Tuesday, November 30, 2010

Hidup berjemaah seperti burung


Rajah menunjukkan gambar sekumpulan burung yang sedang terbang dalam formasi “V”. Setakat ni saya belum lagi melihat sekumpulan burung yang terbang dalam keadaan berselerak seperti kelawar. Jadi, apa kaitan burung dengan manusia?. Untuk mendapatkan jawapan dalam entri ini, anda perlu terlebih dahulu mengakui bahawa manusia perlu hidup berjemaah (berkumpulan) dan tidak mampu hidup berseorangan. Jika tidak setuju, sila nyatakan dalam ruangan komen..


Rintangan udara.

Tahukah anda, libasan sayap burung yang berada di depan akan memberikan daya tujah untuk burung di belakangnya. Jarak penerbangan akan menjadi 71% lebih jauh dangan cara ini memandangkan rintangan udara yang dilanggar oleh burung akan berkurangan. (penjelasan paling mudah boleh rujuk dalam komik TWINX#2)

Ini membuktikan bahawa kerja dan tujuan yang sama antara manusia sebaiknya dilakukan bersama-sama. Kerana ada beberapa perkara yang dapat dikongsikan semasa kerja tersebut berlangsung. Contoh mudah, jika Ali ingin membancuh segelas Radix koko dan segelas teh halia kurang manis, dan Abu juga ingin membuat perkara yang sama, adalah lebih effisien jika Ali membancuh 2 gelas Radix koko dan Abu membancuh 2 gelas the halia kurang manis. Setuju?


Futur dan kembali

Jika salah satu burung terkeluar dari formasi tanpa sengaja, secara automatik ia akan merasa sukar untuk terbang. Dengan pantas burung itu akan masuk semula ke dalam formasi tersebut.

Gejala terkeluar dari kelompok adalah perkara biasa dalam kehidupan. Sama ada kerana bergaduh dengan kawan atau kerana masalah hati lain. Namun, bagi mereka yang sudah berada lama atau sudah terbiasa hidup dalam kelompok mereka, keluar adalah perkara yang sangat sukar. Segalanya perlu dilakukan sendiri. Dan yang paling penting adalah dia harus sedar bahawa kelompok tersebut tidak perlukan dia tapi dia yang memerlukan ‘teman’.


Ketua

Jika burung yang berada di posisi paling hadapan berasa letih, ia akan terbang memutar ke belakang formasi dan burung lain akan menggantikan tempatnya.

Tidak dinafikan, menjadi pemimpin untuk sekelompok manusia dengan suatu tujuan adalah amat meletihkan. Semua perkara perlu difikiran dan dia akan menjadi orang yang paling penting dan sibuk. Oleh itu, AGM/muktamar diperkenalkan untuk menggantikan pimpinan yang sedia ada dan memberi ruang untuk ahli lain memimpin kelompok tersebut.


Gambate!

Burung yang berada dalam kumpulan akan mengeluarkan bunyi yang riuh dari belakang untuk memberi semangat kepada burung yang memimpin supaya halaju penerbangan dapat dijaga.

Untuk yang belum tahu, pimpinan sebarang organisasi adalah manusia seperti anda!. Yang memiliki emosi dan perasaan. Ucapan yang positif dan membakar semangat amat perlu untuk merawat roh mereka yang letih.


“syahid”

Jika salah seekor burung terjatuh sama ada cedera atau ditembak jatuh, beberapa ekor burung yang lain akan turut keluar dari formasi untuk menemani burung yang terjatuh tadi. Sama ada menolongnya untuk terbang semula atau menemaninya sehingga ia mati. Kemudian, kumpulan kecil ini akan membentuk formasi baru untuk mengejar kelompok mereka yang berada di hadapan.

Dalam gerak kerja, kita tidak dapat lari dari sebarang masalah sama ada desakan ekonomi atau penyakit. Oleh itu, sahabat-sahabat yang lain tidak boleh meninggalkan mereka begitu sahaja. Sokongan amat diperlukan dalam saat yang genting seperti ini. Dan ada orang berkata, “Im always by your side!


Hidup jauh dari jemaah umpama memutuskan hubungan dengan hidup~ kamsar, 30 november 2010, 11.47pm

Catatan:
1. Im always by your side!
2. Idea asal entri ini diambil dari laman “apakabardunia”
3. Kadang kala, binatang lebih mahir menghargai sesuatu daripada manusia yang berakal.
4. Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia
5. Alam adalah ‘reservoir’ ilmu

Friday, November 26, 2010

Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang


Rijal Taghyir (Pemuda agen Pengubah) laksana hawariyun yang siap siaga menjawab “Kamilah tentera Allah” ketika ditanya siapa di kalangan kamu yang mahu bersama berjuang menegakkan agama Allah SWT.

[jeda]

Apa itu fikrah? Pentingkah ia untuk perjuangan?. Ada orang kata, matlamat kita sama tapi fikrah kita berbeza.

So what?

Mereka kata, kalau fikrah kita berbeza, method / manhaj kita juga akan berbeza.

[jeda]

Ustaz Nasarudin berkata, sehingga kini dia tidak merasakan bahawa dia adalah ‘orang politik’. Kerana perjuangan yang beliau bawa bukanlah perjuangan politik semata-mata melainkan ia adalah sebuah perjuangan yang jauh lebih besar. Sebuah jemaah yang ditubuhkan oleh sekelompok manusia yang sedar tentang perlunya sistem pemerintahan Islam dilaksanakan di tanah air. Tidak pernah berhenti walaupun mengalami episod hitam yang tidak sedikit. Itu kata beliau.

“akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher umat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui sepak terajang jahiliyyah (musuh).”
~Umar Al-Khattab

Membaca ucapan Umar, aku teringat kata-kata Hitler tentang kemampuannya membunuh semua Yahudi yang ada pada masa dia berkuasa. Tapi dia tinggalkan sebahagian Yahudi supaya generasi selepasnya tahu SIAPA YAHUDI sebenarnya.

Jadi, dalam menegakkan Islam di atas keruntuhan Jahiliyyah, ilmu menjadi salah satu syarat diantara semua prasyarat kemenangan. Mengenali musuh adalah umpama memenangi peperangan sebelum bermulanya peperangan. Itu kata Sun Tzu.


Kesimpulan

PAS bukan hanya sebuah parti politik seperti yang ‘orang biasa’ pandang. Tapi ia adalah suatu perkumpulan umat sedar yang tidak akan berhenti berusaha dalam menegakkan Islam di Malaysia. Salah satu medium yang digunakan adalah politik sehingga terdaftarlah PAS sebagai sebuah parti politik.

~kami bukan pembangkang. Kami adalah pencadang!~ kamsar, 27 november 2010, 12.28am

Catatan:
1) Politik hanyalah salah satu method dalam banyak-banyak method yang digunakan
2) Rijal ada peranan penting di sepanjang jalan ini
3) Fikrah yang jelas membezakan di antara penyokong dan pendokong
4) Buku ini cukup ringkas dan padat

Tajuk: Bingkisan Fikrah untuk Pejuang
Tebal: 75 mukasurat
Penulis: Ustaz Nasarudin Hj. Hassan At-Tantawi
Harga: RM15.00
Kedai: Beli dari kawan
Penerbit: Akademi Ar Rasyidin

Tuesday, November 23, 2010

Memoir Anak Setinggan

Sekali pandang buku ni dalam internet, (baca: Portal PTS) terus tergerak hati untuk beli. Bukan kerana memoir. Dan bukan kerana kulit buku ini keanak-anakan. Saya sangat tertarik dengan perkataan setinggan.

Bagi yang belum mengetahui apa itu setinggan, anda boleh lah mencari maklumat dulu.
Apa yang menarik di buku ini adalah cerita yang disampaikan amat menarik. Bermula dari berbaris menunggu giliran menggunakan tandas sehinggalah pengembaraan mereka mencari labah-labah untuk dilagakan.

Cara penyampaian penulis juga amat menarik dan mudah difahami. Malah pada bab yang pertama sudah cukup untuk mengharukan pembaca mengenai nasib mereka. Tapi, pada bab yang berikutnya penulis menyampaikan cerita wataknya dalam keadaan yang sangat mencuit hati.


Ciri-ciri cerita

Tidak salah jika saya mengatakan bahawa perasaan pembaca akan ‘dipermainkan’ semasa membaca buku ini. Sekejap ketawa, lama menangis. Terutama sekali pada bab belakang cerita ini yang menunjukkan betapa pemimpin dan masyarakat pada masa itu sangat mementingkan material hanya untuk menaikkan status sebuah tempat yang bernama KUALA LUMPUR.

Saya sebagai seorang budak kampung sudah pasti pernah mengalami perkara yang serupa dengan Anuar dan kawan-kawannya. Polis sentri? Konda-kondi?. Basikal BMX? Sabung ayam?. Memori yang terlalu banyak untuk di’blog’kan. Namun, itulah hakikat kehidupan ‘budak-budak’ kampung yang pasti tidak dirasai oleh ‘budak-budak’ Bandar.

Perkara penting yang penulis sampaikan di sini adalah dalam bentuk nasihat. Sama ada nasihat yang diberikan kepada anuar, keluhuran didikan sepasang suami isteri yang melahirkan Anuar, atau luahan rasa seorang budak yang tentunya bernama Anuar.

Saya juga sangat terharu dengan kisah persahabatan Anuar, Mamat dan Bain di kampung Bumiputera tersebut. Kenapa? Haa…

Ghandi, engkau sebagai Perdana Menteri India, kenapa engkau duduk kereta api kelas tiga?”. Tanya seseorang kepada Ghandi yang kelihatan berhimpit-himpit di dalam kereta api yang kotor dan penuh sesak itu.

kerana tidak ada kelas empat” jawab Ghandi


Penjara Kecil


Di situ kami diasuh supaya diam…
Apabila cikgu tiada di kelas, kami juga dipastikan kekal diam.
Ketua darjah dan pengawas diasuh menulis nama-nama pelajar yang bising di dalam kelas.
Sewaktu meletakkan kerusi dan meja juga kami diminta supaya memastikan kerusi tidak berbunyi.
Sekiranya berbunyi, kami perlu mengulang upacara menaik dan menurunkan kerusi.
Sewaktu cikgu mengajar juga kami diminta diam.
saya mahu, kalau saya baling jarum ke lantai, kita dengar jarum itu jatuh”.
Kata-kata itulah yang diulang-ulang semasa cikgu mengajar…

~zaman kanak-kanak adalah zaman penbentukan peribadi. Jangan rosakkan mereka..
Kamsar, 24 November 2010, 8.48am

Catatan:
1) Kali pertama aku dengar, lihat dan cuba main counter strike condition zero adalah semasa di Matrikulasi Labuan.
2) Sangat tertarik dengan kisah mereka dengan guru ‘iqra’ dan mengaji.
3) “yang memajukan KL adalah mereka”. Hanya setelah KL maju, barulah ramai manusia ‘berkabel’ datang ke sana.
4) Saya dapat rasakan Anuar adalah Penulis sendiri. En. Anuar.
5) Aku masih tak faham apa masalahnya kalau pelajar bising di kelas selagi tidak mengganggu kelas lain?.
6) Aku pernah tengok selipar jepun yang haus dan bola hancur seperti itu.
6) Sediakan tisu sebelum baca.

Tajuk: Memoir Anak Setinggan
Tebal: 193 mukasurat
Penulis: M.S. Anuar Mahmod
Harga: RM14.00
Kedai: PMH Bookstore, Jusco Taman Universiti
Penerbit: PTS Fortuna SDN. BHD

Sunday, November 21, 2010

Ujian untuk menguji tahap kebodohan manusia


salam alaik..
"ujian adalah untuk menguji tahap kebodohan manusia"~Hafizul Hilmi
mungkin ada orang bilang lambat bah sudah ni untuk ucap selamat menempuh peperiksaan.
tapi aku akan bilang aku punya exam baru mau start!. bah bah bah

tahun 4 adalah tahun yang seksa bilang orang.
banyak projek
banyak kerja rumah
tapi waktu final 2 paper jak. kah kah kah

keadaaan ni aku suka sebab tahun 4 ni adalah tahun untuk kami semua (budak mekanikal) mempraktikkan apa yang kami sudah belajar.

study hard and smart
last minute bukan masalah. i like it!
bah bah bah

jadi,
kehadapan kepada sesiapa juak, selamat exam!
semoga sem ini lebih baik dari sem lepas
tapi tak sebaik sem depan.
target yang tertinggi dan engkau akan dapat yang tertinggi
4.00 dalam tangan!
jangan tertekan
berdoa
dll


catatan:
1) aku akan off selama beberapa hari.
2) yang tidak off adalah email sahaja
3) kecuali facebook pada waktu PTS keluarkan kuiz teka judul buku
4) cara menghubungi aku? orang yang terdekat dengan aku. tapi rasanya xda jugak orang mau cari aku bah. bukannya harapan.
5) ALL THE BEST!


mata yang penuh pengharapan.

Saturday, November 20, 2010

Korban, musafir, Kelantan

“Musafir adalah salah satu bentuk tamrin yang hebat!”

klik gambar untuk kenikmatan berganda..

Tahukah anda, jika anda bertolak menaiki kereta api dari kempas pada pukul 6.15am, insyaAllah anda akan samapi di Stesen Wakaf Bharu, Kelantan pada pukul 6.32pm. pada hari yang sama. 12 jam beb!


Inilah yang dikatakan musafir. Boleh saja aku beraya di UTM rimbun bernaung. ‘hampir’ majoriti kawan aku beraya di sana dan ramai kawan aku yang tinggal di johor. Tapi kenapa aku nak menyusahkan diri pergi tempat jauh untuk beraya? Siapa yang datang program ni pun belum pasti lagi.


Jawapan aku mudah. Sebab pengarah program buat di KELANTAN!.

ada apa dengan Kelantan?

Mula-mula sampai, aku dijemput oleh sahabat karib. Hafizul Hilmi/Pijo. Dia kata nak bawa aku pergi makan LAKSAM. Tapi tutup. Oleh itu, kami pun dengan segera sepakat dan muafakat bersetuju tanpa was-was untuk pergi ke RFC. Apa itu RFC? Maaf aku tak boleh cerita di sini. Maka beberapa ringgit pun melayang di sini..


Sampai di tapak program (hampir tengah malam), aku terkejut. Adakah ini program hari raya? Siap ada LDK dan presentation?. Woha?


Dipendekkan cerita, subuh menjelma. Jalan gi masjid berdekatan. Melihat budaya orang sana. Sedikit yang datang solat berjemaah. Mungkin kerana orang yang tinggal di situ memang sedikit. Tepi pantai. Kampung. Kenapa aku beranggapan begitu? Sebab bilangan orang solat subuh sama dengan bilangan orang solat maghrib di situ. Waaa.. kalau di tempat lain?

Usai solat subuh, sempat lagi berjalan di tepi pantai. Alhamdulillah. Aku masih sempat melihat matahari terbit pada pagi raya aidiladha. Pantainya sama sahaja seperti pantai tempat lain. Matahari yang aku lihat juga matahari yang sama. Ombaknya adalah dari air laut Cina Selatan. Bermakna, di depan sana adalah tanah aku!.



Salah satu benda menarik adalah modul yang diberikan. Satu modul yang aku belum pernah jumpa. Nama pun aku tak pasti. Tapi amat sesuai untuk dibuat bagi memberikan penjelasan tentang amal jamai’e dan peringkat ukhuwah yang pertama. Sangka baik.



Sempat singgah makan di satu tempat di Bachok. Aku terjumpa satu papan tanda tentang peringatan menjaga kebersihan. Sekali pandang, iklan seperti ini di Tawau adalah jauh lebih hebat dan beeesar. Link. Tapi tahukah anda, papan tanda ini meletakkan perkataan ‘ceria’. Percaya atau tidak, manusia lebih menyukai ayat seperti ini berbanding ancaman berupa denda dan sebagainya. Di bahagian atas adalah peringatan tentang etika semasa berjual-beli. Tanpa amaran. Tanpa meletakkan denda. Dalil dari Al-Quran sudah mencukupi.



Satu lagi papan tanda yang menarik adalah kempen tutup aurat. Ada orang melihat kempen ini sebagai membazir. Mereka kata, baik guna duit ini untuk kempen anti dadah. Kempen ‘kurang menggalakkan orang berzina’. Kempen berhati-hati di jalan raya. Tapi tahukah anda, dengan selesainya masalah aurat ini, banyak masalah lain turut selesai. Huraian? Boleh cari di tempat lain. Yang pastinya, anda lebih selamat dan selesa dengan pakaian menutup aurat.


Dan ini adalah teh tarik yang aku pesan di restoran. Rasa? Peh!. Manih leting. Tapi aku suka. Sebab aku suka manis. Walaupun aku tidak manis.



Kami sempat berjalan-jalan di sekitar Dataran Rehal (kalau tak silap). Kawasan istana. Melihat muzium dari luar, melihat istana dari luar, melihat meriam dari dekat. Haha. Yang penting aku sempat membeli sesuatu yang aku nantikan sekian lama..


Salah satu perkara yang mendorong aku untuk ke sini adalah kedai buku ajaib ini. Ruang luas. Penuh dengan buku. Aku siap bayangkan bagaimana aku berenang di lautan buku.. tapi semasa kami sampai di KB pada waktu tengah malam, kedai ini tutup. Aku pergi awal pagi keesokan harinya. Ia masih tutup. Aku berjalan-jalan di sekitar KB sehingga aku sampai semula ke situ. Ia masih tutup. Aku buat pusingan kedua. Masuk MyDin. Tengok kedai lain dan datang semula ke sini. Ia masih tutup. Aku tunggu, ia masih tutup. Aku bertanya kepada seorang penjaga keselamatan di situ, dia kata kedai ni akan buka pada hari ahad kerana hari Raya. Aku senyum... Jaffar Rawas... rupanya di atas papan tanda kedai ini ada tuliasan jawi. Pa..alif..sin



Semasa berjalan-jalan, aku sempat menjenguk ke pasat Siti Khadijah. Rasanya pasar Tawau lebih besar. Tapi pasar ni ada jual serunding daging. Sedapp..nama pasar ni pun sedap..



Hari yang sama, perjalanan diteruskan ke KL. Buat kali pertamanya dalam hidup, aku berseorangan di KL mencari jalan pulang ke Skudai. Mereka kata, aku kena naik LRT hingga ke Masjid India. Sampai di Masjid India, aku melihat sekeliling seperti satu tempat yang ada sejarah dengan aku. Teringat semasa 3 tahun lepas semasa aku ke sini, terdapat sebuah kedai buku. Yang aku ingat, kebanyakannya adalah buku dari Indonesia, kitab lama dan dia akan bagi diskaun secara automatik tanpa diminta. Maka duit aku pun dihakis di sini.. selepas membayar dengan kad bank, aku menuju ke stesen LRT dalam keadaan puas hati..



Ini adalah salah satu buku yang aku tidak sanggup beli. Ambil, letak balik. Ambil, letak balik. Tak pasti berapa kali, akhirnya aku membuat keputusan untuk membelinya pada lawatan aku yang akan datang. Mungkin pada masa itu aku memerlukannya. Jika aku masih ada..


Perjalanan pulang cukup meletihkan. Tapi aku tak pasti kenapa aku tidak dapat tidur dalam bas yang gelap itu..



~Nikmat musafir bukan hanya pada destinasinya. Tapi juga pada perjalanannya~
kamsar, 21 november 2010, 1.01am


Catatan:
1. Tiada idea nak tulis apa. Sakit perut...
2. Ada orang kata, kita boleh kenyang dengan membeli buku
3. Terima kasih kepda semua yang terlibat dalam perjalanan aku..
4. Selamat hari raya Aldilfitri
5. Tajuk khutbah jumaat lepas adalah “erti sebuah pebgorbanan”

Sunday, November 14, 2010

Lembaga Budi

Lembaga budi: Perhiasan Insan Cemerlang

“di pandang sia-sia dan kurang akal orang yang melompati api yang sedang menyala. Dipandang kurang akal orang yang melompati ombak besar yang membahayakan bagi jiwa. Manusia biasa tidak mahu mengerjakan itu, dan binatang tidak mahu pula berbuat demikian. Kerana tidak ada yang lebih mahal di dalam hidup ini daripada hidup itu sendiri. Tetapi menjadi keutamaanlah melompati api yang sedang menyala jika hendak menolong seorang anak yang terkurung lantaran rumahnya sedang terbakar. Menjadi kewajipanlah melompati ombak besar untuk menolong seseorang yang sedang tenggelam. Terpandang rendahlah atau dikatakan tidak berperi kemanusiaan orang yang lengah dan lalai dari kewajipan itu”

Masalah akhlak. Moral runtuh. Masalah sikap. Kerosakan sistem pemikiran manusia. Dan banyak lagi masalah yang sebenarnya berpunca daripada masalah budi. Manusia tercari-cari penyelesaian untuk masalah mereka. Ada yang mencadangkan hukuman penjara bagi si miskin yang mencuri. Ada yang mencadangkan pembinaan sekolah khas bagi si perempuan yang mengandung anak luar nikah. Ada yang mencadangkan saman bagi ‘beruk’ yang memandu di jalan raya. Tapi sedikit yang melihat dan mencari masalah pokok kepada semua masalah itu. Masalah budi..

Prof Dr. Hamka menulis sesuatu yang amat bermakna saya kira. Ada orang kata, dalam binatang tiada manusia. Tapi dalam manusia ada binatang. Hamka pula berkata, beza mausia dan binatang adalah segala gerak geri manusia timbul dari dalam. Manakala binatang pula adalah sebaliknya. Beliau cukup mengambil berat tentang masalah budi manusia pada zaman sekarang. Buku ini membincangkan seputar masalah budi manusia, budi yang rosak, penyakit budi dan sifat budi beberapa orang yang mempunyai peranan penting dalam masyarakat termasuk pemerintah, doktor, peguam dan penulis.

Buku ini sarat dengan peringatan untuk semua kelompok manusia. Dengan membacanya, anda mampu tersenyum sendiri!. Seolah-olah Buya Hamka berada dihadapan anda dan menyampaikan peringatan beliau dalam sebuah halaqah usrah. Alangkah indahnya golongan yang hidup sezaman dengan beliau. Tidak hairanlah mengapa bapa saya sendiri meminati beliau.


Sifat dalam bekerja seorang pengarang

Pengarang, iaitu yang dapat mengeluarkan fikiran dari budi bahasa dan buah penanya. Ada pengarang buku ilmu pengetahuan, ada yang mengarang di surat khabar, ada yang biasa dinamakan wartawan, ada pengarang syair dan hikayat yang biasa sekarang dinamakan sasterawan.

Semua kita kumpulkan di dalam nama ‘pengarang’.

Seorang pengarang yang bermutu ialah yang luas pengetahuannya tentang bahasa bangsanya, sebab dengan bahasa itu dia akan menyampaikan seruannya pada pembacanya. Seorang pengarang mengetahui tatabahasa, rasanya, rahsianya, halusnya, dan kasarnya. Setelah diketahuinya dan didalaminya, lalu menjadi darah dagingnya, masuk ke dalam seluruh tulang sumsumnya. Ditambahnya pengetahuannya, dicukupkan alat perkakasnya buat ilmunya, pengalamannya, pergaulannnya, dan lapang pula dadanya. Kaya simpanan otaknya. Lidahnya fasih keterangannya jelas, memiliki gaya tersendiri yang menjadi keperibadiannya, tidak sukar mencari perkataan untuk menyatakan sedih dan rayunya, riang dan gembiranya.

Teguh pendiriannya, segala perbuatannya dapat dijadikan contoh menjadi guru bangsanya, pendidik budi pekertinya, pemajukan kecerdasannya....


Penutup

Ketika terjadi kemalangan kereta api yang dasyat di Padang Panjang pada zaman Jepun, ramai orang takut dan mula menaiki bas. Setelah dua kali jatuhnya kapal terbang Dakota di Tanah Jawa pada 1961, ramai orang takut nai kapal terbang. Tapi hairan, tidak ada orang takut tidur di atas tilam yang tebal sedangkan lebih ramai orang yang mati di atas tilam tebal itu. Orang yang berpengetahuan banyak akan berkata, “banyak lagi yang saya belum tahu”. Wlm

~budi manusia tidak dapat dilihat. Tapi apa yang anda lihat pada manusia adalah cerminan budinya~
Kamsar, 14 november 2010, 11.16pm


catatan:
1) Banyak kesalahan tidak dapat dihukum mengikut undang-undang seperti tidak membalas budi orang!
2) Ada saudagar berkata:”jangan menangguk di air keruh. Padahal di air keruh mana boleh dapat ikan”
3) Saya kongsikan sifat pengarang di sini untuk rengungan blogger semua..penulis zaman sekarang?
4) Buku yang hebat!

Tajuk: Lembaga Budi, perhiasan insan cemerlang
Tebal: 224 mukasurat
Penulis: Prof. Dr. Hamka
Harga: RM17.50
Kedai: Buku Kak Amma. Tibai dari rumah..ngee..
Penerbit: Pustaka Dini

Thursday, November 11, 2010

50 kata-kata tokoh berpengaruh

50 kata-kata tokoh berpengaruh dan cerita di sebaliknya

“seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila ia berbicara, ia berbicara dengan Allah”

Dulu, saya suka dengan kata-kata. Setiap SMS yang saya dapat dari sahabat-sahabat atau daripada sesiapa pun akan disimpan. Akan ditulis dan dibukukan. Saya ada menyimpan koleksi kata-kata hikmah, rekaan orang dan sebagainya sehingga dua buku catatan. Sekarang saya hanya bergantung dengan softcopy..

Apa kepentingan kata-kata ni?. Mengimbau kembali sejarah silam, diceritakan bahawa tentera Islam akan membawa ulama’ bersama mereka menuju ke medan peperangan. Walaupun ulama’ ini kurang membantu dari segi kekuatan fizikal, tapi mereka memainkan peranan mereka untuk membakar semangat juang para mujahidin berbekalkan ilmu dan hikmah mereka. Melalui kata dan pidato.

Berbeza dengan tentera kuffar, mereka akan membawa perempuan-perempuan ke medan peperangan untuk memuaskan nafsu mereka memandangkan mereka akan berada jauh dari keluarga dalam waktu yang agak lama.

Ustaz Dzul (mantan presiden GAMIS) memuatkan 50 kata-kata yang beliau pilih sendiri untuk perkongsian bersama. Walaupun ia kata-kata orang lama, namun ia masih releven untuk menjadi pemangkin kita lebih-lebih lagi jika kita mengetahui maksud tersirat dan sejarah disebaliknya.

Panah Islam

“aku adalah panah daripada panah-panah Islam, maka tujukanlah aku ke mana sahaja yang engkau suka” ~Sa’ad bin Abi Waqqas RA

Saad merupakan bapa saudara Rasulullah dan antara orang terawal memeluk Islam. Beliau merupakan seorang yang gagah dan berani dalam peperangan.

Ayat di atas merupakan ayat yang beliau pernah laungkan dalam peperangan menunjukkan keberanian dan kesediaan beliau untuk menginfakkan diri beliau untuk perjuangan Islam.

Saya pernah mendengar ayat ini semasa baru membeli buku ini lama dahulu. Kata-kata ini amat unik kerana ia menunjukkan kesediaan seorang jundiyyah dalam menerima arahan daripada qiyadah mereka. Mewaqafkan diri untuk Islam seperti dalam surah As-Saff adalah suatu yang sangat penting dan besar ertinya kepada suatu gerakan Islam. Untuk mencapai sesuatu kejayaan, komitmen ahli amat penting. Apa ertinya ahli ramai jika mereka tidak bersedia untuk dicaturkan?. Kita memerlukan panah-panah seperti Sa’ad. Wlm

~tidak ada tempat antara syurga dan neraka~ Yazid Al-Ruqasyi, 12 november 2010, 12.17am

Catatan:
1) Kata-kata mampu menguatkan pendengar
2) Kata-kata dapat menceritakan cirri-ciri pengungkapnya
3) I like it!

Tajuk: 50 kata-kata tokoh berpengaruh dan cerita di sebaliknya
Tebal: 125 mukasurat
Penulis: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Harga: RM15.00
Kedai: Beli dari kawan: A.Amin
Penerbit: Ilham Centre

Tuesday, November 9, 2010

Pertandingan "Annoying Blog"

salam alaik..
selamat memuntahkan ilmu di atas kertas peperiksaan kepada semua
ari ni aku nak cerita tentang beberapa ciri blog yang sangat annoying
mungkin ada orang lain yang rasa benda tu ok
tapi aku tetap tak suka
untuk berjalan2 di dunia maya, aku mesti bukak blog aku dulu
pastu aku akan tengok semua link yang ada di sebelah kanan blog ni
tapi aku bukak blog yang updated jak la
blog yang baru aku jumpa automatic akan dimasukkan dalam ni
tapi untuk yang aku kenal jak la. Beserta dengan nama sebenar
nama samara, mintak maaf..
aku akan bukak semua blog tu di new tab banyak-banyak
tapi kesannya..

1) Tulisan extra small

aku bukan apa lah kan. kadang-kadang ada orang yang bukak blog ni untuk mencari maklumat penting. kalau hari tu dia dah berdepan dengan banyak bahan bacaan, mata mesti letih beb. jumpa pulak blog kau yang memerlukan kanta pembesar untuk baca, menangis darah lah budak tu nak baca. lagi satu, kadang ada orang bukak blog ni untuk lepaskan tekanan kerja seharian. kalau jumpa blog yang tulisan kecik nak pengsan ni, agak-agak apa perasaan dia?.


2) Ejaan

aDeR saTuE bl0G, tuEl!esan d!eR, mAk a!h! saKiT PaLer dOWh nAk bAceW. AgiE 1, Die tAk lEtiH kEw nAk TaiP cAM tUe?. AKuE bUekAn ApA lEw. TApI aGaRk2 lAh gEnk!. ApeW mAklUmaRt PowN aQ X dApAt..

3) warna

lagi satu masalah mata, kaler la. kalo guna kler yang lebih kurang macam background macam mana nak baca? biasanya manusia melihat berdasarkan kepada warna dan cahaya. bukan haba!.

4) berat

kes yang berat ni bukan macam kren. kalau masalah laptop tu yang memang slow tak apa tapi memang blog dia beart nanag. nak load satu hal. orang dah scroll 10 round baru dia nak gerak. kalau nak tyr, cuba save page tengok berapa size file tu berapa. antara penyebab benda ni terjadi adalah iklan, hiasan super banyak, link sana sini, ada bunga berguguran, cursor lagi jadi katun dll.

5) iklan

antara kegunaan orang buat blog adalah untuk menyampaikan maklumat. Lagi 1, kalau kita nak scroll, kita kena pastikan window internet explorer atau Mozilla berada di tempat paling atas (kalau tak paham, tanya). Semua ni memerlukan untuk klik sesuatu pada blog anda. tapi apa terjadi, maka keluarlah sesuatu yang ntah apa2. Contohnya adalah widgeo, iklan dll yang menjadikan tumpuan kita terganggu. aku x pasti sama ada anda dibayar untuk benda ni atau tak.


6) Muzik

Setiap kali kau bukak laptop, aku mesti pasang lagu. Ikut mood aku masa tu lah. Kadang-kadang aku bukak lagu in-team (nur kasih). Kadang-kadang lagu lenka (trouble is a friend). Kadang-kadang lagu linkin park (in the end). Kadang-kadang lagu maher zain (for the rest of my life). Kadang-kadang dengar muzik kitaro. Kadang muzik sentimental. Kadang instrumental. Kadang lagu negaraku. Ok, yang last tu aku tipu. Jadi, kalau aku bukak blog yang ada lagu jugak, dalam 10 blog, kan huru-hara jadinya. Akhirnya aku kena cari satu2 blog yang bising tu then tutup terus. Tak payah baca.

7) skroll bawah jauh tak tau mana post
kadang ada blog yang kita tak dapat bezakan mana post dan mana yang bukan post. semua letak di atas. follower nak tunjuk ramai, letak atas. shout mix letak atas. ruangan iklan forex nak letak atas. dah skroll sampai setengah page baru jumpa entri. tajuk dia, "apa aku nak makan hari ini?"

kesimpulan
jadilah penulis blog yang pandai memahami perasaan pembaca anda. bukan nak kata aku pandai. bukan. cuma nak gtau perasaan aku sebagai orang yang bukak blog anda.

~nothing is perfect except Allah. But you can be a "good" and a "better"~
kamsar, 10 november 2010, 4.56pm

konsep dan idea: cursingmalay.blogspot.com

Catatan:
1) ni sekadar pendapat peribadi aku. berdasarkan sifat aku, ni yang aku tak suka
2) mungkin kita berbeza pendapat. jadi, boleh bincang di sini
3) blog aku pun bukan apa2 pun. jadi, sebarang kritikan amat2 dialukan
4) sebagai pemblog, pastikan anda tahu siapa MAD'U anda.
5) nombor di atas hanya sekadar nombor. bukan ikut urutan.
6) entri kali ini aku nak cuba ikon baru aku. sebelum ni guna onion MSN jak. tapi ada orang ajak guna crazy rabbit dll. jadi aku nak cuba try!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code