Wednesday, May 25, 2011

Misi balik rumah 3: Dan lain-lain

Anak-anak ikan yang comel macam berudu

Beberapa hari buntu memikirkan tentang ikan yang aku bela selama satu semester. Anak sulung sudah membesar separuh daripada saiz induknya. Ada yang cadangkan supaya dilepaskan di tasik. Dan ada yang cadangkan supaya diwariskan kepada orang lain. Beberapa hari berfikir, aku ambil cadangan pak cik aku. “kalau berani, gamble lah. Bawak gi sana dalam bekas yang boleh dipercayai. Kalau lepas, lepas la. Kalau tak lepas, haaahahahaha..”

Kad isi semula yang aku terfikir untuk simpan

Semasa tahun tiga, aku guna terlalu banyak kredit telefon (jangan fikir bukan-bukan). Apabila hampir tiba di penghujungnya, baru aku terfikir untuk simpan benda ni. Dalam perancangan, aku ingin membina sebuah rumah kecil daripada bahan ini. Tapi tak sempat. Titik.

Fail program yang diberi percuma

Dalam apa-apa program, perkara yang menjadi kebiasaan adalah menyediakan fail untuk para peserta bagi menempatkan handout program. Ia mempunyai banyak perbezaan. Ada yang kotor berlumpur menggambarkan bentuk program yang lasak. Ada yang sangat bersih dan tidak berkedut sedikitpun menggambarkan bentuk program yang sangat selesa. Ada yang berconteng penuh dengan lakaran, kartun dan ayat-ayat chenta menggambarkan kebosanan program tersebut. Tapi ada satu persamaan diantara kesemuanya. Semua fail mempunyai pattern yang sama iaitu fail kertas yang murah. Termasuklah program besar HEMA dan PMI. Waahahahaha.

Huruf-huruf dalam tulisan bugis

Masa aku tahun dua, aku pernah minta pak cik aku tuliskan huruf-huruf yang ada dalam bahasa bugis. Terdapat beberapa huruf (bengkang bengkok) yang ada dalam senarai. Manakala untuk setiap huruf, terdapat 5 baris yang berbeza untuk memberikan bunyi a,e,I,o,u. Ini bermakna, cara penulisannya adalah lebih kurang dengan bahasa arab. Masalah paling besar adalah, aku hanya jumpa benda ni terselit dalam sebuah fail semasa mengemas bilik!.

Nota biologi

Semasa mengemas barang, setiap kertas yang ingin dibuang akan diperiksa terlebih dahulu. Salah satu kertas yang ditemui adalah nota biologi/sains ini. Masalahnya, aku pelajar mekanikal. Macam mana aku boleh ada nota system reproduksi organisma ni?

Orang halimunan berlawan dengan orang jahat
Dan..

Hantu kepala dua

Aku pernah jadi naqib usrah remaja beberapa ketika dulu (padahal pelajar sekolah rendah). Salah satu modul yang aku buat untuk mengenali mereka adalah menyuruh mereka melukis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran mereka. Inilah hasilnya!. Waaahahaha.. sama ada mereka terpengaruh dengan TV atau mereka berimaginasi tinggi, aku harap ia sesuatu yang baik.

Barang Tawau

Ini adalah antara cenderahati yang orang selalu bawa pulang dari Tawau. Masakan aku akan bawa balik lagi kalau aku boleh bagi orang yang tidak ada rezeki untuk pergi ke Sabah.

Sijil hitam putih

Semasa aku menyusun fail, aku terasa seperti bilangan sijil aku terlalu banyak untuk orang yang seperti aku. Bila aku periksa, rupanya setiap sijil aku ada dua lagi salinan fotokopi di belakangnya. Aku masih ingat sebelum masuk UTM, aku pergi ke rumah ketua kampung dengan sijil-sijil ini. Aku jadi tukang COP dan dia jadi tukang tanda tangan. Lenguh jugak aku tengok dia sain.


Catatan:
1. Kalau nak masuk UTM, tak perlu fotostat semua sijil walaupun diminta berbuat demikian. Kalau perlu pun, boleh buat di UTM.
2. Sehari mengemas bilik, memori aku di-refresh untuk empat tahun
3. Oh ya. masa update ni baru aku ingat. aku pernah ajar tuisyen. masa tu salah satu subjek adalah sains. jadi, tu adalah nota sains. bukan bio.

Lampiran
Pesanan untuk yang lain, kalau nak hantar barang melalui pos, pastikan kotak itu berbalut dan ada alamat kepada dan daripada. Kalau tidak, anda akan jadi ajk cenderahati on-the-spot di pejabat pos macam kami.

Aku akan merindui tempat yang berbau harum ini. Kad diskaun 10% aku akan luput pada 11-11-11. Ini bermakna, aku masih boleh berfoya-foya di sini masa konvokesyen!.

Aku juga akan merindui sahabat-sahabat, teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan dan cewak-cewak di UTM. Babai!

Tuesday, May 17, 2011

Filem Islamik Indonesia

Kisah seorang lelaki kurang baik berkawan dengan gadis baik yang dihalalkan oleh kehadiran seorang kanak-kanak

Pendahuluan
Diceritakan, terdapat seorang lelaki yang soleh. Mengenali seorang gadis Kristian yang baik. Tapi berkahwin dengan wanita solehah yang juga baik. Akhirnya mengahwini juga wanita kristian yang baik itu. Sementara menunggu isteri solehah melahirkan anak, isteri Kristian jatuh sakit dan ditakdirkan meninggal dunia selepas mengucap dua kalimah syahadah.. suasana pilu menyelubungi. Hebatnya cinta sang suami

Al-kisah sa orang anak soleh yang sedang belajar di Mesir berbekalkan duit jual tempe. Diminati dua wanita islam. Satu solehah dan satu tidak solehah. Ditakdirkan semuanya bertemu di Indonesia. Bermulalah babak cinta antara mereka dan berakhir dengan perkahwinan yang membenarkan ayat Allah, wanita baik untuk lelaki baik. Mereka hidup bahagia dalam lingkungan ilmu di sebuah Pon Pes.

Seorang lelaki soleh yang sedang belajar di pesantren telah menjadi korban fitnah. Dibuang dengan hina dan akhirnya menjadi penyeluk saku. Kerana ingin menyelamatkan seorang gadis daripada tunangnya yang jahat, dia telah menemui hidayah dan menjadi mubaligh muda yang baik. Adapun adik kepada kiyai di pesantrennya yang dulu juga menyukainya. Istikharah pun berlaku di antara dua-dua muslimah solehah. Tapi pilihannya telah terkorban dalam satu kemalangan. Akhirnya dia memilih yang tidak terkorban. Happy ending full barakah.

So?
Siapa yang belum faham pendahuluan yang aku tulis, boleh rujuk hint di bawah.

Kisah percintaan seorang lelaki dengan wanita solehah dan Kristian

Kisah percintaan seorang lelaki dengan wanita solehah dan un-tapped market

Kisah percintaan seorang lelaki dengan dua muslimah solehah

Ok. Tutup cerita. Kita pergi kepada satu lagi filem. Tapi awas! Filem ini tidak diwar-warkan oleh ramai orang. Tidak seperti filem diatas yang diiktiraf sebagai filem wajib tonton. Filem wajib ambil iktibar oleh pencinta gerakan Islam. Namanya Sang Pencerah

Kisah seorang lelaki yang ingin menyelamatkan agamanya

Mungkin kisah percintaan lelaki ini biasa-biasa. Tidak perlu diduga dengan air mata. Hanya sekadar lamaran dan majlis perkahwinan yang biasa. Tapi ada satu lagi cerita yang lebih besar yang ingin disampaikan di sini.

Cabaran dakwah

KH Ahmad Dahlan. Pengasas Muhammadiyah, Indonesia

Dengan latar masa akhir 1800 hingga awal 1900, Kiyai Haji Ahmad dahlan yang mendapat pendidikan awal di sebuah kampung di Jogjakarta melihat keadaan umatnya yang kuat mengamalkan Islam suka mengaitkannya dengan amalan khurafat lain.

Setelah bermusafir ke Mekah untuk mendalami Ilmu agama. Akhirnya beliau cuba membawa pembaharuan. Membuka tempat pembelajaran yang lebih sistematik. Membantu orang melarat dan membetulkan fahaman umat Islam setempat.

Keluarga

Kalau ingin dibandingkan dengan filem di atas, peranan seorang muslimat sebagai seorang isteri lebih ketara dalam filem Sang Pencerah. Walaupun tudungnya tidak begitu labuh.

Penutup

Akhirnya Kiyai Dahlan Berjaya menubuhkan perkumpulan Muhammadiyah sebagai satu gerakan yang berorientasikan Islam, pendidikan dan kebajikan.

~kalau kita tahu perjuangan ini benar atau tidak, kita tidak akan pernah belajar (Isteri KH Ahmad Dahlan)
Kamsar, 18 Mei 2011, 7.50am

Catatan
1. Bukan nak suruh tengok movie arr..
2. Latar masa filem ini agak lama. Jadi ramai kanak-kanak tidak berpakaian
3. Aku menanti filem Malaysia. Adakah tidak ada tokoh untuk dijadikan iktibar?
4. Kalau nak ambil iktibar dari filem percintaan islamik (peh!), tengoklah yang bermula dengan perkahwinan. Bukan ending baru nak kahwin.
5. Setiap orang ada komen masing-masing. Minta komen syiekh..whoa!

Monday, May 16, 2011

Nak untung, tak nak kalah

Ini bukan tayar motor aku

Pengenalan
Pak Saad adalah seorang pak cik yang memberikan khidmat tukar tiub dalam UTM. Dengan motosikal EX5 (kalau tak silap), beliau berlegar-legar dalam UTM memenuhi panggilan mahasiswa UTM. Aku kagum dengan kesungguhan beliau.

Sekitar UTM dan Taman Universiti, ada banyak kedai motosikal. Tauke-taukenya Nampak kaya. Mereka jual banyak motosikal dan komponen motosikal.


Pancit 1
Dua semester lepas (setahun), tayar aku pancit. Aku call Pak Saad. Dia datang tukar tiub. Dia kata, tayar aku dah rosak. Dah koyak. Kalau pasang tiub baru pun, nanti akan bocor lagi. aku belum jawab apa-apa, dia dah bagi cadangan sendiri. Dia potong tiub lama (yang bocor) dan gunakan untuk lapik bahagian tayar yang koyak. Dia kata, ini untuk lindungi tiub baru daripada tayar yang rosak nih. Aku guna dua semester dengan baik.


Pancit 2
Baru-baru ni, motor aku pancit. Sebab aku guna dalam keadaan tayar kurang angin, berbonceng, dalam hujan lebat. Aku call Pak Saad, dia tak dapat dihubungi. Aku dan member yang motor rosak pergi ke kedai yang terdekat di luar UTM. Tauke tu cakap kena ambil motor tu guna lori. RM20 charge untuk angkut. Aku blah pegi kedai sebelah. Sebab dia tak ada pelanggan dan lori tak available, dia hantar sorang mekanik pegi tengok motor kami.

dia pun tukar tiub. Alas tiub yang Pak Saad pasang hari tu dia buang. Bayar Rm15 termasuk 5 ringgit charge dia datang.


Pancit 3
Lepas tukar tiub, aku guna motor tu pegi café beli makanan. Kemudian parking sampai petang. Dekat maghrib aku nak pakai, dah pancit. Aku tolak pegi kedai tadi suh pasang tayar tubeless. RM65 paling murah. Aku mintak RM60. Dia kata ok. Pastu dia kata kepala tiub berharga RM5. Jadi semuanya RM65. Mantap tak?


Pancit 4
Lepas maghrib, aku pergi makan. Azan isyak, aku dan kawan pergi masjid solat isyak. Pancit lagi. aku bawak balik blok dan tanggalkan tayar. Hantar tayar pergi stesen minyak tapi pam rosak. Hantar tayar pergi kedai tapi kedai tu tutup. Aku hantar tayar pegi kedai sebelah. Tauke tu cakap, “saya pam, cas 1 linggit. Kalau ada masalah, saya cas lain”. Aku geleng kepala sambil kata ok.

Dia pam. Kata ada kebocoran di kepala tiub. Maksudnya kena ganti kepala tiub baru (walaupun aku kata benda tu baru pasang tidak lebih 6 jam tadi). Charge RM8 termasuk kos pemasangan tambah RM1 untuk pam. Sebab udara di kawasan tu dia yang punya. Dia pasang kepala tiub baru, kemudian check sama ada terdapat kebocoran atau tidak.


Penutup
Akhirnya motor aku sembuh lepas berhempas pulas pasang semula tayar.
Aku tahu kalau ada kebocoran pada kepala tiub lepas dia pasang, dia akan betulkan pemasangan. BUKAN TUKAR KEPALA TIUB YANG BARU.

Catatan
1. Aku baru tahu pam tayar pun kena bayar
2. Aku rindu Pak Saad
3. Pelajar universiti mudah ditipu?
4. Kapitalisme. Mana kedai motor MELAYU?
5. Lepas ni jangan suh aku bukak bengkel pulak.



kalau dah gila untung macam nih..ini bukan berniaga!. ini...ini...unnngggghhhh...ini konspirasi!

Sunday, May 15, 2011

Mintak Puji


Diceritakan: Seorang badwi ketika sedang melakukan solat, sebahagian orang memujinya dan menggelarkan si badwi tersebut sebagai seorang yang soleh dan bertaqwa. ketika mendengar pujian tersebut si badwi memotong solatnya dan berkata:
"Di samping itu saya juga sedang berpuasa"

~tamat~

tadi pergi ke Jusco dan terbeli buku "tersenyumlah" karya Dr. Aidh. buku yang aku sentiasa tanya abang kedai buku Badan Cemerlang setiap kali aku pergi sana. dapat 20%. ada banyak lagi. dapatkan sebelum terlambat!

kenapa manusia terlalu tamakkan pujian dan pangkat dan harta dan kehormatan dan segalanya? inikah yang dinamakan RAKUS?!

fakta yang tidak dinafikan. hanya untuk menunjukkan dunia..

ada jugak yang perasan comel dengan pakaian pelik-pelik.

kesimpulan

Rakyat Malaysia memang gila gelaran. Contoh:
Yang Berhormat Leftenan Kolonel Dato' Dr. Ir. Haji Kamsar Muhamad Bahron. P.M.N., P.S.M, S.P.C.M., S.P.M.J., D.P.M.T., D.P.S.K., P.G.D.K., J.M.N., K.M.N., B.A. (Hons.) (UTM), Hon. L.L.D. (UTM), Hon. D. Litt. (UTM)

Amy SEARCH
Bandi AMUK
Nabil raja lawak
dll. fikir sendiri

Saturday, May 14, 2011

Pokok biasa yang ingin terus hidup

Hari itu cuaca amat sejuk. Aku dan rakan-rakan lain diletakkan sederet dengan pokok Citrus recticulata atau pokok limau mandarin.
Lagu tahun baru cina didendangkan sepanjang masa. Tapi ia tidak mungkin dapat mengganggu zikirku. Hatta kalau aku dibeli oleh golongan mereka sekalipun, aku pasti akan terus berzikir kepada penciptaku.
Tiba-tiba seorang pemuda beriman mampir. Dia membelek setiap satu daripada kami. Agak lama termenung, kemudian dia tersenyum seorang diri lalu mengambil aku dan membawa aku ke kaunter pembayaran.

Subhanallah.. gembira tidak terkata. Aku telah terpilih untuk menghiasi bilik seorang pencinta dan pengamal ilmu. Malah aku dijaga dengan cukup baik.
Dia kata, aku dapat menyegarkan biliknya secara semula jadi. Menambahkan kepekatan oksigen malah mampu memberikannya inspirasi!.
Aku berusaha sedaya mungkin untuk menjadi besar, tinggi dan cantik.

Hari itu, alas tempat aku berdiri telah digantikan dengan tisu. Pemuda itu kata, kalau tidak letak tisu, nanti bilik dia akan kotor selepas menyiram aku.
Aku akur. Yang penting dia gembira.

Pernah dulu, semasa tinggiku sudah mencecah dua kali ganda daripada tinggi asalku.
Suatu hari, pemuda itu berkata, dia perlu keluar selama beberapa hari untuk pergi ke sebuah program. Aku akur kerana ia adalah program tarbiyah. Kata pemuda itu.
Untuk memastikan aku terus mendapat air dan cahaya matahari, pemuda itu meletakkan aku di luar bilik. Di celahan semak samun bersama dengan rumput-rumput lain.
Aku kesejukan. Aku ketakutan dan aku kesunyian. Hinggalah suatu hari, seorang lelaki garang datang bersama bilah tajamnya mencantas semua rumput yang ada termasuklah aku.
Dalam kesakitan, badanku kembali rendah seperti dahulu..

Sekembalinya pemuda itu dari program, akulah yang pertama diperiksanya. Dengan muka sedih, dia mencari akal supaya aku tidak lagi perlu dikeluarkan dari dalam bilik.
Berbekalkan sebuah akurium kecil yang tidak berisi, dua carik kain pengelap dan dua batang ais krim Moo, dia Berjaya membuat sumber air untukku secara berterusan.
Pemuda itu tersenyum puas.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Aku semakin tinggi dan cantik.
Dengan sistem bekalan air yang dibuat untukku, aku kini hanya diperhatikan sebulan sekali. Itupun untuk menambah bekalan air.
Lebih-lebih lagi dia sudah ada teman baru yang lebih comel dari aku. Dia sudah ada sumber inspirasi baru. Aku diletakkan di sebelah tingkap. Bukan lagi di atas meja belajarnya.

Suatu hari, pemuda itu balik ke bilik dalam keadaan gelisah. Dia mencari-cari sesuatu.
Dia kata, dia mesti bagi hadiah dalam perjumpaan yang akan diadakan petang nanti. Tapi dia tidak tahu mahu bagi apa.
Kemudian pemuda itu memandang aku. Lantas mengambil gunting, gam dan pembalut hadiah.
Sambil tersenyum, dia berkata kepadaku. “nanti, awak akan dijaga oleh orang yang lebih penyayang. Mesti awak suka”
Tersentap perasaan aku pada masa itu. Adakah aku akan bertukar tuan? Siapa? Sanggupkah dia menjaga aku?
Tiba-tiba dunia menjadi gelap. Aku dimasukkan ke dalam kotak kecil yang dibuat sendiri oleh pemuda itu sebelum dimasukkan ke dalam pembalut hadiah.
Dalam gemuruh, aku dapat rasakan aku dibawa menaiki motosikal dan dibawa ke suatu tempat.
Aku hanya mampu menghidu bau tasik dan bau pokok ketapang selepas hujan lebat.
Apakah nasib aku selepas ini?
Siapakah tuan aku selepas ini?

Santuni semua jiwa walau hanya seekor anak ikan (tanaksada)
Kamsar, 15 mei 2011, 1.24am

Catatan:
1. Kepada sesiapa yang berkaitan, sila jaga pokok aku dengan baik
2. Azam hidup pokok sangat tinggi!
3. Ini entri untuk diri sendiri. Maaf kalau rasa terbuang masa lepas baca entri ni. Pasni aku buat yang berisi..

Wednesday, May 11, 2011

Kisah budak final year: part 3

Ini adalah kereta yang paling selamat di dunia. Sila lihat bentuk hadapan kereta ni.

Entri aku pasal PSM pada part 1 sudah menceritakan tentang betapa pentingnya memilih tajuk PSM yang mempunyai kebaikan untuk Islam. Part 2 pula menceritakan tentang bahaya kenderaan. Antara tempat yang paling banyak meragut nyawa manusia adalah jalan raya. Tapi manusia tetap menggunakan kenderaan di jalan raya.


Tentang kemalangan

Sumber: JKR Malaysia

Di Malaysia, jumlah kemalangan meningkat setiap tahun. Kenapa? Rasanya semua ada pendapat sendiri. Ada yang salahkan kebangangan pemandu malah ada juga yang salahkan jalan raya buatan perasuah. Dari graf, jumlah kematian meningkat sebab jumlah kemalangan meningkat. Tapi kalau tengok nisbah kematian kepada jumlah kemalangan, nilainya sebenarnya menurun!. Kenapa? Kerana Allah… dan salah satu asbab adalah teknologi kereta kita semakin selamat untuk digunakan. Maksud aku secara keseluruhan bukan kereta Nasional. Wahahaha..


Bumper kereta

Siapa tak tahu apa itu bumper kereta, anda ada dua pilihan. Sama ada pindah rumah dalam hutan atau pergi tanya pakcik Google dan datang balik sini dan teruskan baca.

Aku ada teka teki. Antara kereta yang keras (tak boleh remuk) dan yang lembut (mudah remuk), mana yang lebih selamat? Jawapannya..

Ada orang jawab yang keras sebab penumpang dalam kereta akan selamat daripada terhimpit dalam kereta yang remuk.

Ada orang jawab yang lembut sebab remukan (ada ka istilah ni?) kereta akan mengurangkan impuls yang dikenakan terhadap penumpang.

Jawapan aku adalah tengah-tengah. Tidak terlalu tembut dan tidak terlalu keras. Itu gunanya tesis aku yang mencari parameter optimum bumper kereta tu. Dan part yang best adalah aku hanya perlu buat simulation.

Kesimpulan
Aku harap kajian aku ada kaitan dengan pembangunan ilmu kejuruteraan dalam bidang solid mechanics. Mungkin satu hari nanti kadar kematian akan menjadi sifar di jalan raya. Kurangkan kadar kemalangan, bagi orang lain fikir. Bhaaahahaha..

~Life without responsibility is empty. Every day I woke up with a purpose. (Clark Kent)
Kamsar, 11 Mei 2011, 10.22pm

Catatan
1. Semoga PSM aku bermanfaat
2. Keputusan PSM 4 kredit aku dah keluar. Alhamdulillah..
3. Belum jilid PSM!. Bla aku nak balik rumah nih.
4. PSM: Projek senyum memanjang
5. Tak faham, tanya

Lampiran

Video di bawah adalah 3 jenis kemalangan ngeri… aku tak paksa kamu bukak. Kalau muntah jangan marah. Kalau senyum, wajib komen!.






Kelajuan membunuh!. Mampu membunuh anda dan keturunan sekaligus.

Awas!. Kalau jumpa kereta ni, sila jauhkan diri anda..

No komen

Nak komen jugak. Tapi terlalu banyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code