Saturday, June 27, 2009

LULUS BI DALAM SPM?


Salam..
Selepas dikejutkan dengan isu PPSMI yang mendapat tentangan hebat daripada rakyat, sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan pembaharuan yang dikatakan tergopoh gapah oleh sesetengah pihak.
Isu bilangan maksimum subjek SPM = 10 dan sekarang kerajaan telah mencadangkan untuk mewajibkan lulus subjek bahasa inggeris untuk lulus dalam SPM. Pelik? Masa depan apa yang mereka harapkan sebenarnya. Terlalu banyak isu yang menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa.. Golongan yang diharapkan untuk menggantikan tampuk kepimpinan pada masa akan datang menjadi tidak keruan disebabkan oleh isu-isu yang kadang kala mereka sendiri tidak faham.

Ada yang menyokong dan ada yang membantah..

Bukan nak menghasut atau melobi sesiapa..




UMNO JOHOR SOKONG WAJIB LULUS INGGERIS DALAM SPM


“Bagaimanapun, sukatan pelajaran mata pelajaran itu perlu disusun semula terlebih dahulu manakala guru Bahasa Inggeris perlu dilengkapi kemahiran secukupnya”
"Dengan sukatan mata pelajaran yang tersusun kepada murid-murid selama 11 tahun sebelum menduduki peperiksaan SPM, saya yakin murid-murid dari kampung boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.”

"Sebaliknya, jika pembelajaran yang ada sekarang tidak disusun semula, saya tidak menolak kemungkinan pelajar dari kampung tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris,"

“selama ini, pengajaran Bahasa Inggeris kepada murid-murid lebih berbentuk bahasa perhubungan dan kurang menekankan soal tata bahasa dan perbendaharaan kata.”
"Jadi, tidak hairanlah jika murid-murid kita termasuk di luar bandar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik,".

“Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kami berpendirian bahawa pengajaran mata pelajaran tersebut lebih berkesan jika menggunakan bahasa ibunda.”


~ Datuk Abdul Ghani Othman~ Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri~



PM BARU, IDEA BARU

Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia apabila berlaku pertukaran Menteri, maka akan adalah pelbagai idea baru kononnya untuk penambahbaikan sesuatu dasar atau program kerajaan.

penulis menyokong hasrat baik tersebut kerana ianya untuk kebaikan dan kepentingan generasi akan datang. Walaubagaimana pun kita perlu mengkaji secara lebih mendalam akan kesan baik dan buruknya akan perlaksanaan dasar ini.
Matlamat sebenarnya ialah untuk menentukan pelajar-pelajar kita terutamanya yang berada di kawasan luar bandar tidak ketinggalandipinggirkan dalam penguasaan Bahasa Inggeris.


SEPATUTNYA MATAPELAJARAN AGAMA ISLAM JUGA WAJIB LULUS DALAM SPM


Saya secara peribadi juga membantah cadangan kerajaan tersebut.
Di tengah keadaan masyarakat yang kronik dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral, mata pelajaran agama lebih penting kerana ia dapat mengisi jiwa yang kosong dengan ilmu-ilmu kerohanian.

Sebenarnya tiada gunanya jika ramai pelajar yang mahir berbahasa Inggeris atau memperolehi kecemerlangan tetapi akhlak dan moral mereka amat rendah serta tandus ilmu-ilmu agama.

Bahasa Inggeris bukanlah tiket untuk mencapai kemajuan, negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan Jerman boleh maju dalam semua bidang tanpa mewajibkan pelajar-pelajar mereka lulus dalam bahasa Inggeris dan pencapaian mereka jauh lebih baik.


Sewajarnya pihak Kementerian Pelajaran menyelesaikan terlebih dahulu isu PPSMI yang ditentang oleh banyak pihak dan rakyat di negara ini sebelum mencadangkan pelbagai lagi dasar-dasar yang membebankan rakyat.
mewajibkan kelulusan bahasa Inggeris dalam SPM akan memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar terutama pelajar di luar bandar.

keciciran akan berlaku pada anak-anak melayu di luar bandar yang menjadi mangsa kepada dasar-dasar kerajaan yang sedia ada seperti PPSMI. Namun begitu,

ini bukan bermakna penentangan secara total atas usaha-usaha ini.
Bahasa Inggeris perlu diperkasakan dengan tidak meminggirkan bahasa ibunda. Di samping itu, pihak kerajaan sebenarnya perlu melihat tenaga-tenaga pengajar untuk memastikan mereka betul-betul mahir dalam Bahasa Inggeris.




TUN M SETUJU SYOR BAHASA INGGERIS WAJIB LULUS DALAM SPM


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran.
cadangan itu boleh memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar terbabit khususnya untuk bersaing dalam dunia pekerjaan dalam era globalisasi.

Bagaimanapun, beliau berharap kementerian terbabit akan mendapatkan pandangan daripada orang ramai khususnya ibu bapa terlebih dahulu sebelum melaksanakannya kerana ia menyentuh masa depan anak-anak mereka.

"Lagipun dengan menguasai pelbagai bahasa khususnya bahasa Inggeris ia memudahkan mereka untuk menyambung pelajaran di luar negara dan memperolehi pekerjaan yang baik"

"Saya berasa amat sedih (jika PPSMI tidak dilaksanakan) kerana ia menyebabkan rakyat Malaysia dan orang Melayu menjadi `bodoh' pada masa akan datang,"


~TUN M~



PEMUDA MINTA JANGAN GOPOH

Pemuda Umno berharap kerajaan tidak bersikap terburu-buru jika benar-benar mahu melaksanakan syarat Bahasa Inggeris diwajibkan lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


” kerajaan perlu lebih bersedia sebelum pelaksanaan itu termasuk dengan mengadakan guru-guru terlatih dan pendedahahan lebih masa kepada para pelajar kepada subjek tersebut.”


"Beberapa perkara perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum perlaksaannya kerana kita tidak mahu senario PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) di mana pelaksanaannya agak terburu-buru dan menimbulkan pelbagai masalah dari segi pelaksanaan, kesan kepada pelajar dan sebagainya.”

"Guru terlatih yang mencukupi untuk mengajar Bahasa Inggeris dengan lebih berkualiti boleh menjamin sebilangan besar pelajar yang lulus dalam Bahasa Inggeris itu dapat dilahirkan khususnya di luar bandar.”


"Selain itu, kita sarankan kerajaan mencari kaedah untuk meningkatkan pendedahan masa para pelajar kepada Bahasa Inggeris bukan hanya dari segi tata bahasa tetapi juga dari segi sastera dan sebagainya supaya pengalaman belajar Bahasa Inggerus itu lebih luas dan menyeluruh untuk lulus,"

“ untuk tujuan itu, Pemuda mencadangkan supaya guru yang telah bersara tetapi masih berkemampuan diambil semula mengajar di sekolah-sekolah bagi meningkatkan kualiti pengajaran.”

“ kerajaan juga boleh menjemput guru-guru dari luar negara untuk menjadi tenaga pengajar buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada guru-guru tempatan meningkatkan latihan mereka dalam BI.”


"Selain itu, kelayakan minima juga perlu dikenakan terhadap peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) supaya usaha meningkatkan kualiti BI tidak hanya terhenti di peringkat SPM."


~Khairy Jamaluddin~





SYARAT BI WAJIB SPM TIDAK ADIL


Adalah tidak adil untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai syarat untuk kelulusan SPM, terutama sekiranya ia dilakukan sebelum guru-guru bahasa Inggeris yang cukup dan terlatih disediakan.

Melaksanakannya secara tergesa-gesa tanpa rancangan tersusun akan mengorbankan nasib penuntut-penuntut dari kawasan termundur di desa dan bandar untuk lulus SPM dan untuk seterusnya mendapat pekerjaan sesuai.
Kami percaya bahawa pelajaran bahasa Inggeris adalah baik bahkan penting bagi penuntut-penuntut untuk masa depan mereka dan juga negara.

Bahkan kami berpendapat perlu juga diberi peluang serta kemudahan untuk penuntut-penuntut kita mempelajari bahasa-bahasa untama lain dalam dunia.
Akan tetapi kami tidak menyetujui dan menolak dasar mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sebagai cara untuk mempertingkat mutu bahasa Inggeris para penuntut.

Cara terbaik untuk menaikkan taraf bahasa Inggeris di kalangan para penuntut ialah dengan mengajar bahasa itu di sekolah-sekolah. Berkaitan isu bahasa Inggeris dengan SPM, kami ingin mencadangkan satu alternatif. Kelulusan bahasa Inggeris tidak harus dijadikan syarat bagi kelulusan SPM.

Pada masa sama perlu diadakan peluang baik serta kemudahan sempurna untuk semua penuntut mempelajari bahasa Inggeris.
Sebuah badan hendaklah ditubuhkan bagi menyelenggara peperiksaan serta pemberian sijil kelulusan bahasa Inggeris. Mereka yang mendapat sijil itu mencapai satu kelulusan tambahan bonus bagi mereka.

Peperiksaan SPM diteruskan.
Kelulusan dan penggeredan (grading) yang dicapai tidak akan tertakluk kepada atau terjejas oleh kelulusan dalam bahasa Inggeris itu. Tegasnya hendaklah diasingkan soal bahasa Inggeris itu daripada soal SPM. Lulus bahasa Inggeris bukanlah menjadi syarat bagi lulus SPM.

~Timbalan Presiden KEADILAN~


Apa yang kita dapat?

sokong?
>>Orang bandar sudah biasa berbahasa inggeris
>>takut rakyat Malaysia akan menjadi bodoh
>>mudah mencari pekerjaan
>>boleh bersaing dengan negara lain


bantah?
>>orang kampung tidak biasa berbahasa inggeris
>>ramai pelajar akan tercicir
>>tenaga pengajar tidak pakar
>>negara jepun dll tetap bolh maju tanpa bi
>>bahasa ibunda akan rosak


apa kata anda?
>>selesaikan dulu masalah PPSMI

>>sediakan dulu tenaga pengajar yang pakar
>>hapuskan dulu jurang perbezaan akademik bandar dan luar bandar

>>hapuskan pengaruh politik

malas nak hurai panjang2..setiap orang mempunyai pendapat masing2 dan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka. bagi aku, ada banyak lagi perkara yang belum selesai dan perlu di ambil perhatian serius...

wlm.

Monday, June 15, 2009

PENGAKUAN BERANI MATI!

http://missrxz.blogspot.com/2009/04/pengakuan-eksklusif-dari-kekasih-lama.html
http://harubiru75.blogspot.com/2009/04/pengakuan-berani-mati-nabil-raja-lawak.html


Sepetang di sebuah pejabat..
"isk.. macam apa syak aku tengok bah. sejak aku dengar pengakuan dia tuh, ndak suda aku minat dengan dia. apa..dia ingat dia tu bukan Islam ka? selamba jak bercakap begitu. malas suda aku tengok lawaknya. ndak suda aku minat dia."

Aik..napa pulak brader ni marah2? kesian NABIL...

Seorang artis yang sedang melonjak naik dengan graf yang sangat cerun. Lahir dari satu program realiti Astro "RAJA LAWAK". lawaknya seperti tidak pernah kering dan sering menjadi perhatian ramai termasuk member2 aku. mentang2 lah aku suka download video, ada kah patut diorang suruh aku download video Nabil..

Baru2 ni, dalam satu program yang aku sendiri tidak pasti anugerah apa..beliau mendapat banyak anugerah. seorang artis yang mendapat anugerah..tentulah akan merasa gembira kan..
ya!! gembira sehingga memeluk anak pompuan orang!.



bila ditanya..

"Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira.Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang."

Tapi Nabil masih bagus apabila meminta maaf akibat perbuatannya itu. Mungkin Nabil sedar yang perbuatan itu tidak boleh diterima oleh orang ramai. Siap mengaku nak jadikan Irma isteri lagi.~ayat ni aku kopi

"Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah. Selepas ini, saya tidak akan buat lagi, sehinggalah dia menjadi isteri saya."

Tambah “bagus” bila Nabil membuat pengakuan ikhlas pengakuan ikhlas memegang tangan dan bahu Irma Hasmie semasa berdating di shopping kompleks.~pun bukan ayat aku~

"Orang pernah cakap meluat tengok saya peluk Irma kat Shopping Complex tetapi saya tak pernah buat pun. Saya hanya pernah pegang tangan dan bahunya,"

Pendapat kami? Lu pikirlah sendiri. Apa pulak pendapat anda dengan pengakuan berani mati Nabil ini?

1) Dia dah mengaku salah..salah apa? salah tempat. jadi, len kali nak peluk kat mana?

2) tak mengaku peluk di shopping kompleks. hanya pegang tangan dan bahu. jadi, itu boleh?


Itu masalah Nabil..sekarang kita semua bagaimana?

bila Nabil peluk awek di luar lakonan, semua bising..

tapi, dalam lakonan macam mana?..best pulak. nangis-nangis lagi.





aku bukan nak kata tindakan Nabil tu betul pulak. dah memang semua salah.tapi bila perkara ni dah berlaku, baru lah semua heboh. takut-takut satu hari nanti dunia hiburan malaysia akan mewarisi aksi-aksi panas artis2 holi dan boli kayu(wood)...

dah lah..lu pikir lah ramai-ramai.

~semoga kita mendapat manfaat..jangan pulak contohi!!~

Saturday, June 13, 2009

ONCE UPON A TIME

Sebuah kisah yang aku terjumpa dalam laptop aku...
pengajaran yang menarik..


Adalah seorang ni , dia pergilah
bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang ia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba
dia terdengar satu bunyi. jeng!jeng!jeng!...bunyi
....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi,
dia pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar lar. Sebab dia dah lapar
sangat ni.


Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.
orang tu punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan
daripada dibaham dek harimau tadi.
dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di
depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri
dia pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba.
dia pun bergayut pada tali tu.
Tali tu pendek jer.
Jadi dia bergantungan di
tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.
Si
hamba ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri.
sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.
tengah dok berfikir camner nak selamat tetiba dengar
bunyi kocakkan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!...Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? ada 2 ekor buaya yg
kelaparan. Apalah
nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si
hamba Allah ni.
Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan
takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba
keluar seekor tikus putih dari lubang
celah-celah
perigi.
naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut.
sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.
Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....cam ner ni.

Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.
naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat
atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.
Cis,lagi satu . Macam mana aku nak buat ni....
habislah jadi mangsa buaya .
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek
harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah
makan dek buaya.
Macam mana nih...




Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak
selamatkan dirinya, tetiba
....
terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...bunyi lebah
bawa madu. Si hamba
Allah ni pun mengdongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke
dalam mulut si Hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak
terkata. Hamba Allah tu kata, "
Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya.Subhanallah sungguh sedap ni."
Kerana setitk madu si hamba Allah tu lupa pada
Harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya
di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu
adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adlah maut kita, ajal memang
sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg
menanti kita
di alam kubur nanti.

Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka
hayat kita kalau
pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau
panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan
juga malam yg
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali
tu.
Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba
itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja
madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat
nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah
memang
sentiasa ingat.


Tuesday, June 9, 2009

BELAJAR DARI DUA UMAR



KENYANGKAN PERUT RAKYAT

Kelemahan kita adalah kekurangan kita.

Kekurangan kita adalah kebergantungan kita.

Kita bergantung kepada bantuan Allah.

Kebergantungan selayaknya mengharuskan kita berdoa kepada Allah.

Dengan mengadu kepada Allah, kita telah mengadu kepada zat yang sebenarnya paling tulus menerima pengaduan.

Allah S.W.T telah berjanji akan mengabulkan doa hambanya.

-ms:40



Ada saatnya untuk mengakhiri ancaman mereka. Ada waktunya untuk memberikan pilihan kepada orang Yahudi: mahu masuk Islam atau meninggalkan Madinah. Saatnya itu tiba setelah perang Khandaq, ketika ancaman daripada kafir Quraisy sudah dapat diatasi.

Jika sikap Rasulullah terhadap bukan Islam seperti itu, bagaimana sikap kita terhadap gerakan Islam yang hanya berbeza kaedah, cara dan strategi dakwah? Tentu harus lebih berkompromi, bersahabat dan memahami perbezaan tanpa meninggalkan jati diri sebenarnya. Apa lagi kalau tujuannya sama. Tidak ada alas an bagi kaum muslimin untuk berpecah. Yang diperlukan saat ini adalah untuk sama-sama membangunkan semangat untuk menumbangkan musuh yang sebenarnya. Bukan bertikai sesame sendiri, seperti yang disindir Rasulullah S.A.W dalam ungkapannya, “ternyata rancangan jahat mereka tidak sebesar rancangan jahat kamu terhadap diri kamu sendiri. Kamu ingin memerangi saudara dan anak kamu sendiri.”

Ms:44



Terjun ke kancah politik untuk memperjuangkan Islam di parlimen, merupakan salah satu cara yang boleh ditempuh. Tentu sahaja tanpa melalaikan agenda dakwah yang sebenarnya. Kemenangan pilihanraya umum perlu dijadikan sasaran tetapi tentu sahaja ia bukan tujuan. Ia sekadar sarana, bukan cita-cita. Musuh-musuh politik bukanlah lawan yang harus dihapuskan, tetapi musuh yang mesti dijinakkan. Namun jika saatnya tepat, sekecil apapun kemungkaran, harus dimusnahkan. Tidak boleh ada sedikit kesesatan pun yang merosakkan hokum Allah di muka bumi ini.

Ms:58



Beginilah keadaan bangsa kita. Para penegak hukumnya tidak bermoral, aturan yang kita gunakan pun sangat korup lantaran jauh daripada landasan hukum, moral dan agama – harus bergandingan. Tidak ada aturan tanpa hukum, tidak ada hukum tanpa morality, dan tidak ada moraliti tanpa agama sebagai sumber pertama dan utama daripada nilai-nilai moral dan etika.

Ms:63



Amat bertolak ke belakang dengan apa yang dilakukan sebahagian mereka yang mengaku aktivis Islam pada ketika ini. Segelintir wang dan sedikit kekuasaan cukup membuat mereka tutup mulut terhadap kezaliman yang mereka ketahui. Kereta mewah dan rumah besar cukup membungkam mulut mereka. Kata ishlah menjadi perisai pelindung dalang kezaliman.

Ms:68



Kalaupun ada diantara orang-orang kaya mahu berkongsi, dia hanya mahu memberikan ikan, bukan kail. Dia berbangga kalau kehidupan seseorang bergantung kepada pemberiannya. Tidak mengapa ribuan orang memakan ikannya, tapi jangan seorang pun mendapatkan kailnya.

Di sudut lain, terlalu banyak orang yang puas dengan pemberian.terlalu banyak orang yang merasa cukup hanya dengan menerima. Terlalu banyak orang yang mahu diberi gaji, bukan menggaji. Konsep pendidikan kita hanya melahirkan mental-mental pencari, bukan pembuka peluang pekerjaan. Sekolah-sekolah yang berada dalam tanggungan Negara, sebahagian besar melahirkan siswa yang dipersiapkan untuk menjadi pegawai kerajaan, bukan sebagai pengelola.

Ms:102



“Carilah ilmu pengetahuan. Sebab,

Mempelajarinya kerana takut kepada Allah merupakan ibadah,

Mempelajarinya bererti tasbih,

Membahasnya jihad,

Mengajarkannya sedekah dan

Mencurahkannya kepada ahlinya merupakan pengorbanan.

Ilmu adalah teman ketika bersendirian,

Dalil agama dan penolong ketika suka dan duka.

Ia sahabat karib ketika sepi,

Teman yang paling baik dan paling dekat serta merupakan cahaya jalan menuju syurga.

Dengannya Allah mengangkat martabat umat,

Lalu dijadikan-Nya mereka pemimpin dalam perkara kebaikan.”

-Mu’adz bin Jabal-ms:115



Sekarang peluang terbuka. Pertanyaannya, sediakah kita bersaing? Sediakah kita mengalahkan lawan? Pertempuran yang kita hadapi sekarang bukan hanya menghadapi cacian, makian dan penghinaan seperti yang dialami Rasulullah s.a.w ketika di mekah.

Kita sedang berdiri di ‘Madinah’!

Di depan kita terbentang medan Badar.

Di depan sana ada bukit Uhud.

Pasukan Ahzab telah mengepung kita dari segenap penjuru, sedia melancarkan serbuan.

Kita berhadapan bukan dengan orang-orang seperti kafir Quraisy yang tidak rela kekuasaannya direbut. Di kalangan kita menyusup keturunan Abdullah bin Ubay, si munafik yang merasa disaingi. Di depan kita berdiri orang-orang Yahudi yang tidak pernah rela Islam tegak di muka bumi. Kini, sebahagian kita berada di medan Badar. Watak seperti Utbah bin Rabiah tidak hanya akan memberikan tawaran menggiurkan. Dia akan datang bersama-sama saudaranya, syaibah bin Utbah dan puteranya Walid bin Utbah. Tugas kita adalah menyediakan seorang Ali bin Abi Talib untuk melawan Walid bin Utbah. Menyediakan Hamzah bin Abdul Mutalib untuk membunuh syaibah bin Rabiah. Menyediakan Ubaidah bin Harits untuk menerima tentangan Utbah bin Rabiah.

Kini, sebahagian kita berada di medan uhud.

Di seberang sana pasukan lawan sudah menunggu. Tugas kita adalah mengadakan strategi. Menyediakan pasukan pemanah untuk berjaga-jaga, bagaimana pun keadaan perang. Di antara kita harus ada Abu Dujanah yang sedia memenuhi hak pedang Rasulullah s.a.w. Perang benar-benar sudah di depan mata. Hanya menghitung hari sahaja.

Memang, jika tiba saatnya kemenangan pasti datang. Tapi bukan tugas kita untuk menunggu. Kekuasaan itu harus direbut. Kemenangan itu harus disambut.sekarang saatnya!.

Ms:124-125



sebuah buku yang memetik beberapa peristiwa pada zaman Rasulullah, sahabat dan sebagainya. mengandungi ulasan dan menceritakan hikmah dan pengajaran daripada peristiwa tersebut.


~semoga buku ini dapat memberikan kita sedikit sebanyak contoh yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan sebagai seorang dai'e~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code