Wednesday, October 30, 2013

Rokok nan Sebatang


Romi sudah bosan dengan hidupnya yang hanya berlingkar di sekitar tempat kerja, rumah sewa, kedai mamak dan kadang-kadang Tujuh Sebelas apabila kehabisan rokok.

Wan seorang lelaki misteri dengan kereta Volvo 1968 yang tidak pernah kehabisan duit bersungguh-sungguh mengajak Romi keluar dari kepompong hidupnya dan mengembara ke seluruh semenanjung dengan misi mencari makanan terenak di Malaysia.

Rudi seorang remaja Punk yang sudah bosan hidup di kampung bersama ibu bapanya kemudian turut serta bersama mereka.

Pakcik Azmi seorang guru sekolah pondok kemudian turut menumpang bersama untuk balik ke rumahnya.

Seorang gadis naïf bernama Bunga Ramona yang mengembara dari Ipoh ke Singapura untuk bertemu kekasih sibernya kemudian menjadi ahli pengembaraan mereka.

Kata penulis, novel ini tentang persahabatan, friendzone, percanggahan liberal-konservatif, anak muda dan bukti empirical banyak lagi makanan yang lebih sedap di Malaysia dari sekadar mamak dan tomyam sahaja.

Tapi bagi aku, penulis terlupa atau buat-buat lupa bercakap tentang pengkhianatan. Novel ini jelas mengajar pembaca tentang pengkhianatan dan membuat pembaca merasainya sendiri. Rasa macam aku mahu tumbuk muka si Nami kalau aku jumpa dia. Macam tu lah aku rasa semasa membaca mukasurat-mukasurat terakhir novel ini.

Spoiler alert. Sesiapa yang memiliki buku ini dan satu lagi buku best seller penulis iaitu ‘Awek Chuck Taylor’, aku nasihatkan untuk baca buku ‘Awek Chuck Taylor’ terlebih dahulu. Sebab buku ‘Rokok nan Sebatang’ ini mengandungi terlalu banyak spoiler ‘Awek Chuck Taylor’ didalamnya. Aku pun belum baca lagi ‘Awek Chuck Taylor’ dan aku tidak akan baca. Sebab sudah tahu jalan ceritanya.

Bahasa kesat. Bahasa yang digunakan dalam dialog novel ini agak kesat untuk dibaca oleh budak sekolah dan manusia berjiwa suci. Ceh. Tapi bagi aku, dari penggunaan bahasa itulah aku boleh Nampak bagaimana perkembangan hubungan sahabat-sahabat ini. Bermula dengan ‘saya awak’ di awal cerita, kemudian ‘aku kau’, kemudian ‘lu gua’ sehinggalah ‘woi haram jadah!’. Bermula dengan kejut bangun pagi dengan pujuk rayu, kemudian makian sehinggalah penggunaan kaki. Ini yang dilihat sebagai penigkatan tahap bromance khas untuk lelaki.

“Ya, inilah temple orang zaman sekarang. Pada zaman dahulu, bangunan terbesar ialah rumah ibadat. Di situlah tiap-tiap hujung minggu, warga berkumpul dan beribadat. Selepas menyembah Tuhan, mereka makan bersama-sama. Pada zaman sekarang, mereka bekerja lima hari seminggu, macam kau, mungkin enam, mungkin takde cuti yang tetap, atau mungkin tidak ada cuti langsung, tapi selepas itu, bila mereka ada waktu terluang, daripada hasil mereka bangun pagi, dan menghadap fail dan pelanggan, kilang dan bank, pejabat dan kedai, mereka dapat duit, mereka lakukan ritual-ritual penyembahan – beli dan bekerja. Beli dan bekerja.”
Aku baca sampai sini, aku rasa macam mahu berhenti kerja. Cara dan niat aku kerja kilang sekarang tidak sama dengan sebelum ini.

“Dude, friends don’t ask apologies lah weh. We just, do it. Kau tau tak? Poyo minta maaf ni sebenarnya. Dengan awek lu boleh la. Ni member. True friends will forgive his friends even without apology. True friends never judge. And true friends, will never regret for doing anything together among his friends. Keep this in your head, bro.”

Tajuk: Rokok nan Sebatang
Tebal: 280 mukasurat
Penulis: Nami Cob Nobbler
Harga: RM19.90
Kedai: LejenPress.com
Penerbit: Lejen Press
...

Tuesday, October 29, 2013

Bagaimana berhadapan dengan soalan

Mamat (bukan nama sebenar) bersiap-siap di dalam biliknya sejak sejam yang lalu. Dia ada temuduga yang sangat penting hari ini. Kerja kerajaan sebagai pegawai pentadbiran. Kemeja biru muda berkain licin disarungkan di tubuh dan dipadankan dengan tali leher warna biru tua. Seluar slack sudah siap diseterika semalam. Bucu bukan main tajam. Kasut kulit crocodile berkilat disarungkan ke kaki yang sudah dibungkus dengan stoking Pierre Cardin.

Hoi Mat! Ko mau pi mana? Bukan main hensemboi lagi?!” Pak Hasim menyapa keras.
Mamat hanya tersengih sambil menggosok-gosok bawah hidung dengan jari telunjuk.
Nak jumpa awek lettew!” Mak Mah menyambung.
Mamat hanya diam sambil melemparkan senyuman paling manis kepada jiran-jirannya sebelum menghidupkan enjin motosikal.

***

Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah atau Hamka pernah berkata dalam bukunya yang bertajuk ‘bohong di dunia’, salah satu dari bohong diam dan bohong samar adalah apabila seseorang hanya tersenyum ketika ditanya tentang sesuatu yang tidak benar tentangnya.

Jadi, adakah Mamat seorang penipu?. Naaa..

Ada beberapa cara orang berhadapan dengan soalan. Bagi yang berkeadaan normal dan ditanya dengan soalan normal, ia tidak menjadi masalah jika orang tersebut terus menjawabnya. Sebagai contoh, orang yang baru berkenalan biasanya akan bertanya nama, tempat tinggal, pelajaran, hobi, warna kegemaran, status dan sebagainya. Dan biasanya orang tidak kekok untuk menjawabnya. Tapi, berlainan pula dengan;

Peng-google
Ini adalah golongan yang saya tidak suka. Mula-mula mereka akan kemaskini status dalam Facebook tentang betapa bencinya mereka dengan bajet Negara 2014 yang jelas membebankan rakyat dan betapa pengukuhan pengurusan fiskal tidak selari dengan salah satu tema bajet itu sendiri iaitu melaksana janji.

Tapi apabila seseorang datang komen dan tanya apa itu fiskal?, dia suruh google. Ceh… kalau tidak tahu, cakap tidak tahu. Kalau semua soalan dijawab dengan “sila Google”, adik aku pun boleh jadi ahli politik.

Pe-rahsia
Kadang-kadang, ada soalan yang memang tidak perlu dijawab dan sangat perlu dirahsiakan. Seperti aib orang dan diri sendiri serta dalam hal yang melibatkan keselamatan, perancangan dan sebagainya. Untuk orang yang memahami, dengan hanya menjawab ‘maaf, ini adalah rahsia’ amat mudah. Tapi untuk orang yang tidak peduli dengan rahsia, kadang-kadang ada mangsa yang hanya menjawab ‘haaa… ada laaa..’ dan ada juga yang lebih selesa untuk mengalihkan tajuk perbincangan. Asalkan kita tidak tergolong dalam golongan yang seterusnya iaitu;

Penipu
Pasal tipu, tidak perlu penjelasan lanjut. Kalau dia bagi maklumat salah, dia menipu.
Hua hudah hon the way!’ kata Bidin sambil menggosok gigi dalam bilik air rumahnya.
Saya yakin dengan kecantikan semula jadi saya’ kata Milah sambil menyapu tepung Avon ke mukanya.
Eh, tak lah! Saya tengah basuh kapal terbang ni ha!’ Kata Pak Mon malas-malas.
Sejak saya kurangkan gula dalam minuman, tenaga batin saya semakin meningkat’ Kata macai.

Hazar
Hazar atau tersembunyi atau berhati-hati sangat popular di kalangan orang yang ingin menjaga kerahsiaan tapi dalam masa yang sama mereka sedar bahawa menipu itu adalah berdosa.

Abu bakar pernah ditanya ketika sedang berhijrah secara rahsia dengan Rasulullah ke Madinah dengan soalan yang agak bahaya dengan misi mereka iaitu siapa orang yang bersama dengan beliau. Maka beliau menjawab orang yang bersamanya adalah penunjuk jalan. Poin penting dari jawapan beliau adalah beliau tidak menipu tentang siapa Rasulullah sebenarnya iaitu penunjuk jalan kebenaran dan juga menjawab soalan orang yang bertanya tadi. Mungkin dalam situasi ini, menjawab ‘maaf, ini adalah rahsia’ adalah tidak sesuai sama sekali. Wallahu alam.

Penyoal
Selalu orang marah dengan soalan yang dijawab dengan soalan. Tapi kadang-kadang saya suka menggunakan cara menjawab ini apabila teknik hazar tidak berkesan. Ada satu masa, ia selalu berlaku apabila saya bergaul dengan masyarakat yang suka bergurau dan ‘live their life to the fullest’. Mereka sering bertanya soalan yang bagi saya tidak patut ditanya dan agak mengaibkan seperti ‘kau minat awek kaunter tiket wayang tu ka, awek pelayan sedap corner?’. Biasanya soalan ini perlu dijawab dengan soalan.
‘Kau mahu aku jawab apa?’
‘Jawab soalan tadi la’
‘kau mahu aku jawab jujur ka, jawab menipu?’
‘Jawab jujur la’
‘kalau aku jawab menipu?’
‘Jawapan kau ya ka, tidak?’
‘Ya tapi aku tidak mahu bagitahu aku jujur atau tipu’
‘aik?’
‘Kalau aku jawab ya tapi aku sebenarnya menipu, maka jawapan aku tidak. So, we called it bluffing.’
‘Arrrr…’
‘Sekarang mungkin kau fikir aku tipu kau pasal aku menipu. Maka tadi aku jawab ya tapi jawapan aku tidak sebab aku menipu. Kemudian kau fikir aku menipu pasal itu lalu menjadikan jawapan aku ya. So we called it double bluffing.’
‘Haaaa?’
‘Tapi disebabkan kau ni pandai dan sudah menjangka aku akan goreng macam ini, kau dari awal lagi sudah reverse jawapan aku tadi. Maka jawapan asal aku ya dan kemudiannya menipu dan menjadi tidak itu lalu kau tahu bahawa aku akan menipu kemudian jawapan aku menjadi ya. Tapi atas kebijaksanaan kau, kau tahu bahawa aku tahu kemungkinan yang kau akan tahu tentang penipuan aku tadi. Maka kau pun bluff-kan jawapan itu menjadi tidak. So we called it triple bluffing.’
‘Arrrgghhh… diam! Ungghh.. ungghhh… unggghhhh… diam lah kau!’

Penutup Dalam kehidupan seharian di dalam kilang, saya sering berdepan dengan pelbagai soalan. Kalau dalam mesyuarat, saya lebih suka berterus terang walaupun ia akan menyusahkan saya. Tapi kadang-kadang saya ber-hazar dengan bos untuk selamatkan diri. Dan kadang-kadang saya ditanya dengan soalan yang pelik dari rakan sekerja dan biasanya saya akan jawab ‘Gua tidak mahu jawab. Paduli kamu di sana! Kah kah kah. Yang penting adalah berani berdepan dengan soalan bukan macam artis yang lari dari soalan gosip dan menteri yang lari dari soalan rakyat. Whoa!
...

Thursday, October 24, 2013

Pantai yang dipanggil Highway

 

Angin bertiup lemah
Pokok berdiri gagah
Biar jasad rebah
Agama genggam megah.


Highway. Jika anda berada di Tawau Sabah dan ada orang ajak bertemu di Highway, jangan terkejut dengan nama tempat tersebut. Sabah memang tidak ada lebuh raya. I mean, just not yet. Tapi ada satu tempat di pinggir Bandar Tawau yang diberi gelaran Highway. Kenapa? Aku pun tidak tahu. Tempat ini menghadap pulau Sebatik yang dipisahkan oleh Laut Sulawesi.


Adik ini Berjaya menangkap ikan Pari dengan hanya menggunakan tali pancing tanpa joran. Abang-abang berjoran di sekeliling hanya mampu mengangkat ibu jari tanda kagum.


Hanya juru pancing faham perasaan orang yang Berjaya ‘menjinakkan’ ikan.


Dulu
Makhluk di laut, makhluk di darat dan makhluk di udara
Hidup bersama di atas muka bumi
Sehingga manusia rakus berkuasa
Disuruh mentadbir mereka merosak.
...

Tuesday, October 22, 2013

Paranormal


IDBW Investigations bukan sekadar sebuah agensi penyiasatan biasa. Ia diketuai oleh Norin, ahli sihir amatur, Jimmy Red Bull yang mahir dengan ilmu shaman puak Navajo dan mampu melihat animal totem setiap orang jika sedang ‘high’, Fairuz pakar sejarah paranormal dan bekas ahli gusti, Mahmud Warewolf yang tidak suka bergaduh, Suzana yang mempunyai sixth sense dan Nora yang obsess dengan kimia.

Cabaran mereka bermula selepas mereka Berjaya membunuh seekor el chupacabra dan kedatangan En. Hakim yang meminta bantuan mereka untuk melindungi anaknya yang berusia 3 tahun dari dibunuh oleh seorang pembunuh misteri. Tapi, cap jari yang diperolehi daripada pembunuh misteri tersebut adalah sama dengan cap jari anak En. Hakim yang masih kanak-kanak.

Baca novel ini, saya melekat. Dan kalaulah IDBW ini benar-benar wujud, saya ingin melawat mereka kerana setiap mereka mempunyai perwatakan yang sangat menarik.

Tajuk: Paranormal
Tebal: 285 mukasurat
Penulis: Hani Suraya
Harga: RM17.90
Kedai: Lejen Press
Penerbit: FIXI
...

Monday, October 21, 2013

Sengih Kerang


“Ada orang, bila kita diam, mereka bilang mereka betul.
Ada orang, bila kita berundur, mereka bilang kita pengecut.
Ada orang, bila kita mengalah, mereka bilang kita salah.
Persetankan apa yang mereka kata. Bersuaralah bila perlu. Biar mereka tahu.”

Sengih. Ada banyak jenis sengih di dunia ini. Ada jenis sinis, ada jenis perli, ada jenis senget dan ada jenis kerang. Antara benda terawal aku belajar semasa membaca buku ini adalah penulis iaitu saudara Aisa Linglung adalah seorang enginair. Dan kedua, sengih kerang ini mungkin, mungkin lah sejenis sengih yang lebar hampir ke telinga dan bibir dimuncungkan sedikit ke hadapan. Whoa!

Buku ini bagi aku adalah buku tentang perjalanan kehidupan. Melihat bagaimana enginair dan bakal enginair nenulis tentang hidupnya. Dan sudah pasti ia tidak begitu menyeronokkan tanpa fiksyen. Letak sedikit gula garam dalam cerita baru boleh sembang kencang bhai..

Enginair, buka kedai buku, tulis buku. Sama macam aku kalau aku ada buku tulisan sendiri dan sebuah kedai buku. Kalau lah.. oh ya, aku pun lejen bah.


Tajuk: Sengih Kerang
Tebal: 174 mukasurat
Penulis: Aisa Linglung
Harga: RM18.90
Kedai: Lejen Press
Penerbit: Lejen Press

Sunday, October 20, 2013

‘Tukang’ Hujung Minggu

“Put all this new furniture in BS4. Any old furniture that still can be use put it in his house.” Arah manager sambil menunjuk-nunjuk ke arah aku dengan sengih.

Aku hanya mengalihkan pandangan tanda tidak berminat. Longgok sampah dalam rumah aku buat apa?

[jeda]

Beberapa bulan berlalu, salah satu dari tiga bilik tidur tempat aku tinggal menjadi stor simpanan perabot yang tidak digunakan. Sehinggalah pihak pengurusan menetapkan seorang jurutera baru perlu tinggal serumah dengan aku.

Bilik tempat simpan perabot dibersihkan. Kerusi almari dikeluarkan dan disimpan di depan rumah.
Berminggu aku suruh utiliti ambil, mereka tidak buat. Sehinggalah tiba satu hujung minggu aku bersendirian di rumah.

Tool box keluar dari tempat persembunyian. Drill dan gergaji dipinjam dari orang sebelah. Paku beli di kedai. Skru minta dengan kawan.

Pung pang pung pang!!

Benda ni

Bertukar menjadi benda ni

Untuk apa? Untuk ini

Lebihan kayu jadi benda ni.

Dan ini.

Kalau nanti mereka Tanya mana perabot hari tu, aku pun tak tahu mahu jawab apa. Kakaka.
...

Friday, October 18, 2013

Kechai


Hampir sama dengan buku-buku DuBook Press yang lain, buku ini adalah koleksi tulisan blog saudara Amirul Bozu yang tidak ada akaun Twitter dan suka makan KFC.

Tulisan dalam buku ini banyak mengulas pendapat beliau terutama mengenai persoalan politik dan masyarakat Melayu. Dan juga kebudayaan Punk. Dan juga KFC. Dan juga kisah kanak-kanak. Ha ha.

Rahsia keceriaan:
“Rahsianya adalah menyembunyikan duka ketika musibah, menyembunyikan penyakit ketika sakit, menyembunyikan sedekah ketika bersedekah.” Seloroh Amir ringkas tapi boleh tahan serius.

Budak zaman sekarang:
“Oh, biar la ke budak-budak tu. Depa mampu beli telefon canggih. Lagipun aku tak nak depa kisah dengan kehidupan realiti ni sekiranya kehidupan fantasi mereka itu lebih gembira. Mungkin di Facebook sekurang-kurangnya, depa dapat menjadi seseorang.” Ujar Firdaus sambil mengangkat kedua belah bahu.

Tajuk: Kechai
Tebal: 124 mukasurat
Penulis: Amirul Bozu
Harga: RM13.90
Kedai: Lejen Press
Penerbit: DuBook Ceritera
...

Wednesday, October 16, 2013

Pedagogi


Beberapa hari lepas, gua baca buku Dubook Press pasal Sekolah bukan penjara Universiti bukan kilang. Apa yang penjara apa yang kilang pun gua belum tahu. Masa gua baca surat terbuka penulis untuk kakak ‘listen.. listen.. listen’, gua belajar satu perkataan baru. Pedagogi. Ilmu tentang pembelajaran. Menurutnya, perkataan berulang yang diucapkan biasanya untuk kanak-kanak seperti ‘salam uncle.. salam uncle.. salam uncle..’, ‘mai sini.. mai sini.. mai sini..’, ‘jangan kacau.. jangan kacau.. jangan kacau’ dan lain-lain.

[jeda]

Gua pergi hospital. Ada temu janji tapi tidak ada kad temujanji. Gua tanya abang kaunter, dia suruh tanya kaunter tempat temujanji. Gua tanya akak kaunter tempat temujanji, dia suruh tanya bilik tempat temujanji. Gua ketuk pintu dan jumpa akak bilik tempat temujanji di hadapan pintu dekat dengan ramai orang sakit dan sihat menunggu.

Gua cerita masalah gua
Dia kata dia tidak ada kad kosong mahu tolong isi.
Gua Tanya macam mana mahu dapatkan.
Dia kata mintak dengan bilik sebelah sebab dia tidak ada kad kosong mahu tolong isi.
Gua ragu sebab bilik sebelah sudah ada pesakit.
Dia kata dia tidak ada kad kosong untuk tolong isi.
Gua Tanya tidak mengapakah kacau bilik yang sudah ada pesakit.
Dia kata dia tidak ada kad kosong untuk tolong isi.
Orang sakit dan orang sihat sudah jeling.
Gua kata mahu pergi bilik sebelah tapi takut kacau orang yang dirawat dan orang yang menunggu.
Dia kata dia tidak ada kad kosong untuk tolong isi sambil bertanya sama ada gua faham atau tidak.
Gua senyum.

[jeda]

Akak bilik tempat temujanji menggelupur sambil memegang leher.
Gua berjalan keluar sambil menggaru-garu brachio-radialis.
Dah lama tidak Lariat orang.
...

Friday, October 11, 2013

Ka+Wah


Abang ni pengalaman kerja dia banyak. Kebanyakannya di bengkel kereta. Kenangan pahit, manis, masam, seram beliau semasa kecil dia masih ingat dan lebih banyak dari aku.

Jadi, bersembang dengan dia melalui buku ini memang seronok hingga aku boleh ketawa berdekah-dekah sendirian di dalam rumah waktu tengah malam sebelum tidur.

Kadang-kadang teknik menulis cerita yang seringkas mungkin dan terus kepada cerita sebenar adalah lebih menarik berbanding dengan permulaan cerita yang melalut seperti angin sepoi-sepoi bahasa, kelihatan burung kelicap menari-nari di atas dahan pohon cemara.. apa-apaan ini?


“Takkan makwe pun tak boleh nak ‘makan’…” Getus hati gua.
“Ok, ready cepat. Ambil tempat!” Tiba-tiba Fuad mengarah.
Gua dan Aida tanggal selipar dan memasukkan selipar ke tangan. Kemudian, gua dan Aida ambil tempat untuk berlepas.
“Oyomat…!! Gesset…, Go…!!!” Jerit Fuad.
Serta merta gua lari selaju-lajunya. Sampai terpejam-pejam mata gua berlari. Laju sangat agaknya. Angina jadi deras. Garisan penamat makin hampir…

***

Gua pergi main pasir.

Tajuk: Ka+Wah
Tebal: 200 mukasurat
Penulis: Pipiyapong
Harga: RM30.00
Kedai: Lejen Press
Penerbit: Sindiket Sol-Jah
...

Wednesday, October 9, 2013

Monolog Seorang Lelaki


Lelaki kalau diberi peluang untuk bersendirian, sia akan memilih untuk berdiam diri. Kalau buat kerja dia akan buat dengan tangan bukan mulut. Tapi lelaki juga suka bercakap sendirian di dalam hati. Apabila duduk sendirian, dia akan memerhatikan keadaan sekeliling dan membuat kesimpulan sendiri. Apabila sedang melakukan suatu kerja, dia akan bermesyuarat dengan diri sendiri di dalam hati. Lelaki.

Azzam Supardi, bekas kepala kor Agama Sindiket Sol-Jah (menurut abang naga) menulis buku ini yang bagi saya lebih islamik dari buku Dindiket Sol-Jah yang lain. Beliau bercerita tentang pengalaman hidup sebagai seorang anak, suami dan lelaki. Malah monolog beliau mampu diluahkan dalam bentuk tulisan dan dikongsi kepada orang lain.

Beza lelaki dengan perempuan:

Kakak ipar saya bertanya kepada abang saya ketika sedang mamandu, “Abang tak mengantuk? Tak lapar? Tak nak makan apa-apa untuk alas perut?”
Abang saya menggeleng kepala sambil tersenyum. Mungkin terharu kepada isterinya yang mengambil berat tentangnya.
…..
Abang saya bertanya kepada isterinya, “Kenapa senyap je ni? Tadi rancak je berbual? Ada yang tak senang hati?”
Kakak ipar saya terus sahaja berkata, “Kenapa abang tak berhenti dekat stesen minyak tadi? Saya lapar.. dapat beli roti je pun dah cukup.”
Abang saya pula berkata, “Laaa.. kenapa tak cakap tadi?”
Kakak ipar menjawab kembali, “Faham-faham la masa saya Tanya abang tadi…”

Beza lelaki muda dengan lelai tidak muda:

Jawapan tunjuk arah oleh lelaki yang telah berusia:
“Ooo… tau. Ni jalan terus. Depan tu ada simpang kiri. Jangan masuk simpang tu… nanti kamu sesat dalam kubur. Kubur arwah pertama kampong ni si situlah. Banyak jasa dia, macam buat jambatan, parit, tali air dan macam-macam lagilah. Ingat, jangan masuk simpang tu, lepas tu kamu terus lagi nanti kamu nampak kebun sayur sebelah kanan. Kebun syur tu ada seorang janda yang punya. Keya janda tu… satu hari dia jual sayur-sayur yang dia tanam tu berates-ratus ringgit untung. Tu yang dia buat rumah besar sebelah belakang kebun tu. Lepas kamu Nampak kebun sayur sebelah kanan tu, kamu terus lagi. Ha… nanti kamu jumpa kedai jajan sebelah kanan. Kedai tu anak lelaki saya punya. Nak kahwin dah lepas raya haji nanti. Bakal isteri kat Johor Bharu. Kerja doktor. Harit u masa tunangkan anak, saya pergi rumah keluarga dia kat Kulai, saya pitam sebab jalan jauh, dialah yang mengubat saya. Alhamdulillah… sihat sampai sekarang. Lepas Nampak kedai jajan tu pulak, kamu terus sampailah jumpa simpang tiga. Yang kanan ke pecan, yang kiri ke pantai. Kamu masuk simpang yang kek kiri tu sikit, nanti kamu jumpa rumah sebelah kanan. Baik-baik sikit masuk ke rumah tu pasal kat situ kawasan kemalangan. Raya hari tu ada empat biji kereta accident. Nasib baik taka da yang mati masa tu. Ha… rumah itulah ianya.”

Jawapan tunjuk arah oleh lelaki yang agak muda:
“Tau rumah tu. Senang… abang terus jalan ni sampai hujung sana tu nanti jumpa simpang tiga. Masuk kiri sikit Nampak signboard 40 kilometer sejam ada rumah kat situ. Itulah rumahnya.”

Tajuk: Monolog Seorang Lelaki
Tebal: 88 mukasurat
Penulis: Azzam Supardi
Harga: RM20.00
Kedai: Gobok Buku
Penerbit: Sindiket Sol-Jah
...

Tuesday, October 8, 2013

Aurat


Tahun 1996 aku baru diajar solat fardhu. Bermula dengan gerakan solat pada waktu lepak-lepak petang dan hafalan pada sepanjang masa kecuali waktu bermain dan waktu tidur.

Tahun 1996 kampung aku belum ada bekalan air paip walaupun loji rawatan air Cinta Mata hanya beberapa kilometer dari kampung aku.

Tahun 1996 kami beradik bangun seawal empat pagi untuk mandi di perigi hampir setengah kilometer dari rumah. Bukan sebab waktu subuh air perigi banyak tapi untuk mengelak bertembung dengan budak lorong satu. Malu juga kalau budak lorong satu tahu perigi lorong tiga sudah kering.

Selesai mandi, kami bersiap pakai baju sekolah yang kemas sama ada sudah diseterika dengan seterika arang atau diletak bawah tilam semalaman. Sehingga masuk waktu subuh.

Biasanya waktu subuh kami solat sendiri-sendiri dan aku sebagai orang baru pun bentang sejadah menghadap kiblat. Allahuakbar…

Selesai baca surah ‘inna a’toina’, aku terus ruku dengan yakin. Tiba-tiba dahi aku berkerut dan bacaan ruku serta merta ditangguh. Aku bingung. Kulit tangan memegang kulit tempurung lutut.

Aku segera bangun dan berjalan laju masuk bilik. Ceh apa barang kerajaan bagi bantuan pakaian sekolah seluar pendek.
...

Thursday, October 3, 2013

Makan Dalam


Ada banyak cara untuk mengemukakan pendapat terhadap suatu isu. Ada yang memberi pendapat secara langsung di Facebook, ada yang memberi pendapat secara sarcasm di Facebook, ada yang menghurai pendapat di Blog malah ada yang memberi pendapat melalui buku.

Untuk suatu isu, adalah lebih menarik jika ia diulas, dikomen, dikritik dan diberi pendapat dengan telus dan tidak mengampu. Ini akan menjadikan perbincangan di kalangan pembaca menjadi lebih luas dan tidak jumud kepada satu pihak sahaja sama ada yang mengikut memvavi buta atau yang membangkang matai-mataian.

Buku ‘Makan Dalam’ adalah satu kumpulan penulisan oleh beberapa penulis dan membincangkan beberapa tajuk yang berbeza. Keseluruhan penulisan dalam buku ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan pembaca bebas untuk setuju dan tidak setuju. Apa yang penting, pembaca faham tentang isu yang disampaikan mampu membuat kesimpulan akhir sendiri dan tidak terikut-ikut dengan menulis ini. Mereka pun manusia juga. Cehh!.

Antara tajuk yang paling menjentik otak aku ialah ‘Oh Dunia Perfileman Malaysia, Oh’ oleh The other Khairul, ‘Perubatan dan Kepercayaan di Malaysia’ oleh Karl Naim dan ‘bagaimana Bergaduh dalam Islam’ oleh Hamka Kereta Mayat.

Kesimpulannya, Rakyat Malaysia yang merdeka bebas untuk memberikan pendapat sendiri tanpa ‘dicop’ sebagai pembangkang atau macai selagi pendapat yang diberikan itu adalah berasas. Sebagai permulaan, saya ingin mengomen kulit buku ini sebagai rekaan yang kurang sesuai untuk rakyat Malaysia yang sopan santun. Mungkin saja ada orang yang tidak jadi membeli buku ini hanya kerana rekaan kulit yang kurang molek. Secara jujurnya, saya sendiri pernah membatalkan niat untuk membeli senaskhah buku hanya kerana rekaan kulit buku yang tidak manis untuk melekat di salah satu buku milik saya.

Tajuk: Makan Dalam
Tebal: 164 mukasurat
Penulis: The Other Khairul, Karl Naim, Cik Srikandi, Hamka, Penulis Sahaja, Nizam Archibald & Alexia Aqram
Harga: RM20.00
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: Terfaktab Media
...

Wednesday, October 2, 2013

Panas Sejuk

 Kucing yang penuh dengan kekecewaan.

Manusia diciptakan mempunyai akal dan nafsu.
Akal boleh menaikkan manusia lebih mulia dari malaikat.
Nafsu boleh menghinakan manusia lebih rendah dari binatang.

Awal bulan seperti biasa kilang aku akan buat monthly shutdown. Kilang berhenti beroperasi tapi pekerja jadi lebih sibuk dari biasa. Dalam situasi begini,orang yang tahu mengenai psikologi akan segera faham bahawa ramai manusia atau pekerja akan cepat marah dan melenting kerana suasana kerja pada hari tersebut sangat letih, panas, kotor dan berhabuk.

Langit sudah gelap. Kepala sudah overpressure. Rasa macam mahu tumbuk muka orang. Bibir sudah setengah inci muncung hilangkan senyuman. Aku capai Safety helmet, capai buku nota, capai kunci motor. Kerja tidak siap, peduli apa. Tangan digenggam kuat-kuat. Mana tahu ada orang pasang muka depan aku.

Aku masuk bilik sekuriti untuk punch out. Siap ada orang tanya lagi 'mahu balik ciiip?'. Aku tidak layan. Pergh!.

Aku start motor, blow.. Masuk gear satu, aku blow.. preeenggg!!! depan pekerja lain. Pergh!. Kalau ada yang tidak puas hati, boleh aku ajak selesaikan cara jantan.

Baru masuk gear tiga, sudah sampai kantin. Aku brek mendadak. masuk kantin macam perompak. Kalau boleh semua barang dalam tu aku mahu pecahkan. 'Air kotak! air kotak mana?!' aku tidak puas hati. Apa barang minum kola. 'habis!'. Isk.. kantin apa ni? air kotak pun tidak ada.

Aku buka peti sejuk beku. Aku ambil aiskrim cup bentuk kon dengan gagah. Aku bawa pergi kaunter minta sudu dan tandatangan buku hutang. Aku meluncur dengan Honda Wave balik rumah. Sampai di rumah, buka pintu macam perompak. Baling safety helmet. Simpan buku nota, pen, liquid paper, scarf, pendrive dan jam tangan. kemudian aku keluar semula duduk atas pagar depan rumah. Aku buka penutup aiskrim cup berbentuk kon. Aku cedok dengan gagah. Masukkan ke dalam mulut macam naga. Hmmmmm.... Aku tutup mata, sandar di dinding.


~kalau Selepas istighfar masih marah, Ambil air wudhuk. kalau masih marah, Pergi berendam. brruuuppp...
...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code