Tuesday, April 29, 2014

Kipas


“Kipas rumah aku ada masalah laa..” Aku cuba tukar topik perbualan di bengkel. Setiap hari cerita pasal kerja, rumahtangga, umpat, rumahtangga kerja bosan jugak.

“Masalah apa?” Cip utiliti bersuara. Tidak pasti sama ada dia berminat untuk tahu atau kerana kipas di perumahan adalah ruang lingkup kerjanya.

“Nda tau. Speed aku tala pi nombor lima. Tapi angin macam orang tua mengipas pakai batang penyapu.” Aku buat-buat muka enjinair keliru.

“Ganti jak cip. Pasang kipas baru. Senang” Fitter team C menyampuk.

“Agak-agak la barang nda rosak kau mau ganti. Huh!” Aku.

“Mungkin ada masalah bearing. Dia berat mahu pusing.” Fitter team X turut bersuara sambil tangannya merayap mencapai kotak rokok orang lain.

“Haha.. kalau bearing masalah, dia bising jo!” Aku.

“Errr.. mahu tukar kapasitor.” Cip utility kembali bersuara selepas beberapa minit terdiam mengerut kening.

“Kenapa?” Aku

“Sebab kapasitor ni yang kawal kelajuan” Cip utiliti.

“Aik? Cikgu aku ajar, kapasitor ni simpan cas!” Aku tidak puas hati.

“Iya la.. dan ia dipasang pada litar kipas untuk kawal kelajuan pusingan kipas. Makin besar kapasitinya, makin laju dia boleh pergi” Cip utiliti meneguk 3in1 yang setengah penuh.

“Aduu kaa.. kau kelentong sejja bah” Aku.

Semua terdiam mencari idea. Idea ada tapi tidak boleh jelaskan pun tidak guna.

[jeda]

“Arrr… apa kata..” Aku cuba memberi cadangan kepada diri sendiri.
Semua mata tertumpu kepada aku. Orang yang mereka harapkan dapat memberi jalan keluar dari penasaran ini.

“Apa kata kalau aku bersihkan bilah kipas tu? Sebab aku tengok sudah setengah inci atas dan setengah inci bawah dah tebal habuknya tu.” Aku.

“CILAKAK!!” Cip utiliti, Juruteknik, Fitter team A,C,D dan X, Foreman (Yang dari tadi termenung rupanya pasang telinga jugak).

“Kah kah kah kah kah” Aku.
....

Monday, April 28, 2014

Prequel Breakfast Blues; Monolog Seorang Lelaki


Aku picit ubat gigi yang hampir penyek untuk keluarkan isinya. Berkali-kali. Namun tak keluar. Tersumbat agaknya. Picit buat kali terakhir. Nyet! Terpancut dan masuk tepat ke dalam lubang hidung. Cheh! Heh. Aku ada alasan untuk cuti sakit hari ni. Ha ha!

Ini adalah prequel kepada novel Breakfast Blues (Aku belum pernah jumpa). Tapi tidak mengapa sebab cerita di dalamnya adalah kontot belaka. Tidak perlu kesinambungan. Hanya baca satu-persatu monolog abam Selamat Said dan anda akan tersenyum!.

Kata orang, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Lalu penulis buku ini menceritakan perkara yang berlaku terhadap dirinya walau seremeh manapun ia. Tapi bagi pembaca, ia adalah kejadian yang menghiburkan dan kadang-kadang pernah berlaku terhadap diri sendiri. Whoa!

Tajuk: Prequel Breakfast Blues; Monolog Seorang Lelaki
Tebal: 180 mukasurat
Penulis: Azzam Supardi
Harga: RM20.00 – 20.6%
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: Dubook Ceritera
Buku Lain: Monolog Seorang Lelaki
...

Saturday, April 26, 2014

Masa


Hujjatul Islam Imam Ghazali pernah berpesan kepada muridnya, benda yang paling jauh adalah masa lalu. Ia tidak akan kembali walau hanya satu saat yang baru sahaja berlalu.

Kipas syiling masih berputar laju. Tapi tidak mampu menghasilkan angin yang cukup untuk menyeimbangkan suhu yang agak panas dari luar. Itu tandanya ia perlu dibersihkan. Lain kali lah...

Bunyi hon lori penjual ikan basah memecah kesunyian. Memanggil ibu-ibu membeli ikan segar untuk santapan suami yang sedang bekerja dan anak-anak yang sedang bersekolah.

Kedengaran juga suara kanak-kanak kecil bermain di tepi rumah bawah pokok rendang. Ada yang bermain masak-masak. Ada yang bergaduh adik-beradik dan ada yang berkejaran mengelilingi kereta.

BB membuka mata perlahan. Menggeliat sedikit lalu mencapai telefon. Semua mesej di peti masuk dan wasap dibaca. Semua notification Facebook diperiksa. Lalu jam digital Diperiksa.

"Ahh.. belum tengah hari." Kata BB sambil memeluk erat bantal gemuknya. Selimut hanya diletak di kaki kerana ia sudah tidak releven dengan suhu sekarang. Aaahh... kasihan masa lalu dibiarkan pergi.

~Terima kasih Allah atas segala-galanya. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas tapi tidak sebaik tahun-tahun mendatang. Whoa! ...

Wednesday, April 16, 2014

Desaturasi Merah Jambu


Desaturasi/desaturation. Proses penepuan warna yang mengalami tindak balas kimia lalu merubah sifat daripada jelas ke pudar dan hitam gelap.

Ini buku perempuan. Ditulis oleh seorang perempuan, isteri, anak dan ibu yang aku tidak kenal. Dimuatkan dengan beberapa isi cerita yang bermakna kepada penulis bermula peranannya sebagai seorang anak perempuan yang aktif dan penuh tanda tanya sehingga menjadi seorang isteri dan ibu.

Sejujurnya, segan juga aku baca buku merah jambu-putih ini di hadapan orang. Jadi aku habiskan baca buku ini di dalam rumah bersendirian. Untuk cuba memahami isi hati salah seorang perempuan di dunia ini dalam bentuk tulisan walaupun kata orang, ilmu memahami prempuan ni lebih susah dari belajar terbang. Kata orang lah.

Tajuk: Desaturasi Merah Jambu
Tebal: 158 mukasurat
Penulis: Ladynoe Mohamed
Harga: RM20.00 – 15%
Kedai: Lorongbuku.com
Penerbit: Dubook Pink
...

Friday, April 11, 2014

Miracle in Cell No.7


Ini bukan cerita Hantu atau ET. Ini hanyalah sebuah cerita biasa dari Korea. Seorang ayah yang mengalami masalah mental (bukan gila) tapi jiwanya penuh dengan kasih sayang. Juga seorang anak perempuan yang comel dan bijak serta sangat penyayang terutama kepada bapanya.

Konflik bermula apabila bapa kepada budak perempuan tadi ditangkap polis atas tuduhan mencabul dan membunuh seorang kanak-kanak. Namun kasih sayang telah menemukan dua beranak ini di dalam penjara dan penonton dihiburkan dengan gelagat seorang kanak-kanak perempuan tinggal di dalam cell No.7 bersama lima orang banduan.

Dan sebelum lupa, ini adalah cerita sedih. Persediaan penting untuk menonton filem ini adalah tisu dan ruang privasi untuk bersendirian. Whoa!


P/S: Aku cadangkan pengarah filem Malaysia terbitkan cerita begini kalau betul-betul mahu memberi pengajaran kepada penonton. Bukan cerita gangster dan mat rempit yang bahkan menjadi ikutan. Contohnya, cerita tentang seorang ayah yang ditangkap polis kerana mencuri beras untuk diberikan kepada anaknya yang kelaparan.

Oh ya.. Lupa pulak. Filem Malaysia mana boleh ada watak Pemimpin negara dan polis jahat.


Friday, April 4, 2014

Ulangalik


Setelah beberapa minggu hujan turun pada waktu manusia menunaikan solat Jumaat, hari ini matahari kelihatan lebih terampil. Peluh menitis di badan orang kilang yang keluar untuk menunaikan solat Jumaat.

Aku sampai di tempat letak kereta khas pengurus kilang. Tempat aku meletak Jalak yang menumpang teduh di sebelah kereta pengurus. Bergaya walaupun kotor. Dengan jarak tiga langkah dari Jalak, aku tepuk dahi yang basah berpeluh. Kunci jalak tertinggal di Engineer Room. Ceh!. Kebetulan akak QA lalu di tempat kejadian dengan kereta tempatannya.

“Kawu mau tumpang?” Dia kerut kening kesan dari cuaca terik.
“Yes please! Panas ni mau naik atas ambil kunci” Aku kerut kening kesan dari cuaca terik.
“bah naik lah” Dia mempelawa.
“Tapi lepas aku bersiap, kawu hantar aku pi masjid ya” Aku cuba mengangkat kening yang berat.
“Owh. Harini Jumaat bah pulak.” Dia kata perlahan sambil menukar transmisi kereta ke gear satu dan berlalu pergi.
“Fuuuuu.” Angin panas menampar perlahan muka yang berpeluh.

Tanpa pilihan lain, aku bergegas masuk semula ke dalam kilang untuk mendapatkan kunci Jalak.
Di tengah jalan aku terserempak dengan abam Operation. Dia pun pulang untuk solat Jumaat. Naik kereta tempatannya yang ber-air-cond.
“Aku tumpang kawu weh! Kunci aku tinggal. Panas ni mau naik atas ambil kunci” aku membuat pusingan U dan jalan beriringan dengan dia.
“Boleh bah!”. Dia

[jeda]

Ketika kami menghampiri kereta tempatannya, dia bertanya “Macam mana kawu mau masuk rumah?”
Aku tepuk dahi lebih kuat dari yang sebelumnya. Dengan waktu sekarang nampaknya aku hanya sempat mandi sunat sahaja. Yang lain, lain kali.

Langkah besar menuju Engineer Room sekali lagi sambil mengimbau kisah seorang ibu yang berulang-alik di antara dua bukit untuk mencari air. Dia haus dan perlu minum. Tapi pada masa itu, dia mencari air untuk orang lain minum!. Siapa sudah namanya itu orang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code