Monday, March 28, 2011

Pertandingan annoying blog: solution


Sebelum ni aku ada buat satu entri tentang annoying blog di sini. Bukan nak cakap blog aku best dan blog orang lain annoying. Haha. Tapi sebagai pembaca blog, aku ada pandangan sendiri dan aku harap hari-hari aku bukak setiap blog yang aku jumpa adalah waktu yang membahagiakan. Bhee..

jadi, ni adalah sedikit cadangan..

1) Tulisan extra small

Untuk tulisan yang terlalu kecil ni, kadang ada jugak orang yang sanggup baca. Dia dekatkan biji mata dia dengan skrin. Pasal radiasi dan kesan pencahayaan terhadap mata, aku belum mahu carita. Tapi yang pasti mata mestiakan sakit kalau baca jugak.

Cadangan aku untuk pembaca, tekan ctrl dan skrollkan ke atas. Tapi kalau anda guna mouse zaman P.Ramlee yang tak ada skroll, aku tak tahu macam mana.

Dan nasihat aku untuk penulis, buat lah tulisan tu besar lagi. Kalau nak jimat ruang pun, bukan kena bayar. Untuk besarkan tulisan, cari di tempat edit post kan ada butang font.


2) Ejaan

unk org yg sukew sgt guner ejaarn cam nie, aq cadunkkan k0runk tgk dulue vide0 nih.



Aq bUEkaN apEw lAr kaRn. TaPew, tUe lArh. AkUe poWn leWtih nAk meNaiP niE hAh.
PESANAN TERAKHIR: kalau orang dah jem nak baca, maka tiada istilah melawat kali kedua..haha


3) warna

cadangan untuk pembaca, kalau nak baca tulisan yang susah nak baca ni, cuba highlightkan tulisan tu. Tak tahu? Tekan ctrl+A.

Cadangan untuk penulis, mestilah cadang supaya tukar warna tulisan atau tukar warna background. Itu sahaja.


4) berat

kadang, blog lambat loading ni, sebab upload banyak benda. Terutama sekali gambar. Jadi, kalau nak upload gambar, kecilkan dulu melainkan kalau kita nak orang download gambar tu dalam high resolution.

Pastu ada banyak banner dan iklan. Benda ni memberatkan blog. Tapi kalau ia untuk mendapatkan duit, xpa la.. sapa xnak duit kan. Lebih-lebih lagi kalau blog tu famous.


5) iklan

untuk iklan ni, aku sudah salah faham hari tu. Benda tu bukan iklan. Bahkan lebih tidak berguna dari itu. Orang panggil ia sebagai widget. Kalau nak blog canggih dan cantik, orang suka letak widget banyak-banyak. Tak salah. Cuma pandai-pandai lah pilih widget yang baik.

Widgeo memang best. Tapi kalau kita dah pakai, dia akan buat jahat dengan blog orang. Setiap kali bukak, dan kita klik pada mana-mana bahagian, automatik satu window baru akan terbuka untuk iklan widgeo. Bayangkan kalau bukak 5 blog sekaligus yang ada benda ni. Maka akan keluarlah 5 window baru. Maka, untuk level laptop cikai macam aku ni, ia pun akan henggg..


6) Muzik

ini adalah masalah yang paling aku tidak suka. Letak muzik taka pa. mungkin ada orang yang nak bagitahu dia suka muzik macam mana. Mungkin jugak dia nak kongsi muzik yang dia hasilkan sendiri.

Tapi pastikan muzik tu hanya akan dimainkan bila pelawat tekan play. Bukan automatik. Jadi, kami pun dengar dengan redha. Yang aku kesan setakat ni, musik gratis. Sapa ada pakai? Dah lah play outomatik. Pas tu tiada butang pause/stop. Jadi, satu-satunya cara untuk berhentikan lagu ni adalah tutup blog tersebut. haha


7) skroll bawah jauh tak tau mana post

Yang ni berkaitan dengan page elements design. susun lah elok-elok. Orang tertarik bukak blog anda sebab tertarik dengan tajuknya. Tapi bila bukak, tak jumpa. Jadi, pandai-pandai lah pilih design yang baik. Kalau boleh, bukak ja terus boleh baca. Wlm


~kita tidak mampu memuaskan hati semua orang. Dan juga tidak boleh berhenti untuk berusaha
Kamsar, 28 mac 2011, 7.07pm

Catatan:
1. Ini Cuma pandangan
2. Sapa tak setuju, boleh komen
3. Sapa tahu macam mana nak buat duit dengan blog? Tolong ajar aku!!
4. Sapa nak kutuk blog aku, silakan. Dah lama aku tak edit features dalam blog aku ni.
5. maaf bahasa kurang baik sikit. sebab mood kurang comel hari ni. asalkan faham. tak faham gtau aku.


Lampiran:

Berikut aku sertakan beberapa annoying pictures yang aku pernah jumpa. haha..

awas!! entri ini banyak gambar..
masa ni anda akan merasai nikmat masa walaupun ia hanya 1 saat!!


ada orang kata, di Indon, sup bunjut dipanggil sup bun**t


aku nak buat jugak nanti
bahasa unjink


no komen


aku tengok benda ni lama-lama, aku pening


pernah berlaku dan selalu berlaku.


aku gelak sampai sesak napas. haha


everyBODY can change..

perfect


 
 frictionless


kah kah kah


double meaning picture..

Wednesday, March 23, 2011

Al-Aqsa: The untold story

woha!

Beberapa hari di atas kapal, mereka mendapat satu berita yang sangat mengujakan. Kanak-kanak Gaza sedang berbaris di sepanjang pantai untuk menjemput kedatangan mereka. Ya. Ini misi kemanusiaan. Mereka membawa banyak bahan binaan, makanan seharian dan ubat-ubatan. Tapi siapa yang akan melayan kanak-kanak yang memerlukan kasih sayang ini?. Apa yang mereka bawa khas untuk pejuang Palestin masa hadapan ini?.

Mereka singgah si suatu tempat dan mengeluarkan duit poket sendiri untuk membeli makanan ringan untuk kanak-kanak Gaza. Tidak sabar rasanya untuk memberikannya kepada mereka. Mereka tentu gembira. Anak-anak yatim itu mesti bersemangat untuk meneruskan hidup.

Tapi siapa sangka malam itu adalah malam kesyahidan sahabat-sahabat mereka yang lain. Anjing Yahudi laknatullah telah mencemari bahtera mereka. Kapal yang sarat dengan barang bantuan, agamawan dan sukarelawan itu dibantai oleh komando Yahudi yang diajar dengan peri kebinatangan.

Dikala roh perjuangan hampir pudar digertak samseng antarabangsa, mata kepala mereka melihat makanan yang dibeli khas untuk kanak-kanak Palestin dipijak-pijak dan dirosakkan. Apa daya mereka? Agamawan tua berdepan dengan komando bengis. Remaja berdepan dengan askar yang bencikan pemuda.

Mungkin Yahudi berjaya menghalang perjalanan mereka. Tapi mereka tidak tahu bahawa jiwa yang ingin kesana berganda banyaknya…

~cerita asal: Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Peserta LL4G: Mavi Marmara.

Membantu saudara di Palestin tanpa perlu ke sana..


Aku harap pesta konvo UTM akan tenang sebegini selamanya..


Dunia tidak akan aman selagi Palestin tidak aman, (tidak ingat siapa)
~kamsar, 24 Mac 2011, 10.22am

Catatan:
1. Cerita Palestin adalah cerita yang tidak bermusim
2. Aku suka pesta konvo kali ini. Penuh dengan ilmu dan penghargaan kepada ilmuan
3. Serangan ke atas mavi Marmara membuka mata dunia
4. malam itu, bilangan orang lebih banyak dari bilangan kerusi!
5. siapa kata hanya konsert mampu membawa mahasiswa keluar dari bilik


Lampiran

Persembahan nasyid oleh kumpulan intuisi, KTHO UTM




Monday, March 21, 2011

Kadang-kadang, anak orang miskin lebih bijak dari anak orang kaya

Awas! Ini bukan aku!

Masa aku sekolah rendah dulu, aku pernah ada 1 kereta Dash Yonkuro. Tapi apa yang best main dengan benda ni bukan sebab ia kereta. Tapi aku suka dynamo dalam kereta tu. Boleh pasang kipas, buat bot kecil. Boleh pasang penutup tin susu pekat manis cap junjung, boleh guna potong pokok pisang di kebun orang. Kemudian, aku dapat tahu, litar bateri >> wayar >> dynamo >> kipas ini boleh diterbalikkan menjadi kipas >> dynamo >> wayar >> elektrik. Woha!. Aku teruja.

Naik sekolah menengah, cikgu mula ajar tenaga alternatif seperti solar dan angin. Aku mula berangan untuk memasang ‘windmill’ atas bumbung rumah aku. Untuk bekalan elektrik. Mula berangan untuk pasang dynamo di sungai untuk bekalkan elektrik jugak (walaupun Kampung Sungai Imam aku tiada sungai).

Tapi itu hanya idea yang tidak mampu aku bentangkan dan laksanakan. Aku sibuk menghafal rumus. Sibuk membaca buku sejarah. Sibuk bermain guli.

Masuk UTM, belajar sesuatu yang serupa dengan sekolah. But engineering is all about application of that knowledge. Tapi belajar aplikasi secara teori. Jadi bila aku nak praktikkan semua ilmu ni?.

Dan baru-baru ni, aku jumpa satu artikel tentang seorang budak Afrika.

Dari sini: izismile.com

Nama budak ni William Kamkwamba (ada bunyi nama aku). Orang Malawi Afrika. Masa umur dia 14 tahun (tingkatan 2 kalau di Malaysia), dia dibuang dari sekolah sebab tidak mampu bayar yuran pengajian. Tapi dia tetap belajar dengan melawat perpustakaan tempatan. Sehinggalah dia ternampak gambar kincir angin di kulit buku (Using Energy).

Dan akhirnya dia buat 5 buah kincir angin dari bahan buangan. Kincir angin pertama setinggi 5 meter dibina selama 3 bulan. Kegunaan? Membekalkan elektrik di kampungnya untuk mengecas telefon bimbit.

Sekarang William Kamkwamba berusia 22 tahun. Sambung pelajaran dan ditaja sepenuhnya. Woha!.


so?

Pada mana-mana cikgu Fizik, cuba anda berikan projek membina kincir angin ni kepada pelajar tingkatan 5 (kelas terbaik) sekolah anda. Segala perbelanjaan ditanggung. Semua boleh dibeli. Agak-agak berapa lama diorang boleh siapkan?

Seseorang yang sudah menjadi asyik dengan kerjanya, dia mampu bekerja dalam apa jua keadaan. Cuba tengok keadaan si Kam tu..

Kejuruteraan adalah satu cabang ilmu yang mengaplikasikan sains dan matematik.

Cikgu Fizik aku pernah berkata, “buat apa kerajaan bagi kondom kepada orang HIV? Baik dia bagi duit dengan budak sekolah yang miskin nih. Buat apa kerajaan bagi jarum kepada penagih dadah? Baik dia bagi IC kepada budak pandai yang ndakda IC.”. hahaha..

~bersekolah bukan syarat untuk menjadi bijak. tapi bersekolah mampu menjadikan anda bijak
kamsar, 21 mac 2011, 6.45pm

Cacatan:
1) Mungkin sekarang kes berhenti sekolah kerana tidak mampu sudah menjadi rare di Malaysia. Tapi ia masih ada di Sabah.
2) Salah satu sebab aku minat Fizik dan kejuruteraan adalah kerana aku TERPAKSA menggunakannya sejak dari kecil.
3) Masalah pelajar pandai tapi berhenti sebab tiada IC, aku no komen.

Saturday, March 19, 2011

1515


Ceritanya bermula pada tahun 1511 masihi. Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pimpinan Albuquerque. Sebelumnya, Melaka adalah negeri yang sangat hebat. Rakyatnya taat kepada Islam. Namun, semasa kedatangan Portugis dengan tujuan peperangan, Melaka yang kuat secara zahir itu sangat lemah akibat sikap pimpinan dan rakyatnya yang tidak strategis dan kurang semangat jihad.

Nyemah Mulya seorang gadis 12 tahun yang menerima pendidikan agama, persenjataan, persilatan dan sebagainya adalah antara tokoh yang digelapkan oleh sejarah. Beliau berjaya mengubah sejarah. Memimpin pasukan tentera Melaka mematahkan kemaraan Portugis. Malah beliau meminta izin Sultan untuk berangkat dengan 100 bahtera perang berisi lebih 60,000 tentera untuk berangkat ke Lisbon. Dengan misi mengebumikan mayat Albuquerque yang dibunuhnya dan seterusnya menawan Portugal. Ia berlaku pada tahun 1515.

Jalan cerita novel ini amat menarik kerana menggabungkan beberpa latar masa yang saling berkait. 1511 adalah tahun Melaka diserang. 1515 adalah tahun kebangkitan kerajaan melayu Melaka. Dan tidak ketinggalan zaman moden di mana keturunan Nyemah Mulya, seorang sejarahwan terkenal yang turut memainkan peranan dalam menolong moyangnya dan membetulkan sejarah yang dipesongkan dan disembunyikan.


Strategi perang

Antara sebab buku ini perlu di baca adalah strategi perang yang diceritakan oleh penulis dalam novel ini.

Makar adalah strategi perang yang sangat licik. Nyemah Mulya meminta Sultan menyebarkan khabar angin dikalangan penduduk setempat bahawa tentera Portugis sudah berpecah belah. Satu golongan ingin pulang ke Negara asal kerana merasakan mustahil untuk menawan Melaka. manakala satu kumpulan lagi ingin meneruskan misi mereka. Khabar angin ini akhirnya sampai ke telinga tentera Portugis dan mereka benar-benar berpecah.


Musnahkan kemudahan yang dirampas. Salah satu strategi Portugis menawan Melaka adalah menumpukan serangan mereka di jambatan Melaka. Jambatan itu adalah penanda aras kekuatan tentera. Tertawannya jambatan tersebut akan memudahkan tentera naik ke darat, menyekat jalan utama keluar masuk Melaka dan memudahkan tertawannya masjid Melaka. Oleh itu, Nyemah Mulya mengarahkan tenteranya mempertahankan jambatan tersebut habis-habisan dan mengarahkan supaya membakarnya jika ia jatuh ke tangan musuh. (ia diaplikasikan oleh Saddam Hussain semasa Amerika menawan Iraq dengan membakar lombong minyak yang ada)

Pasukan berani mati. Tun Nyemah memilih beberapa ratus lelaki muda yang bersedia untuk mati syahid. Mereka dibekalkan dengan bahan letupan yang diletakkan di badan mereka. Misinya tidak mudah. Mereka perlu berakit ke arah kapal perang Portugis dan meletupkan kapal mereka. Sama ada meletakkan bahan letupan di kapal atau meletup bersama-sama.

Memohon bantuan. sebaik sahaja dilantik menjadi ketua turus perang, arahan pertama Nyemah Mulya adalah menghantar seramai 6 orang utusan untuk meminta bantuan tentera di semua negeri jajahan Melaka dan seorang utusan terus ke pusat pemerintahan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah.

~manusia dalam merancang masa depan perlu mempelajari sejarah (Ibnu Khaldun)
~kamsar, 19 mac 2011, 11.19pm

Catatan:
1. Tun Nyemah ada meminta bantuan Adi Fimiyun, cicitnya. Tidak pasti sama ada meminta bantuan betul-betul untuk merancang strategi perang atau untuk membetulkan sejarah yang dipesongkan.
2. Dalam suasana perang, sebak membaca. Terrrrharuuu… kalau lah betul semangat jihad orang melayu macam ni..
3. Di hujung cerita, Adi pergi ke satu tempat dengan Prof. Nyemah dan bertemu seorang imam. Imam tu kata, dia Nampak Adi dalam mimpinya. Dan babak itu tiada kesinambungan.
4. Buku lain Faisal tehrani: Bila Tuhan Berbicara, Tuhan Manusia, 1511H [KOMBAT], Detektif Indigo, Ikan Fugu, Lukisan & Jimson , dan Detektif Indigo Kembali.

Tajuk: 1515
Tebal: 312 mukasurat
Penulis: Faisal Tehrani
Harga: RM22.00
Kedai: MPH Jusco Taman Universiti Skudai
Penerbit: Utusan Publications & Distributors SDN. BHD

Friday, March 18, 2011

Lomba

“Krrrrrrriiiiiiiggggggggggg!!!!!”
“tap!”. Tidak sampai 3 saat jam loceng yang dikunci pada pukul 5.30 pagi itu berbunyi, ia sudah dimatikan.

Gua duduk di atas katil sebelah meja belajar. Mambaca Al-Quran sejak setengah jam lepas. Tinggal dua muka surat untuk menghabiskan 1 juzuk dan gua akan bertahajjud sebentar sebelum pergi ke surau untuk melaungkan azan.

Tepat pukul 5.50 pagi, gua bergegas pergi ke surau untuk membuat persiapan solat berjemaah. Dalam perjalanan, gua terserempak dengan Joy. Dia mengenakan jubah putih Al-Haramain dan berserban ekor pendek. Sama seperti gua. Dan tanpa berlengah, kami pun berlari ke surau dan berebut untuk azan. First come first serve. Sapa azan, dia dapat pahalanya.

Sampai di surau dalam keadaan tercungap-cungap, kami melihat tidak kurang 50 orang mahasiswa lain sedang menunaikan solat sunat dan membaca Al-Quran. Gua pandang Joy. Joy pandang gua. Kami segera menuju ke rak Quran dan membaca Al-Quran beserta terjemahannya.

Hari itu hari jumaat. Antara yang turut hadir waktu subuh itu adalah Ray. Budak mekanikal dan hafal 3 juzuk Quran lebih banyak dari gua. Maka dia pun pimpin solat. Dia baca surah Sajadah waktu solat. Semua makmum mendengar dan ikut solat dengan khusyuk sehingga habis solat.

Usai solat subuh, tidak semena-mena Joy bingkas bangun dan melaungkan azan. Gua rasa pelik. Jemaah lain hairan. Azan Joy sangat kuat. Terlalu kuat. Sangat menusuk hati. Gua membeliakkan mata dan gua melihat keadaan sekeliling yang gelap. Kipas berpusing ligat di siling. Sebelah kanan gua kelihatan laptop gua yang masih gigih mengira dan membuat simulation untuk PSM gua.

“cet!. Dah subuh. Rasa macam baru 2 minit gua tidur”

Dan seperti biasa, gua akan lupa tentang apa yang gua mimpikan tadi. Yang pasti mimpi tu macam mimpi yang indah. Berdasarkan pengalaman 3 tahun setengah di sini, surau itu akan iqamah 10 minit lepas azan. Bilik gua hanya 100 meter dari surau. Hari itu hari jumaat. Pelajar Yaman tu mesti baca surah panjang tu lagi. Dan gua pun sambung tidur 10MINIT…

Pukul 7 pagi, gua bangun. Jalan terhuyung-hayang menuju ke tandas dan berwudhuk.

“haii..baru nak solat kew?” Joy menyapa.
“aku tidur lewat semalam doh. Aku baru je bangun”
“isk teruk betul lah ko ni. Dah lah. Cepat sikit. Kita solat berjemaah”.


[Jeda]

Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Baqarah: 148)

~kamsar, 18 Mac 2011, 4.24pm

Catatan:
1. Jom berlumba!

Lampiran:



ewww.. takut dowhh..



hahaha

Wednesday, March 16, 2011

Ilmu Agama. Masjid. Jepun. Entri yang hampir tidak berkaitan

Ini barulah menunjukkan simpati!

“ooo.. puang haji. Ini aku bawakkan anakku kepadamu. Tolong ajarkan dia mengaji Quran sampai lancar. Ajarkan dia sembayang sampai pandai. Ajarkan dia agama sampai soleh. Ini aku sertakan rotan untuk kawu pukul dia sebagai pengajaran untuknya. Asalkan jangan di kasik patah tulangnya. Jangan dikasik cacat angotanya. Dan jangan dipukul di kepalanya.”

Ucap mak Limah kepada tok imam sambil menghulurkan rotan dan sebesen beras. Terdapat muqaddam di atas beras tersebut.

“InsyaAllah puaaang… kucoba jugak ajar ini anak. Tapi yang pasti ilmu itu hanya milik Allah sahaja.”

Pertemuan ringkas itu berakhir dengan Mak Limah pulang ke rumah meninggalkan anaknya yang siap berbaju melayu lengkap (sudah semestinya beserta songkok 2 suku inci) bersama dengan tok imam.



[Cerita lain..]


Gua pergi masjid. Gua letak beg di satu tempat. Dan seperti biasa, beg tu pun hilang seperti hilangnya selipar-selipar gua sebelum nih. Tapi gua tak lah sedih mana. Sebab dalam beg tuh hanya ada dua barang berharga. Buku bacaan (semoga pencuri tu insaf lepas baca) dan choki-choki gua 1 pek belum bukak lagi. Perisa Chococashew (yang nih gua ta’ puas ati).

Lepas gua redha, gua pun masuk tandas sebelum gi solat. Dan gua jumpa balik beg gua atas sinki tandas. Gua cek tempat choki-choki, clear. Gua bukak bahagian buku, ada lagi. Dalam tu ada beg orang lain. Dalam beg orang lain tu, ada choki-choki gua!. Alhamdulillah.. tiada barang hilang. I mean, belum ada barang hilang.

Maka gua pun boleh solat dengan kurang tidak khusyuk. Berbanding dengan member gua yang hilang kamera dan ta’ jumpa-jumpa.



[Jeda..]


Berdasarkan perjalanan kes dan kondisi bahan bukti, saya dapat simpulkan bahawa;
1. Suspek adalah budak sekolah
2. Lelaki
3. Lebih 2 orang
4. Menjaga solat
5. Memilih bahan curi
6. Mencuri dengan niat

Jika ingin belajar tentang Islam, lihatlah kitabnya. Bukan pengikutnya semata-mata.
~kamsar, 16 mac 2011, 10.27pm

Catatan:
1. Zaman dulu, betapa hormatnya orang dengan ilmu, ulama’, dan taman ilmu
2. Ilmu boleh diturunkan tapi bukan hidayah
3. Sapa ta’ paham apa-apa, sila tanya
4. Senggang masa beg gua hilang, gua malas nak berjalan. Rasa macam diperhatikan oleh semua orang (bila berjalan tanpa beg di belakang).

Lampiran
Aku jumpa satu blog baru. http://clumzycaffein.wordpress.com/
Dia ulas tentang isu karikatur Ultraman kena kejar Tsunami. Best!. Pasal falsafah Rosmah tentang kaitan antara Tsunami dengan teknologi hijau tu, aku belum nak komen.

Mafhumnya..

[Masa Kuala Lumpur] Berita Harian bertarikh 14hb, satu artikel dikeluarkan untuk meminta maaf kerana menerbitkan manga(kartun) harian yang menggambarkan kurangnya perhatian kepada mangsa gempa bumi timur jepun.

Manga ini memaparkan hero Ultraman yang lari dari tsunami. Artikel meminta maaf itu menyatakan “Tiada sebarang niat untuk mempermainkan”. Penulis juga turut sama memohon maaf.

Dan ni komen orang jepun tentang berita tu..


Agak-agak kalau Negara kita berada di situasi Jepun, apa akan anda komen dengan akhbar nih?

Tuesday, March 15, 2011

Engkau lah harapan. boleh ka begitu? haha

Rojak (bukan nama sebenar) merupakan orang yang sangat penting di sebuah universiti tempatan. Dia adalah antara manusia yang paling sibuk di situ. Apabila ada majlis besar, dia akan terlibat. Kepimpinannya terserlah. Apabila ada masalah, dia akan mewakili mahasiswa lain utnuk mencari penyelesaian. Dialah harapan.

Jeda

Lelaki hebat ini berada dalam sebuah kedai. Dia membeli choki-choki. Untuk mendapatkan tenaga katanya. Masa tu ramai orang. Tapi dia adalah manusia sibuk. Mana ada masa untuk beratur. Dia tahu masa itu lebih berharga dari emas. Dia tahu orang yang membuang masa adalah orang yang sangat tidak berdisiplin. Dan ijtihad lapangan dia membawa dia terus ke depan orang yang beratur. Bayar dengan wang yang genap. Tidak mahu beg plastik. Dia penyokong pelestarian kampus. Dan dia berlalu bersama 13 mata (sebab ada sorang buta sebelah) memerhatikannya.

Jeda

Dengan terburu, dia menuju ke motosikalnya yang diletak di tempat parkir kereta. Kerana tapak parkir motor telah penuh pada hari itu. Dia melemparkan senyuman kepada kekasihnya sebelum menghidupkan enjin dan menyerahkan topi keledar. Dia perlu mendidik bakal isterinya supaya berdisiplin dan mengikut peraturan. Mereka hampir dilanggar oleh seorang penunggang motosikal lain yang datang dari arah kanan semasa keluar dari simpang. Mungkin motor tu bawak laju sangat dan tidak Nampak mereka yang ingin keluar simpang.

Titik

klik pada imej untuk kepuasan berganda!





~beratur panjang dibelakang orang adalah salah satu cara melihat manusia.
Kamsar, 15 mac 2011, 3.55pm

Catatan:
1. Sejak jepun dilanggar tsunami, banyak berita, gambar, video dan keratan akhbar tempatan yang aku jumpa.
2. Ramai simpati, dan ada yang buat lawak bengong.
3. Dan gambar di atas adalah yang paling menarik perhatian aku.
4. Gambar ni buat aku makin respek tahap dark kamen rider kabuto hyper clock up dengan diorang.
5. Kalau bencana berlaku di Negara lain, kita akan tengok orang berebut. Orang bergaduh. Dan orang mencuri.
6. Belum ada bencana, orang dah naikkan harga barang.
7. Tapi di jepun, buat aku makin nak pegi sana. Tapi bukan sekarang lah. Tunggu tahap radiasi turun dulu lah.
8. Aku ulang, dalam keadaan tidak selesa, kurang makanan, kesejukan, trauma pun, rakyat Negara maju ni masih mampu untuk beratur panjang tanpa ada yang potong barisan. Peh!.

Friday, March 11, 2011

Potret Perjuangan Mahasiswa dalam Cerminan Dekad


“Mahasiswa adalah kelompok yang dipinjamkan oleh masyarakat untuk menuntut ilmu. Apabila tiba masanya, mereka perlu kembali ke dalam masyarakat untuk berbakti” *

Ustaz Riduan Mohamad Nor. Saya belum pernah jumpa beliau. Dan pandangan kasar terhadapnya adalah beliau patut menjadi panel untuk menulis buku sejarah silibus sekolah. [buku lain: sini] baru sekarang saya memahami betapa seronoknya sejarah dan betapa pentingnya untuk menoleh ke belakang. Dan sudah tentu jika dan hanya jika penyampaian sejarah itu adalah menarik dan tiada kebenaran yang diseleweng dan disembunyikan.


Dekad 60-an
Dekad yang dipenuhi dengan mahasiswa celik dan proaktif. Demonstrasi menjadi rutin. Bukan untuk menunjukkan bahawa mereka adalah pembangkang. Tapi ia untuk membela nasib masyarakat luar dan nasib mahasiswa sendiri. Kuasa mereka sangat digeruni termasuk Perdana Menteri sendiri. Suara mereka didengari. Dan dekad ini penuh dengan perjuangan orang sosialis. Wlm.


Dekad 70-an
Peristiwa Baling menjadi sejarah besar zaman ini. Kerajaan menggunakan ISA untuk mengawal keadaan. Dan mahasiswa ‘aktif’ diikat dengan pindaan AUKU. Semata-mata untuk mengawal mereka yang ‘sangat liar’.


Dekad 80-an
Anwar Ibrahim sebagai ikon mahasiswa masuk UMNO. Tekanan ISA dan AUKU menjadikan mahasiswa semakin pasif. Bilangan demonstran semakin berkurang. Dan Gerakan Islah semakin mendapat tempat dengan menganjurkan program-program tarbiyah dan pengkaderan. Universiti dipanggil pondok. Golongan ketayap dan tudung labuh bertambah.


Dekad 90-an
Berlaku reformasi apabila Anwar dipecat dari jawatan TPM. Mahasiswa banyak memperjuangkan isu Islam dalam dan luar Negara.


Penutup
Abad 2000 macam mana?. Saya malu nak ceritakan di sini. Kalau dulu mahasiswa dipandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi tempat untuk mendapatkan bantuan bagi perjuangkan isu mereka. Mahasiswa sekarang memandang pihak pentadbiran sebagai golongan yang menentukan hidup mati mereka. Makhluk yang memberikan mereka rezeki. Mahasiswa semakin lesu.

Dan yang paling hebat, mahasiswa abad sekarang sering menjadi penghias berita untuk kes masalah sosial, dadah dan sebagainya. Mereka semakin mahir mengadakan konsert berbanding dahulu..

Redha dengan maksiat bukan cara Mahasiswa bekerja. ~kamsar, 11 mac 2011, 4.26pm

Catatan:
1. * tak tahu siapa punya quotation. Siapa-siapa yang tahu sila kongsikan
2. Penyampaian sejarah buku ini mudah dan senang serta mudah.
3. Buku ini adalah salah satu dari 3 buku yang direkomen oleh naqib saya semasa tahun 1 UTM
4. Aku malu dengan mahasiswa dulu
5. Menjadi mahasiswa zaman sekarang sudah tidak begitu membanggakan. Setiap rumah ada mahasiswa
6. Proses belajar bukan hanya ada di dewan kuliah
7. Sebarang kesilapan maklumat dalam entri dan lampiran sila maklumkan
8. Konsert GIG the times mendapat bantahan Pro-Mahasiswa dan Aspirasi Evolusi UTM
9. Ada soalan?

Tajuk: Potret Perjuangan Mahasiswa dalam Cerminan Dekad
Tebal: 123 mukasurat
Penulis: Ustaz Riduan Mohamad Nor
Harga: RM10.80
Kedai: Badan cemerlang Angsana JB
Penerbit: Jundi Resources


Lampiran

Poster bantahan oleh Evolusi UTM. merah menyala!

poster bantahan Oleh Pro-Mahasiswa. Oreng!

Naib Chanselor UTM suka naik kuda
UTM buat program besar Festival International Johor Horse Show
Ada subprogram diberikan kepada mahasiswa
Ada konsert the times, ada rumah hantu, dan ada rhythm of champion.
Dalam keadaan mahasiswa lain tidak tahu
Dekat dengan program, banner pun naik beserta gambar kumpulan the times
Ramai mahasiswa bangkit bantah termasuk dalam Facebook
Beberapa MPM berjumpa dengan pengarah kebudayaan UTM
3 resolusi dicapai [sini]
GIG the times akan dikawal. Kerusi disediakan. Kumpulan itu disuruh jaga kelakuan
Ramai mahasiswa lega
Dan redha dengannya tidak sama sekali.
Bantahan masih berterusan
Dan akhirnya ia dibatalkan pada hari jumaat.

Ps: masih ramai mahasiswa yang cakna dan sayangkan Islam
Alang-alang bantah, biar sampai batal!
Tiada istilah redha dengan maksiat sebab perjanjian sudah ditandatangani.

Friday, March 4, 2011

Kerana sebuah kereta sorong tepi jalan, regim-regim Arab runtuh


“Saya pergi kerja dulu. InsyaAllah petang nanti saya balik bersama rezeki hari ni.”

Senyuman pahit dilemparkan sebelum Azizi berlalu pergi. Itulah rutin harian graduan sains komputer itu. Kalau di Negara lain graduan seperti dia akan bekerja di pejabat. Berhadapan dengan komputer dan memperolehi pendapatan yang agak lumayan untuk menanggung keluarganya yang miskin.

Masalah ekonomi di negaranya menyebabkan 1/3 graduan atau 14% rakyat menganggur. Bukannya negera ni tiada sumber perniagaan. Bukan kerana Negara ini tiada harta. Tapi ini adalah kerana orang yang korup telah diangkat menjadi pemimpin.

Sampai sahaja di Bandar Sidi Bouzid, Azizi pun membuka kedai ‘haram’nya di tepi jalan. Graduan komputer itu berniaga menjual buah dan sayur. Dia cukup berhati-hati semasa berniaga. Kemiskinannya membuatkan dia tidak mampu untuk membuat permit perniagaan. Dia tidak mampu membayar kepada si Ben Ali yang perlukan wang itu.

Harta rampasan dari rakyat Tunisia yang bernilai GBP 3.5 billion yang dilonggokkan di Perancis masih tidak cukup. Ben Ali perlu naikkan lagi cukai. Dia perlu dapatkan sebanyak mungkin harta. Khas untuk cintanya Leila. Imelda Marcos Negara arab itu mempunyai hobi yang sangat unik. Dia suka membeli belah terutamanya di Dubai. Negara kemewahan.


“Awak berniaga buah ni ada permit?”
“Astaghfirullah.. sejak bila pula ada penguasa tempatan di sini?” bisik hati Azizi yang terkejut.
“err..maaf encik. Saya belum ada permit lagi. Tolong benarkan saya berniaga dahulu sebelum saya mampu membuat permit” rayu Azizi.
“Arrhh.. awak berniaga tanpa permit!. Kedai awak mesti disita!”
“tolonglah encik. Kalau saya tidak boleh berniaga, macam mana saya nak menyara keluarga saya yang susah? Macam mana saya boleh mampu untuk membuat permit?”

Rayuan Azizi langsung tidak diendahkan oleh penguasa yang terpaksa mengikut arahan pihak atasan untuk kemandirian diri sendiri.

Azizi masih tidak berputus asa. Dia terus merayu dan cuba menyelamatkan kereta sorong buruknya dari disita. Dan orang ramai yang lalu lalang hanya mampu melihat dengan pandangan sayu apabila lelaki miskin itu dikasari tanpa belas kasihan.

“Musafirlah (pergilah) wahai ibuku. Maafkan aku. Tidak ada gunanya. Semuanya hilang di jalan apa yang kumiliki. Maafkan aku wahai ibu, jika aku tidak menuruti katamu. Makilah zaman. Jangan maki aku. Pergi tidak kembali lagi…”
~status facebook Azizi yang terakhir


17 disember 2010. Siapa sangka tarikh itu bakal menjadi permulaan untuk terciptanya sejarah. Sejarah yang cukup besar bagi Negara-negara Islam. Setelah rayuan dan laporan Azizi tidak diendahkan, dia telah membuat satu keputusan yang tidak pernah terlintas di fikiran pemerintah-pemerintah regim. Usai solat jumaat, Azizi menuju ke sebuah bangunan kerajaan yang terletak di kota indah itu. Sebuah kota yang berbukit dan elok di tepi laut Mediterranean. Dan Azizi pun membakar dirinya di hadapan bangunan kerajaan sebagai tanda protes.

Rakyat marhaen terpana seketika. Azizi menderita melecur di hospital sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4 januari 2011. Rakyat mula sedar. Pemimpin mereka pernah menerbangkan YOGURT dari St Tropez dengan menggunakan pesawat peribadi untuk sebuah parti. The Mafia itu telah mengharamkan Parti Islam. Memakai hijab juga ‘haram’ di Negara mereka.


Seorang rakyat yang tidak tahan dengan pemerintahan kuku besi. Menemui jalan buntu. Akhrnya semua rakyat sedar bahawa mereka mengalami situasi yang sama. Rakyat Tunisia bangkit dengan kemarahan.

Apabila Ben Ali mula merasa terancam, dia pun melarikan diri ke Perancis untuk bersama dengan anak-anaknya di sebuah hotel di Disneyland. Dengan kos menetap GBP 300 sehari. Tapi, kapal terbangnya dilarang mendarat di sana atas arahan pemimpin Kafir anti Islam, Presiden Sarkozy. Akibatnya, Ali dan konconya terpaksa berambus ke Jeddah, Arab Saudi kerana sahabatnya masih setia bersamanya.


Bermula dari sini, teori domino pun berlaku. Mimpi ngeri musuh Islam bermula. Revolusi ini berjangkit ke Negara kuku besi yang lain. Dan kemungkinan besar akan berlaku Islamifikasi seperti yang berlaku di Revolusi Iran 1979.

Bermula di Tunisia - Zine El Abidine Ben Ali,
Api revolusi terus merebak di Negara-negara arab kuku besi yang lain..
~Mesir - Muhammad Hosni Sayyid Mubarak


~Libya – Colonel Muammar Muhammad al-Gaddafi

~Yaman

~Bahrain
~Yordania

Banyak pemimpin jatuh kerana kepimpinan yang kejam dan mempunyai isteri yang suka membazir.
~kamsar, 4 mac 2011, 4.39pm

Catatan:
1. Aku ada kenal sorang lagi pemimpin yang ada isteri yang best.
2. Dengan duit, Leila Ben Ali pun boleh jadi cantik.
3. Doakan kejayaan Ikhwanul Muslimin di Mesir
4. Doakan Azizi. Semoga rohnya dicucuri rahmat kerana memulakan satu pembaikan.
5. Sila baca semula status facebook terakhir Azizi. Sedih tuh!
6. Kerana sebuah kereta sorong tepi jalan, regim-regim Arab runtuh
7. Kebangkitan Islam semakin terasa. tapi masih ada lagi pemimpin negara yang melawat kubur Mustafa Kemal Terkutuk.
8. Masih ada lagi artikel surat khabar negara yang memuji Mustafa Kemal Terkutuk!. bengong!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code