Sunday, June 26, 2011

Tiga Kali Seminggu

“Ustaz, haramkah kalau saya memeluk-meluk bantal dan mengandaikan ia suami saya?”
Ustaz Agil semacam gamam sekejap. Serasa dada berdebur akan pecah. Belum pernah dia ditimpa soalan fiqah seperti ini.

Serius. Itu pandangan awal saya semasa membaca 15 cerita dalam buku ini. FT semacam ingin menulis sebuah buku yang mencurahkan idea beliau mengenai bab-bab semasa yang berlaku di dalam dan luar negara termasuklah bab pentadbiran dan perjuangan hari ini.

Ditulis dalam bentuk cerita, 15 buah cerpen (panjang) dibina dalam bentuk naratif dan dialog yang pasti mencabar minda pembaca.

“termasuklah globalisasi seperti Fitna ini. Lihat sahaja karyawan di Negaraku Malaysia, tiada seorang pun berasa terpanggil untuk menjawab Fitna. Mereka mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab. Masih merakam haru-biru mat rempit dan bohsia, selain menayang cinta murahan.” ~Antiplot

Beberapa buah cerita yang dimuatkan dalam buku ini merupakan satu teguran terus kepada pihak yang berkaitan termasuklah penerbit flem, pelaku politik, pendakwah dan sebagainya.

“aku mengambil keputusan meminjamnya. Aku ke kaunter pinjaman tetapi amat mendukacitakan, aku tidak dibenarkan meminjam kerana buku-buku pinjamanku sebelum ini telah melebihi had. Aku tidak mahu menghamun pekerja di kaunter pinjaman itu kerana dia tidak bersalah. Dia tidak menggubal undang-undang bodoh ini. ……………… kubatalkan hasrat itu, dengan azam untuk menambah ilmu, aku selamba mengoyakkan beberapa halaman penting yang diperlukan daripada buku-buku rujukan tersebut.”

“aku tidak mengharap untuk menerbitkan buku. Tapi aku perlukan kestiqamahan untuk menulis”
Kamsar, 26 Jun 2011, 8.03pm

Catatan:
1. Cerita ini serius
2. Banyak yang menyentuh realiti dan menjauhi cerita yang terlalu ideal.
3. Penulis memang seperti menulis buku falsafah. Cumanya dia buat dalam bentuk cerita seperti karya-karya sebelumnya.
4. Dia memang serius
5. Tidak semua pendapat dalam buku ini perlu dterima. Tapi amat menarik untuk dibincangkan bersama.

Tajuk: Tiga Kali Seminggu
Tebal: 198 mukasurat
Penulis: Dr. Faisal Tehrani
Harga: RM15.00
Kedai: PWTC: Pesta buku antarabangsa KL
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
.

Wednesday, June 22, 2011

Kembara Anak Muda 7: LAMPIRAN

Kembara Anak Muda 6: Lawatan terakhir
Kembara Anak Muda 5: Sebiru Warna laut atau Sebiru warna langit?
Kembara Anak Muda 4: Pondok + Rumput + Pantai = kehabisan tenaga
Kembara Anak Muda 3: Kaki gunung di bawah bayu
Kembara Anak Muda 2: KRIS + Kota Belud

Kembara Anak Muda 1: Semporna + Kunak + Tawau

awas! terlalu banyak gambar!
Makanan

Pulut; mula-mula, aku kami ingat benda ni adalah nasi lemak. Tapi dengan saiz yang terlalu kecil dan diletakkan bersama dengan kuih, rasa ingin tahu kami membuak-buak. Aku cuba buka sebungkus untuk tahu isi kandungannya. Rupa-rupanya ia adalah pulut dan kuah yang merah menyala itu mempunyai rasa yang manis. Aku pun habiskan dua. Tanpa disedari..
RM0.80/sebungkus

Nasi Goreng Lalap; seingat aku, nama ni sama dengan nasi yang ada di Tawau. Tapi kandungannya adalah sama.

Sotong Goreng; saja nak tunjuk walaupun ada di mana-mana

Nasi Chap Choi; nasi putih + sayur ada cendawan dll. Aku tak ingat.
RM5.00

Nasi Goreng Kerabu Ayam; seperti dalam gambar. Yang penting, setiap makanan yang dipesan di sini akan disertakan dengan sup walaupun tidak diminta. (kecuali roti canai la)
RM4.90

Jemput-jemput; itu nama di Tawau. Kalau di Kota Belud, namanya lain. Aku tak ingat.

Roti Canai Planta; yang berbeza, roti ini siap dipotong dan pelayan akan tanya kuah pilihan hati. Salah satu pilihan adalah susu!.

Teh Tarik; sejak boikot barang boikot, aku selalu pesan The Tarik kalau makan. Yang berbeza di sini, buih the ini sangat banyak. Masih belum tahu ramuannnya.

Panorama


Nabalu. Matahari baru nak naik. Gambar ni nampak teruk sebab tak tahu macam mana mau adjust cahaya tu.

Nabalu. Destinasi kami masih jauh.

Sabah Tea.

Sabah Tea

Kundasang

Kundasang

Tip of Borneo

Tip of Borneo

Tip of Borneo


Tumbuhan

Bunga tidak tahu nama. Jumpa di Kundasang War Memorial

Sama seperti di atas.

Bunga kertas. (bougainvillea kalau tak silap). Jumpa di rumah sahabat di Kota Belud. Di rumah aku pun banyak. haha

Jumpa dalam akurium di Muzium UMS

Sama seperti di atas. Satu masa nanti, anda akan jumpa benda macam ni di akurium ikan guppy aku.

Bunga tak tahu nama. Jumpa di kampung GONG

Bunga Raya warna putih. Sapa kata aku tak sayang negara aku?

Bunga Raya pink?

Bunga raya merah atau merun?

Bunga raya putih + merah sikit

Penutup

1. Kenangan ini tidak akan dilupa
2. Keranamu siri 2 bakal menyusul!
3. Dalam pengembaraan ni, memory card kamera yang besar lebih penting daripada duit untuk membeli belah. Ini bukan KL!
4. Aku mahu balik UTM! Huaaaa..

Kita tidak akan pernah terpisah selagi kita berjalan di landasan yang sama. That’s what a comrade is. I’m always by your side!.

Kembara Anak Muda 6: Lawatan terakhir


Bersama ikan sedap dimakan di muzium Ikan UMS

Muzium Sabah. Kereta untuk kanak-kanak ka ni?

Di Muzium sabah, ini ja yang aku mampu tunjukkan. Sebab di dalam tidak boleh ambil gambar

Antara barang yang dijual dalam rumah Panjang sebelah muzium Sabah

itu sahaja!
lepas tu tawaf pasar Filipin dan balik Ta Wow!

Kembara Anak Muda 5: Sebiru Warna laut atau Sebiru warna langit?


Awas! Ini bukan lukisan!
Laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Dua nama laut yang hakikatnya adalah laut yang satu. Di sinilah mereka bertemu.

Bila cikgu tanya apa warna kesukaan aku, aku akan jawab warna biru langit pada tengah hari yang sangat cerah!.
Macam dalam gambar?
Tidak. Langit sebenar jauh lebih cantik daripada gambar ni.

Aku tak tahu kenapa rumput ini menghadap pantai sedangkan angin laut adalah sebaliknya.

Namanya Fadzli Ismail. Titik. Aku tak berani tulis lebih-lebih. Hahahahaha…

Ada rezeki, aku akan beli DSLR dan lens yang cembung (tatau apa nama). Dan aku akan datang lagi ke sini.

Orang bilang, aku pandang jauh ke daratan tu. Sebenarnya aku pandang tembus melepasi tempat tu. Whoa!

Tempat ini terlalu tinggi untuk aku berani dekati. Tapi nak ambil gambar punya pasal..

Kami lelaki datang berempat. Jadi, setiap gambar kami yang paling ramai adalah 3 orang.
Tangga ini dihasilkan oleh pukulan ombak semasa air pasang.
Air VS batu

Muka bercahaya..
Ultra Violet memancar pada muka yang berminyak. Hahaha jangan marah.
Dari atas: Red Warrior, Kedah Sejahtera, USTAZ Syahir (bukan AF!)

Masuk kampung yang buat Gong.
Awas! Ini gong betul. Mereka guna besi bukan kayu!

Pada malam hari, kami makan KEK!
Tahniah kepada yang jadi. Hadiah ada tapi bukan secara zat. Kalau nak nama pada kek di ‘appear’ kan, sila bagitahu. Haha

Laporan versi skema

The Tip of Borneo atau Simpang Mengayau adalah satu tempat di Kudat Sabah yang terkenal dengan keindahannya dan juga tempat pertemuan laut Sulu dengan Laut Cina Selatan. Jika dirujuk dalam peta, ia berada di bahagian “telinga kiri” peta. Untuk pemandangan, gambar di atas sudah menceritakannya.

Kampung Sumangkap Kudat adalah sebuah kampung yang menghasilkan Kraf Gong dari pelbagai jenis dan saiz. Gong yang paling besar pernah dihasilkan adalah gong yang berada di padang seperti dalam gambar di atas. Ukurannya…lupa sudaaa..

Sunday, June 19, 2011

Kembara Anak Muda 4: Pondok + Rumput + Pantai = kehabisan tenaga


Awas! Kenderaan ini adalah bas awam di sini.
Menebar kedua tangan. Mendongak ke langit. Menarik nafas sedalamnya. Angin menampar muka dengan keras. Aku mampu terbang!
Menaikinya lebih seronok daripada menaiki bas bersuhu takat beku dari KK ke Tawau.

Seorang rakyat Kelantan berjiwa pondok
Walau dihantar ke hutan sekalipun, satu pondok baru pasti akan berdiri.

Awas! Jika anda melihat aku melakukan aksi ini, jangan datang dekat dengan logo dacing.
Takut-takut aku tak boleh bezakan anda dengan rumput yang aku bayangkan.
Postur merintis rumput ini memberikan kesan yang sangat hebat kepada belakang badan di bahagian atas.

Sebelum orang kata aku tengah buat satu ‘jutsu’ atau apa-apa yang khurafat,
Aku akan bagitahu bahawa di belakang aku adalah rumput yang baru dipotong sedang dibakar.

Bersama pelajar dan Mudir Pondok FiilDzilalil Quran
Masjid diorang pun ada penyaman udara. Kawu sangka cikai ka?. haha

Tiada bangunan tinggi yang menyekat mata untuk memandang jauh. Yang menyekat fikiran untuk berfikir terbuka. Dan yang menyekat hati untuk mengingati.

Berpeluh bersihkan pondok
Letih mandi laut
Semput main bola pantai

Tenaga yang berbaki dihabiskan dengan melompat!
Aku sudah bagitahu awal-awal, kami semua ingin terbang!

Awas! Ini bukan power rangers
Ini bukan Jetman
Ini bukan Kamen rider.
Walaupun mereka juga Hero..

Hajat untuk melihat SUNRISE di balik gunung Kinabalu tidak kesampaian.
Melepas geram dengan melihat SUNSET di Pantai Rampaian Laut.
Ps: di sebelah kiri adalah Gunung Kinabalu yang kelihatan sebesar anak kura-kura.

Empat tahun di UTM dan sibuk merancang program rehlah. Tapi langsung tidak pernah menyentuh kuda di sana.
Akhirnya aku dapat naik di sini. Kuda ini sangat ‘sporting’.

Laporan versi skema

Seorang guru yang berasal dari Kelantan bernama Saifuddin telah mengajar di Kota Belud sejak 1987. Dengan sebidang tanah 6 ekar, beliau dan rakan-rakan membina sebuah pondok. Menukarkan belukar menjadi pusat ilmu. Kini mereka sudah ada projek ikan dan kebun sayur sendiri untuk keperluan harian. Dewan makan, dewan serbaguna dan asrama sedang dalam perancangan dan memerlukan belanja sebanyak RM300,000.

Untuk maklumat lanjut dan sumbangan:
Blog: pondokkotabelud.blogspot.com
Email: pondokkotabelud@gmail.com
Bank Islam: 100-160-202-129-36
Sumbangan Material lain: website Tranungkite
Lain-lain: pernah dibuat tesis degree dan master dan pernah diseminarkan di KK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code