Monday, August 31, 2009

SOMEONE BUY CAR WITH CASH

COPIED FROM
http://stranges-world.blogspot.com/2009/08/someone-buy-car-with-cash.html

subhanallah...kenapa lah tolak teknologi..


Read at bottom last part…………

Someone buy car with cash…. Happen in China….





























Car dealer: Took 8 persons for 2.5hrs to count all the cash ($1, 50cens & 10cens notes), total cost: RMB 38,200

Buyer reply: You think I come here easy…? I need to carry 20kg cash and it's very tiring also…



Sunday, August 30, 2009

AKU ANAK MERDEKA?


Kemerdekaan tanah melayu disambut meriah untuk yang ke-52. Semua rakyat Malaysia bergembira dan berbangga dengan Negara mereka yang pesat membangun. Dari sebuah Negara kecil bangun menjadi tanah yang dipenuhi dengan pembangunan. Rakyat yang dulunya mundur menjadi moden dan terkehadapan dalam pelbagai bidang.

Bulan Ramadhan tidak menjadi alasan untuk tidak menyambut ulang tahun gemilang ini. Virus H1N1 tidak mampu menjadi penghalang untuk menyambut hari besar Malaysia ini. Apa yang terlalu istimewa dengan 31 OGOS?. Kenapa anak muda sibuk melaungkan “aku anak merdeka!”.


Kerana mereka dilahirkan dalam pasca kemerdekaan.

Mereka bebas dari pengaruh penjajah!. British, portugis, belanda mahupun jepun. Mereka membesar dengan acuan seorang anak timur yang memegang teguh ajaran Islam. Hmm.. ya lah tu..


Kerana mereka memang seorang rakyat Malaysia yang merdeka

Merdeka dari dijajah dan diperintah oleh sesiapa. Ibubapa tidak layak bagi mereka untuk menasihati. Orang tua tidak layak untuk dihormati. Junior-junior tidak perlu disayangi. Mereka adalah golongan yang merdeka!. Tidak takut dengan sesiapa pun.hmm.. merdeka tahik kucing..rasa diri besar seolah-olah boleh hidup tanpa orang lain.


Persoalan lain turut timbul..adakah kita merdeka?..anda jawab..

Anda ingin sambut ulang tahun kemerdekaan? Siapa penentu tarikh kemerdekaan Malaysia? Apa tarikh kemerdekaan Malaysia dalam tahun hijrah? Siapa ulama’ yang terlibat dalam proses kemerdekaan? LAYAKKAH KITA MENYAMBUT KEMERDEKAAN?


Selama 446 tahun kita dijajah dan selama itu jugalah hasil bumi kita telah dirampas. Namun

sekarang kita dapat menikmati semua kenikmatan dunia tersebut. Pembangunan yang pesat, pelaburan yang berkembang, teknologi yang sentiasa maju kehadapan, dan kemudahan yang semakin lengkap. Anda berbangga? Sudah tentu!..

Negara kita sudah menjadi kaya! Kita semua sudah mampu!

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang Telah diberikan kepada mereka, kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang Telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.”

An-am : 44

3 peringkat Allah turunkan bala:

1. Manusia lupa peringatan Allah

2. Manusia mewah dan bersukaria

3. Allah menurunkan bala bencana hingga manusia kecewa dan putus asa

Di mana kita sekarang?

AKADEMI FANTASIAL

haha paham-paham la..mcm kuar taju..tapi xapa..janji mesej sampai


**petikan dari kuliah ustaz rifqi sempena iftar perdana anjuran HEP UTM

rakaman? nanti diupload. insyaAllah..

~semoga kita semua layak untuk menyambut hari kemerdekaan~

Friday, August 28, 2009

FASILITATOR & NAQIB?


PAGI YANG MENYEGARKAN...
napa bgitu segar?
ada rahsianya...sahur segar, solat pun segar..
sebab semalam aku tertidur awal. kunci jam langsung tidak berguna..

seawal 8 pagi, aku menghantar seorang sahabat, senior dan seorang naqib ke stesen keretapi pulai.. bukan 3 orang..tapi hanya sorang.

sekembalinya di bilik, aku mendapat satu mesej yang penting..
"salam.berminat tuk jadi seorang FASILITATOR yang bagus? LPK PMI akan mengadakan bengkel asas kemahiran fasilitator pada hari sabtu ni......."

fasilitator? wah! agak menarik. mungkin aku boleh mengintai sebentar sebelum meneruskan aktiviti hari sabtu yang telah aku rancang sebelum ni.

datang lambat..faham2 la..kena lah masuk ikut pintu belakang..duk sorang2.
apa yang aku dapat selama lebih kurang setengah jam itu amat menarik!
walaupun kami "peserta" terpaksa menyanyi, bertumbuk, dan menari, ianya amat menarik dan aku dapat menyalin "ini" dari seorang sahabat yang datang awal..

ETIKA FASILITATOR
1. Bukan superman
2. Bukan diktator
3. Bukan manipulator
4. Bukan kepentingan peribadi
5. Saling belajar dan menghayati
6. Tidak memihak dan menghukum
7. Mendengar bukan mendominasi
8. Kreatif dan kreatis
9. kontak mata
10. Kenalpasti jenis peserta dan jadikan dinamik
11. Pendekatan pembelajaran dewasa VS kanak-kanak
12. Jangan berprasangka
13. Gunakan bahasa yang mudah difahami
14. Kerahsiaan
15. Patuhi etika kelompok

nampak seperti sukar untuk difahami..betul tak? betul lah tu. sebab aku pun kurang faham kecuali nombor 9-15.kenapa? sebab aku dengar penjelasan penceramah bermula dari nombor 9!!. kesimpulannya..RUGI TAK DATANG!!

namun..itu bukanlah perkara paling berharga yang aku dapat pada masa kejadian..
fasilitator? mungkin ramai yang memandang 'orang ini' tidak penting. dia merasakan dia tak perlu belajar untuk menjadi fasi.
tapi, aku melihat dari satu lagi perspektif yang berbeza. apa dia? NAQIB!. ya. naqib. sepanjang penerangan tadi, aku bukan mendengar sebagai seorang fasi. tapi sebagai seorang naqib. naqib yang serba kekurangan. 'kalau lah aku tahu program dia macam ni, aku wajibkan suma adik usrah aku join' bisik hati kecilku.
apa tidaknya.. sepanjang ceramah yang menarik itu, semua penerangan, contoh, peringatan, nasihat dan pantang larang sangat serupa dengan sistem usrah sekarang.



mungkin ada juga yang beralasan 'aku bukan naqib'.. jangan risau..aku dah sediakan jawapannya..
sapa kata anda bukan naqib? anda adalah naqib kepada diri sendiri.takkanlah tak pernah muhasabah kot..buat usrah sorang2 hehe..

ni pun usrah jugak

kesimpulannya? RUGI TAK DATANG!!
lagi satu.. BELAJAR UNTUK DIPIMPIN SUPAYA DAPAT JADI PEMIMPIN..
FROM ZERO TO HERO!!

inilah usrah yang paling best!!

alahai..tak siap lah kerja aku nih..
kepada adik2 usrah aku..selamat bercuti!
MERDEKA!!
SALAM SATU MALAYSIA..haha

~usrah sebenar bermula dari kita menutup majlis sehingga kita
bertemu semula dalam usrah seterusnya~

Tuesday, August 25, 2009

NOTA HATI SEORANG LELAKI


Hati seorang lelaki…
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki…
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pesti lurus perananmu sebagai LELAKI!

Lelaki.. sama ada seorang anak, ayah, suami mahupun seorang dai’e, mereka tetap seorang lelaki. Mereka mengasihi dan ingin dikasihi. Memberi bukan untuk menerima. Memimpin dan dipimpin.

Mereka adalah satu golongan yang mendapat peranan yang penting, memainkan peranan itu dan menjadi orang yang penting di dunia.


Jika mampu, jadilah pohon di bukit yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput tapi jadilah rumput yang paling hijau I muka bumi.


Huhu..buku ni memang satu buku yang sangat menarik!. Mampu menyentap hati lelaki yang membacanya. Mempunyai empat bahagian. Anak, suami, ayah, dan dai’e. anda akan merasa insaf dan sedar dengan pengorbanan ibubapa. Jerih payah mereka membesarkan kita tatkala membaca bahagian anak. Anda akan merasa bersemangat, tak keruan dan perasaan yang bercampur baur bila mana membaca bahagian suami. Anda juga akan menyedari hakikat tanggungjawab yang sebenar seorang ayah. Betapa berat tanggungjawab satu batang tubuh yang bernama ayah apabila membuka lembaran bahagian ayah dalam buku ini. Bettul nih!! Tak tipu..

Dai’e?? tak payah cerita lah..banyak input yang kita boleh garap daripada buku ni.
Tak percaya? Boleh baca sendiri. Kalau nak cari di kedai, kena pandai cari lah sebab buku ni memang sangat laku. Buktinya, semasa aku beli buku ni di student union building UTM, inilah cetakan yang terakhir..huhu..alhamdulillah.. semasa PMIUTM bukak gerai konvo baru-baru ni, buku ni jugak antara buku yang paling cepat habis. Malah..ada lagi pelanggan yang kecewa dek kerana kehabisan stok!!



Jadi, semoga gugusan kisah tarbiah seorang anak, suami, ayah dan dai’e ini dapat dijadikan iktibar dalam hidup.


Jangan menulis ‘diri’ sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang orang lain. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

Walau apapun, suka kiranya aku menegaskan perkara yang ditegaskan oleh penulis dalam buku ni..


~Carilah sesuatu yang “luar biasa” di sebalik buku yang
kelihatan biasa-biasa ini!~


Penulis : Pharol Mohd Juoi
Telaga Biru Sdn Bhd
272 muka surat
Semenanjung Malaysia : RM20.00

Thursday, August 20, 2009

PELUANG BAIK!!



salam..

Ramadan (Arabic: رمضان‎) (also written Ramazan, Ramzan, Ramadhan, Ramdan, Ramadaan) is an Islamic religious observance that takes place during the ninth month of the Islamic calendar; the month in which the Qur'an was revealed[Qur'an 2:185] to the Prophet Muhammad. In the western calendar, the dates of Ramadan vary, moving forward about ten days each year. It is the Islamic month of fasting, in which participating Muslims refrain from eating, drinking, sexual conduct, smoking, and indulging in anything that is in excess or ill-natured; from dawn until sunset [1] Fasting is meant to teach the Muslim patience, modesty and spirituality. Ramaān is a time to fast for the sake of Allah, and to offer more prayer than usual. Muslims also believed through good actions, they get rewarded twice as much as they normally can achieve. During Ramaān, Muslims ask forgiveness for past sins, pray for guidance and help in refraining from everyday evils, and try to purify themselves through self-restraint and good deeds.

SOURCE : WIKIPEDIA

Ramadhan datang lagi? aduuss!! jom gi makan puas-puas..pasni dah tak boleh makan siang dah..

aku nak siapkan suma kerja aku yang tertangguh sebelum puasa ni. sebab apa? sebab aku tak boleh buat masa puasa! tak boleh makan, badan lemah, produktiviti kurang!

aduhh..macam mana aku nak studi bulan puasa ni? mesti aku mengantuk nanti.. letih satu hal pulak.. lapar jangan cerita lah..

eh, satu ramadhan esok kita pi jusco jom!! aku nak beli baju raya!

aaarrrgghhhh!!!!!

apa ni? bila mana orang-orang terdahulu ternanti-nanti bulan mulia ini, mereka menyiapkan diri sebulan awal bahkan ada yang bersedia enam bulan awal untuk menghadapi bulan ramadhan bagi menjadikan ia ramadhan yang terbaik pernah mereka lalui.

namun sekarang?
apa sudah jadi? sehari sebelum ramadhan, semua saluran tv menyiarkan iklan-iklan hari raya. gedung-gedung membuat promosi hari raya..

tapi takpa..bagi yang tahu, teruskan beribadah! kalau sahabat boleh berperang masa puasa, napa kita tak boleh bekerja masa puasa pulak? paham tak?
bagi yang tak puasa? (tanpa sebab) ingat pesan atuk... malu lah wei!!

malas ar..busy.


~semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas namun tak
sebaik Ramadhan yang akan datang~

Monday, August 17, 2009

BALAI CERAP WALK DE TOUR

AHAD-16 OGOS 2009-IIC-KRP-BALAI CERAP

ISLAMIC INTELECTUAL CLUB TELAH MENGADAKAN SATU LAGI AKTIVITI MINGGU...

bertolah seawal 7.30 am, kami telah berjalan kaki ke balai cerap melalui ktdi. mungkin gambar agak kurang untuk dipertontonkan...tapi, keseronokan semasa aktiviti tidak akan dapat dilupakan..


antara aktiviti menarik yang dijalankan di atas balai cerap.



melihat kehebatan ahli-ahli baru iic yang dapat membina bangunan pencakar bumbung dalam keadaan tidak sempurna....



antara bangunan yang berjaya dibina.. projek bernilai jutaan ringgit.!!




ini apa? jangan tanya..aku pun tak pasti. tapi ini juga adalah bangunan yang agak hebat di malaysia!!



ajk program juga tidak melepaskan peluang untuk membina bangunan mereka..inilah hasilnya..paling kukuh dan paling tinggi antara semua bangunan..

~semoga segala input yang para ajk cuba serapkan dapat diserap oleh semua peserta dan diaplikasikan sepenuhnya sepanjang bergerak kerja dengan iic selepas ini.~

Friday, August 14, 2009

MENGHAYATI BUDAYA ILMU

Faham Ilmu, amalan dan panduan

Dedikasi kepada mahasiswa baru sesi 2009/2010 dengan harapan agar menjadikan UTM sebagai pelabuhan ilmu untuk memulakan pelayaran ilmu menjadi pencinta ilmu dalam dunia ilmu”

Buku percuma yang diberikan kepada semua pelajar tahun satu yang baru sahaja mendafkar diri di UTM Skudai untuk sesi 09/10. Sebuah uku yang amat menarik untuk dibincangkan dengan lebih serius kerana ia membabitkan satu budaya yang amat penting dan semakin pudar ditelan arus modenisasi dan proses jahil pembaratan. Hakikatnya, jika anda ingin mencari diskusi mengenai buku ini, blog ini bukanlah tampat yang palIng sesuai untuk dijadikan rujukan kerana beberapa sebab yang saya sendiri berasa segan untuk menceritakannya…

Sebagai seorang mahasiswa yang berminda “kecil dan sederhana”, saya tidak dapat menafikan bahawa gaya bahasa yang Dato’ Zaini Ujang gunakan dalam buku ini agak tinggi dan memaksa saya untuk membaca perenggan-perenggan tertentu beberapa kali untuk mendapatkan dan memahami isi penting yang sang penulis ingin sampaikan. Jadi, sebagai hepotesis, saya dapat menganggap bahawa mahasiswa yang jarang membaca seperti saya akan mengalami masalah semasa membaca buku ini. Namun, buku ini amat menarik kerana dapat saya katakan bahawa setiap ayat dalam buku ini adalah isi “belaka” dan bukan sekadar “gorengan” sahaja.

..draduan ideal memiliki kemahiran berfikir, keupayaan berhujah, kesantaian berkomunikasi mengikut pelbagai dimensi dan perspektif, pencinta ilmu dan pemburu kebenaran, warga yang budiman, minda lestari, berbudaya tinggi, berperwatakan mulia dan mahir dalam pencarian ilmu..”

m/s : 68

SLOGAN

Satu persoalan yang timbul adalah sejauh mana seruan agung ini telah disahut oleh para mahasiswa dalam kehidupan mereka?. Adakah ia hanya sekadar satu slogan yang diwar-warkan kepada sesetengah pihak seperti Majlis Perwakilan Mahasiswa, HEP dan beberapa pemimpin-pemimpin persatuan yang sememangnya sudah dikenali sebagai pencinta ilmu?. Bagaimana pula dengan mahasiswa lain yang rutin harian mereka hanya sekadar kuliah, bonceng, Jusco, ponteng, dan tugasan?. Sejauh mana seruan ini sampai kepada mereka?. Adakah nak harapkan mereka membaca buku ni?. Hmm..mungkinkah..

Mungkinkah nanti akan diadakan satu ceramah mengenai budaya ilmu yang melibatkan semua mahasiswa-mahasiswi UTM?...hmm..sekadar ramalan awal..yang akan datang adalah golongan pencinta ilmu yang dah sedar sementara golongan sasar masih lagi berada di bilik masing-masing atau berada di arked-arked berdekatan bersama dengan pasangan mereka.

Walau apapun, selepas membaca buku ini, aku menjadi semakin gila dan tamak ilmu walaupun hanya sekejap. Terima kasih ayahanda kerana tak jemu-jemu berusaha menanam semangat cintakan ilmu di dalam diri kami…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code