Sunday, March 29, 2009

USRAH DAN NARUTO

salam...
ana tertarik dendan satu artikel yang telah menghempap batang hidung ana sendiri...
mari kita kongsikan..

copied from: http://studiomuslim.com/tazkirah/dakwah/usrah-dan-naruto/


* Bahan bacaan untuk mereka yang membaca Naruto

“Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah.

Semuanya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungan untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama di Gombak.

Objektif yang perlu dicapai adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.

“Hehe. Naruto lagi,” balas Faiz.

“Ala. Kamu semua pun tengok, kan?”

Saya menyambung, “Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.”

“Lagi… lagi…”

Menetapkan matlamat dalam berusrah

“Apabila kita berhadapan dengan anak usrah, anggap mereka ini ninja-ninja yang kita ingin latih. Apa matlamat yang ingin kita capai dalam setiap sesi latihan tersebut.”

“Maksud abang Azree?” Soal Imran.

“Maksudnya setiap sesi latihan kita perlu ada matlamat apa yang ingin kita sebagai naqib ingin capai. Dan kita juga perlu ada matlamat jangka panjang apa yang kita ingin capai dalam usrah tersebut.

Sebagai contoh, matlamat abang dalam usrah dengan kamu semua ini adalah ingin membimbing kamu semua supaya menjadi pelajar contoh di sekolah. Bukan setakat baik dalam sahsiah, tetapi juga baik dari segi pemikiran. Cuma jangan baca komik Naruto banyak sangat sudah.” Terang saya sambil disambut gelak.

Malam semakin gelap. Saya berkira-kira dalam hati untuk pulang lebih awal pada malam tersebut. Pertama kerana masih belum makan malam sedangkan perut mula memulas. Kedua kerana jarak rumah yang agak jauh daripada sekolah tersebut.

“Ada ciri-ciri lain lagi dalam sistem usrah versi Naruto ini?” Soal Faiz lagi yang memang menggemari Naruto.

Mengambil tahu perkembangan ahli usrah

“Yup. Ada lagi. Siapa naqib pertama Naruto?”

“Erm. Iruka!”

“Apa yang Iruka buat apabila dia hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi?”

“Erm. Macam tak buat apa-apa pun. Cuma kadang-kadang Iruka akan bertanya Kakashi tentang perkembangan Naruto.” Jawab Nasir yang sedari tadi hanya angguk-angguk dan senyum-senyum sahaja.

“Sebenarnya apabila Iruka hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi, Iruka telah memberi semua maklumat berkaitan Naruto kepada Kakashi seperti tingkah laku Naruto dan apa tindakan yang perlu diambil Kakashi seterusnya.

Kemudian Iruka akan tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawabnya. Begitu juga apabila Kakashi menyerahkan Naruto kepada Datuk Jiraiya. Dia juga akan menjelaskan apa yang perlu dan mengambil tahu tentang perkembangan Naruto,” jelas saya yang sudah lama tidak menggunakan cerita Naruto sebagai analogi dalam setiap isu yang ingin diutarakan.


Imej disalin dari http://anime-wallpapers.com/images/800x600/naruto-kakashi-iruka-togeher.jpg

Kadang-kadang sengaja saya memasukkan analogi-analogi berunsur kekartunan sedikit. Sedikit sebanyak dapat mengimbangi suasana antara ceria dan serius.

“Oh, begitu. Faham.”

“Jadi, kamu semua apabila sudah habis SPM, keluar daripada sekolah ini jangan pula lupa kepada ahli-ahli usrah yang pernah menjadi tanggungjawab kamu semua. Kerana itu abang lebih suka menetapkan matlamat dalam usrah supaya setiap ahli usrah abang akan boleh bawa usrah lain pula. Jadi, perkara ini akan berterusan.”

“Ciri-ciri yang lain lagi?”

“Eh, asyik abang saja yang bagi. Cuba kamu semua pula bagi.”

Keistimewaan pada naqib

Semua pandang-memandang sesama sendiri. Faiz memandang ke syiling. Mungkin sedang cuba mengingat sesuatu.

“Mungkin boleh juga dikaji kenapa usrah si Naruto, Sakura dan Sasuke ini ceria. Sedangkan kita juga tahu yang perangai Naruto dengan Sasuke cukup berbeza. Naruto dengan perangai main-main dia, Sasuke pula lebih serius. Jadi, bagaimana pakcik Kakashi ini boleh mengawal ahli-ahli usrah dia dengan baik?” Faiz cuba mengemukakan pandangan. Saya sendiri berkerut dahi sambil wajah cuba mengukir senyum.

“Hurm. Menarik untuk dibincangkan. Bagaimana kita sebagai naqib boleh mengawal ahli-ahli usrah yang pelbagai ragam? Kamu ada idea, Faiz?” Saya cuba mencelah.

“Saya tidak ada jawapan lagi tentang persoalan ini. Cuma mungkin ini terletak kepada setiap ahli usrah untuk memberi komitmen terhadap usrah mereka,” jawab Faiz.

Suasana perbincangan menjadi hangat. Saya merenung wajah setiap ahli usrah. Menanti sama ada mereka masih ada idea untuk dilontarkan.

“Mungkin juga sebab ada sesuatu ilmu daripada Kakashi yang ingin dipelajari oleh Sasuke. Pada awalnya kan Kakashi ini merupakan seorang yang penuh teka-teki. Teka-teki bagaimana dia ada mata Sharingan, sama seperti Sasuke. Mungkin itu yang menjadi daya penarik bagi Sasuke untuk memberi komitmen kepada kumpulan ‘usrah’ tersebut.” Imran melontarkan pandangannya.

“Betul… betul… betul… Setiap orang sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Cuma kita rasa rendah diri apa keistimewaan kita. Jadi, apabila kita menjadi naqib, sebenarnya ilmu atau keistimewaan kita itulah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita.” Saya cuba menjawab apa yang termampu.

“Ok. Minggu depan kita sambung cerita lain pula!”



Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.


Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Sunday, March 22, 2009

FALSAFAH CINTA & BERCINTA



SALAM....

Bangunan CICT, UTM Skudai, sabtu 21 mac 2009- dua pembentangan kertas kerja telah dijalankan berkaitan dengan tajuk perkahwinan semasa belajar pro dan kontra, dan isu-isu perkahwinan masa kini.


Sumber mengatakan bahawa pembentang kertas kerja tersebut merupakan seorang ustaz yang tidak asing lagi di kalangan mahasiswa UTM iaitu Ustaz Ismail Mustari, timbalan Pengarah Masjid Sultan Ismail, UTM. Habis berita….

Pada hari sabtu lepas, aku dan sahabat-sahabat lain bangun pada awal pagi dan segera bersiap dengan bersungguh-sungguh kerana hari itu adalah hari yang istimewa bagi kami dan mahasiswa-mahasiswa lain yang sedar (MAHAR). Kami mempunyai satu temu janji yang sangat penting untuk dihadiri.




CINDAI atau seminar cintaku dari Ilahi.. aku dapat perhatikan para ajk program telah melakukan gerak kerja mereka dengan bersungguh-sungguh sejak beberapa minggu lalu. Walaupun kali ini aku bukanlah salah seorang ajk untuk program tersebut, namun aku dapat melihat sahabat-sahabat lain yang ingin melihat mahasiswa UTM ini sedar bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Ini terbukti apabila mereka menghadapi kesukaran dalam menempah tempat program. Setelah beberapa kali pertukaran tempat berlaku, Akhirnya seramai lebih daripada 200 mahasiswa! Menghadiri majlis tersebut pada hari kejadian. Eh, mungkin 300..

Kalau tak percaya, boleh kira sendiri. Imej ini disahkan ori kecuali sedikit pertambahan label.
gambar hiasan


Ahhh… menggoreng lagi…

Sebenarnya aku nak berkongsi mengenai salah satu falsafah yang ustaz ismail kongsikan pada hari tersebut. ~falsafah cinta dan bercinta~..

ia adalah seperti yang tertera pada gambar di bawah..


Sebenarnya panjang lagi huraian ustaz ismail dalam perkara ini..yang pastinya semua mahasiswa yang hadir (kecuali yang tidur) akan lebih bersemangat untuk teruskan perjalanan hidup masing-masing di bumi UTM ini kerana mereka tahu bahawa mereka sentiasa terdedah dengan mehnah dan tribulasi yang dapat memesongkan mereka dari jalan sebenar. Tiada apa lagi yang dapat aku taip..semua dah masuk dalam gambar tuh..

jadi, kesimpulannya, cindai ni bukanlah seminar untuk menyuruh semua mahasiswa untuk berkahwin (kalau tak tahu la..) tapi ianya lebih kepada pendedahan kepada kami berkaitan dengan gejala sooo "sial!" yang sedang meningkat secara eksponen pada hari ini.

terutama sekali couple!..isk, aku kalau tengok orang couple ni, ntah lah..
aku pernah mendengar (ntah dari mana.lupa sudah bah.)
"kalau budak-budak (orang couple) ni dah kahwin.." kata kawan aku sambil menuding jari ke arah betina yang memeluk dia punya jantan di atas motor yang berlalu laju,
"agak-agak, diorang ni akan makin mesra tak?.."
tiba-tiba lalu pulak sepasang couple yang dah berkahwin menaiki motosikal (dapat dilihat melalui umur mereka yang dah agak jauh)...
"aik, napa bini dia pegang besi belakang motor? tak pulak dia nak peluk lelaki halal dia?"
...pelik..

aku tergelak dalam hati..-cerita rekaan-

Friday, March 20, 2009

KISAH MENYENTUH PERASAAN


AlAhmad Izzah Al-Andalusy..

~cerita ini amat menyentuh perasaan..~

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.

Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseoran mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai...hentikan suara jelekmu! Hentikan...!" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang.

Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata,"Bersabarlah wahai ustaz...InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,

"Sungguh...aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah.

Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.

Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah...seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama
itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.

Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.

Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa....? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi..."

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi...Abi...Abi..." Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai...siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi..." jawabnya memohon belas kasih. "Hah...siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah..." dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba "Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak...! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'...Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu."

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.

Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi...Abi...Abi..." Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.

Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha..." Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.

Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu..." Terdengar suara Roberto meminta belas.

Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah...'. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.

Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya..."

Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.

Benarlah firman Allah...

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALlah, tetaplah atas fitrah ALlah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah ALlah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS>30:30)

Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya ...

Sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad.

Dari : Al-Manahil

Tuesday, March 17, 2009

TAK SEMUA HUKUM BOLEH DILANGGAR?

SALAM...
"Peraturan dicipta untuk dilanggar!!"
aku sering mendengar ayat di atas sejak aku kecil lagi terutama sekali oleh orang yang baru sahaja buat salah dan cuba untuk menutup kesalahan itu..

Hatiku bermonolog sendirian.."kalau ia dicipta untuk dilanggar, kenapa ia dicipta?. Jadi, aku sebagai seorang mahasiswa yang waras dan bakal jurutera profesional, aku bertekad akan untuk tidak melanggar peraturan di manapun aku berada selagi tidak bertentangan dengan hukum syara". Tapi, aku masih lagi tidak puas hati dengan ayat di atas kerana seolah-olah orang yang dapat memanipulasikan peraturan yang ada telah menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri dan untuk menghapuskan apa sahaja yang menghalang dia untuk mencapai matlamat.
p/s: perkara di atas tidak berkaitan dengan apa yang aku ingin kongsikan di sini..hahahaa..

Saban hari, kita seakan-akan sudah lali melihat di kaca television, surat khabar (samada yang penipu mahupun tidak), dan banyak lagi media cetak lain berkaitan dengan kes-kes manusia yang tidak sedar a.k.a b*d*h ini dengan mudahnya melanggar peraturan yang ada (samada sekular atau tak). Malah terdapat segelintir umat manusia di dunia ini yang telah menjadikannya rutin dan berbangga dengan jenayah yang dilakukan.-macam lah dapat duit-..

*"tapi, sedarkah anda wahai manusia sekalian..bahawa kita sebagai makhluk yang lemah tidak mungkin dapat melanggar semua hukum yang ada."

Haaa...
aku termenung sejenak selepas aku mengengar pensyarah "introduction to design" aku menaburkan ayat yang bertanda * di atas kepada kami (Tapi ayat itu aku dah modify untuk kesesuaian semua lapisan masyarakat).
agak-agak, apa maksud dia bagitahu demikian?

dia kemudian menulis sesuatu di papan putih..
F = ma... setuju??
kami semua mengangguk faham..
itu adalah hukum Newton!!
siapa yang boleh langgar?
kita adalah manusia yang ego. jika anda adalah orang yang suka melanggar hukum, cuba langgar hukum di atas..boleh?

tu baru satu. ada lagi..
-hukum Faraday
-hukum keabadian tenaga
-hukum termodinamik
-hukum voltan dan arus Kirchoff
-ada banyak lagi...aku pun tak ingat semua..

Jadi, adakah anda masih ingin mengaku boleh langgar semua hukum? silakan..
Tidak dinafikan terdapat hukum-hukum tertentu yang boleh dilanggar oleh orang-orang tertentu termasuk aku hahaha...


ha.. ni buktinya...aku kat tengah kalau nak tahu la...
bagaimana 3 orang di atas boleh melakukan tendangan dari udara (Rider kick) dengan kelajuan tinggi (hingga kaki mereka terbakar!) ? sedangkan di mana-mana pun graviti adalah bernilai 9.81m/s2 pada aras laut. jika dikira dengan logik akal manusia bersama dengan bantuan kalkulator, anda akan mendapati hal ini hanya berlaku jika:

1) Anda lompat dari atas langit beribu-ribu kilometer dari aras laut - kalau berani la..
2) Henshin jadi rider dan guna clock up sebelum membuat tendangan - korang bukan kamen rider..

jadi, kesimpulannya, simpulkan sendiri....

sesungguhnya satu-satunya hukum yang luhur adalah hukum Allah.. persetan golongan kuffar yang memfitnah hukum Islam! ketahuilah hukum-hukum tersebut adalah untuk kepentingan kita juga samada sedar atau tak sedar..


“Tidak boleh memudaratkan diri dan mencetuskan mudarat kepada orang lain” [Hadith dari Abu Sa'id al-Khudri, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan lain-lainnya]

thelegend88.blogspot.com
~make history or become history~

Monday, March 16, 2009

INTELEK '09 - Suntikan baru buat Mahasiswa

copied from http://pmiutm.blogspot.com/

UTM Skudai :Seminar Keintelektualan Mahasiswa (INTELEK’09) anjuran Persatuan Mahasiswa Islam dengan kerjasama Persatuan Sains dan Teknologi (PESAT) dan Persatuan Mahasiswa Pendidikan (PMP) telah berjaya diadakan pada 13 dan 14 Mac lepas iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu.

Forum “Dunia Baru Mahasiswa ” membuka tirai INTELEK’09 bertempat di N24. Kehadiran peserta forum amat mengalakkan apabila hampir 400 orang mahasiswa memenuhi dewan kuliah tersebut. Tajuk yang dikupas dalam forum tersebut adalah berkenaan dunia mahasiswa hari ini yang kian tertutup minda serta pemikirannya, hanya fokus pada pembelajaran semata-mata tanpa menghiraukan segala yang berlaku disekeliling.

Antara ahli panel yang dijemput khas untuk Forum "Dunia Baru Mahasiswa" ialah Ustaz Rifqi Maidin, Dr Arief Salleh, Timbalan Pengarah PPIPS dan En. Rosdi, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung cawangan Negeri Johor. Moderator pada forum tersebut adalah saudara Mohd Amin bin Mohd Hamami, Presiden PMIUTM. Turut hadir dalam program tersebut adalah Ustaz Nasir b. Masroom selaku pegawai agama Hal Ehawal Pelajar.

Dewan forum hangat apabila ahli panel menyentuh dan mempersoalkan keterlibatan mahasiswa dalam semua isu yang berlaku sama ada isu diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Turut menjadi perbahasan dikalangan ahli panel mengenai isu PPSMI yang sedang hangat diperkatakan pada hari ini dan keterlibatan mahasiswa dalam menyatakan pendirian. AUKU, undang-undang yang selama ini menyekat potensi mahasiswa turut dibahaskan dalam forum tersebut. Kepelbagaian pandangan dikalangan ahli panel dilihat positif. Sekurang-kurangnya mahasiswa dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara atau isu yang berlaku.


Pada 14 Mac 2009 pula telah diadakan pembentangan kertas kerja oleh 3 penceramah yang dijemput khas. Program tersebut bermula dengan "Wacana Intelek" bersama Dato’ Prof Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah UNESCO-RCEP. Beliau banyak menyentuh pengalaman beliau bersama mahasiswa di dalam dan luar negara. Sesuatu yang menarik perhatian apabila beliau berbicara soal "Kebodohan Intelektual" dan "Kejahilan Sekolah" di kalangan masyakat kita pada hari ini.Gejala ini semakin menular dikalangan mahasiswa dan mahasiswi di kebanyakan IPTA/IPTS. Tetapi siapakah yang harus dipersalahkan dalam persoalan ini?, sama-sama kita fikirkan.



"Kembara Intelektual", itu yang diungkapkan oleh beliau agar mahasiswa yang tidak mempunyai kemampuan untuk mengembara secara fizikal dapat mengembara secara Intelektual dengan membanyakkan dan mempelbagaikan bahan bacaan seperti buku, jurnal dan majalah-majalah yang bermanfaat.




Seterusnya pembentangan kertas kerja “Pemikiran Merentasi Zaman” oleh cikgu Azmi, Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) yang banyak membicarakan soal realiti semasa dan penyakit yang melanda masyarakat. Persoalan sikap individualistik masyarakat yang menyebabkan semakin tipis rasa bertanggungjawab, Soal Matearialistik yang hanya mementingkan status benda dalam semua perkara, dan budaya komersialisme dalam setiap perkara dilakukan antara topik yang hangat dibincangkan dalam pembentangan kertas kerja tersebut.








Pembentangan terakhir berkenaan tentang “Keajaiban Otak Manusia” oleh Prof Madya Dr Raden Budiyono dari Natural Health Sciences. PM Dr Raden yang mesra dengan panggilan Dr Raden telah menyentuh soal "Keajaiban Otak Manusia" dari sudut Sains dan Al-Quran. Ternyata yang hadir memberi respon yang baik dan banyak bertanya soalan berkenaan bagaimana untuk membangunkan potensi otak dalam membina keintelektualan mahasiswa.








Di akhir program tersebut, Saudara Ismail Bin Sirajudin, Naib Presiden 1 PMIUTM merangkap Timbalan Pengarah INTELEK'09 telah memberikan ucapan penggulungan mewakili Presiden PMIUTM yang tidak dapat bersama pada hari tersebut.












"Persatuan Mahasiswa Islam UTM komited dan serius dalam usaha mengembalikan jati diri mahasiswa agar lebih berintelektual pada masa akan datang. Dalam usaha melawan arus Hedonisme yang semakin "menggila" pada masa kini, kita akan cuba melawan dengan arus gelombang Intelektual dengan harapan gelombang yang kita bawa dapat menenggelamkan arus hedonisme di kampus UTM yang kita cintai ini." Jelas beliau pada ucapan penggulungan tersebut. -LPM PMIUTM-

Wednesday, March 11, 2009

KENAPA JURUTERA JAGA SOLAT?

‘SOLAT ITU TIANG AGAMA’

Tiang merupakan satu binaan asas yang amat penting dalam sesuatu bangunan. Hatta reban ayam sendiri pun wajib dan amat memerlukan tiang untuk berdiri kukuh.

“Beribu-ribu interpretasi dapat dibuat dari makna tiang, kalau bahasa arkiteknya tiang umpama tulang belakang kepada struktur bangunan. Komponen utama dalam bembinaan sebuah bangunan perlu ada asas, tiang, bahan binaan seperti dinding dan atap. Maklumat lanjut boleh layari laman web di internet.."

-akhi Aizat-

Fakulti alam bina UTM

Takrifan di atas menunjukkan betapa pentingnya tiang dalam sesebuah bangunan.. Nadi kepada bangunan tersebut..






Rasullah s.a.w bersabda :
"Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama".


Jadi, sebagai seorang jurutera, kita tidak mempunyai sebab kenapa kita tidak menghormati solat. Ayuh jurutera sekalian! Mari kita kukuhkan agama kita dengan memantapkan tiang agama!..

~huhu..ayat untuk aku…~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code