Wednesday, January 22, 2014

Gocoh


Gocoh, istilah untuk pergaduhan yang melibatkan fizikal je. Lebih tepat lagi pergaduhan tumbuk menumbuk. (Mohd Hafizul Hilmi, 2014)

Sebuah kampung pedalaman menyimpan kisah kehidupan masyarakat yang tersendiri. Di sana, penduduknya berpegang kuat kepada ajaran agama Islam. Tapi membezakan tempat solat antara Balaisah Wan Ghani dengan balaisah Biru. Menjaga kehormatan agama dari dinodai orang kafir tapi hidup berpuak antara kopiah dan songkok. Antara bendera hijau dan biru. Masing-masing melihatnya sebagai jihad dan ada yang sanggup bertindak ekstrim berpandukan Itiqad sendiri.

Jali mula terbuka mata setelah berkenalan dengan seorang penulis berbangsa Cina-Kristian bernama Adrianne. Tapi perkenalan mereka sudah tentu dipandang sinis oleh orang kampung. Konflik bertambah apabila bapa kekasihnya bertukar parti dan mula memakai songkok dan tidak solat di Balaisah Wan Ghani.

Mimpi yang sering dialami oleh jali juga menjadi semakin jelas. Tapi apakah maksud di sebalik mimpi tersebut?.

“Jika di penghujungnya cemar, jangan terjun”

Tajuk: Gocoh
Tebal: 226 mukasurat
Penulis: Wan Shafiq
Harga: RM17.90
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: Lejen Press
...

Saturday, January 18, 2014

Seikat

Duit syiling terbakar yang saya cuba selamatkan.

Malam Hujung minggu yang sunyi di sebuah perumahan estet. Orang muda bermain futsal dengan penuh semangat. Ada match minggu depan katanya dengan budak estet sebelah. Kokokan ayam sudah lama hilang diganti dengan gonggongan anjing tidak bertuan.

Abang Roy foreman baru pulang dari kerja sambil disapa oleh seorang fitternya yang baru masuk shift malam. Din Dimas dari tadi bertenggek di depan pintu berbual dengan kekasih hatinya melalui telefon.

Abang Jack sibuk membuat burger cheese special untuk aku sambil mengambil order orang lain dan sesekali disapa oleh orang kilang yang lalu lalang.
“Bege cis special siap!”
“Berapa?”
“Tiga ikat setengah”
“Nah. Tengkiu!”

Kemay tiba-tiba menyapa dari belakang apabila melihat aku. Beliau adalah bekas pekerja kilang di sini dahulu sebelum berpindah ke syarikat yang lebih menguntungkannya.
“Peh.. Persona!” Puji aku kepada kereta baru yang dipandunya sambil mengangkat-angkat kening.
“Aaa.. biasa jak ni. Kereta hutang.”
“Berapa pendahuluan?” Aku mengajukan soalan standard untuk memulakan perbualan tentang kereta baru.
“Sendah sejja bah. Dalam 5K”
“Lima ribu ikat? Biar betul kau. Kau tidak takut dirompak kambing?” kali ini aku betul-betul mengangkat kening.
“Aku pun risau jugak tapi setakat ni ok lah.” Jawabnya ringkas dengan menggunakan ayat perbualan yang agak susah untuk disambung.

*sunyi*

“So kereta kau ni, bila mahu pasang turbo? Bilang enjinair.. apa barang pakai proton standard!” Kemay cuba untuk memecahkan kejanggalan.
“Ooooii.. agak-agak la. Setakat gaji beberapa ikat ada hati mahu pasang turbo. Benih duit yang aku pinjam dari bank hari tu pun belum selesai lagi. Hahahaha”

Selepas mengucapkan selamat tinggal, kemay menuju ke rumah om mark untuk bertanya khabar. Aku bergegas pulang ke rumah untuk menikmati makan malam bujang sambil melayan internet. Setengah ikat kangkung baki dari membeli burger tadi digenggam kemas. Bembaziran tidak patut berlaku walaupun semalam ketua Negara baru mengumumkan nilai kangkung sudah susut beberapa sen. Rakyat bersyukur.
...

Wednesday, January 15, 2014

Murtad


Adam dan Akhil, adik beradik kembar yang datang dari kampung di utara tanah air untuk mencuba nasib hidup di kota raya. Mereka adalah anak-anak yang soleh, periang, saling sayang menyayangi, berpelajaran dalam bidang IT dan pelajaran pondok serta tangkas dalam pergaduhan.

Satu pakej yang terlalu baik untuk sekadar bekerja di pejabat. Pengembaraan novel ini bermula apabila mereka mendapat tawaran kerja untuk agama yang menjanjikan gaji yang lumayan. Membunuh orang-orang murtad!.

***

Rokok dicucuh. Akhil menghembuskan asap dan tersenyum mengangguk. “Muka sekoq-sekoq cam nak haram. Hehh.. hehehe samseng kepala bana apa hangpa ni!” sindir Akhil.
Telinga Dinggo mula merah menahan kutukan. Kepalanya diteleng ke arah rakannya di sebelah kiri. Kasman yang memegang kayu berlari menyerang ke arah Akhil yang masih lagi tidak berganjak. Akhil hanya meniup asap rokoknya menunggu lelaki berseluar kotak merapati ke arahnya.
“Hiyahhhh…” Sebatang kayu dihayun ke arah kepala Akhil. Akhil pantas menunduk lalu merembat perut Kasman yang terbuka dengan satu hentakan yang kuat. Terdengar bunyi retakan pada rusuk kasman yang bertubuh jangkung itu sehingga terus terbaring tidak bergerak.
“Siyei.. Jerit ja lebih. Cam haram!”

***

Akhil yang menyedari dirinya diterpa pantas menghayunkan bet besbol mengenai tepat ke kaki lelaki yang menyerangnya dari belakang. Lelaki yang kakinya patah terus terjatuh duduk ke tanah. Kemarahan Akhil tidak terhenti, dia bingkas menyepak muka lelaki itu sehingga bertaburan gigi kapak dan taring di celahan semak samun. Badan lelaki yang gempal tersembam ke tanah. Kaku.

***

Untuk novel aksi, saya memberi lima bintang kepada novel ini. Adegan gaduh yang digambarkan oleh penulis cukup menarik dan sangat jelas untuk digambarkan dalam kepala pembaca. Ada ketikanya pembaca akan membayangkan dirinya sendiri menjadi Adam atau Akhil. Whoa!.

Memandangkan watak utama dalam novel ini adalah orang utara, slanga yang dituturkan dalam dialog juga berbunyi utara. Bagi orang Borneo macam saya, advise rakan-rakan utara amat diperlukan termasuk memahami perkataan kesatnya. Haha..

Tajuk: Murtad
Tebal: 323 mukasurat
Penulis: Hasrul Rizwan
Harga: RM19.90
Kedai: Kinokuniya KLCC
Penerbit: FIXI
...

Monday, January 13, 2014

Nama Ai Alusmitai


Alusmitai. Selepas duapuluhlima tahun aku memanggilnya gula kapas, baru aku tahu ia ada nama yang lebih lembut dari kapas. Kaver buku berwarna merah jambu lembut dan ada alusmitai berwarna merah jambu yang jambu. Memang aku takkan baca buku ni di luar rumah. Whoa!.

Ini adalah buku orang dewasa. Aku lupa, entah Plato, entah Socrates, yang duk kata, “Cinta yang hebat selalunya berakhir dengan kekecewaan.” Dah lama sangat dah aku tak berapa nak percaya dengan cinta. Kalau orang Tanya, cinta itu apa? Aku jawab, entah!.

Tajuk: Nama ai Alusmitai
Tebal: 96 mukasurat
Penulis: Cik Samsuki Sukibari kadarain Indarawiyah, Siti Jasmina Ibrahim, Bihan Zulkifli, Serra Samz, Ingrid Anggriani
Harga: RM20.00-15% (Promosi RM100/6 buku)
Kedai: Lorongbuku.com
Penerbit: Sindiket Sol-Jah
...

Friday, January 10, 2014

Syukur


Usai solat subuh berjemaah di surau kampung, Pak Abu bergegas pulang. Semasa sinar mentari masih lagi bermalas-malasan menerjah permukaan bumi, Pak Abu sudah berada di kebun kecil di belakang rumah menyiram tanamannya dari pelbagai jenis sayuran. Rumput-rumput yang cuba menjajah kawasan tanaman dicabut dengan tekun. Siap!.

Pak Abu kemudian masuk ke dalam kandang ayamnya untuk memberi makanan ayam jenis baja untuk ayam betina yang akan bertelur dan makanan ayam jenis jagung kering untuk ayam jantan baka siam. Ayam lain tidak diberikan makanan dan hanya dilepaskan bebas ke luar kandang mencari sendiri rezeki mereka. Hari ini masih lagi belum ada telur ayam kampung yang ditemui di kandang ayamnya. Pak Abu menghela nafas panjang.

Beliau kemudian bergegas masuk ke rumah untuk bersiap pergi ke Bandar. Ada urusan penting yang perlu dibereskan.

Setelah sejam setengah menuggu bas di simpang kampung yang sejauh lima batang rokok dari rumahnya, akhirnya van penumpang pun tiba untuk mengangkut penumpang ke Bandar. Walaupun awal pagi, tingkap van yang dipanggil bas dibuka luas untuk membenarkan udara segar kampung menerobos masuk ke dalam perut van yang sesak dan usang itu.

“Nah..” Pak Abu menghulurkan tiga keping not seringgit kepada pemandu bas sebelum berlalu pergi.
“Pak cik!”
“Ya?” Pak Abu menoleh apabila dipanggil oleh pemandu bas.
“Mana cukup ni. Sekarang tambang empat ringgit sudah bah”.
Dengan muka bingung Pak Abu menghampiri pemandu bas yang masih duduk di tempat pemanduannya.
“Wainaa.. kau kasi naik tambang seringgit? Dulu-dulu aku pi Bandar tiga ringgit jak bah”.
“Itu dulu pak cik. Sekarang harga minyak sudah naik.”
Pak Abu menarik nafas berat.
“Hutang! Nanti pulang aku bayar”.

Pak Abu berlalu pergi lalu menuju sebuah restoran mamak untuk bersarapan. Beliau sanggup menagguh sarapannya untuk sampai awal ke Bandar pada hari ini. Teh O suam dengan roti kosong menjadi pilihan hidangan yang paling sedap baginya untuk harga yang berpatutan. Banginya lah. Walaupun dia terpaksa membayar dengan harga beberapa sen lebih mahal dari sangkaannya dengan alasan harga gula naik.

[jeda]

Pukul dua petang, akhirnya Pak Abu keluar dari bangunan besar berdinding kaca itu bersama dengan sampul surat dan senyuman yang menguntum di bibir. Orang di sana kata, slip yang ada di dalam sampul surat ini perlu dihantar ke bank untuk ditunaikan menjadi wang sebanyak lima ratus ringgit.

Beliau berjalan pantas dengan kudrat tuanya menuju masjid besar di Bandar tersebut untuk menunaikan solat zohor terlebih dahulu sebelum ke bank. Kerana Pak Abu tahu beliau akan berada di sana menunggu giliran sehingga petang. Dalam benaknya beliau memanjatkan puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan warganegara sepertinya pemimpin yang sangat prihatin dengan masalah rakyat. Hatta Dr. Mahathir yang beliau paling sanjungi sendiri pun tidak pernah memberinya wang secara terus sebegini.

Sampul surat warna putih disisipkan ke dalam poket kemeja kotak-kotak yang dipakainya.
“Ndak sia-sia aku mengundi kamu. Itu hari dapat dua ratus ringgit dengan tangki biru, sekarang dapat lagi lima ratus.”

[jeda]

Di kejauhan nun di sebuah Negara penjual minyak, seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya menuding jadi kearah sebentuk cincin berlian.
“I want that”
“Madam, the price of the rin….”
“Shut up. I don’t ask you the price!”.


...

Thursday, January 9, 2014

Novel Eksperimental


Ahmad Abdul. Seorang yang sangat rapat dengan nombor tujuh. Bekerja menerima upah sebagai tukang tulis surat cinta. Bermula dengan kehidupan yang aman dan teratur tapi akhirnya menjadi tunggang langgang dan merumitkan pembaca.

Apa hebatnya cerita ini? Ini adalah novel eksperimen. Sepuluh orang penulis menghasilkan sebuah novel dengan mencantumkan bab-bab yang mereka tulis secara berasingan. Dengan harapan tentunya ia layak dipanggil sastera. (Ayat belakang buku).

Semasa membaca novel ini, aku turut mengerah akal berfikir kalau aku menjadi salah seorang penulis novel eksperimen ini, apa agaknya yang aku akan tulis?.

Apa yang pasti, penulis sepertinya berfikir berat untuk menyambung bab yang sebelumnya dan pengakhiran bab yang sangat twisted dan di luar jangkaan.

“Waktu Cuma mengira kita berhenti di destinasi, jadi jangan berhenti di perhentian buruk ini”
-SEFA, terima kasih kerana sudi bagi autograf.

Tajuk: Novel Eksperimental
Tebal: 151 mukasurat
Penulis: Mohd Jayzuan, Sefa, Shima Scarlett, Ayie, Seyn, Sheera Hera, Habibah Alyahya, lang Rahman, Xalleh Razak, Meor Hailree Harga: RM17.00-15% (Promosi RM100/6 buku)
Kedai: Lorongbuku.com
Penerbit: Rabak-Lit
...

Tuesday, January 7, 2014

Tiada tajuk


Masih ingat buku suram yang ada tulisan dengan darah ‘Jangan baca novel ni’?. Buku ini lagi menyesakkan nafas ketika membacanya. Sangat kosong. Sekosong kulitnya yang hitam pekat. Tanpa tajuk dan dibiarkan misteri.

Siapa yang tulis buku ini? Apa kaitannya dengan buku hitam yang ada tulisan darah itu?. Kalau buku sebelum ini mengenai kisah di dalam kisah, cerita dalam buku hitam ini pula mengenai apa pula?. Terlalu banyak misteri untuk dirungkai.

Sememangnya jalan cerita ‘jangan baca novel ni’ sudah tamat. Tapi adakah misterinya hanya sampai di situ sahaja?. Maka muncullah buku hitam ini merungkai semua persoalan yang ada.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan semula semangat yang tertinggal di buku pertama, inilah ubatnya. Bukan lari dari misteri tapi teruskan perjalanan hingga bertemu jawapan di akhir cerita. Itu pun kalau jumpa lah…

Tajuk: Tiada tajuk
Tebal: 277 mukasurat
Penulis: Ismi Fa Ismail
Harga: RM23.90
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: IFI Enterprise
...

Monday, January 6, 2014

Jangan Baca Novel Ni


Aku tidak tahu mahu cakap apa pasal buku ni. Sebuah buku yang suram tanpa corak. Hanya kesan darah yang tertulis ‘Jangan Baca Buku Ni’. Menandakan seseorang telah cuba memberi peringatan supaya tidak membacanya dengan darahnnya sendiri.

Tapi hati manusia begini lah. Semakin ditegah semakin kuat keinginannya untuk membaca intipati buku tersebut. Ingin mengetahui apa yang tertulis di dalamnya. Ingin menjawab persoalan kenapa ada orang yang bersungguh-sungguh melarang orang lain membacanya. Sehingga satu peringkat aku terjerat di dalam buku ini. Umpama melihat nama sendiri di dalam death note.

Sebuah cerita tentang cerita yang menceritakan kisah. Kisah apa? Kisah yang benar-benar akan kamu alami setelah membacanya. Dan sudah pasti bukan satu kisah yang ceria.

Tolong. Tolong selamatkan aku dari buku ini….

Tajuk: Jangan Baca Novel Ni
Tebal: 226 mukasurat
Penulis: Ismi Fa Ismail
Harga: RM20.90
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: IFI Enterprise
...

Saturday, January 4, 2014

Lagenda Mat Kilang #Terima Kasih


Dari cikgu sekolah rendah hingga penyarah universiti, semua sudah memberi nasihat dengan aku tentang tulisan. Terima kasih cikgu. 

Petang Sabtu. Aku sepatutnya kerja setengah hari sahaja tapi hari ini aku kerja sampai petang. memang prinsip kerja di sini antara enjinair, technician dan foreman salah seorang mesti ada yang bekerja tidak kira hari raya, krismas, tahun baru cina, tahun baru, tahun baru hijrah malah hari 1 Malaysia pun. Sekiranya seseorang ingin bercuti, dia perlu mendapatkan tanda tangan dari orang lain sebagai tanda sokongan. Bukan sokongan biasa-biasa. Tapi jika suatu masalah berlaku pada hari orang tersebut bercuti, orang yang memberi sokongan perlu bertanggungjawab menyelesaikan masalah, menjawab dengan bos dan sebagainya sementara orang yang bercuti akan menjalani hari cutinya dengan ceria dan kerjanya dibuat oleh orang lain.

Dimulakan cerita, hari sabtu adalah off day Foreman. Technician awal-awal lagi sudah sms aku untuk tambah cuti tahun baru. Ada masalah katanya. Memandangkan aku adalah orang yang recommend cuti beliau termasuk hari sabtu, aku perlu berada dalam kilang sehingga petang.

Sebelah petang sabtu dan sepanjang hari ahad biasanya adalah waktu rehat orang maintenance. Maintenance notification kurang, bos-bos yang berkeliaran pun kurang. Petang itu agak mendung dan sesuai untuk lepak di tempat makan yang bersebelahan dengan surau. bersembang tentang masa depan, masa lampau, jenis perangai orang-orang kilang yang bernama Ahmad, cerita sepasang suami isteri yang dikurniakan 9 orang anak perempuan dan bagaimana nilai hantaran anak-anak mereka akan meningkat mengikut urutan adik-beradik dan macam-macam cerita yang aku mulakan hanya dengan sejenis gam yang kontraktor gunakan untuk mengegam belt conveyor yang terkoyak di sebelah surau. Biasa.. cerita lelaki. Aku cuma nasihatkan mereka agar berhati-hati menggunakan gam tersebut sebab ia amat toksik hingga mampu memberi kesan negatif terhadap sistem pernafasan dan pembiakan orang yang terhidu.

Dengan ini, perenggan di atas sebenarnya adalah pendahuluan.

Tanpa sedar, sudah hampir pukul 5 petang dan aku belum solat asar. Sambil rancak bercerita, aku tanggalkan safety boot, stoking. Letak helmet, buku dan pen atas meja. Kemudian datang seorang pemuda dari fuel department ke dalam surau untuk solat. Operator yang baru mula kerja dan baru satu kali baca khutbah Jumaat. Aku terus bagi isyarat untuk dia tunggu. Biar lambat asal berjemaah kataku dalam hati.

Setelah tolak-menolak tiga kali, dia beralah dan menjadi imam. Tolak-menolak lagi, dia beralah dan membaca doa. Punya lah rendah diri mamat ni. Selepas mengaminkan doa dan bersalaman dan sidai sejadah, aku terus keluar.

Tiba-tiba dia panggil aku, 'Cip!'.
'ya?' kata aku.
'Terima kasih ya..' katanya sambil melipat kain batik coklatnya.
'Haaa... ya. Apa?' jawabku kemudian disusuli soalan. Dengar macam dia ucap termia kasih.
'Terima kasih!' katanya lagi dengan nada lebih tinggi.
'Ooo.. untuk apa?'
Dia hanya tersenyum sambil menyidai kain batik coklatnya dan menggantung songkok hitam di tepi tingkap masjid.

Terima Kasih; kata yg diucapkan atau yg ditulis sbg tanda bersyukur atau sbg tanda terhutang budi. berterima kasih mengucapkan terima kasih; melahirkan rasa syukur; bersyukur

Thank You;  Exclamation a polite expression of gratitude.
...

Friday, January 3, 2014

Blues Orang Jelebu


Ini cerita tentang orang Jelebu. Tapi bukan hanya tentang dia tianggal di Jelebu. Dia akan membawa kita ke Jordan dan Libya.

Dia akan membawa kita ke satu tempat yang perangai orangnya beratus kali lebih teruk dari bangsa Melayu. Menurutnya lah.

Kita dibawa mengembara ke tempat-tempat yang tidak pernah kita pergi. Ini hebatnya baca buku kata Tukar Tiub.

“Pada satu majlis bersama dengan rakyatnya di Al-Wahat, Gaddafi telah ditanya tentang rumah-rumah kediaman yang telah siap dibina atas tanah-tanah yang diambil daripada rakyat tetapi masih belum diserahkan dan belum berpenghuni. Dengan sikap bersahaja Gaddafi memberitahu mana-mana rumah yang sudah siap, bolehlah sesiapa pun nak masuk.Kejadian itu berlaku pada 14 Januari 2011.”

Tajuk: Blues orang Jelebu
Tebal: 124 mukasurat
Penyunting: The Libyaman
Harga: RM15.00
Kedai: Lejenpress.com
Penerbit: Dubook Press
...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code