diam dan bohong samar adalah apabila seseorang hanya tersenyum ketika ditanya tentang sesuatu yang tidak benar tentangnya.

Jadi, adakah Mamat seorang penipu?. Naaa..

Ada beberapa cara orang berhadapan dengan soalan. Bagi yang berkeadaan normal dan ditanya dengan soalan normal, ia tidak menjadi masalah jika orang tersebut terus menjawabnya. Sebagai contoh, orang yang baru berkenalan biasanya akan bertanya nama, tempat tinggal, pelajaran, hobi, warna kegemaran, status dan sebagainya. Dan biasanya orang tidak kekok untuk menjawabnya. Tapi, berlainan pula dengan;

Peng-google
Ini adalah golongan yang saya tidak suka. Mula-mula mereka akan kemaskini status dalam Facebook tentang betapa bencinya mereka dengan bajet Negara 2014 yang jelas membebankan rakyat dan betapa pengukuhan pengurusan fiskal tidak selari dengan salah satu tema bajet itu sendiri iaitu melaksana janji.

Tapi apabila seseorang datang komen dan tanya apa itu fiskal?, dia suruh google. Ceh… kalau tidak tahu, cakap tidak tahu. Kalau semua soalan dijawab dengan “sila Google”, adik aku pun boleh jadi ahli politik.

Pe-rahsia
Kadang-kadang, ada soalan yang memang tidak perlu dijawab dan sangat perlu dirahsiakan. Seperti aib orang dan diri sendiri serta dalam hal yang melibatkan keselamatan, perancangan dan sebagainya. Untuk orang yang memahami, dengan hanya menjawab ‘maaf, ini adalah rahsia’ amat mudah. Tapi untuk orang yang tidak peduli dengan rahsia, kadang-kadang ada mangsa yang hanya menjawab ‘haaa… ada laaa..’ dan ada juga yang lebih selesa untuk mengalihkan tajuk perbincangan. Asalkan kita tidak tergolong dalam golongan yang seterusnya iaitu;

Penipu
Pasal tipu, tidak perlu penjelasan lanjut. Kalau dia bagi maklumat salah, dia menipu.
Hua hudah hon the way!’ kata Bidin sambil menggosok gigi dalam bilik air rumahnya.
Saya yakin dengan kecantikan semula jadi saya’ kata Milah sambil menyapu tepung Avon ke mukanya.
Eh, tak lah! Saya tengah basuh kapal terbang ni ha!’ Kata Pak Mon malas-malas.
Sejak saya kurangkan gula dalam minuman, tenaga batin saya semakin meningkat’ Kata macai.

Hazar
Hazar atau tersembunyi atau berhati-hati sangat popular di kalangan orang yang ingin menjaga kerahsiaan tapi dalam masa yang sama mereka sedar bahawa menipu itu adalah berdosa.

Abu bakar pernah ditanya ketika sedang berhijrah secara rahsia dengan Rasulullah ke Madinah dengan soalan yang agak bahaya dengan misi mereka iaitu siapa orang yang bersama dengan beliau. Maka beliau menjawab orang yang bersamanya adalah penunjuk jalan. Poin penting dari jawapan beliau adalah beliau tidak menipu tentang siapa Rasulullah sebenarnya iaitu penunjuk jalan kebenaran dan juga menjawab soalan orang yang bertanya tadi. Mungkin dalam situasi ini, menjawab ‘maaf, ini adalah rahsia’ adalah tidak sesuai sama sekali. Wallahu alam.

Penyoal
Selalu orang marah dengan soalan yang dijawab dengan soalan. Tapi kadang-kadang saya suka menggunakan cara menjawab ini apabila teknik hazar tidak berkesan. Ada satu masa, ia selalu berlaku apabila saya bergaul dengan masyarakat yang suka bergurau dan ‘live their life to the fullest’. Mereka sering bertanya soalan yang bagi saya tidak patut ditanya dan agak mengaibkan seperti ‘kau minat awek kaunter tiket wayang tu ka, awek pelayan sedap corner?’. Biasanya soalan ini perlu dijawab dengan soalan.
‘Kau mahu aku jawab apa?’
‘Jawab soalan tadi la’
‘kau mahu aku jawab jujur ka, jawab menipu?’
‘Jawab jujur la’
‘kalau aku jawab menipu?’
‘Jawapan kau ya ka, tidak?’
‘Ya tapi aku tidak mahu bagitahu aku jujur atau tipu’
‘aik?’
‘Kalau aku jawab ya tapi aku sebenarnya menipu, maka jawapan aku tidak. So, we called it bluffing.’
‘Arrrr…’
‘Sekarang mungkin kau fikir aku tipu kau pasal aku menipu. Maka tadi aku jawab ya tapi jawapan aku tidak sebab aku menipu. Kemudian kau fikir aku menipu pasal itu lalu menjadikan jawapan aku ya. So we called it double bluffing.’
‘Haaaa?’
‘Tapi disebabkan kau ni pandai dan sudah menjangka aku akan goreng macam ini, kau dari awal lagi sudah reverse jawapan aku tadi. Maka jawapan asal aku ya dan kemudiannya menipu dan menjadi tidak itu lalu kau tahu bahawa aku akan menipu kemudian jawapan aku menjadi ya. Tapi atas kebijaksanaan kau, kau tahu bahawa aku tahu kemungkinan yang kau akan tahu tentang penipuan aku tadi. Maka kau pun bluff-kan jawapan itu menjadi tidak. So we called it triple bluffing.’
‘Arrrgghhh… diam! Ungghh.. ungghhh… unggghhhh… diam lah kau!’

Penutup Dalam kehidupan seharian di dalam kilang, saya sering berdepan dengan pelbagai soalan. Kalau dalam mesyuarat, saya lebih suka berterus terang walaupun ia akan menyusahkan saya. Tapi kadang-kadang saya ber-hazar dengan bos untuk selamatkan diri. Dan kadang-kadang saya ditanya dengan soalan yang pelik dari rakan sekerja dan biasanya saya akan jawab ‘Gua tidak mahu jawab. Paduli kamu di sana! Kah kah kah. Yang penting adalah berani berdepan dengan soalan bukan macam artis yang lari dari soalan gosip dan menteri yang lari dari soalan rakyat. Whoa!
...

Thursday, October 24, 2013

Pantai yang dipanggil Highway

 

Angin bertiup lemah
Pokok berdiri gagah
Biar jasad rebah
Agama genggam megah.


Highway. Jika anda berada di Tawau Sabah dan ada orang ajak bertemu di Highway, jangan terkejut dengan nama tempat tersebut. Sabah memang tidak ada lebuh raya. I mean, just not yet. Tapi ada satu tempat di pinggir Bandar Tawau yang diberi gelaran Highway. Kenapa? Aku pun tidak tahu. Tempat ini menghadap pulau Sebatik yang dipisahkan oleh Laut Sulawesi.


Adik ini Berjaya menangkap ikan Pari dengan hanya menggunakan tali pancing tanpa joran. Abang-abang berjoran di sekeliling hanya mampu mengangkat ibu jari tanda kagum.


Hanya juru pancing faham perasaan orang yang Berjaya ‘menjinakkan’ ikan.


Dulu
Makhluk di laut, makhluk di darat dan makhluk di udara
Hidup bersama di atas muka bumi
Sehingga manusia rakus berkuasa
Disuruh mentadbir mereka merosak.
...

Tuesday, October 22, 2013

Paranormal


IDBW Investigations bukan sekadar sebuah agensi penyiasatan biasa. Ia diketuai oleh Norin, ahli sihir amatur, Jimmy Red Bull yang mahir dengan ilmu shaman puak Navajo dan mampu melihat animal totem setiap orang jika sedang ‘high’, Fairuz pakar sejarah paranormal dan bekas ahli gusti, Mahmud Warewolf yang tidak suka bergaduh, Suzana yang mempunyai sixth sense dan Nora yang obsess dengan kimia.

Cabaran mereka bermula selepas mereka Berjaya membunuh seekor el chupacabra dan kedatangan En. Hakim yang meminta bantuan mereka untuk melindungi anaknya yang berusia 3 tahun dari dibunuh oleh seorang pembunuh misteri. Tapi, cap jari yang diperolehi daripada pembunuh misteri tersebut adalah sama dengan cap jari anak En. Hakim yang masih kanak-kanak.

Baca novel ini, saya melekat. Dan kalaulah IDBW ini benar-benar wujud, saya ingin melawat mereka kerana setiap mereka mempunyai perwatakan yang sangat menarik.

Tajuk: Paranormal
Tebal: 285 mukasurat
Penulis: Hani Suraya
Harga: RM17.90
Kedai: Lejen Press
Penerbit: FIXI
...

Monday, October 21, 2013

Sengih Kerang


“Ada orang, bila kita diam, mereka bilang mereka betul.
Ada orang, bila kita berundur, mereka bilang kita pengecut.
Ada orang, bila kita mengalah, mereka bilang kita salah.
Persetankan apa yang mereka kata. Bersuaralah bila perlu. Biar mereka tahu.”

Sengih. Ada banyak jenis sengih di dunia ini. Ada jenis sinis, ada jenis perli, ada jenis senget dan ada jenis kerang. Antara benda terawal aku belajar semasa membaca buku ini adalah penulis iaitu saudara Aisa Linglung adalah seorang enginair. Dan kedua, sengih kerang ini mungkin, mungkin lah sejenis sengih yang lebar hampir ke telinga dan bibir dimuncungkan sedikit ke hadapan. Whoa!

Buku ini bagi aku adalah buku tentang perjalanan kehidupan. Melihat bagaimana enginair dan bakal enginair nenulis tentang hidupnya. Dan sudah pasti ia tidak begitu menyeronokkan tanpa fiksyen. Letak sedikit gula garam dalam cerita baru boleh sembang kencang bhai..

Enginair, buka kedai buku, tulis buku. Sama macam aku kalau aku ada buku tulisan sendiri dan sebuah kedai buku. Kalau lah.. oh ya, aku pun lejen bah.


Tajuk: Sengih Kerang
Tebal: 174 mukasurat
Penulis: Aisa Linglung
Harga: RM18.90
Kedai: Lejen Press
Penerbit: Lejen Press

Sunday, October 20, 2013

‘Tukang’ Hujung Minggu

“Put all this new furniture in BS4. Any old furniture that still can be use put it in his house.” Arah manager sambil menunjuk-nunjuk ke arah aku dengan sengih.

Aku hanya mengalihkan pandangan tanda tidak berminat. Longgok sampah dalam rumah aku buat apa?

[jeda]

Beberapa bulan berlalu, salah satu dari tiga bilik tidur tempat aku tinggal menjadi stor simpanan perabot yang tidak digunakan. Sehinggalah pihak pengurusan menetapkan seorang jurutera baru perlu tinggal serumah dengan aku.

Bilik tempat simpan perabot dibersihkan. Kerusi almari dikeluarkan dan disimpan di depan rumah.
Berminggu aku suruh utiliti ambil, mereka tidak buat. Sehinggalah tiba satu hujung minggu aku bersendirian di rumah.

Tool box keluar dari tempat persembunyian. Drill dan gergaji dipinjam dari orang sebelah. Paku beli di kedai. Skru minta dengan kawan.

Pung pang pung pang!!

Benda ni

Bertukar menjadi benda ni

Untuk apa? Untuk ini

Lebihan kayu jadi benda ni.

Dan ini.

Kalau nanti mereka Tanya mana perabot hari tu, aku pun tak tahu mahu jawab apa. Kakaka.
...

Friday, October 18, 2013

Kechai


Hampir sama dengan buku-buku DuBook Press yang lain, buku ini adalah koleksi tulisan blog saudara Amirul Bozu yang tidak ada akaun Twitter dan suka makan KFC.

Tulisan dalam buku ini banyak mengulas pendapat beliau terutama mengenai persoalan politik dan masyarakat Melayu. Dan juga kebudayaan Punk. Dan juga KFC. Dan juga kisah kanak-kanak. Ha ha.

Rahsia keceriaan:
“Rahsianya adalah menyembunyikan duka ketika musibah, menyembunyikan penyakit ketika sakit, menyembunyikan sedekah ketika bersedekah.” Seloroh Amir ringkas tapi boleh tahan serius.

Budak zaman sekarang:
“Oh, biar la ke budak-budak tu. Depa mampu beli telefon canggih. Lagipun aku tak nak depa kisah dengan kehidupan realiti ni sekiranya kehidupan fantasi mereka itu lebih gembira. Mungkin di Facebook sekurang-kurangnya, depa dapat menjadi seseorang.” Ujar Firdaus sambil mengangkat kedua belah bahu.

Tajuk: Kechai
Tebal: 124 mukasurat
Penulis: Amirul Bozu
Harga: RM13.90
Kedai: Lejen Press
Penerbit: DuBook Ceritera
...

Wednesday, October 16, 2013

Pedagogi


Beberapa hari lepas, gua baca buku Dubook Press pasal Sekolah bukan penjara Universiti bukan kilang. Apa yang penjara apa yang kilang pun gua belum tahu. Masa gua baca surat terbuka penulis untuk kakak ‘listen.. listen.. listen’, gua belajar satu perkataan baru. Pedagogi. Ilmu tentang pembelajaran. Menurutnya, perkataan berulang yang diucapkan biasanya untuk kanak-kanak seperti ‘salam uncle.. salam uncle.. salam uncle..’, ‘mai sini.. mai sini.. mai sini..’, ‘jangan kacau.. jangan kacau.. jangan kacau’ dan lain-lain.

[jeda]

Gua pergi hospital. Ada temu janji tapi tidak ada kad temujanji. Gua tanya abang kaunter, dia suruh tanya kaunter tempat temujanji. Gua tanya akak kaunter tempat temujanji, dia suruh tanya bilik tempat temujanji. Gua ketuk pintu dan jumpa akak bilik tempat temujanji di hadapan pintu dekat dengan ramai orang sakit dan sihat menunggu.

Gua cerita masalah gua
Dia kata dia tidak ada kad kosong mahu tolong isi.
Gua Tanya macam mana mahu dapatkan.
Dia kata mintak dengan bilik sebelah sebab dia tidak ada kad kosong mahu tolong isi.
Gua ragu sebab bilik sebelah sudah ada pesakit.
Dia kata dia tidak ada kad kosong untuk tolong isi.
Gua Tanya tidak mengapakah kacau bilik yang sudah ada pesakit.
Dia kata dia tidak ada kad kosong untuk tolong isi.
Orang sakit dan orang sihat sudah jeling.
Gua kata mahu pergi bilik sebelah tapi takut kacau orang yang dirawat dan orang yang menunggu.
Dia kata dia tidak ada kad kosong untuk tolong isi sambil bertanya sama ada gua faham atau tidak.
Gua senyum.

[jeda]

Akak bilik tempat temujanji menggelupur sambil memegang leher.
Gua berjalan keluar sambil menggaru-garu brachio-radialis.
Dah lama tidak Lariat orang.
...

Friday, October 11, 2013

Ka+Wah


Abang ni pengalaman kerja dia banyak. Kebanyakannya di bengkel kereta. Kenangan pahit, manis, masam, seram beliau semasa kecil dia masih ingat dan lebih banyak dari aku.

Jadi, bersembang dengan dia melalui buku ini memang seronok hingga aku boleh ketawa berdekah-dekah sendirian di dalam rumah waktu tengah malam sebelum tidur.

Kadang-kadang teknik menulis cerita yang seringkas mungkin dan terus kepada cerita sebenar adalah lebih menarik berbanding dengan permulaan cerita yang melalut seperti angin sepoi-sepoi bahasa, kelihatan burung kelicap menari-nari di atas dahan pohon cemara.. apa-apaan ini?


“Takkan makwe pun tak boleh nak ‘makan’…” Getus hati gua.
“Ok, ready cepat. Ambil tempat!” Tiba-tiba Fuad mengarah.
Gua dan Aida tanggal selipar dan memasukkan selipar ke tangan. Kemudian, gua dan Aida ambil tempat untuk berlepas.
“Oyomat…!! Gesset…, Go…!!!” Jerit Fuad.
Serta merta gua lari selaju-lajunya. Sampai terpejam-pejam mata gua berlari. Laju sangat agaknya. Angina jadi deras. Garisan penamat makin hampir…

***

Gua pergi main pasir.

Tajuk: Ka+Wah
Tebal: 200 mukasurat
Penulis: Pipiyapong
Harga: RM30.00
Kedai: Lejen Press
Penerbit: Sindiket Sol-Jah
...

Wednesday, October 9, 2013

Monolog Seorang Lelaki


Lelaki kalau diberi peluang untuk bersendirian, sia akan memilih untuk berdiam diri. Kalau buat kerja dia akan buat dengan tangan bukan mulut. Tapi lelaki juga suka bercakap sendirian di dalam hati. Apabila duduk sendirian, dia akan memerhatikan keadaan sekeliling dan membuat kesimpulan sendiri. Apabila sedang melakukan suatu kerja, dia akan bermesyuarat dengan diri sendiri di dalam hati. Lelaki.

Azzam Supardi, bekas kepala kor Agama Sindiket Sol-Jah (menurut abang naga) menulis buku ini yang bagi saya lebih islamik dari buku Dindiket Sol-Jah yang lain. Beliau bercerita tentang pengalaman hidup sebagai seorang anak, suami dan lelaki. Malah monolog beliau mampu diluahkan dalam bentuk tulisan dan dikongsi kepada orang lain.

Beza lelaki dengan perempuan:

Kakak ipar saya bertanya kepada abang saya ketika sedang mamandu, “Abang tak mengantuk? Tak lapar? Tak nak makan apa-apa untuk alas perut?”
Abang saya menggeleng kepala sambil tersenyum. Mungkin terharu kepada isterinya yang mengambil berat tentangnya.
…..
Abang saya bertanya kepada isterinya, “Kenapa senyap je ni? Tadi rancak je berbual? Ada yang tak senang hati?”
Kakak ipar saya terus sahaja berkata, “Kenapa abang tak berhenti dekat stesen minyak tadi? Saya lapar.. dapat beli roti je pun dah cukup.”
Abang saya pula berkata, “Laaa.. kenapa tak cakap tadi?”
Kakak ipar menjawab kembali, “Faham-faham la masa saya Tanya abang tadi…”

Beza lelaki muda dengan lelai tidak muda:

Jawapan tunjuk arah oleh lelaki yang telah berusia:
“Ooo… tau. Ni jalan terus. Depan tu ada simpang kiri. Jangan masuk simpang tu… nanti kamu sesat dalam kubur. Kubur arwah pertama kampong ni si situlah. Banyak jasa dia, macam buat jambatan, parit, tali air dan macam-macam lagilah. Ingat, jangan masuk simpang tu, lepas tu kamu terus lagi nanti kamu nampak kebun sayur sebelah kanan. Kebun syur tu ada seorang janda yang punya. Keya janda tu… satu hari dia jual sayur-sayur yang dia tanam tu berates-ratus ringgit untung. Tu yang dia buat rumah besar sebelah belakang kebun tu. Lepas kamu Nampak kebun sayur sebelah kanan tu, kamu terus lagi. Ha… nanti kamu jumpa kedai jajan sebelah kanan. Kedai tu anak lelaki saya punya. Nak kahwin dah lepas raya haji nanti. Bakal isteri kat Johor Bharu. Kerja doktor. Harit u masa tunangkan anak, saya pergi rumah keluarga dia kat Kulai, saya pitam sebab jalan jauh, dialah yang mengubat saya. Alhamdulillah… sihat sampai sekarang. Lepas Nampak kedai jajan tu pulak, kamu terus sampailah jumpa simpang tiga. Yang kanan ke pecan, yang kiri ke pantai. Kamu masuk simpang yang kek kiri tu sikit, nanti kamu jumpa rumah sebelah kanan. Baik-baik sikit masuk ke rumah tu pasal kat situ kawasan kemalangan. Raya hari tu ada empat biji kereta accident. Nasib baik taka da yang mati masa tu. Ha… rumah itulah ianya.”

Jawapan tunjuk arah oleh lelaki yang agak muda:
“Tau rumah tu. Senang… abang terus jalan ni sampai hujung sana tu nanti jumpa simpang tiga. Masuk kiri sikit Nampak signboard 40 kilometer sejam ada rumah kat situ. Itulah rumahnya.”

Tajuk: Monolog Seorang Lelaki
Tebal: 88 mukasurat
Penulis: Azzam Supardi
Harga: RM20.00
Kedai: Gobok Buku
Penerbit: Sindiket Sol-Jah
...

Tuesday, October 8, 2013

Aurat


Tahun 1996 aku baru diajar solat fardhu. Bermula dengan gerakan solat pada waktu lepak-lepak petang dan hafalan pada sepanjang masa kecuali waktu bermain dan waktu tidur.

Tahun 1996 kampung aku belum ada bekalan air paip walaupun loji rawatan air Cinta Mata hanya beberapa kilometer dari kampung aku.

Tahun 1996 kami beradik bangun seawal empat pagi untuk mandi di perigi hampir setengah kilometer dari rumah. Bukan sebab waktu subuh air perigi banyak tapi untuk mengelak bertembung dengan budak lorong satu. Malu juga kalau budak lorong satu tahu perigi lorong tiga sudah kering.

Selesai mandi, kami bersiap pakai baju sekolah yang kemas sama ada sudah diseterika dengan seterika arang atau diletak bawah tilam semalaman. Sehingga masuk waktu subuh.

Biasanya waktu subuh kami solat sendiri-sendiri dan aku sebagai orang baru pun bentang sejadah menghadap kiblat. Allahuakbar…

Selesai baca surah ‘inna a’toina’, aku terus ruku dengan yakin. Tiba-tiba dahi aku berkerut dan bacaan ruku serta merta ditangguh. Aku bingung. Kulit tangan memegang kulit tempurung lutut.

Aku segera bangun dan berjalan laju masuk bilik. Ceh apa barang kerajaan bagi bantuan pakaian sekolah seluar pendek.
...

Thursday, October 3, 2013

Makan Dalam


Ada banyak cara untuk mengemukakan pendapat terhadap suatu isu. Ada yang memberi pendapat secara langsung di Facebook, ada yang memberi pendapat secara sarcasm di Facebook, ada yang menghurai pendapat di Blog malah ada yang memberi pendapat melalui buku.

Untuk suatu isu, adalah lebih menarik jika ia diulas, dikomen, dikritik dan diberi pendapat dengan telus dan tidak mengampu. Ini akan menjadikan perbincangan di kalangan pembaca menjadi lebih luas dan tidak jumud kepada satu pihak sahaja sama ada yang mengikut memvavi buta atau yang membangkang matai-mataian.

Buku ‘Makan Dalam’ adalah satu kumpulan penulisan oleh beberapa penulis dan membincangkan beberapa tajuk yang berbeza. Keseluruhan penulisan dalam buku ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan pembaca bebas untuk setuju dan tidak setuju. Apa yang penting, pembaca faham tentang isu yang disampaikan mampu membuat kesimpulan akhir sendiri dan tidak terikut-ikut dengan menulis ini. Mereka pun manusia juga. Cehh!.

Antara tajuk yang paling menjentik otak aku ialah ‘Oh Dunia Perfileman Malaysia, Oh’ oleh The other Khairul, ‘Perubatan dan Kepercayaan di Malaysia’ oleh Karl Naim dan ‘bagaimana Bergaduh dalam Islam’ oleh Hamka Kereta Mayat.

Kesimpulannya, Rakyat Malaysia yang merdeka bebas untuk memberikan pendapat sendiri tanpa ‘dicop’ sebagai pembangkang atau macai selagi pendapat yang diberikan itu adalah berasas. Sebagai permulaan, saya ingin mengomen kulit buku ini sebagai rekaan yang kurang sesuai untuk rakyat Malaysia yang sopan santun. Mungkin saja ada orang yang tidak jadi membeli buku ini hanya kerana rekaan kulit yang kurang molek. Secara jujurnya, saya sendiri pernah membatalkan niat untuk membeli senaskhah buku hanya kerana rekaan kulit buku yang tidak manis untuk melekat di salah satu buku milik saya.

Tajuk: Makan Dalam
Tebal: 164 mukasurat
Penulis: The Other Khairul, Karl Naim, Cik Srikandi, Hamka, Penulis Sahaja, Nizam Archibald & Alexia Aqram
Harga: RM20.00
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: Terfaktab Media
...

Wednesday, October 2, 2013

Panas Sejuk

 Kucing yang penuh dengan kekecewaan.

Manusia diciptakan mempunyai akal dan nafsu.
Akal boleh menaikkan manusia lebih mulia dari malaikat.
Nafsu boleh menghinakan manusia lebih rendah dari binatang.

Awal bulan seperti biasa kilang aku akan buat monthly shutdown. Kilang berhenti beroperasi tapi pekerja jadi lebih sibuk dari biasa. Dalam situasi begini,orang yang tahu mengenai psikologi akan segera faham bahawa ramai manusia atau pekerja akan cepat marah dan melenting kerana suasana kerja pada hari tersebut sangat letih, panas, kotor dan berhabuk.

Langit sudah gelap. Kepala sudah overpressure. Rasa macam mahu tumbuk muka orang. Bibir sudah setengah inci muncung hilangkan senyuman. Aku capai Safety helmet, capai buku nota, capai kunci motor. Kerja tidak siap, peduli apa. Tangan digenggam kuat-kuat. Mana tahu ada orang pasang muka depan aku.

Aku masuk bilik sekuriti untuk punch out. Siap ada orang tanya lagi 'mahu balik ciiip?'. Aku tidak layan. Pergh!.

Aku start motor, blow.. Masuk gear satu, aku blow.. preeenggg!!! depan pekerja lain. Pergh!. Kalau ada yang tidak puas hati, boleh aku ajak selesaikan cara jantan.

Baru masuk gear tiga, sudah sampai kantin. Aku brek mendadak. masuk kantin macam perompak. Kalau boleh semua barang dalam tu aku mahu pecahkan. 'Air kotak! air kotak mana?!' aku tidak puas hati. Apa barang minum kola. 'habis!'. Isk.. kantin apa ni? air kotak pun tidak ada.

Aku buka peti sejuk beku. Aku ambil aiskrim cup bentuk kon dengan gagah. Aku bawa pergi kaunter minta sudu dan tandatangan buku hutang. Aku meluncur dengan Honda Wave balik rumah. Sampai di rumah, buka pintu macam perompak. Baling safety helmet. Simpan buku nota, pen, liquid paper, scarf, pendrive dan jam tangan. kemudian aku keluar semula duduk atas pagar depan rumah. Aku buka penutup aiskrim cup berbentuk kon. Aku cedok dengan gagah. Masukkan ke dalam mulut macam naga. Hmmmmm.... Aku tutup mata, sandar di dinding.


~kalau Selepas istighfar masih marah, Ambil air wudhuk. kalau masih marah, Pergi berendam. brruuuppp...
...

Monday, September 23, 2013

Hakikat

Dulu aku selalu jumpa orang asing (foreigner) yang sama-sama belajar di universiti. Satu fakulti dengan orang asing yang kebanyakannya orang Timur Tengah. Pergi kelas pakai jubah, solat lima waktu di surau/masjid dan tahajjud pukul tiga pagi menggunakan pembesar suara surau. Mereka memang practice muslim terutama orang Yaman.

Satu hari dalam kelas Failure Analysis kelolaan profesor yang paling matang gaya pemikirannya, tiba-tiba beliau keluar tajuk pada hari tersebut.

"You know one of God's creation that amazed me most?." Semua orang memberikan perhatian. Biasanya perkara luar tajuk yang beliau kongsikan adalah sangat menarik untuk turut dikongsikan dalam blog dan Facebook.

"God created a very suitable tree for each fruit to ease human and other living things." Isi penting diberikan dengan intonasi suara yang sangat jelas. Semua bakal jurutera setuju dengan kenyataan tersebut tapi masih mengharapkan hujah untuk menyokongnya.

"For example, Labu's tree was designed big and tall like pine tree because its not too hard and not so hurt if they hit you in the head." Semua orang mengerut kening. Rakyat Malaysia kerut kening kerana fakta yang diberikan. Rakyat Yaman kerut kening kerana Labu.

"Oh! i am sorry fellow foreigners. Labu is a sphere fruit that have smooth surface and have size like a basketball." Barulah kening rakyat Yaman kendur sedikit disusuli dengan ucapan Subhanallah. Kening rakyat Malaysia masih berkerut.

"Aaaanndd... God makes a vine tree for Durian just like grape. Just imagine if Durian's tree was made as big and tall as Labu's tree. The moment when it fell and hit your head...." Beliau sengaja mematikan ayat dengan senyuman dan kening terangkat. Kening rakyat Malaysia kini bertemu. Kening rakyat Yaman turut kembali berkerut.

"Oh! i am sorry again. Durian is the king of fruit in Malaysia. It has the same size as labu but thorny body."

"Oooo... i've seen that." Jawab salah seorang rakyat Yaman disusuli dengan ucapan tasbih rakan-rakan lain.

Rakyat Malaysia masih dalam dilema.

"Naaaahhhh... I'm just kidding!"

Rakyat malaysia yang dari tadi ternganga ketawa beramai-ramai. Rakyat Yaman dibiarkan terkebil-kebil minta penjelasan.

"As an engineer, you all must be prepared at all time. There are lot of cheaters out there and most of them have a very good logical lies.

Politics? Pfffttt… He added. Beliau menambah.




...

Wednesday, September 11, 2013

Dabel Date


Orang jiwang ada banyak jenis. Ada yang bermulut manis semuanya indah, ada yang memendam rasa dan hanya berbicara di dinding facebook da nada yang pura-pura macho tidak mengaku jiwang.

Dabel Date – Sebuah buku antologi cerpen cinta tulisan empat orang penulis berlainan jenis dan tahap kejiwangan.

Ada jiwang kecewa,
“Kenalkan, ini anak I. Baru lepas SPM. Mungkin sebaya anak you agaknya.” Dia menjawab sambil membuang pandang pada anak muda di sebelah si makwe lama. Pesen anak-anak muda yang terpengaruh dengan K-Pop lagaknya.
“Eh, ini bukan anak I, Ini suami baru I.”
Dia tak tunggu lama. Dah lama dia pendam perasaan geram dengan anak0anak muda yang terikut-ikut K-Pop ni. di backhand sekali anak muda itu dan terus dia tarik tangan anak gadisnya keluar dari restoran itu.

Ada jiwang kesian,
“Erm, aku nak cakap sikit dengan kau.” Suzanne mengangkat kening. Kaki dia yang dari tadi cantik bersilang, dibetulkan, tanda tanda bersedia nak dengar apa Zulhelmi nak cakap.
“aku suka kau.” Zulhelmi dah gementar apabila melihat reaksi Suzanne yang menutup mulut, seperti terharu.
“HOMAIGOT! Betul ke noksss? Mak suka sangat!!” Jerit Suzanne sikit dengar suara bercampur baur lelaki-perempuan-lelaki.

Dan ada jiwang yang PALING.
Malam itu, seluruh dunia menjadi suram tanpa bintang kerana seluruh bintang Cuma bersinar pada aku dan Suzanne. Whoa!


~ Cerita yang paling jiwang adalah yang dialami oleh diri sendiri. Bukan dibaca dari buku dan bukan dinonton dari TV.

Tajuk: Dabel Date
Tebal: 86 + 84 mukasurat
Penulis: Amal Hamsan, Lang Rahman, Rudeen Ayyad & Nasyrun Malik
Harga: RM15.00
Kedai: Kinokuniya, KLCC
Penerbit: Lejen Press
...

Monday, September 9, 2013

Meng-Ikan di Tempat Nostalgik


Malam. Sejuk. Gelap.
Penat bekerja di siang hari, petang waktu pulang dari kerja hujan turun gerimis.
Keadaan yang hampir sempurna untuk tidur petang.
Tiba-tiba aku diajak pergi memancing. Maka secara automatik aku tolak dengan baik.
Tapi dengan satu soalan, di mana?
Mereka jawab di Wakuba, Batu 15. Perkampungan udang.
Aku terus semangat untuk ikut.


Tumpang gembira sahaja.
Ikan Kerapu 12 inci kepala hingga ekor.
Tempat memancing kali ini biasa sahaja.
Tidak banyak ikan tapi sangat selesa dan luas.
Waktu tengah malam aku hanya berbaring sambil memegang tangsi.
Juga sambil melihat bintang dan ‘tahi’-nya.
Keadaan yang sangat hening untuk aku berfikir tentang perancangan masa depan dan masa lampau.
Masa lampau di sini.


Sejarah:
Semasa aku sekolah rendah, ayah kerja di sebuah kawasan penternakan Udang di Wakuba.
Jadi, banyak masa kami sekeluarga dihabiskan di sana terutama sekali semasa cuti sekolah.
Di tempat yang sama kami memancing pada malam itu, 13 tahun lalu juga aku, abang, kakak, kawan baik, kakak kawan baik dan chargeman kolam udang pergi memancing. Masa itu aku takut dengan ketinggian pump house dari dasar laut. Jadi aku hanya berpaut pada tiang dan tidak ada tangan lebih yang boleh digunakan untuk memancing.


Dulu, di tempat ini aku belajar kawal Digger (Hitachi) dari ayah. Aku belajar bahawa guli bearing (besi) yang berlainan saiz sebenarnya diambil dari spherical roller bearing (mechanical component) bukan dibuat untuk kanak-kanak main guli sebab sebelah rumah di kolam udang ini adalah bengkel. Aku belajar teknik-teknik tangkap ketam sama ada semasa ia berenang atau menangkapnya dengan tangan semasa ia di darat. Aku belajar ambil, kupas dan makan kupang. Dan aku juga belajar berenang di dalam kolam udang tapi tidak berjaya. Whoa!


Mangsa tambahan. Belut.
...

Friday, September 6, 2013

Kopi-ah


Kopi-ah adalah sebuah buku antologi cerpen tulisan Abrar Shafie dan Munirah Rashid. Kedua-duanya pelajar perubatan di Universiti Zigazig, Mesir. Ia memuatkan tujuh cerpen Abrar dan lapan cerpen Munirah yang kedua-duanya jelas menampakkan corak penulisan yang sangat berbeza walaupun kedua-duanya digelar cerpen ‘Islamik’.

Cerpen Akhi/saudara/bro Abrar lebih kepada latar tempat dan masa yang berlaku di Malaysia pada hari ini. Kisah seorang anak yang soleh, anak yang akhirnya jadi soleh dan anak soleh yang akhirnya faham erti pengorbanan ibu bapa.

Manakala cerpen Munirah pula menggunakan latar tempat yang lebih rumit dan pasti mempunyai kaitan dengan peperangan umat Islam. Intipati yang mengisi cerpen beliau adalah watak doktor, pemuda berjanggut pandak, anak soleh yang sangat mengerti perjuangan ibubapanya untuk agama tercinta. Dan biasanya seseorang akan syahid di penghujung cerita.

Kesimpulannya, seorang menulis tentang pengajaran yang boleh diambil dalam hidup yang biasa ini manakala seorang lagi menulis tentang pengajaran semasa berjuang menegakkan Agama tidak kira anda sebagai syuhada atau isteri syuhada atau anak seorang syuhada.

Nota:
Cuma, ada satu bahagian yang aku baca semasa menunggu giliran di dalam bank, tiba-tiba ada ninja memotong bawang. Nasib tidak nangis. Whoa!

Tajuk: Kopi-ah
Tebal: 142 mukasurat
Penulis: Abrar Shafie & Munirah Rashid
Harga: RM13.90
Kedai: Lejen Press
Penerbit: Lejen Press
...

Thursday, September 5, 2013

Kisah Gila Penjual Minyak


Pak Mal yang baru bangun dari tidur didatangi penjual minyak ajaib di depan pintu.

En. Nuar: Encik beli minyak ni dengan saya hari ini dan hari seterusnya, saya akan berikan harga yang berpatutan. Sekarang orang jual RM1.90 sebotol. Saya akan jual special untuk encik, RM1.40 sahaja.

Pak Mal: hmmm… menarik juga tawarang kau ni. Tidak mengapa, saya survey penjual lain dahulu. Boleh?

En. Nuar: Boleh. Silakan.


[Jeda]


En Bana: Encik beli minyak ni dengan saya hari ini dan hari seterusnya, saya akan berikan harga yang berpatutan. Sekarang di singapura orang jual dua ringgit lebih sebotol. Saya akan jual special untuk encik, RM1.90 sahaja.

Pak Mal: Tapi brader di sana tu hendak jual dengan saya lebih murah dari ini.

En. Bana: Dia tu encik, penipu besar! Dah tu, main belakang pula. Kelau encik beli dengan dia, nanti rumah tangga encik akan porak peranda!.

Pak Mal: baiklah.

...

Monday, September 2, 2013

Kolagen – Kolaborasi [Dua] Generasi


Setiap orang memiliki cerita yang tersendiri walaupun corak perjalanannya hampir sama. Kolagen adalah koleksi cerpen dari dua penulis yang dipisahkan sejauh satu generasi.

Salah seorang penulis mendapat pendedahan hidup belajar di Osaka Jepun manakala seorang lagi mendapat pendedahan lebih awal di Quezon City, Filipina.

“Kau menghalang mentariku,” bilang mereka. Namun mereka diadalah dapat berbuat apa-apa melainkan berbising-bising. Lama kelamaan mereka sendiri yang senyap dan mula melopong kerana begitulah hakikatnya apabila anjing menyalak bukit. Anjing keletihan namun bukit tiadalah bergerak walau seinci pun. Alam tuhan ini adil. Yang mahu akan dapat, yang leka akan termangsa, dan yang tabah pasti akan cari jalan. ~Nash Azly.

“Yam dah jumpa, mak,” dia mendekari ibu yang masih menterbalikkan telur dalam kuali. “Entah siapa sepak ke bawah katul, pasal tu Yam tak Nampak. Yam minta maaf, mak.” Dia melihat ibunya diam, itu tanda ibunya kecil hati. Dia tahu benar ibunya. ~Sahlan Mohd Saman.

Dengan membaca cerita dari dua generasi ini, kita dapat melihat jalan hidup orang muda zaman sekarang dan orang muda semasa saya masih kecil. Dan jalan cerita senior zaman sekarang.


Tajuk: Kolagen – Kolaborasi [Dua] Generasi
Tebal: 117 mukasurat
Penulis: Nash Azly & Sahlan Mohd Saman
Harga: RM10.90
Kedai: Lejen Press
Penerbit: Lejen Press
...

Saturday, August 31, 2013

Cerita di sekolah lama

Sumber: Puadede

Semasa aku tingkatan satu, sekolah aku masih di bangunan lama. Kata orang, dulu bangunan itu milik askar jepun.
Semasa aku tingkatan satu, kelas aku adalah surau yang dipecahkan kepada empat bahagian. Kelas kadua, ketiga, keempat dan kelima. Kelas pertama berada di bangunan khas sendiri berkongsi dengan klinik Matematik.
Peraturan sekolah pada masa itu, semua pelajar dilarang berada dalam kelas semasa waktu rehat. Kecuali kelas kami di surau. Masakan cikgu mahu larang kami berehat di dalam surau.

[Jeda]

Seperti hari-hari biasa, aku dan dua orang geng keras lepak dalam kelas/surau semasa waktu rehat.
“Kamu tidak rehat?” Ustazah menegur perlahan. Dia ustazah baru di sini. Mungkin guru praktikal. Aku pun tidak pasti.
…..
“Kenapa tidak makan?” Dia menyambung.
…..
“Pergi sekolah bawa duit belanja?” Dia masih cuba untuk masuk dalam perbualan kami.
“Bawa” Jawab Lan ringkas.
“Berapa?”
“Bapa bagi 50 ringgit setiap awal bulan”.
“Wah. Banyak tu. Tapi mesti awak pandai menyimpan kan.” Puji ustazah.
…..
“Awak?” Tiba-tiba ustazah berpaling ke arah aku.
“Erk!. 20 sen sehari.”
“Cukup?”
“Cukup kalau disimpan.”
“Bagus!” puji ustazah lagi.
…..
“Awak?” Ustazah kemudian mengarahkan perhatian kepada Muhammad Abdullah.
“Saya tidak bawa.”
“Ooo..” Reaksi yang tidak memerlukan penjelasan lanjut.

Ustazah itu kemudian memberikan kami beberapa butir nasihat. Khas untuk kami bertiga. Dengan harapan kami akan menjadi anak yang berguna pada masa itu dan masa hadapan.

Sebelum ustazah berlalu pergi, aku sempat bertanya maksud di sebalik nama beliau Fatahiyyah. Dia kata ‘Kejayaan’ dan mendoakan kejayaan aku kelak.

[Jeda]

Dua belas tahun berlalu, hari raya baru-baru ini aku sempat bertemu dengan kawan-kawan sekelas dan beraya bersama-sama.
Tiba-tiba Isma membuka serita semasa tingkatan satu. Dia sebagai pelajar di kelas pertama curi-curi makan di dalam kelas.

Bukan tidak mahu ke kantin. Tapi juadah yang dia makan adalah bekalan yang dibawa dari rumah. Pada masa itu, mana ada lagi orang yang membawa bekalan makanan ke sekolah.
Tapi, semasa dia sedang berselera makan, guru disiplin yang paling digeruni menghampiri beliau dari belakang dan Paaaapppp!!…
Sedas rotan melekat di belakang Isma. Isma kaget dan berpaling ke belakang.
“Makan dalam kelas!” Ustaz Amir selaku guru disiplin meninggikan suara.
Dengan perlahan dan mulut yang penuh dengan nasi, Isma menutup bekal makanan yang dibawanya dan menyimpannya semula di dalam beg sekolah.
Ustaz Amir terkedu. Dia telah merotan seorang pelajar yang sedang makan bekalan dari rumah.
Dia segera berlalu keluar kelas dan mundar mandir beberapa saat di beranda. Dengan dada berat, dia menahan sebak entah datang dari mana dan masuk semula ke dalam kelas.
Ustaz Amir memegang bahu Isma. Dengan mata berkaca-kaca, dia meminta maaf dan mengizinkan Isma sambung makan semula.
Menurut Isma, Ustaz Amir Mahmud menangis pada hari itu…

[jeda]

Al-Fatihah buat Ustaz Amir yang telah kembali ke rahmatullah pada Januari 2013. Semoga roh Ustaz ditempatkan bersama orang-orang soleh dan segala ilmu yang diajarkan kepada kami dikira sebagai pahala yang berterusan.

Nota:
Di mata aku semasa sekolah, Ustaz adalah calon guru disiplin yang terbaik. manakala Ustazah adalah calon guru kaunseling yang terbaik.
Tapi selepas berkawan dengan Ustaz Ustazah di IPT, rupanya dua-dua pun sama juga...
..

Tuesday, August 27, 2013

Burgermpak


Aloy Paradoks, Rayza Mukmin dan Bias. Mungkin mereka bertiga adalah kawan. Mungkin mereka bertiga adalah watak yang digambarkan dalam cerita-cerita dalam buku ini. Apa yang pasti, mereka bertiga merupakan penulis untuk sebuah buku yang aku pun tidak pasti apa kaitannya dengan burger.

Bagi orang yang cepat bosan, buku ini mengandungi cerita-cerita pendek dan anda tidak akan sempat bosan. Bagi yang mencari kegembiraan, buku ini adalah buku gembira. Penerbit yang cakap.

Buku ini aku baca setiap hari sementara menunggu nasi untuk makan malam masak. Kesannya, aku makan dengan gembira walaupun lauk yang aku masak tidak sedap” (lejen, bukan nama sebenar).


“Kita nak main kat mana ni?”
“Samba Sports Planet”
“dekat Petaling Jaya”
“Jangan pandang belakang”
“Ingat seram lah tu?”
“Kau pakai baju kerja je main bola?”
……
“Bodoh! Bogel dalam kereta!!!”
“Kan aku dah kata jangan pandang belakang!!!”


Tajuk: Burgermpak
Tebal: 128 mukasurat
Penulis: Aloy Paradoks, Rayza Mukmin & Bias
Harga: RM20.00
Kedai: Lorong Buku
Penerbit: Dubok Ceritera
...

Monday, August 26, 2013

Aqilah Farzanah


Kalau ada orang tanya, senyuman apa yang mampu menghilangkan resah, lelah dan duka?
Aku akan jawab senyuman dia.
Dengan wajah yang masih jernih dari sebarang dosa dan senyuman yang bukan pura-pura.

Aku bertemu dengannya lebih dua bulan lepas.
Walaupun pada mulanya dia malu-malu, tapi akhirnya dia membuat aku letih melayan kerenah manjanya.

Tapi pertemuan kami tidak lama.
Dia terpaksa balik ke negeri kelahirannya bersama keluarga.
Beberapa puluh minit sebelum perpisahan, di satu sudut lapangan terbang, ninja-ninja jahat sudah mula memotong bawang.
Jam yang dengki mula berputar laju sehingga saat perpisahan tiba.
Aku hulurkan tangan, dia sambut dan cium tangan dengan lembut.
Disusuli dengan senyuman paling lebar hingga menampakkan baris giginya.

Dia kemudian merangkul tengkuk aku. Aku terkejut.
Kemudian dia lepaskan semula dengan senyuman yang paling manis.
Aku membalas dengan senyum yang tawar. Ninja-ninja makin galak memotong bawang.

Dia kemudian memeluk lagi. Aku hanya sambut dengan senyuman.
Kemudian dia peluk lagi. Semakin erat. Aku tiada pilihan selain membalas pelukan itu dengan erat.
Bawang yang dipotong oleh ninja semakin terasa. Aku bertahan sebagai lelaki jantan.

Tiga das kucupan dihadiahkan untuk aku. Aku membalas dengan hanya satu das.
Kami berpegangan tangan sehingga dia masuk pintu pemeriksaan.
Aku dilarang masuk oleh pegawai keselamatan bertugas.
Bawang yang dipotong semakin banyak. Aku tahan. Aku kan lelaki.

Di bahagian imigresen, ramai orang berbaris untuk pemeriksaan kad pengenalan dan passport.
Dia sempat memandang aku. Aku melambai dengan senyuman dan bibir terketar-ketar.
Dia kemudian tersenyum lalu lari keluar menuju ke arah aku melalui pegawai keselamatan dan alat pengimbas logam.
Ramai orang kaget.

Tapi dia sempat ditahan di pintu masuk dan dihantar masuk semula.
Inilah masa ninja menggunakan jutsu hebat mereka.
Rasa bawang potong semakin mengada-ngada. Tapi aku masih mampu mengawalnya.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan berlalu pergi bersama yang lain.
Capai kunci kereta. Hidupkan enjin dan penyaman udara. Bergerak keluar dan bayar parking kereta.

Beberapa meter meninggalkan lapangan terbang, aku hidupkan radio.
Original Soundtrack Wonderpets berkumandang.
Aku tekan butang next. Kedengaran kumpulan Lefthanded menyampaikan lagu ‘Ku Di Halaman Rindu’.
Rupa-rupanya ada ninja mengikuti aku dalam kereta dan masih memotong bawang.
Aku menyanyi bersama dengan penuh perasaan dan air mata. Whoa!

Dua beradik.

Cucu pertama dalam keluarga. She's truly get all the attention.
...

Monday, August 19, 2013

Timbul Tenggelam


Setiap orang ada cerita mereka yang tersendiri. Cerita sedih, cerita ceria semuanya mempunyai nilai dan pengajaran jika diolah dengan teknik yang betul dan dibaca oleh orang yang betul.

Bertahun Tok Rimau tulis buku ni untuk bercerita tentang beliau sejak zaman dulu kala hingga sekarang. Cerita yang pendek-pendek dan terus ke titik (Direct to the point) menjadikan pembaca tidak sempat bosan sehingga samapi kepada cerita yang seterusnya.

Tapi aku agak rimas dengan tajuk buku ni 'Timbul Tenggelam'. Biasanya orang guna istilah 'Tenggelam Timbul'.

Contoh cerita yang buat aku ketawa sendirian dalam bas;

Biasanya jurujual alat pembelajaran Bahasa Inggeris akan tergagap bila aku mula bertutur orang putih. kalau aku masukkan slang American lagi mereka kaget.Kalau mood aku kejam, aku masukkan perkataan yang aku reka sendiri.

"Don't kiss and tell. Chronotov singular track to the very commanding rimausism?"
"Errrr..."

Lagi keji jika aku ada masa, aku baca sajak merapu Lewis Carroll:
'Twas brillig, and the slithy toves
Did gyre and gimble in the wabe;
All mimsy were the borogoves,
abd the mome raths outgrabe.

"Errrr... Saya jual 'ja bang. Maaf bang. Saya tidak guna benda ni."


Tajuk: Timbul Tenggelam
Tebal: 200 mukasurat
Penulis: Tok Rimau
Harga: RM30.00
Kedai: Gobok Buku
Penerbit: Sindiket Sol-Jah
...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code