Friday, May 29, 2009

JALAN DA'WAH


ANTARA KEASLIAN DAN PENYELEWENGAN

“Jalan da’wah adalah jalan yang satu yang pernah dilalui dan dijalani oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya dulu. Jalan ini dilalui juga oleh para du’at dan kita juga harus berjalan di atas jalan itu InsyaAllah, dengan taufiq dari Allah kelak berbekalkan iman, amal, kasih sayang dan persaudaraan. Kita mengajak mereka kepada beriman dan beramal, kemudian menyatukan hati-hati mereka atas kasih sayang dan persaudaraan. Maka terkumpullah kekuatan dan tenaga aqidah menjadi tenaga penyatuan, dan jadilah jemaah mereka sebagai jemaah contoh yang pasti akan melahir kalimahnya dan mendapat kemenangan da’wahnya walaupun dihalangi oleh seluruh penghuni bumi ini”

~Imam Hassan Al-Banna~

M/s:18


“Adapun keadaan semasa seperti yang kita lihat sekarang, perundangan Islam berada dalam satu lembah, tetapi perundangan pelaksanaan berada nun jauh di satu lembah yang lain. Sesungguhnya berdiam diri pihak-pihak pengislah Islam daripada berusaha mengembalikan hukum Islam merupakan satu jenayah Islam. Jenayah ini tidak boleh ditebus kecuali dengan bangun semula dan melucutkan kuasa pelaksanaan dari tangan mereka yang tidak menjalankan hukum dengan hukum-hukum Islam yang hanif.”

~Imam Hassan Al-Banna~

M/s:40


Ciri-ciri jemaah:

1. Mempunyai manhaj kerjanya untuk mendirikan Daulah Islamiyyah sejagat

2. Mengamalkan kefahaman yang betul, lengkap dan murni untuk Islam.

3. Tidak salah dan tidak menyeleweng

4. Menyeluruh, tidak separuh-separuh

5. Bersih daripada bid’ah dan khurafat dan sebarang cemaran lain

6. Mengamalkan cara Rasulullah dalam kegiatan berda’wah untuk menegakkan daulah Islamiyyah

7. Amalan dihalakan kesemuanya kepada Islam

M/s:47


“sesungguhnya lelaki cakap bukan lelaki kerja, lelaki kerja pula bukan lelaki jihad, lelaki jihad yang semata-mata berjihad saja bukan lelaki jihad yang bijaksana yang boleh mengeluarkan hasil yang memberi keuntungan besar melalui pengorbanan yang sedikit sahaja.”

~Imam Hassan Al-Banna~

M/s:96

“Wahai Ikhwanul-Muslimun dan manusia semua! Dalam laungan rintihan pedih dari karat kelusuhan dunia, meminta belas kasihan pertolongan, dan dalam gelora gelombang kebanjiran berbagai da’wah yang melaung memanggil di seluruh alam, maka terjebaklah para ilmuan dalam kegelapan yang menyamar kemewahan, mereka diumpan dan ditipu dengan janji-janji yang sebenarnya angan-angan.”

~Imam Hassan Al-Banna~

M/s:119

Buku yang menarik ini menceritakan mengenai penyelewengan yang berlaku dalam sesuatu jemaah atau pertubuhan yang islamik. Ia menggariskan pelbagai bentuk penyelewengan, sekitar jemaah dan penglibatan dengan jemaah, sekitar masalah kefahaman, sekitar gerak kerja, dan lain-lain termasuklah berkaitan dengan ujian yang menimpa dan cara menghadapinya supaya kita tidak menyeleweng disebabkan olehnya.

Bertitik tolak dari kondisi sekarang dan pergerakan jemaah Ikhwanul-Muslimin di mesir, penulis dapat mencuri perhatian pembaca dan meletakkan kata-kata dan ucapan Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna sebagai kunci untuk merungkai masalah yang dihadapi pada masa kini dan cara untuk mengatasinya.


~semoga buku ini dapat membantu kita untuk terus tetap berada di jalan yang lurus. jauh dari penyelewengan dan pengkhianatan~

Sunday, May 24, 2009

KEMILAU PERIBADI


“Buku ini adalah hasil pemerhatian yang memakan masa. Ia bukan tampil semberono; bertolak dari upahan murah untuk mengangkat atau melobi sesiapa…”

Buku ini amat menarik untuk dibaca kerana ia membawa kita kepada cara penghidupan seorang ulama’ dan seorang pemimpin sebuah negeri di Malaysia iaitu Kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan seorang menteri besar Kelantan yang hidup dalam keadaan sederhana. Dengan berbekalkan gaji yang telah beliau potong sebanyak 45% dan membuang elaun-elaun lain, beliau dapat mentadbir negeri dengan baik dan mengajar rakyatnya supaya hidup dalam keadaan bersederhana.


“seorang wartawan Jerman yang berhajat menemui Tuan Guru di kediamannya yang terletak di Pulau Melaka amat terkejut apabila mendapati Tuan Guru pulang dari kebun dengan memandu sebuah kereta Wolkswagen lama dan keluar dari keretanya sambil memegang setandan pisang.”-m/s 83


“bagaimana ingin jadi khalifah kalau kita tidak mampu berada di depan?

Bagaimana kita bileh mara kala kita tidak mampunyai buah fikiran yang bernas?

Bagaimana kita mampu berfikir secara bernas kalau kita tidak menghimpun idea melalui pembacaan?...”


“Berasaskan segedung kitab dan selaut buku, beliau menegaskan islam ini bukan ilusi. Ia telah terjadi, sedang terjadi dan boleh diulangi kegemilangannya.”

Sesuatu yang datang atas faktor kebetulan lazimnya tidak memberikan kelebihan maruah atau kebanggaan apa-apa. Ia hanya menjadi bahan bermegah bagi orang yang tidak berilmu atau memesongkan ilmu. Tanpa perlu dibela atau diperjuangkan, orang Melayu tetap melayu dan tanpa perlu dipertahankan; , orang cina tetap cina…"m/s 106


~SEMOGA BUKU INI DAPAT MENYENTAP PERASAAN KITA SEBAGAI
SEORANGRAKYAT YANG MENGINGINKAN KEHIDUPAN YANG ISLAMIK.
PIMPINAN ULAMA' ADALAH SATU-SATUNYA JALAN KE ARAH NEGARA YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT~

Friday, May 22, 2009

KEM REMAJA ISLAM-KRIS'09


SALAM..
setahun berlalu..
yang sekolah rendah naik sekolah menengah..
yang sekolah menengah naik pi matrik atau tingkatan 6 dll..
pastu sambung pi ipt dll PULAK..

aku??
sekarang sudah jadi ajk program!!

JOM SERTAI KRIS '09!!
SEMUA MANUSIA DIALU-ALUKAN UNTUK MENDAFTAR...
kalau mampu pi tawau lah..

maklumat boleh tinguk pada poster ya..

~SEMOGA TAHUN NI LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS TAPI TIDAK SEBAIK TAHUN-TAHUN MENDATANG~

Wednesday, May 20, 2009

KEMBARA DI NEGERI PIMPINAN ULAMA’

Pemandangan yang agak meletihkan..

Minggu lepas merupakan peluang keemasan untuk melihat dengan mata kepala sendiri negeri pimpinan ulama’ Malaysia iaitu Negeri Kelantan. Selepas melepasi ujian dunia (peperiksaan akhir) di bumi UTM, aku tidak rileks begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa. Banyak program telah dirangka bagi mengisi masa cuti aku sebelum bertolak pulang ke daerah kelahiranku TAWAU.

Selepas menjadi ajk untuk satu program, aku bergegas mengemaskan barang keperluan untuk sehari perjalanan dan mengikut sahabat seperjuanganku pergi ke Kelantan. Kami menjadi musafir dan menempuhi perjalanan beratus kilometer dengan penuh berhati-hati memandangkan cermin pintu pada bahagian pemandu kereta kawan aku telah pecah selepas mengalami kemalangan.



perjalanan kami ke destinasi adalah melalui satu lagi negeri yang islamik iaitu Terengganu. Tak sangka pulak aku dapat bonus nih. Hehe













Disebabkan cuaca yang tidak menentu, kami telah berhadapan dengan hujan lebat semasa dalam perjalanan. Cermin pintu kereta yang pecah memaksa kami untuk berhenti seketika di sebuah masjid. Kesempatan ini digunakan untuk kami menunaikan solat fardhu secara jamak dan qasar.




Aku sungguh teruja dengan suasana yang islamik di negeri ini. Gejala SO ‘SIAL’ tak dapat kukesan berbanding dengan tempat kelahiran atau tempat pengajian aku sendiri. Masjid-masjid tidak perlu indah untuk memenuhi saf-saf yang berada di dalamnya. Ramai rakyatnya menutup aurat semasa berada di luar rumah. Kanak-kanak telah dididik dengan budaya ilmu dan kehidupan Islam. Yang paling penting, kanak-kanak yang kutemui begitu sopan melayani orang dewasa seperti aku.


tempat yang telah menjadi target untuk aku lawati. SJR.. penuh dengan buku yang yang membuakkan jiwa pembacaanku. Disebabkan masa yang suntuk, aku cuba mempercepatkan masa untuk berjalan-jalan di sana. Tapi, sebelum pulang aku juga sempat menggarab sebuah novel “Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel”.untuk menjadi santapanku semasa dalam perjalanan pulang nanti.



Tempat yang menjadi impian aku untuk
dikunjungi sejak dari sekolah menengah lagi. Rumah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Rumah sederhana berhampiran dengan masjid Pulau Melaka menginsafkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Siapa sangka seorang menteri besar memiliki rumah sebegini rupa. Walaupun tiada rezeki untuk bersua muka dengan tuan punya rumah, namun hatiku puas kerana dapat melihat salah satu bukti kezuhudan pemimpin agung ini.


Semoga perjalanan ini menjadi satu enzim yang menaikkan semangat aku untuk terus berjuang managakkan daulah Islamiyyah di bumi Malaysia ini. Aku sangat rindu untuk melihat tempat kelahiranku menjadi seperti ini…

Ya..suatu hari nanti!

~PPERJALANANMU JAUH. NAMUN ITULAH YANG DITUNTUT OLEHMU UNTUK MENCAPAI SINAR DI HUJUNG DESTINASI~

Tuesday, May 19, 2009

NOVEL SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH


SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH PENAKLUK KONSTANTINOPEL

menceritakan kisah hidup sultan Muhammad Bin Murad 11 atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh bermula dari kelahiran sehingga kewafatan baginda.




Sabda Rasulullah SAW:

“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”



Penakklukan kota konstantinopel membuktikan bahawa baginda merupakan sebaik-baik pemimpin yang mempunyai sebaik-baik tentera dan rakyat.
banyak pengajaran dapat digarab dalam novel ini kerana ia menceritakan budi pekerti Baginda, tentera dan rakyat baginda sendiri.


~SEMOGA KEPINTARAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH DALAM PELBAGAI BIDANG SEHINGGA DAPAT MELAYARKAN KAPAL DI DARATAN, MENGUSAHAKAN MENHASILAN MERIAM, DAN PENGGUNAAN TENAGA TENTERA DAN RAKYAT DENGAN BIJAK DAPAT DIJADIKAN PANDUAN UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN YANG TERKEHADAPAN PADA MASA KINI~

FIQH AL-SIRAH 1


Sebuah buku sirah Nabi Muhammad S.A.W..
menceritakan kisah Baginda bermula dari kelahiran hingga penghijrahan Baginda ke Madinah Al-Munawarah..

penulis mengupas setiap peristiwa yang berlaku dari pelbagai aspek termasuklah pengajaran dan nilai yang ingin disampaikan.


buku ini juga menjawab beberapa fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh orientalis dan musuh-musuh Islam lain yang sentiasa berusaha untuk memburuk-burukkan Agama kebenaran ini.


Penulis membuktikan bahawa perjalanan sirah Nabi ini dipenuhi dengan mukjizat agung dan bukan sekadar kisah kepimpinan seorang tokoh. Perjalanan da'wah Nabi Muhammad S.A.W yang dipenuhi dengan mehnah dan tribulasi mengajar para dai'e untuk berhadapan dengan cabaran semasa dan bagaimana untuk memobilasikan keadaan sekeliling supaya terlibat sama dalam gerakan suci ini.


~SEMOGA SIRAH NABI DAPAT MENJADI MANUAL UNTUK KITA BERGERAK KERJA DALAM PERJUANGAN INI~

Wednesday, May 13, 2009

“TAKKAN” KUBALAS JASAMU ITU…?


Ku melalui ramadhan pada hari itu sama seperti hari-hari sebelumnya. Penuh dengan peringatan, penuh dengan gelak ketawa bersama rakan-rakan, aku juga melihat hari yang dipenuhi dengan ibadat dan munajat sang hamba kepada khaliqnya.


Malam ramadhan tersebut juga kulalui dengan bersolat tarawikh di Masjid Sultan Ismail seperti hari-hari semalam. Entah mengapa tiba-tiba jantungku berdegup pantas. Dadaku sebak. Khusyukku entah kemana. Kenapa saat ini hatiku berada di rumah bersama-sama dengan keluargaku?. Wajah ibu, wajah ayah seolah-olah berada di depan mata. Air mataku mengalir deras membasahi pipi dan bajuku. Tempat sujudku dibasahi dengan air mata kerinduan tatkala aku ruku’ dan sujud di hadapan penciptaku.

Oh ibu..oh ayah..


Tatkala aku merengek meminta disuapkan makanan, kau memerah keringat untuk memastikan perutku sentiasa dipenuhi dengan rezeki halal yang diharapkan dapat menjamin aku terus hidup dalam keberkatan.

Kau lakukan segala-galanya..kau sanggup berhutang semata-mata untuk memastikan aku tak ketandusan bahan pembelajaran dan kekeringan ilmu supaya aku dapat menjadi seorang insan yang diteladani khalayak kelak. Tatkala aku sering bermain dan tidak serius dalam pelajaranku.


Kau tidak pernah jemu dan bosan untuk meminta kebaikan untukku di dunia dan akhirat setiap kali kau menghadap Allah Rabbul Jalil bilamana aku sering alpa dan leka dengan duniaku bersama dengan kawan-kawan dan harta benda yang kukira adalah milikku sepenuhnya.


Kau berlapar untuk memastikan aku kenyang..

Kau bergadang untuk memastikan aku tidur..

Kau berhutang untuk memastikan aku senang..

Dan kau bertegas untuk memastikan aku bersyukur..



Sekarang aku sudah besar. Aku mampu untuk hidup berdikari. Aku mampu untuk membiayai diri sendiri. Kau tentu bangga denganku kan.. hinggakan aku sering berangan-angan untuk membalas segala jasamu apabila aku sudah bergelar graduan dan jurutera kelak.



Satu hari nanti, akan kubelikan kau makanan yang sedap-sedap yang keluarga biasa kita tidak mampu beli dahulu. Akan kubelikan kau rumah dan kenderaan besar supaya kau dapat hidup dengan senang. Akan kucarikan kau pembantu rumah untuk melakukan semua kerja rumah untukmu. Akan kucarikan kau doktor yang terbaik untuk menjagamu bila kau sudah kerepot. Namun, apakah itu yang kau inginkan?.

Butir-butir mutiara.. Berjuta intan permata.. Seluruh isi dunia.. Tak mungkin mampu menebus jasa. Jasa agungmu padaku..*


Sesuap nasi yang kau masak dengan air tangan kau sendiri dengan penuh keikhlasan tak mungkin dapat aku balas dengan berlian 14karat yang sesaiz gunung Kinabalu. Apakah layak untuk aku bercerita tentang angan-angan seorang anak ingin membalas jasa agung seorang ummi dan seorang abi?. Tentu sekali tidak. Namun, aku tetap mewajibkan diriku untuk berkhidmat kepadamu selama-lamanya. Akan kujadikan kau raja di dalam rumah. Akan kupenuhi keinginanmu sepenuh hatiku. Walau kutahu ianya tidak cukup untuk melayakkan diriku bergelar “ANAK YANG MEMBALAS JASA”…


Mak..ayah.. aku merinduimu di seberang laut sana..takkan kulupakan kata-kata azimatmu “kami sentiasa doakan kau di sana nak..”

nantikan kepulanganku..


Assalamualaikum warahmatullah... imam memberi salam.

Aku tersentak.. fikiranku kembali ke dalam saff solat tarawikh. Aku segera mengesat air mata dan berselawat bersama dengan jemaah solat.

Hatiku berbisik.. akan kupastikan mereka menitiskan air mata kegembiraan apabila melihatku suatu hari nanti..

Aku tersenyum…


From my abi..:

Apabila kau sampai di suatu tempat, pastikan kau mencari bangunan yang paling tinggi di sana dan lihatlah benda yang paling atas pada bangunan tersebut. Berdoalah kepada Allah:

‘ya Allah..jadikanlah untukku kejayaan yang bakal kukecapi nanti setinggi bangunan itu..’

*petikan lagu Alam bertajuk ibu. –penyanyi lagu dangdut Indonesia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code