Wednesday, November 19, 2014

Jatuh bebas


Sekejap aku pandang jam. Sekejap aku klik next semasa Mike Shinoda menjerit-jerit di corong speaker utnuk mencari lagu Iwan Fals. Sekejap aku refresh desktop. Beberapa meter di hadapan aku dan dipisahkan oleh dua dinding, steam turbine tidak beroperasi seperti biasa. Bosan tapi banyak kerja. Boss suruh hantar laporan shutdown tahunan yang setebal thesis secepat mungkin. Dan pada masa yang sama dia asyik tanya bila mahu ambil cuti tahunan yang berlonggok. Puii.

Tiba-tiba brader technician yang dari tadi duduk di belakang aku tertawa kecil ketika aku sampai kepada laporan meng-konkrit lantai untuk Klinker Bin. Serentak ingatan kami mengimbau kejadian ngeri tempoh hari.

Hari sudah gelap. Aku dan brader technician berdiri dalam keadaan bingung di conveyor yang membawa bahan bakar ke dalam boiler. Ada masalah rantai kata mandore. Sepana hidup yang lebih panjang dan berat dari lengan aku diletak tepi. Ini lah masalahnya kalau orang yang sepatutnya bagi arahan cuba-cuba buat kerja sendiri. Tiba-tiba kaki aku tersadung scrapper bar yang berat lebih kurang lima kilo lalu ia jatuh menjunam ke bawah. Kami terlopong beberapa saat. Scrapper bar menjunam beberapa saat. Tinggi kot!.

Bamm!! Scrapper bar jatuh menegak menghempas lantai konkrit yang baru siap diratakan. Kemudian beberapa orang kontraktor mendongak ke atas sambil menggeleng kepala.

“Seram gilak owh time jatuh tu. Aku berhenti bernafas woo.” Brader technician cuba mengenang kisah lama.
“Kalau kena kepala…” Aku menambah suspen.
“Yang buat takut tu, dia jatuh menjunam bah. Bukan berpusing!.” Cerita kami semakin suspen.
“Aku tanya kau.” Aku tiba-tiba menjadi serius.
Brader technician hanya menunggu soalan keluar dari mulut aku yang biasanya soalan yang menarik.

“Kalau lah… kalau hujung scrapper bar yang mencecah lantai tu tajam dan sangat bahaya. Macam mana kau mahu buat supaya dia berpusing dan pastikan hujung yang satu lagi mencecah lantai apabila jatuh? Mana lah tahu kan kalau hujung yang satu lagi tu kalau kena kepala orang, dia nda mati.”

“kita pasang pom-pom atau bulu ayam atau tali dengan banyak yang macam orang pasang di flying feather.” Brader technician menjawab dengan pantas seperti biasa.
“Hmmm… ada kemungkinan ia tidak berkesan.” Kata aku sambil mengurut dagu.

“Begini…” Kata aku tanpa memberi dia peluang kedua untuk menjawab. “Sebenarnya ada banyak pilihan tapi aku lebih suka dua pilihan ni.” Sambung aku lagi. Brader technician mendengar dengan tekun. “Sama ada kau sapu hujung yang satu lagi tu dengan kaya atau dengan peanut butter! Kah kah kah.”

“Puii! Itu apa itu?!! Kah kah kah.” Kami ketawa berdekah dekah.
Kemudian brader technician memberi jawapan kedua tanpa diminta. “Baik kita ikat belakang kucing di situ! Kah kah kah.”

Tawa kami berlarutan beberapa saat.
Haaa… agak lama juga aku tidak merasa keterujaan begini semasa bekerja. Mungkin kerana terlalu lama berada di tempat yang sama. Apa pun, hari ini aku mendapat perbincangan yang lebih tinggi nilai ilmiahnya dari hari-hari biasa. Orang lain kalau dengar perbualan kami belum tentu dia boleh faham dan ketawa sama-sama.

...

Tuesday, November 11, 2014

Cinta Sang Ratu


Kesinambungan dari siri pertama novel Bagaikan Puteri, Haryani dan Saifuddin terpisah dengan jarak yang sangat jauh. Zaman sekarang dan masa lalu pada penghujung abad ke-15. Dalam kesedihan merindui pahlawan yang sudah lama pergi, Haryani cuba meneruskan hidupnya walaupun perit.

Berbeza pula dengan Saifuddin. Dia meneruskan perjuangan menentang Taghut yang tiada penghujungnya. Tatkala dia mempertahankan Tanah Rencong yang diserang oleh pengamal sihir pimpinan Sang Ratu, ada hikmah yang bakal terungkai di antara dua makhluk yang bernama insan ini. “Sebagai manusia.. aku sayang padamu..” Whoa!

Tajuk: Cinta Sang Ratu
Tebal: 554 mukasurat
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Buku Lain: Bagaikan Puteri
Harga: RM22.90
Kedai: Gua pinjam sajaaaa...
Penerbit: Alaf 21
...

Friday, November 7, 2014

Seni Makan


Di suatu petang yang hening. Angin bertiup seperti mahu tidak mahu sahaja. Kalau ada pun berhawa panas. Di dalam sebuah rumah taman, sekumpulan wanita sedang mengadakan jamuan bekas makanan atau dalam bahasa inggerisnya tupperware party. Untuk menurunkan suhu bilik, mereka dihidangkan sepinggan kek keju 1 kilo buatan sendiri.

"Eh, sedap pulak kek ni. Dia macam ada rasa vanilla sikit." Kak Timah masih lagi orang yang paling banyak bercakap walaupun dia bukan tuan rumah kali ini.
"Iya lah kak. Limah, apa yang kawu letak dalam kek ni? Macam vanilla tapi macam bukan la pulak." Kak Tipah turut menunjukkan minat.
"ooo... Saya letak air perahan pandan ja tu sikit." Kak Limah menjawab ringkas.
"Dalam air bancuhan uli tepung?"
"Haah laaa.." Suara Kak Limah meninggi dari dapur sambil membancuh teh O Boh.

"Hmmm... Dia punya textureeee kak Limaaaah oiii... Punya lah lembut. Serbuk penaik soda bikarbonat air telur tepung segala macam kau sukat dalam makmal ke ni?" Kak Tipah membuka Tajuk baru sambil menghayun-hayun sudu kecilnya.

Jalak, seekor kucing coklat muda kacukan kucing siam dengan kucing kampung jiran sebelah hanya berbaring tenang di kaki lima sambil menjilat-jilat badan. Barangkali sambil berzikir juga. sesekali ia dikejutkan dengan hilai tawa puannya bersama rakan-rakan.

[Jeda]

Beberapa blok dari situ, Samad dan rakan serumah duduk bersila mengelilingi sebekas Tupperware yang berisi kek keju.

"Mana kau curi ni mad?" Mamat membuka soalan sambil meletakkan telefonnya ke tepi. Mesej awek tangguh-tangguhkan.
"Limah bagi" Samad menjawab ringkas.
"Peeeeeeeh! kui kui.." Mamat, Sudi', Ramli, Boi dan Poi mengusik serentak.

Tiga saat kemudian,
"Oooomnomnomnom..."
"Omnomnom... uhuk! uhuk! omnomnom.."
"Gulp gulp.. Ooooomnomnomnomnom..."
"Potongan last!" Kata Poi sambil mengangkat penggenggam paras dada.
"Itu bidadari aaaku yang punya." Dengan pantas Boi menyambar cebisan kek yang terakhir. Dia memang pantas. Betus-betul pantas.
...

Manusia diciptakan berbeza. Dan itu adalah rahmat.
..

Wednesday, November 5, 2014

Bagaikan Puteri


Dua jasad. Dua zaman. Tragedi yang berlaku pasti ada hikmah yang diatur oleh sang pencipta. Seorang gadis abad ke-21 ditakdirkan bertemu dengan seorang laksamana pada abad ke-15 melalui kejadian yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Ini cerita epik thriller. Ini cerita sejarah yang tidak disampaikan kepada kita. Sejarah seorang pahlawan yang berjuang menentang kejahatan alam nyata dan alam ghaib. Namun dia juga seorang lelaki biasa yang punya perasaan. Cuma bezanya iman yang kukuh menjadi benteng untuknya terus istiqamah dalam perjuangan walau diuji dengan penyakit hati paling bahaya. Cinta fitrah. Whoa!

Tajuk: Bagaikan Puteri
Tebal: 578 mukasurat
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM22.90
Kedai: Gua pinjam sajaaaa...
Penerbit: Alaf 21
...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code